asgment bmm 3112

Download Asgment bmm 3112

If you can't read please download the document

Post on 18-Dec-2014

759 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • 1. BMM3112 2014 1 1.0 Pengenalan tatabahasa Tatabahasa ialah suatu kumpulan petua bagi membentuk perkataan frasa, klausa dan ayat.Perkataan bergabung membentuk frasa.Frasa bergabung membentuk ayat.Dua atau lebih ayat membentuk satu ayat majmuk.Ayat-ayat dalam ayat majmuk dipanggil klausa. Dan Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang: Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan. Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata.Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata.Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep. Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. 1.1 Objektif Kajian Objektif Kajian adalah membandingkan ketiga-tiga pemikiran dan pandangan pelopor tatabahasa di Negara Malaysia iaitu aliran Tradisional (Zaba), Aliran Struktural (Asmah Hj. Omar) dan aliran Transformasi Generati oleh Nik Safiah Karim. Selain itu, menghasilkan rumusan esei dalam bentuk peta minda i-think atau Kemahiran Aras Tinggi(KBAT). Dan menterjemahkan petikan ringkas atau artikel bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. 1.2 Batasan Kajian
  • 2. BMM3112 2014 2 Batasan Kajian penulisan ilmiah penulis merangkumi penulisan esei tiga aliran dan pemikiran tatabahasa iaitu tatabahasa tradisional yang dipelopori oleh Zaba, aliran tatabahasa Struktural yang dipelopori oleh Asmah Hj. Omar dan akhir sekali tatabahasa aliran transformasi Generatif yang dipelopori oleh Nik Safiah Karim.Setelah itu, ketiga- tiga aliran ini perlu dipindahkan dalam bentuk peta yang menggunakan peta kemahiran Aras Tinggi(KBAT) atau peta i-Think. Selain itu penulisan ilmiah yang mengterjemahkan penulisan karangan atau artikel pendek dalam versi Bahasa Inggeris ke versi Bahasa Malaysia perlu diterjemahkan secara global oleh penulis.Dan akhir sekali penulisan refleksi secara menyeluruh. 1.3 Kaedah Kajian Kaedah yang digunakan dalam kajian penulisan ini adalah menggunakan kaedah kajian perpustakaan berdasarkan sumber buku yang didapati secara langsung mahupun tidak langsung dengan menggunakan laman sesawang. 1.4 Definisi konsep 2.0 Pengenalan Tatabahasa Tatabahasa adalah bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa (Nik Safiah Karim & Norlidza Shamsudin, 2008). Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Menurut Noam Chomsky, seorang ahli bahasa, tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu kumpulan sistem yang harus dipatuhi oleh pengguna bahasa sesuatu bahasa itu, dan
  • 3. BMM3112 2014 3 iamenjadi dasar untuk melahirkan asperasi bahasa yang baik dan indah, serta menjamin kemantapan bahasa sesuatu bahasa. Menurut Chomsky lagi, tatabahasa berfungsi dalam memisahkan bentuk-bentuk bahasa yang gramatis, daripada yang tidak gramatis.Tatabahasa berperanan untuk menghuraikan pemilihan pengguna bahasa itu untuk membina ayat-ayat yang baik. Oleh itu, dapatlah dinyatakan bahawa ia merupakan dasar yang menjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul atau salah sesuatu bentuk bahasa pertuturan atau penulisan yang dihasilkan. Menurut Robin (1971:172) pula menyatakan bahawa tatabahasa merupakan suatu yang menitik beratkan struktur uturan pertuturan atau penulisan dan dengan penggolongan serta pengkelasan unsur-unsur pertuturan yang berulang-ulang berdasarkan rumus-rumusnya. Bagi A.Koutsaudas (1969:1) tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu alat yang menggunakan untuk menghasilkan ayat-ayat yang betul yang tidak terbatas jumlahnya dalam sesuatu bahasa dan tidak ada satupun yang salah. Menurut Tatabahasa Dewan, aspek tatabahasa menyentuh kepada dua sudut, iaitu melibatkan cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan cara perkataan disusun menjadi ayat. Huraian di peringkat perkataan disebut morfologi, manakala huraian di peringkat ayat disebut sintaksis. Dapat dirumuskan bahawa tatabahasa merupakan suatu teori bahasa yang harus disusun dengan tepat, lengkap, dan mudah difahami.Ianya dapat dihuraikan dengan jelas tentang kebolehan bahasa disusun dan digunakan oleh penutur natif sesuatu bahasa.Tatabahasa sesuatu bahasa itu mengandungi tiga bidang utama, iaitu sintaksis, semantik dan fonologi.Tatabahasa menjadi suatu dasar dalam menyusun sesuatu ayat dengan betul. Tatabahasa juga boleh dilihat sebagai teori tentang peraturan yang menghuraikan ayat- ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah, tepat, dan lengkap. Tinjauan dalam bidang tatabahasa dilakukan dalam dua segi iaitu dari segi cara
