23 april 2012 prospek pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang pengajian islam di malaysia

13
PROSPEK PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM BIDANG PENGAJIAN ISLAM DI MALAYSIA (Sent to Amal – 24 September 2012) DR. AMINI AMIR BIN ABDULLAH DEPARTMENT OF NATIONHOOD (GOVERNMENT) AND CIVILIZATION STUDIES, FACULTY OF HUMAN ECOLOGY, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 SERDANG, SELANGOR, MALAYSIA. PENDAHULUAN Pembelajaran dan pengajian Islam berkembang selari dengan perkembangan Islam di Nusantara (Abdullah Jusuh, 1990). Tuntutan menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu oleh agama Islam menyebabkan umat Islam begitu proaktif dalam pengajian dan penyebaran segala jenis ilmu termasuklah ilmu keagamaan sejak daripada awal perkembangan Islam di Nusantara lagi. Ilmu pertama berkaitan pengajian Islam yang tersebar di Nusantara ialah ilmu Fardu Ain, Ilmu Kalam dan pengajian Al-Quran. Kemudiannya ia disusuli dengan ilmu-ilmu lain yang berkembang bersesuaian dengan perkembangan zaman. Pada peringkat pendidikan awal, orang-orang Melayu amat menekankan aspek mengaji Al-Quran. Dahulu, tidak sah pendidikan anak-anak jika tidak diasuh dan diajar mengaji Al-Quran. Ramai ibu bapa berpesan kepada guru Al-Quran agar mengajar Al-Quran dengan baik hingga anak mereka pandai membaca Al-Quran walaupun terpaksa merotan anak-anak mereka. Demikianlah prihatinnya para ibu bapa dengan asas pembelajaran agama dalam sejarah tamadun Melayu. PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DAN BIDANG PENGAJIAN ISLAM Perkembangan Islam di Malaysia boleh menentukan halatuju pengajian Islam dan prospek kerjaya graduan pengajian Islam. Penubuhan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) pada 17 Oktober 1968 mengorak langkah kepada pemerkasaan bidang pengajian Islam di Malaysia di samping pemerkasaan dalam aspek-aspek lain yang juga penting. 1

Upload: amini-amir-abdullah

Post on 05-Aug-2015

40 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 23 April 2012 Prospek Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Bidang Pengajian Islam Di Malaysia

PROSPEK PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM BIDANG

PENGAJIAN ISLAM DI MALAYSIA (Sent to Amal – 24 September 2012)

DR. AMINI AMIR BIN ABDULLAH

DEPARTMENT OF NATIONHOOD (GOVERNMENT) AND CIVILIZATION STUDIES,

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,

43400 SERDANG, SELANGOR, MALAYSIA.

PENDAHULUAN

Pembelajaran dan pengajian Islam berkembang selari dengan perkembangan Islam

di Nusantara (Abdullah Jusuh, 1990). Tuntutan menuntut ilmu dan menyebarkan

ilmu oleh agama Islam menyebabkan umat Islam begitu proaktif dalam pengajian

dan penyebaran segala jenis ilmu termasuklah ilmu keagamaan sejak daripada awal

perkembangan Islam di Nusantara lagi.

Ilmu pertama berkaitan pengajian Islam yang tersebar di Nusantara ialah ilmu Fardu

Ain, Ilmu Kalam dan pengajian Al-Quran. Kemudiannya ia disusuli dengan ilmu-ilmu

lain yang berkembang bersesuaian dengan perkembangan zaman. Pada peringkat

pendidikan awal, orang-orang Melayu amat menekankan aspek mengaji Al-Quran.

Dahulu, tidak sah pendidikan anak-anak jika tidak diasuh dan diajar mengaji Al-

Quran. Ramai ibu bapa berpesan kepada guru Al-Quran agar mengajar Al-Quran

dengan baik hingga anak mereka pandai membaca Al-Quran walaupun terpaksa

merotan anak-anak mereka. Demikianlah prihatinnya para ibu bapa dengan asas

pembelajaran agama dalam sejarah tamadun Melayu.

