ass pss punca merokok
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
1/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
Faktor Punca Tabiat Merokok dan Cadangan Langkah Menanganinya
: Satu Tinjauan di SMK Taman Cemerlang , Ipoh, Perak
ABSTRAK : Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi tingkah laku merokok di kalangan pelajar sekolah.Tiga persoalan
utama yang dikaji iaitu faktor rakan sebaya, faktor keluarga dan faktor persekitaran.
Kajian ini melibatkan 50 orang pelajar di SMK Taman Cemerlang, Ipoh, Perak.
Responden kajian ini terbatas kepada pelajar yang dikenal pasti dan mempunyai
rekod pernah ditangkap atas kesalahan merokok oleh guru disiplin sekolah. Kajian
ini berbentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data
akan dianalisis dengan menggunakan bantuan perisian SPSS Versi 13.5 for
Windows (Statistical Package For The Social Sciences) bagi mendapatkan hasil
kekerapan, peratus dan min. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi
memungkinkan kajian lanjutan dilakukan.
1.0 PENGENALAN
Dalam menongkah era dunia tanpa sempadan, pelbagai masalah timbul selaras
dengan kemajuan Malaysia di persada global. Masyarakat masih disogokkan
dengan gejala merokok yang membimbangkan. Pada masa kini jumlah perokok
sama ada di negara maju atau negara membangun masih begitu besar, sungguhpun
pelbagai usaha telah dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan serta badan-badan
sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya gejala merokok.
Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih
kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah
1 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
2/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Di Malaysia,
merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya
disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas,
pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian
berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak
wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok
dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi
menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
Pengetahuan dan kesedaran ini haruslah sentiasa diperbaharui dan digilap secara
berterusan dari semasa ke semasa. Masyarakat haruslah mempunyai pengetahuan
dan kesedaran yang mendalam agar gejala merokok dapat dikurangkan dan dibasmi
bagi mengurangkan masalah kesihatan di kalangan masyarakat di Malaysia. Di
samping itu, remaja yang akan menjadi pelapis pemimpin negara dan masyarakat di
masa hadapan akan mengamalkan hidup sihat tanpa rokok dan mampu
menghasilkan produktiviti serta kualiti dalam menguruskan sumber negara dengan
lebih cemerlang.
Berdasarkan hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health
And Morbidity Survey) pada tahun 1995 prevalen perokok di kalangan remaja
berumur 12-18 tahun pada tahun itu secara keseluruhan ialah 16.7 %. Secara
berasingan prevalen perokok di kalangan remaja lelaki ialah 30 % dan remaja
perempuan ialah 5 %. Suatu kajian susulan yang dijalankan oleh Bahagian Kawalan
Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000, menunjukkan prevalen
perokok di kalangan remaja ini telah meningkat kepada 18 %. Peningkatan prevalen
perokok di kalangan remaja daripada 16.7 % pada tahun 1995 kepada 18 % pada
2 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
3/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
tahun 2000 adalah kerana peningkatan mendadak prevalen perokok di kalangan
remaja perempuan daripada 5 % kepada 8 %.
Laporan Kementerian Kesihatan dalam kempen Anti Merokok Tak Nak (2004) telah
menyenaraikan beberapa penyakit kronik kesan daripada merokok antaranya ialah
kanser paruparu, COPD (enfisima dan bronkitis), kanser kerongkong, kanser mulut
dan tekak, kanser esophagus, strok, crohns disease, penyakit jantung iskemia,
kanser pundi kencing, artherosclerosis, ulser pepetik, kanser pancreas dan
pneumonia. Selain dari itu, merokok juga mempercepatkan proses penuaan dan
memendekkan usia seseorang.
2.0 PENYATAAN MASALAH
Statistik menyatakan bahawa, terdapat seramai 2.6 juta perokok di Malaysia dan
setiap hari seramai 40 hingga 50 perokok baru mulai terjebak ke kancah gejala
merokok. Kajian juga mendapati lebih kurang 40 jenis penyakit yang ada hubungkait
dengan merokok yang mana rokok mengandungi 4,000 jenis racun dan menjadi
ancaman kepada kesihatan perokok dan kesejahteraan masyarakat. (The Borneo
Post, 15/07/2012).
Gejala merokok yang kian kronik perlu diberi perhatian serius oleh segenap lapisan
masyarakat agar rakyat Malaysia kekal sihat dan berupaya menyumbangkan tenaga
ke arah kecemerlangan negara. Sehubungan dengan itu, masyarakat perlu
mengambil berat terhadap faktor - faktor yang menjadi punca tabiat merokok,
kesedaran mengenai kesan merokok terhadap kesihatan dan memberi kerjasama
yang positif terhadap usaha kerajaan bagi menangani masalah gejala merokok ini.
