modul bmm 3104
TRANSCRIPT
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Tajuk 6Kemahiran Membaca Matlamat dan Jenis Bacaan Peringkat Pengajaran Bacaan Teknik Bacaan – Intensif, Ekstensif, Skimming dan Scanning
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran membaca. Tajuk ini akan
menjelaskan matlamat dan jenis bacaan, peringkat bacaan dan teknik bacaan. Empat teknik
bacaan yang akan dimuatkan ialah teknik bacaan intensif, ekstensif, skimming dan scanning.
Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi.
Walau bagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya
supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Semuanya
harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya murid-murid dapat
menguasai kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini
bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah,
pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan.
Hasil Pembelajaran
1.1 Menjelaskan kemahiran membaca; matlamat, jenis bacaan dan peringkat pengajaran
bacaan
1.2 Menghuraikan teknik bacaan.
1
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Kerangka konsep
Fikirkan:
2
Matlamat dan Jenis Bacaan:
MekanisMentalisIntensifEkstensif
Peringkat Pengajaran Bacaan:Kesediaan membacaPrabacaan MekanisBacaan dan Kefahaman
Prabacaan
Peringkat Pengajaran Bacaan:Kesediaan membacaPrabacaan MekanisBacaan dan Kefahaman
Prabacaan
Teknik bacaan:IntensifEkstensifSkimmingScanning
Pengajaran
Kemahiran
Membaca
BAHASA MELAYU
Memahami Matlamat dan Jenis Bacaan serta Peringkat pengajaran Bacaan dan
Aplikasi Teknik Bacaan Intensif, Ekstensif, Skimming dan Scanning
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Apakah matlamat guru melaksanakan pengajaran kemahiran membaca di sekolah
rendah?
Arahan:
Sila baca dan fahami tentang matlamat pengajaran kemahiran membaca di
sekolah.
Setelah anda memahami matlamat pengajaran kemahiran membaca, sila fahami
jenis bacaan yang boleh anda aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang
teori ini.
Matlamat
Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka
dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan.
Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang
terakam dalam bahan bertulis.
3
Anda perlu tahu matlamat anda
mengajar kemahiran membaca
kepada pelajar-pelajar ! Kini,
fahami pula jenis-jenis bacaan.
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Jenis Bacaan
Bacaan Mekanis
Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat
mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf
dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul .
Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak
membebankan fikiran.
Bacaan Mentalis
Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini dilaksanakan dalam
hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. Tujuan bacaan
mentalis adalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran.
Bacaan Intensif
Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan dengan
tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan
perkara yang dibaca. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti
pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan.
Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid;
memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang
perbendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa; memperkembang usaha
4
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan
latihan.
Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah.
Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran
pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif
akan membolehkan pelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah
kegiatan membaca dilakukan di luar kelas; bahan bacaan perlu sesuai dengan
murid; bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan
terhibur.
Anda sekarang telahpun memahami jenis-jenis bacaan, lakukan rujukan
untuk mengetahui bagaimana jenis bacaan ini dapat diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
5
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Peringkat Pengajaran Bacaan
Peringkat Kesediaan Membaca
Menurut Juriah Long et.al (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat
perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang
menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. Peringkat ini dikatakan
sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau
bacaan asas. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran
kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran
sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-
kanak ialah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta
kecerdasan dan perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak
dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang
diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya
mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi
minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan
terutamanya bahan cerita. Dari segi mental pula, kemampuan kanak-kanak dilihat
dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya
menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.
6
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat
kesediaan membaca ini, anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak
menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai
kemahiran membaca dengan lebih mudah.
Lat
Latihan:
1. Sediakan latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran peringkat
kesediaan dalam kalangan murid-murid yang anda ajar.
Prabacaan
Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Peringkat prabacaan
meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan peglihatan,
aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa
pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga
membaca ayat. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh
mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .
Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh
dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk
mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.
Bacaan Mekanis
Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan , frasa dan
ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi
suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. Kaedah-kaedah
7
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut, kaedah
terus, bunyi kata dan abjad atau mengeja.
