243971810-bmm-sem-4 new.docx

44
PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t. Syukur kepada Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah dan kurnianya maka dapatlah saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus BMM3072 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Azizan B. Abd. Aziz selaku pensyarah pembimbing saya yang telah banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudah cara saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Dengan tunjuk ajar beliau dapatlah mempermudahkan kerja saya dalam memahami segala perkara yang perlu dilakukan. Penghargaan khusus dirakamkan kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan moral sepanjang keberadaan saya di sini agar sentiasa mempelajari dan melakukan segala kerja pembelajaran dengan baik. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu dalam memudahkan penghasilan kerja kusus ini. Segala tunjuk ajar rakan dan bantuan yang sangat membantu dalam pelaksanaan tugasan. Akhir sekali, dengan kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi pertolongan sama ada secara langsung atau tidak dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. 1

Upload: mei-jiun-chong

Post on 04-Oct-2015

265 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Syukur kepada Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah dan kurnianya maka dapatlah saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus BMM3072 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Azizan B. Abd. Aziz selaku pensyarah pembimbing saya yang telah banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudah cara saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Dengan tunjuk ajar beliau dapatlah mempermudahkan kerja saya dalam memahami segala perkara yang perlu dilakukan. Penghargaan khusus dirakamkan kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan moral sepanjang keberadaan saya di sini agar sentiasa mempelajari dan melakukan segala kerja pembelajaran dengan baik. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu dalam memudahkan penghasilan kerja kusus ini. Segala tunjuk ajar rakan dan bantuan yang sangat membantu dalam pelaksanaan tugasan. Akhir sekali, dengan kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi pertolongan sama ada secara langsung atau tidak dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.

