27309836 teknik menjawab soalan perdagangan kertas 2

Upload: nitto2denko

Post on 10-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 27309836 Teknik Menjawab Soalan Perdagangan Kertas 2

    1/5

    TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN : KERTAS 2 (SOALAN ESEI)

    3755/2

    1) PERUNTUKKAN MASA

    Anda mempunyai masa 2 jam untuk menjawab empat soalan esei. * Ini bermakna anda

    hanya mempunyai masa 30 minit untuk menjawab setiap soalan. * Anda mesti

    memperuntukkan jumlah masa yang sama untuk setiap soalan. * Anda dinasihatkan

    bermula menjawab soalan yang lebih senang dahulu dan diikuti dengan soalan yang lebih

    susah kemudian. * Jangan mengambil terlalu banyak masa untuk menjawab sesuatu

    soalan yang tertentu sehingga tidak sempat menjawab soalan-soalan yang lain. *

    Sekiranya anda mengambil masa lebih dari 30 minit untuk menjawab sesuatu soalan,

    anda mesti tinggalkannya dan terus kepada soalan yang lain. * Anda boleh kembali

    semula kepada soalan tersebut jika masih ada masa selepas menjawab semua soalan-

    soalan yang lain * Peruntukkan sedikit masa untuk menyemak jawapan anda * Jangan

    menjawab kurang daripada jumlah soalan yang dikehendaki kerana anda akan kehilangan

    markah. * Katakan jika anda hanya menjawab sebanyak tiga daripada empat soalan yang

    dikehendaki, anda akan kehilangan sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan markah

    esei dan 15% markah keseluruhan.Oleh itu, jangan tinggalkan mana-mana soalan tanpa

    dijawab, tulislah apa-apa yang diingati tentang perkara yang berkaitan.

    2. PEMILIHAN SOALAN

    Dalam kertas ini, anda boleh memilih mana-mana tiga soalan daripada bahagian A dan

    wajib menjawab soalan bahagian B (Kajian Kes).* Sebelum memilih soalan, anda mesti

    membaca semua soalan dengan teliti dan menggariskan perkataan-perkataan yang

    penting. * Semasa memilih soalan,pilih soalan yang anda boleh menjawab denga baik

    dan dapat memberikan fakta yang banyak. * Anda mesti berhati-hati semasa memilih

    soalan supaya tidak memilih soalan yang salah. * Pemilihan soalan yang salah akan

    membuang masa anda untuk mencuba soalan yang lain. * Jika anda telah menjawab 4

    soalan dan ada jawapan yang tidak memuaskan atau terlalu sedikit yang anda tahu, maka

    jika ada masa lagi cubalah jawab soalan lain bermakna

  • 8/8/2019 27309836 Teknik Menjawab Soalan Perdagangan Kertas 2

    2/5

    anda boleh menjawab lebih daripada 4 soalan. Ini sebagai alternatif bagi jawapan yang

    anda rasa tak memuaskan tadi. Ingat! Semua jawapan akan diperiksa maka pemeriksa

    akan memilih 4 jawapan anda yang terbaik.

    3. PANDUAN MENJAWAB SOALAN

    1. Untuk menjawab soalan dalam kertas ini, anda dikehendaki memberikan jawapan

    panjang berbentuk esei

    2. Jumlah perkataan bagi setiap esei ialah kira-kira 300 -400 patah perkataan (secara

    purata) atau 1 1/2 - 2 muka surat.(Ini hanya gambaran jawapan yang ideal, tak perlu kira

    patah perkataan)

    3. Jawapan yang dikemukakan hendaklah selaras dengan jumlah markah yang

    diperuntukkan.Anda harus ingat markah diberikan bagi fakta-fakta yang dikemukakan

    dan bukan berdasarkan panjang sesuatu esei.

    4. Anda mesti merancangkan jawapan anda dengan baik dan menjawab mengikut

    kehendak soalan.

    5. Bahasa yang digunakan mestilah baik, jelas dan mudah difahami.

    6. Anda dinasihatkan memperuntukan sebanyak 5 minit untuk merangka jawapan. Semua

    fakta-fakta penting yang berkaitan dengan soalan mesti disenaraikan di dalam rangka

    jawapan

    7. Rangka jawapan membantu anda mempersembahkan jawapan dengan fakta-fakta yang

    cukup dan mengikut susunan yang rapi.

    8. Jangan menerangkan sesuatu fakta dengan panjang lebar sehingga mengabaikan fakta-

    fakta yang lain.

  • 8/8/2019 27309836 Teknik Menjawab Soalan Perdagangan Kertas 2

    3/5

    9. Semasa menulis jawapan, anda mesti menghuraikan setiap fakta tersebut dengan baik,

    jelas dan tepat.

    10.Setiap soalan esei mesti dibahagi kepada beberapa perenggan. Mulakan setiap fakta

    dengan perenggan yang baru. Jika terdapat 8 fakta maka jelaskan dalam 8 perenggan.

