laporan makmal 4

26
LAPORAN MAKMAL 4 DDC 3332 PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN KOMPUTER Tajuk : Membangunkan Makmal Multimedia PENSYARAH PUAN RAJA AIDA BT RAJA SHAHARUDDIN NAMA AHLI WAN MOHD AFIQ TAQIYUDDIN B. WAN ABDULLAH ( DX100196DCJ04) MOHD ALIAS B. YUSOF ( DX100177DCJ04 ) MOHD RIFAIZ B. MOHD RAZALI (DX100182DCJ04 ) Bil Perkara Muka Surat 1 Penghargaan 02 2 Objektif 03 3 Pelan Lantai dan Reka Bentuk Ruang Dalaman 04 4 Jenis Lantai 04 5 Jenis Pintu, Tingkap dan Langsir 05 6 Meja dan Kerusi Pengguna 07 7 Reka Bentuk Susun Atur 09 8 Perkakasan 12 9 Perisian 18 10 Pertimbangan Penyediaan Kemudahan Makmal 19 11 Kos Pembangunan Makmal 27 12 Kos Pengurusan Makmal 28

Upload: razz-lee

Post on 07-Dec-2014

209 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN MAKMAL 4

LAPORAN MAKMAL 4

DDC 3332

PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN KOMPUTER

Tajuk : Membangunkan Makmal Multimedia

PENSYARAH

PUAN RAJA AIDA BT RAJA SHAHARUDDIN

NAMA AHLI

WAN MOHD AFIQ TAQIYUDDIN B. WAN ABDULLAH

( DX100196DCJ04)

MOHD ALIAS B. YUSOF

( DX100177DCJ04 )

MOHD RIFAIZ B. MOHD RAZALI

(DX100182DCJ04 )

Bil Perkara Muka Surat

1 Penghargaan 02

2 Objektif 03

3 Pelan Lantai dan Reka Bentuk Ruang Dalaman 04

4 Jenis Lantai 04

5 Jenis Pintu, Tingkap dan Langsir 05

6 Meja dan Kerusi Pengguna 07

7 Reka Bentuk Susun Atur 09

8 Perkakasan 12

9 Perisian 18

10 Pertimbangan Penyediaan Kemudahan Makmal 19

11 Kos Pembangunan Makmal 27

12 Kos Pengurusan Makmal 28

13 Isu Keselamatan 29

Page 2: LAPORAN MAKMAL 4

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta para sahabat baginda. Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya kami dapat menyiapkan Laporan Makmal 4 bagi Matapelajaran Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Komputer (DDC 3332) pada waktu yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih kami tujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Penghargaan ini khususnya dirakamkan kepada pensyarah kami iaitu Pn. Raja Aida bt Raja Shaharuddin yang sudi memberi kesempatan kepada kami untuk menghasilkan laporan ini serta sudi membimbing kami. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain kerana tidak lokek untuk memberikan idea serta tunjuk ajar kepada kami. Tidak lupa juga ibu bapa kami yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.

Sesungguhnya, dengan terhasilnya laporan ini, pelbagai pengetahuan dan pengalaman baru dapat ditimba tentang bagaimana pemasangan dan selenggara komputer dijalankan. Akhir kata, semoga puan berpuas hati dengan apa yang telah kami usahakan ini.

Sekian, terima kasih.

OBJEKTIF

- Dapat meningkatkan pengetahuan tentang perancangan untuk membina sebuah makmal multimedia

- Dapat meningkatkan pengetahuan tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelenggarakan makmal komputer dan berkaitan isu-isu keselamatan yang perlu ada di dalam sesuah makmal

- Dapat mengetahui dan menggangar kos pembangunan sesebuah makmal komputer

PELAN LANTAI DAN REKA BENTUK RUANG DALAMAN

Pemilihan tempat untuk mendirikan sebuah makmal multimedia itu bergantung kepada jumlah bakal penggunanya. Oleh itu, untuk memuatkan pengguna atau pelajar seramai antara 40 orang, adalah memadai keluasan lantai yang sederhana besar. Ukuran yang diguna pakai di peringkat antarabangsa ialah 20 kaki persegi keluasan lantai untuk seorang pengguna.

Perkara utama yang perlu diberi perhatian sebelum membawa masuk peralatan ke dalam makmal ialah reka bentuk dalaman makmal tersebut. Sebuah makmal seeloknya mempunyai sebuah bilik juruteknik atau bilik pengawasan, dua buah bilik video, sebuah bilik audio, sebuah bilik stor atau bilik baik pulih dan satu kawasan yang luas untuk penggunaan komputer makmal tersebut. Kedudukan bilik ini mestilah dalam susun atur yang betul. Sebagai contoh, bilik juruteknik lazimnya ditempatkan mengadap ke kawasan penggunaan komputer. Kedudukan ini bertujuan supaya sebarang perlakuan

Page 3: LAPORAN MAKMAL 4

di dalam makmal dapat dipantau terus dari bilik juruteknik. Sementara itu, dinding di antara bilik-bilik di makmal biasanya bertingkap kaca untuk membenarka skop penglihatan yang lebih luas.

Saiz suatu ruang atau bilik untuk menempatkan sebanyak 40 buah komputer mestilah melebihi 1000 kaki persegi dan pintu keselamatan wajar diadakan sebagai langkah keselamatan jika berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran.

