impak pelaksanaan pendidikan islam sepanjang hayat di kolej
TRANSCRIPT
1
IMPAK PELAKSANAAN PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT DI
KOLEJ KOMUNITI,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI BAGI FASA PERTAMA 2014-2015
Mohammad Hafeez bin Md Ramli, Ishak bin Mohamad dan Mohd Zainudin bin Mohd
Esin
Bahagian Akademik Dan Pendidikan Berterusan
Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti
E-mel: [email protected], [email protected], [email protected]
Abstrak
Penghayatan pendidikan perlu merangkumi pendidikan Islam yang dapat meningkatkan
sahsiah dan keimanan kita kepada Allah S.W.T. Kesedaran terhadap perlunya melahirkan
modal insan yang holistik dan seimbang dalam kalangan umat Islam amnya dan di
Malaysia khususnya sangat penting sebagai peneraju kemajuan negara dan memberi
ruang kepada masyarakat umumnya untuk terus mendalami dan memperkasakan ilmu
pengetahuan secara bersistematik dalam kalangan semua lapisan masyarakat untuk
meningkatkan ilmu dan meninggikan darjat seseorang individu itu. Idea pelaksanaan
PISH adalah berdasarkan saranan yang dikemukakan oleh YAB Timbalan Perdana
Menteri Malaysia (TPM) semasa Perhimpunan Agong UMNO pada 7 Disember 2013.
Kolej Komuniti adalah penggerak utama Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
(PISH) yang menggabungkan aspek kemahiran dan pendidikan agama. Program PISH ini
akan dilaksanakan menerusi dua pendekatan iaitu latihan kemahiran dalam bidang
teknikal, vokasional dan pendidikan keusahawanan kepada pelajar-pelajar aliran agama
dan Pendidikan Islam yang berterusan kepada komuniti setempat seperti golongan
lepasan sekolah menengah. Objektif pelaksanaan PISH adalah untuk membina hubungan
dan merapatkan ukhwah antara Kolej Komuniti dan institusi luar, meningkatkan
penyertaan masyarakat dalam PISH selepas pendidikan rasmi di peringkat sekolah
menengah dan melahirkan modal insan yang seimbang dengan penggabungan latihan
kemahiran dan pendidikan Islam. Impak PISH fasa pertama dalam membina hubungan
dan merapatkan ukhuwah dilihat tercapai dengan peningkatan kolaborasi Kolej Komuniti
bersama insitusi keagamaan dan jabatan luar.
Kata Kunci: Pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti
2
1. PENGENALAN
Penghayatan pendidikan perlu merangkumi pendidikan Islam yang dapat meningkatkan sahsiah dan keimanan kita kepada Allah S.W.T.
Kesedaran terhadap perlunya melahirkan modal insan yang holistik dan seimbang dalam kalangan umat Islam amnya dan di Malaysia khususnya sangat penting sebagai peneraju kemajuan negara dan
memberi ruang kepada masyarakat umumnya untuk terus mendalami dan memperkasakan ilmu pengetahuan secara bersistematik dalam kalangan semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan ilmu dan
meninggikan darjat seseorang individu itu. Idea pelaksanaan PISH berdasarkan saranan yang dikemukakan oleh YAB Timbalan Perdana
Menteri Malaysia (TPM) semasa Perhimpunan Agong UMNO pada 7 Disember 2013. Pendidikan negara telah mengalami banyak perubahan dan transformasi selari dengan pembangunan negara sejak
kemerdekaan. Pendidikan dilihat dapat meningkatkan kualiti kehidupan dari segi ekonomi dan sosial kehidupan manusia. Menurut Aleng (2016),
pendidikan di Malaysia pada era globalisasi menghadapi tuntutan yang besar bagi meningkatkan martabat pendidikan di negara ini. Modal insan yang ingin dilahirkan melalui transformasi pendidikan hendaklah
berupaya untuk melahirkan modal insan yang berfikiran secara kritis dan kreatif, berinovasi, berkemahiran meyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan
serta berkebolehan untuk berdepan dengan persekitaran global dan dinamik. Penghayatan pendidikan perlu merangkumi pendidikan Islam
yang dapat meningkatkan sahsiah dan keimanan kita kepada Allah S.W.T. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Allah SWT meletakkan kekuatan akal fikiran dan ilmu pengetahuan sebagai keutamaan yang
