ass pentaksiran

43
PENGHARGAAN Saya amat bersyukur kepada Tuhan dengan limpah kurnianya saya guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan telah berjaya untuk menyempurnakan tugasan kerja kursus PKP3063 Pentaksiran Dalam Pendidikan Pemulihan. Semasa menyiapkan tugasan ini, pelbagai ilmu dan maklumat yang telah saya perolehi berkenaan tajuk tugasan yang diberikan. Di samping itu, saya juga telah didedahkan dengan cara menulis yang betul dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam menyiapkan tugasan ini. Setinggi – tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing saya En.Muzafar Shah Bin Mustafa kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan yang berguna serta kritikan yang membina bagi menyempurnakan lagi hasil tugasan ini. Walaupun beliau bersibuk dengan lain – lain urusan tetapi beliau tidak jemu untuk memberikan bimbingan. Wajah yang segar beliau sentiasa memberikan satu inspirasi kepada saya untuk meneruskan tugasan saya. Pelbagai manfaat yang telah saya perolehi serta sedikit sebanyak telah membina semangat dan minat saya di dalam tugasan berkaitan dengan topik yang kami pelajari. Selain itu, tidak lupa juga bimbingan dan sokongan daripada rakan rakan turut banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Diharapkan kerja kursus ini sempurna dilaksanakan. Sekian,terima kasih.

Upload: jesilivani

Post on 07-Dec-2015

267 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pentaksiaran

TRANSCRIPT

Page 1: Ass Pentaksiran

PENGHARGAAN

Saya amat bersyukur kepada Tuhan dengan limpah kurnianya saya guru pelatih

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan telah berjaya untuk menyempurnakan tugasan kerja

kursus PKP3063 Pentaksiran Dalam Pendidikan Pemulihan. Semasa menyiapkan tugasan ini,

pelbagai ilmu dan maklumat yang telah saya perolehi berkenaan tajuk tugasan yang diberikan.

Di samping itu, saya juga telah didedahkan dengan cara menulis yang betul dan

mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam menyiapkan tugasan ini. Setinggi – tinggi

penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing saya En.Muzafar Shah Bin Mustafa

kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan yang berguna serta kritikan yang membina bagi

menyempurnakan lagi hasil tugasan ini. Walaupun beliau bersibuk dengan lain – lain urusan

tetapi beliau tidak jemu untuk memberikan bimbingan. Wajah yang segar beliau sentiasa

memberikan satu inspirasi kepada saya untuk meneruskan tugasan saya. Pelbagai manfaat

yang telah saya perolehi serta sedikit sebanyak telah membina semangat dan minat saya di

dalam tugasan berkaitan dengan topik yang kami pelajari.

Selain itu, tidak lupa juga bimbingan dan sokongan daripada rakan rakan turut banyak

membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Diharapkan kerja kursus ini sempurna

dilaksanakan.

Sekian,terima kasih.

Page 2: Ass Pentaksiran

Surat Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ………………….

Nama : Tamil Selvi A/P Ramasami

No KP (861111-23-5780)

Tarikh : 29 0gos 2014

Page 3: Ass Pentaksiran

Isi kandungan

Borang maklum balas

Soalan Tugasan

Isi kandungan

Senarai gambarajah

Senarai jadual

- Kepentingan

- 5

- Pengumpulan maklumatRekod lamaSampel kerjaPengujian PemerhatianSoal selidik

1.0 Pengenalan - 1 perenggan

1.1 Kepentingan dalam melaksanakan pentaksiran

1.2 Sumber pengumpulan maklumat - m/s 2

- 1.2.1 Rekod lama - 1.2.2 Sampel kerja

2.0 Instrumen pentaksiran

- 2.1 Kemahiran Sosial - 2.2 Lisan- 2.3 Pengamatan- 2.4 Membaca- 2.5 Menulis- 2.6 Membaca

3.0 Keputusan pentaksiran

3.1 Membaca

Page 4: Ass Pentaksiran

3.2 Menulis

3.3. Matematik

3.4 Rumusan

4.0 Sesi intervesi Kemahiran menulis

5.0 Penutup/Rumusan

6.0 Bibliografi

7.0 Lampiran

Senarai gambarajah

Rajah 1 Instrumen pentaksiran sosial m/s 8

Rajah 2 Inst Lisan

Rajah 3 Inst pengamatan asas

Page 5: Ass Pentaksiran

1.0 Pengenalan

Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada perkataan Latin yang

membawamaksud “duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah

samadengan apa yang dimaksudkan. Berdasarkan kepada pendapat yang telah dikemukakan

oleh Salvia danYseldyke (1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan

datadengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untukmembuat

keputusan. Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses pengumpulan dan

penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan

intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan

penempatan.Menurut, David Lambert dan David Lines, 2000. Pentaksiran dari segi definisi pula

adalah merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat

mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.Seterusnya, menurut Lembaga Peperiksaan

Malaysia (2000), pentaksiran dalam bidang pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses

pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan

menterjemahmaklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.

Hasilpentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk

memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan

institusipentaksiran.Manakala menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk

menentukantahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu.

Pentaksiran adalah suatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada dunia pendidikan

khususnya dalam bidang pendidikan pemulihan. Segala keputusan yang dibuat dalam

pendidikan pemulihan berkait rapat dengan maklumat yang dikumpulkan melalui proses

pentaksiran. Maklumat diperlukan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang

murid itu. Bagi menjalankan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolahan murid, guru

memerlukan maklumat yangt dikumpul melalui pelbagai cara penguji atau kaedah lain. Apabila

pengajaran dan langkah-langkah yang dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu menilai

keberkesanan perancangan dan pengajarannya.Pentaksiran dalam konteks pemulihan khas

didefinisikan sebagai satu proses mengumpul maklumat untuk tujuan membuat keputusan.

Dalam konteks konsep pula, pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan

seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran

dalam Pemulihan Khas pula bermaksud memberi maklumat dangambaran tentang tahap

penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan

sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid

Page 6: Ass Pentaksiran

dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap

kebolehannya. Kesimpulannya pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan

maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan maklumat yang

berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu

Pentaksiran dalam Pemulihan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan gambaran

tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis,

mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi

oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai

mengikut tahap kebolehannya. Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses

pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan

maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

1.1 Kepentingan dalam melaksanakan pentaksiran

Dalam pemulihan khas terdapat banyak keputusan yang perlu dibuat oleh guru dan ahli

professional lain yang terlibat dalam perkhidmatan kepada murid-murid yang mengalami

masalah dalam pembelajaran. Keputusan perlu dibuat dengan teliti supaya pengajaran dan

perkhidmatan yang disediakan adalah wajar dan bersesuaian dengan masalah dalam

pembelajaran yang mereka hadapi. Pentaksiran ini amat penting dalam membuat penilaian

terhadap murid-murid pemulihan. Antara kepentingannya adalah, untuk pengenalpastian

masalah. Apabila masalah pembelajaran pelajar sudah dikenal pasti, program diagnostik boleh

dijalankan ke atas pelajar tersebut. Masalah pembelajaran dapat dikesan dan tindakan segera

dapat dilakukan bagi mengurangkan masalah pelajar. Dengan membuat pentaksiran guru boleh

menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran pembelajaran. Dengan

membuat pentaksiran ke atas pelajar, guru dapat mengesan sama ada pelajar dapat

menguasai kemahiran dalam bacaan dan mengira. Pentaksiran membantu guru membimbing

setiap pelajar untuk mempelajari setiap konsep dan kemahiran. 

Selain daripada itu, pentaksiran dalam pendidikan pemulihan dapat menentukan

perubahan tingkahlaku murid. Guru boleh mengenalpsti tingkah laku murid dan boleh

mengambil kaedah alternatif untuk mengubah tingkah laku tersebut kearah positif.

pembelajaran tertentu. Ia juga akan memotivasikan murid untuk mengulangkaji pembelajaran

dana juga melatih murid membuat penyediaan yang bersesuaian untuk ujian berpusat.

Seseorang guru memerlukan pentaksiran tentang kesilapan pengajaran yang lepas dalam

Page 7: Ass Pentaksiran

menghubungkan kefahaman pelajar dalam sesuatu topik. Satu perancangan pengajaran dan

pembelajaran dengan cara baru dapat diterapkan dalam pengajaran guru malah lebih

berinformasi tentang keperluan pembelajaran pelajar dan membolehkan guru membaiki kaedah

pengajaran sejajar dengan keperluan pelajar.

Selain itu, pentaksiran ini juga penting dalam mengenalpasti penempatan yang sesuai

keatas murid. Dengan melaksanakan pentaksiran dalam pendidikan pemulihan, guru dapat

menempatkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut keputusan ujian. Contohnya, guru

dapat mengetahui tahap pencapaian murid untuk penempatan kelas seperti ke kelas perdana,

dan kelas khas pemulihan. Penempatan yang sesuai penting untuk mereka supaya dapat

membantu mereka mendapat pendidikan yang khusus. Kepentingan pentaksiran seterusnya

adalah dalam pemilihan strategi pemulihan. Cotohnya, seorang guru dapat menyediakan

strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti menggunakan bahan bantu

belajar yang menarik supaya murid lebih mudah menguasai kemahiran.

