4 laporan

5
7.0 LAPORAN AKTIVITI Pada 24 Jun 2013 iaitu minggu yang pertama, sesi berkenalan dengan murid kelas pendidikan khas Sekolah Rendah Dato Razali Ismail. Kumpulan kami yang terdiri dari Noraishah Bt Rapani, Armazurin Bin Ab Razak dan Fariq Muzakkir Bin Mohamad. Aktiviti senamrobik dijalankan di dewan utama sekolah. Murid dapat melakukan pergerakan dengan melihat gaya yang dilakukan oleh guru mengikut rentak lagu chicken dance dan Si Tommy. Aktiviti yang kedua ialah meniru gaya haiwan. Guru memasang bunyi haiwan seperti ayam, kambing, harimau dan gajah, kemudian murid melakukan pergerakan haiwan tersebut. Guru melakukan pergerakan sebenar dan memberi bimbingan kepada murid. Selesai aktiviti, guru berkenalan dengan murid masing-masing dalam kumpulan. Murid kami ialah Saifullah dan Fakrul yang mempunyai masalah pembelajaran iaitu slow learner . Kami mengenal pasti masalah murid dan menyelidik latar belakang murid. Kemudian, kami berbincang dengan guru kelas mengenai perangai dan sikap murid semasa di dalam kelas. Pada 25 Jun 2013, kumpulan kami telah merancang bagi melakukan beberapa pergerakan lokomotor dalam sesi pengajaran untuk mengenal pasti kelemahan murid. Pergerakan lokomotor yang kami pilih ialah lompat sebelah kaki bagi pergerakan lokomotor aras tinggi, membongkok dan berjalan dengan menghayunkan tangan bagi pergerakan lokomotor aras sederhana dan merangkak bagi pergerakan lokomotor aras rendah. Kami melakukan aktiviti memanaskan badan bersama murid di samping mengenal pasti kesalahan dalam pergerakan mereka. Semasa melakukan aktiviti, terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh mereka, diantaranya tangan tidak didepakan semasa melakukan aktiviti lompat sebelah kaki. Selain itu, semasa melakukan aktiviti membongkok dan berjalan sambil menghayunkan tangan, tangan tidak dapat dihayunkan dengan betul, koordinasi mereka sangat lemah. Semasa arahan merangkak diberi, murid melakukan pergerakan lain, ini menunjukkan mereka masih tidak tahu bagaimana pergerakan merangkak yang sebenar. Kami telah mengenal pasti kesalahan yang dilakukan oleh murid. Aktiviti pergerakan ansur maju bagi setiap pergerakan iaitu lompat sebelah kaki, membongkok dan berjalan sambil menghayunkan tangan dan merangkak akan dirancang bagi sesi akan datang supaya murid dapat melakukan pergerakan dengan betul. Pada minggu yang kedua iaitu pada 1 Julai 2013, kami telah merancang ansur maju bagi setiap aktiviti. Kami bergilir-gilir mengambil tugas dalam melatih murid melakukan ansur maju bagi setiap aktiviti. Pada minggu ini juga, kami telah memilih pergerakan menggunakan alatan iaitu menghantar bola aras dada. Kesalahan yang murid lakukan semasa kami melakukan permainan kecil menggunkan bola adalah kaki mereka tidak mengikut lajak setelah membuat hantaran.