2.0 PENGENALANSesuatu situasi sosial di mana sesuatu ujaran berlaku akan menentukan makna stilistik. Hal ini bermaksud bahawa, ujaran penutur dan pendengar dapat menentukan bunyi atau kata yang dilafazkan. Perkataan lainnya, kita dapat menentukan asal-usul atau kedudukan geografis penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, kedudukan status mereka ataupun kita dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adakah loghat, dialek atau bahasa baku melalui makna stilistik.Istilah stilistik beraal daripada bahasa Inggeris yang bermaksud stail atau gaya. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1990), stilistik atau stylistics ialah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa. Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan. Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera. Definisi yang sama dikemukakan dalam kamus bahasa Indonesia yang mempelajari gaya bahasa. Bally, Jacobson, Leech, Widdowson, Levin, Ching, Cahrtman, mendefinisikan stilistik sebagai sesuatu deskripsi linguistik daripada bahasa yang digunakan dalam teks sastera (Aminuddin,1995)Melalui disiplin linguistik, stilistik merujuk kepada penggunaan prinsip linguistik terhadap bahasa sastera. Stilistik atau ilmu gaya dapat dianggap sebagai kajian variasi linguistik. Variasi linguistik ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks situasi. Stilistik juga mempunyai hubungan yang rapat dengan disiplin sosiolinguistik. Menurut Seymour Chatman (1971), stilistik lebih memberi penekanan kepada unsur bahasa. Oleh sebab itu, kebanyakan pembicaraan tentang linguistik diteliti melalui perkaitan antara bahasa dan linguistik.Berdasarkan definisi yang telah dikemukakan, stilistik ialah salah satu bentuk deskripsi linguistik tentang gaya bahasa dalam teks sastera. Oleh yang demikian ciri-ciri stilistik boleh dibahagikan kepada lima. Ciri-ciri stilistik boleh dibahagikan krpada lima ciri yang terdiri daripada :a) Gaya bahasa pertautan : sinekdok, eufemisme, epitet, antonomasia, eponim, metonimia, dan alusi.b) Gaya bahasa penyirnaan : sinkof, afesis, akronim, apokop, ellipsis, dan aferisis.c) Gaya bahasa pengulangan : aliterasi, anaphora, asonasi, epifora, dan rima.d) Gaya bahasa pertentangan : hiperbola, inversi dan paradox.e) Gaya bahasa perbandingan : imejan, metafora, personafikasi, pleonasme, dan simile.Kesemua gaya ini mempunyai takrifan dan ciri-ciri yang membezakannya. Melalui mata pelajaran Bahasa Melayu, gaya bahasa ini diajar mengikut tahap-tahap tertentu misalnya untuk gaya bahasa ini diajar mengikut tahap-tahap tertentu misalnya untuk gaya bahasa perbandingan, simile diajar kepada murid-murid tingkatan satu.Sehubungan dengan itu, ciri stilistik pertama ialah gaya bahasa pertautan yang merujuk kepada sinekdok, eufemisme, epitet, antonomasia, eponym, metonimia dan alusi. Alusi bermaksud bayangan yang membayangkan atau merujuk sesuatu cerita secara tidak langsung contohnya, melalui tayangan video tentang rebut mengingatkan seseorang kepada peristiwa tsunami. Antonomasia pula merujuk kepada sesuatu gelaran di sesebuah institusi misalnya, Professor atau Ketua Jabatan.Seterusnya epitet pula merupakan suatu huraian yang menjelaskan atau menggantikan nama sesuatu benda atau gaya bahasa misalnya, butiran manik jatuh bercucuran di pipinya. Epitet yang dimaksudkan ialah butiran manik yang sebenarnya air mata. Eponim pula ialah sejenis gaya yang menggunakan nama seseorang yang memiliki sifat tertentu dikait dengan sifat seseorang contohnya, Kamu selalu bersikap seperti Mat Jenin!. Eufemisme pula merupakan kata atau ungkapan yang lebih halus untuk menggantikan ungkapan kasar contohnya, khinzir digunakan untuk menggantikan perkataan babi. Seterusnya, metonimia pula digunakan untuk menghuraikan sesuatu jenama contohnya, jenama Maggi dihuraikan dengan istilah mee segera atau mee dua minit. Ciri terakhir gaya bahasa pertautan ialah sinekdok, iaitu pemilihan perkataan ringkas yang dapat menggambarkan sesuatu secara keseluruhannya contohnya, Ahmad tidak suka melihat batang hidung budak itu di rumahnya. Perkataan batang hidung mewakili keseluruhan tubuh budak tersebut (Nik Hassan Basri,2005)Seterusnya, ciri stilistik kedua ialah gaya bahasa penyirnaan yang merujuk kepada pengguguran sesuatu unsur bahasa seperti bunyi, suku kata, kata, frasa atau ayat. Unsur-unsur bahasa penyirnaan ialah sinkof, afesis, akronim, apokop, ellipsis, dan aferisis. Sinkope atau sinkof ialah pemendekan sesuatu perkataan dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dari bahagian tengah perkataan itu misalnya, perkataan ha dalam sahaja digugurkan, menjadi saja, huruf id dalam tidak, menjadi tak. Aferisis pula merujuk kepada pengguguran bunyi atau huruf, suku kata atau perkataan awal dalam sesuatu ujaran contohnya, perkataan hujung menjadi ujung.Selain itu, terdapat juga unsur penyirnaan yang membentuk perkataan yang dapat disebut, iaitu akronim contohnya, MARA yang bermaksud Majlis Amanah Rakyat. Sementara itu, apokop pula merujuk kepada perkataan yang mengalami pengguguran huruf akhir, praakhir atau suku kata akhir contohnya, ayahanda menjadi ayah sahaja. Unsur bahasa seterusnya ialah elipsis, iaitu pengguguran perkataan, frasa atau rangkai kata dalam ayat contohnya, ayat Ahmad telah pulang merupakan penyingkatan daripada ayat lengkap Ahmad telah pulang dari kampung. Frasa dari kampung dalam ayat ini telah digugurkan. Unsur afesis pula menggugurkan bunyi vokal bagi sesuatu perkataan misalnya, perkataan abang disebut bang.Ciri stilistik ketiga pula ialah gaya bahasa pengulangan yang meliputi pengulangan bunyi, suku kata, perkataan, frasa atau bahagian ayat. Sehubungan dengan itu, terdapat lima ciri gaya bahasa pengulangan yang penting, iaitu aliterasi, anaphora, asonasi, epifora dan rima. Aliterasi ialah pengulangan konsonan yang mempunyai bunyi yang sama dalam perkataan misalnya, tidak setulus hatiku (pengulangan konsonan t), manakala asonansi merujuk kepada pengulangan vokal misalnya, bajuku ungu (pengulangan vokal u) dalam sajak Aku Menjadi Lebih Berani karya Latifah Haji Shebli dalam Antologi Anak Laut (2000).Seterusnya, anaphora pula ialah pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat secara berurutan untuk memperoleh kesan tertentu contohnya, perkataan hutang dalam pantun :Pisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peti,Hutang emas boleh dibayar,Hutang budi dibawa mati.Melalui gaya bahasa pengulangan, epifora atau epistrofa pula merupakan pengulangan perkataan, frasa, beberapa perkataan pada akhir baris atau beberapa perkataan pada akhir ayat secara berurutan contohnya, pengulangan perkataan bunga-bunga dalam sajak karya, T. Alias Taib (1985) yang berjudul Perkahwinan seperti berikut :Ranjangnya ditumbuhi bunga-bungaKelambunya ditumbuhi bunga-bungaTilamnya ditumbuhi bunga-bungaBantalnya ditumbuhi bunga-bungaSeterusnya gaya bahasa pengulangan terakhir ialah rima. Rima merupakan pengulangan bunyi dalam puisi. Rima sendiri terdiri dari dua bahagian, iaitu rima kata dan rima baris. Rima kata turut terdiri dari dua bahagian, iaitu rima yang terdapat dalam suku kata, dan rima yang mengulang perkataan tersebut sepenuhnya. Rima suku kata ini hanya mengulang bunyi pada suku kata sahaja contohnya, sayur-mayur, lauk-pauk, gilang-gemilang.Sehubungan dengan itu, rima baris biasanya digunakan