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DAN BIDANG PENGAJIAN ISLAM

Perkembangan Islam di Malaysia boleh menentukan halatuju pengajian Islam dan

prospek kerjaya graduan pengajian Islam. Penubuhan Majlis Kebangsaan Bagi Hal

Ehwal Ugama Islam (MKI) pada 17 Oktober 1968 mengorak langkah kepada

pemerkasaan bidang pengajian Islam di Malaysia di samping pemerkasaan dalam

aspek-aspek lain yang juga penting.

1

Page 2: 23 April 2012 Prospek Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Bidang Pengajian Islam Di Malaysia

Masyarakat Islam di Malaysia sejak tahun 1954 sudah menggesa penolakan

terhadap perjudian, bahan bacaan dan filem-filem cemar. Begitu juga gesaan agar

diberikan perhatian kepada pendidikan Islam dan moral. Perlembagaan Persekutuan

memperuntukkan DYMM Yang DiPertuan Agung mestilah berbangsa Melayu-Islam.

Kewujudan Majlis Fatwa Kebangsaan dan jawatan Mufti memperkukuhkan entiti dan

kedaulatan Islam di tanah air. Pentadbiran zakat, haji, Baitul Mal, koordinasi

Ramadan dan Hariraya melalui institusi Islam yang dibentuk oleh kerajaan

memberikan kelebihan kepada para graduan pengajian Islam. Apa yang penting

ialah pengiktirafan Perlembagaan Persekutuan terhadap agama Islam dan maruah

umat Islam. Manakala mazhab Shafie menjadi pegangan masyarakat Islam

berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Aliran Ahlu Sunnah wa Al-Jama’ah menjadi

dominan dalam aliran pemikiran Muslim di Malaysia. Sejak tahun 1958, sudah ada

pernyataan bahawa Malaysia adalah negara Islam. Pada era 70an, Islam menjadi

asas dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK). Elemen Islam

dalam DKK diperkenalkan di sekolah-sekolah dan budaya bangsa lain tidak

dihalang. Pada akhir 70an, kursus berkaitan Islam diperkenalkan di Institut Teknologi

Mara. Pada tahun 1980 kursus Tamadun Islam diperkenalkan di beberapa IPTA.

Pada tahun 1998, kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia diwajibkan kepada

pelajar Islam dan bukan Islam. Sebelum itu pada tahun 1983, kursus Perbandingan

Agama menjadi kursus wajib di beberapa fakulti di IPTA.

Perkembangan sistem kewangan Islam di Malaysia juga memberikan kelebihan

kepada para graduan pengajian Islam dan disiplin amnya. Hasil inisiatif kerajaan,

peranan proaktif Malaysia dalam Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) telah

membentuk dana modal teroka Islam bagi melonjakkan tahap keusahawanan dan

inovasi. Peranan Malaysia melalui WIEF dalam Bank Pembangunan Islam,

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam dan Pertubuhan Zakat Antarabangsa

melonjakkan imej Malaysia dan intelektual kewangan Islam.

Inisiatif kerajaan memajukan Hub Halal, pembangunan produk dan perkhidmatan

halal mengikut piawaian antarabangsa juga telah melonjakkan imej negara dan

memberikan kelebihan kepada graduan pengajian Islam. Kita tidak boleh menafikan

peranan graduan pengajian Islam dalam Program Murabahah Komoditi (CMP) yang

diperkenalkan Bank Negara Malaysia pada tahun 2007. “Indeks Syariah Hijrah” oleh

2

Page 3: 23 April 2012 Prospek Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Bidang Pengajian Islam Di Malaysia

Bursa Malaysia Berhad adalah yang pertama di dunia untuk menarik pelabur asing

berkonsepkan Islam. Ini memberikan kelebihan kepada para intelektual ekonomi

Islam. Graduan Syariah pula mempunyai kelebihan dari segi pekerjaan dengan

pengenalan Badan Penasihat Syariah bagi setiap industri perbankan Islam,

kewangan dan pasaran modal Islam, industri kewangan Islam, penubuhan Institut

Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), Amanah Pelaburan Hartanah

Islam, produk-produk pelaburan dan kewangan Islam seperti unit amanah Islam, bon

Islam, indeks syariah, sekuriti bersandarkan aset, instrumen dan nota kewangan

Islam, kertas-kertas pembiayaan Islam, murabahah komoditi, bon Islam, prinsip Al-

Bai Bithaman Ajil (rumah, bangunan dan lain-lain), Ar-Rahnu (pajak gadai), Al-Ijarah

(kenderaan, peralatan dan lain-lain), skim Takaful dan lain-lain.

