kbsr ori ass falsafah-1

23
Pembentukan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Sejak negara mencapai kemerdekaan, kurikulum untuk sekolah rendah telah diubahsuaikan untuk keperluan Malaysia yang merdeka. Kurikulum sekolah rendah adalah kurikulum kebangsaan yang sama daripada segi isi, sungguhpun bahasa pengantarnya berlainan. Laporan yang dikeluarkan pada 7 November 1979 antara lain menyentuh tentang kedudukan pendidikan rendah. Laporan ini mengesyorkan supaya sistem persekolahan rendah yang berlainan bahasa pengantarnya. Walau bagaimanapun ,laporan ini mendapati kurikulum sekolah rendah perlu dikaji semula. Jawatankuasa ini berpendapat bahawa pendidikan peringkat rendah sekarang tidak merupakan pendidikan asas. Pendidikan peringkat rendah ini merupakan pendidikan umum yang terlalu memberatkan sifat akademik. KBSR ini dibentuk berasaskan kepada Laporan Razak (1956), Ordinan Pelajaran (1957), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961) dan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Antaranya termasuklah isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain, dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid, guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan

Upload: kamaladzrin5211

Post on 13-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kbsr

TRANSCRIPT

Pembentukan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Sejak negara mencapai kemerdekaan, kurikulum untuk sekolah rendah telah diubahsuaikan untuk keperluan Malaysia yang merdeka. Kurikulum sekolah rendah adalah kurikulum kebangsaan yang sama daripada segi isi, sungguhpun bahasa pengantarnya berlainan. Laporan yang dikeluarkan pada 7 November 1979 antara lain menyentuh tentang kedudukan pendidikan rendah. Laporan ini mengesyorkan supaya sistem persekolahan rendah yang berlainan bahasa pengantarnya. Walau bagaimanapun ,laporan ini mendapati kurikulum sekolah rendah perlu dikaji semula. Jawatankuasa ini berpendapat bahawa pendidikan peringkat rendah sekarang tidak merupakan pendidikan asas. Pendidikan peringkat rendah ini merupakan pendidikan umum yang terlalu memberatkan sifat akademik. KBSR ini dibentuk berasaskan kepada Laporan Razak (1956), Ordinan Pelajaran (1957), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961) dan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Antaranya termasuklah isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain, dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid, guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan, pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain dan aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.Berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar. Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran dalam Laporan (1979) menyatakan, Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan penegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M). Pendidikan peringkat rendah menekankan perkembangan menyeluruh dalam bidang intelek, rohani, dan jasmani. Hal ini membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran melalui pengalaman secara langsung. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus melibatkan pelajar secara aktif bagi membolehkan pelajar mengemukakan idea dan perasaan, menyelesaikan masalah, bertukar-tukar pendapat serta dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Berdasarkan kelemahan-kelemahan dalam KLSR juga, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya. Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia, murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluan seharian. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya. Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak pada guru agama sahaja. KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu Pendekatan Bersepadu; Perkembangan individu secara menyeluruh; Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan Pendidikan seumur hidup.Murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan pengalaman hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat. Suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid.Manakala aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas,prinsip yang lain adalah aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel dan memberi penekanan kepada nilai (merentas kurikulum), penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) serta penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.Penekanan dalam KBSR diberi dalam dua Tahap iaitu Tahap I dan tahap II. Fokus Tahap I memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran asas berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis), penguasaan nombor dan operasi asas mengira,mengenal huruf serta membaca, menghafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran; dan menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat. Manakala Fokus Tahap II memberi penekanan kepada pengukuhan kemahiran asas berbahasa; pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah; pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain, Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif; Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran; serta menghayati dan mengamalkan nilai-nilai.Struktur KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah Kemahiran Asas; Manusia dengan Persekitaran; Kesenian dan Kesihatan; Kerohanian, nilai dan sikap; Kemahiran Hidup; dan Kokurikulum . Komunikasi merupakan keperluan hidup yang asasi. Komunikasi dilakukan dengan perantaraan bahasa dan melibatkan aktiviti mengira. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan JasmaniTeras KBSR meliputi 5 aspek iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Manakala dalam melaksanakan KBSR, penekanan di beri kepada kemahiran asas, kemahiran berfikir, nilai merentas kurikulum, bahasa merentas kurikulum, patriotisme merentas kurikulum, penilaianberterusan, prinsip mudah ubah dan Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid, seseorang guru seharusnya mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang pembelajaran, menyediakan ruang pembelajaran yang selesa, terdapat sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif dan ruang pameran hasil kerja serta bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran murid. Dari aspek emosi sosial penggunaan bahasa yang mesra dengan murid, keupayaan guru memahami muridnya serta penggunaan teknik yang pelbagai. Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif. Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan ataupun individu. Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-hampir sama ataupun kepada kebolehan yang pelbagai. Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti berikut iaitu Simulasi, Lakonan, Permainan, Tunjuk ajar, Lawatan, Bercerita, Projek, Sumbangsaran, Main peranan serta Pidato. Program KBSR memulakan percubaannya dalam tahun 1982. Selepas tahun 1988, program KBSR disemak semula untuk melihat kekuatan dan kelemahannya. Akibatnya KBSR, yang dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah untuk mencerminkan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, globalisasi dan pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Draf baru sukatan Tahun 1 disediakan pada November 1992 dan kemudian dilaksanakan pada Disember 1994. Antara perubahan dasar ialah : I. penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaranII. penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harianIII. menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang paling kompleks mengikut topikIV. mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaranV. mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam topik berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan beratVI. mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu Sains dan Kajian TempatanVII. pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua matapelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah mulai Januari 2003 sertaVIII. pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains

Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.1988 Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.

Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Antaranya termasuklah 1. Isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. 2. Dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid. 3. Guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan4. Ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain. 5. Ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya.

Aliran Falsafah Pendidikan Barat Dalam KBSR1) EssensialismeTeori Essensialisme menegaskan pendidikan melibatkan pembelajaran kemahiran asas, seni, sains yang teleh digunakan masa lampau dan berguna untuk masa akan datang. Pengikut Essensialisme percaya bahawa kemahiran ini menyumbang kepada kesejahteraan manusia seperti membaca, menulis, mengira dan kehidupan bersosial yang harus disuburkan diperingkat kurikulum pendidikan sekolah rendah. Pada peringkat menengah, kurikulum pendidikan mengetengahkan mengenai sejarah, matametik, sains, bahasa dan kesusteraan. Menurut Clifton Fadiman pendidikan asas ialah sesuatu mata pelajaran yang mempunyai kuasa generatif iaitu bermaksud potensi untuk mengalakkan pelajar dengan keupayaan untuk belajar dengan lebih tinggi dan mahir dengan subjek tersebut. ahli-ahli esensialisme mengkaji semula perkara-perkara yang perlu dimasukkam ke dalam kurikulum sekolah ; membezakan di antara program-program penting dan kurang penting ; dan membentuk semula autoriti guru di dalam bilik darjah (Kneller, 1971)Pendidikan essensialisme bersifat fleksible dimana ia terbuka untuk perubahan, toleran dan tidak terikat dengan dokterin tertentu. Nilai yang jelas dan tahan lama serta guru yang memiliki sifat authoriti. Falsafah aliran ini mementingkan pembentukan peribadi dan kurikulumya disusun dari topik yang mudah kepada yang lebih kompleks serta menekankan kemahiran 3M iaitu menulis, mengira dan membaca. Ini bersesuain dengan objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia, murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi boring-borang yang sesuai untuk keperluan seharian. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya.

