1.0 cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

17
1 1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Pendidikan abad ke-21 menuntut guru supaya sentiasa meningkatkan kemahiran secara menyeluruh untuk menghadapi era globalisasi yang semakin maju. Guru memiliki peranan dan tanggungjawab yang sangat penting bagi menjayakan pencapaian pelajar dalam tahap yang cemerlang (Maulana, Helms-Lorenz, & van de Grift, 2015). Bagi memenuhi tanggungjawab tersebut guru perlu sentiasa bersiap sedia dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan, seperti melakukan penambahbaikan terhadap kaedah pengajaran di dalam bilik darjah, menguasai teknologi pendidikan, membina suasana pengajaran dan pembelajaran yang harmonis, serta membentuk hubungan antara guru dan pelajar secara mesra (Syafrimen, 2010). Bagi menjayakan hal tersebut guru mesti memiliki keyakinan diri, kerana dapat meningkatkan keberhasilan pelajar dalam bilik darjah. Pada zaman yang serba canggih ini, guru memainkan peranan penting dalam mencorakkan pelajar-pelajar menjadi individu yang berguna. Pelbagai cabaran yangperlu diatasi bagi menghasilkan insan yang berguna. Bagi seorang guru Matematik, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dirungkaikan dan diselesaikan. Selain itu, guru Matematik juga perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan topik dan tahap perkembangan diri pelajar-pelajar. Penyediaan lembaran kertas kerja merupakan satu keperluan bagi menguji sejauh mana tahap kefahaman pelajar terhadap apa yang telah diajar. Menjadi seorang guru Matematik bukan suatu tugasan yang mudah. Guru seharusnya pandai untuk menarik minat pelajar-pelajar terhadap apa yang telah diajar disamping mencari jalan termudah dan terbaik supaya apa yang diajar dapat difahami dengan baik oleh pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar tidak seharusnya berasa tertekan, bosan malah benci terhadap Matematik. Terdapat sesetengah pelajar-pelajar yang sangat tidak menyukai subjek matematik ini. Tugas guru Matematik di sini adalah mencari cara untuk melenturkan sikap benci pelajar-pelajar tersebut dan membuatkan mereka semakin menyukai subjek ini. Selain daripada itu, cabaran utama yang perlu dihadapi oleh guru Matematik adalah kecanggihan teknologi yang semakin pantas hari demi hari. Selain itu juga, Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di sekolah pada abad ke-21 ini lebih menjerumus kepada berpusatkan pelajar. Maka guru bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator kepada pelajar. Oleh yang demikian, guru pastinya akan menjadi antara rujukan utama oleh pelajar-pelajar. Kemahiran menggunakan komputer, teknologi dan ICT juga semestinya perlu ada pada guru-guru abad ke-21. Guru matematik yang baik seharusnya mengaplikasikan penggunaan teknologi dan ICT dalam pengajaran bagi menjadikannya lebih menarik dan berinovasi tinggi. Guru Matematik seharusnya melengkapkan diri dan meningkatkan kemampuan diri dalam ilmu pengetahuan berkenaan teknologi seiring dengan kemajuan dunia. Kesan globalisasi dan liberasasi menuntut kepada cabaran untuk guru Matematik celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat bantu mengajar) bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

1

1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Pendidikan abad ke-21 menuntut guru supaya sentiasa meningkatkan kemahiran secara

menyeluruh untuk menghadapi era globalisasi yang semakin maju. Guru memiliki peranan dan

tanggungjawab yang sangat penting bagi menjayakan pencapaian pelajar dalam tahap yang

cemerlang (Maulana, Helms-Lorenz, & van de Grift, 2015). Bagi memenuhi tanggungjawab

tersebut guru perlu sentiasa bersiap sedia dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran

dan kecekapan, seperti melakukan penambahbaikan terhadap kaedah pengajaran di dalam bilik

darjah, menguasai teknologi pendidikan, membina suasana pengajaran dan pembelajaran yang

harmonis, serta membentuk hubungan antara guru dan pelajar secara mesra (Syafrimen, 2010).

Bagi menjayakan hal tersebut guru mesti memiliki keyakinan diri, kerana dapat meningkatkan

keberhasilan pelajar dalam bilik darjah.

Pada zaman yang serba canggih ini, guru memainkan peranan penting dalam mencorakkan

pelajar-pelajar menjadi individu yang berguna. Pelbagai cabaran yangperlu diatasi bagi

menghasilkan insan yang berguna. Bagi seorang guru Matematik, terdapat pelbagai cabaran

yang perlu dirungkaikan dan diselesaikan. Selain itu, guru Matematik juga perlu menyediakan

bahan bantu mengajar yang sesuai dengan topik dan tahap perkembangan diri pelajar-pelajar.

Penyediaan lembaran kertas kerja merupakan satu keperluan bagi menguji sejauh mana tahap

kefahaman pelajar terhadap apa yang telah diajar. Menjadi seorang guru Matematik bukan

suatu tugasan yang mudah. Guru seharusnya pandai untuk menarik minat pelajar-pelajar

terhadap apa yang telah diajar disamping mencari jalan termudah dan terbaik supaya apa yang

diajar dapat difahami dengan baik oleh pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar tidak seharusnya berasa

tertekan, bosan malah benci terhadap Matematik. Terdapat sesetengah pelajar-pelajar yang

sangat tidak menyukai subjek matematik ini. Tugas guru Matematik di sini adalah mencari cara

untuk melenturkan sikap benci pelajar-pelajar tersebut dan membuatkan mereka semakin

menyukai subjek ini.

