45671885 laporan bina insan guru pada 14 disember 2009

7
LAPORAN BINA INSAN GURU PADA 14 DISEMBER 2009 BIG atau Bina Insan Guru adalah program yang dirangka khusus untuk guru-guru pelatih di seluruh Malaysia oleh Bahagian Pendidikan Guru dengan membawa bersama matlamat yang amat besar. Adalah menjadi cita-cita Bahagian Pendidikanguru untuk melahirkanguru yang berakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, berdisiplin, menepati masa dan dala masa yang sama tetap mendaulatkan nilai dan norma kerohanian yang jitu. Guru adalah pemangkin bagi generasi yang akan mewarisi usaha untuk mendaulatkan dan memajukan negara kita. elain daripada itu, program BIG inijuga dirangkauntuk memenuhi beberapa objekti! yang telah dikenalpasti dan sepatutnya dicapai pada akhi setiap program. Pada akhir program, adalah diharapkan para pelatih da menunjukkan ciri-ciri iman yang tinggi dalam diri sendiri, berakhlak mulia patuh kepada ajaran agama atau kepercayaan masing-masing. "leh kerana program ini dirangka dalam sekelompok pelatih yang agak ramai, maka secara tidak langsung program ini akan dapat meningkatkan semangat berpasukan yang tinggi dan pelatih dapat mengamalkan cara hidup bersepakat sesama mereka, bak kata pepatah #epakat membawa berkat$. Begitu juga dengan rasa tanggungjawab setiap indi%idu dengan indi%idu yang lain, sama ada dal kumpulan, di antara kumpulan atau terhadap ahli jawatan kuasa dan seterusnya kepada para pensyarah yang terlibat.

Upload: eilamiera

Post on 02-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

LAPORAN BINA INSAN GURU PADA 14 DISEMBER 2009

BIG atau Bina Insan Guru adalah program yang dirangka khusus untuk guru-guru pelatih di seluruh Malaysia oleh Bahagian Pendidikan Guru dengan membawa bersama matlamat yang amat besar. Adalah menjadi cita-cita Bahagian Pendidikan guru untuk melahirkan guru yang berakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, berdisiplin, menepati masa dan dalam masa yang sama tetap mendaulatkan nilai dan norma kerohanian yang jitu. Guru adalah pemangkin bagi generasi yang akan mewarisi usaha untuk mendaulatkan dan memajukan negara kita.

Selain daripada itu, program BIG ini juga dirangka untuk memenuhi beberapa objektif yang telah dikenalpasti dan sepatutnya dicapai pada akhir setiap program. Pada akhir program, adalah diharapkan para pelatih dapat menunjukkan ciri-ciri iman yang tinggi dalam diri sendiri, berakhlak mulia selain patuh kepada ajaran agama atau kepercayaan masing-masing. Oleh kerana program ini dirangka dalam sekelompok pelatih yang agak ramai, maka secara tidak langsung program ini akan dapat meningkatkan semangat berpasukan yang tinggi dan pelatih dapat mengamalkan cara hidup bersepakat sesama mereka, bak kata pepatah Sepakat membawa berkat. Begitu juga dengan rasa tanggungjawab setiap individu dengan individu yang lain, sama ada dalam kumpulan, di antara kumpulan atau terhadap ahli jawatan kuasa dan seterusnya kepada para pensyarah yang terlibat.

Program ini juga mensasarkan objektif untuk melahirkan pelatih yang mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang tinggi untuk menyiapkan diri bagi menghadapi cabaran alam perguruan di dunia yang sebenar. Begitu juga adalah diharapkan melalui program ini, guru dapat meningkatkan kemahiran intrapersonal dan interpersonal mereka, khususnya apabila telah berada dalam kelompok masyarakat yang besar. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam program ini juga akan melatih pelatih untuk meningkatkan kebolehan pengurusan diri yang lebih teratur, selain dalam masa yang sama perlu mengurus keperluan diri dengan masa yang agak terhad. Pelatih akan dinilai bagaimana menguruskan masa dengan lebih berkesan dan efektif. Objektif terakhir program Bina Insan Guru ini adalah untuk meningkatkan potensi diri guru pelatih sebagai insan yang berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan.