Penubuhan institusi Islam seperti JAKIM (1 Januari 1997), Institut Dakwah dan

Latihan Islam (INDAH), Pusat Penyelidikan Islam (1971), IKIM, YADIM (zaman Tun

Mohd. Nasir), PERKIM, KAGAT, JAPIM, Jabatan Agama Islam Negeri, Tabung Haji,

Bank Islam, Pusat Islam IPTA (pengukuhan), CITU (UiTM), Institut Penyelidikan

Islam Hadhari (UKM), Yayasan Islam Hadhari, JKSM, Jabatan Zakat, Wakaf dan

Haji, Institut Latihan Islam (ILIM), Darul Quran dan ILMI – Institut Latihan Militari

Islam semuanya memberikan advantage kepada para graduan pengajian Islam dan

displin ilmu yang lain.

Di Malaysia, perkembangan pendidikan dan pengajian Islam amatlah luar biasa.

Pengukuhan pendidikan dan pengajian Islam bermula pada peringkat TASKA diikuti

dengan pendidikan Islam peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, penubuhan

Maktab Perguruan Islam dan akhirnya sampai ke tahap pendidikan dan pengajian

Islam pada peringkat tertinggi. Kerajaan juga telah memperkenalkan Kurikulum

Pendidikan Islam dan Moral. Kurikulum Pendidikan Islam juga telah mendapat

pengiktirafan antarabangsa. Pada tahun 1996, Kelas Aliran Agama (KAA)

diperluaskan ke semua sekolah harian. Setakat ini, kerajaan Barisan Nasional telah

menubuhkan 55 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), 95 buah

Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di bawah kelolaan kerajaan negeri dan

ini termasuk Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR). Di seluruh negara terdapat

sebanyak 1649 Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang ditadbir oleh pihak individu

dengan bantuan Jabatan Agama Islam di peringkat negeri. Kerajaan juga telah

3

Page 4: 23 April 2012 Prospek Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Bidang Pengajian Islam Di Malaysia

memperkenalkan Program pembelajaran Jawi, Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain

(J-QAF) pada tahun 2005 untuk memantapkan penguasaan ilmu-ilmu ini di kalangan

pelajar Islam. Setakat ini, terdapat 962 Kelas Pra Sekolah (Islam) yang dikelola oleh

pihak Jabatan Agama Negeri. Pada peringkat pengajian tinggi, pengukuhan

pendidikan dan pengajian Islam amat ketara dengan penubuhan UIA, USIM,

Universiti Sultan Mizan di samping struktur pengajian Islam sedia ada.

Tumpuan kerajaan Malaysia kepada pelaksanaan Islam dalam perundangan

amatlah membanggakan dengan penubuhan Mahkamah Syariah. Pada tahun 1996,

kerajaan telah melakukan penyusunan semula Mahkamah Syariah. Selepas

penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), kerajaan mewujudkan

jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah di

samping ditingkatkan imej Hakim Syar’ie dan mahkamah berkaitan.

Pelaksanaan Islam dalam dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai

Islam Dalam Pentadbiran, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan

Kebangsaan, Pendekatan Islam Hadhari dan kesemua 29 dasar kerajaan telah

membuka pasaran kerja kepada graduan Usuluddin, Syariah, pendidikan Islam dan

pengajian Islam amnya di samping graduan dalam bidang-bidang lain.

Banyak lagi usaha kerajaan yang membuka ruang dan peluang kepada graduan

Usuluddin, Syariah, pendidikan Islam dan pengajian Islam amnya seperti

penganugerahan empat buah IPTA menjadi universiti penyelidikan, kemajuan

MOSTI dan agensi-agensi lain. Pemantapan IPTA berorientasi sains dan fakulti-

fakulti serta institut yang berdisplinkan sains dan teknologi sebenarnya membuka

lebih banyak peluang untuk pengintegrasian ilmu-ilmu dengan ilmu-ilmu wahyu.