  • 4. BMM3112 2014 4 perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa (morfologi) dari segi perkataan- perkataan disusun menjadi ayat (sintaksis) Tatabahasa dapat dinyatakan sebagai satu konsep tatabahasa yang mempunyai peraturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Teori bahasa umumnya dipecahkan kepada teori tradisional, teori struktural, teori transformasi generatif, dan teori fungsional. Tiap-tiap aliran dipengaruhi oleh ilmu lain yang ada kaitan dengannya. 2.0 Definisi Tatabahasa Tatabahasa ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Bidang tatabahasa mengkaji cara-cara perkataan itu terbentuk dan selanjutnya bagaimana(cara) perkataan itu bercantum membentuk frasa dan ayat. Kajian tentang bidang tatabahasa dilakukan dari dua segi, iaitu cara perkataan itu dibentuk daripada bunyi bahasa dan cara perkataan itu disusun menjadi ayat.Contoh pembentukan kata ialah perbincangan tentang cara perkataan terbentuk melalui penggabungan awalan, akhiran dan apitan, manakala contoh pembentukan ayat ialah perbincangan tentang subjek dan predikat serta pola ayat. Bidang huraian pada peringkat perkataan dikenali sebagai morfologi manakala peringkat ayat dikenali sebagai sintaksis.Dengan perkataan lain, bidang tatabahasa terbahagi dua, iaitu morfologi dan sintaksis. Menurut Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008),Tatabahasa merupakan susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara- caraperkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyaimakna.Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa.
  • 5. BMM3112 2014 5 3.0Aliran-Aliran Tatabahasa Mengikut Tokoh 3.1Aliran Tradisional Aliran tradisional merupakan aliran terawal bagi historografi nahu Melayu.Aliran ini menekan kepada aspek makna dan logika semata-mata.Kita dapat lihat kepada acuan yang dibuat dalam penghasilan nahu ini. Misalnya Za ba dalam Pelita Bahasa 1 dengan jelasnya menggolongkan nama mengikut makna. Begitu juga Marsden (1812) dan Winstedt (1927). Kita juga dapat perhatikan kepada penggolongan kata yang dibuat oleh ketiga-tiga tokoh tersebut yang sama dasarnya. 3.2Aliran Struktural Aliran struktural merupakan aliran yang membangkang aliran tradisional.Linguistik di Barat berkembang dengan pesatnya.Aliran ini begitu menekan kepada unsur dalam sesuatu bahasa.Setiap unsur dikaji secara mendalam mengikut sistem bahasa.Bukti yang nyata ialah penggolongan kata kerja yang dibuat oleh Asmah Hj. Omar dalam buku Nahu Melayu Mutakhir yang berasas kriteria sintaksis. 3.3Aliran Tranformasi Generatif Nahu ini terkenal kerana percubaan pengasasnya Noam Chomsky (1957) yang memperkenalkan konsep struktur permukaan dan struktur dalaman.Di samping itu, proses ayat yang ditransformasikan daripada satu struktur kepada satu struktur yang memberi kelainan kepada nahu TG.Aliran ini dilihat mengambil pendekatan pertengahan di antara nahu tradisional dan nahu struktural.Aliran TG begitu pesat berkembang di negara Barat dan di Malaysia perkembangannya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Ini terbukti apabila ramai sarjana Melayu mengaplikasikan nahu TG ke dalam bahasa Melayu. Antara tokoh-tokohnya ialah Arbak Othman, Nik Safiah Karim et al, Asraf, Abdullah Hassan, Mashudi Kader dan ramai lagi. Kita dapat meneliti penggolongan kata yang dibuat oleh mereka hampir sama dan tidak banyak beza kecuali atas dasar pemerian masing-masing.
  • 6. BMM3112 2014 6 4.0 Tatabahasa Tradisional Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara jenis-jenis aliran linguistik.Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti. Dalam erti kata lain, menurut nahu ini, undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan penggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Ini bermaksud nahu seperti begini aka