JENIS LANTAI

Lantai makmal komputer boleh terdiri daripada lantai bersimen biasa atau lantai yang terdapat laluan kabel di bawahnya. Penggunaan reka bentuk lantai menarik menjadikan keadaan makmal nampak lebih kemas, iaitu kabel elektrik dan kabel komputer tidak berselirat kerana tersorok di bawah lantai, manakala penggunaan lantai bersimen biasa banyak menyebabkan susun atur meja komputer cenderung berdekatan dengan dinding makmal. Oleh itu, pemilihan lantai simen biasa sesuai untuk makmal multimedia berbanding dengan lantai berlapis. Kesesuaian ini adalah kerana lantai berlapis akan mengeluarkan bunyi setelah lama digunakan. Bunyi ini sedikit sebanyak akan menggangu tumpuan pengguna semasa proses pembelajaran dan penganjaran di dalam makmal. Namun begitu, dengan adanya pelbagai pilihan terhadap bahan yang boleh digunakan untuk membuat binaan lantai menaik, misalnya penggunaan bahan komposit dan konkrit yang lebih kukuh dapat menghasilkan mutu lantai menaik yang lebih baik. Penggunaan bahan seumpama ini tentunya menjadikan lantai menaik lebih baik menarik berbanding lantai simen biaas.

Karpet boleh digunakan untuk menutupi lantai makmal. Walau bagaimanapun, kerja membersih karpet mestilah dilakukan secara rutin untuk memastikan karpet makmal tidak menyimpan habuk. Kerja pembersihan ini penting kerana habuk boleh merosakkan komputer dan memberi kesan kepada kesihatan pelajar.

JENIS PINTU, TINGKAP DAN LANGSIR

Pintu dan dinding makmal yang menjadi pilihan utama dalam membentuk sebuah makmal komputer yang digunakan untuk proses pembelajaran adalah berkaca bagi menampakkan lebih ekslusif. Tetapi, kelemahan jika membina sesebuah makmal komputer / multimedia dengan menggunakan pintu dan dinding kaca boleh menyebabkan kes kecurian berlaku kerana keadaan dalaman makmal komputer / multimedia dapat dilihat dari luar serta kos pembinaannya mahal berbanding dengan penggunaan pintu kayu dan dinding batu.

Makmal yang baik adalah makmal yang mempunyai pengaliran udara yang baik dan mempunyai pintu keselamatan yang memenuhi spesifikasi keperluan bomba untuk keselamatan pelajar dan makmal.

Perlu diambil kira juga adalah bilangan penghawa dingin yang bersesuaian dengan keluasan dan bilangan bilik serta penggunaan langsir yang dapat memerap haba dengan lebih lama. Komputer akan lambat rosak dan bertahan lebih lama jika suhu di dalam makmal sentiasa di dalam keadaan sejuk.

Page 4: LAPORAN MAKMAL 4

Pintu kayu yang sesuai digunakan di dalam makmal komputer

Birai yang sesuai digunakan

Bilangan penghawa dingin hendaklah sesuai dengan keluasan makmal komputer

MEJA DAN KERUSI

Pemilihan jenis meja komputer adalah salah satu aspek yang penting yang perlu dipertimbangkan dalam membangunkan makmal komputer kerana pemilihan yang kurang tepat akan menjadikan

Page 5: LAPORAN MAKMAL 4

makmal nampak tidak kemas dan serabut serta boleh mengganggu proses pembelajaran. Pemilihan yang tepat dapat memberikan keselesaan kepada pelajar yang akan menggunakan makmal tersebut. Pemilihan meja bergantung kepada jenis komputer yang digunakan sama ada komputer meja yang menggunakan monitor tiub pancaran katod Cathode Ray Tube (CRT), komputer meja yang menggunakan monitor LCD atau makmal tersebut mempunyai komputer riba sahaja.

Makmal yang dibina untuk proses pembelajaran dan pembelajaran sesuai menggunakan kedudukan monitor separuh atau sepenuhnya di dalam meja adalah lebih baik berbanding kedudukan monitor sepenuhnya di atas meja yang akan menjadi penghalang antara pelajar dan pengajar.

Selain daripada meja, kerusi juga perlu dipilih agar mampu memberikan keselesaan kepada pengguna. Kerusi yang lazim digunakan adalah dari jenis kerusi steno. Kriteria pemilihan kerusi bergantung kepada beberapa keadaan, jika inginkan makmal yang sentiasa di dalam keadaan tersusun, iaitu semua kerusi berada di tempatnya, maka pemilihan yang tepat adalah kerusi tanpa roda. Kerusi yang mempunyai kawalan ketinggian mampu memberikan keselesaan kepada pengguna kerana ketinggian boleh ditentukan oleh pelajar mengikut keselesaan mereka.

Kerusi steno yang lazim digunakan dalam makmal komputer pada masa kini.

Kedudukan monitor separuh di dalam meja yang dapat memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran.

REKA BENTUK SUSUN ATUR

Makmal multimedia adalah sesuai menggunakan reka bentuk susun atur baris. Ini adalah kerana susun atur bentuk baris sesuai digunakan bagi makmal yang melibatkan pembelajaran dan pengajaran kerana fokus pengguna akan tertumpu kepada pengajarnya disebabkan oleh kedudukan mejanya yang menghadap ke hadapan pensyarah dan papan putih. Ini juga memudahkan pelajar untuk melihat ke arah pensyarah ketika pensyarah mengajar terutama ketika pensyarah

Page 6: LAPORAN MAKMAL 4

menggunakan projector LCD atau menulis di papan putih. Rajah 1 di bawah menunjukkan lakaran susun atur baris.

