asigment pantun sem9

31
ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103 1.0 PENGENALAN Gunung Tahan nampak berbalam, Indahnya maya ciptaan Ilahi; Pantun warisan tinggalan silam, Mari bersama kita hayati. Pantun merupakan satu genre asli kesusasteraan Melayu menjadi wahana dalam pelbagai jurusan aktiviti masyarakat Melayu di zaman silam.Pengucapan pantun menyentuh persoalan masyarakat, adat, agama, kasih-sayang, nasihat dan sebagainya.Pantun adalah warisan bangsa yang dikagumi diseluruh dunia dan diiktiraf sebagai karya sastera yang unik dan bermutu. Nilai estetik pantun sememangnya tidak boleh diragui, sama ada serangkap pantun itu dibaca daripada wadah bertulis atau disebutkan langsung oleh seseorang, keindahan bunyi pantun itu adalah warnanya yang unik dan istimewa. Namun begitu, ramai yang menganggap pantun sudah hilang kerelevanannya dalam keadaan dunia hari ini. Justeru itu, perbincangan dalam penulisan ini akan menjurus kepada definisi, fungsi dan jenis-jenis pantun serta teknik berbalas pantun diajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu bagi membantu menarik minat remaja kini dalam menghargai dan menghayati pantun Melayu. 1.1 Sejarah Pantun Melayu Pantun merupakan puisi Melayu tradisional yang terpenting, kelebihanya menarik minat para sarjana barat dan sarjana tempatan untuk membuat kajian mengenainya. Para pengkaji yakin, 1

Upload: rosnani-hassan

Post on 18-Jun-2015

1.969 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

1.0 PENGENALAN

Gunung Tahan nampak berbalam,

Indahnya maya ciptaan Ilahi;

Pantun warisan tinggalan silam,

Mari bersama kita hayati.

Pantun merupakan satu genre asli kesusasteraan Melayu menjadi wahana dalam pelbagai

jurusan aktiviti masyarakat Melayu di zaman silam.Pengucapan pantun menyentuh persoalan

masyarakat, adat, agama, kasih-sayang, nasihat dan sebagainya.Pantun adalah warisan bangsa

yang dikagumi diseluruh dunia dan diiktiraf sebagai karya sastera yang unik dan bermutu.

Nilai estetik pantun sememangnya tidak boleh diragui, sama ada serangkap pantun itu dibaca

daripada wadah bertulis atau disebutkan langsung oleh seseorang, keindahan bunyi pantun itu

adalah warnanya yang unik dan istimewa. Namun begitu, ramai yang menganggap pantun

sudah hilang kerelevanannya dalam keadaan dunia hari ini. Justeru itu, perbincangan dalam

penulisan ini akan menjurus kepada definisi, fungsi dan jenis-jenis pantun serta teknik

berbalas pantun diajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu bagi membantu menarik minat

remaja kini dalam menghargai dan menghayati pantun Melayu.

1.1 Sejarah Pantun Melayu

Pantun merupakan puisi Melayu tradisional yang terpenting, kelebihanya menarik minat para

sarjana barat dan sarjana tempatan untuk membuat kajian mengenainya. Para pengkaji yakin,

suatu karya tradisi masyarakat itu seharusnya mempunyai penciptaan. Begitu jugalah dengan

pantun Melayu. Para sarjana Barat dan Melayu telah mengemukakan pendapat masing-

masing. Misalnya, Van Ophuijsen berpendapat bahawa orang Mandailing di Sumatera,

Indonesia yang menggunakan daun-daun sebagai lambang (simbol) untuk menyatakan

perasaan hati.

            Wilkinson dan Wintedt (1961) berpendapat bahawa kelahiran pantun adalah daripada

kebiasaan masyarakat Melayu menggunakan bahasa berirama atau bersajak. Tradisi atau

kebiasaan itu berkembang secara lisan, sebelum dipindah kepada bentuk pantun sedia ada.

Wilkinson melahirkan pendapatnya berdasarkan masyarakat yang umum. Beliau tidak

merujuk kepada mana-mana masyarakat Melayu seperti yang disuarakan oleh Van Ophuijsen

dan R. Hoessein Djadjaningrat (1933/34, hal. 16).

1

Page 2: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

            Mengikut Za’ba,  pantun tercipta berdasarkan sesuatu peristiwa seharian, misalnya

peristiwa pertemuan dua sahabat karib di tepi ladang atau sawah. Kebetulan rumput di sawah

lebih tinggi daripada padi.Contohnya seperti situasi di bawah:

Pertanyaan :      Dari mana hendak ke mana?