mampu mengatasi kekuatan-kekuatan lain yang ada pada manusia. Tuntutan ilmu ini jelas dilihat apabila wahyu yang pertama di Gua Hira’ juga berkaitan dengan keilmuan. Firman Allah SWT dalam surah Al-Alaq
(96) ayat 1-5 yang bermaksud:
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
Ayat di atas tadi menjelaskan bahawa Islam menyeru umatnya supaya berilmu dan mementingkan ilmu. Sejarah telah membuktikan bahawa
keunggulan sesuatu bangsa adalah bergantung kepada ketinggian ilmu masyarakatnya. Umat yang mementingkan ilmu pasti akan bangkit sebagai umat yang terulung dan bertamadun di mata dunia.Wahyu ini
merupakan permulaan ajaran Islam untuk membawa manusia kepada kesejahteraan hidup di dunia dan kesejahteraan hidup di akhirat melalui penguasaan ilmu dan penguasaan pengetahuan. Kepentingan
asas ilmu dan penguasaan pengetahuan juga adalah sebagai keperluan manusia menghadapi cabaran hidup di akhir zaman. Pelaksanaan
Pendidikan Islam di Malaysia pula bukan sahaja di peringkat rendah dan
3
menegah sahaja, tetapi diteruskan sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Institusi pengajian tinggi awam dan swasta turut
memperkenalkan program Pendidikan Islam dan kursus-kursus yang berkaitan dengan Pendidikan Islam. Pelaksanaaan Pendidikan islam
perlu merangkumi pendidikan lain seperti pendidikan kemahiran Pelaksanaan Pendidikan Islam yang digabungkan dengan latihan kemahiran dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari segi dunia
dan akhirat. Kesedaran terhadap perlunya melahirkan modal insan yang holistik dan
seimbang dalam kalangan umat Islam amnya dan di Malaysia khususnya bukanlah sesuatu yang baharu. Kesinambungan ilmu dalam
kalangan masyarakat Malaysia sangat penting sebagai peneraju kemajuan negara dan memberi ruang kepada masyarakat umumnya untuk terus mendalami dan memperkasakan ilmu pengetahuan secara
bersistematik dalam kalangan semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan ilmu dan meninggikan darjat seseorang individu itu.
Sepertimana firman Allah Ta’ala:
ت يرفع ٱهلل ٱلذين ءامنوا منكم وٱلذين أوتوا ٱلعلم درج
Terjemahannya:…supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang
beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat….
(Surah Mujadalah 58:11)
Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص juga telah bersabda :
مسلم كل على فريضة العلم طلب Maksudnya: Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim
Penekanan terhadap pentingnya menuntut ilmu dalam Islam perlu dipraktikkan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) diisytiharkan
secara rasmi pada 1987 yang menyatakan bahawa;
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
4
Falsafah ini jelas dan nyata menekankan konsep pendidikan bersepadu berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Wujudnya
unsur ketuhanan di dalam falsafah ini telah menyebabkan asas kepada sistem pendidikan di Malaysia menjadi berbeza daripada sistem
pendidikan di Barat. Sistem pendidikan di Barat menggariskan bahawa ideologi intelek bersifat antroposenik, iaitu berpusat kepada manusia semata-mata malahan ideologi mereka jelas memutuskan hubungan
individu dengan Tuhan. Barat menggariskan intelek sebagai bersifat sekular yang terdiri daripada enam bahagian sahaja iaitu kognitif, mental, pemprosesan maklumat, berasaskan biologi, perkembangan
kognitif dan interaksi sosial. Menurut Sidek Baba (2009), menyatakan bahawa telah sekian lama umat Islam dibangunkan menerusi ilmu
mengurus diri (fardhu ain) yang sifatnya terbatas. Kelompok sekular dan liberal diperkasakan dengan ilmu mengurus sistem (fardhu kifayah) yang pelbagai.Sistem pendidikan Islam harus ditinjau secara serius dan kritis
tidak sahaja dari sudut kurikulum tetapi juga dari kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Sedangkan jika ditinjau daripada perspektif Islam, seseorang yang dikatakan intelektual perlu memiliki unsur hikmah iaitu ilmu yang
sebenar. Ia berdasarkan daya pemikiran yang inovatif, logikal, analitis dan ilmu yang bermanfaat. Nik Aziz Nik Pa dan Noraini (2008) menjelaskan dalam perkembangan daya intelek, kita tidak harus