Pentaksiran menentukan keberkesanan penyampaian guru di dalam bilik darjah bagi

membolehkan perancangan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Guru boleh merancang

perancangan pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat mengumpul maklumat mengenai

pencapaian murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru memerlukan

pentaksiran tentang kesilapan pengajaran yang lepas dalam menghubungkan kefahaman

pelajar dalam sesuatu topik. Guru juga dapat mengesen punca kelemahan dan kekuatan

pelajar. Dengan maklumat-maklumat sebegini, tugas guru lebih mudah untuk membuat

perancangan dalam menyediakan rancangan pengajaran ke atas murid tersebut. Satu

perancangan pengajaran dan pembelajaran dengan cara baru dapat diterapkan dalam

pengajaran guru malah lebih berinformasi tentang keperluan pembelajaran pelajar dan

membolehkan guru membaiki kaedah pengajaran sejajar dengan keperluan pelajar. Selain itu,

guru dapat menyediakan Rancangan Pengajaran Individu lebih awal iaitu sebelum pengajaran

dijalankan dan boleh menetapkan objektif pengajaran. Dengan adanya persediaan seperti ini,

guru dapat menggunakan strategi seperti melukis gambar, mendengar muzik untuk belajar

bahasa. Apabila mereka telah diajar sesuatu,perkara tersebut harus sentiasa berulang-ulang

supaya mereka senang untuk mengingat kembali kemahiran yang telah dipelajari.

Dengan membuat pentaksiran guru dapat merekodkan hasilan penilaian bagi

pencapaian murid dan perekodan profil murid bagi membolehkan aktiviti rujukan dijalankan jika

diperlukan. Penilaian seseorang pelajar dilakukan berdasarkan kepada rekod kemajuan

Page 8: Ass Pentaksiran

pembelajarannya. Rujukan norma yang melibatkan perbandingan kemajuan pelajar digunakan

bersama rujukan kriteria yang tidak membandingkan perbezaan itu. Pengredan juga dilakukan

untuk membuat keputusan tentang pemilihan pelajar yang berbakat dan pelajar yang akan

mengikuti pendidikan khas. Pentaksiran membekalkan rekod dan laporan yang boleh

membantu ahli profesional lain untuk membimbing pelajar secara individu.

1.2 Sumber pengumpulan maklumat

Maklumat yang dikumpul berkenaan murid dalam pentaksiran akan memberi satu

gambaran yang komprehensif berkaitan murid, dan menunjuk arah tentang jenis bantuan dan

pengajaran yang perlu disediakan. Dengan demikian, guru boleh merancang satu program

intervensi yang bersesuaian dengan keperluan individu setiap orang murid. Seorang guru yang

beerkesan akan selalu berpandukan kepada maklumat pentaksiran untuk mengendali murid di

sekolah. Guru- guru pendidikan pemulihan perlu membiasakan diri dengan cara mengumpul

maklumat untuk membuat keputusan-keputusan berkaitan proses pengajaran-pembelajaran

dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan.

Kanak-kanak kategori Pendidikan pemulihan terutamanya kategori masalah

pembelajaran kelihatan seperti kanak-kanak normal dari segi fizikalnya. Maka antara cara untuk

mengesan masalah pembelajaran mereka adalah melalui beberapa kaedah iaitu sama ada

melalui pemerhatian, rekod atau laporan, sampel kerja, ujian, temu bual, atau pun analisis.

1.2.1 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan kaedah yang paling digemari dan mudah dipraktikkan.

Pemerhatian merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para profesional atau guru

untuk mengumpul maklumat, khususnya berkaitan tingkah laku seseorang murid. Kaedah ini

boleh dilakukan secara langsung mahu pun tidak langsung. Menurut Haidi (2009) terdapat tiga

teknik pemerhatian yang sesuai dilaksanakan. Teknik pertama iaitu pemerhatian dengan

senarai semak, diikuti dengan pemerhatian di luar bilik darjah dan yang ketiga adalah

pemerhatian tingkah laku. Selain itu, pemerhatian juga boleh dilaksankan dalam situasi spesifik,

pelbagai seting, serta berbeza sepanjang hari. Pemerhatian situasi yang spesifik dilaksanakan

sepanjang satu masa yang tertentu misalnya seperti semasa waktu rehat. Manakala bagi

pemerhatian dalam pelbagai seting pula boleh dilakukan pada persekitaran atau tempat yang

berbeza. Begitu juga dengan pemerhatian yang berbeza sepanjang hari yang boleh

Page 9: Ass Pentaksiran

dilaksanakan pada waktu pagi, petang dan malam. Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan

dan terdapat beberapa cara untuk merekodkan hasil pemerhatian.

1.1.2 Rekod atau laporan

Bagi kaedah dengan menggunakan rekod atau laporan pula dapat dilihat melalui rekod

profil murid, rekod anekdot atau pun buku laporan prestasi murid. Melalui rekod yang berkaitan

dengan murid tersebut secara tidak langsung dapat membantu guru menilai secara jangka

panjang dan memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran.

