menghadapi cabaran-cabaran mendatangnadi.ingresscorp.com.my/nadi_upload/nadi ingress edisi 8...

24

Upload: vophuc

Post on 03-Feb-2018

348 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung
Page 2: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

Isi Kandungan

Dari Meja Pengarang

Dari Meja Pengarang

Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah membawa rahmat kepada makhluk seisi alam, kepada keluarga Baginda serta para sahabat radhiallahu ‘anhum.

Selamat bertemu kembali di dalam Majalah Nadi Ingress Edisi Kelapan. Terlebih dahulu pihak Sidang Pengarang ingin mengajak Saudara dan Saudari sekalian untuk memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t Yang Maha Pemberi kerana masih mengurniakan nikmat Islam, Iman, Akal, kemakmuran dan keamanan kepada kita semua untuk menjadi seorang Hamba yang sentiasa taat dan patuh di dalam membuktikan pengabdian diri kepada-Nya.

Saudara dan Saudari sekalian,Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Tahun Baru Hijrah kini kembali lagi. Saban tahun, kita sentiasa memperbaharui azam yang semestinya untuk mencapai sesuatu yang lebih baik berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Tidak kiralah apapun jua azam yang telah ditetapkan oleh Saudara dan Saudari, kami Sidang Pengarang ingin mengajak Saudara dan Saudari untuk memperbetulkan niat untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t di dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Lakukanlah sesuatu perkara itu, seikhlas mungkin semata-mata hanya kerana Allah s.w.t. Tingkatkanlah kerjasama, komitmen dan jati diri kita; luaskanlah pandangan dan persepsi kita; tambahkanlah ilmu dan pengalaman kita; serta perbaikilah disiplin dan komunikasi kita supaya kita boleh menjadi seorang pekerja yang berdaya saing, berkaliber dan berdedikasi sebagaimana yang dikehendaki oleh Naib Pengerusi Eksekutif, Tn. Hj. Rameli bin Musa di dalam Ucapan Dasar beliau semasa Seminar yang bertajuk “Managing Future Challenges” dibentangkan olehnya. Penyataan ini turut dikuatkan lagi dengan Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: “Beramallah kamu untuk duniamu, seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.”

Saudara dan saudari sekalian,Akhir kata, kami ingin mengajak Saudara dan Saudari untuk menjadi seorang pekerja yang berilmu sebagai persiapan awal untuk menghadapi cabaran-cabaran globalisasi sebagaimana saranan agama kita yang dipetik dari Hadith Nabi s.a.w: “Sesiapa yang menghendaki dunia, maka hendaklah dia memiliki ilmu, sesiapa yang menghendaki akhirat, maka hendaklah dia memiliki ilmu, dan sesiapa yang menghendaki kedua-duanya (dunia dan akhirat), maka hendaklah dia juga memiliki ilmu.” Selamat Tahun Baru 1426 Hijrah. Semoga dengan kehadiran Tahun Baru Hijrah ini, Allah s.w.t akan mengurniakan barakah, rahmat dan rahim-Nya kepada kita semua. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

• Hari Keluarga Kumpulan Multi Discovery • Latihan CPR & “First Aid”

Berita Keselamatan & Kesihatan �9• Kecekapan Tenaga dan Cara Hidup

Berita Kualiti �0 - ��• Konvensyen QCC/ICC Kali Ke-8

Jendela “Oversea” �0 • Majlis Iftar IAV 1425 Hijrah

“Candid Camera” �� - �3 Sudut Agama �4• Hadis: Abu Talib Terima Azab Paling Ringan • Mutiara Kata

Dari Meja Pengarang �

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif 3 - 6• Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang• Managing Future Challenges

Berita Korporat 7• Analysts and Fund Managers’ Briefing Kali Keenam• Ingress Environmental Sdn. Bhd.• Change of Name of a Subsidiary from Techmalink to Ingress Environmental Sdn.Bhd.