mengetepikan unsur agama Islam dalam pendidikan. Ini disebabkan manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang paling istimewa dan lahir
dengan segala macam keistimewaan dan anugerah. Menurutnya, berdasarkan pendekatan tauhid, terdapat tujuh perkembangan intelek iaitu, hakikat teori kecerdasan, hakikat metafona kecerdasan, mitos
tentang kecerdasan, hakikat insan, hakikat pintar cerdas, fungsi perkembagan individu, dan fungsi pembangunan keluarga.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang bertujuan meningkatkan akses dan kualiti pendidikan tinggi
negara menegaskan dalam lonjakan ketiga dari sepuluh lonjakan sebagai “Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat”. Kenyataan penting bagi lonjakan ini menyatakan:
“Tatkala Malaysia mengorak langkah untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, permintaan terhadap pekerja berkemahiran tinggi
akan terus meningkat. Di samping itu, Malaysia memerlukan penduduk dewasa yang yang mempunyai akses kepada peluang pendidikan yang berkesan dan berterusan. Lonjakan ini meneruskan kemajuan awal yang
telah dibuat sejak Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dilancarkan pada 2011. Kementerian berhasrat untuk membudayakan amalan pembelajaran sepanjang hayat ke dalam
masyarakat Malaysia untuk mewujudkan pembelajaran dan pembelajaran semula sebagai unsur penting dalam budaya dan cara
hidup Malaysia. Hasrat ini akan dicapai dan dimangkinkan melalui sistem PSH yang berkualiti tinggi, terselaras dengan baik, seragam dan
5
dihormati dengan komuniti pembelajaran di setiap organisasi” (PPPM 2015-2025 (PT)).
Pelan ini juga jelas menunjukkan bahawa Pembelajaran Sepanjang
Hayat dan Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH) adalah saling berkaitan antara satu sama lain dalam memberikan pendidikan tanpa henti kepada golongan sasaran.
2. APAKAH PISH?
Kolej Komuniti ditubuhkan melalui memorandum No. 398/2225/00 oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Pada
tahun 2005, Kabinet melalui Memorandum Menteri Pengajian Tinggi (No. 296/2456/2005) telah bersetuju menjadikan kolej komuniti sebagai hab
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Pembelajaran sepanjang hayat di Malaysia bukanlah satu konsep yang baru dalam sistem pendidikan negara. Pembelajaran sepanjang hayat telah lama diperkenalkan dan
salah satu institut yang menyediakan pembelajaran berterusan ini secara terbuka adalah kolej komuniti. Penubuhan kolej komuniti Berjaya memupuk dan menanam budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam
kalangan rakyat negara ini, sekali gus memberi sumbangan kepada kemajuan negara (Utusan Malaysia, 2012). Sehingga tahun 2015,
sebanyak 93 buah kolej komuniti beroperasi di seluruh negara. Antara objektif penubuhannya adalah menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan
formal untuk mengikuti latihan dan pengajian dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional, menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kehidupan
masyarakat, mewujudkan kerjasama yang erat antara ahli masyarakat dan kerajaan tempatan dan sektor swasta bagi memajukan kawasan
setempat. Kolej Komuniti memainkan peranan yang besar dalam menyediakan kemahiran kepada komuniti setempat tanpa mengira umur, latar belakang dan status sosio-ekonomi. Pendekatan PSH yang
dilaksanakan merupakan penyumbang utama dalam menyediakan akses kemahiran kepada masyarakat. Menurut Mimi Mohaffyza (2011), PSH
adalah kombinasi proses pembelajaran secara berterusan dimana seluruh individu dan minda melalui situasi yang berubah-ubah untuk menghasilkan perubahan berterusan seseorang. Saluran pendidikan
melalui PSH berupaya melahirkan modal insan berkemahiran dan berpengetahuan. Justeru, pelaksanaan program PISH menjadi antara agenda utama pada tahun 2014 bagi memperkasakan lagi Pendidikan
