keracunan makanan ass kesihatan

25
Kes 4 : Keracunan Makanan Kes/ berita Punca-punca dari pelbagai sudut Keracunan makanan adalah berpunca daripada tahap keselamatan makanan yang telah di cemari kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis dan bahan buangan yang lain. Penyakit ini memberi kemudaratan kepada manusia dalam tempoh 48 jam setelah makanan/minuman yang seterusnya membawa kepada penyakit bawaan makanan seperti muntah & cirit-birit (diarrhea). Menurut Dr. Norazlanshah bin Hazali, Perunding Keselamatan Dan Terapi Makanan, Jabatan Sains Pemakanan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam laporan mengenai kesihatan dan keluarga dalam majalah Seri Dewi & Keluarga. Sebenarnya, penyebab kepada penyakit bawaan makanan ini boleh dikategorikan kepada tiga iaitu secara biologi, secara kimia dan juga fizikal. Antara agen biologi adalah seperti bakteria, kulat, virus dan juga parasit.

Upload: michelle-horn

Post on 19-Feb-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kesihatan

TRANSCRIPT

Page 1: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

Kes 4 : Keracunan Makanan

Kes/ berita

Punca-punca dari pelbagai sudut

Keracunan makanan adalah berpunca daripada tahap keselamatan makanan yang telah di cemari kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis dan bahan buangan yang lain. Penyakit ini memberi kemudaratan kepada manusia dalam tempoh 48 jam setelah makanan/minuman yang seterusnya membawa kepada penyakit bawaan makanan seperti muntah & cirit-birit (diarrhea).

Menurut Dr. Norazlanshah bin Hazali, Perunding Keselamatan Dan Terapi Makanan, Jabatan Sains Pemakanan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam laporan mengenai kesihatan dan keluarga dalam majalah Seri Dewi & Keluarga. Sebenarnya, penyebab kepada penyakit bawaan makanan ini boleh dikategorikan kepada tiga iaitu secara biologi, secara kimia dan juga fizikal. Antara agen biologi adalah seperti bakteria, kulat, virus dan juga parasit.

Walaupun bakteria boleh menyebabkan 90% kes daripada bawaan makanan, dan hanya 4% adalah bakteria berbahaya.

Bakteria salmonella, shigella dan Escherichia.coli (E.coli) adalah makanan mentah yang kurang masak. berbahaya ini sering dijumpai seperti. Selain bakteria, kulat juga boleh menyebabkan penyakit jangkitan makanan. Makanan seperti roti dan jem dapat menghasilkan toksin. Tumbuhan seperti cendawan, makanan laut serta bahan

Page 2: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

kimia industri atau agrikultur adalah antara contoh agen kimia bagi penyakit bawaan makanan. Tumbuhan dan makanan laut menghasilkan toksin yang seterusnya menyebabkan keracunan seperti ikan buntal dan cendawan. Di samping itu, bahan-bahan seperti kaca, batu, kayu, besi, serangga dan lain-lain bahan asing di dalam makanan adalah dikategorikan sebagai bahan cemar fizikal.

Antara faktor yang menyebabkan keracunan makanan ialah di sebabkan pelbagai fakor. Pertama, bakteria yang berpunca daripada potegen boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan tapi ia boleh melalui orang yang mengendalikan makanan. oleh itu kebersihan adalah penting dalam penyediaan makanan dari segi diri, pakaian, bahan dan peralatan menyediakan makanan. Dapur perlu sentiasa di cuci dan di sanitasi dari kotoran dan serangga perosak seperti tikus, lipas dan sebagainya. Malah penyaji perlu menutup kepala dan sarung tangan, penyaji perlu mengamalkan mencuci tangan dengan betul . Malah murid wajar diterapkan amalan mencuci tangan dengan betul sebelum makan.

Kedua, pencemaran silang berlaku apabila bakteria dan virus daripada permukaan tercemar berpindah kepada permukaan yang tidak tercemar. Kontaminasi bersilang adalah pemindahan bakteria atau mikroorganisma lain dari satu makanan ke

Page 3: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

makanan yang lain Bakteria datang daripada individu, bahan, alatan dan permukaan dapur. Makanan, bahan dan peralatan mentah dan yang telah dimasak hendaklah diasingkan terutama daging mentah, ayam dan makanan laut bagi mengelakkan makanan tercemar.

Ketiga, bagi pencegahan penyakit bawaan makanan adalah, memasak dengan sempurna pada suhu didih selama 5 hingga 10 minit mencapai kepanasan yang secukupnya iaitu, sekurang-kurangnya 73 °C selama 15 saat bagi membunuh bakteria dan mikroorganisma. Makanan yang terdedah dengan bakteria seperti daging, ayam telur dan makanan laut. Proses memasak bukan sahaja dapat menambah kelazatan, memudahkan penghadaman tapi juga membunuh bakteria dan organisma.