Program BIG yang telah dilaksanakan pada Disember 2009 yang lalu merupakan program BIG yang telah menggabungkan kumpulan guru pelatih yang agak besar bilangan pesertanya iaitu seramai 146 orang. Kumpulan ini telah disertai olej peserta dari kumpulan PGSR BM dan PGSR PI kohort 1, KPLI-j-QAF Ambilan Januari / Jun dan juga KDC (PRA). Menurut En. Mazuki Bin Abdul Razak, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), yang bertanggungjawab menguruskan program ini, BIG bagi sesi Disember ini merupakan gabungan guru pelatih yang terbesar yang pernah dilaksanakan oleh IPGM kampus Tawau. Selain daripada itu, BIG bagi kumpulan ini juga merupakan program yang buat julung kalinya diadakan di persekitaran IPGM kampus Tawau sahaja, berbanding dengan BIG yang sebelum ini dilaksanakan di luar kampus Tawau.

Pada hari pertama pendaftaran, iaitu pada 14 Disember 2009, kami telah diberikan taklimat mengenai perjalanan program serta penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan dalam masa tiga hari. Kami telah diagihkan dalam beberapa kumpulan yang ahli-ahlinya terdiri dari setiap unit yang mengambil bahagian iaitu PGSR, KPLI j-QAF dan KDC (PRA). Setiap kumpulan telah dibekalkan dengan khemah masing-masing. Selepas aktiviti mendirikan khemah, semua pelatih telah diarahkan untuk berkumpul bagi sesi seterusnya iaitu taklimat dan panduan bagi menghadapi kes-kes kecemasan dan bantu mula. Pelaksanaan aktiviti ini adalah agak ringkas, memandangkan masa yang agak suntuk, kerana pelatih perlu menyiapkan diri untuk solat maghrib, seterusnya solat isyak dan makan malam. Program hari pertama ini diakhiri dengan aktiviti ice breaking. Dalam aktiviti ini, saya dapat mengenali rakan-rakan dari kelas yang lain dengan lebih dekat dan mesra. Secara tidak langsung dapat saya gambarkan bahawa aktiviti yang seterus akan berjalan dengan lancar dan penuh dengan semangat bekerjasama memandangkan perasaan malu dan segan di antara kami dapat dikurangkan.

Hari kedua program iaitu pada 15 Disember 2009, dimulai dengan aktiviti latihan kawad kaki. Latihan ini dikendalikan oleh seorang pelatih dari KPLI j-QAF yang pada hemat saya amat berpengalaman mengendalikan kawad kaki. Kami diajar beberapa formasi kawad kaki yang agak baru dan sedikit berbeza dari yang pernah kami pelajari semasa di maktab perguruan dahulu. Saya telah terpilih untuk memberikan arahan kawad kaki, sebagai ujian rawak keberkesanan aktiviti tersebut kepada kumpulan kami. Aktiviti seterusnya ialah kembara ke Balung Eco Resort. Kami bertolak ke Balung Eco Resort pada pukul 9.30 dengan menaiki bas IPGM kampus Tawau. Sesampainya kami di sana kami telah dibahagikan dalam beberapa kumpulan besar dan diberikan taklimat ringkas tentang tugasan yang perlu dilaksanakan. Antaranya ialah lakaran perjalanan dan jarak bagi setiap stesyen. Kami juga dibekalkan dengan bahan mentah untuk dimasak selain dari tugasan mengumpulkan flora dan fauna yang terdapat di kawasan kembara. Selain daripada itu, kami juga berpeluang melawat tempat penghasilan gula nira. Pada stesyen yang seterusnya kami diberikan situasi kecemasan yang memerlukan kami membuat usungan untuk membawa pesakit ke kawasan urusetia. Di sana kami diminta membuat persembahan dan menyerahkan tugasan untuk memunggut flora dan fauna.