Selain daripada itu, cabaran utama yang perlu dihadapi oleh guru Matematik adalah

kecanggihan teknologi yang semakin pantas hari demi hari. Selain itu juga, Pembelajaran dan

Pemudahcaraan (PdPc) di sekolah pada abad ke-21 ini lebih menjerumus kepada berpusatkan

pelajar. Maka guru bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator kepada pelajar. Oleh yang

demikian, guru pastinya akan menjadi antara rujukan utama oleh pelajar-pelajar. Kemahiran

menggunakan komputer, teknologi dan ICT juga semestinya perlu ada pada guru-guru abad

ke-21. Guru matematik yang baik seharusnya mengaplikasikan penggunaan teknologi dan ICT

dalam pengajaran bagi menjadikannya lebih menarik dan berinovasi tinggi. Guru Matematik

seharusnya melengkapkan diri dan meningkatkan kemampuan diri dalam ilmu pengetahuan

berkenaan teknologi seiring dengan kemajuan dunia. Kesan globalisasi dan liberasasi menuntut

kepada cabaran untuk guru Matematik celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat

dan komunikasi (ICT).

Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi

dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang

dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat bantu

mengajar) bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran

Page 2: 1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

2

itu guru-guru matematik haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan

memperbanyakkan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam pengajaran mereka. ABM

adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat meransang minat yang

tinggi kepada pelajar untuk belajar. Cabaran guru matematik seterusnya adalah dalam

penyediaan ABM. Cabaran pendidikan kini mengalami gelombang perubahan yang semakin

ketara dengan wujudnya kurikulum dan mata pelajaran yang baru diperkenalkan oleh

Kementerian Pendidikan.

Justeru itu, penggunaan ABM perlulah dititik beratkan dalam pengajaran guru-guru matematik

agar pelajar-pelajar ini mampu menjadikan mata pelajaran tersebut sebagai asas untuk

melibatkan diri dalam dunia pekerjaan atau meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih

tinggi. ABM bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan kini. Oleh itu, guru perlu bijak

memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk para pelajarnya kerana ia membantu guru

tersebut menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bermakna dan menarik serta mampu

memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan

Negara (Ee Ah Meng, 1997). Guru haruslah melakukan anjakan paradigma dalam pengajaran

mereka dan tidak semata-mata menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ dalam pengajaran. Ini

kerana kaedah ini membosankan dan menurunkan motivasi pelajar untuk belajar. Guru perlu

mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka sejajar dengan cabaran

pendidikan masa kini dengan mendedahkan kepada pelajarnya dengan ABM yang mampu

membantu kefahaman dan menolong pelajar ke arah pembelajaran yang lebih bermakna.

Justeru, kemahiran dan kecekapan yang dimiliki guru dapat membawa kepada penyampaian

pembelajaran secara berkesan dan pada akhirnya dapat memaksimumkan pencapaian pelajar.

2.0 Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Plan)

RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN MATEMATIK BIL PELAJAR 17

KELAS 2 HARAPAN MASA 12.15 – 12.55 tengah hari

TARIKH 25 MAC 2019 HARI ISNIN

TOPIK 2 : PEMFAKTORAN DAN PECAHAN ALGEBRA

KOD STANDARD KANDUNGAN

2.2: PEMFAKTORAN DALAM UNGKAPAN ALGEBRA

KOD STANDARD PEMBELAJARAN

2.2.1: Menghubungkaitkan pendaraban ungkapan algebra dengan konsep faktor dan pemfaktoran.

2.2.2: Menyenaraikan faktor bagi hasil darab ungkapan algebra.

2.2.3: Menfaktorkan ungkapan algebra dengan pelbagai kaedah.

2.2.4: Menyelesaikan masalah yang melibatkan pemfaktoran.

Page 3: 1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

3

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Diakhir PdPc, murid akan dapat :

i. Mengetahui konsep-konsep faktor dan pemfaktoran.

ii. Mempelajari kaedah pemfaktoran : i) menggunakan FSTB,

ii) menggunakan beza antara dua

sebutan kuasa dua sempurna, dan

iii) menggunakan faktor sepunya dalam

empat sebutan algebra.

iii. Menyelasaikan masalah yang melibatkan pemfaktoran.

STRATEGI PEMBELAJARAN & PENGAJARAN

SET INDUKSI

(5 minit)

Mengenalpasti konsep pemfaktoran :

• Memberikan setiap murid belon dan menerangkan konsep kembangan dan songsang kepada kembangan.

• Guru mengaitkan belon dengan konsep pemfaktoran.

• Murid dapat mengenalpasti dan memahami konsep pemfaktoran.

LANGKAH PERTAMA

(10 minit)

Menerangkan kaedah-kaedah yang digunakan di dalam pemfaktoran dalam ungkapan algebra:

i. Guru memperkenalkan tiga kaedah yang digunakan ii. Guru menunjukkan contoh setiap kaedah yang digunakan.

LANGKAH

KEDUA

(10 minit)

Mencari penyelesaian setiap soalan yang diberikan:

i. Guru memberikan soalan dan memilih murid secara rawak untuk menjawab soalan menggunakan kaedah-kaedah tersebut.