Jawapan     :     Hendak melihat sawah. Rumput lebih tinggi   daripada padi.

Maka terciptalah pantun:

       

Dari mana hendak ke mana,

Tinggi rumput dari padi;

Hari mana bulan yang mana,

Dapat kita bertemu lagi.

 Menurut Wan Abdul Kadir Wan Yusuf(1996:91) menyatakan pantun berkembang

dalam masyarakat Melayu secara lisan , pantun dicipta dengan teliti sehingga dapat

melahirkan kata-kata yang indah dan menarik. Nilai keindahan dalam pantun dapat dihayati

oleh semua lapisan masyarakat. Pantun merupakan sastera lisan pertama kali dibukukan oleh

Hj Ibrahim Datuk Kaya Muda Riau , seorang sasterawan yang hidup sezaman dengan Raja Ali

Haji. Antalogi pantun yang pertama berjudul Perhimpunan Pantun-Pantun Melayu.

2.0 DEFINISI

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) , mentakrifkan pantun kepada tiga pengertian

pertamanya sebagai puisi lama yang terdiri daripada empat larik/baris dalam tiap-tiap rangkap

dua baris pertamanya ialah sampiran/pembayang. Manakala dua baris terakhir mengandungi

isi/maksud pantun. Maksud kedua pula, pantun juga adalah sejenis peribahasa yang digunakan

sebagai sindiran. Ketiganya pula dianggap sebagai jawapan kepada sesuatu tuduhan.

Menurut Muhammad Ariff Ahmad dalam Mari Kita Berpantun (2004), pengkaji Barat,

R.O. Windstet mengulaskan bahawa tiada sesiapa dapat menganggarkan skop mental orang

2

Page 3: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

Melayu tanpa terdahulu memahami pantun. Manakala, Mohd Taib Osman (1996:2)

menganggap pantun, selain daripada menjadi alat komunikasi dalam konteks sosialnya, adalah

artifak budaya. Pendeta Zaaba (1965:218), pula berpendapat perkataan pantun pada mulanya

dipakai orang dengan makna seperti, umpama, laksana dan kiasan lain. Ia merakam dan sekali

gus menggambarkan minda masyarakat Melayu.Pantun ini pula difahamkan oleh masyarakat

sebagai sejenis karangan berangkap yang terbahagi pada dua, iaitu baris-baris yang

mengandungi pembayang dan inti maksudnya.

Manakala Harun Mat Piah(1989), telah mendefinisikan pantun berdasarkan aspek

dalaman dan luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetika

dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetika pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek.

Pertamanya, berkaitan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun

mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu, dan yang kedua, berdasarkan

hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pembayang maksud.

Dalam kajian Abdullah Jumain, Pembentukan Kata Selapis Dan Asal-usul Pantun

Melayu, Djajadiningrat telah menterjemahkan pandangan Branstetter bahawa “perkataan

“pantun‟ Sunda itu akarnya ialah “tun‟ yang terdapat juga dalam bahasa Pampanga “tuntun‟,

teratur, bahasa Tagalog “tonton‟, mengucapkan sesuatu menurut sesuatu susunan.” Dia juga

berpendapat bahawa oleh sebab pantun yang berasal dari Sunda itu dinyanyikan, maka lahirlah

perkataan Melayu “pantun‟ yang bererti sajak liri.

Namun demikian, Abdullah Jumain menyifatkan perkataan “pantun‟ itu adalah asli

sebagai perkataan Melayu. Perkataan “pantun‟ dianggap sebagai satu bentuk akronim yang

berasal daripada dua perkataan iaitu “pangkal‟ dan “tunjuk‟. Istilah “pangkal‟ ini kita

fahamkan sebagai pembayang maksud dan menunjuk pula maksudnya.

2.1 KANDUNGAN PANTUN MELAYU

3

Page 4: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

Pantun mempunyai pembayang atau sampiran yang terletak pada bahagian setengah pertama

setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima

kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan

pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.Pantun mempunyai rangkap

yang berasingan.Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap

rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan

dalam pantun tersebut(tema).Setiap pantun mempunyai kesatuan fikiran dengan sempurna.

Perkataan pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap

baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama

bilangannya. Suku kata tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata.

Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata.

Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.

Rima atau bunyi sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun.

Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris

pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah

seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berirama a,a,a,a. Pantun di

bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.

Da/un / te/rap/ di/a/tas /du/lang/,

A/nak/ u/dang/ ma/ti/ di/tu/ba/,

Da/lam/ ki/tab/ a/da/ ter/la/rang,

Yang/ ha/ram/ ja/ngan/ di/cu/ba/.

2.2 CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK

Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan,rima pantun

yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi

pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun

juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata

untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.

