aktiviti edu

3
Tambahan pula, aktiviti seterusnya yang telah kami rancang dalam membangunkan bakat dan kreativiti ialah “ Imaginasiku lukisan hatiku”. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang dijalankan bagi mencungkil bakat murid-murid dalam menghasilkan animasi lukisan kartun menggunakan tema-tema yang telah ditetapkan. Dalam aktiviti ini murid akan diberikan ruang dan peluang tanpa mengira tahap kecerdasan IQ murid tersebut. Antara tema yang digunakan ialah tema binatang, manusia dan juga alam sekitar. Murid boleh mereka kartun menggunakan pelbagai kaedah mereka sendiri bagi menghasilkan lukisan kartun yang terbaik. Aktiviti ini disasarkan kepada semua peringkat murid tanpa mengira tahun. Tempoh aktiviti dijalankan ialah selama satu minggu. Aktiviti yang dijalankan ini dilihat mampu menjadi satu aktiviti yang sesuai dalam membangunkan kreativiti dan bakat murid. Hal ini kerana dalam melaksanakan aktiviti aspek imaginasi dan daya cipta yang pelbagai amat ditekankan sepanjang aktiviti ini dijalankan. Aspek imaginasi dan daya cipta merupakan satu aspek yang penting dalam meningkatkan serta mencungkil bakat murid. Perkara ini telah diperkatakan oleh Noriati A. Rashid et al (2012) menyatakan kecerdasan diukur dalam Ujian Binet mengandungi beberapa aspek penting antaranya ialah imaginasi dan nilai estetika. Oleh itu, secara tidak langsung melalui aktiviti ini guru dapat memberi pengiktirafan kepada murid yang benar-benar berbakat dalam melukis animasi. Aktiviti ini juga dapat membantu negara menjana pendapatan apabila murid tersebut dewasa dan dapat menghasilkan lukisan-lukisan pada dinding dan dapat dijadikan tempat pelancongan yang terkenal seperti di Pulau Pinang, Kuching dan Perak. Selain itu, juga aktiviti ini mampu menghasilkan kartunis yang terbaik yang mampu mengharumkan nama negara pada masa hadapan seperti kartunis untuk kartun “ Kampung Boy” karya Lat. Kesimpulannya aktiviti ini mampu membangunkan bakat dan kreativiti murid pada masa kini bagi kegunaannya murid, sekolah dan negara pada masa hadapan.

Upload: maiymp

Post on 14-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Guru dan cabaran semasa

TRANSCRIPT

Page 1: Aktiviti Edu

Tambahan pula, aktiviti seterusnya yang telah kami rancang dalam membangunkan

bakat dan kreativiti ialah “ Imaginasiku lukisan hatiku”. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti

yang dijalankan bagi mencungkil bakat murid-murid dalam menghasilkan animasi lukisan

kartun menggunakan tema-tema yang telah ditetapkan. Dalam aktiviti ini murid akan

diberikan ruang dan peluang tanpa mengira tahap kecerdasan IQ murid tersebut. Antara

tema yang digunakan ialah tema binatang, manusia dan juga alam sekitar. Murid boleh

mereka kartun menggunakan pelbagai kaedah mereka sendiri bagi menghasilkan lukisan

kartun yang terbaik. Aktiviti ini disasarkan kepada semua peringkat murid tanpa mengira

tahun. Tempoh aktiviti dijalankan ialah selama satu minggu. Aktiviti yang dijalankan ini dilihat

mampu menjadi satu aktiviti yang sesuai dalam membangunkan kreativiti dan bakat murid.

Hal ini kerana dalam melaksanakan aktiviti aspek imaginasi dan daya cipta yang pelbagai

amat ditekankan sepanjang aktiviti ini dijalankan. Aspek imaginasi dan daya cipta

merupakan satu aspek yang penting dalam meningkatkan serta mencungkil bakat murid.

