laporan hari koperasi sekolah, smk alam damai_ ms1 - ms23

23
LAPORAN HARI KOPERASI SMK ALAM DAMAI 2013

Upload: agro-smekad

Post on 19-Jun-2015

2.820 views

Category:

Education


30 download

DESCRIPTION

Dokumentasi Hari Koperasi Sekolah. Contoh dokumen yang melayakkan honorarium RM1,500.00

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

LAPORAN HARI KOPERASI

SMK ALAM DAMAI 2013

Page 2: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

KANDUNGAN Muka Surat

Kata Alu-aluan

PENGENALAN 1Lapuran Setiausaha

ISI KANDUNGAN 1. AKTIVITI WAJIB 6 1.1 Perhimpunan Pelajar 1.1.1 Perhimpunan Khas 1.1.2 Nyanyian Lagu Koperasi 1.1.3 Pembacaan Perutusan 1.1.4 Perutusan Menteri Pelajaran 1.1.5 Perutusan Menteri Perdagangan Dalam Negeri 1.1.6 Perutusan Presiden ANGKASA 1.2 Penanaman pokok 1.3 Pertandingan Kuiz Koperasi 1.4 Aktiviti Tambahan (semasa perhimpunan) 1.4.1 Pengiktirafan Koperator terbaik sekolah 1.5 Lain-lain Pengiktirfan 1.5.1 Pengiktirafan Koperator Harapan 2013 1.6 Lain-Lain - Pengiktirafan kepada ALK Guru 2013 1.7 Lain-lain Aktiviti Cenderahati kepada pelajar yang membuat persembahan pada Majlis Sambutan HKS 2013

2. AKTIVITI PILIHAN 2.1 Aktiviti Pendidikan Forum Ilmuwan Ekonomi 2.1.2 Peserta Terlibat - Pengacara Majlis - Moderator (seorang) - Ahli Panel (4 orang) - Penonton 100 orang 2.1.3 Kempen Membuka Akaun dan pinjaman peribadi oleh RHB Bank - Untuk Guru dan Pelajar 2.2 Aktiviti Ekonomi 2.2.1 Gerai Jualan dan Car Wash 2.2.2 Aktiviti terbuka hanya untuk pelajar dan Guru-guru SMK Alam Damai Sahaja. 2.3 Aktiviti Sosial dan Budaya 2.3.1 Persembahan Seni Silat Gayung Malaysia - 10 pelajar terlibat 2.3.2 Persembahan Pengucapan Berirama - 30 orang pelajar terlibat 2.3.3 Seorang juru latih Silat Gayung Malaysia

Page 3: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

3. PROGRAM PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN KOPERASI SEKOLAH 3.1 Telah Melaksanakan Progaram ini 3.2 Penyertaan dari 4 kumpulan dan 3 projek 3.3 Senarai Kumpulan dan Projek 3.4 Program Pemilihan PPKKS

LAMPIRAN

1. Buku program 2. Carta Gantt 3. Soalan Kuiz Koperasi 4. Borang Penyertaan Pertandingan Program Pembudayaan Keusahawanan Koperasi 2013 5. Laporan Kewangan Hari HKS 6. Laporan Kewangan Koperasi (Jan 2013-Jun 2013)

Page 4: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

Assalamualaikum w.b.t, Selamat sejahtera dan Salam 1Koperasi,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada seluruh warga koperasi SMK Alam Damai yang telah berjaya mengadakan sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) 2013. Saya penuh yakin dan percaya, sambutan HKS yang telah diadakan mendapat manfaat kepada koperasi, koperator , sekolah, PIBG dan masyarakat sekeliling amnya.