Keempat, makanan yang telah dimasak hendaklah dipanaskan dengan sempurna. Bagi memastikan makanan disediakan dan dimasak dengan sempurna, suhu memainkan peranan yang penting. Semasa menghidang, makanan hendaklah sentiasa panas (melebihi 60°C). Makanan yang telah dimasak tidak boleh ditinggalkan pada suhu bilik lebih dari 2 jam. Namun begitu, harus diingat, makanan yang disimpan di dalam peti sejuk tidak boleh disimpan terlalu lama atau melebihi 5 hari. Makanan beku tidak digalakkan dinyahbeku pada suhu bilik kerana amalan ini dianggap tidak selamat.

Page 4: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

Kelima, menggunakan air dan bahan mentah yang selamat. Air yang selamat adalah air yang telah dirawat dan membolehkan anda menggunakannya atau minum dengan selamat. Bahan mentah pula perlulah segar, berkhasiat dan selamat. Seperti yang diketahui sayur-sayuran dan buah-buahan adalah lebih berkhasiat sekiranya dimakan tanpa dimasak. Oleh itu, pastikan sayuran dan buah-buahan ini dibasuh sebelum dimakan. Bagi makanan terproses, pilihlah yang selamat seperti susu yang berpasteur selain memastikan makanan yang sudah melebihi tarikh luput tidak digunakan lagi.

1.1 Suhu Makanan & pertumbuhan bacteria

74 hingga 100°C Suhu memasak membunuh kebanyakan bakteria.

63 hingga 74°C Suhu hangat menghalang pertumbuhan tetapi sesetengah bakteria boleh hidup

5 hingga 63°C ZON BAHAYA

Pertumbuhan pantas bakteria & penghasilan toksin

0 hingga 5°C Peti sejuk, memperlahankan pertumbuhan sesetengah bakteria

-18 hingga 0°C Pembekuan menghentikan pertumbuhan, tetapi bakteria masih hidup

Sumber: Brown 2010

Bahan mentah yang digunakan telah tercemar - contoh ikan dan ayam sudah tidak segar atau busuk - masih dimasak dan dijadikan hidangan

Page 5: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

Makanan mengandungi bahan kimia secara berlebihan - perut tidak tahan - menjejaskan kesihatanPenyedia makanan di kantin atau dewan makan sekolah tidak mementingkan kebersihan diri semasa menyediakan makananKantin atau dewan makan mengabaikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan - makanan yang terdedah akan dihinggapi lalat - boleh mengakibatkan keracunan

Kes Pelajar Sekolah Keracunan Makanan Meningkat Tiap Tahun

Page 6: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

Diterbitkan: Jumaat, 3 Oktober 2014 2:14 PM

Page 7: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

Gambar hiasan. (Ubah saiz teks)PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan disaran menyenaraihitamkan pengusaha kantin dan dewan makan asrama sekolah yang terlibat dengan kes keracunan makanan sebagai tindakan tegas kerana cuai.Saranan itu kerana sebanyak 5,265 kes keracunan makanan di negara ini membabitkan makanan yang disediakan di kantin atau dewan makan asrama sekolah.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, jumlah itu adalah 43 peratus daripada 12,122 kes keracunan makanan yang berlaku di seluruh negara.Sehubungan itu, katanya, peningkatan kes keracunan makanan setiap tahun melibatkan pelajar sekolah perlu dilihat secara lebih serius dalam memastikan makanan yang disediakan kepada generasi muda sentiasa bersih, selamat dan sihat.Jelas beliau, sebagai pihak bertanggungjawab dalam pelantikan penyedia makanan itu, Kementerian Pendidikan diharap mengenakan syarat lebih ketat termasuk membatalkan kontrak serta tidak melantik semula pengusaha kantin yang mempunyai rekod kes seumpama itu.“Kebanyakan insiden (keracunan makanan) berlaku kerana mereka (pengusaha kantin) tidak mematuhi pelbagai syarat yang ditetapkan dan tak beri tumpuan kepada aspek kebersihan dan kesihatan dalam penyediaan makanan,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.Dr Subramaniam sebelum itu menghadiri majlis anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat peringkat kebangsaan 2014. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Kedua, P Kamalanathan.Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan peningkatan kes keracunan makanan sejak beberapa tahun lepas dengan 3,822 kes pada 2010, 3,959 kes (2011), 4,305 kes (2012) dan 5,017 kes pada 2013.Dr Subramaniam berkata, data juga menunjukkan sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini, 9,780 kantin dan dapur asrama diperiksa, 98 daripadanya diarah tutup kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan.Menurut Dr Subramaniam, walaupun kini terdapat sekolah yang mempunyai guru dan jawatankuasa khas kantin, namun skop tugasan guru itu dicadang diperluas dengan melantik guru bagi memantau hal ehwal kesihatan pelajar.“Kita akan bantu untuk beri latihan kepada guru-guru ini supaya mereka boleh jadi ejen pemantau secara lebih dekat kerana Kementerian Kesihatan sendiri tidak cukup kakitangan untuk melakukannya secara kerap di semua sekolah,” katanya.

