ass pengenalan seni.docx

15
Pengenalan Definisi Seni Seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang bererti indah, halus, lembut, senang didengar, senang dilihat dan untuk menerangkan sesuatu. Art berasal daripada bahasa Yunani, membawa maksud kecekapan dan kebolehan, sesuatu yang selamat, memberi kepuasan hati melalui pancaindera atau deria. Seni adalah kebudayaan yang dicetuskan oleh semua kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni, yang menyenangkan hati dan pancaindera. Manusia dikatakan makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera rasa. Menurut Ibn Khaldun, seni itu suatu kebenaran, keindahan dan kebaikan yang mengandungi ciri-ciri estetika, etika dan logika. (Shahnon Ahmad, Dewan Budaya, april 1986). Kesimpulannya, seni boleh didefinisakan sebagai membawa maksud halus, kecil, elok, tipis dan enak didengar. Seni juga bermaksud karya, seperti sajak, lukisan, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan. Selain daripada itu, seni boleh ditafsirkan sebagai kebolehan mencipta sesuatu lukisan, ukiran, khat dan sebagainya yang indah-indah.Seni adalah sebahagian daripada kebudayaan. Din al-Islam meliputi agama kebudayaan, maka dengan sendirinya kesenian merupakan sebahagian din al-Islam. Ia juga diturunkan untuk menjawab fitrah, naluri atau keperluan asasi manusia yang mengarah kepada keselamatan dan kesenangan. Firman Allah yang bermaksud : “ Wahai anak-anak Adam, pakailah perhiasan kamu keika waktu sembahyang. Makanlah dan minumlah dan janganlah kamu berlebih- lebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang berlebih-lebihan. 1

Upload: norizanar9453

Post on 19-Dec-2015

156 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ass Pengenalan seni.docx

Pengenalan

Definisi Seni

Seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang bererti indah, halus,

lembut, senang didengar, senang dilihat dan untuk menerangkan sesuatu. Art

berasal daripada bahasa Yunani, membawa maksud kecekapan dan

kebolehan, sesuatu yang selamat, memberi kepuasan hati melalui

pancaindera atau deria. Seni adalah kebudayaan yang dicetuskan oleh

semua kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai

fitrah semulajadi yang cinta kepada seni, yang menyenangkan hati dan

pancaindera. Manusia dikatakan makhluk seni yang cinta kepada sesuatu

yang selamat, memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera rasa.

Menurut Ibn Khaldun, seni itu suatu kebenaran, keindahan dan

kebaikan yang mengandungi ciri-ciri estetika, etika dan logika. (Shahnon

Ahmad, Dewan Budaya, april 1986). Kesimpulannya, seni boleh didefinisakan

sebagai membawa maksud halus, kecil, elok, tipis dan enak didengar. Seni

juga bermaksud karya, seperti sajak, lukisan, muzik dan lain-lain lagi yang

dicipta dengan bakat atau kecekapan. Selain daripada itu, seni boleh

ditafsirkan sebagai kebolehan mencipta sesuatu lukisan, ukiran, khat dan

sebagainya yang indah-indah.Seni adalah sebahagian daripada kebudayaan.

Din al-Islam meliputi agama kebudayaan, maka dengan sendirinya kesenian

merupakan sebahagian din al-Islam. Ia juga diturunkan untuk menjawab fitrah,

naluri atau keperluan asasi manusia yang mengarah kepada keselamatan dan

kesenangan.

Firman Allah yang bermaksud :

“ Wahai anak-anak Adam, pakailah perhiasan kamu keika waktu

sembahyang. Makanlah dan minumlah dan janganlah kamu berlebih-lebihan.

Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah

“ siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang dikeluarkanNya untuk

hamba-hambaNya dan rezeki yang baik.” (al-A’raf, ayat 31-32)

1

Page 2: Ass Pengenalan seni.docx

Pandangan dan sumbangan tokoh-tokoh seni dalam bidang seni adalah

sangat luas dan subjektif. Tokoh-tokoh seni yang akan dibincangkan pada

kali ini ialah;

1. Tokoh Seni Islam – Sidi Ghazalba dan Al-Ghazali

2. Tokoh Seni Cina - Ma Yuan dan Guo Xi

3. Tokoh Seni India - Mirr Sayyid Ali dan Khwaja Abdus Samad

4. Tokoh Seni Jepun - Kobayashi Kokei dan

5. Tokoh Seni Barat - Herbert Read dan Plato

6. Tokoh Seni Malaysia - Dato’ Mohd Hussein Enas dan

Dzulkifli Buyung

Pandangan Tokoh Seni Islam

Karya seni Islam lebih mementingkan pengabdian kepada Allah dengan

menonjolkan kaligrafi khat, membicarakan ayat-ayat Allah, melukis arabes di

masjid-masjid agar manusia yang beribadah akan merasa tenang. Seperti

diperjelaskan oleh Dr. Ismail Hamid, Seni dalam Islam menanamkan rasa

khusyuk kepada Allah disamping memberi ketenangan kepada jiwa manusia

sebagai makluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang suka kepada

kesenian. Oleh itu seni dalam Islam tidak berslogan seni untuk seni, tetapi

seni kerana Allah untuk manusia. 

Sidi Ghazalba

Drs Sidi Gazalba- dalam bukunya Pandangan Islam tentang Seni

menjelaskan bahawa seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang

dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok

masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni, yang

menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Oleh itu, manusia

dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat,

memuaskan dan memberi kepuasaan hati melalui pancaindera rasa.

2

Page 3: Ass Pengenalan seni.docx

Sidi Ghazalba menyatakan bahawa Seni adalah bekaitan dengan

kebudayaan. Oleh itu perkaitan kebudayaan adalah kehidupan manusia,

maka kebudayaan itu mencetuskan seni. Oleh yang demikian untuk dikaitkan

dengan seni, Sidi menyatakan bahawa Kebudayaan Islam perlu disuburkan

melalui cita rasa taqwa. Taqwa ialah sikap hidup yang dibentuk melalui

aqidah, ibadat dengan panduan dari Al Quran dan Hadis. Menurutnya lagi

setiap perbuatan muslim perlu berpangkalkan kerana agama (kerana Allah),

sementara kebudayaan adalah untuk sesama manusia.

Kenyataan di atas dipersetujui oleh Dr. Ahmad Suhaimi dalam

buku Aspek-aspek Kesenian Islam yang menyatakan bahawa Seni adalah

sebahagian daripada unit yang terkandung dalam lingkungan budaya.

Kewujudannya merupakan artifak-artifak fizikal yang menjelma di permukaaan

benda-benda yang lembut dan pepejal.

Jelas sekali bahawa kesenian dalam Islam ada hubungannya dengan

kebudayaan, lantaran itu pelukis yang menghasilkan karya seni perlu merujuk

kepada tujuan penghasilan iaitu pengabdian kepada pencipta (Allah)

sebagaimana yang dinyatakan oleh Ernst Diez: " sebenarnya seni Islam atau

Kesenian Islam adalah merupakan kesenian yang menambahkan pengabdian

diri kepada Allah".

Kesimpulannya, menurut Sidi Ghazalba, seni tidak melampaui batas

kesulitan, seni bertunjangkan daripada Allah kepada Allah, hasil seni

bertunjangkan “mardatillah” iaitu diredhai Allah dan seni membentuk peribadi

muslim.

Al-Ghazali (1058 - 1111)

Imam al-Ghazali dalam Kimya al-Sa’adah menjelaskan bahawa keindahan itu

terbahagi kepada keindahan lahir yang bersifat inderawi yang dapat dialami

bukan saja oleh anak-anak bahkan binatang dan keindahan batin yang hanya

dapat ditanggapi oleh mata hati dan cahaya jiwa. Keindahan seni dari sudut

ini bukan semata-mata memberi kepuasan inderawi tetapi merupakan salah

satu wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

3

Page 4: Ass Pengenalan seni.docx

Sesungguhnya keindahan alam adalah nisbi dan manifestasi Allah

yang bersifat abadi. Jika keindahan alam yang bersifat sementara itu

dikagumi, maka lebih-lebih lagilah untuk keindahan yang abadi.

Hadith nabi yang bermaksud:

“ Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia suka kepada keindahan.”