Susunan meja akan disusun lapan buah dalam satu lajur dan 4 buah meja akan diasingkan antara 4 buah yang lain di tengah-tengah untuk dijadikan laluan tengah iaitu dipanggil juga jarak laluan. Untuk memberi keselesaan kepada pengguna makmal, jarak laluan yang digunakan di dalam makmal multimedia ialah di antara 36 hingga 42 inci. Manakala jarak di antara meja hadapan dengan meja belakang ialah 36 inci. Rajah 2 di bawah menunjukkan ukuran antara meja yang sesuai.

PERKAKASAN

Makmal Multimedia perlulah mengandungi perkakasan-perkakasan asas seperti yang berikut:

Bil Perkakasan Kuantiti Penerangan

1. Komputer dan CPU

- HP Pavillion

41 Oleh kerana anggaran bilangan pengguna makmal iaitu pelajar adalah 40 orang termasuk pengajar dan menjadi 41 orang, maka komputer yang perlu disediakan haruslah lebih daripada bilangan pengguna supaya terdapat komputer yang menjadi komputer penyelamat atau back up jika terdapat komputer yang rosak. 40 buah komputer akan disediakan untuk pelajar manakala 1 buah lagi adalah untuk kegunaan pengajar dan juruteknik yang mana komputer juruteknik akan ditempatkan khas di dalam bilik juruteknik

2. Pembesar Suara 50 Pembesar Suara diperlukan oleh pelajar multimedia untuk memperdengarkan hasil kerja mereka kepada sebilangan orang. Bilangannya disediakan lebih banyak dari komputer kerana peralatan ini mudah rosak atau tidak dapat berfungsi dengan efektif jika tidak digunakan dengan cermat.

3. Alat Pendengar Telinga 50 Alat Pendengar Telinga diperlukan oleh pelajar multimedia untuk mendengar hasil kerja mereka secara perseorangan. Bilangannya disediakan lebih banyak dari komputer kerana peralatan ini mudah rosak atau tidak dapat berfungsi dengan efektif jika tidak digunakan dengan cermat.

4. Tetikus 50 Jumlah tetikus yang perlu disediakan adalah melebihi bilangan komputer kerana peralatan ini mudah rosak atau tidak dapat berfungsi dengan

Page 7: LAPORAN MAKMAL 4

efektif jika tidak digunakan dengan cermat.

5. Papan Kekunci 50 Jumlah papan kekunci juga perlu disediakan melebihi bilangan komputer kerana peralatan ini juga mudah rosak atau tidak dapat berfungsi dengan efektif jika tidak digunakan dengan cermat.

Kelajuan CPU yang tinggi dan kemampuan integrasi CPU berperanan penting dalam pengurusan rekaan grafik 2D dan multimedia kerana saiz maklumat yang besar akan menggunakan sumber operasi CPU yang banyak terutama sekali ketika mengendalikan grafik yang bergerak. Berikut adalah jenis-jenis komponen di dalam CPU yang sesuai digunakan untuk tujuan pendidikan dan di dalam konteks ini adalah digunakan di dalam makmal multimedia.

Bil CPU Pakej P4-1.8GHz

1. Papan Induk MSI 845PE MAX Socket 478

2. Kad memori Kingston 256MB DDR 333

3. Kad Paparan MSI MS-8878 64MB DDR

4. Cakera Keras IBM 80G 7200/IDE

5. Kad Bunyi Terbina dalam papan induk

6. Mode 56K (Biasa)

7. Skrin 17 inci ViewSonic E70

8. Pemacu CD-ROM SONY 52

9. Pemacu Cakere Liut TAC 1.44

10. Bekalan Kuasa Seventeen 350W

Antara peralatan sokongan yang diperlukan adalah seperti:

Bil Perkakasan Sokongan Kuantiti Penerangan

1. Meja computer 50 Meja komputer sama banyak dengan komputer yang disediakan agar setiap pengguna makmal dapat menggunakan setiap satu seorang pada sesuatu masa

2. Kerusi 50 Kerusi yang diperlukan adalah lebih banyak daripada meja komputer kerana kerusi juga termasuk dalam peralatan yang mudah rosak jika tidak dijaga dengan baik.

Page 8: LAPORAN MAKMAL 4

3. Meja biasa 4 Meja biasa turut diperlukan untuk kegunaan meletak 2 buah pencetak dan 1 pengimbas yang disediakan di dalam makmal serta 1 buah meja untuk pengajar selain pengajar turut menggunakan meja komputer. Ini adalah persediaan jika pengajar membawa komputer riba sendiri.

4. Toolkit juruteknik 2 Toolkit juruteknik juga amat diperlukan kerana juruteknik memerlukannya untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaik pulih (pembetulan). Dua buah toolkit juruteknik diperlukan kerana sebagai langkah keselamatan atau back up jika salah satu peralatan dalam toolkit atau toolkit itu sendiri hilang atau rosak maka masih ada sebuah lagi yang boleh digunakan.

5. Kabinet dan rak penyimpanan barang

1 Kabinet dan rak penyimpanan barang di sediakan untuk memudahkan pengguna makmal meletakl barang-barang mereka atau untuk kegunaan menyimpan barang-barang makmal sendiri. Malah, salah satu peraturan di makmal multimedia sendiri ialah pengguna di larang membawa barang-barang mereka ke meja komputer. Oleh itu mereka dikehendaki menyimpannya di rak penyimpanan barang yang disediakan.

