laporan tuntung 4

5
Beliau berkata, bagi tuntung betina pula matanya tidak mempunyai garisan hitam seakan celak tetapi mempunyai retina yang lebih cerah, bermuncung lonjong atau dumpuk (tumpul), berekor lebih besar dan padat sementara bercengkerang kelabu kehijauan. Selain itu, tuntung betina bersaiz lebih besar berbanding tuntung jantan dengan panjang mencapai 55 hingga 60 sentimeter dan mempunyai lebar antara 51 hingga 54 sentimeter serta berat antara 22 hingga 30 kilogram. Telur tuntung yang dikesan akan dipindahkan ke tapak penetasan dengan kadar segera bagi memastikan selaput lendir yang menyelaputi telur tuntung tidak hilang. " Lendir yang melekat pada telur tuntung berperanan melindungi telur daripada serangan penyakit," katanya.

Upload: hayatt74

Post on 19-Nov-2015

100 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

LAPORAN PEMULIHARAAN TUNTUNG

TRANSCRIPT

Beliau berkata, bagi tuntung betina pula matanya tidak mempunyai garisan hitam seakan celak tetapi mempunyai retina yang lebih cerah, bermuncung lonjong atau dumpuk (tumpul), berekor lebih besar dan padat sementara bercengkerang kelabu kehijauan. Selain itu, tuntung betina bersaiz lebih besar berbanding tuntung jantan dengan panjang mencapai 55 hingga 60 sentimeter dan mempunyai lebar antara 51 hingga 54 sentimeter serta berat antara 22 hingga 30 kilogram. Telur tuntung yang dikesan akan dipindahkan ke tapak penetasan dengan kadar segera bagi memastikan selaput lendir yang menyelaputi telur tuntung tidak hilang. " Lendir yang melekat pada telur tuntung berperanan melindungi telur daripada serangan penyakit," katanya.

Beliau berkata, pembiakan tuntung di Perak tertumpu sekitar Sungai Perak kerana kawasan terbabit adalah pertemuan air tawar dari Sungai Perak dan air masin dari Teluk Intan terutama di kawasan Kampung Air mati dan Teluk Bakong berhampiran Bota Kanan. Tuntung dewasa matang ketika berusia 10 hingga 12 tahun dan jangka hayatnya boleh mencecah sehingga 100 tahun. "Pada awal musim pembiakan, kebanyakan tuntung mengawan di kawasan berhampiran pantai tempat bertelur. Seekor tuntung betina boleh bertelur antara satu hingga dua kali sepanjang musim. "Bilangan telur dalam satu sarang pula antara 30 hingga 37 biji, jumlah itu akan berkurangan pada kali kedua iaitu antara 15 hingga 20 biji dan kebiasaannya melebihi sebiji," katanya.Musim bertelur adalah dari bulan Oktober hingga Januari. Tuntung betina biasanya akan bertelur 2 kali setahun bergantung kepada kekerapan pengawanan bersama tuntung jantan. Tuntung betina akan mendarat untuk bertelur di pantai-pantai atau muara sungai pada masa air surut di waktu malam. Tuntung betina biasanya akan mengorek lubang penetasan kira-kira pada kedalaman 50-70 cm. Tuntung betina akan mengorek lubang penetasan dengan menggunakan kedua-dua tangan depannya dan mengambuskan kembali lubang dengan ekor dan kedua-dua kaki belakangnya. Proses penetasan berlaku dengan suhu pasir dan kepanasan matahari.

Jasmi berkata, melalui kaedah semula jadi telur yang dikutip akan dimasukkan ke tempat penetasan dan dibiarkan terdedah kepada panas dan hujan. Sebaik saja menetas anak tuntung di pusat itu ia akan dimasukkan ke dalam bekas takungan kerana anak tuntung memerlukan pemerhatian lebih teliti. Anak tuntung yang baru menetas mengalami pelbagai cabaran sebelum dewasa antaranya serangan penyakit yang disebabkan fungus yang sering menyerang mata, mulut dan bahagian belakang hingga boleh menyebabkan kecacatan tuntung. Selain itu, katanya, pencemaran sungai juga menyebabkan habitat haiwan itu kini semakin terancam berikutan pembuangan sisa toksik dari kilang.

Langkah konservasi tuntung yang diamalkan oleh Perhilitan negeri Perak biasanya bermula dari aspek pengutipan telur tuntung, pengeraman, penjagaan lepas menetas, pelepasan, penguatkuasaan dan pengawalan. Tuntung betina yang telah mendarat ditepi muara dan bertelur akan meninggalkan telurnya begitu sahaja sebaik sahaja dikambus dengan pasir. Pekerja Perhilitan akan bertanggungjawab untuk melihat dan mengawal kawasan pendaratan tuntung dengan lebih kerap bagi mengelakkan telur tuntung daripada dicuri. Seawal pukul 7.20 pagi, pekerja Perhilitan akan pergi ke kawasan pendaratan tuntung untuk melihat dan memeriksa samaada terdapatnya biji telur tuntung yang tertanam. Tapak peneluran yang mengandungi telur akan dikorek dan dikeluarkan telurnya dengan berhati-hati. Semua telur dipindahkan ke pusat rehabilitasi tuntung di tepi Sungai Perak, Bota Kanan, Perak.

Telur tuntung yang telah di kutip akan dieram dam tapak eraman khas yang berpasir dan bersangkar. Telur-telur Tuntung yang diperolehi pada setiap musim bertelur akan dieramkan secara semula jadi di dalam kawasan berpasir yang terdapat di sekitar kawasan pusat. Tempoh masa pengeraman telur-telur Tuntung ini adalah di antara 75 hingga 100 hari.

Tuntung yang berjaya ditetas akan dijaga rapi dan diletakkan dalam besin untuk dibiarkan berenang dengan bebas. Setiap anak tuntung pada mulanya akan diberikan makanan palet yang berzat penuh dengan mineral dan multivitamin bagi membolehkan ia membesar denga cepat dan sihat. Tuntung yang telah berumur 1-2 tahun akan diberikan makanan mengikut diet semulajadinya seperti ikan kecil dan sayur bayam segar. Pemberian sayur akan dinyah racun bagi mengelakkan tuntung dari cepat sakit dan mati. Pemberian makanan biasanya dilakukan pada pukul 10.00 pagi. Kolam tuntung akan sentiasa dibersihkan sekerap mungkin iaitu seminggusekali bagi mengelakkan jangkitan penyakit. Terdapat sepuluh buah kolam pembiakan Tuntung, di mana setiap kolam pembiakan ini memelihara Tuntung mengikut peringkat umur masing-masing bermula daripada umur sehari penetasan sehingga umur dewasa. Tuntung tertua yang terdapat di sini berusia 37 tahun.