Gesaan kerajaan kepada pembudayaan kreatif dan inovatif, peningkatan produktiviti

dan kebolehan mencipta – bukan sekadar pengguna sebenarnya boleh disahut oleh

pelajar atau graduan pengajian Islam juga.

Pemerkasaan Islam dalam media seperti Program Akademi Al-Quran oleh TV9 (AQ1

diikuti oleh 1.1 juta penonton), ruangan Islam dalam semua akhbar utama,

pertambahan penerbitan berkaitan Islam dalam media, laman web berkaitan Islam

dan media cetak berkaitan Islam membuka banyak peluang kepada graduan

4

Page 5: 23 April 2012 Prospek Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Bidang Pengajian Islam Di Malaysia

Usuluddin, Syariah, pendidikan Islam dan pengajian Islam amnya untuk

menyumbang tenaga, buah fikiran dan penulisan. Peluang pekerjaan juga banyak

dalam sektor ini.

Terdapat juga graduan pengajian Islam yang bekerja di antara Gred 17 hingga 40

dengan menjadi Pembantu Hal Ehwal Islam. Agak ramai juga yang menjawat

jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dan Pegawai Hal Ehwal Islam. Terdapat

juga ramai graduan Usuluddin, Syariah dan pengajian Islam yang menjadi Pegawai

Tadbir dan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Di Universiti Putra Malaysia terdapat dua

graduan pengajian Islam yang menjadi Pegawai Tadbir.

Para penjawat awam sepatutnya digalakkan melanjutkan pelajaran ke peringkat

yang lebih tinggi sama ada di peringkat Sarjana ataupun Doktor Falsafah. Untuk

tujuan itu, satu skim cuti belajar dan penajaan perlu diwujudkan untuk memudahkan

mereka memohon cuti dan mendapat pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran

dalam kedua-dua tahap tersebut. Pada masa yang sama, para penjawat awam

dalam bidang pengajian Islam boleh juga melakukan inisiatif pembelajaran

sepanjang hayat secara kendiri.

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DAN TRANSFORMASI PENGAJIAN

TINGGI NEGARA

Brennan (1995) menegaskan bahawa pengajian tinggi memainkan peranan yang

besar dalam konteks sistem pengambilan pekerja dalam erti kata menyediakan ilmu

dan kecekapan berkaitan pekerjaan dan dalam proses pra-pemilihan pelajar untuk

pengisian pekerjaan pada masa hadapan, jawatan dan pangkat.

Kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan graduan pada peringkat sijil dan

diploma berbanding dengan ijazah untuk memperbanyakkan pekerja separa

profesional dengan bersandarkan kepada kebolehpasaran dan penggalakkan PSH

(PSPTN, 2007: 38)

Transformasi pengajian tinggi dalam negara membawa kepada penubuhan berbagai

IPTA sehigga sekarang ini mencecah angka 20 buah manakala IPTS pula tidak

5

Page 6: 23 April 2012 Prospek Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Bidang Pengajian Islam Di Malaysia

kurang daripada 400 buah. Sekurang-kurangnya terdapat satu kursus berkaitan

pengajian Islam dalam institusi-institusi ini.

Perkembangan mutakhir dalam program pengajian Islam menunjukkan bahawa skop

pengajian Islam diperluaskan dengan double major sama ada pentadbiran awam

dan ekonomi. Bahkan pengajian Islam boleh diperluaskan skopnya dengan

diintegrasikan bersama disiplin ilmu kepolisan dan ketenteraan, pentadbiran dan

diplomatik, ilmu kemanusiaan, ilmu kemasyarakatan, sains tabii, antropologi,

sosiologi, epistemologi, aksiologi, pengurusan nilai dan lain-lain lagi.

