244641771-bina-insan-guru-semester-6.docx

55
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS JALAN YAAKOB LATIFF, BANDAR TUN RAZAK, CHERAS, 56000 KUALA LUMPUR PROGRAM BINA INSAN GURU INTERAKSI PROFESIONAL DENGAN GURU CEMERLANG. (SEMESTER 6) NAMA : NURUL NAZIHAH BT JAMALUDIN NO. KAD PENGENALAN : ( 900707-06-5240) PROGRAM : PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL AMBILAN JANUARI 2010 SEMESTER 6 1

Upload: pathur-rahman

Post on 18-Dec-2015

34 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Bina Insan Guru Semester 6

Bina Insan Guru Semester 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHASJALAN YAAKOB LATIFF, BANDAR TUN RAZAK, CHERAS, 56000 KUALA LUMPUR

PROGRAM BINA INSAN GURU INTERAKSI PROFESIONAL DENGAN GURU CEMERLANG. (SEMESTER 6)

NAMA: NURUL NAZIHAH BT JAMALUDIN NO. KAD PENGENALAN: ( 900707-06-5240)PROGRAM : PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL AMBILAN JANUARI 2010 SEMESTER 6KUMPULAN: G 6.8NAMA PENSYARAH: CIK ZAHARAH BT MOHAMEDTARIKH HANTAR : 30 SEPTEMBER 2012 Pro Forma KursusProgram Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian(Bina Insan Guru)

Nama KursusBINA INSAN GURU ( BIG ) Fasa VI(Character Building forTeachers )

Kod KursusWAJ 3114

Kredit3 Kredit ( Kredit Terkumpul )

Jam Kontak10 Jam

Bahasa PengantarBahasa Melayu

PrasyaratTiada

SemesterKeenam

Hasil Pembelajaran1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan1. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.1. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.1. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.1. Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.1. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

SinopsisKursus ini bertujuan meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan . Tumpuan berkaitan dengan perbengkelan , tema bengkel, mentadbir ujian post inventori Self Direct Search (SDS), inventori konflik, interpretasi dapatan ujian, refleksi, lawatan benchmarking, interaksi profesional dengan guru cemerlang, inovasi guru cemerlang, ciri-ciri profesionalisme dan komitmen guru cemerlang dan laporan dan penilaian reflektif.

This course aims to upgrade continuos self professionalism. The focus of the course is related to workshops, workshops theme, administering post inventory test of self direct search, conflict inventory, interpretation of test, finding, reflection, benchmarking visit, professional, interaction with excellant teachers, innovation, professionalisme commitment reports and reflective evaluation. pedagogy, practices of teaching and learning, characteristics of.

TajukKandunganJam

1. BengkelMenghadiri bengkelTema Bengkel Guru Inovatif Ciri-ciri guru yang inovatif Bengkel Refleksi BIG ( WAJIB ) dari Sem.1 hingga 6 Mentadbir ujian post Inventori Self direct Seach (SDS) dan Inventori konflik Interpritasi dapatan ujian Refleksi BIGMenghadiri bengkel berkaitan tema-tema berikut dan menyediakan satu catatan reflektif mengenainya. Perlu mengambil kira domain kandungan kurikulum kursus di bawah sepanjang pelaksanaan

Berjiwa merdeka dan perkasa Membina kemahiran mengurus perubahan diri, organisasi dan persekitaran pendidikan

Kerohanian dan akhlak keguruan Mengenali dan menilai potensi diri insan guru- Potensi diri - Personaliti kerjaya- Citra diri insan guru Membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.

Berilmu, beramal dan berbakti Menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup berbakti

Berakauntabaliti dan amanah Memahami realiti dan tanggungjawab seorang guru. Memahami realiti persekitaran dan tindak balas positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran pendidikan.

Berdaya tahan yang tinggi Meningkatkan daya tahan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

Kreatif dan inovatif Membuat refleksi secara kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta orang lain di samping mengambil tindakan penambahbaikan.3

2. Lawatan BenchmarkingInteraksi Profesional Dengan Guru Cemerlang. Inovasi pedagogi Guru Cemerlang Amalan pengajaran dan pembelajaran Guru Cemerlang Ciri-ciri Profesionalisme dan Komitmen Guru Cemerlang Laporan dan Penilaian Reflektif

Merancang dan mengadakan lawatan benchmarking berdasarkan interaksi professional dengan guru cemerlang. Perlu mengambil kira domain kandungan kurikulum kursus di bawah sepanjang pelaksanaan

Berjiwa merdeka dan perkasa Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan. Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

Kerohanian dan akhlak keguruan Mengenali dan menilai potensi diri insan guru- Potensi diri - Personaliti kerjaya- Citra diri insan guru Membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.

Berilmu, beramal dan berbakti Menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup berbakti Mengamalkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab.

Berakauntabiliti dan amanah Memahami realiti dan tanggungjawab seorang guru.7

Jumlah10

Pentaksiran dan Penilaian100% berdasarkan kerja kursus

RujukanAsasAbdul Rahman Bin Ahmad (1992). Bimbingan dan Kaunseling dari perspektif Islam. Human Resource Enterprise: Sri Kembangan, Selangor.

Bahagian Pendidikan Guru (2000). Etika Pelajar Pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur.

Hisham Altalib (1994). Panduan Latihan Bagi Gerakan Islam. Media Dakwah: Jakarta.

Holland, J.L, (1973). Making vocational choices. New Jersey: Printice Hall, Inc.

West Edie (1994). 201 icebreakers: New York:McGraw Hill.

Steven, J. Stein (2001). The EQ edge. Canada: Multi-Health Systems Inc.

RujukanTambahanMohd. Nashuha Jamidin dan rakan-rakan (1996). Kemahiran berfikir dan belajar. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd: Shah Alam

Mohd Taib Haji Hassan, Dato Haji (1993). Panduan hidup seorang Islam. Percetakan Watan: Kuala Lumpur.