dalam puisi dua baris (disticond), dan sajak empat baris (quatren). Terdapat beberapa bentuk rima baris iaitu pola aaaa, aabb, abab, abba. Rima dengan pola aaaa, juga dikenali sebagai rima dengan bunyi yang sama contohnya,Purnama rayaBulan bercahayaAmat cuacaKe maya padaRima dengan pola aabb pula turut dikenali sebagai rima berangkai contohnya,Di malam suramAku mendendamDi pagi berkabutHati berserabutRima dengan pola abab dikenali juga sebagai rima berselang contohnya, puisi quatren yang berikut :Purnama rayaPungguk merayuDinda berselokaAyahda beraduRima yang mempunyai pola abba, dikenali sebagai rima yang diapit dan amat jarang digunakan dalam puisi moden. Bentuk ini jarang sekali digunakan dalam puisi-puisi moden. Contoh puisi yang menggunakan pola abba ini adalah seperti berikut :Ketika hati dilanda kalutEngkau dating mengisi jiwaKau hadir di saat dukaMenghiburkan hati yang berliput kabutSeterusnya, ciri stilistik keempat ialah gaya bahasa pertentangan yang mengemukakan makna yang bertentangan dan terdiri daripada tiga ciri sahaja, iaitu hiperbola, paradox dan inversi atau anaskof. Hiperbola berasal daripada bahasa Yunani yang merupakan gabungan perkataan hyper yang bermaksud melebihi atau ballien yang bererti meluahkan atau mengeluarkan. Oleh itu, hiperbola bermaksud pembaziran atau suatu cara yang melebih-lebihkan semata-mata untuk mencapai kesan tertentu. Dengan perkataan lain, hiperbola ialah ungkapan yang melebih-lebihkan apa yang sebenar dimaksudkan daripada segi jumlahnya, ukurannya dan sifatnya (Moeliono, 1984:3) contohnya, (a) seribu tahun sanggup kutunggu mempunyai ciri hiperbola kerana kita sedia maklum bahawa tiada manusia zaman sekarang yang boleh hidup sehingga seribu tahun atau beribu-ribu tahun, (b) hatiku bagaikan dikunyah-kunyah sehingga lumat juga mempunyai ciri hiperbola kerana menunjukkan keadaan hati yang sakit secara melampau. Paradox pula ialah sejenis gaya bahasa pertentangan yang mengandungi pertentangan yang nyata dengan fakta yang ada, tetapi kenyataannya mengandungi, paradox memaparkan suatu keadaan atau suasana yang berlawanan contohnya,Gajinya besar tetapi hidupnya melaratRupa parasnya cantik tetapi tidak berbudi bahasaInversi atau anastrof merupakan gaya bahasa pertentangan yang memberi tumpuan kepada pembalikan kata-kata atau frasa yang berbeza dari segi susunannya yang lazim. Gaya bahasa inversi boleh juga berlaku apabila ayat disusun dengan dimulai oleh predikat dan diikuti oleh subjek, sama ada ayat aktif songsang atau ayat pasif songsang. Contoh inversi ialah telah tumpah gerimis (sepatutnya, gerimis telah tumpah), apa yang kurang dikeji jangan (sepatutnya, apa yang kurang jangan dikeji).Ciri stilistik kelima, iaitu gaya bahasa perbandingan yang terdiri daripada imejan, metafora, personafikasi, pleonasme dan simile. Bahasa perbandingan menerangkan sesuatu perkara secara berkias dan secara tidak langsung, perkara ini dapat menjaga perasaan terhadap sesuatu yang ingin disampaikan. Gaya bahasa ini menyamakan sesuatu benda dengan keadaan atau peristiwa lain. Penyampaian gaya bahasa perbandingan ini terdiri daripada empat iaitu imejan, metafora, personafikasi, pleonasme, dan similie.Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), imejan merujuk makna sesuatu perkataan yang berkaitan dengan imej yang terbayang dalam minda penutur atau pendengar. Imej yang dimaksudkan ini tidak bersifat visual kerana ia tidak dapat menepati gambaran sebenar yang dimaksudkan atau yang telah sedia ada misalnya, kereta buruk itu mungkin wujud pula beberapa imej bagi satu ungkapan dan dalam keadaan yang lain mungkin wujud pula beberapa ungkapan yang berkongsi imej yang sama.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), metafora merujuk kepada penggunaan kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan berkenaan (sebagai perbandingan atau kiasan). Metafora sering hadir dalam karya sastera. Menurut Asmah Haji Omar (1996) pula, definisi metafora tidak hanya terbatas sekadar bunga-bunga bahasa atau bahasa yang indah tetapi lebih dalam daripada pengertian itu di mana metafora juga menggambarkan system konseptual sesuatu bahasa dan kepercayaan terhadap kebudayaan para penutur asli bahasa tersebut. Seterusnya, unsur personafikasi pula ialah gambaran yang menganggap benda-benda dan idea seperti sifat manusia. Contoh unsur bahas apersonafikasi ialah perkataan tersenyum, membisikkan, berlari, melambai-lambai dan berarak, iaitu sifat manusia yang diberikan kepada bulan, angina, masa, pohon nyiur dan awan seperti dalam ayat yang berikut :a) Bulan tersenyum manis padakub) Angin yang membisikkan nada rinduc) Masa berlari derasd) Pohon nyiur melambai-lambaie) Awan berarakPleonasme pula merupakan keterangan berulang untuk sesuatu perkara yang diperkatakan dalam sesuatu ayat. Keterangan berulang dilakukan agar sifat atau hal yang dimaksudkan itu lebih jelas untuk pembaca atau pendengar. Oleh itu, contoh pleonasme terdapat dalam baris puisi yang memperkatakan tentang alun (ombak) dan sifatnya, iaitu naik tinggi dan turun melembah jauh ke bawah seperti berimut :Alun bergulung naik meninggi,Turun melembah jauh ke bawah Seterusnya, unsur terakhir gaya bahasa perbandingan ialah simile. Simile ialah bahasa kiasan yang menyamakan satu hal yang lain dengan menggunakan kata-kata pembandingan, iaitu seperti bagai, sebagai, bak, missal, laksana, seumpama. Perumpamaan atau perbandingan ini merupakan bahasa kiasan yang paling sederhana dan banyak digunakan dalam sajak misalnya dalam sajak yang berikut.Stilistik merupakan kajian yang berkaitan gaya penggunaan bahasa sama ada secara lisan atau tulisan. Gaya penggunaan bahasa dalam stilistik merupakan kepelbagaian bahasa yang biasa digunakan dalam bahan sastera seperti sajak dan novel. Sehubungan dengan itu, ciri-ciri stilistik terdapat dalam lima jenis gaya bahasa iaitu pertautan, penyirnaan, pengulangan, pertentangan dan perbandingan. Kelima-lima gaya bahasa dalam stilistik tersebut telah dihuraikan secara terperinci dalam bab ini. Begitu juga dengan perbincangan tentang keberkesanan stilistik dalam bahasa.Gaya bahasa stilistik didapati dapat meningkatkan penggunaan bahasa lisan dan penulisan dalam pelbagai wacana. Individu yang gemar meneliti atau menulis bahan sastera seperti sajak dan novel didapati menggunakan kelima-lima gaya bahasa stilistik tersebut dalam aktiviti penulisan atau lisan. Secara tidak langsung, kemahiran komunikasi secara lisan dan tulisan dapat dipertingkatkan. Selain itu, para penulis sama ada penulis ilmiah atau sastera dapat mempelbagaikan tulisannya dengan memasukkan gaya bahasa stilistik. Secara tidak langsung, tumpuan terhadap aspek tatabahasa semata-mata dapat dihindarkan dalam penulisan. Hasil tulisan juga pastinya lebih diminati kerana menggunakan ciri-ciri stilistik. Seterusnya keberkesanan ciri-ciri stilistik melalui gaya bahasa yang berlainan berupaya menunjukkan perbezaan gaya penulisan penulis tersohor tanah air. Selain itu, keberkesanan stilistik dalam bahasa memperlihatkan pengaruhnya dalam penguasaan bahasa para pelajar sama ada di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Secara tidak langsung, pengetahuan tentang stilistik dan penggunaanya pastinya menyebabkan para pelajar terbabit mengaplikasikannya dalam penulisan sama ada di sekolah atau di institusi pengajian tinggi.