Personaliti 8 - 9 • Peringkat Eksekutif• Peringkat Bukan Eksekutif

Fokus �0 - �3• Anugerah Pekerja Terbaik 2003 • Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2004

Berita “HR” �4 - �7• Jamuan Berbuka Puasa• Kaunseling Organisasi• Visit to Katayama Kogyo Co., Ltd.• Visit to Jui Li Enterprise Co., Ltd.• Umrah

Berita “Subsidiary” �8 - �9

Sidang PengarangKetua Pengarang

Ramli bin Napiah

Sidang Pengarang

Mohamed Diah bin BaharunRosyatimi binti AbdullahKhyrun Anuar bin Zainol

Abdul Aziz bin Mohd. Yunus Mat Ali bin Mohamed (Operasi Nilai)

Nizaiham binti Mohd. Noor (Operasi Nilai)Ahmad Jeffridin bin Jaais (ITSB)

Izdihar bin Anua (MDSB)Charan Hamdanee (IAV)

Jurufoto dan Edaran

Mohd. Nizam bin Abdullah

Penerbit

Ingress Corporation Berhad (490799-K)

Lot 1M, 1st Floor,No. 2, Tasik Ampang, Jalan Hulu Klang,

68000 Ampang, Selangor.Tel: 03-4252 9696

Faks: 03-4252 9393Laman Web: www.ingresscorp.com.my

Rekabentuk dan Urus Cetak

Triknight Communications Sdn. Bhd. (487787-K)

36-3, Jalan 24/70A,Off Jalan Bukit Kiara, Desa Sri Hartamas,

50480 Kuala Lumpur.Tel: 03-2300 1051 / 1052

Faks: 03-2300 1062E-mail: [email protected]

Page 3: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

3

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif

Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang

Bersambung di muka surat 4

mencecah dua juta unit setahun. Kita telahpun menjadi pembekal kepada hampir semua pasaran di negara kita. Jika kita bertambah kukuh, maka lebih banyak peluang yang merentasi pesisir ASEAN akan dapat kita capai. Perkara asas yang paling penting ialah perancangan yang betul. Memandangkan kita telah berjaya memenangi beberapa kontrak untuk menghasilkan beberapa produk baru, maka tanyalah diri anda samada produk ini akan dapat memasuki pasaran ASEAN secara meluas ataupun sebaliknya. Tenaga kerja kita mestilah bersedia untuk menerima reliti untuk bekerja di mana-mana sahaja di rantau ASEAN. Kita mestilah tahu bagaimana caranya untuk bersaing secara efektif. Kadangkala kita bersaing dan kadangkala kita banyak bergabung. Inilah realiti baru di dalam dunia industri.

Bahagian PER kita telah menghadapi cabaran yang berbeza-beza. Memandang-kan bilangan projek semakin berkurangan, maka persaingan harga menjadi semakin hebat kerana lebih ramai pesaing cuba merebut peluang yang semakin menipis ini. Dalam keadaan ini, hanya kontraktor yang efisyen dan kos yang berpatutan sahaja akan berjaya kerana margin semakin kecil. Oleh itu, Saudara dan Saudari mestilah menganalisa segala kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan; dan cuba menyelesaikannya mengikut kemahuan masing-masing dan akhirnya membuat senarai penunjuk pencapaian bagi memantau kejayaan operasi Saudara dan Saudari.

Saudara dan Saudari sekalian,

Dalam usaha kita mencari peluang-peluang perniagaan baru ini, saya merasa bangga untuk mengumumkan bahawa kita mempunyai tiga projek usahasama baru yang telahpun menjalankan operasinya sekarang.

Matrix Hydro Generation Sdn. Bhd. (MHGSB), sebuah syarikat yang ter- diri daripada kumpulan professional merangkap usahawan, berhasrat untuk mengeksploitasikan pasaran sumber tenaga yang boleh diperbaharui dengan membina janakuasa hidro mini di sungai-sungai. Kita baru sahaja meluluskan perlaksanaan dua projek baru-baru ini. Dua lagi projek akan menyusul jika dapat dibuktikan bahawa projek yang sedang berjalan ini membawa keuntungan.

Selain itu, saya pasti ramai di antara Saudara dan Saudari sekalian yang sedar

menyediakan cabaran yang berbeza-beza untuk Industri Otomotif Thailand. Ia akan terus berkembang dua kali ganda dengan jumlah yang lebih besar yang dijangka untuk dieksport keluar dari Thailand. Jumlah pengeluaran dijangka mencecah satu juta unit kenderaan. Peningkatan jumlah pengeluaran akan turut meningkatkan persaingan. Pembekal-pembekal lain akan turut mengubah operasi mereka di Thailand dan bersaing secara sengit dengan kita. Oleh itu, adalah mustahak untuk kita terus-

menerus memenuhi kehendak pelanggan kita di samping menguatkan lagi kecekapan kita di dalam pelbagai aspek organisasi dan operasi kita. Ingatlah, walaupun pada hari ini kita merupakan pembekal pilihan pertama bagi HONDA untuk bingkai pintunya, esok mungkin ia akan menjadi seperti Aishin dan juga Kumpulan Summit.