Mustapha Haji Daud (1995). Budi bahasa dalam tamadun Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Mustafa Haji Daud (1994). Pengurusan Islam. Utusan Publications: Kuala Lumpur.

Rashid Haji Mohamad (2000). Bimbingan dan Kaunseling. Pearson Education Malaysia Sdn.Bhd: Petaling jaya.

Spart-Langer, Simmon dan Pasch (1992). Reflective Pedagogical Thinking : How can we promote and measure it? Journal of Teacher Education.

Bengkel guru inovasi

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, JALAN YAAKOB LATIFF, BANDAR TUN RAZAK, CHERAS

KERTAS KERJAPROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 6 PISMP AMBILAN JANUARI 2010( Bengkel Guru Inovatif )

TEMPAT :DEWAN DATUK RAZALI ISMAILIPGM KAMPUS ILMU KHAS

TARIKH :1O JULAI 2012( SELASA )

ANJURAN :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIADANIPG, KAMPUS ILMU KHAS, JALAN YAAKOB LATIFF, BANDAR TUN RAZAK, CHERAS

1.0TUJUANKursus ini bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak , nilai-nilai kerohanian dan keguruan , daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru . Pembinaan insan guru merupakan usaha yang berterusan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara

2.0LATAR BELAKANG

Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Kumpulan G 6.8 dari Program PISMP Ambilan Januari 2010. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi , pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat . Oleh itu , guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi . Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian . Melalui aktiviti yang dirancang , pelajar dapat mengenal diri yang sebenar (real-self) dan mampu mengaplikasi pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia menangani pelbagai cabaran pendidikan arus globalisasi . Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan , ...... pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir , membina , membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.3.ASAS PERTIMBANGANKertas kerja ini dikemukakan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas (IPGK IK) bagi mendapatkan kebenaran dan kelulusan untuk mengadakan Program Bengkel Bina Insan Guru (BIG).

4.STRATEGI PELAKSANAAN.4.1 Nama Program Program Bina Insan Guru Komponen Bengkel Guru Inovatif

4.2Objektif :Pengisian kurikulum BIG semester 6 ialah Bengkel Guru Inovatif yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri insan guru yang unggul dengan bersedia membantu dan mencurahkan khidmat dan bakti kepada masyarakat . Fokus utama bengkel ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar :

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan . Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.

4.3Peserta ( Rujuk Lampiran )

Peserta program ini terdiri daripada pelajar KUMPULAN g 6.8 DARI program PISMP Ambilan Januari 2010.

4.4 Tarikh ProgramProgram ini akan diadakan pada hari Selasa bertarikh 10 Julai 2012bermula jam 8.00 pagi.

4.5. Tempat ProgramPihak penganjur merancang untuk mengadakan program ini di Dewan Datuk Razali Ismail, Institut Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas, Jalan Yaakob Latiff, Bandar Tun Razak, Cheras

4.6Tentatif Program(Rujuk Lampiran 1 )

4.7Jawatankuasa Program( Rujuk Lampiran 2 )

5. IMPLIKASIPERKARAKOSJUMLAHSUMBER

MAKANANRM 5 X 23 PELATIH RM115.00IPG/LDP

CENDERAMATARM 20 X 5 RM100.00PELATIH

JUMLAH BESAR RM 215.00

6. PENUTUPProgram bina insan guru ini merupakan salah satu komponen latihan yang sangat penting. Ianya perlu didedahkan kepada semua insan yang bergelar guru. Diharapkan program sebegini mampu memberikan ketahanan fizikal dan mental serta jati diri guru pelatih dalam usaha melahirkan para pendidik yang berkualiti dan mampu memberikan sumbangan yang besar kepada sistem pendidikan negara .

7.Berdasarkan kertas kerja yang dibentangkan di atas maka kami kumpulan PGSR ambilan November 2008 memohon pertimbangan dan kelulusan pihak pengurusan Institut untuk melaksanakan program ini. SEKIAN.

DISEDIAKAN OLEH

....................................(NURUL NAZIHAH BT JAMALUDIN)SETIAUSAHA BINA INSAN GURU SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

MINIT MESYUARAT KALI 1KURSUS BINA INSAN GURU SEMESTER 6 PISMP AMBILAN JANUARI 2010BENGKEL GURU INOVATIFINSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS ILMU KHAS, JALAN YAAKOB LATIFF, BANDAR TUN RAZAK, 56000 CHERAS

Tarikh: 07 Jun 2012Hari: KhamisMasa: 5.30 pm- 07.00pmTempat: BILIK G 6.8Kehadiran: 1) 23 orang (AJK Induk dan Semua Ketua AJK ) 2) Cik Zaharah bt Mohamed (Pensyarah)

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi memberi salam serta mengucapkan terima kasih dan mengalu alukan kedatangan Cik Zaharah bt Mohamed serta semua ketua ajk.1.2 Pengerusi menerangkan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk menetapkan tarikh, masa, hari dan tempat BIG Semester 6 ini hendak dilaksanakan. 1.3 Pengerusi mencadangkan tarikh yang bersesuaian adalah pada 4 Julai 2012, jam 8.00 pagi, bersamaan hari Rabu di Dewan Kuliah untuk jamuan tengahari dan Dewan Datuk Razali Ismail untuk bengkel dan ceramah diadakan.1.4 Kesemua ajk yang hadir telah bersetuju sebulat suara. 1.5 Pengerusi memperkenalkan barisan ajk induk dan ketua ajk setiap biro..2. Ucapan Pensyarah

2.1 Cik Zaharah bt Mohamed memberi salam dan mengucapkan tahniah di atas perlantikan semua ajk.2.2 Beliau telah mengutarakan beberapa cadangan kepada semua ajk terlibat antaranya ialah : 2.2.1 AJK Cenderahati diminta menyediakan cenderahati untuk penceramah dan perasmi BIG ini.2.2.2 AJK Sijil diminta menyediakan sjil penyertaan kepada semua peserta serta sijil penghargaan kepada penceramah.2.2.3 AJK Pendaftaran diminta memohon fail, kertas A4 dan pen dari LDP.2.2.4 AJK Persiapan Tempat diminta menempah Dewan Datuk Razali Ismali bagi melaksanakan ceramah dan bengkel.2.2.5 Penceramah akan diuruskan oleh Wan Zul Fadli b Wan Azmi dengan kerjasama Cik Zaharah bt Mohamed. 2.2.6 AJK Sambutan diminta menyediakan kad jemputan VIP dan pembawa bunga manggar.2.2.7 Bagi sumber kewangan pula, RM20 akan dibayar oleh para peserta dan RM5 akan diperolehi dari IPGKIK.