3.0 Soalan 1 : Menelaah, mengumpul dan menghasilkan bahan maklumat dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik.

3.1 SUB TAJUK

3.2 PENGENALAN3.2.1 TITIK PERMULAAN KAJIAN BAHASA

Catatan awal sejarah ilmu linguistik-kajian bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi (India). Namun begitu, titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Mempunyai kaitan- penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan buktidalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.

3.2.2 SEJARAH LINGUISTIK ZAMAN YUNANI

Orang Yunani-Golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa.Tamadunterawal yang wujud di atas mukabumi ini. Kehebatan- aspek bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Kehidupan yang dibendung oleh falsafah, menyebabkan kajian mereka banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle.

3.2.3 SEJARAH LINGUISTIK ZAMAN ISKANDARIAH

Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani. Namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb,participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjanaturut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.

3.2.4 SEJARAH LINGUISTIK ZAMAN ROM

Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbangkepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walaubagaimanapun, sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.

3.2.5 SEJARAH LINGUISTIK ZAMAN PERTENGAHAN (ZAMAN RENAISSANCE)

Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. Pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.

3.2.6 SEJARAH LINGUISTIK ZAMAN ARAB

Pada zaman Arab, bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia setelah eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Quran dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.

3.2.7 SEJARAH LINGUISTIK ZAMAN INDIA

Pada zaman India bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis. Sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.3.2.8 SEJARAH LINGUISTIK ZAMAN LINGUISTIK PERBANDINGAN

Linguistik perbandingan ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. Linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. Teknik asas linguistik perbandingan ialah "kaedah perbandingan" yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon. Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk. Zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.

3.2.9 SEJARAH LINGUISTIK ZAMA MODEN

Perkembangan linguistik zaman moden berlaku sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistik deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut melahirkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.

4.0 Soalan 2 : Menghuraikan sifat-sifat bahasa mengikut teori Noam Chomsky dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai.