Pada tahun ini, dengan tema “Koperasi: Bersatu Demi Persekitaran Sejagat” yang dipilih oleh ANG-KASA sebagai badan puncak gerakan koperasi negara, telah memberikan satu mesej jelas kepada masyarakat tentang berkoperasi. Melalui koperasi, anggota di setiap lapisan masyarakat boleh bersatu untuk mewujudkan satu persekitaran yang selesa dari segi sosial dan ekonomi. Setiap tahun bermula tahun 2006, ANGKASA tel-ah menggalakkan koperasi sekolah untuk mengadakan sambutan HKS dengan tema yang berbeza setiap tahun. Ini bertujuan memupuk kesedaran di kalangan pelajar atau koperator muda yang menjadi anggota koperasi su-paya memahami apakah peranan yang boleh dimainkan oleh koperasi dalam sesebuah masyarakat. Alhamdulil-lah, sehingga kini sambutan HKS pada setiap tahun telah mendapat perhatian yang khusus oleh warga sekolah dan menjadi agenda tahunan setiap sekolah di Malaysia. Jumlah koperasi sekolah yang mengadakan sambutan HKS telah mencecah hampir 2,000 buah kope-rasi sekolah berbanding hanya 900 buah pada tahun 2006. Ini membuktikan bahawa, anggota koperasi sekolah telah mula faham dan yakin bahawa sambutan HKS yang diadakan akan memberikan impak positif kepada koperator muda hasil daripada aktiviti yang diadakan semasa HKS berlangsung. Koperator muda berpeluang untuk menonjolkan bakat dan potensi diri dalam membina keyakinan diri dengan terlibat dalam aktiviti seperti sosial, ekonomi, keusahawanan dan sebagainya. Saya ingin menyeru kepada semua warga SMK Alam Damai untuk memberikan sokongan kepada koperasi dengan mengadakan sambutan HKS pada tahun-tahun yang akan datang. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah yang diterajui oleh Pengetua dan Guru-guru Penolong Kanan yang telah memberikan sokongan padu dalam mem-perkasakan koperasi sekolah dengan mengadakan pelbagai program berkaitan koperasi. Tidak lupa juga kepada Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri yang turut memberikan kerjasama dalam menjayakan HKS 2013. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak koperasi SMK Alam Damai yang memberikan ruang dan peluang ini untuk mencoretkan kata-kata aluan sebagai motivasi kepada seluruh anggota koperasi sekolah. Saya mengucapkan Tahniah dan moga Berjaya dalam bidang yang diceburi.Sekian, terima kasih.

‘Bekerja bersama –sama, demi manfaat bersama’

DATO’ HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH DIMP,SMP,AMP,PPNPresidenAngkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)

Kata Alu-AluanDATO’ HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH DIMP,SMP,AMP,PPNPresidenAngkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)

Page 5: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

Assalamualaikom Warahmatullahi Wabarakatuh.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t. atas izinNya Laporan Hari Koperasi SMK Alam Damai, 2013 berjaya diterbitkan. Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada ALK yang telah berjaya melaksanakan tugasan ini dengan baik.

Terlebih dahulu, ingin saya merakamkan jutaan tahniah kepada ANGKASA yang telah berjaya menonjolkan koperaasi sekolah selaku entiti penting dalam institusi pendidikan negara melalui acara tahunan ini kerana HKS dilihat semakin berprestij dan mantap. Malah kepimpinan negara juga melihat HKS sesuai dijadikan landasan terbaik transformasi kepada anggotanya.

Sambutan Hari Koperasi (HKS) yang diperkenalkan oleh ANGKASA sejak 1995 telah melalui pelbagai transformasi sesuai dengan keperluan dan kehendak warga koperasi selaku komuniti yang menyambutnya secara rasmi. Tema sambutan pada tahun ini ialah “Koperasi: Bersatu Untuk Persekitaran Sejagat”. Ia bertepatan sekali dengan nilai-nilai yang terdapat dalam Jati Diri Koperasi iaitu antaranyaadalah kesaksamaan dan keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras dengan tradisipengasas gerakan itu, anggota koperasi juga menerima nilai-nilai etika, termasuk sadik,amanah, telus , tanggung-jawab sosial serta prihatin terhadap orang lain. Tema Bersatu Untuk Persekitaran Sejagat merupakan pemangkin ke arah merealisasi-kan Jati Diri Koperasi kepada Persekitaran demi kesejahteran dan keamanan Sejagat.

Akhir sekali, semoga ANGKASA terus memainkan peranan dalam usaha memartabatkan koperasi sekolah sebaris dengan koperasi dewasa di persada dunia.

Sekian terima kasih.

PN. HAFSAH SHARIF Pengerusi Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai Berhad

Kata Alu-Aluan

PN. HAFSAH SHARIF - Pengetua SMK Alam DamaiPengerusi Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai Berhad

Page 6: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23
Page 7: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

Pengenalan

Page 8: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

LAPORANSAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH (HKS) 2013

1.0 PENGENALAN

Sambutan Hari Koperasi Sekolah telah disambut pada 17 Jun 2013 di SMK Alam Damai, Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan sempena meraikan pelancaran Hari Koperasi Peringkat Sekolah yang diadakan dari 17 Jun 2013 hingga 23 Jun 2013. Sambutan daripada warga sekolah amat menggalakkan. Koperasi sekolah telah berjaya memainkan peranan sebagai satu entiti penting di sebuah sekolah dalam usaha untuk menyemai nilai-nilai koperasi dalam kalangan ahlinya.

