38665286-rph-aktiviti-luar-23-2-10

5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (AKTIVITI LUAR 30 MINIT) Nama Kelas : Prasekolah Arif. Tarikh : 23 Februari 2010. Masa : 9.00 am – 9.30 am. Bilangan Murid : 19 orang. Umur : 5 dan 6 tahun. Komponen/ Tunjang : Perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan. Tema : Aktiviti Luar. Standard Pembelajaran Utama : PFK 2.1.16 Melempar objek iaitu dengan cara melempar gelung ke skital. PFK 2.1.13 Berlari ke arah yang ditentukan. Standard Pembelajaran yang Disepadukan : B.M 1.1.2 Mendengar arahan mudah dan memberi respons dengan bimbingan. Objektif Pembelajaran : Selepas aktiviti luar tamat murid dapat, 1) Melakukan kemahiran koordinasi mata dan tangan malalui aktiviti melempar gelung ke skital.

Upload: cncmn

Post on 28-Oct-2015

47 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

......

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (AKTIVITI LUAR 30 MINIT)

Nama Kelas : Prasekolah Arif. Tarikh : 23 Februari 2010. Masa : 9.00 am – 9.30 am.

Bilangan Murid : 19 orang.

Umur : 5 dan 6 tahun.

Komponen/ Tunjang : Perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan.

Tema : Aktiviti Luar.

Standard Pembelajaran Utama : PFK 2.1.16 Melempar objek iaitu dengan cara melempar gelung ke skital.

PFK 2.1.13 Berlari ke arah yang ditentukan.

Standard Pembelajaran yang Disepadukan : B.M 1.1.2 Mendengar arahan mudah dan memberi respons dengan bimbingan.

Objektif Pembelajaran : Selepas aktiviti luar tamat murid dapat,

1) Melakukan kemahiran koordinasi mata dan tangan malalui aktiviti melempar gelung ke skital.

2) Berlari ke arah yang ditentukan bagi meningkatkan perkembangan motor kasar.

Konsep Utama : Berlari dan melempar gelung ke skital.

Kosa kata : Berlari dan melempar.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah boleh berlari dan melemparkan sesuatu objek.

Penerapan Nilai : Berani mencuba, bekerjasama dan bersemangat.

KBKK : Murid berfikir cara untuk melemparkan gelung ke skital dengan cara yang betul.

Alat Bantu Mengajar (ABM) : Alat permainan luar : Gelung kecil, gelung dan skital.

Langkah/Masa Aktiviti Guru/ Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Aktiviti Murid/ Hasil Pembelajaran Catatan/ABM

Permulaan

Set Induksi (6 minit)

1. Guru meminta murid membuat satu bulatan kemas dan guru membimbing murid untuk melakukan aktiviti warm-up.

2. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan dan menamakan kumpulan tersebut sebagai “kumpulan cergas dan kumpulan mantap”.

3. Aktiviti bermula, guru memberi arahan tentang cara dan peraturan permainan iaitu guru mengkehendaki murid berlari memasuki gelung dan melempar gelung kecil ke skital.

1. Murid mendengar arahan dengan membuat bulatan dan melakukan warm-up dengan bimbingan guru.

2. Murid membuat dua kumpulan dan mendengar arahan tentang cara dan peraturan permainan.

Nilai : Bersemangat, bekerjasama.

Perkembangan

Langkah 1

(10 minit)

1. Aktiviti dimulakan dengan guru mengarahkan kumpulan cergas memulakan aktiviti iaitu “berlari dan memasuki gelung kemudian melempar gelung kecil ke skital”.

2. Semasa permainan berlangsung, guru sentiasa mengawasi dan membimbing murid dalam melakukan aktiviti supaya murid dapat melempar gelung dengan cara yang betul.

1. Kumpulan cergas memulakan aktiviti iaitu berlari memasuki gelung dan melempar gelung ke skital.

2. Murid sentiasa dalam pengawasan guru semasa aktiviti berlangsung

Nilai : Bersemangat, bekerjasama dan berani mencuba.

ABM : Alat Permainan Luar : Gelung, gelung kecil dan skital.

Langkah 2 1. Selepas kumpulan cergas selesai melakukan aktiviti, guru mengarahkan kumpulan mantap pula

1. Kumpulan mantap meneruskan aktiviti yang sama dan melakukanya

Nilai : Bekerjasama, bersemangat dan

(10 minit) melakukan aktiviti yang sama iaitu “berlari dan memasuki gelung kemudian melempar gelung kecil ke skital”.

dengan bersungguh-sungguh. berani mencuba. ABM : Alat permainan luar : Gelung, gelung kecil dan skital.

Penutup

Penutup

(4 minit)

1. Selepas aktiviti tamat, guru mengarahkan murid beratur mengikut kumpulan lelaki dan perempuan dengan lurus dan tegak.

2. Guru memberitahu kumpulan yang menang dalam aktiviti tersebut berdasarkan bilangan gelung yang dapat dimasukkan ke dalam skital.Guru meminta murid memberi tepukan gemuruh kepada kumpulan yang menang.

3. Selepas itu, guru meminta murid melakukan “Cooling Down” iaitu pergerakan otot-otot kasar secara bebas selepas tamat aktiviti.

1. Murid mendengar arahan guru dan beratur mengikut kumpulan masing-masing dengan lurus dan tegak.

2. Murid memberi tepukan kepada kumpulan yang menang, kemudian murid melakukan aktiviti “Cooling Down” untuk menyejukkan badan selepas aktiviti selesai.

Nilai :Bekerjasama dan bersemangat.

Refleksi Guru: _____________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________________________