modul bmm 3109

Download modul bmm 3109

Post on 08-Aug-2015

986 views

Category:

Documents

6 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

MODUL BMM 3109 - MORFOLGI BAHASA MELAas salam and welcome..

TAJUK 1

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Konsep Morfologi Bentuk kata Bahasa Melayu Golongan kata Bahasa Melayu

Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

Abdullah Hassan (2006) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukkannya. Unitunit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang

terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri. Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat khabar. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah besar besar dan baju baju. Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran dan sisipan. Imbuhan imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh diandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menjelaskan konsep Imbuhan. menjelaskan jenis-jenis Imbuhan. menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Rajah 1.2 Kerangka Tajuk

1.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep menjelaskan konsep Imbuhan, menjelaskan jenis-jenis Imbuhan dan menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

1.1 Definisi Imbuhan Apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan? Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi. Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif.

Nik Safiah Karim dan rakan (1996) : Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri. Di dalam pemakaiannya, imbuhan mestilah dirangkaikan dengan perkataan. Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk perkataan dengan cara mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhan-imbuhan tertentu supaya dengan demikian akan timbullah satu perkataan yang membawa konsep yang baharu.

1.2 Jenis-Jenis Imbuhan Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur yang besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing. 1.2.1 Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan pula kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

1 .2.1.1 Awala lan

Imbuh an yang diletak kan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-, ke-, dan lain-lain. Misalnya ber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil,

1.2.1.2 Akhiran Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata dasar) dalam pemakaian. Misalnya kan dalam jalan+kan dan -i dalam akhir+i. 1.2.1.3 Apitan Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam ke+cantik+an dan di-.....-i dalam di+ikut+i, 1.2.1.4 Sisipan Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-, el-, em- dan in-. Misalnya el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-erdalam s+er+uling dan em-, dalam g+em+uruh. 1.2.1.5 Morfem Kosong Tidak Wujud dalam bahasa Melayu. 1.2.1.5 Fleksi Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.

1.2.2 Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam bahasa Melayu Umumnya, dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut. tiga kumpulan ini ialah : 1.2.2.1 Imbuhan Sanskrit Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini amat produktif dan telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu. Namun, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit iaitu awalan dan akhiran.

Awalan maha tata pra swa tuna eka dwi tri panca maharaja tatabahasa prakata swadaya tunabusana ekabahasa dwitahunan tribulan pancaindera man man wan wan wati wati nita nita

Akhiran seniman budiman angkawan jelitawan olahragawati seniwati karyanita biduanita

1.2.2.2 Imbuhan Arab Parsi Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam ke alam Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. Sebagai bahasa rasmi agama Islam, bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini

memudahkan proses asimilasi unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Namun demikian, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran.

Awalan bibiadap bilazim binormal -wi -i -iah -in

Akhiran duniawi abadi lahiriah hadirin munafikin -at hadirat munafikat -ah qariah solehah

1.2.2.3 Imbuhan Yunani Latin - Inggeris Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal daripada imbuhan bahasa Yunani Latin Inggeris. Tetapi umumnya tersebut tidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali beberapa imbuhan awalan seperti pro-,anti-, mono-, poli-, auto- dan supra-.

Awalan proantipoliprobarat antikerajaan poliklinik -isme -isme -ik

Akhiran sosialisme nasionalisme prolifik

autosubsupraheteroheksahidrohomohiperkilomakroinfrainter-

autograf subbidang supranasional heterograf heksagon hidrolisis homogen hiperbola kilometer makrolinguistik intrajabatan intervokal

-ik -si -si -al -al -is -is

saintifik sensasi revolusi praktikal klinikal potensi praktis

Rajah 1.4 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Pinjaman dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

1.3 Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Prosesproses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim

Rajah 1.5 : Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

1.3.1 Proses Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan.

Imbuhan (Awalan) PemMemper-isme -i Peng-.....-an Men-.....-i Ke-...-an bawa kuat

Kata dasar

Kata terbitan pembawa memperkuat nasionalisme dekati pengisyti