(riwayat Muslim dalam kitab al-Iman)

Al-Ghazali juga mengatakan bahawa keindahan seni bukan sekadar bersifat

fizikal tetapi perlu dihayati. Penghayatan seni perluperlu dihayati dari sudut

luaran dan dalaman. Selain daripada itu, penghayatan dalam penghasilan

seni berkait rapat dengan nilai-nilai estetika, kerohanian dan keagamaan.

Kesimpulannya, Al-Ghazali berpendapat bahawa seni bersandarkan

daripada Allah kepada Allah, seni menuju kepada Al-Falah (keredhaan Allah)

dan seni sebagai pemangkin kepada ketaqwaan (tawadduk dan beriman)

Pandangan tokoh seni Cina

Falsafah dalam seni catan cina ialah melukis tanpa sombong iaitu

memperelokkan lagi hasil yang telah sempurna. Pelukis juga haruslah

bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran sebelum melukis

bagi mendapatkan kerja yang sempurna. Selain daripada itu, pelukis cina

suka menggambarkan keindahan alam semulajadi seperti “Shang Shui” iaitu

gunung dan air. Konsep “Yin dan Yang” menjadi teras dalam stail catan yang

menunjukkan keseimbangan dalam kekuatan dan kelemahan.

Ma Yuan (c. 1160 – 1225)

Ma Yuan dilahirkan di Qiantang, sekarang dikenali sebagai Hangzhou,

Zhengjiang. Beliau ialah pelukis yang terkenal daripada ahli keluarga pelukis

Cina yang dihormati pada zaman Dynasti Song. Bersama-sama rakan

pelukisnya, Xia Gui (juga dieja dengan Hsia Kuei), Ma Yuan telah

menghasilkan sebahagian daripada lukisan landskap dengan menggunakan

dakwat terkenal pada awal tahun 1200-an pada Zaman Song (Sung) Selatan

4

Page 5: Ass Pengenalan seni.docx

di China. . Beliau juga telah bekerjasama dengan Xia Gui menubuhkan

sekolah seni yang diberi nama Ma-Xia.

Ma Yuan merupakan seorang pelukis yang sangat berkaliber dengan

teknik dan gaya yang tersendiri iaitu mempunyai elemen hiasan pokok pine

dan gunung-gunung. Ciri-ciri yang terdapat pada lukisan beliau dikenali

sebagai ‘one-corner’ composition. Ianya banyak menggambarkan kedudukan

objek yang tertolak ke satu arah atau satu bahagian sahaja dan membiarkan

satu bahagian yang lain dalam keadaan yang kosong. Kebanyakannya

menggunakan dakwat dan dilukis pada kertas. Landskap beliau juga banyak

memberi fokus yang baik pada sudut bahagian bawah. Manakala ada tulisan

kaligrafi di bahagian atas. Ia dikenali sebagai ‘assymmetric in nature’ yang

memberi pengaruh baru kepada lukisan tradisi cina pada masa itu.

Dancing and Singing (Peasants Returning from Work)

Kuo Shi (1020 – 1090)

Guo Xi (Kuo Hsi) dilahirkan semasa Dynasti Northern Song. Beliau

merupakan pelukis landskap dari Henam Province. Ciri-ciri landskap beliau

adalah khusus kepada gambar pokok pine yang besar dan suasana

pemandangan yang berkabus. Lukisan beliau juga menggambarkan gunung-

gunung yang berbentuk kerinting, garis-garis textures dan pokok-pokok

bergulung seperti cakaran ketam. Kaligrafi dipaparkan pada setiap lukisan

Guo Xi.

Pandangan Tokoh Seni Barat

5

Page 6: Ass Pengenalan seni.docx

Herbert Read

Herbert Read berpendapat bahawa Pendidikan seni seharusnya berasaskan

aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam

melahirkan pernyataan dirinya. Seni menjadi alat untuk pendidikan dan

pembentukan diri, memupuk minat murid, memperkembangkan bakat,

membentuk peribadi yang kreatif, citarasa yang baik dalam menikmati

keindahan alam, membuat ekspresi diri dan kemunikasi serta melahirkan idea

dan perasaan dalam sesuatu ciptaan.

Menurut Herbert Read lagi, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang

menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Kesenangan

estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak penerima mesej.

Komunikasi yang berkesan hanya akan berlaku dengan sempurna apabila

mesej pengirim dapat diterima dengan tepat oleh si penerima. Keceriaan,

keseronokan dan kesenangan estetik ini adalah kesan yang timbul daripada

samada sewaktu menghasilkan produk seni mahupun menikmati hasil seni.