3. Hal hal lain

3.1 Pengerusi mengingatkan agar semua ketua ajk setiap biro yang dilantik dapat memberikan kerjasama yang baik dan juga menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab.3.2 Menyatakan bahawa mesyuarat kali kedua akan diadakan pada 19 Jun 2012.3.3 Cik Zaharah bt Mohamed meminta agar setiausaha mencatatkan nama semua ajk berserta nombor fax sekolah masing-masing untuk urusan penghantaran surat panggilan mesyuarat kali kedua nanti.3.4 Pengerusi meminta semua ketua ajk setiap biro yang dilantik dapat memainkan peranan serta memantau semua perkembangan kerja yang akan dilaksanakan. 3.5 Pengerusi juga amat berharap agar semua ajk dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali kedua nanti.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 7.00 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh : (NURUL NAZIHAH BT JAMALUDIN)(WAN ZULFADLI B WAN AZMI)SetiausahaPengerusiProgram Bina Insan Guru Program Bina Insan Guru

MINIT MESYUARAT KALI 1KURSUS BINA INSAN GURU SEMESTER 6 PISMP AMBILAN JANUARI 2010BENGKEL GURU INOVATIFINSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS ILMU KHAS, JALAN YAAKOB LATIFF, BANDAR TUN RAZAK, 56000 CHERAS

Tarikh: 19 Jun 2012Hari: SelasaMasa: 9.00 am- 12.30 pmTempat: Bilik G 6.8Kehadiran: 1) 23 orang (AJK Induk dan Semua Ketua AJK )1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi memberi salam serta mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK

2. Pengesahan minit mesyuarat lalu2.1 Minit mesyuarat disahkan oleh pengerusi, Wan Zul Fadli b Wan Azmi

3. Laporan AJK 3.1.1 Laporan Bendahari - semua kutipan berjalan lancar.3.1.2 Laporan Persiapan Tempat Dewan Datuk Razali Ismail akan digunakan pada 4 Julai 2012. Setelah berbincang , persetujuan dicapai iaitu tarikh BIG VI akan ditunda pada 10 Julai 2012 bersamaan dengan hari Selasa.3.1.3 Laporan Makanan Pengesahan kehadiran kesemua pensyarah dan VIP yang di jemput dilakukan untuk mengelakkan pembaziran makanan berlaku dan juga untuk memastikan makanan yang dipesan adalah dalam kuantiti yang mencukupi. Pesanan makanan untuk jamuan tengahari telah dibuat pada pihak Barakah Catering.3.1.4 Laporan Buku Program Telah siap dan diberikan pada pensyarah untuk semakan. Hasilnya, terdapat beberapa pembetulan.Pembetulan segera telah pun dilakukan oleh Mohamad Hafiz b Mogamad selaku ketua buku program. 3.1.5 Laporan Sambutan senarai jemputan telah dikenalpasti3.1.6 Laporan Cenderahati Penceramah akan diberi penghargaan sebakul buah-buahan tempatan sebagai tanda terima kasih

4.0 Hal-hal lain 4.1 Pengerusi amat mengharapkan kelancaran perjalanan program BIG VI ini akan terlaksana dan menjadi kenyataan. 4.2 Pensyarah mengingatkan bahawa kerjasama antara semua ajk yang dilantik adalah amat penting demi memastikan kelicinan perjalanan program BIG ini nanti. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh : Disemak oleh : (NURUL NAZIHAH BT JAMALUDIN)(WAN ZULFADLI B WAN AZMI)SetiausahaPengerusiProgram Bina Insan Guru Program Bina Insan Guru

Laporan Jawatankuasa Cenderahati BIG VI 2012

Setelah menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Bina Insan Guru (BIG) yang diadakan pada 7 Jun 2012 dan 19 Jun 2012, telah diputuskan bahawa cenderahati akan diberikan kepada perasmi sempena Majlis Penutupan BIG serta penceramah jemputan bagi bengkel yang akan diadakan nanti. Pada 10 Julai 2012, hari Selasa, pendaftaran peserta bermula seawal jam 8:00 pagi. Aturcara program adalah seperti yang dirancang. Alhamdulillah, selesai majlis perasmian, cenderahati disampaikan kepada En. Azmi bin Abdul Hamid selaku penceramah pada bengkel yang telah diadakanDikesempatan ini, saya selaku ketua yang dilantik untuk Jawatankuasa Cenderahati ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Saloma bt Abdullah yang memberi kerjasama sehingga terlaksananya tugas ini dan juga kepada rakan-rakan lain yang turut sama menyumbang idea dan tenaga.Sebarang ketidakpuasan pada mana-mana pihak, saya mohon maaf. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri.

Disediakan oleh,.(NUR AKALILI FATIN BT AMINNUDDIN) Ketua Jawatankuasa Cenderahati

Laporan Jawatankuasa Makanan BIG VI 2012

Ajk makanan telah menempah makanan untuk minum pagi dan makan tengah hari untuk 25 orang termasuk pensyarah. Perbelanjaan untuk minum pagi berjumlah RM69.00 iaitu RM 3.00 x 23 orang. Menu yang disediakan ialah mihun goreng, kuih dua ketul dan teh o panas. Makanan ditempah daripada pengusaha kantin IPGKIK.