3 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
4/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
Kajian ini akan mengkaji tentang tingkah laku merokok di kalangan pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai, Johor. Antara aspek yang
akan dikaji termasuklah faktor rakan sebaya, faktor keluarga dan faktor persekitaran.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk :
i. Mengenal pasti faktor rakan sebaya yang mempengaruhi pelajar terlibat dalam
kegiatan merokok.
ii. Mengenal pasti faktor keluarga yang mempengaruhi pelajar terlibat dalam
kegiatan merokok.
iii. Mengenal pasti faktor persekitaran yang mempengaruhi pelajar terlibat dalam
kegiatan merokok.
4.0 PERSOALAN KAJIAN
Adakah Faktor Rakan Sebaya yang mempengaruhi Tabiat Merokok?
Adakah Faktor Keluarga yang menjadi punca tabiat merokok?
Adakah Faktor Persekitaran yang mempengaruhi pelajar untuk merokok?
5.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil daripada kajian ini, ianya dapat :
i. Memberi maklumat tentang faktor yang mempengaruhi tabiat merokok bagi
pentadbiran sekolah dalam mengenalpasti dan mencari inisiatif untuk
menangani permasalahan ini.
ii. Memberi panduan dan kesedaran terhadap ibu bapa supaya lebih mengambil
berat terhadap tingkah laku anak-anak agar bebas dari masalah merokok.
4 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
5/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
iii. Memberi informasi kepada masyarakat berkenaan gejala ini, agar lebih peka,
bertanggungjawab dan prihatin serta memberi kerjasama kepada usaha
kerajaan dalam mengamalkan gaya hidup sihat tanpa rokok.
6.0 REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian digunakan sebagai panduan bagi pengkaji mendapatkan data
dan maklumat. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif. Data-data
mengenai persoalan kajian adalah diperolehi melalui kaedah soal selidik. Kaedah ini
digunakan kerana ianya sesuai bagi mengetahui sikap seseorang (Mohd Najib,
1999). Menurut Mohd Majid (2000) soal selidik lebih praktikal dan berkesan
digunakan kerana penggunaannya dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran
gerak balas yang diberikan oleh responden. Ini adalah disebabkan ia tidak
dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Menurut Mohamad Najib (1999) disebabkan
kekangan masa, kaedah soal selidik adalah paling sesuai digunakan, di mana
kaedah analisis datanya juga mudah dilakukan berbanding dengan kaedah
pemerhatian langsung yang memerlukan kemahiran terlatih serta memerlukan masa
yang lama.
7.0 RESPONDEN KAJIAN
Mohd Najib (1999) menyatakan bahawa responden adalah terdiri daripada siapakah
kita memperolehi data. Kita perlu mengenal pasti kelompok individu yang kita selidik.
Semua ahli dalam kelompok tersebut dikenal pasti sebagai responden. Responden
dalam kajian ini terdiri daripada 50 orang pelajar yang telah dikenalpasti dan
mempunyai rekod pernah ditangkap atas kesalahan merokok oleh guru disiplin
sekolah.
5 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
6/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
8.0 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah dalam bentuk soal selidik yang
merangkumi beberapa bahagian. Penyelidik merasakan kaedah ini adalah
merupakan yang paling sesuai untuk mendapatkan maklumat dan data-data dari
responden kerana melalui kaedah ini maklum balas terhadap aspek yang dikaji
dapat diperolehi secara terus daripada responden dan ianya cepat serta
menjimatkan masa dan perbelanjaan. Mohamad Najib (1999) menyatakan soal
selidik digunakan kerana ia mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data
senang diproses untuk analisis. Soalan untuk soal selidik ini mengandungi Bahagian
A iaitu menghendaki responden menyatakan tahap persetujuan bagi setiap
penyataan yang dikemukakan. Skala Likert digunakan dimana responden
dikehendaki menanda jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan
satu skala dari satu ekstrem kepada satu ekstrem yang lain (Mohd Najib, 1999).
Tahap persetujuan merangkumi lima peringkat iaitu Sangat Setuju, Setuju, Tidak
Pasti, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju. Dengan beranggapan bahawa
maklumbalas kepada setiap penyataan mempunyai perkaitan, pengkaji boleh
meletakkan nilai skor 1 hingga 5 ( Baker, 1988 ).
Skala yang dimaksudkan adalah seperti Jadual 1
Jadual 1: Skala Likert 5 Pemeringkatan Skala Peringkat
1 Sangat Tidak Setuju (STS)
2 Tidak Setuju (TS)
3 Tidak Pasti (TP)
4 Setuju (S)
5 Sangat Setuju (SS)
9.0 HORIZON MASA
6 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
7/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
Kajian ini turut dijalankan berdasarkan kepada cross-sectional study iaitu jangka
masa kajian yang berbentuk waktu jangka pendek dan dikumpul hanya sekali
sahaja. Selain itu, melalui kaedah ini, masa yang diambil oleh responden untuk
mengisi borang soal selidik juga singkat iaitu tidak melebihi 30 minit bagi
menyatakan persetujuan terhadap pernyataan yang dikemukakan.