Pada majlis itu, kantin Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dinobatkan juara keseluruhan menewaskan 95 kantin lain yang terpilih mewakili negeri masing-masing meliputi kategori sekolah menengah bandar, luar bandar dan dewan makan asrama

Tiga maut keracunan makananOleh SAFINA RAMLI, OPAT RATTANACHOT, SHAHNI FARHANA MAT SAHIR dan ABD. RAZAK [email protected]

Page 8: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

Dua daripada mangsa keracunan makanan menerima rawatan di Hospital Yan, Kedah, semalam.JERAI 30 Sept. - Tiga maut, tiga kritikal manakala 59 yang lain dimasukkan ke hospital ekoran keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Merbok, Kedah pada Sabtu lalu.Nurshazana Mohd. Rashid, 24, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 1 petang hari ini manakala Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan.

Mangsa ketiga, Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma meninggal dunia pada pukul 6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Kesemua mangsa dirawat di Hospital Yan dan Hospital Sultan Abdul Halim.

Mereka dipercayai memakan ayam masak merah yang dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung pada majlis perkahwinan berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Ismail Abu Taat berkata, ketiga-tiga mereka meninggal dunia disebabkan mengalami kekurangan air yang teruk kerana keracunan makanan."Mangsa lewat mendapat rawatan kerana mereka tidak ke hospital dengan segera selepas mengalami cirit-birit dan keracunan makanan.

"Saya ingin nasihatkan mereka yang telah menghadiri kenduri tersebut segera mendapatkan rawatan jika mengalami tanda-tanda keracunan makanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu menurut ibu Mohd. Nor Rahmat, Che Norma Khalid, 45, anak tunggal lelaki daripada lima beradik itu menghadiri majlis kenduri kahwin tersebut bersama suaminya, Yusof Ariffin, 50, yang turut mengalami sakit perut, namun tidak serius."Selepas balik dari rumah kenduri, anak saya belum rasa sakit, dia mula rasa pada waktu malam dan hari ini lebih teruk.

"Kami bawa dia ke Hospital Yan pagi tadi selepas mendapati dia tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang," katanya ketika ditemui.

Che Norma berkata, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Singkir itu dikatakan makan nasi bersama ayam masak merah.

Sementara itu sepupu Nurshazana, Hairul Azhar Harun, 33, berkata, mangsa mula berasa sakit perut setelah pulang daripada kenduri tersebut dan sakitnya bertambah teruk pada hari Ahad sehingga dia enggan keluar dari bilik.

Page 9: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

"Kami ingat hari ini nak bawa dia (Nurshazana) ke klinik tetapi pagi tadi dia pengsan dalam keadaan tertiarap dalam bilik dan kira-kira pukul 12.45 tengah hari disahkan meninggal dunia.

"Ibu dan adik-adiknya ada juga rasa sakit tetapi tidaklah seteruk dia," katanya.

Dalam pada itu, tuan rumah majlis perkahwinan tersebut, Yusuf Ahmad, 55, tidak menyangka acara perkahwinan anak keduanya bertukar menjadi tragedi apabila tiga orang jemputan meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan.Beliau berkata, pihaknya hanya menghidangkan ayam masak merah, gulai ikan talang, kerabu pucuk paku dan sambal ikan bilis bersama kacang yang dimasak secara bergotong-royong bersama penduduk kampung.

"Yang masak sebahagian daripada makanan itu kakak saya, Solehan Harun dibantu saudara-mara yang lain, saya tidak sangka kes seumpama ini boleh berlaku," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, kira-kira 2,000 orang diundang menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya, Haslina Yusuf, 22, dan pasangan, Mohd. Fauzan Zakaria, 26.

"Saya amat terkejut bila mengetahui ada kalangan mereka yang makan kenduri itu alami cirit-birit dan muntah, termasuk dalam kalangan anggota keluarga sendiri," katanya.