2.0 TARIKH DAN TEMA SAMBUTAN

Sambutan telah diadakan pada Jun 2013. Tema sambutan pada tahun ini ialah ”Koperasi: Bersatu Untuk Persekitaran Sejagat”.

3.0 OBJEKTIF SAMBUTAN

Sambutan HKS di peringkat sekolah bertujuan untuk meraikan pelancaran Hari Koperasi Peringkat Sekolah yang diadakan dari 17 Jun 2013 hingga 23 Jun 2013. Serta peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

4.0 AKTIVITI-AKTIVITI HKS 2012

Dua (2) jenis aktiviti telah dilaksanakan, iaitu:-

i) Aktiviti wajib

ii) Aktiviti pilihan

Setiap aktiviti sama ada aktiviti wajib atau pilihan dijalankan berdasarkan kreativiti pelajar. Kesemua aktiviti yang dijalankan berdasarkan kepada tema sambutan. Di bawah adalah laporan lengkap aktiviti yang telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai.

8

Page 9: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

AKTIVITI LAPORAN

Perhimpunan

Khas

1.0 Semua pelajar dihimpunkan dalam satu perhimpunan

khas pada pukul 7.15 pagi 2.0 Ketibaan semua guru dan Pemangku Pengetua ke

tapak perhimpunan untuk memulakan majlis rasmi Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2012.

3.0 Aktiviti dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Wilayah.

4.0 Bacaan doa . 5.0 Nyanyian lagu Koperasi

vi. Perutusan Khas Hari Koperasi Sekolah yang disampaikan oleh 3 orang wakil pelajar dimulakan dengan;

i) Perutusan YDP ANGKASA Dibaca oleh adik Ili Nadia binti Karim (Koperator Terbaik 2013) ii) Perutusan YB Menteri Perdagangan Dalam

Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Dibaca oleh adik Kamarul Helmi bin Ahamad (Koperator Harapan 2013) iii) Perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia Dibaca oleh adik Khaizuran bin Izat (Ketua Pelajar)

6.0 Edaran tanda Peringatan HKS kepada pentadbir,

guru-guru dan pelajar.

7.0 Pengiktirafan Koperator Terbaik

ix. Persembahan pelajar (silat dan drum line)

x. Pemangku Pengetua menyampaikan ucapan dan

seterusnya merasmikan sambutan Hari Koperasi

Sekolah 2013.

Penanaman pokok sebagai simbolik perasmian

Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2013.

9

Page 10: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

Aktiviti Bonus

Pihak koperasi sekolah telah mengundang 2 buah Bank RHB untuk menguruskan pembukaan akaun pelajar dan memberi perkhidmatan pinjaman peribadi kepada warga SMK alam Damai.

Aktiviti tambahan

Pengiktirafan Koperator Terbaik 2013

Koperator terbaik tahun 2013 ialah Saudari Ili Nadia binti

Karim

Lain-lain Pengiktirafan

Koperator Harapan 2013 ialah Saudara Kamarul Hilmi bin

Ahamad

Edaran Tanda Peringatan HKS Edaran tanda peringatan HKS 2013 dimulakan dengan

penyampainya oleh Koperator Terbaik 2013, kepada

pentadbir dan guru-guru.

Seterusnya edaran tanda peringatan HKS kepada semua

pelajar diberi dari kelas ke kelas untuk menjimatkan masa.

Setiap pelajar akan mendapat satu penanda buku sebagai

tanda peringatan HKS 2013.

Aktiviti Pendidikan

Sebagai aktiviti pendidikan pelajar tingkatan 1 2013,

didedahkan tentang koperasi sekolah dan peranan

ANGKASA dalam menjayakan koperasi.

Aktiviti Ekonomi/ Keusahawanan

Sempena HKS 2012, gerai-gerai jualan telah dibuka kepada pelajar. Sambutan adalah amat menggalakkan, walaupun aktiviti ini buat pertama kali diadakan dan ia dibuat secara kecil-kecilan. 6 kumpulan pelajar ahli koperasi termasuk ALK telah sepakat untuk mengadakan gerai jualan. Jualan hanya dilakukan semasa rehat 1 dan rehat 2 pada setiap hari dalam minggu sambutan. 10

Page 11: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

Aktiviti sosial dan budaya

Aktiviti ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu;

Aktiviti keceriaan Taman dan penanaman pokok yang

diadakan di perkarangan bengkel KH. Aktiviti ini telah

diadakan semasa P&P untuk tajuk yang berkaitan

tanaman hiasan sepanjang minggu.