LANGKAH

KETIGA

(10 minit)

Aktiviti lanjutan menggunakan jigsaw puzzle:

i. Guru meminta murid membentuk 4 kumpulan. ii. Setiap wakil kumpulan diminta ke hadapan untuk mengambil bahan

aktiviti. iii. Guru memberi penerangan dan arahan untuk melaksanakan aktiviti. iv. Murid diberikan masa dalam 10 minit untuk melengkapkan aktiviti yang

dijalankan. v. Dua kumpulan yang berjaya melengkapkan jigsaw puzzle dengan pantas

akan diberikan ganjaran/hadiah.

PENUTUP

(5 minit)

Membuat rumusan bagi pelajaran hari ini.

i. Guru membuat imbasan setiap kaedah yang digunakan kepada murid. ii. Guru membuat kesimpulan secara keseluruhan kepada murid.

PEMBELAJARAN ALAF 21

Round Table

Think, Pair –Share

Hot Seat

P. Koperatif

PBL

Peta I-Think

Role Play/Main Peranan

Gallery walk

P. Masteri

Inkuiri Pen.

Three Stray, One Stay

Pembentangan Hasil Sendiri

Deklamasi Sajak/ Nyanyian

Lain-lain: _____________________

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

Buku teks

Kad manila

Powerpoint

Internet

Eksperimen

Gambar /cerita

Radio / TV

Bola

Field Marker

Lain-lain: ___________________

Jigsaw Puzzle

Jigsaw Puzzle

Page 4: 1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

4

KECERDASAN PELBAGAI

Interpersonal

Intrapersonal

Muzikal

Verbal Linguistik

Kinestatik

Logik Matematik

Naturalis

Visual Ruang

ELEMEN MERENTASI

KURIKULUM (EMK)

Kreativiti & Inovasi

Nilai Murni

TMK

Kelestarian Global

Keusahawanan

Sains dan Teknologi

KEMAHIRAN BERFIKIR

Membanding beza

Mengkategori

Menjana Idea

Menghubungkait

Menginterpretasi

Mencipta Analogi

Membuat Inferens

Membuat Ramalan

Menilai

Mentafsir

Membuat Keputusan

Membuat Rumusan

PENILAIAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Lembaran Kerja

Pemerhatian

Kuiz

Projek

Hasil Pembentangan

Tugasan individu

Tugasan kumpulan

Ujian

Lisan

Folio

Perbincangan

Senarai semak

Lain – lain : _____________________

ELEMEN 6K Komunikasi

Kolaboratif

Karektor

Pemikiran Kritikal

Kreativiti dan inovatif

Kebangsaan

REFLEKSI

_____/____ orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pengayaan / pengukuhan.

____/____ orang murid tidak menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan.

KERJA SUSULAN UNTUK MURID

PEMULIHAN

PENGAYAAN

3.0 Sebelum Macroteaching

Persiapan untuk mengajar merupakan perkara yang perlu dititik beratkan oleh seorang

guru sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sebelum

menjalankan pengajaran macroteaching, guru perlu merancang dan membuat persediaan

mengajar yang lengkap untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan

berkesan terhadap pelajar. Persediaan mengajar ialah satu perancangan harian yang disediakan

oleh guru untuk satu waktu pengajaran. Ia mengandungi maklumat tentang pelajar, matlamat

yang ingin dicapai, isi kandungan yang akan disampaikan dan penentuan pencapaian matlamat.

Persediaan mengajar merupakan rancangan tindakan yang disediakan oleh guru yang akan

digunakan semasa berhadapan dengan pelajar-pelajar di dalam kelas. Guru juga perlu

mengambil kira tahap penguasaan pelajar yang akan diajar. Penelitian sukatan pelajaran perlu

Page 5: 1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

5

dibuat bagi guru matematik dalam menentukan tajuk dan kaedah pengajaran yang akan

digunakan. Guru matematik juga perlu mengenal pasti dan menentukan kemahiran- kemahiran

pedagogi yang perlu dijadikan fokus untuk mengendalikan sesi pengajaran di dalam bilik

darjah.

3.1 Pelaksanaan Pengajaran

Sebagai seorang guru, pastinya sudah mengetahui akan jumlah pelajar, kerenah, kelakuan dan

pengetahuan anak didik masing-masing. Justeru, persediaan yang mencukupi sebelum masuk

ke kelas akan menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pelaksanaan pengajaran

dimulakan dengan guru membuat pemilihan tajuk dalam mata pelajaran matematik yang akan

diajar semasa macroteaching. Pemilihan tajuk tersebut dibuat berdasarkan tajuk yang dianggap

menarik dan mudah untuk disampaikan serta kesesuaian alat bantu mengajar (ABM) yang akan

digunakan. Selepas memilih tajuk pengajaran, guru perlu mempelajari dan menguasai isi

kandungan kokurikulum berkaitan tajuk yang dipilih bagi memastikan penyampaian sesuatu

konsep dan penggunaan istilah serta simbol matematik yang betul dan tepat dapat digunakan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Kemudian, objektif pengajaran perlu disenaraikan oleh guru bagi melancarkan dan

memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan. Melalui objektif

pengajaran, guru dapat menentukan kaedah pengajaran dan langkah-langkah yang bersesuaian

dengan ABM yang akan digunakan. Proses pengajaran yang dirancang oleh guru hendaklah

mempunyai penerapan elemen-elemen standard asas pembelajaran abad ke-21, iaitu proses

pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar mestilah mempunyai elemen komunikasi,

kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif serta penerapan nilai-nilai murni dan etika. Tidak

dinafikan guru perlu kreatif. Bahan yang digunakan dapat membentuk kecerdasan minda

pelajar. Tanpa adanya persediaan yang baik sebelum ke kelas, sesi pengajaran akan menjadi

menarik dan tidak membosankan serta dapat membantu pelajar untuk lebih memahami tajuk

yang akan diajar.

