final touch.docx

18
1.0 RPH MODEL ASSURE A (Analyze Learner) Mata Pelajaran: Pendidikan Seni Visual Tema: Objek Buatan Manusia Tajuk : Beg Kertas Bidang : Membuat !rak dan "ekaan Akti#iti : a$an % &mur ' Ta un *antina Lelaki Perem$uan % %+ + Keturunan Melayu ina ,ndia Lain-lain %+ . / - 0 Agama ,slam Kristian 1indu Lain-lain %+ . / - / Pekerjaan ba$a Kerajaan S2asta %3 ' 3 Adik beradik 4-+ 0-. 5-' %4 ke atas %4 %0 % - . Berat 6%07 %07 - %'70 8%'70- 7 8 7 %. + 5 Tinggi %%/9m- % 49m % %9m- % /9m % 39m- %+49m %+%9m ke atas S (State !bje9ti#es) i ak ir $elajaran ari ini; murid da$at %7 Meng asilkan bekas $ensil menggunakan teknik 9a$an 7 Menga$likasikan unsur-unsur seni dalam meng asilkan karya S (Sele9t met !ds; media < materials) Ba an-ba an yang di$erlukan7 %7 Vide! Vide! =1a$$y Birt day> 7 Lagu Bunga +7 Berus lukisan 07 ?arna air /7 Kertas lukisan 37 Bekas 2arna air .7 Ba an dari alam semulajadi- batang $ele$a $isang; ka9ang bendi; belimbing & (Utilize media < Materials) %7 Vide! Menggunakan #ide! ketika set induksi dan $enutu$ 7 Lagu %

Upload: adeng120284

Post on 03-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0 RPH MODEL ASSURE

A(Analyze Learner)Mata Pelajaran: Pendidikan Seni VisualTema: Objek Buatan ManusiaTajuk : Beg KertasBidang : Membuat Corak dan RekaanAktiviti : Capan1Umur9 Tahun

2JantinaLelakiPerempuan

1213

3KeturunanMelayuCinaIndiaLain-lain

1375-

4AgamaIslamKristianHinduLain-lain

1375-

5Pekerjaan bapaKerajaanSwasta

169

6Adik beradik0-34-78-910 ke atas

10141-

7Berat19.4-22.2>22.2

21723

8Tinggi115cm-120cm121cm-125cm126cm-130cm131cm ke atas

S(State objectives)Di akhir pelajaran hari ini, murid dapat1. Menghasilkan bekas pensil menggunakan teknik capan2. Mengaplikasikan unsur-unsur seni dalam menghasilkan karya

S(Select methods, media & materials)Bahan-bahan yang diperlukan.1. Video Video Happy Birthday2. Lagu Bunga3. Berus lukisan4. Warna air5. Kertas lukisan6. Bekas warna air7. Bahan dari alam semulajadi- batang pelepah pisang, kacang bendi, belimbing

U(Utilize media & Materials)1. Video Menggunakan video ketika set induksi dan penutup2. Lagu Lagu bunga dimainkan ketika penutup dan sesi ekspresi kreatif3. LCD LCD digunakan sepanjang tayangan video dipertontonkan kepada murid-murid4. Contoh bekas pensil Digunakan ketika sesi persepsi estetik5. Berus lukisan, warna air, kertas lukisan dan bahan dari alam semulajadi- batang pelepah pisang, kacang bendi, belimbing Digunakan ketika murid-murid melakukan ekspresi kreatif dan ketika proses aplikasi seni iaitu ketika guru tunjuk cara kepada murid.

Langkah Isi pengjaran

Persepsi Estetik

Set Induksi1. Murid menonton video Happy Birthday2. Guru memnunjukkan contoh beg kertas3. Guru menyatakan definisi capan dan mengaitkan dengan tajuk pembelajaran

APLIKASI SENIGuru memperkenalkan media yang digunakan untuk membuat capanGuru menyediakan bahan dan alat untuk aktiviti capan. Guru menunjukkan cara proses capan. Guru membancuh warna di dalam bekas warna Kemudian dengan menggunakan berus warna air, sapu warna ke bahan alam semulajadi. Kemudian cap di atas kertas.