Kehadiran kita di dalam Industri Otomotif Indonesia melalui PT Ingress-Malindo Ventures (IMV) adalah untuk jangka masa panjang. Memandangkan keadaan politik yang semakin baik, maka ekonomi juga akan dijangka sedemikian. Indonesia akan lebih membangun jika “Foreign Direct Investment” (FDI) mula memasuki negara itu, yang mana ia akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan mewujudkan kelas pertengahan yang kaya. Memandangkan bilangan kelas pertengahan semakin meningkat, maka begitulah juga dengan pembelian terhadap barangan, kereta serta rumah. Kita mahu bersedia apabila keadaan ini berlaku.

Bagi Industr i Otomot i f in i , jumlah pengeluaran secara keseluruhannya oleh Malaysia, Thailand dan Indonesia akan

Marilah kita memanjatkan puji-pujian ke hadrat Ilahi di atas segala kebaikan yang dilimpahkan ke atas kita kerana memberikan perlindungan yang ber-panjangan dan mengurniakan nikmat dan rezeki kepada kita semua. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Saudara dan Saudari sekalian,

Di dalam k i ta menghampir i tahun kewangan berakhir yang terkini, saya boleh memaklumkan kepada Saudara dan Saudari sekalian bahawa untuk pertama kalinya dalam sejarah, kita berjaya mencapai perolehan Kumpulan sebanyak RM 200 juta. Keuntungan juga dianggarkan baik walaupun tidak setinggi yang pernah kita kecapi. Aliran tunai adalah baik terutamanya selepas Bahagian Kewangan telah berjaya mendapatkan pembiayaan SUKUK AL-IJARAH daripada HSBC. Lebihan tunai dapat membantu perkembangan kewangan kita. Walau bagaimanapun, di sebalik itu, sekiranya Saudara dan Saudari melihat lebih jauh ke unit perniagaan kita, Saudara dan Saudari akan mendapati yang setiap unit menghadapi masalah-masalah dan cabaran-cabarannya yang tersendiri. Sebahagiannya berbentuk persaingan yang hebat atau kekurangan peluang-peluang perniagaan, sementara sebahagian daripada Saudara dan Saudari akan menghadapi kekurangan kakitangan di dalam mendepani perkembangan yang drastik, dan sebahagian daripadanya berada di peringkat permulaan.

Pada tahun ini, Industri Otomotif Tempatan akan menghadapi ujian buat pertama kalinya apabila Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) diperkenalkan. Walaupun “Total Industrial Volume” (TIV) dijangka meningkat dari 440,000 unit pada tahun 2004 kepada 480,000 unit pada tahun 2005, namun lumrah industri ini yang dijangka akan berhadapan dengan perubahan yang drastik terutamanya Projek-projek Pembuatan Kereta Nasional, iaitu PROTON dan PERODUA. Jika jumlah pengeluaran kekal serendah 3,000 hingga 5,000 unit sebulan untuk satu-satu model, bolehkah pengeluaran kilang kita menghasilkan keuntungan? Tahun 2005 pasti menjadi penuh cabaran kepada peserta-peserta industri untuk membuat penyelarasan semula kepada realiti baru ini dan pembekal-pembekal seperti kita juga perlu mengatur semula strategi dan membuat penstrukturan semula perniagaan kita untuk terus kekal.

Di Thailand pula, tahun 2005 akan

Page 4: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

4

akan kesungguhan kita untuk menjadi Kontraktor bagi Janakuasa Jimmah untuk Talian Transmisi 500kV, begitu juga dengan stesyen Janakuasa kecil mereka. Nilai projek adalah melebihi RM 400 juta dan mengambil masa selama tiga hingga empat tahun untuk disiapkan. Jika kita berjaya, saya pasti Kumpulan Multi Discovery (MDG) akan berjaya mengaut keuntungan yang berlipat-kali ganda.

Dalam projek landasan berelektrik, disebabkan oleh halangan yang dikenakan oleh pihak kerajaan, maka projek elektrik Utara-Selatan terpaksa ditunda ke suatu tarikh yang belum pasti lagi. Tetapi projek Rawang-Ipoh akan berjalan seperti biasa. Syarikat sekutu kita akan mula menikmati faedah dalam jangka masa dua hingga tiga tahun. Projek dijangka siap dalam awal tahun 2007. Kita akan terus men-gembangkan sektor ini memandangkan peluang yang semakin meningkat.