4

Page 5: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi

alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal,

meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi

sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang

tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.

Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mengandungi 4 kerat/baris jumlah

perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku

kata ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah) bunyi

rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b . Bahasa yang halus, penuh kiasan dan

sindiran serta banyak menggunakan unsur alam. maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral

dan falsafah hidup sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan

maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat

yang melahir dan menggunakannya.Contoh pantun yang baik:

Sayang selasih/ saya lurutkan,

Nasi lemak/ buah bidara,

Kerana kasih /saya turutkan,

Buang emak/ buang saudara.

2.3 BENTUK DAN JENIS-JENIS PANTUN

Pantun terdiri daripada beberapa jenis, iaitu pantun dua baris atau bait, pantun empat baris,

pantun enam baris, pantun lapan baris, pantun sepuluh baris, pantun dua belas baris, pantun

empat belas baris, pantun seloka, pantun berkait,  pantun yang berbalas atau berbalas pantun,

dan pantun rejang.Walaupun terdapat pelbagai jenis pantun pantun empat rangkap paling

popular dan amat menarik kerana mempunyai dua rangkap sampiran dan dua rangkap maksud

pantun. Contoh pantun yang jarang kita dengar iaitu pantun 10 kerat:

5

Page 6: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

Pantun Sepuluh Kerat

Turun hujan hari dah petang,

Bunga mawar tumbuhnya subur,

Ditiup angin habis tunduk,

Dipetik jangan dicabutkan,

Tanaman puteri dari Jawa;

Telah habis rokok sebatang,

Telah punah sirih sekapur,

Pasar sudah tempat duduk,

Penatlah sahaya menantikan,

Buah hati tak muncul jua.

(Mohd. Yusof Md. Nor, 1985, hal. 26)

Menurut Harun Mat Piah (1989), dari segi tema dan isi, pantun dapat dibahagikan kepada

tujuh iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup

masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat, agama dan

adat, dan pantun naratif atau cerita . Manakala Za’ba (1964, hal.73-173), membahagikan

pantun kepada lapan puluh tiga pokok persoalan (tema), antaranya ialah :

1.                  Mari Kita Berpantun

2.                  Pantun Anak-anak  (kanak-kanak)

3.                  Pantun Teka-teki

4.                  Pantun Nasib anak

5.                  Berbalas pantun

6.                  Kesukaan Berpantun

7.                  Lagu Dondang Sayang

6

Page 7: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

Manakala Effendi (1983:29), pantun dapat dikelompokkan menjadi

bermacam-macam jenis bergantung kepada isinya iaitu:

I. Pantun kanak-kanak, berdasarkan isinya dapat dibezakan menjadi:

a) Pantun sukacita contohnya:

Naik ke bukit membeli lada,

Lada sebiji dibelah tujuh,

Apanya sakit berbini janda,

Anak tiri boleh disuruh.

b) Pantun berdukacita contohnya:

Memetik manggis di Kota Kedu,

Membeli tebu wangnya hilang,

Menangis adik tersedu-sedu,

Mencari ibu belum juga pulang.

c) Pantun jenaka atau teka-teki contoh seperti di bawah:

Orang Sasak pergi ke Bali,

Membawa pelita semuanya,

Berbisik pekak dengan tuli,

Tertawa si buta melihatnya.

II. Pantun orang muda, berdasarkan isinya dapat dibezakan menjadi:

a) Pantun dagang atau pantun nasib contoh seperti di bawah:

Tuai padi setelah masak,

Sireh junjung buat pinangan,

Kucuba intai tapi tak nampak,

Jadilah hamba rindu bayangan.

7

Page 8: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

b) Pantun perkenalan:

Waktu dinihari hati gelisah,

Mata masih tak boleh lena,

Duhai saudari nampaknya resah,

Mungkinkah masih belum berpunya?

c) Pantun kasih-sayang

Dua tiga kucing berlari,

Mana nak sama si kucing belang,

Dua tiga boleh kucari,

Mana nak sama adik seorang.

d) Pantun penceraian/perpisahan :

Batang selasih mainan budak,

Berdaun sehelai dimakan kuda,

Bercerai kasih bertalak tidak,

Seribu tahun kembali juga.

III. Pantun orang tua, berdasarkan isinya dapat dibezakan menjadi:

a) Pantun Nasihat contohnya:

Parang dibaja besi laksana,

Belah buluh taruhlah temu,

Barang dikerja takkan sempurna,

Bila tak penuh menimba ilmu

8

Page 9: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

b) Pantun adat contohnya:

Lebat daun bunga tanjung.