Perkara ini telah diperkatakan oleh Noriati A. Rashid et al (2012) menyatakan kecerdasan

diukur dalam Ujian Binet mengandungi beberapa aspek penting antaranya ialah imaginasi

dan nilai estetika. Oleh itu, secara tidak langsung melalui aktiviti ini guru dapat memberi

pengiktirafan kepada murid yang benar-benar berbakat dalam melukis animasi. Aktiviti ini

juga dapat membantu negara menjana pendapatan apabila murid tersebut dewasa dan

dapat menghasilkan lukisan-lukisan pada dinding dan dapat dijadikan tempat pelancongan

yang terkenal seperti di Pulau Pinang, Kuching dan Perak. Selain itu, juga aktiviti ini mampu

menghasilkan kartunis yang terbaik yang mampu mengharumkan nama negara pada masa

hadapan seperti kartunis untuk kartun “ Kampung Boy” karya Lat. Kesimpulannya aktiviti ini

mampu membangunkan bakat dan kreativiti murid pada masa kini bagi kegunaannya murid,

sekolah dan negara pada masa hadapan.

Aktiviti lain yang dirancang dalam membangunkan bakat dan kreativiti murid ialah

“Rasa saya, sedap semua!”. Aktiviti ini mengkehendaki murid untuk mencipta resepi baru

menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Sepanjang melaksanakan aktiviti ini tema

tidak ditetapkan. Hal ini adalah untuk tidak menyekat idea dan kreativiti murid dalam

menghasilkan resepi mereka sendiri. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang diberi ilham

daripada program realiti “Master chef” yang disiarkan di media massa. Aktiviti ini disasarkan

kepada murid tahap dua iaitu tahun 4 hingga tahun 6. Tempoh yang digunakan untuk

menjalankan aktiviti ini ialah selama satu hari. Rasional aktiviti ini dijalankan adalah untuk

menyahut seruan dalam menjana domain Kecerdasan Gardner iaitu interpersonal murid

tersebut. Domain ini menjadi faktor utama kerana melalui pertandingan ini murid harus

mencipta resepi mereka sendiri dan menerangkan konsep serta bahan-bahan serta langkah-

langkah yang dilaksanakan sepanjang menyediakan makanan yang mereka sediakan. Hal

Page 2: Aktiviti Edu

ini secara tidak langsung mampu menaikkan kecerdasan murid dalam interpersonal. Di

dalam aktiviti ini ini juga terdapat satu sesi dimana murid boleh memilih mana-mana guru

untuk membantu mereka dalam melaksanakan masakan mereka. Hal ini secara tidak

langsung mereka dapat menjadikan guru tersebut sebagai panduan disamping guru tersebut

dapat melihat potensi diri mereka dalam memasak sepanjang proses memasak tersebut

dijalankan. Bimbingan dan model daripada guru ini penting kerana ia telah diperkatakan oleh

Noriati A,Rashid et dalam teori Albert Bandura yang menyatakan melalui proses peniruan

manusia akan mudah mempelajari sesuatu yang diperhatikannya terutamanya proses yang

terjadi di sekeliling secara semula jadi. Aktiviti ini juga merupakan satu aktiviti yang banyak

memberi impak kepada diri murid, sekolah dan Negara. Impak kepada diri sendiri ialah

murid dapat meningkat kreativiti mereka dalam mencipta masakan mereka sendiri. Selain

itu, aktiviti ini mampu menaikkan nama sesebuah Negara pada masa hadapan jika bakat

yang dikemukakan mereka dapat menjadi tontonan umum seperti Di Malaysia terdapat chef

yag terkenal di serata dunia iaitu Chef Wan, Gordon Ramsay dari Negara United Kingdom

Rachel Ray dari United States. Semua selebriti ini telah mengharumkan nama negara

mereka di seluruh dunia. Kesimpulannya aktiviti ini bukan sahaja mampu membangunkan

bakat dan kreativiti murid namun ia juga mampu menaikkan nama sesebuah Negara di

peringkat antarabangsa.