6. Pencetak

-HP LaserJet 1320

2 Pencetak diperlukan supaya memudahkan pengguna dapat menggunakan perkhidmatan ini sekiranya terdapat bahan-bahan kuliah ketika sesi pembelajaran di makmal multimedia perlu dicetak. Ia harus diletakkan di kawasa hadapan berhampiran dengan papan putih dan tidak terlalu dekat dengan pelajar. Sebuah lagi pencetak akan diletakkan di dalam bilik juruteknik untuk memudahkan kerja-kerja beliau.

7. Pengimbas 1 Pengimbas diperlukan supaya memudahkan pengguna dapat menggunakan perkhidmatan ini sekiranya terdapat bahan-bahan kuliah ketika sesi pembelajaran di makmal multimedia perlu diimbas atau di scan. Ia harus diletakkan di kawasa hadapan berhampiran dengan papan putih dan tidak terlalu dekat dengan pelajar iaitu bersebelahan dengan pencetak.

8. Projektor LCD 1 Projektor LCD amat diperlukan untuk tujuan

Page 9: LAPORAN MAKMAL 4

pembelajaran kerana pengajar mungkin akan menggunakan ia untuk mempamerkan slide-slide atau nota semasa mengajar.

9. Papan Putih 1 Papan Putih juga amat diperlukan untuk tujuan pembelajaran kerana pengajar mungkin akan menggunakan ia untuk menulis nota semasa mengajar.

10. Pelayan atau Server 1 Pelayan atau Server di perlukan untuk mengawal kesemua operasi komputer di dalam makmal multimedia.

11. Penyaman Udara atau Air Cond

7 Penyaman Udara atau Air Cond digunakan supaya keadaan makmal sentiasa berkeadaan sejuk iaitu di mana sesuai untuk persekitaran yang baik untuk sesebuah PC agar sentiasa dalam suhu yang sesuai supaya ia bertahan lebih lama dengan membantu menyejukkannya selain bantuan kipas dalam komputer itu sendiri. Persekitaran yang berair cond juga dapat membantu memberi keselesaan kepada pengguna makmal.

12. Kamera Video Digital

-SONY HVR PAL HDV/DVCAM/DV Pro Compact Digital Camera Video

1 Untuk kegunaan pembelajaran oleh pelajar jurusan multimedia.

13. Kamera Digital

-Sony Cybershot DSC-S60 Digital Camera

2 Untuk kegunaan pembelajaran oleh pelajar jurusan multimedia.

14. Sony miniDV DCR-HC26E Camcoder

2 Untuk kegunaan pembelajaran oleh pelajar jurusan multimedia.

15. Sony DSC-DVD602E Digital Camcoder

1 Untuk kegunaan pembelajaran oleh pelajar jurusan multimedia.

16. Set Home Theater 1 Untuk kegunaan pembelajaran oleh pelajar jurusan multimedia.

17. Mixer : Tascam FW-1884 FireWire Audio/MIDI Interface & Control Surface

1 Untuk kegunaan pembelajaran oleh pelajar jurusan multimedia.

Page 10: LAPORAN MAKMAL 4

18. M-Audio Axiom 25 MIDI Controller

1 Untuk kegunaan pembelajaran oleh pelajar jurusan multimedia.

19. TV 21” Sony WEGA Flat TV 2 Untuk kegunaan pembelajaran oleh pelajar jurusan multimedia.

20. Sony RDR-HX720 DVD Recoder

1 Untuk kegunaan pembelajaran oleh pelajar jurusan multimedia.

21. WPs 820 2 Untuk kegunaan pembelajaran oleh pelajar jurusan multimedia.

22. DoCam 1 Untuk kegunaan pembelajaran oleh pelajar jurusan multimedia.

PERISIAN DALAM MAKMAL KOMPUTER (MULTIMEDIA)

Makmal komputer perlu dimuat turun dengan perisian yang hanya digunakan oleh pengguna makmal. Sekiranya terlalu banyak perisian dimuat turun termasuk yang tidak digunakan, perisian tersebut mengambil ruang ingatan komputer dan menyebabkan daya pemprosesan komputer menjadi lambat. Komputer perlu mempunyai perisian antivirus bagi melindungi komputer tersebut daripada serangan virus. Malah, setiap komputer di dalam makmal mesti dilengkapi dengan kad pemulihan data misalnya juzt-reboot card bagi mengelakkan pengguna daripada memuat turun perisian lain dengan mudah. Dengan adanya kad pemulihan data ini, perisian yang dimuat turun tanpa kebenaran dapat dihapuskan dalam jangka masa tertentu. Selain itu, setiap komputer juga mestilah mempunyai perisian-perisian yang perlu digunakan oleh pelajar multimedia. Antara perisian asas yang penting bagi kegunaan pelajar multimedia adalah:

i. Adobe Photoshop

untuk tujuan mengedit gambar

ii. Adobe Premier

Untuk proses mengedit video

iii. Sound Forge

Untuk proses mengedit bunyi

iv. Macromedia Flash

Proses penghasilan animasi

v. Macromedia Authorware

Untuk tujuan pembentangan

vi. Adobe Dreamweaver

Untuk proses penghasilan laman web

Page 11: LAPORAN MAKMAL 4

PERTIMBANGAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN MAKMAL KOMPUTER (MULTIMEDIA)

Perkara yang perlu dipertimbangkan apabila kita merancang untuk menyediakan kemudahan computer adalah tujuan kemudahan komputer itu disediakan, aplikasi yang digunakan, belanjawan perkakasan dan perisian komputer, dan staff dan senggaraan.