Perbelanjaan untuk makan tengah hari berjumlah RM161.00 untuk 23 orang . Makanan ditempah daripada Kedai Kuning. Perbelanjaan meliputi bidang berikut: i) Makanan RM7.00 x 23 = RM161.00 Jumlah perbelanjaan RM 230.00

Kesimpulannya, saya bersyukur kerana perjalanan tempahan berjalan lancar. Alhamdulillah semua makanan mencukupi dan majlis berjalan lancar.

Disediakan oleh,

( SITI AISYAH BT ABDUL HAMID ) Ketua Jawatankuasa Makanan

Laporan Jawatankuasa Buku Program BIG VI 2012

Jawatankuasa Buku Program telah disediakan dengan baik dan mengikut tarikh cetakan yang telah dibincangkan. Walau bagaimanapun tanpa bantuan dari beberapa AJK yang lain, buku program tidaklah berjaya dengan baik. Bertolak daripada itu jawatankuasa buku program yang diketui oleh Mohamad Hafiz b Mohamed telah mengadakan taklimat ringkas dengan ahli-ahli jawatankuasa di bawahnya. Seramai tiga orang pelajar telah dilantik untuk menganggotai jawatankuasa buku program. Mereka ialah Mohd Safwan, Hafizul Syarafi dan Mohd Asyraf. Kami telah ditugaskan untuk merangka buku program yang berkaitan dengan bengkel ceramah yang akan diadakan di Dewan Datuk Razali Ismail. Rata-rata semuanya telah memberikan kerjasama dengan baik. Jawatan kuasa ini telah berjaya menyiapkan satu buku program dan mencapai matlamatnya. Usaha ini adalah ada kerjasama antara pelajar-pelajar dengan bantuan pensyarah pembimbing yang sentiasa memberi nasihat dan komen-komen yang membina dalam menyiapkan buku program tersebut.Disediakan oleh,........................................................( MOHAMAD HAFIZ B MOHAMED)Ketua Jawatankuasa Buku Program

Laporan Bendahari BIG VI 2012

PERBELANJAAN PROGRAM BIG VITEMPAT : IPGM KAMPUS ILMU KHASTARIKH : 10 JULAI 2012PENDAPATANRM

Kumpulan G 6.8 (23 orang ahli x RM 15 )

JUMLAH PENDAPATANTOLAK : PERBELANJAANMakanan (23 X RM 10 )Cederahati (23 X RM 3 )Fotostat

JUMLAH PERBELANJAANRM 345.00----------------RM 345.00

RM 230.00RM 69.00RM 46.00------------------RM 345.00

Disediakan oleh :Disemak oleh :..( NORSUHAILA BT OTHMAN ) ( WAN ZULFADLI B WAN AZMI )Bendahari BIG Pengerusi BIG

Laporan Jawatankuasa Dokumentasi BIG VI 2012

Semua peserta mendaftarkan diri di Dewan Datuk Razali Ismail bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 8.30 pagi. Program berjalan lancar seperti yang dirancang. Pensyarah yang hadir pada sesi ceramah yang bermula pada pukul 8.30 pagi tersebut ialah Cik Zaharah bt Mohamed,dan Encik Azmi b Abdul Hamid.Penceramah jemputan pada hari tersebut ialah En. Azmi b Abdul Hamid. Untuk slot pertama ceramah , penceramah jemputan membuat aktiviti dalam kumpulan yang terdiri daripada 6 kumpulan yang telah diberntuk dalam tempoh masa satu minit. Penceramah telah mengutarakan soalan yang harus dibentang, di mana setiap kumpulan perlu membentangkan refleksi yang lalu sepanjang menjalani lima program BIG. Setiap ahli kumpulan perlu berbincang tentang kekuatan, kelemahan dan plan tindakan yang diambil untuk penambahbaikan lagi.Semua peserta berhenti untuk sarapan pagi pada pukul 10.25 pagi dan ceramah untuk slot kedua disambung semula pada pukul 10.45 pagi. Untuk slot kedua ini, penceramah telah membentangkan tajuk ceramah yang bertajuk Guru Cemerlang. Di dalam sesi ceramah ini banyak input-input menarik yang telah disenarai. Penceramah meminta para peserta membuat check list tentang kedudukan diri sama ada seorang guru yang cemerlang atau sebaliknya.Di akhir majlis diadakan acara penyampaian cenderahati untuk penceramah jemputan iaitu Encik Azmi b Abdul Hamid. Pihak urusetia BIG mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah kerana sudi berkongsi tip-tip yang menarik sepanjang sesi ceramah berlangsung.Laporan Setiausaha BIG VI 2012

Sebagai persiapan untuk program ini, saya telah menghadapi sedikit masalah tentang tarikh pelaksanaan. Pada mulanya, kami ingin menjalankan program ini pada 4 Julai 2012 . Namun begitu, Dewan Datuk Razali Ismail akan digunakan oleh pihak lain pada tarikh yang sama. Oleh sebab itu, kami terpaksa mengubah tarikh tersebut kepada suatu tarikh yang lewat sedikit iaitu pada 10 Julai 2012 . Walau bagaimanapun, saya berasa amat bersyukur kerana segala kesukaran yang dialami sebelum terlaksananya program ini dapat diatasi dengan bantuan dan kerjasama dari semua pihak. Dalam menjalankan program ini, semua ahli jawatankuasa telah memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kertas kerja BIG ini iaitu Cik Zaharah bt Mohamed di atas segala bimbingan dan teguran yang telah diberikan. Segala kerjasama dan sokongan antara semua ahli jawatankuasa juga amat saya hargai dan di ucapkan jutaan terima kasih. Akhir kata , saya amat berharap agar kemesraan dan persahabatan yang terjalin antara para peserta ini akan terus berkekalan selamanya.Sekian , Terima Kasih.