Bacaan dan Kefahaman
Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan . Tanpa kefahaman
terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan
dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul
maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu
dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca.
Anda telah pun mempelajari peringkat-peringkat pengajaran bacaan. Cuba
laksanakan peringkar-peringkat tersebut secara kontekstual mengikut tahap
kesesuaian pelajar anda.
8
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Teknik Bacaan
Bacaan Intensif
Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan
secara saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan
bacaan. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk
mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks
bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan iaitu bacaan yang dipilih
secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang
dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah
bahasa. Dalam membaca telaah isi, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca
kritis dan membaca idea adalah ditekankan. Sementara membaca telaah bahasa,
aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, ditegaskan.
Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan
memperkembang kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja
yang dibaca dengan tepat. Ia juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri
9
Banyak bahan yang perlu kita baca !
Kita boleh gunakan pelbagai teknik yang telah diajar oleh guru kita. Teknik bacaan ini akan meningkatkan pemahaman kita.
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian
bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif
biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru.
Konsep-konsep bacaan intensif
a. Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi
perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru.
b. Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur
yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata.
c. Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan kata dalam
ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam
bacaannya.
d. Memperkembangi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan
tulisan.
e. Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting.
Tujuan
· Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi
sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan
baik.
· Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan
dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.
· Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.
10
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
· Menilai atau mengulas isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca.
· Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa.
· Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai.
· Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan
Bacaan Ekstensif
Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi
sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuannya adalah untuk
memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang
berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:
a. membaca tinjauan
b. membaca sekilas
c. membaca dangkal
Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca
akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa, meneliti
indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku, atau melihat judul, bab, rangka kasar,
kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan
menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan.
11
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan
pergerakan mata yang cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis bagi
mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan. Ada tiga tujuan utama dalam
membaca kilas. Pertama, untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi
bacaan. Kedua, untuk mendapat hal-hal tertentu daripada sesuatu bacaan. Ketiga,
untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan.
Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang
bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca. Membaca
begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-
karya ilmiah.
Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti
membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan aspek
pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memahami, dan menaakul isi
bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat
membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Melalui bacaan ini, pelajar-pelajar
akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu
pengetahuan.
Konsep Bacaan Ekstensif
· Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru
· Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok
12
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
· Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan
minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar
· Bahan-bahan yang berbeza
Tujuan
Bacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar :
· Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada
orang lain.
· Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari
· Mendapat pengetahuan sambil berhibur
· Memperkaya bahasa - perbendaharaan kata, ungkapan, struktur ayat dan
sebagainya
· Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan
dan membina daya kreatif
· Menambah minat membaca
· Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik
· Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca
· Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa
· Membentuk tabiat gemar membaca, membuat rujukan dan menggunakan
perpustakaan
· Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa
13
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
SKIMMING
Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat
secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi skimming ini penting
kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang
singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja. Skimming merupakan
proses melihat sepintas lalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea
utama.
PROSEDUR
Langkah-langkah skimming:
1. Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah
maklumat tentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk.
2. Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan
seperti hujah, teknikal dan sebagainya.
3. Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini
menjadi asas untuk ‘skim’.
4. Semasa membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan konteks
petikan tersebut. ‘Konteks’ ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan
tetapi latar kepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa teks itu ditulis;
apakah sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda
untuk memahami tajuk secara umum dan signifikannya.
14
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
5. Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan – anda akan dapati
idea yang penting dan fakta.
6. Baca perenggan akhir dn teliti – di sini biasanya terdapat unsur-unsur
penyimpulan dan rumusan.
Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan
dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan. Kecepatan membuat skiming
ini, berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain.
SCANNING
Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara
cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara
khusus. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari
sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Kecekapan
scanning bergantung kepada penumpuan mental.
PROSEDUR
Langkah-langkah untuk scanning:
1. Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari.
2. Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada
maklumat yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain.