Pendidikan membolehkan setiap individu menyedari keupayaannya. Kanak-kanak akan hadir kesekolah agar dapat memahami keadaan dunia sekelilingnya dan dapat mentafsirkannya mengikut minat dan kemahuannya. Fahaman ini mementingkan pengalaman masyarakat daripada pengalaman perseorangan. Sesuatu kebudayaan yang kompleks memerlukan sistem pendidikan yang baik, oleh itu guru yang berdisiplin dan berdedikasi dalam melaksanakan amatlah dikehendaki. Selain itu, kurikulum essensialisme di bahagikan kepada dua bahagian kepada mata pelajaran penting seperti matematik dan sains manakala mata pelajaran yang kurang penting ialah seni, musik, Pendidikan jasmani dan vokasional. Bahan pengajaran juga disediakan dengan sempurna dan dirancang dengan sistematik (Azizi Jaafar, 2009). Ahli-ahli essensialisme mengkaji semula perkara-perkara yang akan dimasukkan kedalam kurikulum dan membezakan program-program sekolah kepada pelajaran yang penting dan kurang pentingDalam KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian,Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen.Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah essensialisme ynag mementingkan sains dan matematik sebagai wadah pembangunan pendidikan. Dalam konteks Malaysia pendidikan Agama Islam dititik beratkan kerana Negara bukan sahaja ingin melahirkan bangsa ynag cemerlang dalam sains dan teknologi tetapi juga seorang warganegara yang berakhlak mulia dan mempunyai jati diri yang baik. Kriteria kenaikan darjah hendaklah ditetapkan mengikut pencapaian pelajar semasa peperiksaan. Semasa di sekolah rendah lagi, pendekatan secara 3M telah dijalankan. Aspek penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiranyang perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara automatik tetapi murid yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti kelas pemulihan yang dijalankan. Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran. Contohnya adalah seperti ujian akhir tahun, dan ujian bulanan. Penilaian formatif pula ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan seperti kuiz dan soal-jawab. Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang dapat dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan.Penilaian Darjah 5 pula telah digantikan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid KBSR, tahun 6.Pendidikan essensialisme ini menyarankan penerapan nilai-nilai sosial, kebudayaan, politik, cendiakawan dan penulisan terkenal dan guru juga hendaklah mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam bidang nilai masyarakat tradisi dan moden. Elemen-elemen yang diperlukan dalam pendidikan pula meliputi pengetahuan semasa dan masa lampau. Maka tumpuan kurikulumnya berkaitan dengan perkara yang benar-benar penting dan diperlukan. Jadi semua aktiviti ko kurikulum kurang diberi keutamaan. 2) Perennialisme `Aliran parennialisme pula mengutamakan kerasionalan dalam mengadakan matlamat sistem pendidikan untuk memperbaiki status manusia. Keharmonian, kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah Negara amat bergantung kepada masyarakat dan rakyat yang hidup di dalamnya. Oleh itu, untuk mencapai matlamat ini, masyarakat harus memperbaiki status dan kualitinya dan dengan cara ini mereka akan dapat berfungsi dengan baik dan bukan sekadar mengejar kebendaan sahaja tetapi untuk memperbaiki diri menjadi seorang yang mencapai tahap kenali diri dan tahap kerasionalan yang tinggi. Menurut Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986) disamping mengejar pembangunan kemajuan sains dan teknologi, industri seharusnya mengekalkan nilai kemanusiaan yang murni. Jadi, wawasan falsafah pendidikan untuk melahirkan rakyat yang berakhlak, bermoral, beretika dan berestetika amat bertepatan dengan sebahagian pemikiran parennialisme. Oleh sebab itu salah satu tujuan KBSR dibuat untuk melahirkan warganegara yang bukan sahaja mempunyai potensi dalam bidang akademik tetapi juga berakhlak dan dapat berfikir secara rasional dalam membuat sesuatu tindakan. Parennialisme berasaskan daripada falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi oleh fahaman idealisme. Mengikut ahli parennialisme, nilai moral dan rasional manusia semakin merosot. Oleh itu, untuk meyelamatkan umat manusia daripada kelenyapan fungsi utama pendidikan hendaklah mengutamakan