Kemasukan kita di dalam Industri Minyak dan Gas kini diketuai oleh dua buah syarikat. Kedua-duanya merupakan pesaing utama dan merupakan Kontraktor yang mahir di dalam bidang masing-masing. Ingress Fabricators Sdn. Bhd. (IFSB) yang merupakan usahasama 70/30 dengan enam perintis-tekno yang mahir di dalam kerja-kerja perekaan, perkakasan dan sebagainya. Manakala Ingress Environmental Sdn. Bhd. (IEnSB), ialah syarikat usahasama 70/30 dengan STS, sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang terdiri daripada Kontraktor-kontraktor di dalam bidang penyelenggaraan yang berperanan penting di dalam Syarikat-syarikat Industri Minyak dan Gas. Bersama-sama dengan STS, kita telah melabur sebanyak RM 12 juta di dalam pembelian sebuah sistem pencucian tangki otomatik berteknologi tinggi. Mereka telah diberikan kontrak untuk membersihkan tiga tangki simpanan minyak untuk PERTAMINA di Cilacap, Jawa Tengah, Indonesia dan mereka juga telahpun memulakan operasinya. Kedua-duanya mempunyai peluang untuk memasuki pasaran global. Saya tidak akan terkejut jika perniagaan mereka akan pergi lebih jauh lagi sehingga ke Vietnam, Kalimantan dan Sudan. Ini ialah satu permulaan yang baik.

Saudara dan Saudari sekalian,

Di dalam memastikan agar perjalanan pengeluaran kita berterusan, kita mestilah mencari peluang-peluang baru di dalam dan luar negara.

Da l am u s aha k i t a u n t u k t e r u s mempelbagaikan perolehan kita di Malaysia, kita sedang membuat tawaran untuk

Dari muka surat 3

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif

menjadi wakil penjual untuk BMW. Kita mesti melabur lagi sebanyak RM 20 juta untuk membina bilik pameran serta pusat servis. Lebih ramai pakar lagi diperlukan untuk melaksanakan projek ini. Projek ini bergantung kepada perlaksanaan perancangannya pada awal tahun 2005.

Kita tidak akan berhenti. Melihat kepada peluang-peluang yang wujud ini, kita akan menilainya berdasarkan kepada kelebihan-kelebihan (keuntungan-keuntungan) yang bakal diperolehi. Saya fikir banyak perkara yang telah saya utarakan, cabaran-cabaran yang mendatang banyak sekali. Tetapi janganlah memandang remeh kepada pentingnya pembangunan insan dan mengajak mereka untuk berkongsi visi dan misi yang sama; serta mematuhi nilai-nilai serta budaya yang sama. Ia adalah satu tugas yang amat mencabar. Setiap orang mestilah sependapat bahawa pentinganya kesegeraan untuk memperbaiki daya saing kita untuk menghadapi persaingan yang sengit di peringkat global. Kita perlu jelas dengan hala tuju kita, tetapi kita perlu berubah jika situasi kita juga berubah.

Saya rasa kita perlu bersegera untuk mengenalpasti semula kekuatan kita, menu l is semula agenda k i ta dan mengutarakan visi baru. Kita tidak perlu terperangkap di dalam menguruskan segala butiran secara terperinci. Kita perlu lebih fokus kepada:-

i) Perancangan lebih daripada penilaian ii) Berdialog lebih daripada kita bercakap

panjang-lebariii) Melalui komunikasi lebih daripada

melalui borang-borangiv) Berbincang untuk menyelesaikan

masalah lebih daripada menyalahkan satu sama lain

v) Sekarang dan masa hadapan lebih daripada masa silam

vi) Syar i ka t kese luruhannya l eb ih daripada jabatan atau anak-anak syarikat sahaja.

Kita perlu memastikan agar setiap orang terlibat dan mengalu-alukan idea-idea mereka daripada mana-mana sumber sekalipun. Terimalah kenyataan bahawa dengan bekerja sendiri, pencapaian yang kita perolehi hanyalah minima sahaja. Kita perlu sedar bahawa hanya dengan bekerjasama sahajalah yang menjadikan Syarikat kita hebat. Kejayaan Syarikat kita bukan bersandar pada usaha sesetengah pihak sahaja. Gaji yang diterima pada akhir setiap bulan datang daripada syarikat yang mempunyai keuntungan. Oleh itu, ia menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memastikan kejayaan bagi setiap anak

syarikat samada di Malaysia, Indonesia, Thailand atau di mana sahaja. Hanya dengan cara berkongsi tanggungjawab, Saudara dan saudari akan mendapati bahawa beban kerja akan menjadi lebih ringan malah menyeronokkan.