4.1 SIFAT-SIFAT BAHASA4.1.1 MEMPUNYAI SISTEMSetiap bahasa mempunyai peraturan atau sistemnya yang tersendiri. Sistem bahasa dilihat dari sudut unit atau unsur atau komponen bahasa yang disusun mengikut cara-cara tertentu. Sistem bererti susunan teratur, berpola dan membentuk suatu keseluruhan yang bermakna atau berfungsi. Sistem ini dibentuk oleh sejumlah unsur atau komponen yang berhubungan secara fungsional antara satu sama lain dan bersifat sistematis dan sistemis. Sistematis bermaksud bahasa tersusun menurut satu pola, iaitu ia tidak tersusun secara sembarangan. Sistemis pula bermaksud bahasa bukan merupakan sistem tunggal tetapi terdiri daripada sub-sub sistem atau sistem bawahan yang terdiri daripada fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Unit atau unsur bahasa disusun mengikut cara-cara tertentu, contohnya fonem, mofem, kata, frasa, klausa dan ayat. Sistem bunyi dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab misalnya, adalah berbeza-beza.

4.1.2 MEMPUNYAI LAMBANGSesuatu lambang biasanya dikaitkan dengan unsur tanda. Unsur tanda terdiri daripada penanda dan petanda. Selain dipakai sebagai istilah generik, daripada semua termasuk kajian semiotik juga merupakan sesuatu yang dapat menandai atau mewakili idea, fikiran, perasaan, benda dan tindakan secara langsung dan alamiah. Misalnya, kalau di kejauhan kelihatan ada asap membumbung tinggi maka kita tahu bahawa di sana ada api sebab asap merupakan tanda akan adanya api. Lambang tidak bersifat langsung dan alamiah. Lambang menandai sesuatu yang lain secara konvensional, tidak secara alamiah dan langsung. Lambang juga sering disebut bersifat arbitrari, iaitu tidak adanya hubungan langsung yang bersifat wajib antara lambang dengan yang dilambangkan.

4.1.3 TERDIRI DARIPADA BUNYIBunyi bahasa dihasilkan oleh alat ucapan manusia dan bermakna. Bunyi bahasa ialah fonem (fon, fonem, fonemik). Bahasa pada asasnya terdiri daripada bunyi-bunyi melainkan bahasa isyarat yang sangat terhad penggunaannya. Bunyi dihasilkan oleh alat pertuturan manusia. Oleh itu, bahasa manusia tidak akan terdiri daripada ketukan mesin taip, warna, bau, resepi, perubahan suhu ataupun campuran bahan kimia. Manusia boleh menghasilkan beribu-ribu bunyi melalui pelbagai cara.4.1.4 BERMAKNASemua ujaran bahasa yang dihasilkan perlu difahamai oleh masyarakat pendengar. Contohnya bahasa Jepun yang diucapkan oleh penuturnya hanya difahami oleh masyarakat Jepun, tetapi tidak difahami oleh penutur Turki. Lambang-lambang bunyi bahasa yang bermakna dalam bahasa merupakan satuansatuan bahasa yang mewujudkan mofem, kata, frasa, klausa, ayat dan wacana. Semua satuan ini memiliki makna. Oleh kerana bahasa itu bermakna, maka segala ucapan tidak mempunyai makna adalah bukan bahasa. Justeru, bentuk-bentuk bunyi yang tidak bermakna dalam bahasa apa pun bukanlah bahasa kerana fungsi bahasa adalah menyampaikan mesej, konsep,idea atau pemikiran.

4.1.5 ARBITRARI Tidak akan berlaku hubungan hayati antara bunyi yang dilafazkan atau ditulis dengan benda atau objek. Walau bagaimanapun, antaranya perlu bersifat konvensional. Arbitrari bermaksud sewenang-wenangnya, berubah-ubah atau tidak tetap, tidak adanya hubungan wajib antara lambang bahasa dengan konsep atau pengertian yang dimaksudkan oleh lambang tersebut. Contohnya, antara [unta] dengan yang dilambangkannya iaitu sejenis binatang berkaki empat yang biasa ditunggani. Kita tidak dapat menjelaskan sebab binatang tersebut dilambangkan dengan bunyi [unta] bukanya [tanu] atau [unat]. Tentu hanya ada satu bahasa yang meskipun berbeza, tetapi perbezaannya tidak terlalu banyak. Ada pendapat yang mengatakan bahawa ada sejumlah kata dalam bahasa apa-apa sekali pun yang lambangnya berasal daripada bunyi yang diwakilinya. Selain itu, penutur asli juga tidak boleh bertanya punca binatang itu diberikan nama unta kerana sebahagian daripada nama yang telah diberikan itu tidak mempunyai jawapan atau bersebab.

4.1.6 BERSIFAT KONVENSIONAL Maksud bahasa bersifat konvensional ialah semua aspek bahasa sudah disepakati oleh masyarakat penutur bahasa berkenaan. Oleh itu, semua penutur bahasa tersebut mematuhi bahawa lambang tertentu mewakili objek, perkataan atau peristiwa. Ini bererti ciri yang terdapat dalam sesuatu bahasa diiktiraf oleh penutur natifnya. Persetujuan dilakukan sama ada secara sedar ataupun tidak. Hal ini bermaksud semua anggota masyarakat berkenaan harus mematuhi konvensi, bahawa lambang tertentu digunakan untuk mewakili konsep yang diwakilinya. Contohnya, jika perkataan kereta merujuk kepada sejenis kenderaan beroda empat, maka angota masyarakat bahasa berkenaan harus mematuhinya. Jika tidak dipatuhi atau menggantikannya dengan lambang lain maka komunikasi akan bercelaru. Kekonvensionalan bahasa terletak pada kepatuhan para penutur bahasa untuk menggunakan lambang itu sesuai dengan konsep yang dilambangkannya. Contoh lain, jika penutur bahasa Turki mengucapkan ders sebagai pelajaran, maka semua penutur bahasa tersebut akan mengucapkan ders sebagai merujuk kepada pelajaran.