Kedua-dua pihak samada artis mahupun pemerhati seni akan merasai kesan-

kesan tersebut.

Kesimpulannya, Herbert Read berpendapat bahawa seni adalah

penghasilan rupa dan bentu yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan

kedamaian estetik. Seni juga merupakan alat untuk mendidik seseorang dan

menyatukan semua Negara.

Plato (347 SM)

Plato berpendapat bahawa lukisan adalah 3 kali terpisah daripada kebenaran.

Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada kebenaran, kebaikan,

kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan. Dikatakan dengan perlakuan,

akhlak, nilai dan moral. Manusia mencipta sesuatu persekitaran yang

berbudaya dalam meningkatkan perpaduan. Lukisan dibincangkan dengan

konsep imitasi dan membandingkan lukisan dengan kebenaran. Pelukis

meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat.

Pandangan Tokoh India

6

Page 7: Ass Pengenalan seni.docx

Mirr Sayyid Ali (714 – 786 H)

Mir Syed Ali bin Shahab-ud-Din Hamadani, seorang pelukis Parsi yang

dilahirkan pada Isnin 12 Rejab, 714 Hijrah (1314 C) di Hamadan. Beliau

berasal daripada keluarga yang berpendidikan yang sangat pandai dan

pantas berfikir dan membaca Al-Quran. Sangat berpengaruh dalam

menyebarkan Islam dan membentuk budaya di Kashmir. Beliau

menggambarkan budaya Kashmir melalui hasil-hasil karpet. Beliau sentiasa

berfikir untuk memajukan Kashmir dan semua rakyat mesti berusaha untuk

menghasilkan sesuatu demi kemajuan Kashmir. Kesimpulannya, Lembah

Kashmir telah menyediakan satu kehidupan kepada penduduk Kashmir.

Semua itu adalah hasil sumbangan Mirr Sayyid Ali melalui mughalnya

terhadap Kashmir.

Mir Sayyid Ali, a young scholar in the Mughal Empire,

reading and writing a commentary on the Quran in the year 1559.

Khwaja Abdus Samad

Khwaja Abdus Samad juga dikenali sebagai Abd al Samad yang bermaksud

‘slave of thr eternal’. Beliau merupakan pelukis Parsi yang telah berpindah ke

India pada abad ke-16 dan menjadi salah seorang pelukis Mughal miniature

tradition.

Pandangan Tokoh Jepun

7

Page 8: Ass Pengenalan seni.docx

Ciri-ciri catan landskap Jepun tertumpu kepada kepercayaan ‘Shinto’ yang

membawa pengertian terhadap keseluruhan catan. Pelukis berinteraksi

secara harmoni dengan alam dan dapat menterjemahkan falsafahnya melalui

catan. Bermiripkan konsep ‘Yin dan Yang’ daripada catan landskap cina.

Kobayashi Kokei

Kobayashi Kokei, nama sebenarnya ialah Kobayashi Shigeri dilahirkan pada

11 Februari 1883, di Niigata, Jepun. Kobayashi ialah seorang pelukis hebat

yang telah menyumbangkan kepada seni moden Jepun. Beliau telah

berpindah ke Jepun semasa berusia 17 tahun dan belajar tentang lukisan

tradisi Jepun dengan Kajita Hanko (1870 – 1917). Beliau telah menyertai

Akademi Seni Jepun dan telah menjadi salah seorang ahli tetap akademi

tersebut. Kobayashi mula melukis the traditional subject matters seperti

“Taketori monogatari” (1914; “Tale of the Bamboo Cutter”). Kemudian,

beralih kepada lukisan berbentuk kontemporari. Antara hasil nukilan

Kobayashi yang terkenal ialah “Amida-do” (1914; “The Amitabha Hall”),

“Ideyu” (1918; “Hot Spring”) dan “Kami” (1931; “Tresses”).

Hashida Shunso (21 Sept. 1874 – 16 Sept 1911)

Hashida Shunso, nama sebenar beliau ialah Hishida Miyoji. Dilahirkan pada

21 September 1874 pada zaman Meiji. Beliau mengemukan teknik bahru

dalam seni catan dengan mengunakan gradiation of colour untuk

menggantikan garisan. Beliau terkenal dengan lukisan kucing hitam- black

cat ( Kuroki Neko) pada tahun 1910. Ciptaan beliau “The Fallen Leave”, 1910

telah disiapkan dalam jangkamasa yang singkat kerana beliau mengalami

sakit tenat.