Kita mengusahakan satu entiti perniagaan dan bukannya satu organisasi amal. Oleh itu, gaji kita hanya akan diperolehi daripada perniagaan yang menghasilkan keuntungan dan mempunyai aliran tunai yang positif. Saudara dan Saudari mempunyai dua pi l ihan samada untuk menjadi aset ataupun tanggungan kepada Syarikat. Bagi menghasilkan keuntungan kepada Syarikat, Saudara dan Saudari mestilah bersifat daya saing. Kita mestilah mengorbankan masa, usaha dan harta demi menjamin penjimatan masa dan kos kepada Syarikat. Jika sesuatu kerja itu dapat disiapkan sepenuhnya pada hari ini, tetapi kita menangguhkannya pada hari esok, maka kita akan menjadi kurang berdaya saing.

Persoalannya sekarang, bolehkah Syarikat kita ini meningkatkan keupayaan daya saing kita? Saya tidak merasa ragu-ragu yang kita boleh melakukannya. Kita pernah melakukannya sebelum ini... Tetapi tidak ada jaminan bahawa kita boleh melakukannya pada masa-masa akan datang kecuali kita mempunyai keinginan dan kebolehan untuk bersaing. Ini adalah penting untuk menjamin keutuhan kita bagi menghadapi perubahan global dan persaingan yang sengit.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada mereka sendiri.(Surah Ar-Ra’ad 13:11)

Dan hendaklah kamu tolong-menolong di dalam melakukan kebajikan dan ketakwaan dan janganlan sesekali kamu tolong-menolong di dalam melakukan dosa (maksiat)dan permusuhan.Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab siksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).(Surah Al-Maidah 5:2)

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Page 5: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

Managing Future ChallengesLet us begin by praising Allah Azzawajalla

for the mercy that He showers on us;

for the continuous sustenance that He

provides us and for the nikmah and rezeki

that He bestows on us. Praise be to Allah,

the Lord of the Universe and Selawat and

Salam to our beloved Prophet Muhammad

Sallallahu ‘alaihi wasallam.

Ladies and Gentlemen,

As we approaching the end of this current

financial year, I can report to you that, for

the first time in our humble history, we

shall achieve the RM 200 Million mark in

our group turnover. Profit is also expected

to be reasonable good; although not the

highest ever that we used to achieve.

Cash flow remains good, after our Finance

Division has successfully negotiated the

SUKUK AL-IJARAH facilities through HSBC.

The excess cash will become handy in

financing our growth. However, beyond

the numbers, and as you go deep down

into our operation, you will notice that

every business unit is facing its own unique

problems and challenges. Some may be in

the form of severe competition, or lack of

business opportunities, whilst a few others

are faced with over-stretched manpower in

managing rapid expansion, and yet a few

more are at the start-up stage.

This year, the Domestic Automotive

Industry will face its first test in post-

AFTA environment. Even though the

“Total Industrial Volume” (TIV) is expected

to grow from 440,000 units in 2004

to 480,000 in 2005, the nature of the

industry is expected to face drastic change;

especially with regards to the National Car

Projects, notably PROTON and PERODUA.

If production volume remains as low as

3,000 to 5,000 units per month can our

production plants then continue to exist

profitably? The year 2005 will certainly

be a challenging and vendors like ourselves

have to re-strategies and re-structure our

business to remain relevant.

In the case of Thailand, for the year 2005,

the Thailand Automotive Industry shall face

a very different kind of challenge. It will

continue to experience double digit growth

with bigger volumes are expected to be

exported out of Thailand. Total production

is expected to touch 1 million of motor

vehicles. As volumes grow, competitions

will also grow. Other vendors also will

relocate their operation into Thailand and

compete with us. Thus it is imperative

for us to continuously meet the needs

of our customers whilst building up our

core competence in every aspect of our

organization and operation. Remember,

even though today we are the first choice

vendor for HONDA for its door-sash,

tomorrow it could be the likes of Aishin and

The Summit Group.