10.0 SOROTAN KAJIAN
Tabiat merokok adalah suatu masalah dan setiap masalah mempunyai punca dan
sebab kepada berlaku atau terjadinya akan masalah tersebut. Sepertimana tabiat
merokok juga mempunyai punca yang menyebabkan seseorang terjerumus dalam
tabiat merokok.
10.1 Definisi Merokok
Menurut Kamus Dewan (2005), rokok bermaksud tembakau yang digulung di dalam
daun nipah, kertas dan sebagainya. Tembakau mengandungi nikotin yang
merangsang saraf dan meredakan ketegangan perasaan (Sufean et al., 2004).
Definisi merokok pula dalam Kamus Dewan ini juga memberikan maksud menghisap
rokok.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan merokok sebagai satu aktiviti
ketagihan. Merokok secara tidak langsung boleh menyebabkan seseorang itu
terbabit dengan najis dadah kerana rokok bunga kepada dadah. Merokok adalah
satu tabiat yang digemari sebahagian manusia pada zaman serba moden ini, malah
ia menjadi keperluan kepada golongan muda yang beranggapan merokok kononnya
melambangkan kedewasaan dan kematangan. Rokok adalah silinder dari kertas
berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm dengan diameter sekitar 10 mm yang
7 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
8/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
berisi daun-daun tembakau yang telah dihancurkan. Rokok dibakar pada salah satu
ujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihisap melalui mulut. Ada
dua jenis rokok, rokok yang berfilter dan tidak berfilter. Filter pada rokok dibuat dari
bahan serabut sintetis yang berfungsi menyaring nikotin. Rokok biasanya dijual
dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dibawa
kemana-mana sahaja.
Sejak kebelakangan ini, bungkusan rokok tersebut diletakkan kata-kata amaran
mengenai kesihatan manusia dimana ia dapat mengingatkan kepada perokok akan
bahaya kesihatan sekiranya penggunaan rokok berleluasa dan berterusan, misalnya
penyakit kanser paru-paru atau serangan jantung merupakan penyakit utama bagi
perokok tegar. Manusia yang pertama menghisap rokok di dunia adalah berbangsa
India di Amerika Syarikat, difahamkan mereka menghisap bagi tujuan memenuhi
keperluan ritual seperti memuja dewa atau roh. Pada abad 16, Ketika bangsa
Eropah menerokai benua Amerika, sebagian dari para penjelajah Eropah itu telah
mencuba-cuba menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah.
Kemudian itu, kebiasaan merokok telah menjadi tabiat dalam kalangan bangsawan
Eropah. Akan tetapi, berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan
ritual, di Eropah manusia merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada
abad 17 pula, para pedagang Sepanyol masuk ke Turki dan pada masa itu tabiat
merokok mulai tersebar ke negara-negara Islam seterusnya ke pelusuk dunia.
Tingkah laku adalah kelakuan, perangai, gerak geri atau segala yang dilakukan oleh
seseorang (Kamus Dewan, 1984). Manakala dari sudut budaya sekolah, masalah
tingkah laku diertikansebagai pelanggaran disiplin sekolah. Mengikut Ab. Alim (1994)
perbuatan yang sering dilabelkan sebagai masalah tingkah laku seperti : -
8 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
9/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
i. Perlakuan yang bercorak jenayah.
ii. Perlakuan yang tidak bermoral.
iii. Mencabuli maruah orang lain.
iv. Kesalahan yang tidak boleh diperbetulkan.
v. Menggunakan bahasa lucah di tempat awam.
Mengikut kajian ini, masalah tingkah laku adalah merujuk kepada pelanggaran
disiplin dan kegagalan mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah yang sedia
ada. Perlakuan merokok di kalangan pelajar merupakan salah laku yang kurang
sopan dan boleh diambil tindakan disiplin (Che Soh Muda, 2001).
10.2 Faktor Rakan Sebaya
Kebiasaannya anak remaja merasakan dirinya tidak ada semangat persahabatan
sebab tidak turut merokok sedangkan rakan lain merokok. Rakan-rakan mengajak
rakannya untuk merokok malahan sanggup membelanja rakannya merokok.
Pemilihan rakan sebaya yang tidak baik mengundang banyak keburukan. Remaja
lebih cenderung untuk memilih rakan sebaya dan tingkah laku mereka ditentukan
oleh ukuran kelakuan rakan sebaya mereka. Merokok boleh didorong oleh desakan
rakan sebaya. Dalam perkumpulan rakan sebaya, seseorang remaja diterima dalam
sesuatu perkumpulan sekiranya mereka berani merokok, jika tidak mereka
dipulaukan oleh rakan sebaya.