Berbau harum bunga cempaka,

Adat dijaga budaya disanjung,

Baru terpelihara adat pusaka.

c) Pantun agama :

Banyak bulan perkara bulan

Tidak semulia bulan puasa

Banyak tuhan perkara tuhan

Tidak semulia Tuhan Yang Esa

2.4 FUNGSI PANTUN DALAM MASYARAKAT MELAYU

Pantun dapat berfungsi dalam hampir setiap aktiviti kehidupan masyarakat Melayu. Terdapat

pelbagai jenis pantun tema berkaitan dengan kehidupan,tema disisipkan dengan keindahan

alam.Unsur-unsur alam menjadi penyedap sesebuah pantun,segala pengalaman ,falsafah hidup

dikemukan dan diserikan dengan pembayang unsur alam.Ini menunjukkan masyarakat lama

menghayati dan menghargai keindahan alam semulajadi.

Abdullah Hassan (2005), Penggunaan pantun juga tidak hanya terbatas pada mana-

mana golongan manusia Melayu, dalam majlis perkahwinan, majlis kenduri, upacara merisik

dan sebagainya pantun menjadi pembuka bicara dan penyampaian hajat. Secara

keseluruhannya, beliau menjelaskan bahawa selain daripada diutarakan untuk menyerikan

majlis, pantun diungkapkan untuk mengungkapkan norma dan falsafah atau pemikiran melalui

bahasa yang indah. Dalam tata-cara adat perkawinan suku Melayu, berbalas pantun sering

dilakukan antara pihak mempelai laki-laki dengan pihak mempelai perempuan sebelum acara

pernikahan ataupun bersanding dipelaminan tersedia.

Dalam bukunya Mari Kita Berpantun (2004), Muhammad Ariff juga mengungkap

pendapat dan pandangan pengkaji Barat terdahulu tentang fungsi pantun yang sebenar. Sarjana

Belanda, Klinkert dan Pinappel menganggap bahawa pantun adalah lagu cinta orang muda. Ini

kerana , pantun menjadi satu wadah generasi zaman dahulu mengungkapkan kasih-sayang.

9

Page 10: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

Muhammad Ariff Ahmad(2004), mempercayai bahawa pantun itu mempunyai

kegunaan yang luas dan fungsinya tidak terbatas pada mana-mana peringkat umur sekalipun.

Pantun kerap digunakan dalam lagu-lagu asli Pantun sebagai alat pemelihara bahasa, pantun

berperanan sebagai penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir. Pantun

melahirkan nasihat ,suruhan dan tegahan, Pantun melatih seseorang berfikir tentang makna

kata sebelum diungkapkan. Pantun juga melatih seseorang berfikir asosiatif, bahawa suatu

perkataan mampu memiliki kaitan dengan kata yang lain.Secara sosial pantun memiliki fungsi

pergaulan yang kuat.

Zaman sekarang, kemampuan berpantun amat dihargai. Pantun menunjukkan

kecepatan seseorang dalam berfikir dan bermain-main dengan kata. Berbalas pantun

merupakan khazanah tradisi lisan budaya Melayu, di mana dua pihak atau lebih saling

melemparkan pantun (jual - beli) yang mengandung isi atau maksud tujuan tertentu Contohnya

dalam pertandingan berbalas pantun, seorang pemantun perlu cekap untuk menjual dan

membeli pantun. Dalam masa yang sama menguji kecekapan seseorang tentang kemampuan

berbahasa dan kecekapan mengaitkan pembayang dengan maksud.

Namun demikian, secara umum peranan sosial pantun adalah sebagai alat penguat

penyampaian pesan. Menurut Sutan Takdir Alisjahbana fungsi sampingan terutama

menyiapkan rima dan irama untuk mempermudah pendengar memahami isi pantun. Ini dapat

difahami kerana pantun merupakan sastera lisan.. Sebagai contoh dalam pantun ini:

Air dalam / bertambah dalam

Hujan di hulu / belum lagi teduh

Hati dendam / bertambah dendam

Dendam dahulu / belum lagi sembuh

2.4.1 Menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih

Masyarakat Melayu lama sangat menghargai orang yang berbudi dan orang yang menghargai

budi orang lain.Budi yang dihulurkan sangat berharga dianggap seperti emas , tidak ternilaikan

dan akan dikenang sehingga mati.Oleh sebab itu , masyarakat Melayu lama memberi nasihat

supaya tidak terlalu bergantung kepada budi orang kerana dibimbangi terikat kepada orang

yang menabur budi.Berikut merupakan contoh pantun budi yang menzahirkan penghargaan

dan terima kasih:

10

Page 11: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Pantun budi telah digunakan oleh masyarakat Melayu sejak turun temurun ,

masyarakat Melayu silam memandang tinggi orang yang berbudi lebih dari segalanya. Pantun

dicipta untuk menzahirkan ungkapan terima kasih dan penghargaan serta nasihat cara lembut

tanpa melukakan hati mana-mana pihak. Pantun adalah wadah untuk menyampaikan pesanan

penting kepada masyarakat dan mudah difahami oleh masyarakat tradisional.