Our presence in the Indonesian automotive

industry through PT Ingress-Malindo

Ventures (IMV) is aimed at the very long

term. As political stability improves, so will

its economy. Indonesia will grow faster if

Foreign Direct Investment (FDI) begins to

re-enter the country, thus bringing with

it new jobs and the creation of a wealthy

middle class. As the middle class continue

to grow in numbers, so would be the

purchase of consumer goods and cars

and houses. We want to be there when

this happens.

For this automotive Industry, the combined

production volume of Thailand, Malaysia

and Indonesia will reach 2 million units per

year. We are already a supplier to most

of the market leaders in these countries.

As we become more competent, more

opportunities beyond the shores of ASEAN

will be made available to us. The most

immediate thing for us to do is obviously

to have the correct mindset. As we win

more contracts to produce new products,

please ask yourself whether these products

will find their way into the vast markets

of ASEAN or otherwise. Our workforce

must be conditioned to accept the reality

of working anywhere in ASEAN. We

must know how to manage competition

effectively. At times you compete and at

times you collaborate. This is the new reality

of the industry.

Our PER division has faced with yet

another different type of challenges. As

the number of projects become less and

less, price competition has intensified as

more players encroach on a smaller pie.

In this environment only the efficient, low-

cost contractors will survive as margins

become really thin. You have to analyze

your strengths, weaknesses, opportunities

and threats; and resolve what you want

to be and finally establish a set of key

performance indicators to monitor your

operational achievements.

Ladies and Gentlemen,

As we continue to look for new businesses

in our quests for growth, I am glad to

inform you that three new ventures have

commenced operation as we speak.

Matrix Hydro Generation Sdn. Bhd.

(MHGSB), a company established with a

group of professional-cum-entrepreneurs,

intends to exploit the renewable energy

market, by building-up mini-hydros in rivers.

We have approved the execution of two

such projects recently. Two more projects

will follow if proven viable.

Besides these, I am sure that most of you

are aware that we are seriously bidding to

be the contractors for Jimmah Power for

their 500kV Transmission Line as well as

their power sub-stations. The project value

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif

Continued on page 6

Page 6: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

6

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif

is in excess of RM 400 million and would

take three to four years to complete. If we

are successful in our bid, I am sure there

will be spin-offs for the Multi Discovery

Group of Companies (MDG).

In the electrified railway project, due to

Government limitations the next North-South

electrified projects had been postponed

indefinitely. But the Rawang-Ipoh project

will move ahead. Our associate will begin

to reap the benefits in the next two or three

years. The project is due to complete in

early 2007. We will continue to expand in

this sector as opportunity arises.

Our entry into the Oil and Gas Industry is

currently spearheaded by two companies.

Both are niche players and act as

contractors in their areas of expertise.

Ingress Fabricators Sdn. Bhd. (IFSB) which

is a 70/30 venture with six techno-preneurs

are specialized in fabrication works,

instrumentation and the likes. Whereas

Ingress Environmental Sdn. Bhd. (IEnSB) is

a 70/30 joint-venture company with STS,

a wholly-owned Bumiputera company who

are contractors in maintenance, complete

turn-around, and instrumentation for the

Oil and Gas Companies. Together with

STS, we have invested RM 12 million in

the purchase of a hi-tech, automated tank-

cleaning system. They have been awarded

with a contract to clean three oil storage

tanks for PERTAMINA in Cilacap, Central

Java and has since commenced operation.

Both have the potential to go global, as the

industry itself is a global industry. I will not

be surprised if their business pursuits will

take them to a far places such as Vietnam,

Kalimantan and the Sudan. This is a good

start indeed!

Ladies and Gentlemen,

In our quest for building up sustainable

businesses, we shall continue to look for

new opportunities here at home as well

as overseas.

In our effort to continue to diversify our

earnings base in Malaysia, we are bidding

to be a dealer for the BMW marques.

We have to invest to the tune of RM 20

million to build a showroom-cum-parts and

service center. More new expertise will

be needed to implement this project. This

project is due to commence planning early

next year.

We will not stop at this. As opportunities

appear, we will evaluate them on their own

merit. I think that I have said enough, the

future challenges are many. But do not

underestimate the need to develop people

and binding them into sharing the same

vision and mission; and adhering to the

same sets of values and culture. It is a

daunting task indeed. Everyone will agree

that there is an urgent need to improve

our competitiveness in the face of the ever-

increasing global competition. We must be

clear of the goals but we need to change

our goals as situations change.