Yusuf berkata, isterinya, Fauziah Nawawi, 40, dan dua anak mereka turut menerima rawatan di Hospital Yan akibat peristiwa itu.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131001/je_01/Tiga-maut-keracunan-makanan#ixzz3ggAApGCa © Utusan Melayu (M) Bhd 

Page 10: Keracunan Makanan Ass Kesihatan
Page 11: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

Keracunan makanan: KPM disaran senarai hitam kantin October 3, 2014, FridayShare this:

kes keracunan libatkan pelajar sekolah meningkat tiap tahunSHAH ALAM: Kementerian Pendidikan (KPM) disaran menyenaraihitamkan pengusaha kantin dan dewan makan asrama sekolah yang terlibat dengan kes keracunan makanan sebagai tindakan tegas kerana cuai.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata peningkatan kes keracunan makanan setiap tahun melibatkan pelajar sekolah perlu dilihat secara lebih serius dalam memastikan makanan yang disediakan kepada generasi muda sentiasa bersih, selamat dan sihat.

Jelas beliau, sebagai pihak bertanggungjawab dalam pelantikan penyedia makanan itu, KPM diharap mengenakan syarat lebih ketat termasuk membatalkan kontrak serta tidak melantik semula pengusaha kantin yang mempunyai rekod kes seumpama itu.

“Kebanyakan insiden (keracunan makanan) berlaku kerana mereka (pengusaha kantin) tidak mematuhi pelbagai syarat yang ditetapkan dan tak beri tumpuan kepada aspek kebersihan dan kesihatan dalam penyediaan makanan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dr Subramaniam sebelum itu menghadiri majlis anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat peringkat kebangsaan 2014. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Kedua, P. Kamalanathan.

Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan peningkatan kes keracunan makanan sejak beberapa tahun lepas dengan 3,822 kes pada 2010, 3,959 kes (2011), 4,305 kes (2012) dan 5,017 kes pada 2013.

Dr Subramaniam berkata dari Januari hingga Ogos lepas, 12,122 kes keracunan makanan dilaporkan di seluruh negara, 43 peratus atau 5,265 daripadanya disyaki berpunca daripada makanan yang disediakan di kantin atau dewan makan asrama sekolah.

Data juga menunjukkan sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini, 9,780 kantin dan dapur asrama diperiksa, 98 daripadanya diarah tutup kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan.

Page 12: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

Menurut Dr Subramaniam, walaupun kini terdapat sekolah yang mempunyai guru dan jawatankuasa khas kantin, namun skop tugasan guru itu dicadang diperluas dengan melantik guru bagi memantau hal ehwal kesihatan pelajar.

“Kita akan bantu untuk beri latihan kepada guru-guru ini supaya mereka boleh jadi ejen pemantau secara lebih dekat kerana Kementerian Kesihatan sendiri tidak cukup kakitangan untuk melakukannya secara kerap di semua sekolah,” katanya.

Pada majlis itu, kantin Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dinobatkan juara keseluruhan menewaskan 95 kantin lain yang terpilih mewakili negeri masing-masing meliputi kategori sekolah menengah bandar, luar bandar dan dewan makan asrama. — Bernama

Read more: http://www.theborneopost.com/2014/10/03/keracunan-makanan-kpm-disaran-senarai-hitam-kantin/#ixzz3ggEvwqgd

MASALAH CIRIT BIRIT

Oleh Dr. Mohmed Izham Mohamed Ibrahim

(Bahagian 11)

Cirit-birit yang diakibatkan oleh makanan

Individu yang boleh mengalami cirit-birit jika tidak biasa memakan makanan yang tertentu atau makanan tersebut tidak sesuai bagi perutnya. Antara punca cirit-birit ialah alahan makanan yang sangat berlemak atau pedas ataupun makanan yang banyak fiber atau berserat serta penuh dengan bijirin. Bayi juga kadangkala mengalami masalah cirit-birit kerana tidak sesuai dengan susu berformula yang diberikan. Jika cirit-birit berlaku kepada lebih daripada seorang individu dalam tempoh 24 jam selepas memakan makanan yang sama, kita boleh mengesyaki keracunan makanan telah berlaku.

Botulisme merupakan satu fenomena yang berlaku akibat keracunan makanan oleh kuman Clostridium botulinum. Ia sering dikaitkan dengan proses penyediaan makanan yang tidak bersih dan juga terdapat dalam makanan bertin. Pesakit akan mengalami masalah pertuturan, kesukaran untuk menelan, kesesakan nafas dan kelumpuhan pada bahangian usus. Keadaan ini akan menjadi lebih serius jika pesakit mengalami kelumpuhan di bahagian saluran pernafasan. Masalah keracunan ini boleh dicegah dengan memanaskan makanan dalam tin selama 10 minit untuk membunuh spora yang dihasilkan oleh kuman dan menghapuskan racun tersebut.