2.4.2 Tujuan adat istiadat

Pantun sering kali digunakan dalam adat perkahwinan, adat pusaka atau memulakan sesuatu

majlis. Pantun dicipta juga untuk memberi nasihat , mendidik dan mengajar masyarakat

tentang kehidupan berumahtangga.Pantun juga digunakan sebagai alat komunikasi dan

nasihat.Pantun menunjukkan adat peminangan perlu dilakukan jika seseorang lelaki menyukai

seorang gadis. Contohnya:

Buah berangan di rumpun pinang,

Limau kasturi berdaun muda,

Kalau berkenan masuklah meminang,

Tanda diri beradat budaya.

Pantun adat bertujuan untuk memartabatkan adat sesebuah masyarakat terutamnya

masyarakat Melayu . Ini kerana masyarakat Melayu sangat teguh dengan adat sehingga lahir

ungkapan biar mati anak , jangan mati adat.

11

Page 12: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

2.4.3 Meluahkan rasa kasih sayang

Masyarakat Melayu lama terkenal dengan kesantunan berbahasa , untuk meluahkan persaan

saying , rindu dendam , cinta dan kasih saying mereka menciptakan pantun.Pantun ini

diselitkan kata-kata indah serta puji-pujian.Ini menunjukkan masyarakat tradisional sangat

mementingkan kesopanan dan kesantunan terutama dalam berkasih saying Berikut merupakan

contoh pantun berkasih sayang:

Lama sudah tidak ke ladang,

Padi sudah dililit kangkung,

Selama tuan tidak kupandang,

Putus sudah pengarang jantung.

Pantun kasih sayang menggambarkan identiti kehidupan masyarakat . Pantun

mempengaruhi masyarakat Melayu lama dari segi pemikiran , tingkahlaku, adat dan budaya

mereka dalam kehidupan seharian. Kerana itu masyarakat silam hidup penuh dengan

keharmonian dan kasih sayang sesama sendiri. Masyarakat dahulu mengawal perlakuan tidak

baik remajanya dengan teguran berkias.

2.4.4 Untuk sindiran dan tempelak

Masyarakat Melayu tidak suka berterus terang , kesopanan mereka lahir dari sikap malu dan

segan yang menebal dalam diri masing-masing. Dalam membuat teguran, lahirlah pelbagai

bentuk kiasan yang menggambarkan sikap rendah diri yang penuh kesopanan. Sindiran

berfungsi sebagai senjata untuk mengubah perlakuan negatif anggota masyarakat atau

memberi pesanan supaya perkara tidak baik dielakkan.Contoh pantunnya:

Ayam dikepuk dipanggil pulang,

Kain tercarik tersangkut duri,

Usah ditepuk air di dulang,

Kelak terpercik muka sendiri.

12

Page 13: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

Pantun memberi nasihat supaya tidak memburuk-burukkan saudara atau orang rapat

dengan kita . Penggunaan kias dan ibarat menjadi pelindung sesuatu perkara yang yang ingin

dinyatakan tidak secara nyata tetapi menyindir seseorang. Oleh itu , masyarakat tidak akan

mennceritakan tentang keburukan orang atau ahli keluarga perkara yang memalukan atau tidak

manis didengar orang dapat disembunyikan.

2.4.5 Menyampaikan masej berbentuk keagamaan

Pantun agama ialah pantun yang mengandungi aqidah,hokum dan keimanan kepada

Allah.Pantun ini menerangkan tentang dosa, pahala, tanggungjawab , kehidupan,kematian dan

alam barzah.Pantun ini memberitahu setiap kebaikkan balasannya syurga dan kejahatan pula

dibalas neraka. Berikut ilah contohnya:

Redup bulan Nampak nak hujan,

Pasang pelita sampai berjelaga,

Hidup mati di tangan tuhan,

Tiada siapa dapat menduga.

Pantun agama adalah pantun yang berunsurkan nilai keagamaan , diselitkan unsur-

unsur nasihat serta pengajaran yang boleh dijadikan panduan hidup.Pantun agama dapat

membina jati diri dan nilai-nilai murni dalam diri seseorang. Di dalam pantun agama

diselitkan pengajaran serta mendidik dan mengajar seseorang berkaitan ilmu agama yang perlu

diamalkan di dunia sehingga ke akhirat.