4.1.7 PRODUKTIF Apabila bahasa dikatakan bersifat produktif, ini bererti, walaupun unsur bahasa terhad tetapi jumlah yang dibentuk oleh bahasa tidak terbatas. Ini bermaksud banyak hasilnya atau lebih tepat terus-menerus menghasilkan. Sekiranya bahasa itu dikatakan produktif meskipun unsur-unsur bahasa itu terbatas, tetapi dengan unsur yang jumlah yang terbatas itu dapat dibuat satuan-satuan bahasa yang jumlahnya tidak terbatas meskipun secara relatif, sesuai dengan sistem yang berlaku dalam bahasa itu. Contohnya, fonem-fonem /m/, /a/ ,/a/ dan /s/ dapat menghasilkan satuan-satuan bahasa /m/-/a/-/s/-/a/, /s/-/a/-/m/-/a/, /a/-/s/-/a/-/m/, dan lain-lain.

4.1.8 UNIK Bahasa yang bersifat unik bermaksud mempunyai ciri-ciri khas yang spesifik yang tidak dimiliki oleh bahasa lain. Ini bermaksud mempunyai ciri yang tersendiri. Salah satu keunikan yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah ia bersifat aglutinatif (kata dasar menerima imbuhan untuk menukar makna). Contohnya: jalan, berjalan, perjalanan, menjalankan, jalanan, dijalankan.

4.1.9 UNIVERSAL Setiap bahasa mempunyai kesamaan ciri-ciri tertentu dengan bahasa lain. Maksud universal iaitu adanya ciri-ciri yang sama yang dimiliki oleh setiap bahasa yang ada di dunia ini. Ciri-ciri yang universal ini merupakan unsur bahasa yang paling umum yang biasanya boleh dikaitkan dengan ciri-ciri atau sifat-sifat bahasa lain. Oleh kerana bahasa itu merupakan ujaran, maka ciri universal dari bahasa yang paling umum adalah bahawa bahasa itu mempunyi bunyi bahasa yang terdiri dari vokal dan konsonan. Contohnya, dalam bahasa Melayu terdapat enam vokal tiga diftong dan sembilan belas konsonan. Manakala, dalam bahasa Arab pula terdapat tiga vokal pendek, tiga vokal panjang dan 28 konsonan. Bahasa Inggeris pula mempunyai enam belas vokal termasuk diftong dan 24 konsonan. Contoh yang lain ialah semua bahasa mempunyai kata kerja misalnya dalam bahasa Melayu terdapat kata kerja transitif, manakala dalam bahasa inggeris terdapat transitif verb.

4.1.10 DINAMIS Bahasa boleh menerima pengaruh bahasa lain. Bahasa adalah satu-satunya milik manusia yang tidak pernah lepas dari segala kegiatan dan gerak manusia sepanjang keberadaan manusia itu sebagai makhluk yang berbudaya dan bermasyarakat. Tidak ada kegiatan manusia yang tidak disertai oleh bahasa. Oleh kerana keterikatan dan keterkaitan bahasa itu dengan manusia sedangkan dalam kehidupannya dalam masyarakat, kegiatan manusia itu tidak tetap dan selalu berubah maka, bahasa itu juga menjadi ikut berubah. Iaitu menjadi tidak tetap dan tidak statik. Oleh kerana itulah bahasa disebut dinamis iaitu bahasa boleh menerima pengaruh bahasa lain. Misalnya bahasa Melayu menerima atau meminjam perkatan seperti dari bahasa Arab (akhirat) , bahasa Cina (mee), bahasa Inggeris (komputer), bahasa Sanskrit (dunia), bahasa Tamil (kedai) dan lain-lain.

4.1.11 BERVARIASI Variasi disebabkan oleh ramainya penutur dalam sesuatu bahasa dan luasnya kawasan bahasa tersebut. Variasi bahasa dilihat dari segi idiolek, dialek dan ragam bahasa. Anggota masyarakat suatu bahasa biasanya terdiri dari pelbagai status sosial dan latar belakang. Oleh kerana latar belakang dan lingkungannya tidak sama, maka bahasa yang mereka gunakan menjadi bervariasi atau beragam. Idiolek adalah variasi atau ragam bahasa yang bersifat perseorangan. Manakala dialek pula merupakan variasi bahasa yang digunakan oleh sekelompak anggota masyarakat pada suatu tempat atau suatu waktu.Misalnya di Indonesia mengenal adanya bahasa Jawa dialek Banyumas, bahasa Jawa dielek Tegal dan sebagainya. Isoglos adalah satu istilah bagi merujuk sempadan antara satu dialek dengan dialek yang lain. Variasi bahasa lazimnya disebut dengan nama dialek regional, dialek areal, atau dialek geografi. Ragam bahasa pula adalah variasi bahasa yang digunakan dalam situasi, keadaan atau untuk keperluan tertentu. Untuk situasi formal digunakan ragam bahasa yang disebut ragam baku, untuk situasi tidak formal digunakanragam yang tidak baku.

