9-lompat-tinggi

12
Pengenalan Acara lompat tinggi secara amnya dikuasai oleh atlit-atlit yang bertubuh tinggi dengan kualiti lonjakan yang baik. Kelajuan memecut tidak dianggap sebagai sebagai criteria yang penting seperti lompat jauh atau lompat kijang. Akan tetapi juga atlit yang bertubuh rendah tetapi telah mencapai kejayaan kerana kualiti lonjakan istimewa. Sejarah Lompat Tinggi Di mulakan seawall Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara lompat tinggi ketika di cotland pada abad ke-!", dengan pencapaian atas !.#$ meter oleh peserta pada masa itu. %elompat pada masa dahulu menggunakan gaya gunting. Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia. ekitar abad ke-&', teknik ini telah dimodenkan oleh warga (rish-American ).*. weeney+s astern cut-o seperti gaya gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semadsa melompat melepasi palang. weeny telah erjaya mencipta teknik yang berkesan dan mencipta rekod #+ //0 $+ 1!."2 meter3 pada tahun !$"/. eorang lagi warga Amerika, ).* 4orine, memajukan dan mencipta teknik yang lebih e isyen iaitu gaya guling barat. (a erjaya melompat setinggi # kaki 2 inci dalam tahun !"!& dan gayanya ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika arat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling arat. Gaya ini lebih berkesan daripada gaya timur atau gaya gunting.

Upload: tan-wei-hui

Post on 04-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Pengenalan

Acara lompat tinggi secara amnya dikuasai oleh atlit-atlit yang bertubuh tinggi dengan kualiti lonjakan yang baik. Kelajuan memecut tidak dianggap sebagai sebagai criteria yang penting seperti lompat jauh atau lompat kijang. Akan tetapi ada juga atlit yang bertubuh rendah tetapi telah mencapai kejayaan kerana kualiti lonjakan istimewa.

Sejarah Lompat Tinggi

Di mulakan seawall Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara lompat tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68 meter oleh peserta pada masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya gunting. Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia.

Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American M.F. Sweeneys Eastern cut-off seperti gaya gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semadsa melompat melepasi palang. Sweeny telah Berjaya mencipta teknik yang berkesan dan mencipta rekod 6 55/ 8 (1.97 meter) pada tahun 1895.

Seorang lagi warga Amerika, M.F Horine, memajukan dan mencipta teknik yang lebih efisyen iaitu gaya guling barat. Ia Berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling Barat. Gaya ini lebih berkesan daripada gaya timur atau gaya gunting.

Alatan Untuk Pengajarana) TaliTali yang biasa digunakan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani sangat berguna untuk latihan lompat tinggi. Di antara kelebihan ialah: Ia tidak dapat mencedera atau menyakitkan para pelajar yang melanggarnya. Biasanya para pelajar memang suka melompat melepasi tali. Ketinggiannya mudah diubah untuk disesuaikan dengan pelajar dan latihan yang mereka lakukan. Tali amat mudah diperolehi dan dibawa ke tempat latihan. Ini memudahkan lagi pengendalian pelajaran.

b) Batang rotan dan skitelKedua-dua alatan ini boleh juga digunakan dalam usaha memperkenalkan kemahiran asas melompat tinggi kepada para pelajar.

c) Tilam mendaratIa hendaklah mencukupi untuk keselamatan para pelajar. Tilam gimnastik boleh digunakan semasa pelajaran Pendidikan Jasmani.

d) Tiang dan palang lompat tinggiKedua-dua alatan ini boleh digunakan setelah para pelajar dapat menguasai asas melompat.

Fasa Lompat Tinggi

Semua gaya lompatan boleh dibahagi kepada 4 fasa pergerakan, iaitu1. Penujuan - larian menghala ke palang.2. Lonjakan - tindakan kaki untuk menaikkan badan.3. Layangan - gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.4. Pendaratan - sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

Jenis-Jenis Lompat Tinggi

Tujuan seorang pelompat adalah untuk melompat setinggi yang boleh. Walaupun gaya lompatan tidak penting. Tetapi perkembangan semasa menunjukkan bahawa atlet yang menggunakan gaya fosbury flop mencapai lebih kejayaan berbanding dengan atlet yang menggunakan gaya gunting. Rekod lompat tinggi kategori lelaki dan wanita dipegang oleh atlet yang menggunakan gaya fosbury flop. Gaya lompat tinggi pada amnya, terdapat lima gaya lompat tinggi iaitu gaya pelana, gaya barat, gaya timur dan gaya fosbury flop. Gaya gunting diajar sebagai latihan mendorong sebelum gaya fosbury flop diajar.

Gaya Pelana

Gaya ini adalah hampir sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

Penujuan

Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga Sembilan langkah menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan aki lonjak dibegkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir

Lonjakan

Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak pelompat hendaklah melompat dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakan ini, kaki bebas dihayun dengan kencang ke atas paras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas

Layangan

Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada dalam keadaan hampir selari dengan palang yang berada di bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.

Pendaratan

Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan.

