3991098-pengertian-psikologi-pendidikan

Upload: saidah-bahrin

Post on 05-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 3991098-PENGERTIAN-PSIKOLOGI-PENDIDIKAN

    1/3

    Topik 1

    Latihan 1

    Pengertian Psikologi Pendidikan

    Psikologi Pendidikan ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan, iaitu kajian

    saintifik terhadap tingkah laku murid dalam situasi pendidikan .aspek aspek psikologi

    dalam kajian meliputi tingkahlaku murid terhadap segala aktiviti pengajaran pembelajaran dalam situasi bilik darjah.

    Atan Long (1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji

    tingkahlaku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah .Smith ( 1978)menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkahlaku dalam

    pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

    digunakan untuk mrnyelesaikan masalah pendidikan.

    Slavin (1991) menyatakan psikologi pendidikan ialah kajian tentang murid ,pengajaran

    dan pembelajaran yang mengfokus proses proses pengetahuan kemahiran nilai dan sikapdialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik darjah termasuk aplikasi prinsip-

    prinsip psikologi dalam pengajaran .

    Ilmu psikologi merangkumi pelbagai topic yang boleh diaplikasikan didalam berbagai-

    bagai bidang khasnya bidang pendidikan seperti pemikiran dan tingkahlaku manusia

    terhadap pembelajaran.

    Kebanyakan teori berladaskan hipotesis yang mengandungi andaian-andaian berdasarkan

    daripada perhatian atau pengalaman yang serupa.Hipotesis merupakan andaian-andaianyang belum dapat dibuktikan, manakala teori merupakan definisi yang dibentuk daripadakajian saintifik.

    Untuk membentuk teori pembelajaran pelbagai jenis penyelidikan telah dikaji dandigunakan .Secara keseluruhannya jenis-jenis penyelidikan boleh digolongkan dalam dua

    kategori yang utama

    a)Penyelidikan KuantitatifPenggunaan data untuk menjelaskan fenomena pembelajaran.Ia merangkumi kajian

    pembolehubah pembolehubah yang dikawal atau tidak dikawal

    b)Penyelidikan Kualitatif

    Penggunaan bahasa untuk menjerlaskan fenomena pembelajaran yang mempunyai cirri

    khusus yang kompleks.Ia merangkumi teknik mpemerhatian kajian kes dan interview.

  • 7/31/2019 3991098-PENGERTIAN-PSIKOLOGI-PENDIDIKAN

    2/3

    Konsep Psikologi Pendidikan

    Psikologi pendidikan ialah satu displin ilmu yang mengkaji tingkahlaku murid dnganaplikasi prinsip-prinsip psikologi ke atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    dalam situasi bilik darjah .

    Menurut Banks dan Thompson (1995) psikologi adalah pengetahuan mengenai kajian

    tingkahlaku manusia dan pendidikan adalah profesion yang mengkaji dan membina

    metodologi dalam pengajaran dan pembelajaran dibilik

    Kepentingan Pendidikan Psikologi

    Matlamat pendidikan psikologi ialah untuk memahami tingkahlaku murid dalam prosespengajaran dan pembelajaran melalui pemerhatian oleh guru.Dengan cara ini ,guru dapat

    membina kebolehan membuat jangkaan tingkahlaku alternative yang diperlukan untuk

    menggantikan tingkahlaku yang tidak dikehendaki.

    Kepentingan psikologi pendidikan kepada guru ialah:-

    a)memberikan ilmu pengetahuan tentang teori dan prinsip psikologi kepada guru supaya

    mengamalkannya dalam bilik darjah

    b)Menyedarkan guru terhadap perbezaan individu dari segi mental, fizikal, minat demi

    membolehkan mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka dengan menggunakan

    aktiviti kumpulan.

    c)Membekalkan ilmu pengetahuan tentang tingkahlaku murid agarmembolehkan guru

    mencegah masalah displin yang tidak diingini dalam bilik darjah dengan berkesan .

    d)melengkapkan ilmu psikologi murid tentang sahsiahnya dapat membantu gurumembentuk personality mereka yang sihat dan konsep kendiri yang positif dengan

    bimbingan yang wajar.

    e)melengkapkan guru dengan teori dan prinsip psikologi akan membantunyameningkatkan kualiti pengajaran dalam bilik darjah.

    f)memberikan guru kefahaman tentang naluri dan keperluan murid akan membantu gurupenggunakan teknik motivasi yang berkesan serta mewujudkan hubungan baik diantara

    guru dan muridnya.

    g)Psikologi pendidikan membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan ,kemahiran dan

    sikap mengajar yang berguna dalam aktiviti pendidikan.

  • 7/31/2019 3991098-PENGERTIAN-PSIKOLOGI-PENDIDIKAN

    3/3

    Aktiviti Berkaitan Dengan Psikologi

    Aktiviti yang berkaitan dengan psikologi adalah seperti tabiat membaca, tabiat sukamengira, mendengar muzik, minat bersukan , seni dan berkarya.Melalui kebolehan-

    kebolehan ini, guru mestilah mengenalpasti kebolehan setiap murid-murid adalah

    berlainan antara satu sama yang lain.Sekaligus guru dapat membantu sahsiah murid sertamemperkembangkan potensi murid dalam diri mereka. Sehubungan itu guru juga kan

    dapat menyelesaikan masalah dalam bilik darjah dengan mudah.

    Aktiviti Berkaitan Dengan Bukan Psikologi

    Aktiviti berkaitan dengan bukan psikologi adalah seperti kajian tentang hidupan laut danmarin, kajian tentang alam sekitar, kajian pembangunan dan kajian masyarakat dan

    sosial, Aktiviti ini bukan Psikologi kerana bidang-bidang kajian tersebut bukan mengkaji

    mengenai tingkahlaku manusia sebagaimana seperti pendapat-pendapat ahli falsafah di

    atas. Ini kerana bidang-bidang tersebut mengkaji kepentingan dan keperluan dalam hidupmanusia sejagat. Unsur-unsur seperti menangani masalah yang berkaitan sehingga lah

    kepada aspek yang memberi manfaat kepada manusia itu sendiri. Contohnya manusiamembuat pembangunan adalah untuk tujuan memberi keselesaan dan kemudahan kepada

    masyarakat.Disamping itu timbul juga masalah daripada pembangunan tersebut seperti

    masalah setinggan, masalah jenayah dan kemiskinan hidup masyarakat.Tanpa mengiraaspek-aspek psikologi masyarakat itu sendiri, misalnya rumah flat yang dibina saiznya

    amat kecil tidak dapat menampung saiz keluarga yang besar. Secara tidak langsung akan

    wujudnya masalah seperti kesesakan dalam isirumah , penempatan bilik untuk anak

    perempuan dan anak lelaki.