Guru juga perlu mengetahui kebolehan sedia ada dan tahap penguasaan setiap pelajar bagi

memudahkan guru untuk merancang pengajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan dan

penguasaan pelajar. Apabila guru mengetahui tahap kebolehan dan penguasaan pelajar dalam

mata pelajaran yang diajar maka guru boleh menyediakan ABM yang bersesuaian dengan

pelajar. Penggunaan ABM perlu dikaji dan diteliti bagi memastikan ianya bersesuaian dengan

tajuk pengajaran yang akan disampaikan agar penyampaian pengajaran dan pembelajaran lebih

Page 6: 1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

6

sistematik dan berkesan kepada pelajar. Pembelajaran dengan menggunakan ABM juga dapat

memastikan pelajar mengikuti dan memberikan pelajar kefahaman yang berkesan dan juga

dapat menarik minat mereka terhadap mata pelajaran yang bakal diajarkan.

3.2 Perancangan Penyampaian

Kejayaan sesuatu pengajaran di dalam kelas bergantung kepada kebijaksanaan seorang

guru dalam membuat perancangan dan persediaan yang rapi sebelum memulakan sesi

pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, guru hendaklah menentukan strategi

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian dengan isi kandungan, tahap

kebolehan pelajar dan nilai yang ditentukan. Strategi pengajaran merujuk kepada cara guru

mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik di dalam bilik darjah. Guru

perlu merancang dan menggunakan kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat disampaikan

kepada pelajar semasa sesi pembelajaran. Guru perlu mengetahui kaedah yang akan digunakan

sama ada secara induktif atau secara deduktif mengikut kesesuaian situasi dan tahap

penguasaan setiap pelajar.

Guru menggunakan strategi berpusatkan kepada pelajar dalam pengajaran dan

pembelajaran. Aktiviti pengajaran yang berpusatkan kepada pelajar boleh menggalakkan

pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti

berkumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain,

dan simulasi. Dalam aktiviti berpuatkan pelajar, guru berperanan sebagai pembimbing dan

pemudah cara kepada pelajar. Guru perlu memastikan komunikasi dan interaksi yang berlaku

antara guru dan pelajar adalah komunikasi secara dua hala. Guru menggunakan kaedah

menyoal dan membimbing pelajar supaya mereka boleh berfikir dan bertindak balas memberi

jawapan. Guru juga perlu mengulang semula topik lepas apabila melihat pelajar tidak dapat

mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang akan diajar. Guru juga perlu memastikan cara

penyampaian setiap topik itu berbeza dengan latar belakang setiap pelajarnya. Hal ini kerana

bagi memastikan setiap pelajar dapat menguasai topik pembelajaran yang akan diajar.

Di samping itu, guru perlu bijak menggunakan masa pengajaran secara optimum, iaitu

selama 40 minit dengan menyediakan aktiviti yang boleh membantu pelajar mencapai hasil

pembelajaran dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar. Guru hendaklah

merancang langkah dan aktiviti yang bersesuai dengan masa yang diperuntukkan bagi

memastikan sesi pengajaran tidak melebihi masa yang ditetapkan dan mencapai objektif

pembelajaran.

Page 7: 1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

7

Perancangan penyampaian perlu dirancang dengan teliti dalam Rancangan Pengajaran

Harian (RPH) agar ianya menepati sukatan dan standard pengajaran yang telah ditetapkan serta

tidak terpesong daripada apa yang dirancangkan. Melalui perancangan RPH, guru dapat

menyampaikan isi pelajaran tanpa keraguan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas. Jadi, guru mempunyai garis panduan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas. Pemeringkatan isi sesuatu pengajaran perlu mengikut aras Taxonomy Bloom bermula

daripada mudah kepada susah. Guru menggunakan buku teks dan buku rujukan Matematik

sebagai sumber rujukan untuk memilih soalan yang mencabar dapat dikemukakan semasa

pengajaran bagi mempersiapkan perancangan penyampaian pengajaran. Selain itu, guru juga

perlu mempersiapkan diri dengan menguasai topik yang akan diajar sebelum mengajar. Hal ini

kerana dengan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan akan memudahkan guru

menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh pelajar. Ia juga dapat menarik minat

pelajar untuk menguasai topik tersebut.

3.3 Perancangan Penilaian

Penilaian penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memberikan maklumat

tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru merancang penilaian berdasarkan

kriteria-kriteria kejayaan yang ingin dicapai untuk topik yang akan diajar. Guru menyediakan

soalan-soalan yang efektif bagi setiap aktiviti dan langkah pengajaran yang dijalankan semasa

sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menguji tahap kefahaman serta penguasaan pelajar

dalam tajuk yang dipelajari. Penilaian yang dirancang membolehkan guru mengenalpasti tahap

pencapaian pelajar dan keberkesanan pengajaran yang disampaikan untuk tujuan pengulangan,

pengubahsuaian dan pengukuhan melalui maklum balas daripada pelajar semasa proses

pengajaran dan pembelajaran.