Selain itu, guru juga dapat mengetahui tahap kesihatan dan minat murid. Laporan-laporan yang

dibuat oleh para profesional akan memberi banyak maklumat berkaitan murid yang boleh

digunakan oleh guru. Guru merujuk kepada laporan-laporan tersebut untuk mendapat satu

gambaran yang lebih menyeluruh berkaitan murid. Dilihat melalui rekod profil murid, rekod

anekdot atau pun buku laporan prestasi murid. Membantu guru menilai secara jangka panjang

dan memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran.

1.1.3 Sampel kerja

Salah satu sumber maklumat yang sedia ada berkaitan murid adalah sampel-sampel

kerja yang dihasilkan oleh murid dalam mata pelajaran yang diikutinya di sekolah. Sampel kerja

ini kebiasaannya boleh dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini

memerlukan guru untuk membuat analisis sampel kerja. Hal demikian kerana untuk mengetahui

kelebihan dan kekurangan murid dalam mata pelajaran yang dipelajari.

Selain itu, kaedah menemu bual juga merupakan salah satu kaedah yang sering

digunakan untuk menaksir masalah seseorang individu. Bagi mendapatkan maklumat,

perbincangan atau temu bual boleh dilakukan sama ada dengan guru darjah, ibu bapa, rakan

sebaya atau individu yang mengenalinya dengan baik.

1.1.3 Pengujian

Manakala bagi kaedah dengan menggunakan bentuk ujian, terdapat beberapa jenis

ujian yang boleh digunakan. Antaranya adalah ujian rujukan kriteria atau ujian rujukan norma,

inventori tidak formal, kuiz, probe dan analisis tugasan. Guru boleh mendapat tahu tahap

kebolehan murid dengan mentadbirkan ujian-ujian kepada murid. Pengujian ditadbirkan

dengan pelbagai cara mengikut apakah tujuan sebenarnya guru. Nama yang diberikan kepada

sesuatu ujian biasanya menunjukkan tujuannya. Ujian rujukan kriteria merupakan ujian untuk

Page 10: Ass Pentaksiran

mengukur sama ada kemahiran yang telah diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid.

Seterusnya ujian rujukan norma adalah ujian yang membandingkan prestasi murid dalam

sesuatu ujian dengan pencapaian orang yang telah mengambil ujian yang sama.

Bagi kuiz pula ia merupakan ujian yang dijalankan sebaik sahaja sesuatu pelajaran

telah disampaikan untuk menguji sama ada murid telah memahami apa yang telah diajar.

Dalam jenis pengujian probe Kalau seorang guru ingin tahu sama ada murid boleh menjalankan

sesuatu tugasan atau ujian dalam keadaan yang lain, dia boleh memberi tugasan atau ujian

yang sama tetapi dengan sedikit pengubahsuaian seperti memberi penyampaian yang

berlainan. Guru sebenarnya telah menjalankan “probe”. Seterusnya adalah melalui analisis.

Terdapat dua analisis iaitu analisis tugasan dan analisis ralat. Kedua-dua analisis ini adalah

berbeza kerana analisis tugasan melibatkan satu siri kemahiran kecil yang perlu dilakukan oleh

murid dengan jayanya. Analisis ralat pula merupakan petunjuk tentang kemahiran yang masih

belum dikuasainya apabila murid kerap melakukan kesilapan bagi sesuatu kemahiran yang

belum dikuasainya.

1.1.4 Soal selidik

Soal selidik bertujuan untuk mengenalpasti sesuatu masalah supaya penyelesaiannya

boleh dirangka, memahami sesuatu . Dengan menggunakan soal selidik, guru dapat

mengumpul fenomena dengan lebih jelas, serta mengumpul maklumat tentang isu tersebut.

Soal selidik boleh dijalankan terhadap ibu bapa murid pemulihan, guru pemulihan, guru kelas

ataupun pihak pihak yang terlibat. Cara soal selidik(self-administered) berkesan jika responden

boleh atau bersedia memberikan pendapatnya dengan jelas.

Page 11: Ass Pentaksiran

2.0 Instrumen pentaksiran

Secara khusus, dalam kontek spembelajaran di kelas, Instrumen Pentaksiran dilakukan

untuk mengetahui kemajuan dan hasil belajar peserta didik, mendiagnostik kesulitan belajar,

memberikan umpan balik/perbalikan proses mengajar, dan penentukan kenaikan kelas. Melalui

penilaian dapat diperoleh informasi yang tepat tentang penyelenggaran pembelajaran dan

keberhasilan belajar peserta didik, guru, serta proses pembelajaran itu sendiri. Berdasarkan

informasi itu, dapat dibuat keputusan tentang pembelajaran, kesulitan pesrta didik dan upaya

bimbingan yang diperlukan serta keberadaan kurikulum itu sendiri.

2.1 Instrumen Kemahiran sosial dan tingkah laku murid-murid pendidikan pemulihan di

dalam kelas.