15
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
3. Untuk mempercepatkan proses scanning, gunakan jari anda dan gerakkan
secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca.
4. Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil, perkataan
yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat.
5. Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian anda di
tengah-tengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah.
Anda telah pun mempelajari teknik bacaan. Cuba laksanakan teknik bacaan
tersebut untuk meningkatkan kemahiran membaca.
Syabas! Anda telah pun mahir dengan teknik membaca yang terdapat dalam
modul ini.
Terdapat banyak lagi teknik bacaan yang boleh anda pelajari. Sila lakukan
bacaan ekstensif untuk mengatahui dan mempelajari teknik-teknik bacaan lain
dan aplikasikan dalam pembacaan anda untuk meningkatkan kemahiran
membaca anda.
16
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Tajuk 7PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN
Pendekatan Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan Pengalaman Bahasa
Kaedah Pandang Sebut Kaedah Abjad Kaedah Fonik
Sinopsis
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pendekatan dan kaedah pengajaran
bacaan.Tajuk ini akan menjelaskan pendekatan binaan, cerakinan, komunikatif dan
pengalaman bahasa. Tiga kaedah bacaan yang akan dimuatkan ialah kaedah pandang sebut,
kaedah abjad dan kaedah fonik.
Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi.
Walau bagaimanapun, untuk mencapai kemahiran tersebut pengajaran bacaan perlu diajar
menggunakan pendekatan dan kaedah tertentu yang dapat memberi kesan dalam
pembacaan. Kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya
penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Dalam konteks ini
bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah,
pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan bagi mencapai hasil pembelajaran
kemahiran membaca
Hasil Pembelajaran
1.1 Menghuraikan kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
kemahiran-kemahiran bahasa
17
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Kerangka konsep
18
Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bahasa :
BinaanCerakinanKomunikatifPengalaman bahasa
Kaedah Bacaan
Pandang SebutAbjadFonik
Kaedah Bacaan
Pandang SebutAbjadFonik
Pengajaran
Kemahiran
BAHASA MELAYU
:Pendekat
an dan Kaedah Bacaan
Asas
Aplikasi Pendekatan Kemahiran Membaca Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan Pengalaman Bahasa.
Kaedah Bacaan Asas iaitu Pandang Sebut, Abjad dan Fonik
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN
Pendekatan Binaan
Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis. Mengikut pendekatan
ini pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil
terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar. Unsur-unsur
yang kecil akan membentuk unsur yang lebih besar. Dalam pengajaran kemahiran
membaca, murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. Huruf-huruf
digabungkan menjadi suku kata, dan suku kata digabungkan menjadi perkataan.
Kemudian perkataan akan membentuk ayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedah
abjad.
Pendekatan Cerakinan
Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang mendahulukan
unsur-unsur yang besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur
yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu. Pengajaran kemahiran membaca
mengikut pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. Kemudian ayat itu
dicerakinkan kepada perkataan, dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku
kata dan seterusnya kepada huruf. Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan huruf-
huruf yang tiada makna (abstrak) dengan cerita / ayat yang bermakna. Jadi, murid-
murid mempelajari sesuatu yang bermakna dan menarik
Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi. Yang
dipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana bahasa
digunakan dalam situasi dan konteks tertentu. Untuk melaksanakan komunikasi
dalam kemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaran yang boleh
19
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
mewujudkan situasi di mana pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap dan tidak
hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja. Pelajar perlu
berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara berpasangan, dalam
melakukan pelabagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif.
Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita,
teater pembaca, laporan/ulasan buku dan choral speaking.
Prinsip pendekatan komunikatif:
(i) murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya;
(ii) pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana;
(iii) pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar;
(iv) mempelbagaikan aktiviti komunikasi.
Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)
Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau
pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan mudah
memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya
murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras
yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang
dibincangkan.
Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat pemahaman, iaitu
lateral, interpretasi & inferens, dan penilaian makna. Bagi setiap peringkat, murid-
murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk
memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat tersebut. Sebagai contoh, pada
peringkat lateral, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai
ilmu kebahasaan (istilah, tatabahasa, ragam, laras bahasa, keindahan bahasa dan
sebagainya) untuk mengecam tulisan yang dibacanya.
20
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai
laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan
tersebut. Pada peringkat interpretasi & inferens, pengetahuan atau pengalaman
murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin
disampaikan oleh penulis. Murid-murid akan mudah mentafsir makna sekiranya
bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya. Sebagai
contoh, jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang
pelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membicarakan soal
pelancongan. Sebagai kesimpulannya, mengikut pendekatan ini, pengalaman murid
diberi penekanan dalam pembelajaran bacaan.
Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut;
a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu
mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada
pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain,
b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu
sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka,
c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud
dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep,
d) Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu
dijalankan sebelum aktiviti membaca.
e) Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam pengajaran
pembelajaran membaca.
21
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Apakah kaedah pengajaran membaca yang pernah anda gunakan dalam
pengajaran pembelajaran membaca? Mungkin ada pernah mencuba pelbagai
kaedah. Mari kita belajar kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam
pengajaran bacaan.
Pelbagai kaedah diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang kemahiran membaca.
Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu. Antara kaedah
pengajaran membaca ialah:
Kaedah Pandang Sebut
22
Menggunakan bahan bantu belajar
KAEDAH
PANDANG SEBUT
Menyebut Perkataan
Mencerakinkan perkataan dan
kata
Membina dan membaca ayat
Membaca ayat l
atihan
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan
memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan juga
kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut.
Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenalkan kepada murid-murid dengan
menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-
perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada
bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.
Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau
abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenalkan dengan seluruh perkataan dan
disertai dengan gambar. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-murid cuba
mengenali lambang lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang
membentuk sesuatu perkataan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek, mereka perlu
mengenali banyak lambang.
2.5.1 Kaedah Abjad
23
Menggunakan bahan bantu belajar
KAEDAH
ABJAD
Menyebut nama huruf abjad a – z; huruf besar dan kecil
Menyebut suku kata V dan KV
Mengeja suku kata,
perkataan dan frasa
Membaca ayat l
atihan
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad,
pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku
kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini
dinamakan juga kaedah mengeja. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti
dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf ‘a’ hingga ‘z’ mengikut susunan.
Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung
dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul Aziz Abdul Talib
(2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan.
Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk
huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak.
Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada
nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam
sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu.
Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya,
pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu
dibentuk perkataan. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan
dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata
itu.
24
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Kaedah Fonik
Kaedah fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara
huruf dengan bunyinya. Kaedah fonik hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk huruf dan
bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf
vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan
pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan
dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca.
Setiap kaedah bacaan terdapat kelebihan dan kekurangannya.
Anda perlu cuba mengaplikasikan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian murid
anda . Selamat mencuba dan berjaya!
25
M
e
n
g
g
u
n
a
k
a
n
b
a
h
a
n
b
a
n
t
u
b
e
l
a
j
a
r
KAEDAH FONETIK
latihan
Membunyikan
huruf dan
asosiasi
dengan
benda
Membatang
suku kata
dan
perkataan
Membaca
frasa dan
ayat
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Tajuk 8TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA Survey, Question, Read, Review, Recite(SQ3R); Read,
Review,Recite (3R); Know,What,Learn,How,(KWLH); dan lain-lain
Teknik Bercerita Teater Pembaca
Sinopsis
Tajuk ini akan menjelaskan teknik pengajaran kemahiran membaca. Teknik yang akan
dijelaskan ialah teknik SQ3R, KWLH, RADAR, tatacerita dan teater pembaca.
Teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran membaca bahasa Melayu. Teknik yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan
murid, justeru dapat meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. Keberkesanan
pengajaran bergantung kepada pengolahan teknik yang dapat merangsang dan
menggalakkan murid berinteraksi serta berfikir kritis dan kreatif.