13

Page 14: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

3.0 RANCANGAN MENGAJAR BAHASA MELAYU

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 6 Amanah

Bilangan Murid : 35 orang

Hari : Khamis

Tarikh : 10 Oktober 2013

Masa : 7.50 – 8.50 pagi

Tajuk : Puisi –Pantun (tema bebas)

Fokus Utama:

10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah,

menarik dan bermakna.

Aras 3

i. Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik.

Fokus Sampingan:

6.2 Membaca dan mengenal pasti pelbagai genre penulisan.

Aras 2

i. Menyatakan perbezaan penggunaan laras bahasa dalam pelbagai genre.

Aras 3

ii. Memberikan pandangan tentang ciri-ciri penulisan genre.

Objektif :

Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1. Menerangkan bentuk pantun empat kerat.

2. Membaca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.

14

Page 15: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

3. Menulis padanan pembayang dan maksud pantun yang tepat berdasarkan

pantun yang diberi.

Pengetahuan sedia ada:

i. Murid pernah sudah mengetahui ciri-ciri pantun empat kerat.

ii. Murid telah mengetahui cara melapazkan pantun.

Sistem bahasa :

i. Tatabahasa – Sebutan dan intonasi

ii. Morforlogi – Kata Sendi Nama

Pengisian Kurikulum:

Ilmu: kajian tempatan , moral dan kasih sayang

Nilai:Cintai Alam sekitar,bertatasusila,bersyukur dan bertanggungjawab.

Kemahiran Nilai Tambah:

a. Kemahiran Berfikir : Menjana idea

b. Kecerdasan Pelbagai: Kecerdasan Emosi

c. Strategi : Konstuktivisme dan kontekstual

Bahan Bantu Pengajaran:

a. Klip Video(Pertandingan Pantun)

b. Persembahan PPT(Pengenalan Pantun)

c. Lembaran kerja 1( padanan 1) (35 helai)

d. Lembaran kerja 2( isi tempat kosong) (35 helai)

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan

15

Page 16: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

Induksi Set

7.50-7.55

(5 minit)

1. Video Pertandingan

pantun. Pantun berbentuk

empat kerat.

1. Guru memulakan P&P

dengan menayangkan

video.

2.Murid menonton Video

Klip:Pertandingan pantun

Nilai: 1.Semangat

kerjasama

BBM: Video Klip

Langkah 1

7.55-8.00

(5 minit)

Jenis pantun empat kerat:

Pembayang

Maksud pantun

Jeda

Rima akhir abab

1. Guru memilih murid

secara rawak menjelaskan

ciri-ciri pantun.

2.Guru meminta wakil

pelajar memberikan

maksud pantun.

4.Murid lain dipilih

melapazkan pantun yang

tersebut dengan intonasi

yang betul.

PPT pantun empat

kerat yang

dikosongkan

bahagian

maksudnya.

Langkah 2

8.00-8.15

(15 minit)

1. Bentuk Pantun

empat kerat

1.Guru memilih murid

secara rawak membaca

pantun yang diedarkan.

2.Guru membantu murid

menyebut dengan intonasi

yang betul.

3.Guru menerangkan ciri-

ciri pantun.(ulangan sahaja)

a. Ada berapa

bariskah dalam

pantun ini?

b. Ada berapa

perkataankah dalam

tiap-tiap baris?

Nilai:

1.Bekerjasama

2.Interpersonal

3.Menghargai

alam

BBM:

1.Lembaran kerja

KBT:

1.Mencirikan

2.Membuat

pengkelasan

3.Menganalisis

16

Page 17: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

c. Apakah rima akhir

yang terdapat dalam

pantun ini?

4.Membanding

beza

Langkah 3

8.15-8.25

(10 minit)

Pantun Empat Kerat

memadankan jawapan

dengan pembayang dan

pembayang dengan isi.

1.Guru membahagikan

murid kepada 6 kumpulan.

2.Guru mengedarkan

lembaran kerja kepada

murid dan meminta mereka

membincangkan dan

melengkapkan rangkap

pantun yang diberikan

mengikut kumpulan masing

–masing.

2. Setiap kumpulan

memilih seorang wakil

untuk menyertai

pertandingan berbalas

pantun.

Nilai:

1.Berani

2.Yakin diri

3.Bekerjasama

4.Kerajinan

BBM:

Lembaran kerja 1

(padanan)

KBT:

1.Mencirikan

2.Menghubungkan

Langkah 4

8.25-8.45

(20 minit)

Pertandingan berbalas

pantun

1. Enam orang pelajar

diminta melakonkan aksi

berbalas pantun.

