207115664 minit-mesyuarat-disiplin

5
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH KALI PERTAMA 2011 SEKOLAH KEBANGSAAN KLIAN INTAN Tarikh : 19 Januari 2011 Masa : 2.00 Petang Tempat : Makmal Komputer Kehadiran : 1. Encik Mohd Shaffie Bin Yusuf (Pengerusi) 2. Puan Noorakmal Binti Abdullah (N.Pengerusi 2) 3. Encik Mohd Radzi Bin Kassim (N.Pengerusi 1) 4. Encik Elias Bin Ismail (Setiausaha) 5. Encik Azli Bin Dollah (Guru Kaunseling) 6. Encik Mohd Sidi Abdul Latif bin Abdullah (AJK) 7. Puan Rosmayati Binti Iberahim (AJK) 8. Puan Norhasibah Binti Mohamed Ramli (AJK) 9. Puan Rozilah Binti Hashim (AJK) 10. Puan Che Inshah Binti H Hamzah (AJK) 11. Fauziah Binti Nik Din (AJK)

Upload: fauziah-savil-kamid-fauziah

Post on 29-Jul-2015

92 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 207115664 minit-mesyuarat-disiplin

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH KALI PERTAMA 2011 SEKOLAH KEBANGSAAN KLIAN INTAN

Tarikh : 19 Januari 2011

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran : 1. Encik Mohd Shaffie Bin Yusuf (Pengerusi)

2. Puan Noorakmal Binti Abdullah (N.Pengerusi 2)

3. Encik Mohd Radzi Bin Kassim (N.Pengerusi 1)

4. Encik Elias Bin Ismail (Setiausaha)

5. Encik Azli Bin Dollah (Guru Kaunseling)

6. Encik Mohd Sidi Abdul Latif bin Abdullah (AJK)

7. Puan Rosmayati Binti Iberahim (AJK)

8. Puan Norhasibah Binti Mohamed Ramli (AJK)

9. Puan Rozilah Binti Hashim (AJK)

10. Puan Che Inshah Binti H Hamzah (AJK)

11. Fauziah Binti Nik Din (AJK)

Tidah hadir : 1. Encik Roslan Bin Che Man (Bersebab)

2. Puan Nur Suhaida Binti Khazali (Bersebab)

1.0 Ucapan Pengerusi1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Jawatankuasa Disiplin

dan Sahsiah Sekolah Kebangsaan Klian Intan kerana menghadirkan diri ke mesyuarat yang kali pertama diadakan bagi tahun 2011.

1.2 Perlu memasukkan setiap kesalahan disiplin yang dilakukan oleh murid ke dalam Sistem Salahlaku Murid (SSDM) sebagai rekod rujukan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Tindakan : Guru Disiplin

Page 2: 207115664 minit-mesyuarat-disiplin

2.0 Pengawas Sekolah2.1 Cikgu Radzi menyatakan jumlah pengawas lelaki sekolah tidak mencukupi . Justeru itu

beliau mencadangkan supaya semua guru kelas supaya memberikan nama calon murid yang sesuai untuk jawatan pengawas sekolah kepada guru disiplin dengan seberapa segera.

2.2 Beliau mengumumkan nama ketua pengawas bagi sesi persekolahan 2011 iaitu Nur Majidah Binti Mohd Noor dari tahun Enam Hamrmoni. Keputusan mesyuarat pula telah sebulat suara untuk melantik Wan Muhammad Hazimi Bin Wan Hamzah sebagai Penolong Ketua Pengawas.

2.3 Cikgu Radzi juga mencadangkan waktu bergilir-gilir untuk pengawas yag bertugas untuk membantu guru menjaga disiplin murid-murid.

2.4 Mesyuarat bersama-sama pengawas akan diadakan pada minggu hadapan. Tindakan : Guru Kelas dan Disiplin

3.0 Program Jom ke Sekolah3.1 Cikgu Radzi menyatakan objektif dan matlamat program adalah sama seperti tahun lepas

cuma nama program sahaja ditukar supaya lebih menarik minat murid-murid untuk ke sekolah. Kempen ini juga melibatkan pemimpin-pemimpin setempat terutamanya Ketua Kampung, Ketua Polis Balai Klian Intan, Yang Dipertua PIBG dan AJK yang sedia ada.

3.2 Kain Rentang kempen “Jom ke Sekolah” perlu disediakan sebanyak 2 unit.3.3 Beliau juga menegaskan sebab keperluan guru-guru kelas pergi ke rumah murid-murid

yang bermasalah kerana banyak masalah dapat diselesaikan dengan melihat sendiri corak kehidupan mereka di rumah.

3.4 Sesi kaunseling juga perlu diadakan sebelum menyerahkan murid-murid yang bermasalah kepada guru disiplin. Selepas itu barulah proses perjumpaan dengan waris. Semua maklumat yang diperolehi perlu dicatat dalam buku catatan. Tindakan : Guru Kaunseling dan Guru Disiplin

4.0 Takwim Disiplin 20114.1

Bil. Aktiviti/Perkara Minggu/Bulan

1. Penyediaan Carta Gant Disember 2010

2. Perlantikan Pengawas Sekolah November 2010

3. Pelancaran Bulan Disiplin Januari 2011

4. Pelancaran Kempen Jom ke Sekolah Januari 2011

5. Data SSDM 3 Kali Setahun

Page 3: 207115664 minit-mesyuarat-disiplin

6. Mesyuarat Jawatankuasa Pengawas 3 Kali Setahun

7. Lawatan ke Rumah Murid Mengikut Kes

8. Mesyuarat Bulanan Guru Kelas Minggu Pertama Setiap Bulan

Tindakan : Guru Kelas ,Guru Kaunseling dan Guru Disiplin

5.0 Hal-hal Lain5.1 Guru Besar mencadangkan agar taklimat bersama dengan penjaga diselitkan dengan isu

disiplin. 5.2 Guru Besar mencadangkan perlu untuk guru disiplin berucap pada setiap kali

perhimpunan yang diadakan pada hari Isnin supaya murid-murid akan lebih prihatin kepada peraturan sekolah.

5.3 Cikgu Radzi menyatakan kepada semua guru bertugas mingguan supaya meletakkan buku di kantin dan Anjung Bestari. Guru bertugas juga perlu mencatat di dalam buku laporan. Bahagian catatan guru kelas perlu dicatat oleh guru kelas itu sendiri. Guru kelas juga perlu memastikan murid-muridnya berdisiplin. Sekiranya berlaku perkara-perkara yang boleh diselesaikan di peringkat kelas, perlulah diselesaikan dengan bijaksana sebelum memanjangkan kepada guru kaunseling dan guru disiplin.

5.4 Cikgu Radzi mencadangkan supaya menggabungkan peratus kehadiran dengan keceriaan kelas. Hadiah untuk guru kelas juga perlu diwujudkan untuk peneguhan.

Tindakan : Guru Kelas dan Guru Disiplin

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 Petang.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

…………………………. …………………………(ELIAS BIN ISMAIL) (MOHD RADZI BIN KASSIM)Setiausaha Displin, Pengerusi DisplinSekolah Kebangsaan Klian Intan. Sekolah Kebangsaan Klian Intan.

Page 4: 207115664 minit-mesyuarat-disiplin