I think there is an urgent need to rediscover

our strength, to rewrite our agenda, to

articulate new vision. We must not get

caught up in managing minute details. We

need to focus more on:-

i) Planning rather than appraisal

ii) Dialogues rather than monologues

iii) Communication rather than required

forms

iv) Solving problems rather than blaming

v) The present and future rather than the

past

vi) The company as a whole rather than

the department or subsidiaries.

We must get everyone involved and

welcome ideas from everywhere. Accept

the fact that on you own you can improve

performance only a little bit. We have to

realize that that only by working together

we can make our company great. The

success of our company must not rest on

the shoulders on just a few. The salaries

that come at the end of each month come

from companies that are profitable. So it

is everyone’s responsibility to ensure the

success of each subsidiary, whether it is in

Malaysia, Indonesia, Thailand or elsewhere.

Only by sharing responsibility you will find

our workload lighter and enjoyable.

We run a business entity not a welfare

organization. Therefore our salaries can

only come from business which is profitable

and generates positive cash flow. You are

either an asset or liability to the company.

To be profitable we must be competitive.

We must invest time, effort and money in

order to save time effort and costs. If work

can be completed today but postponed to

tomorrow then we are less competitive.

The question is can our company improve

our competitiveness? I have no doubt

that we can. We have done it before...

But there is no guarantee that we can in

future unless we have desire and ability to

compete. This is essential to ensure our

survival in the face of global change and

severe competition.

Lo! Allah changeth not what the conditions

of a folk until they change that which is in

their hearts.

(Surah Al-Ra’ad 13:11)

Allah s.w.t said:

Help one another unto righteousness and

pious duty. Help not one another unto sin

and transgression, but keep your duty to

Allah. Lo! Allah is severe in punishment.

(Surah Al-Maidah 5:2)

Thank you.

Wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

From page 5

Page 7: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

7

Analysts and Fund Managers’ Briefing Kali

Keenam

Analysts and Fund Managers’ Briefing Kali Keenam telah

diadakan pada 30 September 2004 bertempat di Hotel Nikko,

Kuala Lumpur. Antara agenda utama ia diadakan adalah untuk

membentangkan status kewangan untuk Suku Tahun Kedua

bagi tahun kewangan 2004/05.

Selain itu, prospek, masa depan dan peluang-peluang perniagaan

serta strategi-strategi korporat turut dibentangkan oleh Ketua-

ketua Unit Perniagaan dan wakil. Program ini dihadiri oleh

barisan Pengurusan Kanan Kumpulan Syarikat Ingress. Program

ini bertambah meriah dengan penyertaan Para Penganalisa dari

pelbagai syarikat seperti broker saham, bank-bank dan lain-lain.

Ingress Environmental Sdn. Bhd. (IEn) was incorporated in Malaysia

under the Companies Act, 1965 on 13 March 1997. The authorized

share capital of IEn is RM 100,000 divided into 100,000 ordinary

shares of RM 1.00 each. The issued and paid up capital of IEn is RM

2.00 divided into two ordinary shares currently held by Ingress

Engineering Sdn. Bhd. (IESB). IEn is principally involved in carrying

out the business of general trading.

Following the completion of the Shareholders’ Agreement between

IESB and Science-Tech Solutions Sdn. Bhd. (STS) on 5 November

2004, the authorized share capital of IEn will be increased

to RM 1,000,000 divided into 1,000,000 ordinary shares

of RM 1.00. The issued and paid-up capital will be increased to

RM 600,000 divided into RM 600,000 ordinary shares of RM

1.00 each. IESB will hold 420,000 ordinary shares (70%) and the

remaining 180,000 ordinary shares (30%) will be held by STS.

Ingress EnvironmentalSdn. Bhd.

Change of Name of a Subsidiary from Techmalink to Ingress Environmental Sdn. Bhd.

Ingress Corporation Berhad is pleased to announce that

Techmalink Sdn. Bhd., a subsidiary of its wholly-owned subsidiary,

Ingress Engineering Sdn. Bhd. has changed its name to Ingress

Environmental Sdn. Bhd. with effect from 7 October 2004.

The Certificate of Incorporation of Change of Name of Ingress

Environmental Sdn. Bhd. was received from the Companies

Commission of Malaysia on 11 October 2004.

This announcement is dated 12 October 2004.

Sebahagian daripada penganalisa yang hadir.

YM Ungku Farid Rahman sedang menyampaikan taklimat.