Graduan pengajian Islam diharapkan mempunyai kemampuan berkomunikasi dan

menulis dalam bahasa Inggeris, kualiti ilmu yang tinggi, semangat yang tinggi,

keupayaan bersaing, kebolehpasaran, berakhlak mulia, beradab sopan dan

mempunyai jati diri yang tinggi. Apa yang penting mereka perlu mempunyai aspirasi

untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Pemodenan pembelajaran pengajian agama dan pengajian Islam memberikan

kesan yang mendalam kepada keberkesanan pembelajaran. Pengajian Islam

menjadi semakin berkembang dengan penghantaran pelajar untuk belajar di

Universiti Al-Azhar dan Universiti Madinah. Pada pertengahan tahun 70an, ramai

juga pelajar yang dihantar ke Barat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang

pengajian Islam. Namun demikian, kerajaan juga memberikan tumpuan kepada

pembangunan pengajian Islam dalam negara terutamanya di institusi pengajian

tinggi awam.

Menyentuh aspek kebolehpasaran pula, antara lain, Pelan Strategik Pengajian

Tinggi Negara menjelaskan mengenai beberapa ciri yang patut ada pada para

graduan seperti pemilikan kemahiran yang mudah dilentur dan mudah diubahsuai

serta mampu meningkatkan pengetahuan dan menambah baik kemahiran melalui

pembelajaran sepanjang hayat untuk menjamin kerelevanan ilmu dan kemahiran

serta kebolehpasaran (KPTM, 2007: 14). KPTM juga telah melakukan usaha untuk

meminta IPT menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran untuk

meningkatkan ketrampilan graduan dan kebolehpasaran (KPTM, 2007: 31). KPT

juga sepatutnya memantapkan Skim Latihan Graduan untuk graduan dalam bidang

6

Page 7: 23 April 2012 Prospek Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Bidang Pengajian Islam Di Malaysia

pengajian Islam dan bukan sahaja program latihan bagi bidang teknologi maklumat

dan komunikasi, perisian komputer dan perakaunan untuk meningkatkan

kebolehpasaran graduan.

Bidang pengajian Islam juga boleh memainkan peranan penting dalam menarik lebih

ramai pelajar pasca-siswazah luar negara untuk belajar di Malaysia kerana Malaysia

adalah model negara Islam yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Untuk

tujuan itu, kita boleh mempelbagaikan sistem untuk mendapatkan pengiktirafan

antarabangsa melalui jaringan dan pengantarabangsaan khususnya melalui

kerjasama Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC).

Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul, Ijazah Sarjana Muda Siasah Syar‘iyyah, Ijazah

Sarjana Muda Syariah dan Ekonomi, Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Pengurusan,

Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang, Ijazah Sarjana Muda Akidah dan

Pemikiran Islam, Ijazah Sarjana Muda Al-Qur’an dan Al-Hadith, Ijazah Sarjana Muda

Dakwah dan Pembangunan Insan, Ijazah Sarjana Muda Sejarah dan Tamadun

Islam, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam,

Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam.

Para graduan pengajian Islam juga sepatutnya mempunyai kebolehan memberikan

konsultasi, perundingan dan penasihatan berkaitan masalah akademik, keagamaan,

kerohanian dan psikologi serta masalah-masalah kehidupan yang lain.

Kita juga memerlukan penyelidikan yang tuntas untuk mengesan jumlah graduan

pengajian Islam yang telah bergraduat dari IPT dalam negara, mengenal pasti hala

tuju bidang pengajian Islam di IPT dan mengenal pasti prospek bidang pengajian

Islam di IPT Malaysia.

NATUR GRADUAN PENGAJIAN ISLAM DI MALAYSIA

Tidak ada satu definisi khusus kepada apa yang dimaksudkan dengan graduan

bidang pengajian Islam. Begitu juga dengan bidang pengajian Islam. Dalam negara

kita, bidang pengajian Islam diletakkan di bawah bidang induk seperti sains sosial

dan kemanusiaan. Bidang pengajian Islam mencakupi ilmu dan program berkaitan

7

Page 8: 23 April 2012 Prospek Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Bidang Pengajian Islam Di Malaysia

falsafah Islam, tasauf, kewangan Islam, undang-undang Islam, undang-undang

keluarga Islam, Syariah, Usuluddin, psikologi Islam, pengajian agama, senibina dan

perbandaran Islam, sejarah Islam, politik Islam, kehartaan Islam, perbankan Islam,

pemikiran Islam, metodologi penyelidikan Islam, pendidikan Islam, kebangkitan

Islam, hubungan Muslim-bukan Islam, undang-undang perbandingan Islam,

tamadun Islam, sejarah Islam, pemikiran Islam semasa, pentadbiran Islam,

muamalat, insuran Islam (Takaful), wakaf, pendidikan moral dan etika, pelaburan

Islam, ilmu Hadis, Tafsir, Islam dan masyarakat, perakaunan Islam, sejarah tamadun