Latihan Ansur Maju Lompat Tinggi Gaya Pelana

a) Berdiri dengan kaki bebas di belakang. Gerakkan kaki tersebut ke hadapan dan tendang dengan kuat ke atas sambil kaki yang melonjak menolak badan ke atas. Tujuan latihan ini ialah untuk melatih pelompat supaya dapat menendang kaki bebas ke atas dan melonjak.b) Berjalan tiga langkah dan ulang latihan (a) sambil menghayun kedua-dua belah tangan. Latihan ini dapat membantu agar lonjakan, tindakan kaki bebas dan hayunan tangan dapat dipadukan supaya semuanya berinteraksi secara automatik.c) Rentangkan tali dan berdiri merusuk tiga langkah dari tali itu. Berjalan tiga langkah(mulakan dengan kaki lonjak) dan tendang kaki bebas ke atas aras tali. Selepas beberapa percubaan, latihan ini hendaklah dibuat secara berlari dan melibatkan hayunan tangan seperti di dalam latihan (b) . Latihan ini akan membantu pelompat memberikan sepenuh perhatian kepada penujuan dan lonjakan semasa membuat lompatan.d) Rentangkan tali hingga ke aras pinggang dan ulangi latihan ( c). Selepas melonjak dan badan berada di atas aras tali, pusingkan badan dengan merendahkan bahu supaya bergolek di atas tempat mendarat, atau tangan dan kaki bebas mencecah kawasan mendarat. Latihan ini akan membantu pelompat melepasi palang atau tali dan semasa membuat pendaratan.e) Rentangkan tali pada aras pinggang. Berlari sejauh lima langkah, diikuti dengan suatu lonjakan hingga melepasi tali dan pelompat mendarat dengan baik. Latihan ini merangkumi kesemua fasa lompatan(empat fasa semuanya).f) Latihan lompat tinggi gaya pelana menggunakan alatan yang sebenarnya(tiang dan palang lompat tinggi) serta membuat lima atau tujuh langkah larian yang pantas.

Gaya Gunting

PenujuanPelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah. Pelompat menggunakan 7-9 langkah. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan.pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.

LonjakanPelonjak melonjak dengan kaki luar. Semasa melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan.

LayanganKaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang. Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong kea rah palang. Kaki lonjak dihayun ke atas.

PendaratanPelompat melompat di atas punggung atau dengan dua belah kaki.

Gambarajah 4.2 Gaya Gunting

Gaya Fosbury Flop

PenujuanLarian dilakukan dengan cepat dan beritma. Guna larian 5-9 langkah terakhir secara melengkung. Pelompat yang melonjaak dengan kaki kanan berlari dari sebelah kiri ,memulakan larian dengan kaki kanan. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.

LonjakanPelonjak melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki luar palang. Kaki di hadapan badan. Badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang. Kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan. Tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke atas. Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan badan.

LayanganDi udara pelompat memandang palang sambil melentikkan badan. Kedua-dua belah tangan di sisi badan. Kedua-dua lutut dibengkokkan. 4. Setelah badan melepasi palang, luruskan kedua belah kaki dan gerakkan ke atas sambil mengangkat kepala ke atas.

PendaratanPelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya.

Gaya Fosbury Flop

Latihan Ansur Maju Lompat Tinggi Gaya Fosbury Flop

Latihan 1 Berlari anak atau pantas beberapa langkah ke hadapan dan kemudian melengkok beberapa langkah ke kiri ( jika melonjak dengan kaki kiri ). Sekiranya pelompat melonjak dengan kaki kanan , dia haruslah melengkok ke kanan. Latihan ini bertujuan untuk melatih para pelajar supaya dapat berlari lurus dan melengkok.

Latihan 2 Seperti dalam Latihan 1 , apabila pelompat melangkah tandaan di bahagian melengkung, dia mestinya melonjak dengan serta-merta ke atas. Kemudian kedua-dua belah tangannya dihayunkan ke atas ( siku dibengkokkan ) dan badan dipusingkan di udara dengan lutut kaki bebas menyilang badan. Pelompat mendarat di atas kaki lonjak sambil menghadap tempat permulaan.

Latihan 3 Seperti dalam latihan 2, pelompat melonjak ke atas dan melentikkan badan. Sebelah tangan dihulur ke belakang untuk menyentuh palang yang tergantung.

Latihan 4 Pelompat berdiri membelakangkan tali atau palang yang direntangkan. Pelompat melonjak dengan kedua-dua belah kaki ke belakang sambil melentikkan badan dan melepasi tali. Pelompat mendarat di atas bahagian bahu atau belakang badan. Latihan ini bertujuan untuk melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat.

Latihan 5 Pelompat berlari lima hingga tujuh langkah dan terus melompat dengan gaya Fosbury Flop. Latihan ini merupakan latihan berlari pantas dan menentukan tempat yang sesuai melonjak.

Latihan Ansur Maju1. Aktiviti mendorong a) Berjalan dengan lutut tinggi b) Berlari dengan lutut tinggi c) Berlari dalam bulatan d) Berlari mengikut laluan angka lapan. e) Melonjak f) Melonjak untuk menyentuh bola yang tergantung.

2. Latihan Lompatan a) Memulakan lompatan dengan gaya gunting. b) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk L, kaki selari dengan palang. c) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk L serta kaki bersudut 45 darjah. d) Melompat gaya gunting dan mendarat 90 darjah denagn kaki mengahala kea rah palang. e) Berdiri membelakangkan tempat mendarat, melompat secara dirian dan mendarat. f) Ulang (e) dengan berdiri di atas kerusi panjang atau peti lombol satu tingkat. g) Ulang (f) dengan papan anjal. h) Menentukan titik semak. i. Membuat lompatan dengan mengambil langkah 7-9 langkah.