Tujuan

Tujuan mengadakan kemudahan komputer akan memberi kesan besar kepada aspek rekabentuk termasuk susun atur makmal, perkakasan komputer, sistem cetakan dan sistem unjuran atau paparan. Kita perlu mengambil kira kegunaan utama kemudahan tersebut.

Tujuan utama makmal komputer(multimedia) ini dibangunkan adalah untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran dalam penggunaan aplikasi Multimedia khusus untuk pelajar multimedia.

Staf dan Senggaraan

Staf untuk mentadbir kemudahan computer termasuk memasang, menyenggara dan membaik pulih perkakasan dan perisian perlu difikirkan dalam membangun makmal komputer. Contoh staf adalah pembantu makmal computer dan juruteknik yang mesti disediakan untuk membantu pengguna sama ada pelajar ataupun tenaga pengajar mengendali makmal komputer agar penggunaannya berkesan. Dalam hal ini, saiz, kekompleksan dan tujuan kemudahan computer dapat menentukan keperluan staf. Kekuranagn staf dan senggaraan yang cekap dan baik boleh mengakibatkan kebolehsediaan atau penggunaan kemudahan komputer tersebut bermasalah.

Aspek untuk Pertimbangan

Bagi kesemua item perkakasan yang dibincangkan di bawah, aspek yang mesti dipertimbangkan terdiri daripada keboleharapan, kebolehperkhidmatan dan jaminan. Pertimbangan ini boleh memberikan impak yang besar terhadap kos senggaraan. Dalam hal ini, sekurang-kurangnya tiga tahun jaminan untuk semua perkakasan computer dipilih sekiranya diberi pilihan untuk berbuat demikian.

Perkakasan Stesen Kerja

Komputer multimedia pada dasarnya adalah sama seperti komputer asas cuma bezanya ialah ia telah dilengkapi dengan beberapa perkakasan dan perisian multimedia. Dalam erti kata lain, keupayaannya telah dipertingkatkan (upgraded). Komputer jenis ini adalah yang paling popular pada masa kini. Selain perkakasan asas, ia juga dilengkapi dengan perkakasan tambahan seperti pemacu CD ROM, kad bunyi, modem, mikrofon, pemain VCD, pemain CD, pelayar internet, permainan 3D, perisian-perisian tambahan dan sebagainya. Komputer multimedia biasanya mempunyai kadar spesifikasi dan kelajuan yang tinggi kerana selain dari melakukan tugas-tugas yang biasa, ia juga digunakan untuk menjalankan tugas-tugas yang berat dan memerlukan kelajuan yang tinggi serta ruang memori yang luas.

Mikropemproses yang digunakan sekurang-kurangnya perlulah berkelajuan antara 200MHz sehingga 400MHz dengan teknologi terkini seperti teknologi MMX (intel) dan juga 3D Now (AMD). Lebih tinggi mikropemproses yang digunakan, lebih berkesanlah komputer itu berfungsi. Memori fizikal juga

Page 12: LAPORAN MAKMAL 4

perlu diambil kira kadar keluasannya kerana ia penting dalam melancarkan sesuatu proses yang melibatkan kesan grafik dan 3D. Dengan jumlah memori antara 32MB sehingga 48MB, persembahan

komputer multimedia kita akan bertambah lancar dan lebih baik. Tetapi kebanyakkan komputer multimedia hanya dilengkapi dengan memori sebanyak 32MB dan ini sudah memadai dan mampu memberikan persembahan yang baik. Bagaimanapun, tidak ramai yang mampu memiliki komputer multimedia ini kerana kos pemilikannya yang tinggi serta memerlukan penyelenggaraan serta penjagaan yang lebih rapi.

Sub-sistem

Nilai keperluan untuk:

i. Rangkaian: secara umumnya hanya 10% kad Ethernet diperlukan

ii. Audio: kad bunyi, pembesar suara (speaker), headfon dan mikrofon.

iii. Video: kelajuan kad video dan ingatan.

iv. Storan Sekunder: CD, CD-R, DVD dan Zip.

v. Input: variasi papan kekunci dan tetikus.

Perkakasan Pelayan

Kebanyakan kemudahan komputer bergantung kepada pelayan untuk servis aplikasi dan cetakan. Perkakasan pelayan ini berubah-ubah bergantung kepada penggunaan pelayan tersebut.

Rangkaian

Rangkaian ialah komponen teras kemudahan yang membenarkan capaian kepada sumber Internet dan e-mel, dan membolehkan pengguna bekerjasama secara jarak jauh. Kos rangkaian termasuklah pemasangan atau pengaktifan jek Ethernet (Ethernet jack) jek-B, yuran bulanan jek-B, hub atau suis untuk rangkaian dalam bilik( tidak diperlukan sekiranya computer mempunyai jek-B ) dan kabel. Rangkaian boleh dijadikan sebagai salah satu daripada item kos kemudahan computer.

Berikut adalah senarai perkakasan yang terlibat yang digunakan dalam proses mewujudkan persekitaran yang dilengkapi dengan rangkaian komputer atau internet. .