Islam, pengurusan Islam, kaligrafi Islam, ilmu Falak, ulum Al-Quran, sosiologi Islam,

etnosains matematik dan pendidikan Islam dan perbandingan agama.

Di IPTS, kerajaan telah memperkenalkan kursus Pengajian Islam yang mencakupi

perbincangan dan perbahasan topik-topik seperti manusia, agama dan Islam;

manusia sebagai hamba Allah; manusia dan kepercayaan; Islam agama yang

terakhir; rukun Islam dan iman; kewajipan mendirikan masyarakat Islam; asas

pembentukan masyarakat Islam dan persaudaraan Islam; undang-undang Islam;

bidang undang-undang Islam dan undang-undang keluarga Islam; manusia dan

moral; kedudukan wanita sebelum dan sesudah Islam; hukum jihad, ganjaran

kepada para Mujahidin dan konsep syuhada’; dakwah Rasullullah; ciri-ciri

keingkaran dan kemurtadan; jihad dan rahmat; jihad hari ini; konsep pertolongan

Allah; Islam dan kemiskinan; muamalat; dan hak-hak asasi manusia dalam Islam

(Olympia College, 2007). Oleh kerana masalah lebihan kredit pengajaran dan faktor

kekangan masa pembelajaran, kursus-kursus yang berkaitan dengan pengajian

Islam tidak diterapkan kepada mahasiswa IPTA kecuali kursus Tamadun Islam dan

Tamadun Asia (TITAS).

IPTS lebih memberikan tumpuan kepada penawaran kursus atau program

bersandarkan kepada tiga aspek utama iaitu kehendak pasaran, permintaan dan

rasional perniagaan kerana ia lebih berbentuk pendidikan berasaskan keuntungan

(PSPTN, 2007: 45).

Selain daripada faktor-faktor kepemimpinan, kualiti pensyarah, kemudahan, dan

kualiti pelajar, pihak kerajaan juga memberikan tumpuan kepada kerelevenan

kurikulum dengan situasi semasa untuk bersaing di persada antarabangsa dan

8

Page 9: 23 April 2012 Prospek Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Bidang Pengajian Islam Di Malaysia

menghadapi kemaraan globalisasi. Di samping itu, kerajaan juga memberikan

tumpuan kepada aspek kebolehpasaran bersesuaian dengan permintaan pihak

industri, keupayaan berjaya dalam aspek keusahawanan dan kebolehan

menyumbang kepada komuniti dan masyarakat (PSPTN, 2007: 58).

Sasaran 100,000 pemegang Ph.D dalam tempoh sembilan tahun akan datang

adalah di antara harapan yang diletakkan oleh kerajaan dalam PSPTN. Walau

bagaimanapun jumlah ini ditetapkan dengan lebih realistik dengan 60000 pemegang

Ijazah Doktor Falsafah menjelang 2015. Kerajaan juga merancang merancakkan lagi

penggunaan bahasa Inggeris dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di IPTA

(PSPTN, 2007: 58).

KPT telah menjalankan kajian pengesanan graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

pada tahun 2009. Antara lain, kajian tersebut mengesan graduan IPT yang

bergraduat pada tahun tersebut untuk membantu IPT merancang struktur kurikulum

dan pembelajaran yang lebih baik daripada sedia ada. Namun demikian, kajian ini

tidak menjurus kepada graduan pengajian Islam atau melihat kepada aspek

kebolehpasaran graduan pengajian Islam.