Dalam pentaksiran ini, aspek utama yang terlibat ialah kemahiran sosial dan tingkah

laku individu di dalam bilik darjah. Pentaksiran ini juga secara amnya melibatkan

pengubahsuaian tingkah laku yang mana merupakan aspek yang penting untuk membuat

penilaian secara menyeluruh. Pengubahsuain tingkah laku ini merujuk kepada keberkesanan

dengan pertemuan individu dan tanggungjawab social berkaitan dengan umur dan kumpulan

kebudayaan. Secara umumnya, hasil kajian saintifik mencadangkan bahawa kebanyakan

tingkah laku adalah dipelajari.Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh dipelajari

pada bila-bila masa.Terdapat pelbagai tingkah laku iaitu tingkah laku negatif dan juga tingkah

laku negatif.Tingkah laku positif dan negatif ini selalunya dapat dilihat dan diperhatikan dalam

bilik darjah.Antara tingkah laku positif ialah seperti menghormati arahan dan akur dengan

perintah guru.Manakala bagi tingkah laku negatif pula adalah seperti membuat bising dan

mengganggu rakan sekelas. Bagi mencapai tahap tingkah laku yang diingini iaitu tingkah laku

sasaran modifikasi tingkah laku perlu dilakukan. Untuk menjalankan modifikasi tingkah laku

yang diingini ini terdapat beberapa langkah yang perlu diambil terlebih dahulu, antaranya

termasuklah membuat pemilihan terhadap tingkah laku yang diberi keutamaan, pemerhatian

dan perekodan ke atas tingkah laku tersebut, menentukan tingkah laku sasaran, mengenal pasti

masa pelaksanaan, memilih strategi dan kaedah yang bersesuaian, penentuan ganjaran,

menjalankan program , membuat penilaian, tindakan susulan dan memastikan bahawa tingkah

laku negatif tidak akan berulang dan tingkah laku yang positif dapat dikekalkan.

Page 12: Ass Pentaksiran

2.1.1 Instrumen Kemahiran sosial dan tingkah laku murid-murid pendidikan pemulihan di

dalam kelas.

INSTRUMENT PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU

MURID PEMULIHAN KHAS

NAMA:

KELAS:

1. FAKTOR PERSEKITARAN KELUARGA.

BIL PERKARA YANG DINILAI YA TIDAK

1. Kurang perhatian dan kasih sayang keluarga

2. Mengalami masalah dengan ibu atau bapa

3. Mengalami masalah kewangan

4. Hubungan antara ahli keluarga dan adik beradik tidak baik

5. Kurang komunikasi antara ahli keluarga

6. Ada kehilangan ahli keluarga terdekat

2. FAKTOR DIRI MURID SENDIRI.

BIL PERKARA YANG DINILAI YA TIDAK

1. Suka mengasingkan diri/ pasif

2. Mempunyai pergerakan yang lambat

3. Tidak yakin dengan diri sendiri

4. Memencil diri dan suka berkhayal

5. Terlalu malu dan kurang bergaul

6. Takut pada situasi baru

7. Tidak memahami dan mematuhi arahan

8 Tidak boleh menyesuaikan diri dengan orang lain

9 Tidak boleh membuat kerja dengan sendiri

10. Sukar memberikan kerjasama

Page 13: Ass Pentaksiran

3. FAKTOR PERSEKITARAN SEKOLAH DAN BILIK DARJAH

BIL PERKARA YANG DINILAI YA TIDAK

1. Guru kurang arif mengendalikan murid

2. Aktiviti pengajaran guru tidak menarik

3. Bilik darjah dan persekitaran yang kurang kondusif

4. Strategi dan teknik pengajaran tidak fleksible

5. Kepimpinan dan sikap guru

6. Bahan dan alat mengajar tidak sesuai

7. Kurang perihatin dan empati

8. Pengurusan kelas tidak menarik

9. Persekitaran yang tidak mesra pelajar

10. Sokongan dan kerjasama daripada guru lain kurang

4.FAKTOR MASYARAKAT

BIL PERKARA YANG DINILAI YA TIDAK

1. Memandang rendah pada golongan kurang upaya

2. Tidak menunjukkan rasa simpati dan bertanggungjawab

3. Kurang membantu dan memberi sokongan

4. Kurang memberi sokongan moral

5. Sikap mementingkan diri sendiri

6. Kurang rasa keperihatinan dan empati

5. FAKTOR TEMPAT TINGGAL DAN BUDAYA

BIL PERKARA YANG DINILAI YA TIDAK

1. Jarang bergaul dengan jiran tetangga

2. Kawasan perumahan yang kurang kondusif

3. Kawasan untuk kanak-kanak bermain terhad

4. Budaya persekitaran yang tidak sesuai dengan kanak-kanak

5. Pengaruh tingkah laku negative yang sangat ketara

INSTRUMENT PENILAIAN KENDIRI KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU

MURID PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

Page 14: Ass Pentaksiran

NAMA MURID:

KELAS:

A. TINGKAH LAKU

Skala: 1- kerap 2- kadang-kadang 3. Tiada

BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3

A. Agresif

1. Hiperaktif

2. Suka memukul

3. Suka mencubit

4. Cepat marah

5. Suka berkelahi

6. Suka bertumbuk

7. Suka mencederakan diri sendiri

8. Suka mencederakan orang lain

9. Suka merosakkan harta sendiri

10. Suka merosakkan harta orang lain

11. Suka mengejek kawan atau orang lain

12. Suka mengganggu kawan

13. Suka menjerit-jerit

14. Membaling benda-benda kepada kawan

15. Membaling buku dan lain-lain alat ke atas meja / lantai

16. Menggoyang-goyangkan badan

17. Mengetuk-ngetuk di tempat duduk

18. Menyanyi, bersiul, dan ketawa sendirian

19. Menggunakan bahasa kesat

20. Cuba menonjolkan diri untuk menarik perhatian

Skala: 1- kerap 2- kadang-kadang 3. Tiada

IL Jenis Tingkah Laku 1 2 3

B. Pasif

Page 15: Ass Pentaksiran

1. Hipoaktif (berdiam diri)

2. Mengasingkan diri / bersendirian

3. Suka berkhayal

4. Suka membebel / berleter seorang diri

5. Tiada keyakinan pada diri sendiri. Selalu kata “saya tidak boleh”

6. Mudah puas hati pada kerja yang kurang sempurna

7. Tidak mahu mencuba sesuatu tugas baru yang dianggap susah

8. Mempunyai pergerakan yang lambat

9. Memencilkan diri daripada aktiviti berkumpulan

10. Lambat dalam menjalankan tugas

Skala: 1- kerap 2- kadang-kadang 3. Tiada

BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3

C. Masalah Emosi dan Sosial

1. Suka menghisap jari

2. Suka menggigit kuku

3. Kelihatan sugul

4. Merasa takut dan cemas

5. Takut pada situasi baru

6. Terlalu malu dan kurang bergaul

7. Suka meminta perhatian

8. Suka berbohong

9. Suka mengambil barang orang

10. Tidak suka berkawan

11. Menyalahkan orang lain

12. Keluar dari tempat duduk tanpa meminta izin guru

13. Menggangu apabila guru bercakap

14. Tidak boleh menerima orang baru dengan mudah

15. Susah hendak bertenang dalam kelas selepas rehat

16. Tidak memberi kerjasama pada orang lain

17. Suka menceritakan perkara rekaan dan khayalan

Page 16: Ass Pentaksiran

18. Tidak suka pada rancangan yang diatur

19. Mengubah kerusi meja ke tempat lain tanpa izin

20. Tidak bertindakbalas apabila berbual

Skala: 1- kerap 2- kadang-kadang 3. Tiada

BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3

D. Masalah Pembelajaran (kognitif)

1. Kurang tumpuan perhatian

2. Tidak boleh menyiapkan kerja-kerja

3. Tidak boleh ikut arahan

4. Kurang daya ingatan

5. Kurang kefahaman

6. Kurang daya taakulan

7. Lambat menyiapkan kerja dan terpaksa digesakan

8. Kerja comot, tidak lengkap, dan tidak sempurna

9. Tidak cukup perbendaharaan kata apabila menerangkan sesuatu

10. Tidak peka terhadap bising

11. Tidak dapat menyesuaikan diri apabila terdapat bunyi bising

12. Kebersihan diri tidak memuaskan

13. Tidak boleh menulis huruf sendiri

14. Tidak tahu menulis nama sendiri

15. Tidak boleh membuat kerja dengan sendiri

Kemahiran Skor

1- kerap

2- kadang-kadang

3- tiada

Page 17: Ass Pentaksiran

2.2 Instumen Penilaian Bahasa Lisan murid-murid pendidikan di pemulihan khas.

Pentaksiran secara lisan adalah untuk menaksir kebolehan pelajar mengingat dan

memahami konsep kemahiran lisan bahasa.Lisan merupakan salah satu daripada kemahiran

yang penting dalam menjadi asas pengajaran dan pembelajaran bahasa. Terdapat dua aspek

kemahiran asas dalam lisan iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Sebenarnya,

kanak-kanak mula menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialaminya. Mereka

akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang kali.

Terdapat lima komponen utama yang terlibat dalam pentaksiran kemahiran lisan iaitu

fonologi, semantik, sintaksis , morfologi dan juga pragmatik. Melalui lima aspek pentaksiran ini,

masalah dan daerah kelemahan murid-murid dapat dikenal pasti dan seterusnya dapat

membantu guru melakukan strategi dan intervensi yang bersesuaian bagi individu tersebut.