Yang Menjalankan Tugas, ( NURUL NAZIHAH BT JAMALUDIN)Setiausaha,Kursus Bina Insan Guru

REFLEKSIProgram Bina Insan Guru bagi semester pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kali ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan sesi bersama dengan guru cemerlang dan bagi bahagian kedua pula merupakan ceramah dan bengkel yang menelan masa selama tiga jam.Pada 10 Julai 2012, sesi seramah dan bengkel bagi Program Bina Insan Guru ini telah diadakan di Dewan Datuk Razali Ismail, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Sesi ceramah dan bengkel ini adalah berdasarkan kepada pro forma dimana tempoh masa bagi sesi ceramah perlu dijalankan selam dua jam dan sejam lagi diperuntukkan untuk bengkel. Sesi ceramah ini dibahagikan kepada dua sesi. Seramai 23 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester enam daripada kumpulan G 6.8 telah terlibat bagi menjayakan program ini.Pada sesi pertama, sesi ceramah telah disampaikan oleh seorang pensyarah daripada Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, iaitu Encik Azmi b Abdul Hamid yang bertajuk Ciri-Ciri Guru Inovatif. Ceramah dimulakan pada jam 8.30 pagi setelah para pelajar mendaftarkan diri dan tamat pada jam 10.30 pagi untuk sesi kudapan atau minuman pagi. Pihak jawatankuasa Program Bina Insan Guru semester enam kali ini, telah memberikan sedikit cenderahati kepada pencermah diatas kesudiannya berkongsi ilmu. Pada sesi ceramah ini, para pelajar terlibat secara langsung dan berlaku komunikasi dua hala di antara pensyarah dengan pelajar.Antara kekuatan yang saya dapati pada Program Bina Insan Guru kali ini, pertama adalah dari aspek kandungannya. Ini bermaksud melalui ceramah dan sesi bengkel yang dijalankan, kandungannya menambahkan pengetahuan serta memberikan panduan kepada saya cara menjadi seorang guru yang cemerlang.Kedua, dari aspek penglibatan oleh pelajar yang memuaskan. Kehadiran para pelajar adalah secara menyeluruh dimana perancangan bagi program hari ini berjalan dengan lancar.Malang sekali, masih terdapat kelemahan pada Program Bina Insan Guru kali ini. Perkara tersebut ialah berkenaan suasana yang kurang kondusif. Semasa sesi ceramah sedang berlangsung, suasana menjadi sedikit terganggu dengan rungutan dan keadaan pelajar yang tidak senang duduk kerana sistem pengaliran udara di dalam dewan tidak berfungsi menyebabkan rasa bahang yang melampau di dalam dewan..Syukur masalah ini tidak berlarutan kerana tindakan pantas daripada pihak Jawatankuasa Program Bina Insan Guru Semester enam yang menukar lokasi program. Oleh itu, saya ingin mencadangkan beberapa usul yang boleh dijadikan panduan dan dipertimbangkan unutk menjadikan program ini kurang bermasalah dan berjalan dengan lebih lancar di masa hadapan. Cadangan tersebut ialah dengan mengadakan aktiviti ceramah dan bengkal di dewan besar yang lebih luas dan sesuai untuk pelbagai aktiviti selain suasana di dalamnya yang sangat kondusif dan terdapat sistem pembesar suara bagi kemudahan penceramah.Cadangan kedua ialah perlunya jawatankuasa persiapan tempat bagi memeriksa lokasi program yang akan dijalankan beberapa hari lebih awal supaya tidak tibul sebarang masalah dan jika terdapat masalah, cara mengatasinya dapat difikirkan dengan lebih awal.Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru kali ini banyak memberikan faedah kepada kami para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan berfungsi sebagai panduan atau bekalan bagi menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang guru di alam pendidikan yang sentiasa mencabar jiwa dan raga.

Interaksi Profesional Dengan Guru Cemerlang

PROGRAM BINA INSAN GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS CHERAS 56000 KUALA LUMPUR

TARIKH: 19 JULAI 2012

PESERTA:GURU-GURU PELATIH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)AMBILAN JANUARI 2010

PENDIDIKAN SENI VISUAL (G6.8) (23 ORANG)

TEMPAT:SK PUTRAJAYA PRESINT 14(1)ALAMAT: No. 1A, JALAN P14, PRESINT 14,62300 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUANTel: 03-8890 2949Faks: 03-8890 2946

NAMA MENTOR:CIK ZAHARAH BINTI MOHAMADPUAN SALOMA BINTI ABDULLAH

1

ISI KANDUNGAN

BIL.ISI KANDUNGANMUKA SURAT

1.PENGENALAN

2.RASIONAL DAN MATLAMAT

3.OBJEKTIF

4.LATAR BELAKANG

5.TARIKH, MASA. TEMPAT, SASARAN DAN ANJURAN

6.ANGGARAN KEWANGAN

7.KEPERLUAN PERALATAN

8.PENGANGKUTAN

9.SENARAI NAMA PENSYARAH PENGIRING

10.JAWATANKUASA PENGENDALIAN PROGRAM

11.TENTATIF PROGRAM

12.BORANG SEMAKAN, RALAT DAN SOKONGAN KETUA JABATAN

13.PENUTUP

14.LAMPIRAN

14.1 SENARAI NAMA PELAJAR

14.2 YURAN

14.3 HADIAH

14.4 IMPLIKASI

14.5 SYOR

KERTAS CADANGAN LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHASSEMESTER 6 TAHUN 2012

1.0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada tahun 2001 untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra-perkhidmatan. Pembinaan Insan Guru adalah adalah asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara Bangsa.Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh kearah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, Pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