Islam dalam kalangan komuniti. Dalam konteks keperluan negara, Pendidikan Islam Sepanjang hayat bukan sahaja dapat memenuhi “The
Three Es” iaitu employment, empowerment dan enjoyment tetapi dapat melahirkan modal insan yang lebih syumul dan bersifat lebih holistik. Hal ini disebabkan tidak semua berpeluang mengikuti pendidikan Islam
6
secara formal di peringkat kanak-kanak dan remaja. Masalah ini berpunca daripada keluarga, ekonomi, dan sistem pendidikan yang
bersifat dualisme. Justeru, pendidikan Islam sepanjang hayat adalah laluan kepada peningkatan pengetahuan agama tanpa sekatan masa,
umur dan tempat.
Kolej Komuniti adalah penggerak utama Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) yang menggabungkan aspek kemahiran dan pendidikan agama. Program PISH ini akan dilaksanakan menerusi dua
pendekatan iaitu latihan kemahiran dalam bidang teknikal, vokasional dan pendidikan keusahawanan kepada pelajar-pelajar sekolah sekolah
Tahfiz, Maahad, sekolah pondok, madarsah, masjid, surau. Program PISH ini akan memberi kesinambungan Pendidikan Islam yang berterusan kepada komuniti setempat seperti golongan lepasan sekolah
menengah, belia tercicir dan pelajar malah pada pihak yang memerlukan program ini.
3. OBJEKTIF PELAKSANAAN PISH DI KOLEJ KOMUNITI
Objektif pelaksanaan PISH di Kolej Komuniti adalah untuk membina hubungan dan merapatkan ukhwah antara Kolej Komuniti dan Institusi
luar selain dari meningkatkan penyertaan masyarakat dalam PISH selepas pendidikan rasmi di peringkat sekolah menengah untuk
melahirkan modal insan yang seimbang dengan penggabungan latihan kemahiran dan pendidikan Islam.
4. METODOLOGI PELAKSANAAN PISH DI KOLEJ KOMUNITI
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Kolej Komuniti adalah berdasarkan kepada konsep penggabungan ilmu duniawi dan ilmu
ukhrawi. Ilmu duniawi adalah dengan memberikan ilmu kemahiran dan keusahawanan kepada golongan sasaran seperti pelajar tahfiz, pelajar sekolah pondok, pelajar maahad, belia dan komuniti. Ilmu ukhrawi pula
adalah dengan memberikan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah kepada golongan sasaran tersebut. Proses pendidikan tidak boleh terhenti
setakat pada tempoh atau umur tertentu sahaja. Lebih-lebih lagi ilmu berkaitan agama Islam, ia perlu dituntut sehingga akhir hayat.Pendidikan agama dalam bentuk tidak formal sangat aktif
dilaksanakan dan sasarannya bukan sahaja terhadap pelajar tetapi juga meliputi seluruh masyarakat di sesebuah komuniti. Kolej Komuniti melaksanakan PISH secara bermodul dimana terdapat dua pakej
penawaran kursus. Pakej kursus yang pertama adalah kursus Pendidikan Islam yang ditawarkan kepada pelajar IPTA, IPTS, institusi
kemahiran dan komuniti setempat. Pakej kursus yang kedua adalah kursus kemahiran yang ditawarkan kepada pelajar maahad tahfiz, sekolah pondok, sekolah agama dan institusi agama Islam. Kurikulum
7
program PISH ini direkabentuk dalam 2 aspek. Aspek pertama adalah penyediaan kurikulum Pendidikan Islam di mana pihak yang
bertanggungjawab adalah pihak BPI/JAKIM/ILIM manakala bagi aspek kedua iaitu aspek Kemahiran pihak yang bertanggungjawab adalah
ILKA, Kolej Komuniti, Politeknik, Giat MARA, KV dan lain-lain. Kursus ini dijalankan secara berpakej dimana pesertanya adalah secara berkumpulan dari institusi tersebut. Terdapat 22 kluster kursus
kemahiran dalam PISH yang ditawarkan kepada peserta iaitu bahasa, bangunan, hospitaliti dan pelancongan, akuakultur, elektrik dan elektronik, grafik dan multimedia, kraftangan dan hiasan dalaman,
jahitan dan pakaian, katering dan sajian, kecantikan dan dandanan, kenderaan dan automotif, kerohanian dan keagamaan, kesenian dan
kebudayaan, komputer dan teknologi maklumat, teknologi hijau, pembangunan diri/motivasi, perniagaan dan keusahawanan, program industri, sains dan matematik, sains kesihatan, seni kreatif dan
teknologi agro. Kursus ini ditawarkan kepada belia, komuniti setempat, pelajar institusi kemahiran dan juga pelajar institusi keagamaan.