Pandangan Tokoh Malaysia

8

Page 9: Ass Pengenalan seni.docx

Dato’ Mohd Hossein Enas

Mohamed Hoessein Enas dilahirkan di Bogor, Jawa, Indonesia pada tahun

1924. Beliau telah berhijrah ke Malaysia pada 1947. Bakat seni beliau adalah

semulajadi dan beliau telah banyak meneliti kejadian alam dan kehidupan

manusia dengan merujuk kepada keindahan wajah dan budaya tempatan.

Hasil karya beliau adalah menuju kepada aliran realistik dan naturalistik

Hossein Enas dikenali menerusi catan potret dalam medium pastel dan cat

minyak yang memberi gambaran betapa kaya dan pelbagainya hasil seni

moden.

Dalam karya ini Dato’ menggambarkan, seorang gadis yang berambut hitam,

bersanggul, bibir yang tebal, beranting-anting, memandang ke satu tempat,

dan memakai baju kebaya. Rambut yang hitam dan bibir yang tebal memberi

makna seorang gadis Melayu yang asli. Baju kebaya pula membawa makna

kemodenan. Karya potret ini secara keseluruhannya membawa makna

seorang gadis Melayu yang menjaga kemelayuannya di dunia serba moden.

Ini juga merupakan fesyen gadis Melayu di zaman itu.Disini beliau cuba

menimbulkan identiti kebangsaan dengan imej figura rakyat tempatan yang

digambarkan secara natural.Di dalam potret ini, beliau telah melahirkan rasa

bangga dan kagum beliau terhadap identiti gadis-gadis melayu dengan

feyennya dimasa itu dengan mengabadikannya di dalam potret agar boleh

dilihat dan terus kekal selagi hasil karyanya ini masih ada.

9

Page 10: Ass Pengenalan seni.docx

Gambar hiasan : Karya Dato’ Mohd Hussein Enas

Dzulkifli Buyung

Dzulkifli Buyung, seringkali menggunakan imej- imej figura di dalam

karyanya dan beliau menerapkan unsur-unsur  kebudayaan melayu. Terdapat

beberapa karya beliau yang telah menjadi catatan sejarah seni moden

Malaysia seperti Murid sekolah,(1962), Kelambu, (1964), Kapal Kertas,

(1966) dan Membakar Semut, (1967).

Kelambu: Dzulkifli Buyung1964

Di dalam salah satu karya beliau iaitu Kelambu, 1964 dapat dilihat dengan

jelas bahawa beliau gemar menggunakan watak - watak figura yang naif

didalam karyanya. Apa yang ternyata di dalam karya adalah imej lima figura

wanita dan juga imej kelambu yang menjadi subjek utama di dalam karya

10

Page 11: Ass Pengenalan seni.docx

beliau. Setiap figura yang ditampilkan di dalam karyanya membawa watak

yang tersendiri. Empat figura di dalam karya tersebut membawa watak

sebagai anak gadis manakala seorang lagi figura memainkan peranan

sebagai ibu menjelaskan bahawa kesemua figura didalam karya tersebut

adalah sebuah keluarga. Figura - figura di dalam catan tersebut

memperlihatkan pergerakan yang mendorong kepada visual yang

menjelaskan bahawa mereka sedang melakukan tugas masing-masing. Catan

tersebut juga memperlihatkan suasana di dalam bilik dimana situasi yang

dirakamkan adalah persiapan keluarga tersebut sebelum tidur bersama.

Figura yang berperanan sebagai ibu dilihat sedang memasang ubat nyamuk

bagi mengelakkan anak-anaknya digigit nyamuk. Dzulkifli Buyung dalam

setiap karyanya adalah pengolahan imej figura yang lebih menjurus ke arah

imej lukisan kanak-kanak dan berbentuk seni naif. Beliau telah membentuk

sebuah identiti tersendiri bagi dirinya dan juga bagi seni tampak moden.

tamat

 

11

Page 12: Ass Pengenalan seni.docx

  2 

12