4.1.12 BEBAS Bahasa yang bersifat bebas atau bukan mandatori bermaksud tidak boleh dipaksa oleh individu atau kerajaan untuk memaksa masyarakat itu menerima atau mengguna pakai apa-apa aspek bahasa seperti perkataan-perkataan tertentu secara paksaan. Misalnya, jika ada seorang menteri memaksa atau memperkenal penggunaan perkataan infotaiment sebagai satu perkataan yang merujuk kepada sesuatu konsep, maka perkataan tersebut jika tidak dapat diterima oleh masyarakat bahasa itu, maka perkataan tersebut akan lenyap begitu sahaja. 4.1.13 MANUSIAWI Bahasa manusia adalah milik manusia. Bahasa adalah suatu aktiviti manusia dan bukannya aktiviti makhluk lain. Hanya manusia yang boleh berbahasa. Makhluk lain seperti haiwan, tidak boleh berbahasa. Telah diketahui juga bahawa burung, monyet dan orang hutan dapat mengeluarkan bunyi pertuturan seperti manusia. Tetapi ternyata bahasa manusia lebih baik kerana keupayaan manusia untuk mencantumkan bunyi-bunyi itu menjadi suku kata tetapi ini tidak berlaku kepada haiwan. Banyak haiwan boleh dilatih menutur bahasa manusia seperti burung kakatua, tetapi haiwan seperti itu hanya boleh menutur sahaja tetapi tidak boleh menggunakan bahasa dalam konteks yang betul

5.0 Soalan 3 : Merujuk dan memilih sebuah cerpen untuk dianalisa tentang penggunaan unsur-unsur stilistik dengan mengemukakan contoh-contoh yang jelas dan tepat.

5.1 ANALISIS

GAYA BAHASA

ASONANSIALITERASI

tapak balik kuang ( ms 67)Pengulangan vokal atampar sinar matahari (ms 68)Pengulangan konsonan r

anak perawan (ms 71)Pengulangan vokal akelopak bawang dikobak (ms 69)Pengulangan konsonan k

sambar tangan (ms 71)Pengulangan vokal agenggam penumbuk kanan (ms 70)Pengulangan konsonan n

jamah serata (ms 71)Pengulangan vokal asi Calak berkokok merisik (ms 69)Pengulangan konsonan k

matanya meliar (ms 68)Pengulangan amendung yang menyampah (ms 72)Pengulangan konsonan n

sayap dikepak-kepak (ms 69)Pengulangan amenunduk sambil menggetis anyaman (ms 75)Pengulangan konsonan m

segala khayalan (ms 70)Pengulangan vokal alemah gemalai mencempung genggaman (ms 75)Pengulangan konsonan g

api menyambar daging (ms 70)Pengulangan vokal a

terselit di dinding (ms 70)Pengulangan vokal i

menusuk tubuh (ms 66)Pengulangan u

menenggek melentang (ms 72)Pengulangan vokal e

Jumlah = 11Jumlah = 7

GAYA BAHASA

ANAFORAEPIFORA

Semuanya bedebah. Semuanya! (ms 66)Pengulangan semuanyaSiti tercangkung selamba di sudut kamar mengapuk kedua-dua belah lutut. Kepala dihantuk-hantuk ke lutut. (ms 67)Pengulangan perkataan lutut.

Semua serba mati. Semua serba kaku. (ms 69)Pengulangan perkataan semua serba

Tak ada daya untuk keluar. Tak ada berkuasa untuk berkata. Tak ada apa-apa untuknya. (ms 70)Pengulangan perkataan tak ada

Dia hanya perempuan. Dia hanya benda mati. (ms 70)Pengulangan perkataan dia hanya

Dia hanya senduk. Dia hanya sudip. Dia hanya sudu. (ms 70)Pengulangan perkataan dia hanya

Dia perlu upaya. Dia perlu keberanian. (ms 71)Pengulangan perkataan dia perlu.

Biar terus meninggalkan kamar yang semakin hari semakin berneraka ini. Biar terus meninggalkan ibu dan ayah yang jelas hidup di dunia yang amat jauh terasing (ms 72)Pengulangan perkataan biar terus

Dia akan menjadi seorang wanita pada kala itu. Dia akan dijajah dengan penuh cinta. (ms 73)Pengulangan perkataan dia akan

Semuanya kaku. Semuanya mati. (ms 75)Pengulangan perkataan semuanya.