4.0 Semasa Macroteaching

Persediaan dan perancangan yang rapi telah dilakukan oleh guru sebelum memulakan

pengajaran macroteaching bagi mengelakkan sebarang masalah yang akan berlaku semasa sesi

pengajaran macroteaching. Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu guru

menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan

dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan kemas dan teratur. Sebelum

memulakan pengajaran, guru memberi salam dan bertanyakan tentang keadaan pelajar dan

mengaitkan perkara yang diluar bilik darjah dengan subjek yang akan diajar sebagai pemulaan

kata. Permulaan kata bertujuan untuk menenangkan dahulu keadaan kelas sebelum memulakan

Page 8: 1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

8

sesi pengajaran. Ianya juga bertujuan untuk menarik perhatian pelajar supaya tidak tertekan

dengan subjek dan pengajaran yang akan diajar. Perkara ini juga penting supaya dapat enarik

minat pelajar dan mengelakkan pelajar tertekan sebelum memulakan sesuatu topik pengajaran.

4.1 Pelaksanaan Pengajaran

Semasa hendak melaksanakan pengajaran macroteaching, guru perlu merancang set

induksi pengajaran yang baik dan menarik perhatian serta minat pelajar kepada pengajaran

yang hendak disampaikan dan dapat menggalakkan pembelajaran. Guru membuat persediaan

bahan-bahan dengan memberi benda maujud seperti belon, alatan mengajar dan papan putih

dibersihkan sebelum mengajar. Set induksi digunakan bagi mengaitkan pelajaran yang lepas

atau dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Tempoh masa yang sesuai bagi set induksi adalah

antara tiga hingga lima minit. Tujuan set induksi dilakukan adalah untuk menggalakkan pelajar

berfikir tentang topik yang akan diajar dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan

lebih berkesan serta meningkatkan kefahaman pelajar dalam sesuatu topik yang akan diajar.

Selepas itu, perkembangan pengajaran yang merujuk kepada langkah-langkah mengajar

yang disusun secara berperingkat-peringkat berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran. Guru

perlu merancang langkah-langkah pengajaran yang berturutan, disusun dengan baik dan

mencatat anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang hendaklah berkait dan

bersesuaian dengan objektif yang telah disenaraikan dalam RPH. Guru perlu mencapai objektif

pembelajaran dan pengajaran yang telah ditetapkan diakhir pengajaran.

Guru juga perlu memilih dan menyusun isi pelajaran yang hendak disampaikan

bersesuaian dengan kebolehan dan tahap penguasaan serta minat pelajar. Isi pelajaran tersebut

perlu dipertingkatkan dan diperkembangkan dengan teliti supaya suasana pembelajaran yang

berkesan dapat diwujudkan. Ketika melakukan pemeringkatan isi, guru perlu menyusun

subtopik pengajaran dari mudah kepada kompleks mengikut langkah susunan yang betul. Guru

lebih digalakkan menggunakan kaedah deduktif supaya pelajar lebih memahami isi pengajaran.

Strategi pengajaran deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana pelajar perlu

memperolehi kefahaman yang mendalam dan mencukupi serta berupaya memilih rumus,

hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-

contoh khusus. Dalam matematik kaedah ini menggunakan rumus, hukum atau teori matematik

yangtelah dipelajari untuk mendapatkan rumusan atau generalisasi matematik yang baru iaitu

daripada generalisasi kepada khusus. Kaedah ini memerlukan pelajar-pelajar menguasai

Page 9: 1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

9

pengetahuan yang luas dan pengetahuan matematik yang cukup bagi mendapatkan rumus,

hukum atau teorem yang baru.

Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan, guru hendaklah menentukan

strategi yang akan digunakan. Pemilihan strategi yang bijak akan menjamin kelicinan serta

keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran, strategi pengajaran yang sesuai bukan sahaja

dapat meningkatkan mutu penyampaian malahan akan menjadikan pengajaran yang lebih

bermakna serta menyeronokkan pelajar.

4.2 Set Induksi

Set induksi dilaksanakan bagi memulakan sesuatu pengajaran untuk meyampaikan idea

kepada pelajar berkaitan pengajaran yang hendak disampaikan oleh guru. Ianya juga bertujuan

untuk menarik minat pelajar dan mengaitkan pengetahuan sedia ada pelajar dengan pengajaran

yang akan disampaikan. Penggunaan bahan seperti video, gambar dan benda maujud dapat

membantu guru untuk meransang pengetahuan sedia ada pelajar. Penggunaan contoh yang

relevan dalam set induksi, teknik penyoalan, penglibatan pelajar dan pengukuhan kemahiran

insaniah memberikan makna kepada sesuatu konsep yang hendak diajar.

Bagi set induksi tajuk Pemfaktoran dalam Ungkapan Algebra, guru menggunakan benda

maujud seperti belon untuk mengaitkan pelajaran yang lepas iaitu perkembangan. Penggunaan

belon tersebut untuk mengkaitkan dan menghubungkan antara konsep yang hendak diajar pada

hari itu boleh dikaitkan dengan suatu set yang dekat dengan pengalaman harian pelajar. Pelajar

dikehendaki menggunakan belon yang ditiup dan mengaitkan dengan topik lepas iaitu

perkembangan dan apabila belon yang berisi angina dibuangkan anginnya maka berlaku proses

pengecutan yang berkait dengan topik Pemfaktoran yang akan diajar yang mana berlawanan

dengan Perkembangan. Penggunaan belon ini adalah supaya pelajar dapat mengimbas kembali

topik Perkembangan yang diajar sebelum topik Pemfaktoran. Penggunaan belon tersebut

membantu meransang pengetahuan yang sedia ada pelajar untuk mengetahui dengan lebih

lanjut berkaitan dengan apa yang ingin disampaikan oleh guru. Apabila pelajar dapat

mengetahui tajuk yang akan dipelajari, guru membuat ulangkaji berkaitan Perkembangan

dalam topik Pemfaktoran yang telah dipelajari oleh pelajar pada subtopik sebelum ini.