Upload: sitifatimah92

Post on 01-Oct-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sdsfsfdff

TRANSCRIPT

7.0 LAPORAN AKTIVITIPada 24 Jun 2013 iaitu minggu yang pertama, sesi berkenalan dengan murid kelas pendidikan khas Sekolah Rendah Dato Razali Ismail. Kumpulan kami yang terdiri dari Noraishah Bt Rapani, Armazurin Bin Ab Razak dan Fariq Muzakkir Bin Mohamad. Aktiviti senamrobik dijalankan di dewan utama sekolah. Murid dapat melakukan pergerakan dengan melihat gaya yang dilakukan oleh guru mengikut rentak lagu chicken dance dan Si Tommy. Aktiviti yang kedua ialah meniru gaya haiwan. Guru memasang bunyi haiwan seperti ayam, kambing, harimau dan gajah, kemudian murid melakukan pergerakan haiwan tersebut. Guru melakukan pergerakan sebenar dan memberi bimbingan kepada murid. Selesai aktiviti, guru berkenalan dengan murid masing-masing dalam kumpulan. Murid kami ialah Saifullah dan Fakrul yang mempunyai masalah pembelajaran iaitu slow learner. Kami mengenal pasti masalah murid dan menyelidik latar belakang murid. Kemudian, kami berbincang dengan guru kelas mengenai perangai dan sikap murid semasa di dalam kelas.Pada 25 Jun 2013, kumpulan kami telah merancang bagi melakukan beberapa pergerakan lokomotor dalam sesi pengajaran untuk mengenal pasti kelemahan murid. Pergerakan lokomotor yang kami pilih ialah lompat sebelah kaki bagi pergerakan lokomotor aras tinggi, membongkok dan berjalan dengan menghayunkan tangan bagi pergerakan lokomotor aras sederhana dan merangkak bagi pergerakan lokomotor aras rendah. Kami melakukan aktiviti memanaskan badan bersama murid di samping mengenal pasti kesalahan dalam pergerakan mereka. Semasa melakukan aktiviti, terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh mereka, diantaranya tangan tidak didepakan semasa melakukan aktiviti lompat sebelah kaki. Selain itu, semasa melakukan aktiviti membongkok dan berjalan sambil menghayunkan tangan, tangan tidak dapat dihayunkan dengan betul, koordinasi mereka sangat lemah. Semasa arahan merangkak diberi, murid melakukan pergerakan lain, ini menunjukkan mereka masih tidak tahu bagaimana pergerakan merangkak yang sebenar. Kami telah mengenal pasti kesalahan yang dilakukan oleh murid. Aktiviti pergerakan ansur maju bagi setiap pergerakan iaitu lompat sebelah kaki, membongkok dan berjalan sambil menghayunkan tangan dan merangkak akan dirancang bagi sesi akan datang supaya murid dapat melakukan pergerakan dengan betul.Pada minggu yang kedua iaitu pada 1 Julai 2013, kami telah merancang ansur maju bagi setiap aktiviti. Kami bergilir-gilir mengambil tugas dalam melatih murid melakukan ansur maju bagi setiap aktiviti. Pada minggu ini juga, kami telah memilih pergerakan menggunakan alatan iaitu menghantar bola aras dada. Kesalahan yang murid lakukan semasa kami melakukan permainan kecil menggunkan bola adalah kaki mereka tidak mengikut lajak setelah membuat hantaran.Pada 2 Julai 2013, setelah sesi memanas badan selesai. Kami bersoal jawab tentang apa yang telah dipelajari semalam bagi menguji daya ingatan mereka. Mereka memberi jawapan yang betul, ini menunjukkan aktiviti yang kami lakukan semalam memberi kesan kepada mereka. Kami melakukan ansur maju bagi pergerakan menghantar bola aras dada. Ansur maju yang dirancang ialah pergerakan tanpa mengunakan bola, pergerakan menggunakan bola kain yang lembut dan pergerakan menggunakan bola getah yang lembut. Mereka dapat melakukan aktiviti dengan baik tetapi masih banyak kelemahan. Selepas membuat hantaran, kaki mereka masih tidak dapat mengikut lajak. Koordinasi tangan dan kaki mereka sangat lemah. Selesai aktiviti, kami teruskan dengan Ulrich Test. Kami membuat garisan sepanjang 5 meter di atas tilam lembut bagi menjamin keselamatan murid. Pada minggu ketiga pula, pada 8 Julai 2013, Ulrich Test diteruskan dengan semua pergerakan lokomotor. Disini, banyak menunjukkan perbezaan antara murid pertama dan murid kedua. Murid pertama ialah Saifullah menunjukkan banyak peningkatan dalam melakukan pergerakan lokomotor iaitu merangkak dan membongkok dan berjalan sambil menghayunkan tangan tetapi menunjukkan kelemahan semasa melakukan pergerakan melompat sebelah kaki dan menghantar bola aras dada. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah koordinasi antara tangan dan kakinya sngat lemah. Manakala, murid kedua pula ialah Fakrul banyak menunjukkan peningkatan dalam melakukan pergerakan lokomotor melompat sebelah kaki dan menghantar bola aras dada. Koordinasinya tinggi setelah dilatih dengan aktiviti ansur maju yang berkesan. Fakrul dapat melakukan aktiviti dengan baik berbanding Saifullah.Pada 9 Julai 2013, Ulrich Test diteruskan, kedua-dua murid menunjukkan peningkatan. Mereka dapat melakukan pergerakan dengan betul. Fakrul menunjukkan peningkatan yang sangat baik, dia boleh melakukan aktiviti dengan betul dan dapat mengajar pergerakan yang betul kepada kawannya iaitu Saifullah. Fakrul juga dapat mengenal pasti kesalahan yang dilakukan oleh kawannya. Ini adalah satu yang membanggakan. Kesimpulannya, aktiviti ansur maju yang dibuat sangat memberi kesan kepada murid sehingga mereka dapat mengenalpasti pergerakan yang sebenar dan pergerakan yang salah.