2.0 RASIONALDalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dalam Model Konseptual Pendidikan Guru, elemen-elemen intelek, jasmani, rohani dan emosi diberi penekanan dalan proses pembentukan insan guru yang menyeluruh dan seimbang. Atas kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi role model kepada masyarakat, guru harus mampu menangani cabaran era globalisasi.Berdasarkan rasional di atas, maka program BIG dilaksanakan di semua Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Semua guru pelatih (guru pra-perkhidmatan) wajib mengikuti kursus dan lulus kursus dengan jayanya. Kursus BIG mengandungi tiga tema utama iaitu Konsep dan Ciri-Ciri Dalam Pembinaan Insan Guru, Pembinaan Insan Guru, serta Peranan dan Tanggungjawab Insan Guru. Ketiga-tiga tema ini direalisasikan melalui satu lawatan benchmarking yang bakal dilaksanakan.2.1 MATLAMATPelajar-pelajar dapat meningkatkan tahap kefahaman dengan pendedahan ciri-ciri kepimpinan sekolah cemerlang, sistem pengurusan serta insfrastruktur dan budaya sekolah. Melaluinya, para guru pelatih akan lebih jelas bagaimana nak mewujudkan satu suasana sekolah yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga seimbang dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.0 OBJEKTIFMelalui lawatan penanda aras (benchmarking) dan bengkel guru inovasi lawatan guru cemerlang ini, diharapkan guru pelatih akan dapat:i. Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah.ii. Memahami dan mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan cemerlang.iii. Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.4.0 LATAR BELAKANGi. Setiap semester guru pelatih diwajibkan untuk menjalani program BIG yang melibatkan beberapa siri.ii. Program ini bermatlamat melahirkan golongan guru yang boleh berfikir secara positif dan mampu meningkatkan motivasi kerjaya keguruan. Program ini juga dapat memperlihat kesedaran tentang pentingnya hubungan komuniti dan perkhidmatan social dalam sesebuah komuniti. Disamping itu, semangat bekerjasama dan komited dalam melaksanakan tugasan secara bersama dapat dipupuk.iii. Seramai 23 orang guru pelatih daripada kumpulan PISMP G 6.8 terlibat dalam Lawatan Benchmarking ini.

5.0. TARIKH19 JULAI 2012 (KHAMIS)

5.1 MASA07.30 PAGI 11.00 TENGAH HARI

5.2 TEMPATSK PUTRAJAYA PRESINT 14(1)ALAMAT: No. 1A, JALAN P14, PRESINT 14,62300 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUANTel: 03-8890 2949Faks: 03-8890 2946

5.3 KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran adalah guru pelatih seramai 23 orang dan 2 orang pensyarah pembimbing dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas ( rujuk lampiran 1 )

5.4 ANJURANi. Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas.ii. Jawatan kuasa Kerja Bina Insan Guru Fasa 6, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Pendikan Seni Visual Ambilan Januari 2010.

6.0ANGGARAN KEWANGANBilPerkaraHarga (seunit)

1SandwichRM0.60

2Minuman botol air mineralRM0.50

Sandwich : 25 orang x RM 0.60 = RM 15.00Minumanbotol air mineral: 25 orang x RM 0.50 = RM 12.50Jumlah: 23 orang x RM 2 = RM 46.00

7.0KEPERLUAN PERALATAN Bil.KEPERLUANKUANTITI

1.Scroll1

2. Mug1

3.Pemberat kertas1

8.0 PENGANGKUTANBilangan bas yang diperlukan ialah 1 buah IPGMIK bagi 23 pelajar dan 2 orang pensyarah pengiring.

9.0 PENSYARAH PENGIRING / PENSYARAH PENGENDALI

Bil.Nama PensyarahJABATAN

1.CIK ZAHARAH BINTI MOHAMADJPSV

2.PUAN SALOMA BINTI ABDULLAHJPSV

10.0JAWATANKUASA PENGENDALIAN PROGRAM JawatanNamaPeranan

PenasihatPuan Saloma AbdullahCik Zaharah MohamadMembimbing dan memantauSegala aktiviti yang dirancang.

PengerusiWan Zulfadli Ad dinnie Wan AzmiMemantau dan menguruskanAktiviti serta mengendalikanMesyuarat berkaitan program.

Tim. PengerusiNur Afifah AzmiMembantupengerusi.

Setiausaha

Kirheba Murugan A/L KrishnanMenyediakan Surat dan dokumen berkaitan.

Penolong S/UMohd Yusri Bin MohammedMenyediakan cadangan kertas kerja

BendahariNorsuhaila OthmanNur Hani Abdul ManafHafizah DaimMenyediakan bajet perbelanjaanaktiviti.

AJKProgramJude Annecella Simon FongNur Diyana ZubiruddinMuhd. Hafiz MohamadNur Akalili Fatin Amin NuddinMembuat tentatif program

AJKMakananHafizul Syarafi Mohd NoorNur Yasmin Ahmad SapianMohd. AsyrafMohd. ZubirMengurus dan menyediakanMakanan dan minuman peserta.

AJKKeselamatanMuhd.Nur Fadhlan Shes Suieba

Menjaga keselamatan peralatanDan peserta.

AJK PengangkutanNurul Nazihah JamaludinNor Adilla Che MohamadMuhd. Fakhrullah Mohd NasirMenguruskan tempahanMenggunakan kenderaaninstitut.

AJKCenderamataNurul Aina Khauli

Menyediakan cenderamata

AJKDokumentasiSitiAisyah Abdul HamidAsrulSamatNurSuhailaMohd. KassinMemainkan peranan jurukamera.

AJKBahan LawatanMohd. Safuan Mohd. Idris

Menyediakan bahan lawatan semasa aktiviti diadakan.