4.3 Langkah-langkah

Perkembangan pengajaran merujuk kepada langkah-langkah mengajar yang disusun

secara berperingkat-peringkat. Guru memberi penerangan apakah yang dimaksudkan dengan

Page 10: 1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

10

Pemfaktoran kepada pelajar dengan menjelaskan kaedah-kaedah yang terdapat dalam

Pemfaktoran dan konsep-konsep yang digunakan dalam kaedah-kaedah tersebut. Terdapat

empat kaedah dalam Pemfaktoran. Antaranya ialah menggunakan Faktor Sepunya Terbesar

(FSTB), menggunakan beza antara dua sebutan kuasa dua sempurna, menggunakan faktor

sepunya dalam empat sebutan Algebra dan pendaraban silang. Seterusnya, guru

memperkenalkan kaedah-kaedah tersebut dengan memberikan contoh agar pelajar dapat

memahami topik yang disampaikan dengan jelas. Guru menyediakan soalan bagi setiap kaedah

yang dipelajari dan memilih pelajar secara rawak untuk menjawab soalan tersebut bagi menilai

tahap kefahaman pelajar. Guru juga menggunakan teknik peneguhan dan memberi ganjaran

seperti hadiah kepada pelajar yang mencuba menjawab soalan yang dikemukakan untuk

menghargai pelajar yang berjaya menjawab soalan serta usaha yang ditunjukkan oleh pelajar.

Apabila pelajar dapat mengenalpasti kaedah-kaedah dalam Pemfaktoran, guru

meningkatkan tahap pemeringkatan isi dengan menjelaskan secara terperinci setiap kaedah

yang digunakan. Langkah yang kedua, guru menyediakan beberapa contoh penyelesaian bagi

setiap kaedah untuk membantu mereka memahami dengan jelas terhadap isi pelajaran yang

ingin disampaikan. Di akhir langkah kedua, guru memberikan beberapa soalan di hadapan

untuk dijawab oleh pelajar yang dipilih secara rawak untuk menyelesaikan soalan-soalan

tersebut. Guru memberi pujian kepada pelajar yang menjawab soalan bagi memotivasikan diri

dan menarik minat pelajar.

Selain itu, kelantangan suara guru juga memainkan peranan yang penting kerana suara

yang lantang dan tegas akan memudahkan pelajar mendengar dengan teliti dan sekaligus

membantu pemahaman mereka terhadap aktiviti Jigsaw Puzzle yang dijalankan pada langkah

ketiga. Penggunaan alat bantu mengajar, iaitu Jigsaw Puzzle dalam pengajaran Pemfaktoran

dapat menarik minat pelajar dan membantu mereka memahami dengan jelas. Aktiviti ini

dijalankan secara berkumpulan bagi memupuk semangat kerjasama dan berdaya saing dalam

kalangan pelajar. Guru juga menggunakan teknik ganjaran dan pujian kepada pelajar yang

berjaya melengkapkan Jigsaw puzzle dengan pantas dengan menyediakan hadiah kepada

pemenang manakala bagi kumpulan yang tidak berjaya, guru memberi kata-kata semangat

untuk memotivasikan diri pelajar untuk mencuba lagi.

4.4 Penilaian

Penutup merupakan bahagian terakhir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di mana

guru meminta pelajar menyimpul dan membuat rumusan yang berkaitan isi-isi penting

Page 11: 1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

11

berkaitan pengajaran yang telah disampaikan. Tujuan guru meminta pelajar membuat rumusan

untuk menilai dan mengenalpasti kefahaman pelajar dan keberkesanan pengajaran. Selepas itu,

guru memberi latihan atau aktiviti pengukuhan kepada pelajar untuk meningkatkan lagi

kefahaman pelajar tentang topik yang telah dipelajari. Guru juga perlu memberikan rasa

kepuasan belajar dan menggerakkan pelajar supaya bersedia untuk pelajaran akan datang.

Selain itu juga, guru memberitahu objektif-objektif pembelajaran kepada pelajar supaya pelajar

dapat menguasai topik yang telah diajar oleh guru.

4.5 Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)

Penggunaan alat bantu mengajar dalam topik Pemfaktoran adalah penggunaan belon,

manila kad yang ditulis dengan kaedah-kaedah dalam Pemfaktoran dan Jigsaw Puzzle. Jigsaw

Puzzle merupakan permainan jigsaw puzzle yang memadankan soalan dengan jawapan yang

betul. Aktiviti permainan Jigsaw Puzzle digunakan sebagai pemantapan dan penggayaan dalam

pembelajaran. Aktiviti ini juga menyeronokkan dan melibatkan kolaborasi semua pelajar

dalam kumpulan. Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk perkembangan dan penilaian kepada

pelajar.

Aktiviti permainan Jigsaw Puzzle mempunyai soalan dan jawapan yang telah disediakan.

Pelajar perlu memadankan soalan dengan jawapan yang betul untuk melengkapkan Jigsaw

Puzzle. Permainan ini mempunyai sepuluh (10) keping soalan dan jawapan yang mana pelajar

dikehendaki untuk mencantumkan kesemua kepingan mengikut soalan dan jawapan yang betul

bagi melengkapkan Jigsaw Puzzle. Penggunaan permainan ini bertujuan untuk memperbaiki

suasana pengajaran dan pembelajaran kepada lebih kreatif dan inovatif bagi menarik minat

pelajar untuk lebih fokus dalam pembelajaran.