Page 13: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

Cirit-Birit Kronik

Cirit-birit jenis ini sukar dikenalpasti puncanya kerana ia boleh diakibatkan oleh pelbagai faktor seperti penyakit dalam tubuh dan gangguan pada sistem saluran penghadaman. Pesakit akan mengalami cirit-birit yang berlaku dengan kerap selama lebih dari dua minggu. Oleh kerana puncanya sukar dikenalpasti, pesakit boleh dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut secara terperinci.

Cirit-birit kronik boleh juga diakibatkan oleh tekanan emosi dan penyalahgunaan ubat laksatif yang digunakan untuk memudahkan pembuangan air besar. Masalah penyalahgunaan ubat laksatif boleh diselesaikan dengan pemberhentian pengambilan ubat laksatif, kaunseling dan rawatan lanjut dalam hospital.

Di antara penyakit yang boleh mengakibatkan cirit-birit yang berpanjangan ialah kencing manis dengan gangguan saraf (neuroapati diabetik), kanser di bahagian usus dan sistem kelenjar. Individu yang mengalami cirit-birit yang berpanjangan (kronik) serta mempunyai tanda-tanda yang lain mesti berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Penilaian Masalah Cirit-Birit

Individu yang mengalami cirit-birit yang akut (masalah yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak berpanjangan) sering mengadu bahawa mereka mengalami cirit-birit yang kerap, kekejangan pada bahagian perut, perut yang berangin (flatulens), demam, sakit otot, muntah-muntah dan lesu. Manakala individu yang mengalami cirit-birit yang kronik akan mengadu kurang atau tidak selera makan, kehilangan berat badan dan rasa lemah serta lesu yang berpanjagan. Beberapa perkara berkaitan pesakit yang perlu diketahui oleh doktor dan ahli farmasi sebelum memberi rawatan ialah:

Umur pesakit.

Masa dan tempoh serta kekerapan berlakunya cirit-birit.

Makanan yang diambil sebelum mengalami masalah cirit-birit.

Ciri dan lokasi simptom dan tanda masalah.

Ciri najis yang dihasilkan.

Faktor yang dikenalpasti oleh individu dapat menerukkan masalah cirit-birit.

Page 14: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

Ubat-ubat yang sedang diambil oleh pesakit.

Faktor yang dikenalpasti oleh individu dapat mengurangkan simtom dan tanda masalah.

Rawatan yang pernah diambil sebelum ini.

Penyakit lain yang sedang dialami atau sejarah masalah cirit-birit atau gangguan sistem penghadaman/gastrousus yang dialami oleh keluarga.

Pesakit-pesakit dalam kategori berikut perlu dirujuk kepada doktor

Kanak-kanak berumur kurang daripada tiga tahun.

Wargatua yang mempunyai pelbagai penyakit

Individu dewasa yang mempunyai penyakit kronik seperti asma, ulser diabetes dan jantung.

Wanita mengandung.

Pesakit dengan najis berdarah.

Pesakit yang mengadu sakit apabila perutnya disentuh.

Pesakit dengan suhu yang sangat tinggi (demam kuat).

Pesakit dengan kekurangan air yang serius.

Pesakit dengan kehilangan berat badan yang serius.

Pesakit yang mengalami cirit-birit lebih tinggi daripada tempoh lima hingga tujuh hari.

Penilaian kritikal amat penting. Seseorang mungkin memerlukan rawatan sementara sebelum dapat berjumpa seseorang doktor untuk rawatan lanjut. Jenis rawatan dan ubat yang diingini diberikan memerlukan penilaian yang rasional dan tepat. Jika seseorang mengalami cirt-birit kerana kesan sampingan ubat, beliau tidak boleh memberhentikan ubat tersebut sewenang-wenangnya. Beliau perlu mendapatkan nasihat dan panduan daripada doktor yang memberikan ubat tersebut. Ini kerana pemberhentian ubat tersebut boleh menerukkan penyakit yang sedia ada dan kandang-kala masalah cirit-birit yang dialami tidak serius. Sejarah pengubatan dan perubatan pesakit yang sangat penting dapat membantu ahli farmasi. Dalam hal ini, individu boleh mendapatkan rawatan daripada seorang ahli farmasi.