Pelaksanaan PISH di Kolej Komuniti terbahagi kepada tiga fasa iaitu: Fasa 1 (2014-2015): Membina Hubungan dan Merapatkan Ukhuwah.
Fasa ini menggerakkan kolaborasi antara institusi-institusi yang terlibat termasuklah jabatan dan bahagian dalam Kementerian Pendidikan
sendiri iaitu Jabatan Pengajian Politeknik dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Sektor Pengajian Tinggi serta Bahagian Pendidikan Islam
Sektor Pelajaran. Rakan kolaborasi sedia ada akan diperkukuh dan diperluaskan dengan melibatkan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran (LEPAI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
merangkumi Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, institusi tahfiz, pondok dan badan-badan bukan
kerajaan bagi tujuan membina kefahaman, kepercayaan dan keyakinan antara agensi yang terlibat.
Fasa 2 (2016-2020): Memperkasa bakat insan
Tiga program akan ditawarkan di bawah fasa ini iaitu:
• Program berbentuk joint certification yang merupakan persijilan profesional antara agensi-agensi yang berkolaborasi. Program ini akan
ditawarkan kepada pelajar-pelajar institusi pondok dan tahfiz yang berdaftar seluruh negara.
• Program berkonsepkan non formal dan majjanan wa sahlah (free & easy @ community college). Melalui program ini peserta berpeluang mengikuti kursus pendek hujung minggu yang ditawarkan oleh kolej
komuniti di bawah program Sijil Modular Kebangsaan (SMK); dan
• Program pembelajaran Islam kontemporari yang menjurus kepada
aspek fardu kifayah.
8
Fasa 3 (2021- 2025): Melestarikan Ummah
Program PISH akan menjadi pemangkin generasi yang berkemahiran dan bertakwa pada masa hadapan. Ini akan menjadi wadah penting untuk
rakyat Malaysia dalam melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik mencakupi kemahiran dan kerohanian demi kelestarian ummah. Kursus-kursus yang ditawarkan dan modul yang dibangunkan akan
sentiasa ditambah baik secara berterusan, mengikut kesesuaian dari segi perubahan teknologi dan permintaan komuniti.