Page 12: 1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

12

5.0 Selepas Macroteaching

Setelah selesai sesi pengajaran, guru mestilah membuat penilaian kendiri sebagai refleksi

atau muhasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran

tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang boleh dibuat refleksi

ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan penglibatan pelajar serta keazaman guru dalam

menyampaikan isi kandungan pengajaran. Tujuan refleksi dilakukan untuk membuat

penambahbaikan amalan pengajaran guru.

5.1 Bagaimana Alat Bantu Mengajar (ABM) Membantu Pengajaran?

Alat bantu mengajar (ABM) sangat membantu pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ABM amat penting bagi guru untuk

memastikan proses pengajaran dapat berjalan dengan lancar kerana isi pengajaran yang

disampaikan dapat diikuti dengan baik oleh pelajar dengan bantuan ABM. Penggunaan ABM

dapat mempertingkatkan minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan

memudahkan para pelajar memahami isi kandungan sesuatu pelajaran. Oleh itu, penggunaan

benda maujud seperti belon dan permainan Jigsaw Puzzle menjadi peransang dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 1: Alat Bantu Mengajar (ABM)

Page 13: 1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

13

ABM dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. ABM

digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan membolehkan pengajaran yang

disampaikan oleh guru akan mencetuskan minat pelajar dan meningkatkan interaksi dan

kefahaman pelajar tentang realiti suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih

mengembirakan dan menyeronokan melibatkan kolaboratif semua pelajar dalam kumpulan.

Selain itu, melalui Jigsaw Puzzle pelajar yang berjaya melengkapkan permainan dengan pantas

akan diberikan ganjaran atau hadiah, iaitu gula-gula sebagai penghargaan dan meningkatkan

motivasi diri pelajar dalam menjawab soalan. Pemberian hadiah akan menarik minat pelajar

untuk menyertai dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan dalam kelas.

5.2 Pengalaman Mengajar dalam Macroteaching

Pengajaran macroteaching memberi pengalaman pertama kepada guru untuk merasai

sendiri proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pengajaran macroteaching telah

memberi pendedahan kepada guru untuk membuat perancangan dan persediaan yang lengkap

sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mencetuskan idea mengenai topik

yang hendak disampaikan. Melalui pengajaran macroteaching, guru dapat belajar

menggunakan masa secara optimum dengan merancang kandungan pengajaran.

Rajah 2: Alat Bantu Mengajar (ABM)

Page 14: 1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

14

Selain itu, guru mempelajari cara penyampaian menggunakan kelantangan suara yang

betul dan jelas semasa mengajar untuk membolehkan pelajar mendengar pengajaran yang

disampaikan dalam kelas serta memastikan guru dapat mengawal kelas dengan baik. Hal ini

dapat memudahkan pelajar untuk memberi tumpuan dan fokus kepada pengajaran yang

disampaikan oleh guru dalam kelas. Kejelasan dalam memberi arahan memainkan peranan

dalam kefahaman pelajar membolehkan pelajar mengikut arahan dan panduan semasa

mengajar.

Guru mempelajari dan menguasai konsep, simbol dan istilah matematik dalam pelajaran

yang disampaikan terlebih dahulu supaya tidak berlaku keraguan semasa mengajar. Guru juga

mestilah bijak untuk menarik minat pelajar untuk bergerak secara aktif semasa sesi pengajaran

dengan menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan tajuk yang dipilih. ABM

yang dipilih ialah permainan Jigsaw Puzzle ini menarik minat pelajar untuk mengetahui tentang

aktiviti yang ingin dijalankan oleh guru. Melalui penggunaan permainan Jigsaw Puzzle, guru

dapat mengatahui bahawa ABM penting untuk memastikan suasana pengajaran lebih berkesan

dan meningkatkan kefahaman pelajar.

5.3 Penambahbaikan yang Dilakukan dalam Kelas Sebenar

Guru menyedari bahawa set induksi yang baik merupakan perkara yang penting dalam

menarik minat pelajar untuk mempelajari topik yang diajar. Semasa membuat set induksi,

penggunaan belon oleh guru untuk menunjukkan proses Perkembangan dan Pemfaktoran. Hal

ini menyebabkan pelajar boleh memahami proses yang berlaku dengan jelas. Selain itu, guru

juga dinasihatkan untuk mengenal pasti tahap kebolehan dan penguasaan pelajar sebelum

mengajar. Hal ini kerana, kaedah-kaedah di dalam topik pemfaktoran agak rumit dan sukar

difahami. Oleh yang demikian, guru dinasihatkan untuk memfokuskan satu-satu kaedah pada

waktu yang berbeza untuk memastikan kesemua pelajar dapat menguasai kaedah-kaedah

tersebut dengan lebih jelas. Perhatian yang lebih perlu dilakukan oleh guru dalam mengajar

satu-satu kaedah. Kaedah-kaedah tersebut tidak boleh diajarkan sekali gus bagi mengelakkan

pelajar menjadi kurang minat dan pengajaran mejadi lebih berkesan.