1. Komputer Pelanggan

2. Repeater Hub

3. Kabel

4. APC

5. Printer

6. Network Interface Card

Page 13: LAPORAN MAKMAL 4

Gambarajah di bawah menunjukkan konfigurasi perhubungan antara komponen-komponen di dalam persekitaran Internet di makmal multimedia.

Topologi yang digunakan untuk makmal tersebut ialah topologi bintang.

Berdasarkan senarai kelengkapan yang dinyatakan di atas, berikut merupakan kegunaan, versi dan spesifikasi dan pegeluar perkakasan berkenaan .

Perkakasan Pengeluar Spesifikasi / Versi Kegunaan

a) Komputer Pelanggan

b) Repeater Hub

c) Kabel

d) APC

e) Network

f) Interface Card

g) Printer

Digital Corporation

3 ComÒ

Cat Company

APC ProtectNet

3 ComÒ

Epson

Venturis FX

166 MMX

16 RAM

2.5 Gigabyte Hard disk

CD-ROM speed 10X

Super Stack II

UT CAT 5

Coaxial cabel

100Mbps

Ethernet Port Protecter

Ethernet Link III

Epson LQ 1170

Menjadi antaramuka untuk pengguna berhubung melalui internet.

Menyokong sambungan titik ke titik untuk sambungan komputer pelanggan.

Berfungsi sebagai ‘switch’ untuk mengawal kadar capaian yang adil bagi setiap komputer palanggan.

Sebagai bus fizikal yang menghubungkan perkakasan seperti komputer dengan Hub.

Melindungi hub dari pancaran kilat atau petir.

Menjadi antara muka bagi komputer pelanggan untuk berhubung dengan rangkaian.

Mencetak maklumat yang diperolehi. Membuat salinan hard

Page 14: LAPORAN MAKMAL 4

copy.

Antara jenis perisian yang boleh digunakan untuk membolehkan internet dapat beroperasi adalah:.

a) Jenama Perisian : Microsoft Internet Explorer Version 4.00

Pegeluar : Microsoft Corporation

Internet Explorer 4.00 adalah browser dari Microsoft Windows 95. Ia adalah satu browser yang konfrehensif. Microsoft Internet Explorer 4.0 juga terdapat dalam destop Windows 98 secara standard dan meningkatkan kemampuannya seperti “active destop” yang bersepadu dengan internet yang terdapat pada shell Windows anda. Ia bukan setakat browser malah ia dapat meningkatkan seluruh operating system.

b) Jenama Perisian : Netscape Communicator Version 4.03

Pengeluar : Netscape Corporation

Netscape Navigator adalah satu perisian untuk melayari internet.Ia amat popular pada kebanyakan pengguna di seluruh dunia.Merupakan salah satu browser yang terbaik terdapat dalam internet. Versi baru ini telah menambahkan ciri-ciri yang baru. Ini adalah termasuk E-mail client, News Reader membenarkan anda membuka fail berformat MPEGS, dan HTML editor. Mengandungi ciri baru dan meningkatkan pilihan dan menggunakan antaramuka yang lebih baik.Cetakan

Kebanyakan kemudahan komputer memerlukan beberapa jenis cetakan. Untuk kebanyakan aplikasi, cetakan dokumen teks hitam dan putih merupakan cetakan yang biasa dilakukan tetapi hakikatnya terdapat pelbagai keperluan cetakan yang lain. Pertimbangan lain adalah kuantiti cetakan yang dipengaruhi model pencetak. Antara jenis cetakan yang terkenal dalam kemudahan computer di institusi pengajian tinggi adalah cetakan laser hitam dan putih, cetakan berwarna dan pemplot.

Perisian lain

Tujuan dan aplikasi bagi sesuatu kemudahan computer memerlukan perkakasan tambahan, misalnya perkakasan perisian seperti pengimbas, storan khas (CD-R, Jaz dan DVD-R) dan input khas seperti tablet untuk pemetaan dan perolehan data.

Sistem Audio dan Video (Projektor, Bunyi dan Perakam Kaset Video)

Kebanyakan kemudahan computer masa kini terutamanya yang berarahan boleh memapar maklumat di dalam makmal computer. Ini termasuklah kebolehan untuk memapar skrin computer, skrin televisyen, pita video atau cakera video berdigit (DVD), memainkan pita audio atau cakera padat (CD) dan menguatkan input audio daripada mikrofon. System terkini membolehkan tenaga pengajar memapar sebarang skrin stesen kerja sebuah projector atau skrin computer lain dengan mudah.

Meningkat keupayaan perkakasan dan perisian

Perkakasan dan perisian computer lambat laun akan digantikan apabila ia telah using atau mengalami kerosakan yang tidak boleh disenggara. Perancangan kemas kini dan belanjawan untuk

Page 15: LAPORAN MAKMAL 4

perkakasan dan perisian mesti dipertimbangkan pada wal pembangunan makmal computer. Secara umumnya kaedah kitar penukargantian tiga-tahun digunakan untuk meningkatkan keupayaan perkakasan. Perisian pula perlu dikemaskini lebih kerap berbanding dengan perkakasan computer memandangkan versi perisian baru sentiasa dikeluarkan dari semasa ke semasa dalam satu tempoh yang singkat. Ekoran daripada itu, belanjawan perisian baru sukar dirancang. Walau bagaimanapun, perancangan berkaitan dengan belanjawan perisian lazimnya lebih kurang 1/3 daripada kos perisian tulen setiap tahun mesti dikemaskini atau ditingkatkan.