Rajah 1: Fasa pelaksanaan program PISH
5. INOVASI DALAM PELAKSANAAN PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT
Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) merupakan satu revolusi di dalam strategi perniagaan dan inisiatif global bagi menggabungkan
kreativiti dan inovasi di dalam perancangan perniagaan dan operasi bagi menguasai pasaran yang tidak terbatas. Menurut Zariah Mairaj (2013) Strategi ini boleh diadaptasikan dalam dunia pendidikan kerana
pendidikan sentiasa berubah dan bergerak pantas mengikut arus globalisasi. Kaedah Strategi Lautan Biru (BOS) digunakan dalam
pelaksanaan PISH di Kolej Komuniti. Sasaran peserta terdiri daripada belia, pelajar dan komuniti setempat dimana ianya menggunakan tenaga pengajar yang terdiri daripada pensyarah universiti awam dan swasta,
Pensyarah Kolej Komuniti, guru pendidikan Islam dan guru KAFA. Kurikulum PISH adalah berdasarkan kurikulum dari institusi tenaga pengajar tersebut. Premis pelaksanaan PISH pula menggunakan lokasi
surau, IPTA, IPTS, sekolah pondok, maahad tahfiz, Kolej Komuniti dan Politeknik. Penggunaan tempat ibadah seperti masjid atau surau sangat
digalakkan dalam melaksanakan PISH ini. Menurut Md Noor Hussin & Ahmad Redzaudin Ghazali & Mohammad Rofian Ismail (2014), masjid dilihat bukan sahaja sebagai tempat menunaikan ibadat khusus dalam
9
islam, malah ia juga berfungsi sebagai pusat penyebaran ilmu bagi masyarakat Islam . Sejarah awal islam telah memperlihatkan dimana
Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص telah membina tiga buah masjid di Madinah ketika
penghijrahan baginda ke sana iaitu Masjid Quba, Masjid Mirbad, dan
Masjid Nabawi . (Ibnu Hisham; 1971) Ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan PISH ini melibatkan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi dan dapat mengimarahkan masjid dan surau dengan program
ilmu dan program kemahiran. Pengajian-pengajian yang berjalan di masjid kebanyakannya berupa pengajian yang tidak formal. Namun
demikian, atas inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Seksyen Pengajian Sepanjang Hayat, maka lahirlah suatu sistem pendidikan yang berbentuk formal sekaligus memberikan peluang kepada masyarakat
yang menginginkan pengajian secara bersistem.
5.1 MODEL PELAKSANAAN PROGRAM PISH DI KOLEJ KOMUNITI
a. Baitul Ehsan Baitul Ehsan adalah satu unit di bawah pengurusan Majlis Agama yang
ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada wanita-wanita yang terlanjur. Modul yang diberikan kepada peserta wanita tersebut adalah berkaitan dengan masakkan dan jahitan. Bengkel ini dijalankan selama
2 tahun di mana kos pembiayaan bengkel ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Majlis Agama.
Bengkel ini dijalankan selama 6 jam setiap 3 kali pertemuan. Tenaga pengajar adalah dalam kalangan pegawai yang dilantik oleh pihak Baitul
Ehsan. Pensyarah kolej dilantik sebagai fasilitor yang akan datang ke Baitul Ehsan sekali pertemuan bagi menilai prestasi peserta samada mereka kompeten ataupun tidak. Peserta yang kompeten akan diberikan
sijil yang dikeluarkan oleh pihak KKSB. Ini adalah bertujuan untuk melindungi nama baik para wanita dalam bengkel tersebut di samping
memberikan peluang pekerjaan kepada mereka di dunia luar. Sekiranya peserta tersebut berminat, tawaran melanjutkan pelajaran di KKSB akan diberikan kepada mereka bagi menyediakan mereka ke alam pekerjaan
yang lebih mencabar di dunia sebenar nanti. Pembiayaan yang ditanggung oleh pihak Majlis Agama dimasukkan sebagai akaun amanah kolej. Setakat hari ini program PISH bersama
Baitul Ehsan telah dilaksanakan selama 6 bulan dan jumlah hasil akaun amanah yang diterima adalah sebanyak RM18,000.00.
10
b. PITAS (Persatuan Mahaad Tafiz) Program yang dijalankan bersama Persatuan Mahaad Tahfiz (PITAS) ini
adalah dibawah kelolaan Jabatan Agama Islam. 9 buah kolej komuniti di seluruh Wilayah Selangor bersetuju dan berpakat untuk menggunapakai
modul yang telah dibina bersama bergantung pada daerah masing-masing. Kursus yang ditawarkan adalah kursus teknikal yang berbentuk kursus pendek atas permintaan. Kursus ini dijalanan dalam masa 20
jam mengikut keperluan. Program ini dinyatakan dalam laporan PISH dan dihantar ke Unit PSH, JPKK.
c. AIM (Amanah Iktiar Malaysia) Program yang sama dijalankan secara kolaborasi di antara 9 buah Kolej
Komuniti Wilayah Selangor. Perlaksanaan program ini adalah lebih berstuktur dan terancang dan setiap kolej menjalankan program ini di kolej masing-masing.