Dalam pentaksiran lisan, ujian diagnostik dijalankan untuk menyediakan maklumat yang

boleh dipercayai dan mempunyai kesahan yang tinggi kepada guru. Selain itu juga, maklumat

yang diberikan perlulah sejajar dengan teori perkembangan kognitif.Tujuan pentaksiran lisan

juga adalah untuk menyediakan maklumat khusus berkenaan dengan masalah sebenar yang

dihadapi oleh pelajar. Melalui pentaksiran lisan jugalah guru akan dapat merancang dan

memulakan pengajaran secara lebih efektif berdasarkan data yang diperolehi.

Page 18: Ass Pentaksiran

i

o

a

e

u

a

o

e

a

u

i

e

a

e

u

i

a

o

2.2.1 Instumen Penilaian Bahasa Lisan murid-murid pendidikan di pemulihan khas .

Kemahiran : vokal

Arahan guru: Tunjuk vokal awal berdasarkan gambar yang guru sebut.

Sebut vokal awal bagi gambar yang guru tunjuk.

/6

Page 19: Ass Pentaksiran

2.3 Instumen Penilaian Kemahiran membaca

Kemahiran membaca adalah kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh seseorang

individu. Kebanyakan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang berbeza dalam proses

pembelajaran dan pengajaran untuk kemahiran membaca. Kebanyakannya adalah bergantung

dengan latar belakang dan orientasi murid terbabit. Berdasarkan faktor itu, guru akan dapat

menggunakan satu atau lebih pendekatan. Antara pendekatan yang digunakan adalah seperti

orientasi dalam bacaan, berpandukan arahan dan menggunakan maklumat.

Bagi kemahiran bacaan, untuk melakukan pentaksiran ujian diagnostik perlulah

dilakukan. Ujian diagnostik bacaan digunakan oleh guru untuk mendapatkan maklumat dan

membantu guru mengenalpasti daerah kelemahan pelajar berkenaan.Ujian ini mengandungi

beberapa komponen mana perlu mahir dikuasai oleh murid-murid iaitu fonologi, morfolgi,

sintaksis dan semantik. Kemahiran dalam pembacaan ini juga merangkumi pengecaman huruf

dan perkataan penyebutan serta pemahaman terhadapa apa yang dibaca. Ujian ini akan

dilaksanakan secara individu dan dilakukan di tempat kebiasaan murid.

Dalam melaksanakan pentaksiran bacaan, terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat

terlebih dahulu. Antaranya ialah, pentaksiran tersebut perlulah dilakukan secara variasi dan

mengambilkira tentang kebolehan untuk kebolehan memproses bacaan yang kompleks.Selain

itu, ujian yang diberikan hendaklah berdasarkan umur murid.Pentaksiran yang dilakukan ini

mestilah tidak berat sebelah dan perlu mengambil kira jenis ujian yang dijalankan.Pendekatan

yang berbeza harus dilakukan semasa membuat pentaksiran yang melibatkan aspek bacaan,

menulis dan bahasa.

Penilaian yang dilakukan semasa melakukan pentaksiran adalah berdasarkan prob,

analisis kesalahan, ”think aloud”, retelling, deskripsi lisan, hasil tulisan selepas bacaan, senarai

semak dan soalan, temubual, perbualan, jurnal murid, persembahan oleh murid, dan juga

penilaian kendiri.

Dalam melakukan ujian diagnostik, aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan

melakukan bacaan mekanis.Bacaan mekanis ini diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran

membaca. Pelajar boleh diuji membaca huruf , suku kata , perkataaan, ayat dan teks.

Page 20: Ass Pentaksiran

2.3.3 Instumen Penilaian Kemahiran membaca murid-murid pendidikan pemulihan di

dalam kelas.

Objektif : Murid membaca perkataan KV+KV.

Aras : 1

Kemahiran : 5.1 Membaca kuat dengan sebutan yang betul.

Arahan : Sila bacakan huruf-huruf di bawah.

buku baba

belibaru

suka baca

Page 21: Ass Pentaksiran

Instumen Penilaian Kemahiran membaca murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.

Objektif : Murid membaca frasa KV+KV.

Kemahiran : Membaca kuat dengan sebutan yang betul.

Aras :2

Arahan : Baca perkataan di bawah dengan kuat dan betul.

1.

2.

3.

4.

buku baba

buku baru

baru beli

suka baca

Page 22: Ass Pentaksiran

Instumen Penilaian Kemahiran membaca murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.

Objektif : Murid membaca ayat KV+KV.

Aras : 3

Kemahiran :Membaca kuat perkataan dalam ayat pendek dengan sebutan yang betul.

Arahan : Sila baca ayat dengan sebutan yang betul.

Bola.

Bola Baba

Bola Baba baru.