Menurut Kamaruddin (1996) sekolah adalah di mana tempat anak-anak dan remaja
mula mendapat kawan yang ramai. Pelbagai ragam dan tingkah laku boleh didapati
apabila mereka sama-sama bergaul bersama. Ikatan remaja bukan lagi semata-
mata dengan ibu bapa sahaja, malah mereka lebih condong kepada pengaruh rakan
9 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
10/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
sebaya. Tingkah laku remaja ini adalah ditentukan oleh ukuran kelakuan rakan
sebaya mereka. Remaja ini akan lebih mementingkan persetujuan daripada rakan
sebaya dalam membuat sebarang keputusan.
Pergaulan remaja ini perlu diperhatikan. Jersild (1978) mendapati bahawa
penerimaan rakan sebaya dalam kumpulan akan menunjukkan penghargaan ke atas
diri pelajar tersebut. Oleh itu, jika individu pelajar bercampur dengan kumpulan
pelajar yang merokok di sekolah, kemungkinan untuk pelajar itu turut terlibat dengan
salah laku tersebut adalah tinggi.
Rakan sebaya merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi pembentukan
personaliti seseorang. Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Contohnya,
sekiranya pelajar bercampur gaul dengan sekumpulan rakan yang menekankan
kerajinan untuk belajar, begitu juga pelajar yang berkenaan akan cuba
mengamalkannya (Ee Ah Meng, 1992). Sebaliknya, jika kumpulan rakan sebaya itu
merupakan kumpulan yang tidak mengutamakan pelajaran sekolah, ia akan
mempengaruhi seseorang pelajar. Dengan itu, berkenaan akan bersikap malas dan
tugasan-tugasan sekolah akan terganggu Menurut Bandura dalam Ainon Mohd dan
Abdullah Hassan (2000) kebanyakan daripada perilaku kita adalah kesan daripada
pengaruh model. Jadi yang dimaksudkan dengan model ialah rakan sebaya kita.
Zurina (1998) yang menyatakan bahawa pengaruh rakan sebaya ke atas remaja
sangat dominan kerana menjadi kelaziman dalam kumpulan rakan sebaya,
anggotanya sensitif dengan cita rasa kumpulannya. Mereka akan cepat bertindak
balas untuk menjaga kewibawaan mereka agar diterima dalam sesuatu kumpulan
rakan sebaya yang dapat memenuhi citarasa mereka. Dewan Siswa (November
1987) bahawa remaja menghadapi tekanan yang kuat untuk mengikut dan meniru
10 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
11/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
tetapi dalam keadaan ini, peniruan mereka dalam hal-hal yang tertentu sahaja.
Manakala, Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2000) berpendapat apabila seseorang
individu memiliki ciri-ciri atau sifat-sifat yang menyebabkan dirinya mudah kita sukai,
kita akan lebih mudah terpengaruh oleh kata-katanya.
Seseorang pelajar biasanya tidak akan mudah untuk melakukan sesuatu aktiviti
yang boleh menjejaskan disiplin tanpa dipengaruhi oleh rakan sekumpulan atau
pelajar tidak terikat dengan aktiviti kumpulan. Menurut Ahmad Fauzi (Berita Harian
11 Julai 2001) sekumpulan pelajar yang datang lewat ke sekolah telah menyerang
sekumpulan pelajar lain akibat terdapatnya perselisihan faham. Kejadian seumpama
ini tidak akan berlaku sekiranya pelajar-pelajar tersebut tidak terpengaruh dan
dipengaruhi oleh tindakan perlakuan rakan sebaya mereka dalam kumpulan yang
sama. Menurut Atan (1980) yang menyatakan bahawa seseorang pelajar cenderung
untuk memilih rakan yang mempunyai kecenderungan dan minat yang sama. Situasi
ini menunjukkan bahawa seseorang itu hanya menurut kecenderungan yang
samasebagaimana yang dilakukan rakan sebaya mereka.
Sementara itu, Kamarudin (1996) mengatakan remaja lebih cenderung untuk
memilih rakan sebaya dan tingkah laku mereka ditentukan oleh ukuran kelakuan
rakan sebaya mereka. Kajian Sufian (2004) juga menyatakan bahawa merokok
boleh didorong oleh desakan rakan sebaya. Dalam perkumpulan rakan sebaya,
seseorang remaja diterima dalam sesuatu perkumpulan sekiranya mereka berani
merokok, jika tidak mereka dipulaukan oleh rakan sebaya. Hasil kajian ini juga selari
dengan pernyataan Mohamad (1987) yang menyatakan bahawa remaja menghadapi
tekanan yang kuat untuk mengikut dan meniru tetapi dalam keadaan ini peniruan
mereka dalam hal-hal yang tertentu sahaja.