Hasil Pembelajaran
1.1 Menghuraikan tentang kemahiran bahasa: teknik pengajaran kemahiran-
kemahiran bahasa.
26
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Kerangka konsep
27
TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
Survey, Question, Read, Review, Recite(SQ3R); Read, Review,Recite (3R); Know,What,Learn,How,(KWLH); dan lain-lain
Lingkaran Soalan, Tatacerita
Bimbingan Menjangka,
Teater Pembaca
Lingkaran Soalan, Tatacerita
Bimbingan Menjangka,
Teater Pembaca Bimbingan Menjangka,
Teater Pembaca
TeknikPengajar
an Kemahir
an Membac
a BAHASA MELAYU
Aplikasi Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca SQ3R, KWLH , Lingkaran Soalan,Tatacerita , Bimbingan Menjangka
dan Teater Pembaca
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R)
1. SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal
kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan
yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;
S (survey) - Tinjau
Q (question) - Soal/tanya
R (read) - Baca
R (recite) - Imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review) - Baca semula
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan
tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan
meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik,
membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian
buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca
pantas iaitu skimming dan scanning .
28
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar
menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks
tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut
menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan
tersebut, dan menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba
mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks
tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan
yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan
menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman
dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga
mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca,
pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah
diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya.
Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya
tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca
bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-
jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan
tiada fakta penting yang tertingga.
29
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Knowledge, What, Learn, How (KWLH)
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:
K (know) - Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (want) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang
berkaitan (untuk membaca seterusnya)
Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana
pembaca mengingat dahulu apa yang telah diketahui, membayang atau menentukan
apa yang ingin diketahui, melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih),
mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan
menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan
seterusnya)
Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang
sedia ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari
pembacaannya, dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin
mendapat maklumat tambahan. Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan
menggunakan borang menggunakan teknik KWLH.
30
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Read, Analogize, Discuss, Apply, Review/Researsh (RADAR)
RADAR adalah singkatan bagi yang berikut:
R (Read) - Membaca
A (Analogize) - Menganalogi
D(Discuss) - Berbincang
A( Apply) - Mengaplikasi
R(Review/Research) - Menyemak/ Menyelidik
Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan pelajar
menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru. Lima langkah
RADAR ialah:
R - Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang
dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta
membandingkan dengan maklumat lain.
A – Pelajar menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat berhubungkait
dan mempunyai persamaan.
D - Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea atau tempat.
Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang
penting tentang konsep, barang, idea atau tempat.
A- Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan
R – Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus
semula apa yang telah dibincangkan.
31
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan
pengetahuan yang telah diketahui. Melalui kaedah ini pelajar berpeluang untuk
membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan
sedia ada pada diri mereka sendiri.
Teater Pembaca
Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita
dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan
sesuatu cerita yang dipersembahkan. Namun seorang pelajar akan membaca cerita
dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul. Juga melakukan gerak aksi yang
sesuai dengan isi atau suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan
mimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan
menghayati cerita tersebut.
Langkah pelaksanaan
a. Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan.
b. Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon.
c. Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog.
d. Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang sesuai.
e. Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan.
f. Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan.
g. Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca.
h. Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu
32
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
TEKNIK BERCERITA
Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk
membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat
menarik minat dan perhatian pelajar. Melalui teknik bercerita latihan pemahaman,
perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Selain itu,
penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam
kalangan pelajar dapat ditingkatkan.
Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat
permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita.
Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku
dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dan harus
dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:
Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-
murid
Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa.
Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Lakukan latihan.
BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk
menguatkan penceritaan.
Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan
dengan bahasa yang hendak disampaikan.
33
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
.
.
Pilih bahan bacaan yang sesuai. Aplikasikan teknik bacaan yang
baru anda pelajari.
Bagaimana hasilnya? Pastinya anda dapat memahami lebih jelas
bahan yang telah anda baca tadi. Tahniah!
Terdapat beberapa teknik lain dalam meningkatkan kemahiran
membaca, cuba layari internet untuk mengetahui teknik-teknik
bacaan tersebut
34
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
35