2.Menggunakan lembaran

kerja yang telah

dibincangkan dalam

kumpulan:

Pelajar A menjualkan

pantun kepada pelajar B .

Kemudian pelajar B

menjualkan pantun kepada

pelajar A.

2.Aktiviti tamat setelah

Nilai:

1.Berani

2.Yakin diri

3.Bekerjasama

4.Kerajinan

BBM:

Lembaran kerja 1

(padanan)

KBT:

1.Mencirikan

17

Page 18: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

keenam-enam pelajar

selesai berpantun.

3.Penegasan kepada

intonasi dan sebutan.

2.Menghubungkan

Penutup

8.45-8.50

(5 minit)

1.Membuat rumusan dan

penilaian tugasan diberi.

Tugasan di rumah :

Menyiapkan pembayang

dan maksud pantun

dilembaran kerja 2.

1.Guru murid secara rawak

(tidak menyertai

pertandingan pantun)

menjawab soalan berkaitan

pembelajaran hari ini.

a. Pembayang pantun

boleh terdiri

daripada apa?

b. Apakah fungsi

pembayang?

c. Di bahagian

manakah letaknya

isi di dalam pantun?

d. Nyatakan ciri-ciri

pantun yang baik?

Nilai:

1.Berani

2.Yakin diri

3.Bekerjasama

4.Kerajinan

BBM:

Lembaran kerja 2

KBT:

1.Mencirikan

2.Menghubungkan

3. Menganalisis

Refleksi:

___/35 orang

pelajar menguasai

kemahairan diajar.

___/35

memerlukan

pemulihan.

4.0 KEKUATAN AKTIVITI BERBALAS PANTUN DI DALAM BILIK DARJAH

18

Page 19: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

Aktiviti berpantun di dalam bilik darjah mempunyai pelbagai kebaikkan antaranya dapat

melatih murid sentiasa bersedia. Berfikir lebih cekap dan kreatif untuk mencipta pantun dan

membalas pantun secara cekap dan tepat.Untuk mendapat kecekapan berpantun dengan

sendirinya murid juga akan menjadi lebih rajin membaca dan mencari maklumat serta

menambah perbendaharan kata. Mereka mempunyai daya saing yang sihat sesama sendiri ,

kerana masing-masing ingin membuktikan keupayaan diri sendiri.

Apabila berpantun di dalam kelas , di hadapan rakan dan guru akan lahirlah sikap

yakin diri , berani seterusnya aktiviti ini mampu membentuk ketrampilan murid di dalam

kelas. Berpantun memerlukan semangan berpasukan yang tinggi , aktiviti ini melatih murid

berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan. Kebiasaan bekerjasama akan membantu murid

mengatasi masalah malu dan tidak pandai bergaul semasa diberi tugasan kumpulan. Murid

akan belajar memberikan pendapat dan menerima pandangan rakan sebaya. Murid yang

kurang bersedia akan mempelajari cara menerima kegagalan.

Penerapan teknik didik hibur di dalam kelas, murid menghayati pembelajaran pantun

dalam keadaan yang menyeronokkan kerana melihat rakan berpantun atau mengalami sendiri

situasi sebagai pemantun. Pengalaman ini akan membantu murid mengingati apa yang mereka

pelajari. Aktiviti ini dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu yang

selama ini dianggap membosankan oleh sesetengah pelajar.

Berpantun di dalam bilik darjah akan menjadikan murid yang tidak pernah melihat

pertandingan berbalas pantun memahami bagaimana pertandingan iti dijalankan. Seterusnya

aktiviti akan membentuk sikap menghargai puisi warisan silam itu. Berpantun juga dapat

melahirkan perasaan sayang terhadap puisi lama yang semakin hilang fungsinya kini. Anak-

anak di zaman moden perlu diberi pendedahan supaya mereka tidak melupai pusaka warisan

bangsa.

Sehubungan dangan itu , aktiviti berpantun dapat menarik minat pelajar pelbagai

kecerdasan yang berada di dalam kelas. Pelajar visual dan kinestetik menyukai aktiviti ini

kerana mereka dapat bergerak dari tempat duduk masing-masing. Pelajar bahasa juga dapat

meningkatkan kemahiran verbal mereka , kehendak pembelajaran murid dapat dipenuhi

dengan adanya aktiviti di dalam bilik darjah seperti ini, murid tidak mudah merasa bosan

dengan pengajaran guru yang dipelbagaikan.