11 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
12/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
Sehubungan dengan itu, dalam memilih rakan sebaya, Islam menentukan supaya
seseorang itu berusaha dan membiasakan diri bertemankan orang yang baik tingkah
laku kerana kawan boleh mempengaruhi seseorang sama ada ke arah kebaikan
atau keburukan (Abdullah Nashih, 1988). Sebagaimana Sabda Nabi Muhamad s.a.w
yang bermaksud : Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda (agama)
seseorang itu terletak pada kawannya, maka hati-hatilah kamu akan siapa yang
akan kamu kawan (Riwayat Bukhari dan Muslim).
10.3 Faktor Keluarga
Sekiranya diperhatikan dalam institusi kekeluargaan, sikap atau tingkah laku ibu
bapa itu sendiri mengambarkan sikap dan tingkah laku anaknya. Tingkah laku ibu
bapa yang merokok di hadapan anak anak bukan saja menunjukkan contoh yang
kurang baik, malah mengajar dan menggalakkan anak-anak mereka supaya berbuat
perbuatan yang sedemikian kerana ibu bapa mereka juga melakukan hal yang
sama. Namun begitu, masih terdapat segelintir ibu bapa dan masyarakat yang tidak
mengambil berat tentang perlakuan merokok mereka yang akan ditiru oleh remaja.
Pendapat ini di sokong oleh Helgason (2001) menilai sikap ibubapa terhadap
pendedahan asap rokok terhadap anak-anak mereka yang berumur antara 3-5
tahun.
Menurut Amina Nor (2003:5) sejak kecil lagi anak yang bapanya menghisap rokok
akan dipengaruhi oleh tabiat bapa mereka dan terus mengambil dadah apabila
mereka dewasa. Tanpa disedari bapa tersebut telah menunjukkan kepada anak
bahawa rokok boleh memberi ketenangan atau keseronokan. Anak-anak pula akan
menganggap rokok berupaya mengatasi kerunsinganyang timbul daripada sesuatu
12 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
13/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
konflik. Si anak akan membiasakan diri dengan bau asap yang dikeluarkan ayahnya
dan akhirnya asap inilah yang mendorong anak menghisap rokok apabila mereka
remaja, tingkah laku ayah juga akan menjadi ikutan anak-anak. Gambaran tingkah
laku bapa mempunyai pengaruh untuk menentukan perbuatan dan perasaan anak.
Manakala Lee Lam Thye (2000) berkata institusi keluarga khususnya ibu bapa
mampu memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi pelajar dan
mengawasi pergerakan anak mereka bagi memastikan mereka tidak terbabit dalam
kegiatan salah laku. Menurutnya lagi ibu bapa juga adalah pendidik dalam
mencorakkan keperibadian pelajar yang bakal mewarisi kepemimpinan negara masa
depan. Hubungan interaksi, dan tunjuk ajar perlu dipupuk dan sentiasa dijaga
supaya anak-anak tidak terbiar, sekali gus dapat membentuk anak supaya
mempunyai keperibadian baik serta berdisiplin. Abdullah Nashih (1988)
berpendapat hati seseorang anak adalah suci, jika mereka biasa diajarkan dengan
kebaikan maka, mereka akan membesar dengan baik tetapi jika sebaliknya mereka
akan menjadi jahat.
Menurut Carwin (1988) masa yang diluangkan oleh ibu bapa dengan anak-anak
mereka adalah sangat penting. Beliau mendapati dalam kajiannya di Amerika
Syarikat bahawa di kalangan mereka yang bekerja. Oleh yang demikian, mereka
tidak mempunyai masa untuk memberikan tunjuk ajar yang betul kepada anak-anak
mereka. Keadaan seperti ini mengikut beliau boleh membawa kepada masalah
disiplin seperti ponteng sekolah, merokok, memeras ugut, memukul guru dan
sebagainya.
Menurut Khalijah (1996) ibu bapa adalah pendidik pertama bagi anak-anak, mereka
memberi contoh tauladan kepada anak-anak dan juga pengasas emosi dan
13 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
14/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
intelektual anak-anak. Ibu bapa yang berjaya menjadi pendidik yang baik kepada
anak-anak akan terus didampingi dan dirujuk oleh anak-anak. Schafer dan Olexa
(1963) dalam kajiannya di sebuah sekolah tinggi di Amerika yang mempunyai pelajar
dari status sosio ekonomi yang berbeza, jelas menunjukkan bahawa kebanyakkan
masalah disiplin yang wujud di sekolah tersebut adalah berpunca dari pelajar-pelajar
dari status sosio ekonomi yang rendah.
Menurut Bachman (1970) ibu bapa yang mempunyai status sosio ekonomi yang
tinggi menganggap tingkah laku anak-anak mereka yang buruk hanya akan
menjejaskan dan menjatuhkan maruah dan martabat keluarga mereka. Oleh itu,
mereka berusaha sedaya upaya mereka memastikan agar anak-anak mereka
sentiasa berdisiplin dan mempunyai tingkah laku yang baik. Pelajar-pelajar dari
golongan status sosio ekonomi yang tinggi didapati kurang melakukan masalah
disiplin berbanding dengan pelajar-pelajar dari status sosio ekonomi yang rendah.