Aspek Rawatan

Cirit-birit merupakan satu simptom. Rawatan untuk menghilangkan masalah cirit-birit tidak bermakna akan juga menyelesaikan penyakit sebenar seperti kanser, diabetes atau tekanan emosi yang dialami oleh individu tersebut. Terdapat banyak produk dan ubat yang berada di pasaran yang boleh merawat masalah cirit-birit. Saranan ubat yang tepat memerlukan pertimbangan klinikal serta justifikasi yang rasional.

Page 15: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

Rawatan pencegahan untuk individu yang ingin melancong

Beberapa jenis rawatan pencegahan boleh digunakan bergantung kepada punca masalah cirit-birit. Diantaranya ialah:

- Ubat antibiotik seperti doksisiklin, trimetroprim

- Sulfametoksazol, norfloksaksin, ciprofloksasin

- Bismut subsalisilat

Adalah disarankan kepada pelancong yang ingin melancong ke kawasan atau negara yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah supaya memakan makanan yang sentiasa panas dan dimasak dan meminum air yang dimasak atau air mineral yang dibotolkan. Air paip atau ketulan ais boleh menjadi sumber jangkitan atau masalah cirit-birit.

Jika berlaku cirit-birit semasa melancong, ia boleh dirawat dengan meminum air dan garam mineral yang banyak. Jika ini tidak dapat membantu, individu boleh dirawat dengan ubat antibiotik seperti trimetroprim-sulfametoksazol, norfloksaksin, ciprofloksaksin dan tetrasiklin.

Rawatan tanpa ubat

Masalah cirit-birit akut yang tidak serius disertai dengan muntah-muntah boleh reda dengan sendiri. Kaedah pemakanan yang sesuai boleh membantu menggantikan cecair dan garam mineral yang hilang.

Penggantian cecair dan garam mineral yang telah diambil terutamanya kepada kanak-kanak dan warga tua. Di antara kaedah yang boleh diikuti ialah:

1. Berikan larutan yang mempunyai garam mineral dengan kerap dalam jumlah yang sedikit, ubat boleh didapati daripada kedai farmasi atau klinik.

2. Berikan makanan yang mudah dihadam (makanan yang lembut).

3. Bagi kanak-kanak, susu berfomula yang tidak serasi dengan mereka mungkin perlu ditukarkan.

4. Bagi kanak-kanak yang meminum susu ibu, ia patut diteruskan.

5. Elakkan makanan yang berlemak dan pedas.

Beberapa jenis ubat yang boleh digunakan untuk merawat masalah cirit-birit.

Page 16: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

1. Ubat antiperistaltik - ia mengembalikan fungsi usus kepada keadaan normal dan mengurangkan kekerapan pembuangan air besar serta menghasilkan najis yang normal (kombinasi difenoksilat m/atropin, loperamid, kombinasi kaolin/pektin).

2. Penjerap - ia menjerap racun, bakteria, gas dan cecair (arang diaktifkan, aluminium magnesium silikat, kalsium polikarbofil).

3. Agen-agen lain seperti:

Bismut subsalisilat; bertindak sebagai penjerap dan mengurangkan air dalam usus.

Ubat membunuh kuman (kumpulan antibiotik)

Antikolinergik (atropin, hiosiamin)

Kolestiramin - digunakan apabila berlaku radangan pada bahagian usus kecil.

Dioktahedral smektit.

Agen narkotik dan narkotik sintetik serta kumpulan steroid - digunakan apabila pesakit mengalami Crohn dan Ulcerative colitis

Penyebab Penyakit Malaria, Gejala, Mencegah dan Cara MengobatiPenyakit malaria adalah penyakit menular yang dapat ditularkan oleh nyamuk bernama Anopheles. Nyamuk ini membawa parasit plasmodium dan menggigit orang sekaligus menyebarkannya melalui peredaran darah. Malaria merupakan penyakit berbahaya yang dapat menyebabkan kematian. Dari   pernyataan yang saya kutip dari Wikipedia, berdsarkan data di dunia, penyakit malaria membunuh anak setiap 30 detik. Sekitar 300-500 juta orang terinfeksi dan sekitar 1 juta orang meninggal karena penyakit ini setiap tahunnya. 90% kematian terjadi di Afrika, terutama pada anak-anak.

www.penyebab-penyakit.com

Nyamuk yang menyebarkan parasit ini yaitu nyamuk betina yang sebelumnya sudah terinfeksi oleh plasmodium. Selain melalui nyamuk, penyakit malaria juga dapat menyebar melalui beberapa hal seperti transfusi darah, transplantasi organ, jarum suntuk yang sudah terkontaminasi. Ibu hamil juga dapat menularkan penyakit ini kepada bayinya.