Selepas rehat, makan dan solat, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti lasak, iaitu antara lainnya monkey trail, merentas jambatan beralun, merangkak ala tentera dan memanjat tembok yang tinggi. Aktiviti ini sangat menyeronokkan! Selesai dengan aktiviti tersebut, kami meneruskan aktiviti dengan aktiviti air, lengkap dengan jaket keselamatan, kami diajar bagaimana terapung di dalam air dan berenang. Akhirnya kami bertolak pulang ke kampus pada pukul 7.30 malam. Selepas membersihkan diri dan makan malam, slot seterusnya ialah penerangan tentang potensi dan motivasi yang diperolehi melalui kepuasan bekerja. Aktiviti pada malam itu berakhir dengan sesi refleksi aktiviti yang telah dilaksanakan sebelumnya.

Seperti biasa, pada 16 Disember 2009, aktiviti bermula dengan kawad kaki sebelum pelatih dibenarkan mengambil sarapan pagi. Seterusnya, kami berkumpul di dewan Rafllesia untuk bersama pensyarah dengan sebuah cerita yang bertajuk Beruk. Isi kandungan cerita ini merupakan moral yang perlu diterapkan dalam diri guru pelatih. Pada sebelah petang, pula kami diberikan masa untuk berlatih bagi persembahan yang akan dilaksanakan pada waktu malam terakhir program. Pada malam tersebut kumpulan kami telah memilih persembahan ala teater yang memaparkan dunia yang telah dikuasai oleh robot. Walaupun tanpa sebarang prop, tetapi persembahan tetap berjalan dengan lancar. Tahniah kepada semua ahli kumpulan yang telah menyumbangkan idea untuk menjayakan persembahan tersebut.

Hari terakhir iaitu pada 17 Disember 2009, buat kali terakhir kami telah berkumpul sekali lagi di dewan Rafflesia bagi majlis penutupan dan penyampaian amanat serta nasihat oleh En. Mazuki kepada semua pelatih. Walaupun program telah berakhir, tetapi kesan program tersebut kepada semua pelatih amat dalam. Kembalinya pelatih membawa seribu kenangan, sama ada yang baik ataupun tidak, dan sama ada program ini telah meninggalkan impak yang besar dalam diri ataupun sekadar memenuhi tuntutan program pembelajaran di IPG sahaja.

Walaupun pisang setandan, tapi masaknya tetap tidak sama, jika ditelusuri program ini datang dalam pakej yang lengkap iaitu membawa bersamanya kekuatan dan sedikit kelemahan yang perlu dibuat penambahbaikan agar objektif akan dapat dicapai secara total. Pada pandangan peribadi saya, aktiviti yang dirancang telah dapat memupuk nilai yang diperlukan. Antara aktiviti yang boleh memupuk nilai kerjasama jelas terlihat, dalam aktivti kembara di Balung Eco Resort. Walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan, tetapi pelatih tetap mementingkan semangat kerjasama dalam kumpulan. Saya melihat satu peristiwa, seorang pelatih PGSR Pendidikan Islam yang hampir pengsan kerana keletihan. Kumpulannya berusaha membantu pelatih tersebut dengan memapahnya, walaupun yang memapah adalah pelatih wanita yang bersaiz kecil! Semua ahli kumpulan memperlahankan pergerakan, sehingga kami dapat memintas mereka, walaupun mereka telah jauh berada di hadapan kami. Saya terharu melihat semangat kerjasama dalam kumpulan yang dipamerkan oleh mereka. Begitu juga dengan ketahanan fizikal kami juga telah diuji dengan pelbagai aktiviti lasak yang disediakan oleh penganjur. Pada ketika itu saya melihat betapa payah dan sukarnya pelatih PGSR untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Rupa-rupanya selama ini guru-guru yang telah agak berumur amat kurang, melakukan senaman! Mengapa? Mungkin kerana mereka beranggapan senaman ataupun aktiviti kecerdasan hanya sesuai untuk golongan muda belia sahaja. Justeru selepas ini, saya pasti kami akan mengambil iktibar dan menyiapkan ketahanan fizikal kami dengan aktiviti yang lebih bersesuaian.