Jaafar (1997) mendapati bahawa ibu bapa yang bertaraf sosio ekonomi rendah
kurang berupaya dalam memastikan pencapaian anak-anak mereka cemerlang. Ibu
bapa hanya menghantar anak-anak mereka ke sekolah atas dasar seruan kerajaan
dan amalan masyarakat tempatan. Sebuah hadis Rasullullah (S.A.W) yang
bermaksud, Tiap-tiap anak dilahirkan di atas fitrahnya dan sesungguhnya ibu dan
bapanya yang akan menjadikan sama ada Yahudi, Majusi atau Nasrani . Pengertian
daripada hadis ini ialah betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mencorakkan
dan memberi pendidikan kepada anak-anak supaya mereka membesar dan menjadi
manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.
10.4 Faktor Persekitaran
14 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
15/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
Para remaja yang suka meniru dan mengikut tingkah laku seseorang individu begitu
mudah untuk terlibat dalam masalah rokok ini. Begitu juga dengan kanak-kanak
yang bapanya merokok dan pernah disuruh untuk membeli rokok akan mudah
mengikut bapanya. Perbuatan tersebut merupakan asas kepada pembelajaran yang
boleh menyebabkan seseorang itu menggunakan rokok menjadi satu ketagihan.
Mereka boleh sahaja terpengaruh dengan agenda seperti merokok oleh watak-watak
utama dalam filem yang mereka tonton melalui kaca televisven atau baca melalui
media- media cetak. Mereka juga boleh terpengaruh dengan rakan-rakan pelajar
yang nakal. Kita tidak dapat mengelak berhadapan dengan pengaruh-pengaruh
negatif di zaman dunia tanpa sempadan dan era serba canggih ini (Dewan
Masyarakat, Mei 2000). Selain itu, faktor ingin menjadi dewasa dan mendapat
keistimewaan menjadi orang dewasa yang boleh memikul pelbagai bebanan dalam
masyarakat turut menyumbang kepada aktiviti merokok. Dapatan ini disokong oleh
Sufian (2004) yang menyatakan remaja merokok disebabkan oleh ketidaksabaran
mereka untuk menjadi dewasa.
Menurut Dewan Siswa (November 1987) pengaruh persekitaran sosial agar diterima
rakan sebaya menyebabkan remaja akan melakukan apa sahaja yang dilakukan
oleh rakan sebaya mereka. Cara mereka bertutur, bergaya, berfikir dan berpakaian
seperti mana yang digayakan oleh rakan sebaya mereka. Inilah yang menyebabkan
remaja pada ketika ini sering berada atau sentiasa mendampingi kumpulan mereka
masing-masing. Segala cadangan yang dikemukakan kepada rakan sekumpulan
akan dituruti sahaja tanpa memikirkan implikasi yang akan timbul selepas
melakukannya. Keadaan ini amat membahayakan kerana remaja akan mencuba
tingkah laku walaupun diketahui ianya salah dan melanggar disiplin sekolah. Remaja
akan merasa tercabar dan mungkin ditertawakan apabila menolak cadangan yang
15 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
16/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
diutarakan oleh rakan kumpulan. Oleh kerana itulah kita dapati remaja terutama
yang berkumpulan akan melakukan apa sahaja yang dimulakan oleh rakan
kumpulan kerana bimbang akan disisihkan dari rakan kumpulan.
Dewan Budaya (September 1999) yang mengatakan bahawa pertumbuhan pusat-
pusat hiburan yang banyak yang hanya mementingkan keuntungan turut
menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja. Pada masa sekarang terdapat
banyak kedai-kedai runcit yang berhampiran dengan kediaman kita. Keadaan ini
amatlah baik kerana memudahkan orang ramai dalam mendapatkan barangan.
Tetapi agak malang apabila terdapatnya pekedai juga turut menjualkan rokok
kepada orang ramai termasuklah pelajar tanpa larangan. Dakwah (November 1999)
yang menyatakan generasi kita telah dilanda gejala sosial kerana semakin
terdedahnya masyarakat kepada kebudayaan asing yang di impot. Di dapati
pengaruh dari barat ini semakin serius, di mana pelajar kita mula terpengaruh
terutamanya mengenai cara merokok yang ditunjukkan dalam filem.
Kamarudin (1996) yang mendedahkan budaya pelajar yang bekerja pada musim cuti
sekolah. Mereka mula menjinakkan diri dengan rokok yang disogokkan oleh rakan
sekerja yang lebih dewasa. Kegiatan yang tidak sihat ini berlaku adalah kerana
adanya orang yang lebih dewasa tidak bertanggungjawab terhadap tingkah laku dan
perlakuan pelajar. Budaya menyogokkan pelajar dengan barangan percuma tanpa
memikirkan kesan dari tindakan tersebut boleh mengubah perlakuan pelajar dari
seorang yang tidak merokok kepada seorang yang perokok. Di samping itu, Awang
Had (1980) menyatakan bahawa kadang kala keadaan dan suasana sekolah juga
boleh menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan akan menyebabkan masalah
disiplin di kalangan pelajar.