11.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKHMASAAKTIVITI

19 .07. 2012(KHAMIS)07.30 a.mBerkumpul di tempat letak bas IPG

07.45 a.mBertolak ke Sek. Keb. Presint 14 (1) Putrajaya

09.00 a.mTiba di Sek. Keb. Presint 14 (1) Putrajaya

09.15 a.mTaklimat daripada pihak sekolah seterusnya interaksi bersama guru cemerlang PSV

11.00 a.mPulang ke IPG Kampus Ilmu Khas

12.0 BORANG SEMAKAN, RALAT DAN SOKONGAN KETUA JABATAN.

Penyedia Kertas Cadangan Aktiviti :Nama: Mohd Yusri Bin MohammedUnit / Opsyen: Pendidikan Seni Visual PISMP Ambilan Januari 2010 (Semester 06)Tandatangan:

Tarikh:

Semakan oleh Pensyarah Penasihat /Mentor :Nama: Cik Zaharah MohamadJabatan: JPSVUlasan: Harap diberi pertimbangan sewajarnya untuk dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuanpelajar tentang pengurusan sekolah cemerlang.Tandatangan:

Tarikh:

Semakan dan Sokongan Ketua Jabatan :Nama: Puan Azizah SuleimanJabatan: JPSV

Ulasan: Tandatangan:

Tarikh:13.0PENUTUP

Program Bina Insan Guru Fasa 6 ini diharapkan dapat memberikan pendedahan awal kepada bakal guru tentang pengurusan sekolah secara formal. Diharapkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan sahsiah diri melalui protokol dan etika sosial sebagai seorang guru selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan budaya IPG.Kesimpulannya, semua faedah yang dinyatakan di atas tadi berupaya membentuk satu rumpun guru pelatih yang berwibawa dalam mengemudi sistem pendidikan di negara ini. Kemampuan untuk mengalami sesuatu pengalaman itu menjadi satu perkara yang penting dalam kehidupan pelajar kerana itulah proses kehidupan yang sebenarnya. Kalau semua pelajar kita menyertai aktiviti yang positif ini, sudah pasti negara kita tidak akan mengalami pelbagai gejala sosial yang sering kita dengar di dada-dada akhbar ini. Peribahasa masa itu emas boleh digunakan oleh pelajar kita untuk merenung kehidupan mereka dengan sebaik mungkin.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..................................... .....................................(MOHD YUSRI BIN MOHAMMED) (CIK ZAHARAH BINTI MOHAMAD)Naib Setiausaha, Pensyarah pembimbing,PISMP Semester 6, PISMP Semester 6,Program Bina Insan Guru, Program Bina Insan Guru,IPGM Kampus Ilmu Khas. IPGM Kampus Ilmu Khas.

LAMPIRAN

14.1SENARAI NAMA GURU PELATIH

BilNamaNo. K/P

1.Asrul Bin Samat900831-12-5845

2.Hafizah Bt Daim901104-12-6176

3.Hafizul Syarafi Bin Mohd. Noor900817-13-5211

4.Jude Annecella Simon Fong900521-12-5014

5.Kirheba Murugan A/L Krishnan900109-07-5553

6.Mohamad Hafiz Bin Muhamad900509-10-5073

7.Mohamad NurFadhlan Bin Shes Sueiba900716-01-5093

8.Mohamad Safuan Bin Mohamad Idris900406-06-5925

9.Mohd. Asyraf Bin Mohd Zubir901018-11-5737

10.Mohd. Yusri Bin Mohammed880715-03-6049

11.Muhammad Fakhrullah Mohd. Nasir900725-03-5133

12.Nor Adilla Bt Che Mohamad901006-11-5684

13.Norsuhaila Bt Othman900303-02-5824

14.Nursuhailah Bt Mohamed Kassin900512-10-5476

15.Nur Afifah Bt Azmi900425-01-6352

16.Nur Akalili Fatin Bt Aminnuddin900702-08-5138

17.Nur Diyana Bt Zubiruddin900624-14-5210

18.Nur Yasmin Bt Ahmad Sapian900423-14-5716

19.Nurul Aina Bt Khauli900205-11-5594

20.Nurul Hani Bt Abdul Manaf900425-15-5010

21.Nurul Nazihah Bt Jamaludin900707-06-5240

22.Siti Aisyah Bt Abdul Hamid900502-09-5008

23.Wan Zulfadli Ad-Dinnie Bin Wan Azmi901110-11-5481

14.2 YURANSetiap peserta diminta membayar yuran sebanyak RM4.00 seorang.

14.3 HADIAHHadiah :Cenderamata kepada pihak sekolah (Sumbangan daripada koperasi IPIK)

14.4IMPLIKASI Semua kos perbelanjaan ditanggung oleh kumpulan pelajar yang terlibat.

14.5SYOR Pihak pengurusan IPGMIK dimohon memberI pertimbangan dan kelulusan terhadap lawatan benchmarking ke sekolah cemerlang yang ingin dilaksanakan oleh pelajar daripada kumpulan G5.6 PISMP.

LAPORAN AKTIVITISecara keseluruhannya, aktiviti yang telah dirancang bagi Program Bina Insan Guru edisi keenam ini terbahagi kepada empat sesi. Program ini telah diadakan pada 10 Julai 2012 dimana perjalanan program bagi keempat-empat sesi ini adalah seperti berikut :-

SESI PERTAMASesi ini merupakan sesi persediaan dimana semua guru pelatih akan berkumpul di hadapan bangunan Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) sebelum jam 7.30 pagi. Pada jam ini juga, pemandu bas Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah bersedia dimana oleh pengerusi program telah memastikan kedatangan setiap pelajar mencukupi sebelum bertolak. Lebih kurang jam 8.00 pagi kami selamat tiba di destinasi dimana program akan berlangsung iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak 1, dimana ketibaan kami telah disambut oleh guru-guru dari sekolah tersebut. Pada jam 8.30 pagi pula, kami telah dijemput ke Bilik Wawasan yang merupakan bilik mesyuarat sekolah bagi mendengar taklimat ringkas tentang perjalanan program sepanjang hari tersebut.