perkembangan potensi rasional individu, membantu mencari prinsip mutlak dan memahami dunia yang sebenar. Maka parennialisme memandang pendidikan sebagai jalan iaitu proses mengembalikan kebudayaan sekarang. Ahli-ahli parennialisme menganggap bahawa ciri-ciri asas semulajadi manusia berbentuk universal dan tiada had masa (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986). Manusia itu bersifat rasional. Rasionaliti serta intelek ini hendaklah disemai melalui pendidikan. Tujuan pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan pengetahuan yang berbentuk universal dan tiada had masa (Azizi Jaafar, 2009). Selain itu, mereka menganggap tujuan sejagat pendidikan adalah untuk mencari dan menyebarkan kebenaran. Ini kerana, kebenaran merupakan perkara yang universal dan tidak berubah-ubah. Ini bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara iaitu memberi pendidikan seumur hidup kepada semua rakyat Malaysia.Maka, proses utama dalam pendidikan adalah mendisiplinkan mental dan jiwa pelajar disamping mengembangkan potensi penaakulan. Murid-murid yang diharapkan menurut perenialisme adalah mampu mengenal dan mengembangkan karya-karya yang menjadi landasan pengembangan disiplin mental. Karya karya ini merupakan pemikiran tokoh-tokoh besar pada masa lampau. Berbagai buah fikiran mereka yang oleh zaman telah dicatat menonjol dalam bidang-bidang seperti bahasa dan sastra, sejarah, falsafah, politik, ekonomi, matematik, ilmu pengetahuan alam dan lain-lainnya, telah banyak yang mampu memberikan ilmunisasi zaman yang sudah lampau. Dengan mengetahui rulisan yang berupa pikiran dari para ahli yang terkenal tersebut, yang sesuai dengan bidangnya maka anak didik akan mempunyai dua keuntungan yakni:1. Anak-anak akan mengetahui apa yang terjadi pada masa lampau yang telah difikirkan oleh dewasa.2. Mereka memikirkan peristiwa-peristiwa penting dan karya-karya tokoh tersebut untuk diri sendiri dan sebagai bahan pertimbangan untuk digunakan pada zaman sekarang. Jelaslah bahwa dengan mengetahui dan mengembangkan pemikiran karya-karya pada masa lampau, maka murid-murid dapat mengetahui bagaimana pemikiran para ahli tersebut dalam bidangnya masing-masing dan dapat mengetahui bagaimana peristiwa pada masa lampau dapat berguna bagi diri mereka sendiri, dan sebagai bahan pertimbangan pemikiran mereka pada zaman sekarang ini. Hal inilah yang sesuai dengan aliran falsafah perenialisme tersebut.Oleh itu, pembacaan tulisan-tulisan agung dan bahan-bahan masa lampau merupakan tugas yang penting bagi para pelajar. Dengan pembacaan ini,secara tidak langsung pelajar dapat idea daripada pemikiran para cendiakawan. Dengan ini pelajar dapat menonjolkan bakat yang ada pada dirinya yang selama ini terpendam disebabkan tiada asuhan atau tunjuk ajar daripada pihak luar. Kurikulum parenialisme pula berpegang kepada kembali ke asal kerana yang asal itulah yang benar. Pendidikan adalah sama bagi semua orang kerana manusia mempunyai potensi yang sama dan guru mempunyai kuasa autoriti di dalam kelas. Isi kandungan kurikulum adalah tetap dan tidak berubah tetapi ia boleh menggunakan kaedah pembelajaran Socrates. Kebenaran dalam kurikulum parenialisme adalah sejarah dan sekolah merupakan agensi masyarakat yang bertujuan untuk membentuk manusia menjadi manusia yang rasional (Azizi Jaafar, 2009). Mata pelajaran yang di utamakan adalah matematik, bahasa, doktrin-doktrin dan buku-buku ternama. Ia juga menekankan 3M dalam kurikulum dan mewujudkan kelas vokasional bagi pelajar yang kurang pandai. Kaedah pengajaran yang dicadangkan adalah ingatan, pembacaan, penulisan, latih tubi dan ulangkaji. Tugas utama pendidikan adalah mempersiapkan murid-murid ke arah kematangan. ladi. Sekolah rendah memberikan pendidikan dan pengetahuan serba dasar. Dengan pengetahuan yang tradisional seperti membaca, menulis dan berhitung murid-murid memperoleh dasar penting bagi pengetahuan-pengetahuan yang lain. Pendidikan menurut falsafah ini mesti menumpukan sejumlah mata pelajaran yang umum, bukan specialist, liberal bukan vokasionalis, yang humanistik bukan teknikal. Dengan cara inilah pendidikan akan memenuhi fungsi humanistiknya, yakni pembelajaran secara umum yang mesti dimiliki oleh manusia seperti yang digariskan KBSR iaitu mengetahui asas 3M supaya dapat menguasai kemahiran lain.