Mengikut statistik Kajian Pengesanan Graduan IPT 2007, Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia, graduan IPTA yang bergraduat pada tahun 2007 terdiri daripada

43.7% dalam bidang sastera dan sains sosial manakala bidang pendidikan 11.4%,

teknikal 20.9%, sains 16.6% dan teknologi maklumat dan komunikasi sebanyak

7.4%.

Berdasarkan pangkalan data dan maklumat Directory of Academic Profiles dalam

laman sesawang Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

(https://www.mohe.gov.my/malimsarjana/search.cfm), terdapat sebanyak 227 rekod

yang menunjukkan jumlah para intelektual pengajian Islam di IPT seluruh negara.

Jumlah ini didapati dengan menggunakan enjin carian dalam laman sesawang

tersebut dengan menaip kata kunci “Islam”. Jumlah ini semestinya tidak

memanifestasikan jumlah sebenar akademia yang mempunyai kepakaran dalam

pengajian Islam dalam negara. Semua akademia yang disenaraikan dalam rekod

direktori ini mencatatkan bahawa bidang utama kepakaran mereka adalah bidang

9

Page 10: 23 April 2012 Prospek Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Bidang Pengajian Islam Di Malaysia

induk sains sosial dan di bawah bidang induk ini dinyatakan sub-bidang lain yang

menjurus kepada pengajian Islam seperti kewangan Islam, undang-undang Islam,

undang-undang keluarga Islam, Syariah, Usuluddin, psikologi Islam, pengajian

agama, senibina dan perbandaran Islam, sejarah Islam, politik Islam, kehartaan

Islam, perbankan Islam, pemikiran Islam, metodologi penyelidikan Islam, pendidikan

Islam, kebangkitan Islam, hubungan Muslim-bukan Islam, undang-undang

perbandingan Islam, tamadun Islam, sejarah Islam, pemikiran Islam semasa,

pentadbiran Islam, muamalat, insuran Islam (Takaful), wakaf, pendidikan moral dan

etika, pelaburan Islam, ilmu Hadis, Tafsir, agama dan masyarakat, perakaunan

Islam, sejarah tamadun Islam, pengurusan Islam, kaligrafi Islam, ilmu Falak, ulum Al-

Quran, sosiologi Islam, etnosains matematik dan pendidikan Islam dan

perbandingan agama.

Berdasarkan Directory of Academic Profiles (KPTM) juga, sub-sub bidang di atas

dikelaskan di bawah bidang induk seperti sains sosial dan kemanusiaan. Ini adalah

selari dengan amalan universiti-universiti di Barat. Walau bagaimanapun, bidang

pengajian Islam boleh dijadikan bidang induk yang lebih menepati dengan suasana

dan persekitaran dalam negara dan bersesuaian dengan peruntukan dalam

Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama persekutuan.

Sepatutnya para graduan pengajian Islam mempunyai kualiti pendidikan yang tinggi

yang menjadi rebutan para majikan. Pengajian Islam di peringkat tinggi sepatutnya

menekankan aspek pendidikan bersepadu (integrated education) yang mengambil

kira pembangunan dan kemajuan jasmani, rohani, emosi dan intelektual. Harus

diingat, para graduan pengajian Islam mestilah mempunyai kualiti keilmuan Islam

yang cemerlang yang mampu menjalankan tugas sebagai khalifah Allah,

menyebarkan ilmu-ilmu Islam dengan berkesan, memberikan kefahaman kepada

masyarakat dan menghayati sepenuhnya ajaran Islam. Ilmu-ilmu yang dipelajari

secara teori mestilah dipraktikkan. Para graduan pengajian Islam mestilah

mempunyai kebolehan untuk memartabatkan bidang pengajian Islam dan

pendidikan Islam agar tidak terus hanyut dalam arus perdana kemajuan pengajian

tinggi negara.

10

Page 11: 23 April 2012 Prospek Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Bidang Pengajian Islam Di Malaysia

GRADUAN PENGAJIAN ISLAM LUAR NEGARA

Kita masih belum memberikan sepenuh perhatian kepada graduan yang lulus dalam

bidang pengajian Islam dari universiti luar negara seperti Mesir, Jordan, Arab Saudi,

Syria, Iraq, Indonesia dan seumpamanya kerana kekangan masa dan bajet. Walau

bagaimanapun, kajian masa hadapan boleh memberikan tumpuan kepada graduan

pengajian Islam dari luar negara.