16 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
17/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
Oleh itu, persekitaran sekolah yang menarik dan sesuai dengan tempoh
perkembangan mereka akan menjadi tempat terbaik kepada pelajar untuk melarikan
diri daripada tekanan-tekanan yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Ini
sekurang-kurangnya mengelakkan pelajar memilih tempat-tempat yang salah
sebagai tempat mereka melepaskan tekanan yang dihadapi (Dewan Masyarakat,
Jun 2000). Manakala, Mustafa (1991) menyatakan memiliki jiran yang mulia adalah
pilihan tempat tinggal yang terbaik bagi pembentukkan akhlak anak-anak dan remaja
kerana mereka amat mudah dipengaruhi oleh kehidupan dan persekitaran,
sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud :
Manusia itu dilahirkan dengan fitrah (tabiat atau potensi yang baik). Hanya ibu
bapanyalah (alam sekitar) menyebabkan ia menjadi Yahudi, Nasrani atau menjadi
Majusi.
Di samping itu, terdapat juga pandangan lumrah bahawa rokok mudah dibeli dan ini
menyebabkan remaja memula dan meneruskan kegiatan merokok setiap hari. Ini
jelas menunjukkan adanya pekedai tidak bertanggungjawab yang hanya memikirkan
keuntungan sahaja tanpa melihat kesan risiko yang dihadapi oleh remaja turut
menyumbang kepada kegiatan merokok ini. Kajian yang dibuat dikebanyakan
Negara membangun termasuk Malaysia mendapati penggunaan rokok bermula
sebaik sahaja kanak-kanak memasuki alam remaja (M.Hussain Habil, 1994).
Sungguhpun baru-baru ini negara kita telah membuat polisi untuk mencegah
penjualan rokok di kalangan mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun, tetapi
perlaksanaannya tidak berkesan. Ramai remaja dapat membeli rokok dengan
mudah tanpa banyak sekatan. Oleh yang demikian, penggunaan rokok di kalangan
remaja di negara ini masih tidak berkurangan.
17 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
18/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
11.0 Anggaran Perbelanjaan
Berikut adalah anggaran perbelanjaan bagi menjalankan kajian ini:
Bil Bahan Yang Diperlukan Harga
1. Kertas A4 (2 rim x RM13) RM 26
2. Alat Tulis RM 10
JUMLAH : RM 36
12.0 Cadangan Langkah Mengatasi Gejala Merokok
Walaupun pelbagai penyakit atau bahaya rokok itu telah didedahkan kepada mereka
yang merokok atau masyarakat umum tetapi gambaran itu masih tidak cukup untuk
menakutkan seorang perokok untuk mengurangkan jauh sekali meninggalkan tabiat
berbahaya tersebut. Mereka tidak pernah takut dengan ancaman itu, malah
langsung tidak menghiraukan sebarang risiko yang akan mereka hadapi untuk
jangka masa panjang. Oleh yang demikian, pihak-pihak tertentu terpaksa berusaha
lebih gigih untuk mengurangkan atau mengelakkan masyarakat terutama golongan
remaja termasuklah pelajar supaya berhenti merokok. Sungguhpun begitu, pihak
yang terlibat seharusnya tidak berputus asa terhadap langkah menangani masalah
yang semakin parah ini.
Berikut merupakan antara langkah yang boleh atau sedang atau telah dijalankan
oleh pihak sekolah, agensi kerajaan mahupun masyarakat bagi menangani maslah
gejala merokok ini ialah :
12.1 Hari Tanpa Tembakau
18 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
19/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
Hari Tanpa Tembakau merupakan inisiatif proaktif Pertubuhan Kesihatan Sedunia
secara global, bertujuan mengingatkan masyarakat tentang wabak tembakau yang
meracuni gaya hidup masyarakat sedunia serta membunuh empat juta penduduk
dunia setiap tahun. Angka ini dijangka meningkat kepada 10 juta orang pada tahun
2030. Statistik daripada Sufean (2004) menunjukkan 49 peratus lelaki dewasa di
Malaysia, merokok, dan jumlah ini melebihi peratusan perokok di negara maju, iaitu
38% di Britain, 35% di Amerika Syarikat dan 30% di Sweden. Setiap hari, antara
14,000 hingga 15,000 remaja mula menjadi penagih tembakau di negara maju. Di
negara-negara membangun dan di negara mundur, perokok remaja meningkat
antara 68,000 hingga 84,000 orang. Tegasnya, masyarakat perlu sedar akan bahaya
merokok agar tidak menjerumuskan diri sendiri ke lembah maut.