3) RekonstruktivismeTeori rekonstruktivisme juga diaplikasikan dalam KBSR yang mana teori rekonstruktivisme, di dalam usaha membina masyarakat baru, menumpukan usaha kepada perkembangan ekonomi dan kebajikan sosial manusia. Mereka percaya bahawa sekolah boleh memainkan peranan membentuk semula masyarakat yang harmoni dan sempurna. Maka, peranan guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga membawa isu-isu sosial yang penting untuk dibincang dan diselesaikan secara usahasama. Ringkasnya, teori rekonstruktivisme menekankan teknik perbincangan dan penggunaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kreatif dalam penyelesaian masalah. Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, bahan-bahan pelajaran hendaklah distrukturkan secara sistematik dan bersepadu. Mata pelajaran kemanusiaan hendaklah menjadi fokus utama dalam rancangan kurikulum sekolah agar dapat membentuk murid yang berperikemanusiaan, berlandaskan kebudayaan masyarakat yang ideal. Pada keseluruhannya KBSR merupakan satu inovasi kurikulum dalam pendidikan rendah yang paling besar di Negara kita. Walaubagaimanapun terdapat kelemahan di sana sini dalam pelaksanaannya,KBSR telah membawa pembaharuan dan kesegaran dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.4) Progressivisme