5.0 KELEMAHAN AKTIVITI BERBALAS PANTUN DI DALAM BILIK DARJAH

19

Page 20: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

Setiap aktiviti yang dijalankan pasti mempunyai kelemahannya, begitu juga dengan berbalas

pantun di dalam kelas.Jika ingin menjalankan aktiviti ini guru perlu mengambil banyak masa

untuk membuat persediaan dengan memberi pendedahan awal, melatih pelajar dan

memyediakan bahan-bahan sampingan kepada pelajar yang tidak terlibat. Jika pelajar yang

tidak terlibat hanya menjadi penonton, guru akan menghadapi masalah kawalan kelas

terutamanya pelajar kelas terakhir. Mereka akan menjadi kurang tumpuan dan membuat bising

serta menganggu kelas. Memandangkan hanya sebilangan kecil pelajar yang terlibat , guru

perlu menyediakan tugasan untuk mereka berkaitan aktiviti dalam pertandingan pantun.

Guru perlu meminta pelajar yang dipilih untuk berpantun telah membuat persediaan

mencipta soalan dan jawapan untuk berpantun. Murid tersebut perlu dilatih menyediakan

banyak pembayang yang mudah dipadankan dengan apa sahaja maksud. Guru perlu

melibatkan lebih ramai murid dalam aktiviti supaya mereka tidak bosan dan membuat

gangguan kelas.

Aktiviti berbalas pantun mengambil banyak masa pengajaran , jika tidak dirancang

dengan betul akan membuang masa . Kerana objektif pembelajaran tidak tercapai , justeru

guru perlu membuat persediaan awal yang mungkin mengambil banyak masa sehingga

mengganggu tugasan yang lain.Pelajar yang tidak terlibat , tidak menghayati pantun mereka

hanya berseronok dan membuang masa sahaja,

Aktiviti ini , menyebabkan pelajar yang terlibat dengan pertandingan mencipta pantun

dengan melanggar ciri-ciri yang sepatutnya ada dalam sesebuah pantun kerana mereka terikat

dengan waktu. Hanya memikirkan untuk memberi jawapan tanpa menilai rima pantun ,suku

kata , baris dan jedanya . Maka jadilah pantun itu pantun caca merba yang mengabungkan

pelbagai jenis puisi. Oleh itu , objektif sebenar pengajaran tidak tercapai seperti dirancang.

6.0 RUMUSAN

20

Page 21: Asigment pantun sem9

ROSNANI BT HASSAN 720424085518001 HBML 3103

Pantun merupakan khazanah bangsa yang amat bernilai bagi masyarakat Melayu. Keindahan

pantun dalam mengungkapkan seribu satu macam maksud menjadi lambang ketekalan minda

yang amat kreatif. Penggunaan pantun sebagai bahan kritik sosial secara tidak langsung

menunjukkan bahawa pemikiran masyarakat Melayu dalam mengadaptasi alam sekeliling bagi

menyampaikan maksud ataupun meluahkan perasaan menjadi cerminan jiwa dan raga

masyarakat Melayu itu sendiri. Pentingnya menjaga keharmonian diperlihatkan dalam

pemilihan kata setiap pantun yang dicipta. Bukan sahaja maksud yang terhasil dalam pantun

menjadi inti, tetapi juga perkataan yang digunakan sebagai pembayang juga mengandungi

makna yang mendalam.

Sifat pantun yang banyak memperlihatkan kesopanan dan ketelitian pemakainya dalam

meluahkan perasaan amat menarik untuk dibincangkan. Jangkauan akal fikiran yang merenung

dan mencerna segala bentuk kehidupan dalam lagu dan irama pantun melambangkan pesona

jiwa dan kehalusan minda masyarakat Melayu dalam menjaga air muka dan juga sebagai satu

senjata untuk menangkis sebarang perbuatan secara lembut dan harmonis. Perkara-perkara

seperti inilah yang perlu dijaga dan dikekalkan dalam jiwa masyarakat Melayu supaya

kesopanan dan kelembutan yang selama ini menjadi amalan akan terus berkekalan dalam jiwa

generasi hari ini.

Menjadi tanggungjawab generasi muda hari ini memupuk kembali rasa cinta terhadap

puisi pusaka bangsa itu supaya ia tidak pupus ditelan zaman.  Sepatutnya perlu ada kesedaran

yang lebih mendalam dalam kalangan generasi hari ini untuk memelihara kesopanan dan

kehalusan budi bahasa yang terpancar dalam pantun. Guru berperanan membentuk masyarakat

yang maju dan bersopan santun serta berbudi bahasa menjadi tanggungjawab bersama yang

akan memastikan Melayu mempunyai jati diri dan wawasan dalam dunia globalisasi hari ini.

21