Kita juga memerlukan satu kajian pengesanan yang komprehensif bagi mengesan

para graduan yang telah bergraduat dalam bidang pengajian Islam di institusi

pengajian tinggi dalam negara. Maka kajian ini tidak akan mengambil kira para

graduan yang bergraduat dalam bidang-bidang lain walaupun disertasi mereka

berbaur keIslaman ataupun tajuknya kelihatan seperti berkait dengan pengajian

Islam. Aspek yang akan diberikan perhatian ialah pengesanan para graduan yang

lulus dalam bidang pengajian Islam sahaja.

Bagi merancang proses pembelajaran sepanjang hayat di kalangan graduan

pengajian Islam, kita juga perlu menghasilkan pendokumentasian satu profil graduan

pengajian Islam di Malaysia yang lebih komprehensif dan terkini. Rekabentuk kajian

mestilah mengambil kira data dan maklumat berkaitan profil graduan pengajian

Islam di IPT Malaysia, struktur kurikulum dan program, hala tuju dan prospek bidang

pengajian Islam di Malaysia.

PENUTUP

Pelan perancagan pembelajaran sepanjang hayat mestilah diarifi oleh semua

graduan pengajian Islam agar membawa hasil yang lebih memberangsangkan

dengan peningkatan semaksima mungkin peranan Kementerian Pengajian Tinggi

dalam memartabatkan bidang pengajian Islam. Bidang pengajian Islam mempunyai

prospek dalam memantapkan kefahaman Islam dan menerapkan penghayatan Islam

di kalangan masyarakat untuk mencapai kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.

11

Page 12: 23 April 2012 Prospek Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Bidang Pengajian Islam Di Malaysia

RUJUKAN

Amini Amir Abdullah (2000), Islamic Revivalism in Malaysia and the Response of the

Non-Muslims with Special Reference to the Lembah Pantai Constituency,

Ph.D Thesis (Unpublished), Birmingham: University of Birmingham.

Abdul Rahman Al-Ahmadi (2000), “Pendidikan Islam di Malaysia: Pembinaan Intelek

Agama” dalam Mohd Taib Othman dan A. Aziz Deraman (eds.), Tamadun

Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 441-512.

Abdullah Jusuh (1990), Pengenalan Tamadun Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Halim Mat Diah (1989), Islam dan Demokrasi Pendidikan, Kuala Lumpur:

ABIM.

Brennan, J., M. Kogan & U. Teichler (1995), “Higher Education and Work: A

Conceptual Framework”, dalam M. Kogan & U. Teichler, Higher Education

and Work, London: Jessica Kingsley Publishers. 1 - 24.

Hasan Langgulung (1998), Pendidikan Islam Menghadapi Abad ke 21, Kuala

Lumpur: Pustaka Antara.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2007), Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara: Melangkaui Tahun 2020, Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia.

Kogan, M. & S. Hanney (2000). Reforming Higher Education, London and

Philadelphia: Jessica Kingsley Publishers.

Kogan, M., M. Bauer, I. Bleiklie & M. Henkel (eds.) (2006). Transforming Higher

Education. A Comparative Study. 2nd edition. Dordrecht: Springer.

12

Page 13: 23 April 2012 Prospek Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Bidang Pengajian Islam Di Malaysia

Konvensyen Isu-isu Semasa Pengajian Islam anjuran Kerajaan Negeri Melaka

dengan kerjasama Kolej Islam Melaka (KIM), Melaka.

Levin, H.M. (1995) “Work and Education”, dalam M. Carnoy (ed.), International

Encyclopaedia of Economics and E-Education, Oxford: Pergamon. 10 - 19.

Mohd.Taib Osman (1984) (ed.), Rampaian Pengajian Melayu, Kuala Lumpur:

Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Olympia College (2007), All Programmes Module Teaching and Learning Guide:

Pengajian Islam Version 1: May 2007, Kuala Lumpur: Raffles Education

Group.

https://www.mohe.gov.my/malimsarjana/search.cfm

13