Perabot

Tujuan makmal komputer dibangun mempengaruhi criteria perabot dan susun aturnya. Makmal computer terbuka biasanya disusun secara susun atur baris computer di atas meja biasa. Susun atur makmal komputer berarahan pula terdiri daripada barisan computer yang mengarah ke depan menghala kepada pensyarah. Makmal komputer yang digunakan secara berkumpulan atau kolaboratif pula terdiri daripada sebuah komputer tunggal atau sekumpulan computer disusun di atas sebuah meja besar yang direka bentuk khas untuk diguna oleh ramai pelajar.

KOS PEMBANGUNAN MAKMAL

Terdapat dua kategori kos yang terlibat dalam membangunkan sesebuah makmal komputer iaitu kos tetap dan kos berubah. Kos tetap adalah seperti kos komputer iaitu sama ada komputer desktop ataupun riba, dan kos pemasangan. Manakala kos berubah pula termasuklah kos pemindahan keluar peralatan makmal dan perabot dari makmal, kos rangkaian, kos peralatan lain seperti pengimbas,server, telefon, papan putih, projektor, perisian, mesin faksmili, kerusi, meja, kos elektrik, kos penghawa dingin, kos lantai, kos dinding, kos binaan dan keselamatan. Selain itu, kos yang diperlukan dalam pembangunan sesebuah makmal juga bergantung kepada saiz, jenis dan penggunaanya serta kehendak sesebuah organisasi terhadap kecanggihan makmal tersebut.

Kos Perancangan:

Item Per unit (RM) Total (RM)

(1) Perkakasan komputer termasuk perisian

1. Komputer desktop

– jenis HP Pavillion x 74

1. Sound studio equipment set

2. Mixer

3. Video Editing workstation

4. perisian

5. projekter

6. skrin

5000

500

50

1000

205000.00

16450.00

6980.00

15950.00

15000.00

5000.00

1000.00

25000.00

2500.00

Page 16: LAPORAN MAKMAL 4

(2) Perabot

1. Meja x 50

2. Kerusi x 50

3. Penghawa dingin x 6

4. Rak

6000.00

100.00

KOS PENGURUSAN MAKMAL

Kos pengurusan makmal adalah melibatkan gaji staf makmal dan kos penyenggaraan. Kos penyenggaraan terbahagi kepada dua, iaitu kos penyenggaraan pencegahan dan kos penyenggaraan pembetulan. Selalunya, kos penyenggaraan komputer lebih menjurus kepada kos untuk menggantikan peralatan yang rosak dan membersihkan computer. Selain itu, kos penggunaan internet juga termasuk dalam kos pengurusan sesebuah makmal.

ISU KESELAMATAN

Kemalangan adalah suatu keadaan yang tidak boleh dijangka kejadiannya. Kemalangan boleh menyebabkan kecederaan kepada individu, kerosakan pada harta benda atau peralatan. Keselamatan bukan sahaja penting kepada seseorang individu, malah melibatkan keselamatan peralatan yang terdapat di dalam makmal komputer. Keselamatan dalam sesebuah makmal perlu dilihat dari dari semasa ke semasa.

Keselamatan dalam makmal boleh dibahagi kepada lima isu utama, iaitu :

1. Keselamatan staf dan pengguna makmal.

2. Keselamatan kawasan persekitaran makmal.

3. Keselamatan peralatan makmal yang digunakan.

4. Alat keselamatan.

5. Prosedur kecemasan.

Keselamatan Staf dan pengguna

Papan tanda dan arahan amat penting bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kesedaran yang perlu diikuti semasa berada di dalam makmal. Berikut adalah contoh symbol arahan yang boleh diletakkan :

- Di larang merokok

- Dilarang makan dan minum

- Di larang masuk

- Keluar/exit

Page 17: LAPORAN MAKMAL 4

- Simbol BAHAYA

Untuk menjaga keselamatan diri, seseorang itu perlulah mematuhi peraturan yang yang disediakan di dalam makmal. Antara peraturan yang wajar dipatuhi adalah :

1. Peraturan ketika memasuki makmal

- Sentiasa memakai kad pelajar.

- Berpakaian kemas dan bersih.

1. Peraturan ketika di dalam makmal

- Perkara yang dilarang :

1. Merokok, minum dan makan.

2. Membuat bising.

3. Menukar konfigurasi sistem.

4. Mengalih kedudukan peralatan di dalam makmal tanpa kebenaran.

- Perkara yang perlu dilakukan :

1. Menjaga kebersihan makmal.

2. Menjaga peralatan komputer yang digunakan.

3. Melaporkan sebarang kerosakan kepada juruteknik.

4. Mendapatkan kebenaran juruteknik terhadap sebarang peralatan atau barang yang di bawa masuk ke makmal.

5. Peraturan sebelum meninggalkan makmal

- Pastikan tiada barang persendirian tertinggal di dalam makmal.

- Pastikan semua suiz dimatikan.

- Pastikan pintu dikunci.

KESELAMATAN KAWASAN PERSEKITARAN MAKMAL

Kawasan persekitaran adalah antara ciri-ciri utama yang perlu diberi perhatian semasa membangunkan makmal komputer yang merangkumi aspek-aspek keselamatannya. Semua peralatan makmal perlu disimpan ditempat yang sesuai. Selain itu, pintu kecemasan harus sentiasa diperiksa dan dipastikan tidak dihalang oleh sebarang peralatan makmal.