    Ringkasnya: SATU PERENGGAN => {SATU FAKTA,HURAIAN,CONTOH}

    11.Sebaik-sebaik setiap fakta / perenggan diberikan nombor,manakala fakta utamanya

    dijadikan sub-tajuk atau kepala sesuatu perenggan dan digariskan

    12.Setiap fakta / perenggan seharusnya diselangi dengan satu baris kosong antara satu

    perenggan dengan perenggan yang lain.

    13.Bagi memulakan jawapan baru bagi soalan berikutnya, gunakan kertas jawapan baru.

    Elakkan menyambung jawapan anda di bawah jawapan soalan lain.

    14.Jawapan yang baik adalah jawapan yang mempunyai banyak fakta,penerangan yang

    jelas, contoh yang konkrit dan perenggan yang bersesuaian dengan markah.

    15.Untuk soalan perbezaan ,tunjukkan dengan jelas dengan bentuk jadual 'T'. Bezakan

    berdasarkan perkara yang sama.Untuk persamaan, tidak perlu jadual 'T'.

    16. Jawapan tidak perlu pendahuluan atau penutup. Terus kepada menjawab mengikut

    kehendak soalan.

    17. Bagi soalan kajian kes masukkan nama individu yang terlibat dalam kajian kes

    tersebut.

  • 8/8/2019 27309836 Teknik Menjawab Soalan Perdagangan Kertas 2

    4/5

    4. BENTUK-BENTUK SOALAN ESEI

    1. Pengetahuan / fakta / terangkan 2. Buat nota ringkas 3. Perbezaan / Persamaan 5.

    Kajian kes 6. Kebaikan dan Keburukan 7. Fungsi / Peranaan /Perkhidmatan

    4. KEHENDAK SOALAN

    Kehendak soalan merupakan idea utama dalam bentuk perkataan dan rangkai kata dan

    mesti diberikan perhatian.Perkataan dan rangkai kata penting dalam sesuatu soalan.

    Beberapa perkataan dan maknanya telah diberikan dalam jadual di bawah.

    a.Terangkan / Jelaskan Memerlukan anda menerangkan sesuatu. Tujuannya ialah supaya

    pembaca mengerti atau faham tentang perkara yang diterangkan atau dijelaskan

    Contohnya: Insurans memerlukan kepentingan yang boleh diinsuranskan. Terangkan

    pernyataan ini dari segi insurans kebakaran

    b. Huraikan Bererti memberitahu segala yang anda tahu supaya pembaca boleh

    menggambarkan dengan jelas perkara yang dihuraikan . Contohnya: Huraikan prosedur

    menubuhkan sebuah syarikat umum berhad

    c. Bincangkan / Beri ulasan Mengkehendaki anda mempertmbangkan tajuk yang hendak

    dibincangkan dengan teliti dan melihat dari pelbagai sudut. Memerlukan pemikiran yang

    lebih mendalam tentang perkara yang dibincangkan. Contohnya: Usahawan adalah

    seorang peniaga tetapi peniaga tidak semestinya usahawan. Bincangkan.

    d. Berikan / Namakan Senaraikan Memerlukan anda memberikan fakta. Tidak

    memerlukan penjelasan yang lebih lanjut Contohnya: Berikan sebab-sebab cek tak layan

    e.Takrifkan Menerangkan makna sesuatu konsep dengan tepat dan teliti. Contohnya:

    Takrifkan pengkhususan

    f. Nyatakan Mengkehendaki anda menyatakan sesuatu perkara atau menjelaskan dengan

    teliti Contohnya: Nyatakan peranan yang dimainkan oleh bank pusat

    g.Bezakan Memberikan perbezaan di antara dua perkara Contohnya: Bezakan di antara

    perniagaan luar negeri dengan perniagaan dalam negeri

    h. Buat Perbandingan Mengkehendaki anda membandingkan dua atau lebih perkara

    untuk mencari perbezaannya Contohnya: Buat Perbandingan di antara pengangkutan

    jalan raya dan pengangkutan kereta api

    i.Tuliskan nota-nota ringkas Memerlukan anda menulis fakta-fakta yang paling penting

  • 8/8/2019 27309836 Teknik Menjawab Soalan Perdagangan Kertas 2

    5/5

    tentang sesuatu perkara dengan ringkas dan jelas Contohnya: Tuliskan nota-nota ringkas

    bagi empat perkara dibawah: a. Cek Kembara b. Invios Pro-forma c. Poslaju d.

    Kontenarisasi

    j. Bagaimana / Dengan cara apakah Memerlukan anda membentangkan cara-cara

    melakukan sesuatu Contohnya: Bagaimanakah perniagaan pesanan mel dijalankan

    k. Mengapakah / Apakah sebab-sebab Memerlukan anda memberikan alasan satu demi

    satu untuk menerangkan sesuatu Contohnya: Mengapakah pengguna memerlukan

    perlindungan?

    l.Apakah / Apakah yang dimaksudkan Menjelaskan sesuatu perkara dengan tepat dan

    ringkas dalam satu atau dua perenggan sahaja Contohnya: Apakah cek kosong?

    JANGAN SIA-SIA MASA YANG TERLUANG DENGAN TIDUR.MANFAAT MASA

    2 JAM TERSEBUT SEBAIK MUNGKIN.