Page 17: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

Penyebab Penyakit MalariaPenyakit malaria disebabkan oleh parasit yang merupakan golongan plasmodium. Media utama yang menjadi penyebar penyakit ini yaitu nyamuk Anopheles betina. Nyamuk ini terinfeksi oleh parasit plasmodium dari gigitan yang dilakukan terhadap seseorang yang sudah terinfeksi parasit tersebut. Nyamuk tersebut akan terinfeksi selama satu mingguan hingga waktu makan selajutnya. Pada saat makan, maka nyamuk ini menggigit orang lain sekaligus menyuntikkan parasit plasmodium ke dalam darah orang tersebut sehingga orang tersebut akan terinsfeksi malaria.

Ada 4 jenis plasmodium yang dapat menginfeksi manusia, diantaranya yaitu:1.    Plasmodium ovale2.    Plasmodium malariae3.    Plasmodium falciparum4.    Plasmodium vivax

Dari kasus-kasus tentang penyakit malaria di seluruh dunia, disimpulkan bahwa jenis plasmodium vivax yang paling sering ditemukan pada pasien yang terserang penyakit ini. Selain itu plasmodium falciparum merupakan penyumbang kematian paling besar pada penyakit malaria yang menyerang manusia di dunia yaitu sekitar 90%.Penyakit lain yang disebabkan nyamuk adalah 

penyakit demam berdarah 

Gejala Penyakit MalariaGejala malaria dapat dibagi menjadi 2 bagian ditinjau dari berat-ringannya. Gejalanya yaitu sebagai berikut.

A. Gejala Penyakit Malaria Ringan (Malaria tanpa Komplikasi)Pada penderita penyakit malaria, umumnya mengalami demam dan menggigil, sakit kepala, mual-mual, muntah, diare, terasa nyeri pada otot, pegal-pegal. Pada gejala malaria ringan, dapat dibagi menjadi 3 stadium yaitu sebagai berikut.

1. Stadium dinginPada stadium dingin penderita merasakan dingin dan menggigil yang luarbiasa, denyut nadi terasa semakin cepat namun lemah, bibir dan jari terlihat kebiruan, kulit kering, muntah-muntah yang terjadi kurang lebih 15 menit hingga 1 jam.

2. Stadium demamPada stadium ini penderita merasakan panas, muka merah, kulit kering, muntah dan kepala rasanya sangat sakit. Suhu tubuh biasanya mencapai 40 derajat celcius atau lebih. Kadang penderita mengalami kejang-kejang. Gejala ini berlangsung biasanya 2 hingga 4 jam lebih.

3. Stadium berkeringat Stadium berkeringat yaitu pengidap penyakit malaria ini selalu berkeringat, suhu tubuh dibawah rata-rata sehingga menyebabkan suhu tubuh menjadi dingin. Karena sering berkeringat, biasanya sering merasakan haus dan kondisi tubuh sangat lemah. 

B. Gejala Penyakit Malaria Berat (Malaria dengan Komplikasi)Penderita yang masuk dalam criteria ini biasanya sangat lemah sekali. Malaria berat dapat diketahui

Page 18: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

dengan melakukan pemeriksaan laboratorium sendian darah tepi dan penderita juga memiliki komplikasi sebagai berikut ini. 

Tidak sadarkan diri kadang hingga koma Sering mengigau Bicara yang salah-salah (tidak terkontrol) Kejang-kejang Suhu tubuh sangat tinggi Dehidrasi Nafas cepat, sesak nafas

Cara Mencegah Penyakit MalariaPenyakit malaria ini disebarkan oleh nyamuh sehingga kita harus menjaga kebersihan diri maupun lingkungan sekita sehingga tidak ada nyamuk yang berkembang biak. Bila anda sedang mengujungi tempat-tempat yang terkenal sebagai timbulnya penyakit malaria, minumlah obat Klorokuin yang berfungsi untuk mencegah masuknya parasit plasmodium falciparum ke dalam tubuh.

Cara Mengobati Penyakit Malaria1. Cara ModernJika terkena penyakit malaria, usahakan cepat ditangani dengan membawanya berobat ke dokter ahli penyakit malaria. Jika sudah ditangan dokter pastinya akan cepat ditangani namun bagaimana jika anda berada ditempat terpencil dan sangat jauh dari tempat dokter, anda bisa menggunakan cara tradisional

2. Cara Tradisional Cara tradisional dapat dijadikan alternatif jika ada kendala berobat kepada dokter. Untuk pengobatan secara tradisonal sangat mudah yaitu menggunakan “Daun Pepaya”. Jangan salah, daun papaya juga sangat manjur untuk mengobati penyakit malaria. Caranya yaitu siapkan beberapa daun papaya kemudian rebus dan minum airnya 3 kali sehari. Lakukan ini secara teratur setiap hari dan yakinlah bahwa anda akan sembuh.