Jumlah = 9Jumlah = 2

GAYA BAHASA

RIMAREPITISI

Entah kayu entah kelapa (ms 65)Pengulangan perkataan entah

Comel tersentak sekali gus; mengiau, lari, beralih sekali dan lari lagi turun tangga. (ms 66)Pengulangan perkataan lari

Dia meluru masuk bilik tidur, menutup tingkap, duduk, bangun, duduk lagi, bingkas berdiri lantas membuka tingkap semula. (ms 67)Pengulangan perkataan duduk

Cicak menggerapai lari lintang tak lintang (ms 68)Pengulangan perkataan lintang

Aku tidak mahu. Aku tidak mahu. Aku tidak mahu (ms 68)Pengulangan keseluruhan ayat.

Pisau dicapai, bawang besar dicekak tiga ketul sekali gus; dibelah sekali tekan, dicincang,dicincang, dicincang. (ms 69)Pengulangan perkataan dicincang

Dihiris lambat-lambat, tapi kemudian menjadi bertambah cepat,cepat lagi dan lagi bertambah cepat. (ms 69)Pengulangan perkataan cepat dan lagi.

Ditekannya kuat-kuat, sambar sebiji lagi, dibaring atas papan lapik, ditakik,ditakik, dan ditakik. (ms 69)Pengulangan perkataan ditakik

Tudung yang terhinggut-hinggut dikais hingga menyenget, ditikamnya hujung sudip di pantat periuk, dikacau, dikacau, dikacau, dan dikacau. (ms 69)Pengulangan perkataan dikacau

GAYA BAHASA

RIMAREPITISI

Serba mati serba kaku seperti dirinya seorang perempuan. (ms 70)Pengulangan perkataan serba

Aku tidak mahu. Aku tidak mahu. Aku tidak mahu. Aku tidak mahu! (ms 70)Pengulangan keseluruhan ayat.

Dan aku adalah sudu, adalah sudip, adalah senduk. (ms 70)Pengulangan perkataan adalah

Dia tidak mahu. Dia tidak mahu. (ms 71)Pengulangan keseluruhan ayat.

Aku tidak mahu. Aku tidak mahu. Aku tidak mahu. Aku tidak mahu. (ms71)Pengulangan keseluruhan ayat.

Aku tidak mahu. Aku tidak mahu. Aku tidak mahu. Aku tidak mahu. (ms71)Pengulangan keseluruhan ayat.

Biar terus meninggalkan kamar yang semakin hari semakin berneraka ini. (ms 72)Pengulangan perkataan semakin

Di sanalah bertakhtanya kebebasan yang abadi. Di sanalah. Disanalah. (ms 72)Pengulangan perkataan di sanalah

Mau benar kebebasan tetapi bukan kebebasan itu yang dicari. (ms 73)Pengulangan perkataan kebebasan.

Ada lamunan ada pelamunnya. (ms 73)Pengulangan perkataan ada

Ada anak ada bapanya. (ms 73)Pengulangan perkataan ada

Ada tanah ada pemugarnya. (ms 73)Pengulangan perkataan ada

Telunjuk itu diramas sekuat tenaga yang ada, diramas lagi, diramas lagi dan diramas lagi. Terasa darah dan nanah membuak keluar diresapi kain pembalut. (ms 75)Pengulangan perkataan diramas lagi.

Salam Haji Rahmat adalah salam keramat bagi ayah dan ibu. (ms 74)Pengulangan perkataan salam.

Jumlah = 0Jumlah = 23

Saya memilih unsur pengulangan bagi membuat analisis terhadap cerpen Perempuan yang dikeluarkan oleh Berita Minggu, 21 Oktober 1973. Cerpen ini berkisarkan seorang perempuan yang ingin dijodohkan dengan lelaki yang tidak disukainya. Akan tetapi perempuan ini langsung tidak berpeluang untuk menolak pinangan tersebut, oleh itu cerpen ini menceritakan bagaimana peritnya dan sakitnya perasaan seorang perempuan apabila dipaksa untuk berkahwin secara paksa. Walaupun latar belakang cerpen ini menceritakan suasana kampong, namun sifat perempuan ini langsung tidak menggambarkan ciri-ciri wanita melayu yang dikatakan lemah-lembut dan bersopan-santun. Sifat wanita ini sungguh kasar dan sering mengeluarkan kata-kata kesat. Tindak- tanduknya juga tidak melambangkan ciri-ciri kewanitaan. Oleh itu, saya kira cerpen ini tidak elok untuk menjadi bahan bacaan muda mudi tonggak negara. Setelah membuat analisis dan perkiraan yang teliti. Cerpen ini banyak menggunakan unsur pengulangan dalam penceritaannya. Gaya bahasa repitisi paling banyak digunakan iaitu sebanyak 44.2 %. Ini menunjukkan penulis kerap menekankan apa yang ingin disampaikan dalam bentuk pengulangan dalam satu ayat.Seterusnya, sebanyak 21.2 % gaya bahasa asonansi yang terdapat dalam cerpen Perempuan. Manakala gaya bahasa anafora sebanyak 17.3 % berbanding epifora sebanyak 3.8 % sahaja. Aliterasi pula sebanyak 13.6 % digunakan dalam cerpen ini.Jika dilihat secara keseluruhan, penulis seolah-olah menggunakan unsur pengulangan kerana ini menekankan apa yang ingin diperkatakan itu.

6.0 RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Professional.Abdullah Hassan dan Ainon