asigment edu 3083

9
1.0 PENDAHULUAN Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional merujuk kepada ciri -ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli. Oleh itu, guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu-isu tentang kepimpinan guru menjadi perbualan masyarakat kini. Sehubungan itu, para pendidik kini perlu memantapkan pengetahuan dan kemahiran dalam asas kepimpinan agar isu-isu yang berlaku di sekolah dapat diatasi selaras dengan matlamat pendidikan abad ke-21. Hal ini, teori-teori dalam pendidikan perlu dijadikan panduan kepada guru untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul di sekolah agar dapat melahirkan murid modal insan yang cemerlang dan berketrampilan selaras dengan hasrat kerajaan dalam mencapai wawasan 2020.

Upload: jackson-figueroa

Post on 19-Jul-2016

75 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

etika guru

TRANSCRIPT

Page 1: Asigment Edu 3083

1.0 PENDAHULUANDewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang

berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan

pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat

terutamanya golongan profesional. Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep

profesional merujuk kepada ciri -ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu

profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai

pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika

yang mengawal tingkah laku ahli.

Oleh itu, guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru

adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan

pakar dalam bidang yang diceburi. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan,

profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir

guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub.

Ini terbukti apabila semakin banyak isu-isu tentang kepimpinan guru menjadi

perbualan masyarakat kini.

Sehubungan itu, para pendidik kini perlu memantapkan pengetahuan dan

kemahiran dalam asas kepimpinan agar isu-isu yang berlaku di sekolah dapat

diatasi selaras dengan matlamat pendidikan abad ke-21. Hal ini, teori-teori dalam

pendidikan perlu dijadikan panduan kepada guru untuk menyelesaikan isu-isu

yang timbul di sekolah agar dapat melahirkan murid modal insan yang cemerlang

dan berketrampilan selaras dengan hasrat kerajaan dalam mencapai wawasan

2020.

Seterusnya, bagi merealisasikan hasrat kerajaan, para guru pelatih telahdiberi

pendedahan awal melalui subjek EDU 3083 Asas Kepimpinan dan

Perembangan Profesional . Subjek ini memberi peluang kepada kami untuk

meneroka secara menyeluruh mengenai kepimpinan dan profesional perguruan

untuk menghadapi lapangan pendidikan yang begitu mencabar. Oleh hal yang

demikian, tugasan ini memerlukan guru pelatih mengkaji isu kepimpinan yang

berlaku di sekolah semasa menjalan Program Intership. Tugasan ini

disempurnakan secara individu.

Page 2: Asigment Edu 3083

2.0 ISU DAN ETIKA GURUIsu-isu dalam bidang pendidikan yang semakin kompleks memerlukan

kefahaman dan pentaksiran semula konsep-konsep kepimpinan dan pengurusan

agar dapat melahirkan generasi pemimpin yang holistik. Oleh itu, semasa saya

menjalankan program intership saya telah berjaya menyelesaikan satu isu

kepimpinan iaitu memimpin murid memenangi pertandingan bicara berirama

peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan menggunakan Teori Laluan

Matlamat. Hal ini, rajah 1 di bawah menerangkan secara terperinci mengenai

penyelesaian isu kepimpinan yang saya hadapi.

Rajah 1: Memimpin Pasukan Bicara Berirama

2.1 Faktor Isu dan Etika PerguruanTatasusila profesion perguruan merupakan satu garis panduan atau kod-kod

tingkah laku yang perlu dipatuhi oleh semua orang yang menggelar dirinya

sebagai pendidik dalam sistem pendidikan di Malaysia. Hal ini,

Pertimbangan Kepimpinan Fokus Motivasi

Tiada pendedahan bicara berirama

Pemilihan peserta (saringan)

Tayangan video

Merujuk pentadbir

Rujukan rakan sejawat

Masa perkhidmatan

Memenangi pertandingan

Latihan berterusan

Motivasi intersik dan ekstensik

Naib Johan Bicara Berirama

Page 3: Asigment Edu 3083

Rajah 2: Faktor Isu dan Etika Perguruan

Tatasusila tersebut dibahagikan kepada empat bidang tanggungjawab

termasuklah pelajar, ibubapa, masyarakat dan Negara serta rakan sejawat

dan profesionnya sendiri.

Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami

dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar

dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.· Sentiasa bersedia membantu

rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion

perguruan.

Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu

dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,

bertanggungjawabdan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua

dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala

tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup

mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.·

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu

bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.·

Tanggungjawab kepada murid

Tanggungjawab kepada profesion perguruan

Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara

Membimbing pelajar menjadi warganegara bertanggungjawab.

Sentiasa menunaikan tanggungjawab dalam profesion perguruan.

Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kecendekiawanan masyarakat.

Faktor Isu dan Etika Perguruan

Page 4: Asigment Edu 3083

Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,

kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat.

Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau

dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa

sebarang bayaran.

Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,

penyelidikan,lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan,

mesyuarat atau seminar supayapengajaran kami mencapai mutu yang

setinggi-tingginya.

Page 5: Asigment Edu 3083

3.0 IMPAK ISU DAN PEMBENTUKAN PROFESIONALISME GURU MELALUI INTEGRITI

3.1 Impak Isu

Rajah 3: Impak Pertandingan Bicara Berirama

3.2 Pembentukan Profesionalisme Melalui Integriti

Rajah 4: Teori Laluan Matlamat

Fokus kepada motivasiGaya kepimpinan

-ciri pekerja

-tugas & persekitaran

-directive

-supportive

-participative

-archivement oriented

-tetap matlamat

-pilih jalan

-buang halangan

-sedia sokongan

Impak Pertandingan Bicara Berirama

Murid Sekolah Diri

Berdisiplin

Bermotivasi tinggi

Bertanggungjawab

Pentadbir - Rakan sejawat -

kerjasama Kokurikulum –

Naib Johan Peringkat Wilayah

Meningkatkan kemahiran kepimpinan

Meluaskan ilmu pengetahuan ikhtisas.