Sistem Pernafasan Manusia berfungsi untuk membawa masuk Oksigen ke dalam tubuh badan kita. Pada masa yang sama Karbon dioksida disingkirkan daripada tubuh kita. Komponen-komponen Sistem Pernafasan Manusia terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu bahagian atas dan bahagian bawah.

Page 19: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

Komponen bahagian bawah terdiri daripada Larynx, Trakea dan Paru-Paru. Paru-paru terbahagi kepada beberapa bahagian utama iaitu Bronkus, Bronkial dan rerambut halus yang dipanggil Alveoli.

Alveoli adalah tempat berlakunya pertukaran di antara gas oksigen dan gas karbon dioksida dalam kapilari darah.

 

Asma, Bronkitis, Emphysema, Pneumonia, TB dan Barah Paru-Paru adalah Gangguan Utama Sistem Pernafasan ManusiaAntara gangguan biasa kepada Sistem Pernafasan Manusia ialah penyakit semput atau Asma. Asma terjadi apabila sistem imun menjadi keliru. Sistem Imun dalam paru-paru akan melepaskanhistamine akibat terdedah kepada sebarang antigen penyebab alahan atau rengsaan sehingga menyebabkan keradangan.Pada kebiasannya, laluan udara di paru-paru menjadi merah dan bengkak (keradangan). Lendir berlebihan akan dihasilkan dan menyekat laluan udara. Otot di

Page 20: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

sepanjang laluan udara semakin mengempis. Kejadian ini dipanggil bronchoconstriction. Asma yang teruk boleh menyebabkan kerosakan paru-paru yang tidak boleh dipulihkan akibat serangan yang kerap

 

Penyelesaian Nutrisi : Kalsium dan Magnesium adalah ejen anti asma membantu menenangkan laluan pernafasanBronkitis disebabkan oleh keradangan pada lapisan tiub bronkial yang membawa masuk dan keluar udara dari paru-paru.

Penyelesaian Nutrisi : Resveratrol membantu mengurangkan keradangan dan melapangkan laluan udaraPenyelesaian Nutrisi : Minyak Ikan Omega-3 membantu mengurangkan keradangan dan melapangkan laluan udaraEmphysema pula berlaku apabila pundi udara musnah sedikit demi sedikit menyebabkan kadar pernafasan yang pendek

Page 21: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

Keadaan biasa pada dada penghidap EmphysemaPenyelesaian Nutrisi : Nutriferon mendorong penghasilan Interferon semulajadi dalam tubuh badan   serta mencegah dan mengurangkan gejala-gejalaPneumonia ialah keradangan berlaku pada Alveoli dalam paru-paru kerana Alveoli dipenuhi dengan cecair. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan daripada pelbagai jenis mikroorganisma termasuk bakteria, virus, kulat dan parasit

Penyelesaian Nutrisi : Bawang Putih adalah antibiotik semulajadi

Page 22: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

Tuberculosis (TB) ialah sejenis penyakit yang serius tetapi masih boleh diubati. TB disebabkan oleh bakteria mycobacterium tuberculosis. Kuman pesakit TB juga boleh dipindahkan kepada orang lain melalui udara.

Gejala penyakit TB boleh dilihat seperti berikut :-

1) Batuk tidak berhenti selama 2-3 minggu

2) Batuk sehingga berdarah dan berkahak

3) Sakit dada atau sakit ketika bernafas atau batuk

Penyelesaian Nutrisi : Vitamin C membantu memperbaiki sistem imun dan melawan jangkitan1/4 daripada pesakit Barah Paru-Paru tidak mempunyai gejala-gejala yang nyata. Manakala 3/4 lagi mempunyai gejala-gejala seperti batuk

Page 23: Keracunan Makanan Ass Kesihatan

berdarah, kahak bewarna karat, keletihan, kehilangan berat badan, jangkitan pernafasan yang berulang-ulang, suara serak dan pernafasan yang pendek.

Paru-paru sihat (Kiri) dan paru-paru yang dihidapi barah (Kanan)Penyelesaian Nutrisi : Resveratrol membantu mengurangkan pertumbuhan sel barahParu-paru dan Sistem Pernafasan ialah sesuatu yang sangat penting dalam tubuh badan kita. Hanya kita yang mengetahui samada Paru-paru dan Sistem Pernafasan kita adalah dalam keadaan sihat atau sebaliknya. Ambillah langkah bijak dengan memilih jalan pencegahan dengan menjaga kesihatan Sistem Pernafasan kita sebaik mungkin.