8.0 KELEMAHAN, KEKUATAN DAN PENAMBAHBAIKKAN Kesimpulannya, aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik dan mencapai objektif yang ditetapkan. Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang telah kami kenalpasti. Kekuatan yang kami kenalpasti ialah ansur maju yang kami jalankan sangat membantu murid kami. Ansur maju yang kami terapkan sangat teliti dalam melatih murid dengan baik dalam menguasai kemahiran yang hendak dicapai. Ansur maju yang kami terapkan melatih murid beransur-ansur dalam menguasai kemahiran. Disamping menarik, aktiviti ansur maju juga menyeronokkan kerana dengan adanya alat bantu mengajar yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan. Selain itu, kami juga menggunakan alat bantu mengajar yang menarik dan sesuai dengan aktiviti yang dijalankan. Oleh yang demikian, murid sangat tertarik dan teruja dengan aktiviti yang kami jalankan. Terdapat juga murid yang jarang hadir ke sekolah telah berminat dengan aktiviti yang kami jalankan menyebabkan mereka sentiasa hadir ke sekolah dan menanti-nanti untuk ke kelas kami. Disebabkan hal ini, mudah bagi kami untuk mengajar mereka kerana telah timbul minat di dalam diri mereka. Kami juga menggunakan ganjaran bagi menarik minat mereka. Ganjaran yang kecil tetapi sangat memberi kesan. Ini kerana mereka merasa diri mereka dihargai. Diantara kelemahannya ialah aktiviti yang dirancang terlalu lama dan murid tidak dapat memberi perhatian dengan baik. Disebabkan setiap aktiviti yang dirancang mengambil masa yang lama, murid menjadi bosan dan tidak berminat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Sepertimana yang kita ketahui, murid berkeperluan khas cepat merasa bosan dengan sesuatu aktiviti yang sama dan lama. Walaupon kita merancang aktiviti yan menarik tetapi mengambil masa yang terlalu lama, ini juga menyebabkan murid menjadi bosan. Ini menimbulkan masalah kepada guru untuk mengawal mereka kerana mereka mula tidak memberi perhatian kepada sesi pengajaran dan seterusnya mengganggu murid yang lain. Selain daripada itu, terdapat aktiviti yang dirancang tidak menyeronokkan. Disebabkan itu, murid tidak memberi perhatian ketika guru mengajar dan melihat murid lain bermain aktiviti yang menyeronokkan kerana mereka tertarik dengan permainan yang lain. Selain itu, kelemahan yang dikenalpasti ialah suasana yang tidak kondusif dapat mempengaruhi sesi pengajaran dan pembelajaran. Apabila kami menjalankan aktiviti di kawasan yang kotor dan suasana pembelajaran yang suram seperti di dewa sekolah, ini membuatkan murid bosan dan tidak bersemangat untuk belajar. Suasana pembelajaran yang menarik tidak dapat dihasilkan kerana kawasan yang dipilih tidak sesuai.Setelah meneliti setiap kelemahan yang kami kenalpasti, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan. Diantaranya, kami perlu merancang aktiviti yang singkat dan menarik. Aktiviti yang menarik juga tidak menjamin keberkesanan pengajaran jika mengambil masa yang terlalu lama kerana murid berkeperluan khas mudah merasa bosan. Selain itu, cadangan penambahbaikan yang lain pula ialah aktiviti yang dirancang perlu menarik dari aktiviti kumpulan lain. Murid akan lebih tertarik terhadap aktiviti yang dapat meransang pemikiran mereka dan menggunakan alat bantu mengajar