Konsep program ini adalah sama seperti PITAS yang dijalankan secara kursus pendek mengikut keperluan dari masa ke semasa. Program ini
dinyatakan dalam laporan PISH dan dihantar ke Unit PSH, JPKK.
6. IMPAK KOLEJ KOMUNITI DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM PISH BAGI FASA PERTAMA 2014-2015
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) yang dilancarkan pada tahun
2014 masih lagi berada pada fasa pertama iaitu Membina Hubungan dan Merapatkan Ukhuwah. Fasa ini menekankan kepada kolaborasi antara Kolej komuniti dan institusi-institusi yang terlibat termasuklah jabatan
dan bahagian dalam Kementerian Pendidikan sendiri iaitu Jabatan Pengajian Politeknik dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Sektor Pengajian Tinggi serta Bahagian Pendidikan Islam Sektor Pelajaran.
Rakan kolaborasi sedia ada akan diperkukuh dan diperluaskan dengan melibatkan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran (LEPAI), Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merangkumi Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, institusi tahfiz,
pondok dan badan-badan bukan kerajaan bagi tujuan membina kefahaman, kepercayaan dan keyakinan antara agensi yang terlibat.
11
Bil INSTITUSI & BADAN KEAGAMAAN JUMLAH
1 Institusi Pendidikan Agama
(maahad tahfiz, sekolah pondok, sekolah agama dan dan madrasah)
160
2 Jabatan agama Islam Negeri 13
3 IPTA/IPTS 10
4 Masjid dan Surau 60
5 Jabatan Kerajaan 17
6 Pihak NGO Islam 54
JUMLAH 314
Jadual 1: Kolaborasi dengan Institusi dan Badan Keagamaan 2015
Jadual 1 menunjukkan kolaborasi Kolej Komuniti dengan intitusi dan
badan keagamaan setakat bulan Ogos tahun 2015, sebanyak 314 kolaborasi Kolej Komuniti bersama institusi luar. Sebanyak 160 kolaborasi adalah dari institusi pendidikan agama seperti maahad tahfiz,
sekolah pondok, sekolah agama dan dan madrasah. Bilangan kolaborasi bersama jabatan agama Islam negeri pula adalah sebanyak 13
kolaborasi. Bilangan kolaborasi bersama IPTA dan IPTS pula adalah sebanyak 10 kolaborasi. Sebanyak 60 bilangan kolaborasi pula adalah bersama dengan institusi masjid dan surau diseluruh negara. Bilangan
kolaborasi bersama jabatan kerajaan pula adalah sebanyak 17 kolaborasi. Sebanyak 54 kolaborasi pula adalah bersama NGO Islam.
0
50
100
150
200
250
300
350
SEBELUM PISH ADA PISH
BILANGANKOLABORASI
Graf 1: Bilangan kolaborasi kursus pendek di Kolej Komuniti Bersama
institusi luar
12
Graf 1 menunjukkan peningkatan kolaborasi kursus pendek di Kolej Komuniti setelah wujudnya Pendidikan Islam Sepanjang Hayat PISH.
Bilangan kolaborasi sebelum wujudnya PISH hanyalah 40 kolaborasi dan apabila wujudnya PISH bilangan kolaborasi adalah sebanyak 314
Bil KURSUS PISH JUMLAH
1 Program Kemahiran 901
2 Program Kerohanian 603
JUMLAH 1504
Jadual 2: Bilangan kursus PISH yang telah dijalankan
Jadual 2 menunjukkan secara keseluruhannya, sebanyak 1504 kursus PISH telah dijalankan dengan pembahagian sebanyak 901 adalah dari program kemahiran dan 603 dari program kerohanian yang melibatkan
50237 orang peserta dari 91 buah kolej komuniti.