Program Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah (PPKKS)

4 kumpulan telah menghantar borang penyertaan, tetapi

hanya 3 kumpulan saja yang menyertai perandingan

tersebut,

Ia terdiri daripada:

a) C.I.I. Invention Group

- Product: Hiasan Plag dinding

b) Proaktif Group

- Product: ' QURMA CHIPS'

c) ALK 1- "KETAM Cool" - Product: Uniq Memo Pad

d) ALK 2- "Ketam Comel" - Tidak menghantar penyertaan

PAMIRAN BAHAN DAN MAKLUMAT ANGKASA

Semua bahan dan edaran yang diterima di pamirkan agar

semua maklumat berkaitan Koperasi dan ANGKASA dapat

di akses oleh warga sekolah.

11

Page 12: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

5.0 POST MORTEM SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2013

Secara keseluuhannya, sambutan HKS 2012 telah berjalan dengan lancar. Semua aktiviti yang dirancang telah dapat diaksanakan dengan sempurna. Walau bagaimana pun masih terdapat beberapa kekurangan yang didapati , antaranya;

a. Kurang aktiviti pendidikan di mana hanya satu aktiviti pendidikan dilaksanakan iaitu kuiz koperasi. Di masa akan datang dicadangkan lebih banyak aktiviti pendidikan di adakan antaranya seperti forum, pidato dan sebagainya.

b. Aktiviti jualan yang pertama kali dibuat selepas pembukaan sekolah, dibuat secara kecil-kecil. Pada tahun hadapan cadangan untuk memberi peluang ke pada kelab dan pesatuan lain untuk menyertai aktiviti ini.

Laporan disediakan oleh,

Ku Mahani binti Ku Mat DesaSetiausahaKoperasi SMK Alam Damai56000 Kuala Lumpur.

12

Page 13: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

Kandungan

13

Page 14: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

1. Aktiviti Wajib. 1.1 Perhimpunan Pelajar 1.1.1 Waktu Perhimpunan Khas

14

Page 15: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

1.1.2 Lagu Koperasi

15

Page 16: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

Pembacaan Perutusan

1.1.4 Pembacaan Perutusan Menteri Pelajaran

Malaysia oleh Ketua Pelajar iaitu adik Khaizuran Izat

1.1.5 Pembacaan Perutusan Menteri Perda-

gangan Dalam Negeri oleh adik Kamarul Helmi (Koperator Harapan

1.1.6 Pembacaan Perutusan Presiden

ANGKASA oleh adik Ili Nadia Binti Karim

16

Page 17: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

1.2 Penanaman Pokok

Persediaan untuk aktiviti penanaman pokok

Pokok Limau Kasturimenjadi pilihan untuk acara perasmian Hari HKS 2013

Upacara simbolik ini di lakukan oleh

PK KokurikulumEn Zainudin bin Ab Hadi

Akhir sekali, Perasmi menyiram air ke pohon

yang baru ditanam

17

Page 18: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

1.3 Pertandingan Kuiz Koperasi

Di kendalikan olehEn. Hairul

Sebahagian pelajar yang menyertai pertandingan

18

Page 19: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

1.7 Aktiviti Tambahan (semasa perhimpunan)

1.7.1 Pengiktirafan koperator terbaik sekolah 2013

Hadiah di sampaikan olehPK Kokurikulum

kepada adikIli Nadiah binti Karim

Lain-lain pengiktirafan:Koperator Harapan,adik Kamarul Helmi bin Ahamad

19

Page 20: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

1.7.2 Edaran Tanda Peringatan HKS

Diberikan kepada guru-gurudan pentadbir

20

Page 21: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

1.7.2 Edaran Tanda Peringatan HKS

Diberikan kepada pelajardari kelas ke kelas

21

Page 22: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

1.7.3 lain-lain Aktiviti

hadiah diberikan kepada pemenang pertandingan kuiz koperasi

22

Page 23: Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 -  ms23

1.7.3 lain-lain Aktiviti

Cenderahati kepada guru-gurukoperasi

23