KESELAMATAN PERALATAN MAKMAL

Peralatan di dalam makmal perlu dijaga supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan. Antara peralatan yang penting dari segi keselamatan adalah peralatan elektrik. Semua

Page 18: LAPORAN MAKMAL 4

peralatan elektrik mestilah disambungkan ke bumi dengan sebaik mungkin. Suiz kawalan mestilah diletakkan di tempat yang sesuai untuk mengawal peralatan yang terdapat di dalam makmal seperti suiz kawalan penghawa dingin dan suiz penjanaan elektrik utama.

Pendawaian juga amat penting bagi memastikan makmal komputer selamat untuk diduduki kerana pendawaian yang tidak sempurna boleh mengakibatkan berlakunya lintas pintas. Ketua makmal dan juruteknik perlu membuat pemeriksaan terhadap semua peralatan di dalam makmal seperti pemeriksaan terhadap kabel yang digunakan, suiz utama, suiz sambungan ke komputer, suiz penghawa dingin dan mesin pencetak untuk mengelakkan kegagalan peralatan berfungsi.

Semasa membuat pemeriksaan terhadap peralatan makmal, keselamatan perlu diutamakan terutamanya terhadap peralatan baru. Jika terdapat sebarang kerosakan atau masalah pada peralatan, hendaklah dilaporkan segera kepada juruteknik yang bertugas.

ALAT KESELAMATAN

Dalam sesebuah makmal, alatan keselamatan amat penting untuk disediakan. Antara alat keselamatan yang perlu ada di dalam sesebuah makmal komputer adalah seperti peti ubat kecemasan, pemadam kebakaran, topi keselamatan, sarung tangan dan sebagainya. Apabila sebarang kemalangan berlaku di dalam makmal, juruteknik makmal perlulah tahu menggunakan alat keselamatan yang terdapat di dalam makmal dan sentiasa bersedia. Antara alat keselamatan yang harus diberi perhatian adalah alat pemadam api, peti ubat, pengesan asap dan pelan keselamatan makmal (pintu kecemasan).

Alat Pemadam Api

Alat keselamatan ini hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai. Bagi makmal yang boleh menampung 60 orang pelajar dalam satu-satu masa biasanya memadai dengan hanya 2 buah alat pemadam api ini.

Antara jenis-jenis pemadam api yang sesuai digunakan di dalam makmal komputer adalah dari jenis serbuk kering dan karbon dioksida. Sesebuah alat pemadam api terdiri daripada tangki, hos, pin keselamatan, gagang, penunjuk, tanda pemeriksaan dan label seperti di bawah

Alat pemadam api jenis C adalah sesuai memandangkan alat jenis ini adalah daripada jenis serbuk kering dan amat sesuai untuk kebakaran yang disebabkan oleh eletrik. Pemeriksaan terhadap alat pemadam api perlu dilakukan setiap enam bulan dan wajar ditukar jika tarikhnya telah lupus.

Page 19: LAPORAN MAKMAL 4

Peti Ubat-Ubatan

Peti ubat-ubatan perlu disediakan di makmal dan diletakkan di tempat yang sesuai dan senang dicapai. Ubat-ubatan di dalam peti pertolongan cemas perlulah disenaraikan serta disemak tarikh lupus dan kuantiti agar memudahkan pengguna.

Kebiasaannya ubat-ubatan yang terkandung di dalam peti ubat pertolongan cemas adalah :

a) Panadol

b) Krim Neomycin

c) Normal saline (ubat mata)

d) Povidine

e) Losyen Calamine

f) LMS (minyak urut)

g) Kapas, plaster atau kain kasar

Peti ubat atau peti pertolongan cemas

Pengesan Asap

Pengesan asap amat diperlukan di dalam makmal terutamanya untuk mengesan kehadiran asap akibat daripada litar pintas atau wayar pintas. Siren makmal akan berbunyi jika kehadiran asap dapat dikesan dan ini dapat mengurangkan risiko kemusnahan makmal dan kecederaan akibat daripada kebakaran.

Page 20: LAPORAN MAKMAL 4

Pelan Kebakaran di Makmal

Pelan kebakaran makmal perlu ditampal di tempat yang mudah dilihat oleh pengguna makmal dan tandakan tunjuk jalan kecemasan keluar dari makmal ke tempat yang selamat untuk pengguna makmal berkumpul jika berlaku kebakaran. Pintu keluar makmal harus ditanda “KELUAR” atau “NEXT” dan setiap makmal yang harus mempunyai sekurang-kurangnya 2 buah pintu keluar atau pintu kecemasan.

Prosedur kemalangan

Berikut disenaraikan prosedur yang boleh digunakan apabila kemalangan berlaku :

1. Jika memerlukan bantuan ambulan atau pertolongan cemas atau polis :

a) Hubungi talian kecemasan : 999

b) Bertenang

c) Beritahu nama pemanggil, lokasi dan situasi kejadian

1. Jika berlaku kebakaran :

a) Hubungi talian kecemasan

b) Sebelum mencuba untuk memadamkan kebakaran:

Pastikan jabatan keselamatan tahu dimana berlakunya kebakaran

Pastikan api pada had yang kecil dan tidak merebak

Pastikan anda tahu dimana jalan keluar yang selamat daripada api yang merebak

PLAN YANG INGIN DIBANGUNKAN