Bil BILANGAN PESERTA KURSUS PISH JUMLAH
1 2014 37256
2 2015 (sehingga bulan Ogos) 12981
JUMLAH 50237
Jadual 3: Bilangan kursus PISH yang telah dijalankan
Jadual 3 menunjukkan bilangan peserta yang menyertai kursus PISH di
Kolej Komuniti. Pada tahun 2014, bilangan peserta kursus adalah sebanyak 37256 orang manakala pada tahun 2015 sehingga bulan Ogos adalah sebanyak 12981 orang.
Secara kesimpulannya, impak pelaksanaan PISH Fasa pertama
mencapai tahap yang dikehendaki dengan pertambahan hubungan kolaborasi diantara institusi luar dengan Kolej Komuniti.
13
7. PENUTUP
Pendekatan pelaksanaan PISH di Kolej Komuniti adalah sangat penting bagi menggalakkan masyarakat Malaysia terutama mereka yang tidak
berkesempatan mendapat peluang pendidikan agama secara formal untuk meneruskan usaha mendapatkan pendidikan agama tanpa mengira had umur dan bidang pekerjaan. Ia juga adalah sebahagian dari
usaha memperkukuh modal insan dan meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat dalam jangka panjang. Untuk memberikan kesinambungan Pendidikan Islam yang berterusan kepada setiap lapisan masyarakat,
memberikan ilmu kemahiran dan keusahawanan kepada golongan sasaran seperti pelajar tahfiz, pelajar sekolah pondok, pelajar Maahad,
belia dan komuniti serta memberikan ilmu kemahiran berbentuk modular atau customized programmes mengikut permintaan dan kesesuaian. Dari segi pelaksanaan, pendekatan yang digunakan di
dalam pelaksanaan program PISH adalah berasaskan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang merupakan langkah bersepadu Kerajaan
melalui inisiatif perkongsian pintar antara Kementerian dan agensi Kerajaan yang lain. Jaringan institusi yang diluaskan dengan melibatkan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidkan Agama Islam
(LEPAI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merangkumi Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM),
Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri dan jawatankuasa masjid. Selain itu, ia turut melibatkan institusi pengajian tinggi awam, institusi pengajian tinggi swasta dan badan-badan bukan
kerajaan. Berdasarkan matlamat yang dijelaskan di atas, falasafah PISH bukan sekadar penerusan pendidikan Islam kepada pelbagai lapisan masyarakat akan tetapi juga pengukuhan nilai tambah kepada golongan
agamawan terutama menerusi ilmu-ilmu yang bersifat kemahiran dan kepakaran. Ini penting sebagai langkah permulaan kepada proses
integrasi dan penyepaduan ilmu yang sememangnya menjadi ciri tradisi ilmu Islam. Impak PISH fasa pertama dalam membina hubungan dan merapatkan ukhuwah dilihat tercapai dengan perningkatan kolaborasi
Kolej Komuniti bersama insitusi keagamaan dan jabatan luar.
14
Rujukan
Md Noor Hussin & Ahmad Redzaudin Ghazali & Mohammad Rofian Ismail: Masjid dan Pengajian Bahasa Arab : Kajian di Gombak Selangor,
Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014), 192
Mimi Mohaffyza & Che Munira (2011), “Keperluan Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Tenaga Pengajardi Institut Latihan Kemahiran di
Malaysia”, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Nik Aziz Nik Pa & Noraini. (2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia: Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.
Pati anak Aleng (2016), transformasi pendidikan dan pembangunan modal insan, Selanggor, PTS akademia, 4-6
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan
Tinggi). Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015. SIDEK BABA (2009), Acuan Minda, selangor, ALAF 21, 52-54
Utusan Malaysia (03.03.2012). “Kolej Komuniti Pupuk Budaya Belajar Sepanjang Hayat”.
Zariah Mairaj (2013), amalan prinsip dan strategi lautan biru dalam
kepimpinan guru besar dan pengurusan kokurikulum sekolah daerah Muar, Universiti Teknologi Malaysia