Guru juga perlu memperbaiki kemahiran peneguhan. Kemahiran peneguhan melibatkan

satu teknik mengajar yang boleh mengubah pelajar dalam beberapa cara yang positif seperti

guru memberi peneguhan dengan senyuman, memuji pelajar yang berjaya menjawab soalan

dengan betul dan peneguhan secara lisan. Guru boleh menggalakkan pelajar belajar

menggunakan perkataan seperti ‘baik’, ‘betul’, dan ‘bagus’. Peneguhan yang berkesan dapat

Page 15: 1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

15

dilakukan dengan mempelbagaikan penggunaan peneguhan. Guru boleh mempelbagaikan

kaedah peneguhan melalui perkataan atau gerak geri yang diulang. Hal ini dapat menarik minat

pelajar untuk menguasai topik yang akan diajar.

5.4 Cabaran Utama Semasa Mengajar

Cabaran utama semasa mengajar adalah memastikan pelajar dapat memahami konsep yang

ingin disampaikan oleh guru. Bagi guru matematik, guru perlu menerangkan konsep berkaitan

Pemfaktoran dan kaedah-kaedah yang digunakan di dalam topik tersebut dengan jelas supaya

pelajar dapat memahami dengan baik sebelum melakukan pemeringkatan isi yang seterusnya.

Pemeringkatan isi kandungan pembelajaran hendaklah bermula daripada mudah ke susah atau

secara deduktif supaya guru dapat menarik minat pelajar untuk menyelesaikan soalan dengan

baik dan berkesan.

Selain itu, guru perlu memastikan pengajaran mengikut perancangan RPH merupakan

salah satu cabaran semasa mengajar. Hal ini demikian, guru perlu bijak merancang penggunaan

masa secara optimum bagi memastikan perancangan yang dirancang dapat dilaksanakan

semasa pengajaran. Langkah pengembangan perlu dirancang dengan teliti juga membantu guru

memastikan pengajaran yang disampaikan lebih teratur seperti yang dirancang. Guru

memperuntukkan masa yang sesuai dengan langkah-langkah pengembangan yang dirancang

supaya tidak melebihi masa yang telah ditetapkan dan dapat mencapai objektif-objektif

pengajaran yang telah ditetapkan.

6.0 Kesimpulan

Pengajaran macroteaching dapat membantu guru menjalani latihan mengajar dengan baik

dan sistematik. Pengajaran macroteaching menitikberatkan cara-cara guru menimba

pengalaman dan mempelajari kemahiran yang hampir sama dengan apa yang diperlukan dalam

situasi yang sebenar. Guru dapat merasai pengalaman mengajar secara simulasi bagi

mempelajari teknik pengajaran yang betul. Bagi menentukan latihan mengajar berjalan dengan

teratur dan berkesan, suatu tatacara pengurusan yang efisien diperlukan bagi membantu guru

menjalani latihan mengajar. Oleh yang demikian, pengajaran macroteaching memberi

pendedahan kepada guru tentang profesion perguruan dan memberi bimbingan serta menilai

kebolehan guru menjalankan tugas tugas yang dikehendaki oleh etika profesion perguruan

(Noor Azlan & Norhayati, 2009).

Page 16: 1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

16

Pengajaran macroteaching adalah kelas terbaik yang membantu guru menjalani latihan

mengajar dengan baik. Selain itu, pengajaran macroteaching dapat membantu bakal-bakal guru

bersedia membuat persediaan yang lengkap sebelum memulakan kelas dan sebelum

berhadapan dengan pelajar. Hasil daripada kelas pengajaran macroteaching, guru dapat

membuat persediaan rapi serta menulis buku rancangan mengajar dengan baik.

Tambahan lagi, ketika berhadapan dengan pelajar, guru berupaya menarik minat pelajar dengan

menggunakan set-set induksi yang kreatif dan pendedahan yang berbeza setiap kali memasuki

kelas. Tidak dilupakan dengan penyampaian yang lancar ketika mengajar di depan kelas.

Meskipun berhadapan dengan pelajar yang mempunyai seribu macam kerenah. Penguasaan

guru terhadap topik-topik yang diajar juga menjadi satu kejayaan kepada guru sewaktu

menjalani latihan mengajar. Secara ringkasnya kelas pengajaran macroteaching sememangnya

memberi banyak input kepada guru serta dapat membantu guru mengaplikasikan kemahiran

yang diperolehi ketika latihan mengajar.

Page 17: 1.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

17

Rujukan

Amir Hassan Dawi. (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim: Quantum

Books.

Ee Ah Meng (1997). Amalan Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Syarikat Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

Effandi, Z., Roslinda, R., Siti Mistima, M., & Norhidayah. A. (2015). Isu dan Cabaran dalam

Pendidikan Matematik. Selangor, Bangi, Publisher: Fakulti Pendidikan UKM, pp.1-18.

Maulana, R., Helms-Lorenz, M., & van de Grift, W. (2015). A longitudinal study of induction

on the acceleration of growth in teaching quality of beginning teachers through the

eyes of their students. Teaching and Teacher Education, 51, 225–245.

Noor Azlan, A. Z., & Norhayati, A. R. (2009). Keberkesanan pengajaran mikro dalam latihan

mengajar guru pelatih Matematik Fakulti Pendidikan, UTM Skudai.

Norfadhillah, Z. M. Z., & Najihah, A. W. (2017). Cabaran dalam Pengajaran Matematik

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Proceeding of International

Conference of Empowering Islamic Civilization.

Syafrimen. (2010). Pembinaan Modul Eq Untuk Latihan Kecerdasan Emosi Guru-Guru Di

Malaysia.