Pengajaran progressive pula, mereka menggunakan pendekatan induktif dalam mencapai matlamat pendidikan kerana pendekatan induktif tidak memerlukan teori tetapi memerlukan mereka membentuk penerangan sendiri yang akan menerangkan fenomena yang didedahkan. Guru hanyalah berfungsi sebagai pembimbing atau penasihat dalam penyelesaian masalah. Kurikulum mereka memberi tumpuan kepada proses pelajaran manakala kurikulum essensialisme dan parenialisme memberi tumpuan kepada mata pelajaran (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986). Pelajar bebas memilih dan membuat keputusan ke atas dirinya jika ianya dianggap baik. Mereka menggambarkan pendidikan adalah penghidupan dan bukan persedian untuk hidup (Azizi Jaafar, 2009).Guru memainkan peranan yang penting dalam proses pendidikan. Mereka berperanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan mengajar mereka memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa supaya mereka boleh berjaya dalam hidup. Guru juga hendaklah bersifat demokratik, kretif, mempuyai inisiatif dalam pengajaran dan mahir menggunakan taktik ganjaran dan denda kepada pelajar (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986). Guru juga hendaklah mencerminkan kebaikan sesuatu masyarakat. program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan.Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi. Ciri-ciri bilik darjah KBSR ialah: Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kebolehan tersendiri Mengalakkan penglibatan pelajar secara aktif Mengunakan kaedah interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar Hasil kerja dipamerkan memperlihatkan pembelajaran kondusif Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktifPencarian kebenarannya melalui pengalaman dan isi kandungan kurikulum adalah pengetahuan asas dan pengalaman. Kaedah pengajaran secara inquiri iaitu secara penyelidikan. Kebenaran merupakan milik masyarakat. Sekolah merupakan tempat menggalakan kerjasama bukannya persaingan serta sekolah juga menggalakkan demokrasi. Pelajar akan diberikan kebebasan secara fizikal dan mental untuk mengembangkan bakat dan kemampuan yang terpendam dalam diri mereka tanpa dikekang oleh rintangan daripada orang lain (Azizi Jaafar, 2009). Fahaman ini menyatakan kurikulum yang paling wajar dilakukan ialah kurikulum yang bersifat fleksibel dan terbuka. Kurikulum jenis ini mudah diubah dan dibentuk sesuai dengan peredaran zaman. Kurikulum hendaklah berpusatkan kepada pengalaman atau eksperimen seperti yang terdapat dalam KBSR sebagai contoh di dalam mata pelajaran sains dan kemahiran hidup. Guru hendaklah menggalakkan pelajar mengambil inisiatif sendiri dan menggunakan kaedah praktikal dan pengalaman dalam mencari ilmu pengetahuan.Oleh itu, peranan guru hanyalah sekadar pembimbing dan penasihat kepada pelajar. Hal ini bertepatan dengan prinsip-prinsip KBSR iaitu pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.Bagi mereka, pelajar merupakan seorang individu yang berpengalaman, berfikiran dan suka mengembara. ini pula bertepatan dengan tujuan KB terhadap sekolah rendah. Buku pula dianggap sebagai alat dalam proses pembelajaran dan bukan sebagai sumber pengetahuan yang tidak boleh dipersoalkan. Sekolah pula tempat pelajar bekerjasama bukannya tempat untuk bersaing .Walaupun pada dasarnya falsafah pendidikan progressivisme tidak diamalkan sepenuhnya di negara ini, tetapi secara tidak langsung kita dapat melihat perkaitannya dengan falsafah pendidikan kebangsaan iaitu untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan bertanggungjawab serta usaha untuk mewujudkan masyarakat yang maju dan berilmu. Falsafah progressivisme mahukan perkembangan pelajar dari segi intelek dan fizikal oleh itu, progressivisme memberi kuasa dan kebebasan pelajar untuk mengembangkan bakat dalam pembelajaran mereka. Ini dapat dilihat pada mata pelajaran pendidikan muzik, guru mengajar penjarian not bermain rekoder dan murid di beri kebebasan mencipta lagu untuk not yang telah dipelajari. Ia akan melahirkan sikap yang berkeyakinan diri pelajar dan mereka akan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk manghadapi dugaan dan cabaran pada masa akan datang (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986). Progressivisme mementingkan operasi penyelidikan yang menjadi pemangkin pembangunan teknologi jadi fahaman aliran progressivisme dapat melahirkan masyarakat saintifik, progresif dan inovatif kerana kajian penyelidikan saintifik dipupuk secara meluas dan menyeluruh. Ini bertepatan dengan tujuan KBSR iaitu menguasai kemahiran teknikal dan saintifik. Tetapi dalam fahaman progressivisme ini, agama diketepikan. Kemajuan tanpa agama akan menyebabkan manusia hilang pedoman serta nilai dalam diri akan terhakis dan manjadikan manusia bersifat ego dan individualistik.

Rujukan

Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan: edisi ketiga. Serdang: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Azizi Jaafar (2009). Aliran-Aliran Falsafah Pendidikan, diambil pada 19 April 2013,from http://abuakhyar1.blogspot.com

Suffian Hussin (2008)Pendidikan Di Malaysia ;Sejarah sistem dan Falsafah:edisi kedua penerbit deaqn bahasa dan pustaka