SESI KEDUAPada sesi ini, aktiviti program adalah berbentuk ceramah diikuti dengan sesi soal jawab. Lebih kurang jam 8.45 pagi sesi ceramah dimulakan dan disampaikan oleh seorang guru cemerlang iaitu En. Abdul Rashid B. Abdul Latif yang pernah menerima anugerah Guru Cemerlang pada tahun 2000 dan 2009. Ceramah yang disampaikan bertajuk, Amalan Pengajaran dan Pembelajaran yang berkaitan dengan teknik-teknik, rutin, pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sesi ceramah ini dimulakan dengan tayangan slaid powerpoint tentang anak beliau, seorang penghidap Autisme sebagai pencetus semangat kepada dirinya dan guru-guru pelatih. Terdapat banyak info tentang cara menjadi seorang guru cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual disampaikan melalui ceramah oleh En. Abdul Rashid. Pada jam 10.00 pagi, perjalanan program diberhentikan sementara untuk sesi rehat atau kudapan. Jamuan ringkas telah disediakan oleh pihak kantin sekolah yang berupa hidangan kuih-muih beserta minuman teh. Selepas rehat, penceramah telah membawa semua guru pelatih dan pensyarah pembimbing iaitu Cik Zaharah bt Mohamed melawat ke bilik Pendidikan Seni Visual dan melihat cara-cara penyusunan yang kemas dan penuh dengan ABM yang menarik. Ketika melawat bangunan tersebut, jawatankuasa dokumentasi telah mengambil beberapa gambar untuk dijadikan rujukan dan bahan bukti pelaksanaan program Bina Insan Guru pada semester ini .

SESI KETIGASesi ini bermula pada jam 11.00 pagi selepas selesai melawat ke bilik Pendidikan Seni Visual di sekolah tersebut. Aktiviti yang dilakukan adalah ceramah dan sesi soal jawab yang merupakan sambungan aktiviti pada sesi pertama. Tajuk ceramah pada sesi ini adalah, Bengkel Ciri-Ciri Profesionalisme yang berfokus kepadadiri, personaliti kerjaya, dan citra diri sebagai Insan yang bergelar guru. Pada sesi ini, banyak panduan diberikan tentang memupuk ciri-ciri kecemerlangan menjadi seorang guru khususnya guru Pendidikan Seni Visual.

SESI KEEMPATAktiviti pada sesi keempat ini merupakan aktiviti terakhir bagi Program Bina Insan Guru edisi keenam ini yang mana ia merupakan aktiviti bersoal jawab dengan penceramah, En. Abdul Rashid B. Abdul Latif. Beberapa orang guru pelatih bertanyakan soalan yang berkaitan Pendidikan Seni Visual dan meminta pandangan dari beliau tentang cara mengatasi masalah tersebut.Selepas tamat sesi bersoaljawab, semua guru pelatih dan pensyarah pembimbing telah dijemput oleh beliau untuk jamuan makan tengahari di kantin sekolah sebelum bersurai dan bertolak pulang. Kira-kira jam 2.00 petang, bas Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas tiba diperkarangan dewan.

REFLEKSIPENGENALANProgram Bina Insan Guru merupakan antara syarat bagi mendapatkan status Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dimana melalui pelaksanaannya akan melatih pembangunan profesionalisme berterusan kepada guru pelatih yang menjurus ke arah peningkatan profesionalismedan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan. Program Bina Insan Guru semester keenam ini secara ringkasnya adalah merupakan sebuah lawatan penanda aras bagi mendapatkan maklumat mengenai guru cemerlang dan diajalankan atas beberapa rasional, antaranya supaya guru pelatih semester enam memahami dan mengenalpasti ciri-ciri guru cemerlang dan cara perlaksanaan tugasnya setiap hari dan memahami serta menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.

Program Bina Insan Guru kali ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak 1 selama sehari yang bernama Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang. Mengikut keperluan dalam pro- forma yang diberikan, program kali ini seharusnya dilaksanakan dalam tempoh tujuh jam interaksi bersama guru cemerlang yang telah dipilih. Guru cemerlang yang dimaksudkan ialah En. Abdul Rashid B. Abdul Latif yang pernah menerima Anugerah Guru Cemerlang pada tahun 2000 dan 2009 sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual.

KEKUATANSelama tempoh sehari Program Bina Insan Guru ini berlangsung, terdapat dua faktor utama yang boleh ditonjolkan sebagai kekuatan di mana faktor pertama terletak pada pemilihan guru cemerlang. Pemilihan guru cemerlang untuk program Program Bina Insan Guru kali ini, En. Abdul Rashid B. Abdul Latif merupakan penerima anugerah cemerlang sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2000 dan 2009 sebagai guru Pendidikan Seni Visual. Ilmu yang dicurahkan beliau sebagai seorang guru yang pernah menuntut di University of Monash, Australia dalam bidang PSV amatlah bertepatan kepada kami bakal-bakal guru Pendidikan Seni Visual. Selain itu, sikap dedikasi dan komitedserta pengalaman beliau telah memberikan kami inspirasi untuk menyumbangkan tenaga selaku bakal pendidik. Di samping itu, input-input yang diberikan meningkatkan motivasi kami yang masih mentah dalam bidang keguruan.

Faktor kedua adalah faktor aktiviti yang telah dirancang bagi Program Bina Insan Guru kali ini. Program yang dinamakan sebagai Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang mempunyai perjalanan aktiviti yang tersusun dan sistematik. Semua aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Tambahan lagi melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang, guru-guru pelatih telah menerimainput-input yang berguna berkaitan dengan dunia Pendidikan Seni Visual.

KELEMAHANKelemahan yang didapati pada Program Bina Insan Guru kali ini adalah dari aspek masa. Ini kerana masa yang telah diberikan kepada kami bagi mengenali guru cemerlang tersebut amatlah singkat. Oleh itu, masih banyak lagi maklumat yang belum kami terima untuk dijadikan panduan. Masa yang suntuk juga tidak membolehkan kami untuk melihat beliau mengajar murid-murid khas di sekolah tersebut.

CADANGANCadangan saya bagi mengatasi kekurangan Program Bina Insan Guru pada kali ini adalah dengan memberikan guru-guru pelatih masa yang mencukupi supaya lebih banyak maklumat dapat diserap yang boleh dijadikan panduan semasa berkhidmat sekaligus meningkatkan profesionalisme keguruan dalam diri masing-masing.