yang berbagai bentuk dan warna. Dengan cara ini, mereka akan memberi tumpuan yang baik terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Mereka akan lebih mudah menguasai kemahiran jika perhatian diberi dengan baik terhadap sesi PnP. Kami juga telah mengubah kelas kami ke Gimnasium Ipg Kdri. Tempat ini lebih sesuai untuk mereka melakukan aktiviti dan selamat. Suasana yang kondusif dapat membantu murid menguasai kemahiran yang hendak dipelajari dengan lebih mudah. Mereka akan berasa seronok untuk belajar dengan adanya keadaan yang mendorong mereka untuk lebih tertarik terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.Berdasarkan pemerhatian daripada Ulrich Test yang dijalankan, saya dapat membuat kesimpulan bahawa sebagai seorang bakal guru, kita perlu mengetahui dengan mendalam tentang kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian serta dapat menjalankan aktiviti yang releven selaras dengan kehendak kurikulum. Ini bagi menjamin tercapainya objektif dan matlamat dalam membantu golongan yang berkeperluan khas ini. Aktiviti yang dirancang sangat penting dan perlu sesuai dengan keupayaan murid keperluan khas, jika seorang guru gagal merancang aktiviti dengan baik maka itu tidak dapat membantu proses pemulihan atau terapi yang membantu murid berkeperluan khas dalam melaksanakan sesuatu pergerakan atau aktiviti dengan betul. Ansur maju yang dirancang haruslah dikaji dengan tepat supaya ini tidak mencederakan murid. Kebanyakkan murid berkeperluan khas tidak dapat melakukan terus sesuatu aktiviti dengan baik, jadi ansur maju yang berkesan sangat membantu mereka dalam mencapai pergerakan yang betul. Guru juga harus kreatif dalam merancang aktiviti PnP, murid berkeperluan khas ini cepat bosan dan memerlukan satu aktiviti yang menyeronokkan, guru harus merancang aktiviti yang santai dan tidak memenatkan mereka serta seronok.Dalam mencapai objektif pembelajaran bukanlah sesuatu yang mudah, jadi seorang guru harus tenang dan bijak mengawal emosi. Murid berkeperluan khas memerlukan masa untuk melakukan aktiviti dengan betul. Kita harus ingat bahawa aktiviti yang dilakukan adalah terapi buat mereka dan bukanlah semata-mata pergerakan biasa yang diajar untuk mencapai objektif pembelajaran. Justeru, guru tidak boleh terlalu memaksa murid, ini kemungkinan akan menimbulkan kecederaan kepada mereka dan bukanlah dapat membantu mereka. Disamping itu, guru perlu peka terhadap setiap murid mereka. Setiap murid berkeperluan khas tidak semestinya menggunakan ansur maju yang sama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Setiap murid adalah berbeza keupayaan, guru perlu peka terhadap aras keupayaan setiap murid mereka, ansur maju yang dirancang juga haruslah bersesuaian bagi setiap murid.Kesimpulannya, setiap bakal guru haruslah menyiapkan diri dalam segenap bidang. Murid berkeperluan khas juga adalah tanggungjawab kita dalam membantu mereka. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, kita perlu mengetahui setiap keupayaan bagi setiap masalah murid. Setiap masalah yang dihadapi oleh murid adalah berbeza dari segi keupayaan mereka dalam melakukan aktiviti. Kita perlu sentiasa memperbaharui ilmu kita dan mengambil tahu tentang kemudahan baru yang ada bagi membantu murid berkeperluan khas ini.