Baba baru beli bola.

Baba suka pada buku.

/5

Page 23: Ass Pentaksiran

2.4 Instumen Penilaian Kemahiran menulis

Seperti yang sedia maklum, kemahiran menulis adalah berkait rapat dengan kemahiran

membaca. Kebiasaannya kemahiran menulis ini dikaitkan dengan kebolehan untuk

menterjemahkan lambang-lambang bunyi bahasa kepada penulisan.Definisi bagi menulis

adalah, kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan

idea.Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan

membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman, (1991). tulisan juga

adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan dan mereka dalam

mata pelajaran akademik yang lebih tinggi.

Dalam mentaksir kemahiran guru boleh membuat rujukan berdasarkan senarai semak,

temubual, temuduga, perbincangan bersama dan persembahan kendiri oleh murid tersebut.

Ujian diagnostik penulisan akan dilakukan setelah guru membuat pemerhatian dan penilaian

terhadap beberapa aspek seperti melihat hasil kerja murid. Melalui ujian diagnostik guru akan

dapat melihat masalah murid yang terdapat dalam penulisan.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid oleh ialah bentuk huruf yang tidak

konsisten.( maKan). Selain itu murid juga tidak dapat menjarakkan huruf dan perkataan dengan

baik. (lam pu). Murid yang mengalami masalah penulisan juga tidak mampu untuk mengeja

dengan baik misalnya makan menjadi (makang).Tulisan murid ini juga kotor kerana kerap

memadam dengan getah pemadam.

Pelaksanaan ujian diagnostik menulis melibatkan beberapa kemahiran yang perlu diuji.

Antara kemahiran yang diuji adalah seperti nama huruf kecil, nama huruf besar, suku kata v,

suku kata kv, perkataan kv +kv dan banyak lagi. Kesemua kemahiran ini akan dinilai untuk

mencari daerah kelemahan murid dalam penulisan. Apa yang penting disini, semasa melakukan

pentaksiran terhadap murid-muird, ujian yang diberikan mestilah normal dan biasa dengan

murid. Selain itu ujian yang diberikan perlulah bermakna dan bersifat pelbagai dimensi.

Page 24: Ass Pentaksiran

baju

saku

biru

baru

beli

2.4.1 Instumen Penilaian Kemahiran menulis murid-murid pendidikan pemulihan di

dalam kelas.

Objektif : Memilih perkataan yang betul.

Aras :1

Arahan :Tulis semula perkataan yang diberi dengan kemas.

1. ………………………………………

2. ……………………………………….

3…………………………………………...

4…………………………………………….

5……………………………………………..

/5

Page 25: Ass Pentaksiran

baju

baju saya

baju biru

baju baru

Instumen Penilaian Kemahiran menulis murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.

Objektif : Memilih perkataan yang betul.

Aras : 2

Arahan :Tulis semula frasa yang diberi dengan kemas.

1. …………………………………………………

2……………………………………………………

3…………………………………………………….

4. …………………………………………………..

/4

Page 26: Ass Pentaksiran

Instumen Penilaian Kemahiran menulis murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.

Objektif : Memilih perkataan yang betul.

Aras : 2

Arahan :Tulis semula frasa yang diberi dengan kemas.

baju

ini baju

ini baju saya

baju saya biru

baju saya ada saku

bapa beli baju baru

saya cuci baju baru

....................................................................................

....................................................................................

....................................................................................

....................................................................................

....................................................................................

....................................................................................

....................................................................................

/7

Page 27: Ass Pentaksiran

2.5 Instumen Penilaian Kemahiran mentaksir matematik

Page 28: Ass Pentaksiran

2.5.1 Instumen Penilaian Kemahiran mentaksir matematik murid-murid pendidikan

pemulihan di dalam kelas.

Objektif :

Kemahiran :

Aras : 1

Arahan :

1. 2.

3. 4.

5.

Instumen Penilaian Kemahiran mentaksir matematik murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.

Page 29: Ass Pentaksiran

Objektif :

Kemahiran :

Aras : 2

Arahan :

1.

2.

3.

4.

Page 30: Ass Pentaksiran

Instumen Penilaian Kemahiran mentaksir matematik murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.

Objektif :

Kemahiran :

Aras : 3

Arahan :

Page 31: Ass Pentaksiran

2.6 Instrumen Kebolehan pembelajaran asas.

Page 32: Ass Pentaksiran

2.6.1 Instrumen Kebolehan pembelajaran asas.

Kemahiran 3 : Diskriminasi Saiz

Arahan : Warnai gambar yang kecil

1.

2.

3.

4.

5.

Page 33: Ass Pentaksiran

Kemahiran 3 : Diskriminasi Saiz

Arahan : Warnai gambar yang besar

1.

2.

3.

4.

5.

Page 34: Ass Pentaksiran