R(Require Learner Participation)EKSPRESI KREATIF Murid menghasilkan corak dengan menggunakan teknik capan mengikut kreativiti sendiri dengan bimbingan guru.

E(Evaluate & Revise)APRESIASI Murid mempamerkan karya. Murid menceritakan pengalaman prosespenghasilan karya. Memberi ulasan karya

2.0 FROG VLE

1

3.0 ASAS FOTOGRAFI (KERJA KUMPULAN)

REFLEKSI

Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah EDU 3053. Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.

Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing bagi kami.

Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan.. Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan dan teguran serta pandangan pensyarah yang lain juga. Kolaborasi seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.

Semasa menyiapkan tugasan ini, banyak kekangngan lain juga terpaksa dihadapi. Saya mesti bijak dalam pembahagian masa kerana saya bukan tinggal di asrama, saya menyewa di luar dan sentiasa memberikan komitmen terbaik kepada ahli kumpulan saya.

Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan saya mempelajari bahawa seseorang guru haruslah kreatif dan pemikiran yang kritis dalam menjana idea yang baru untuk mencipta suasana yang menyeronokkan di dalam kelas apabila mengajar kelak. Hal ini kerana, secara keseluruhannya tugasan yang perlu dilaksanakan mesti mempunyai perancangan terlebih dahulu.

Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah bijak dan kreatif dalam memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan untuk sesebuah aktiviti pembelajaran. Kreativiti seseorang guru dalam perkara ini sangat penting dalam membantu guru menyediakan satu aktiviti dan tajuk pembelajaran yang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Seorang guru juga mesti bijak mengalikasikan ICT dalam peroses pengajaran dan pembelajaran. Kerana ini akan membuat suasana kelas lebih seronok dan menarik minat murid. Ciri asas sesebuah bahan yang ingin digunakan mestilah menarik kepada murid-murid. Namun begitu, bahan yang menarik sahaja tidak cukup untuk memastikan sesebuah aktiviti pembelajaran itu dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sebaliknya, sesebuah bahan tersebut haruslah benar-benar dapat membantu keberkesanan sesebuah aktiviti pembelajaran tersebut. Justeru itu, kreativiti idea seseorang guru sangat diperlukan dan dituntut dalam menjayakan perkara ini.

Sebagai tambahan, seseorang guru haruslah mengutamakan ciri-ciri tempatan dan dekat dengan persekitaran murid dalam memilih dan menggunakan bahan-bahan untuk aktiviti pembelajaran. Ciri-ciri tempatan atau setempat yang dimaksudkan di sini ialah ciri-ciri yang biasa dilihat oleh murid di persekitaran mereka. Dalam kata lain, perkara-perkara ini adalah perkara-perkara yang sangat dekat dan diketahui oleh murid.

Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.

Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

BIBLIOGRAFI

Hazis.hazis photography blog. Retrieved September 5, 2014, from http://creatphoto.wordpress.com/mengendali-kamera-anda/teknik-mengambil-gambar/

Maswan, S. (n.d.). Kelebihan Penggunaan Internet dan Laman Web dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Noriati A. Rashid & et. (2012). Siri Pendidikan Guru: Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Sdn. Bhd.

Perkembangan Pendidikan Malaysia.Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Retrieved Ogos 21, 2014, from http://web.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/ict_in_pnp.pdf

We Luv Quran. (2009, April 22).Kepentingan Teknologi Pendidikan dalam P & P. Retrieved September 29, 2014, from http://weluvquran.blogspot.com/2009/04/kepentingan-teknologi-pendidikan-dalam.html

Yusup Hashim. (1998).Teknologi pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.