Menambah pengalaman dalam profesion perguruan

Pertimbangan

Capai Matlamat

Page 6: Asigment Edu 3083

4.0 PENUTUP

Page 7: Asigment Edu 3083

Refleksi

Ubben, Hughes dan Norris (2007), gaya kepimpinan yang ditonjolkan oleh seorang pengetua

atau Guru Besar di sekolah yang baik menunjukkan tahap penglibatan tinggi dalam kerja dan

berorientasikan akademik. Gaya kepimpinan berkenaan dikenali sebagai kepimpinan

instruksional. Keberkesanan tindakan seseorang pengetua atau Guru Besar yang

mengamalkan kepimpinan instruksional boleh diukur melalui penglibatannya dalam dua

proses memimpin iaitu pencapaian matlamat dan kesejahteraan anggota (Robiah Sidin,

2003). Seorang pemimpin instruksional perlu memimpin warga sekolah untuk mencapai

matlamat yang ditetapkan selain perlu memastikan bahawa setiap warga sekolah yang

terlibat dapat melakukan tugas dalam suasana harmoni, mesra dan tanpa perlu bimbang

tentang keperluan asas fisiologi. Seseorang pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan

kepimpinan instruksional mempunyai potensi untuk mencapai kecemerlangan kerana

penekanan dalam pencapaian matlamat dan kebolehan untuk memenuhi kesejahteraan

anggota.

Salah satu ciri kepimpinan instruksional adalah pemimpin akan menyediakan sumber

keperluan organisasi. Di sekolah, seorang pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan

kepimpinan instruksional akan menyediakan sumber seperti bahan dan masa bagi keperluan

guru. Melalui tindakan tersebut, guru-guru dan staf akan melihat pemimpin mereka sebagai

seorang yang prihatin dengan keperluan orang-orang bawahannya dan akan melahirkan

rasa hormat dan percaya terhadap pemimpin. Kepercayaan adalah bentuk tertinggi motivasi

manusia (Covey, Whitman& England, 2010) dan kemampuan pemimpin untuk meraih

kepercayaan daripada orang bawahannya mampu meningkatkan motivasi bekerja. Seorang

pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan kepimpinan instruksional dapat

menyampaikan satu bentuk rangsangan motivasi kepada guru, murid dan warga sekolah.

Motivasi yang tinggi di kalangan guru mampu menjana pencapaian cemerlang di kalangan

murid seterusnya meningkatkan pencapaian prestasi sekolah.

Selain daripada itu, ciri lain pemimpin instruksional adalah seorang pemimpin yang

memberi penekanan dalam memantau pencapaian murid. Pemantauan ini mampu

memperbaiki mutu kerja, sikap dan menyelesaikan masalah guru di samping dapat

memastikan setiap warga sekolah mematuhi disiplin (Lokman & Mohd Anuar, 2011). Di

bawah seorang pemimpin instruksional, sekolah mampu melahirkan murid yang cemerlang

kerana peranan utama seorang pemimpin di sekolah adalah sebagai pemimpin

kecemerlangan pembelajaran. Seorang pemimpin instruksional sentiasa menjalankan proses

bagi meningkatkan prestasi sekolah melalui data, analisis data dan rencana aktiviti

Page 8: Asigment Edu 3083

intervensi. Bagi setiap kelemahan yang dilihat di sekolah, seorang pemimpin instruksional

sentiasa bersedia dengan satu langkah mengatasi masalah tersebut berdasarkan apa yang

difikirkan cara paling tepat mengatasi masalah berkenaan.

Kemahiran penyeliaan adalah satu ciri penting pemimpin instruksional. Melalui

peranan sebagai seorang penyelia, pemimpin instruksional memerhatikan dan memberi

tunjuk ajar dalam memperbaiki suasana pembelajaran di sekolah. Pemantauan atau

penyeliaan yang dijalankan adalah bagi tujuan menilai keberkesanan pembelajaran dan

pengajaran, memberi bimbingan, memberi tunjuk ajar dan dorongan. Ia mampu

mempertingkatkan kualiti penyampaian pengajaran guru secara berterusan dan memastikan

objektif bilik darjah selaras dengan matlamat sekolah. Pencapaian murid dan sekolah

umumnya dapat dipertingkatkan melalui kepimpinan ini.

Kepimpinan instruksional secara keseluruhannya adalah satu gaya kepimpinan yang

komprehensif dan mempunyai potensi tinggi untuk meningkatkan prestasi sekolah. Melalui

kepimpinan instruksional, pengetua atau Guru Besar menjalankan tanggungjawab melalui

peranan-peranan yang spesifik sepertimana ditunjukkan dalam pembahagian peranan

pemimpin instruksional melalui 5 dimensi dalam Model Kepimpinan Instruksional Weber.

Model kepimpinan instruksional Weber (1996) yang diasaskan oleh James Weber yang

merupakan seorang pejuang konsep kolaborasi dalam pengurusan dan mengaitkan peranan

pemimpin inatruksional di sekolah sebagai penghubung dan peneraju proses pengajaran

dan pembelajaran. Weber berpendapat bahawa konsep kolaborasi dalam pengurusan amat

penting terutama dalam era perkongsian kepimpinan dan pengurusan di tempat kerja dan

keperluan untuk memimpin tanpa terikat dengan struktur organisasi sesebuah sekolah.