12.2 Kempen Anti Merokok
Pelbagai kempen dijalankan untuk mengatasi masalah merokok baik oleh kerajaan
mahupun pihak persendirian. Misalnya, kerajaan telah mengadakan kempen anti
merokok melalui pelbagai cara seperti iklan-iklan yang ditayangkan di dalam
televisyen, radio, poster-poster mahupun pameran yang sering diadakan di sekolah
mahupun di pejabat dan sebagainya.
12.3 Ceramah
Dalam ceramah mahupun iklan itu hendaklah dinyatakan tentang bahayanya
merokok, kesan merokok serta dinyatakan faedah orang yang tidak merokok atau
berhenti merokok seperti hidup lebih lama, dapat menghindari racun yang
terkandung dalam rokok, dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada
bahaya merokok, menjadi teladan yang baik kepada anak-anak, dapat
meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat, meningkatkan deria rasa
19 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
20/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
dan bau, gigi lebih putih dan nafas lebih segar dan dapat mengelakkan budaya
membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang
lebih baik dan bermanfaat.
12.4 Semangat Diri Sendiri
Seseorang itu mestilah kuat semangat dan mendisiplinkan diri untuk berhenti
merokok seperti tetapkan tarikh untuk berhenti merokok, yakinkan diri, buat nota
peringatan, katakan pada diri anda, Aku bukan perokok, tumpukan pada hari ini
jangan dulu fikirkan hari seterusnya, sentiasa berfikiran positif, dapatkan sokongan
daripada orang sekeliling seperti rakan sebaya, ibu bapa atau keluarga, lawan
keinginan atau perasaan untuk merokok dan gunakan Terapi atau rawatan yang
sesuai.
12.5 Berpuasa
Amalan berpuasa dari pandangan Islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan
maksiat. Apabila berpuasa seseorang itu tidak dapat merokok sekurang-kurangnya
13 jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpelung untuk
merokok pada waktu malam jika selalu berpuasa, seseorang itu tidak hanya dapat
menghentikan tabiat merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Allah.
12.6 Bersukan Atau Aktiviti Berfaedah
Selain itu, individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh
badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka seperti merokok.
Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah
keseronokan dan motivasi diri. Oleh itu, perokok hendaklah melakukan aktiviti sukan
ini kerana ia dapat menghindarkan dirinya dari tabiat merokok.
12.7 Sertai Program Sukarela
20 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
21/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk
melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan
kesihatan diri kita. Jika seseorang itu sibuk dengan aktiviti atau kerja yang
dilakukannya, dia akan lupa untuk menghisap rokok kerana tidak ada masa untuk
menghisap rokok. Bagi ibu yang mengandung pula hendaklah didedahkan kepada
iklan-iklan tentang pentingnya menjaga bayi yang dikandungnya dan dedahkan
perkara-perkara yang boleh memudaratkan keadaan bayinya mahupun kesiahtan
dirinya sendiri.
12.8 Kuatkuasa Undang-Undang
Di negara Brunei Darussalam, kerajaan telah pun menetapkan undang-undang iaitu
tidak membenarkan sesiapa saja untuk merokok di kawasan-kawasan tertentu
seperti dalam panggung wayang, rumah sakit, sekolah, pejabat dan di kawasan
awam yang tertentu. Denda akan dikenakan kepada sesiapa saja yang melanggar
undang-undang tersebut. Penjual rokok di kedai juga tidak menjual rokok kepada
remaja yang berumur di bawah lapan belas tahun. Sesiapa yang didapati berumur di
bawah lapan belas tahun akan dikenakan denda yang setimpal. Pihak-pihak yang
berkenaan juga diharap akan dapat bekerjasama dalam membanteras tabiat
merokok ini, dengan tidak menjual kepada pembeli yang di bawah umur dan jangan
hanya memikirkan keuntungan saja.
13.0 Kesimpulan
Merokok merupakan satu kegiatan yang sukar untuk dibanteras. Walaupun bahaya
merokok amat ketara dan besar pengaruhnya terhdap masyarakat, dari segi
kesihatan, ekonomi dan sosial tetapi merokok masih tetap menjadi satu amalan
masyarakat yang sukar untuk di atasi. Sehubungan dengan itu, para pelajar
21 194707
ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
-
7/28/2019 Ass Pss Punca Merokok
22/22
SSZK 2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
hendaklah dididik dari rumah, dan diingatkan sentiasa di sekolah dan didedahkan
dengan kesan gejala merokok ini. Walaupun begitu, kerajaan tidak pernah berputus
asa dan terus berusaha dalam menangani masalah yang semakin serius ini. Semua
pihak diharapkan memberikan kerjasama untuk menjayakan langkah-langkah yang
telah dirancang oleh pihak-pihak tertentu.
22 194707