Berita Korporat

Page 8: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

Personaliti

Peringkat Eksekutif Pendidikan

Beliau memulakan pendidikan di peringkat rendah di Ban Taluban Primary School dan seterusnya meneruskan pengajian menengah di Saiburi Islamic Secondary School. Selepas itu beliau menyambung pengajiannya di Technic Panichyakarn School dan memperolehi Diploma di Laemchabang Technology. Kini, masih menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda di salah sebuah Pusat Pengajian Tinggi di Thailand.

Pengalaman kerja

Selepas beliau menamatkan pengajiannya di peringkat Diploma, beliau menyertai Worachak Yontr Co., Ltd, iaitu salah satu daripada Pusat Servis TOYOTA sebagai seorang Penyelenggara dari tahun 1992 sehingga 1994. Kemudian beliau kembali ke kampung halamannya dan bekerja di sana dan pada 1 September 1997, beliau memulakan kerjayanya di Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) sehingga kini.

anugerah / Penghargaan yang Telah diTerima

Selama tujuh tahun beliau bersama-sama dengan IAV, beliau telah menempa beberapa kejayaan hasil ketekunan dan kegigihan yang ada pada diri beliau. Antara kejayaan dan anugerah yang pernah beliau perolehi adalah:-1. Johan Konvensyen QCC Peringkat IAV Tahun 20002. Naib Johan Konvensyen QCC Peringkat INGRESS Tahun 20003. Pemenang Kaizen Terbaik IAV untuk Suku Tahun Keempat 20034. Pemenang Anugerah Eksekutif Terbaik Tahun 2003 Cabaran dan Pengalaman hiduP

Beliau bukanlah berasal daripada keluarga yang hidup senang dan selesa kerana bapanya telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1981 ketika usianya mencapai sembilan tahun. Pada ketika itu, tugas-tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh arwah bapanya diambil alih sepenuhnya oleh ibunya sehinggalah beliau berusia 15 tahun. Pada usia yang masih muda, beliau berusaha untuk meringankan beban yang ditanggung oleh ibunya dengan bekerja sambilan. Pada masa yang sama, beliau juga tidak melupakan tanggungjawabnya yang masih belum selesai untuk menimba ilmu yang masih belum cukup di dada sehinggalah beliau menyertai IAV setelah diperkenalkan oleh Khun Syed Ishaq bin Syed Ibrahim.

PrinsiP dan FalsaFah hiduP

“If we feel hard in our working, then we finally have the strength to make it easy. So the hardness is not an obstacle for us.”

nasihaT unTuk kakiTangan ingress

Tiada sesiapapun yang boleh melakukan sesuatu perkara tanpa ilmu. Oleh itu, kita mestilah sentiasa belajar dan berusaha untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan kita setiap masa.

Kehidupan kita pula bukanlah sekadar untuk memenuhi satu matlamat sahaja. Adakalanya kita gembira dan adakalanya kita bersedih. Jadi, apabila kita ditimpa kesedihan, buangkanlah perasaan itu jauh-jauh dari lubuk sanubari kita dan kuatkanlah semangat untuk mengatasinya.

Akhirnya, tidak lupa juga saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjadikan saya seperti hari ini. Mereka yang terlibat adalah, Khun Syed Ishaq bin Syed Ibrahim, En. Ahmad Fahji bin Abdul Kadir, Sdr. Ahmad Shafuan bin Abdul Rahman, Sdr. Mintarsa Syukri dan Sdr. Mat Saidi bin Daud. Terima kasih.

BIODATANama:

anwa salaeh

Tarikh lahir:

9 jun 19�2

Tempat lahir:

muang Pattani, Thailand

Bilangan adik-beradik:

4 orang (anak pertama)

Nama bapa:

Chuma salaeh

Nama ibu:

rabiah salaeh

Status:

berkahwin

Nama isteri:

saranya ratchamrong

Pekerjaan:

“Payroll Officer”, iaV

Page 9: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

9

Peringkat Bukan Eksekutif

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. FELDA Mayam, Triang, Pahang Darul Makmur dari darjah satu sehingga menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semasa berada di darjah enam. Seterusnya beliau meneruskan persekolahan ke Sek.

Nama:ahmad Termizi bin abd. mubin

Tarikh lahir:

1 mac 19�6

Tempat lahir: kg. Teluk sentang, Temerloh, Pahang

Bilangan adik-beradik:

� orang

Nama bapa:

abd. mubin bin mohd Tahir

Pekerjaan:

Peneroka

Nama ibu: hamidah binti yaakob

Pekerjaan:

suri rumah

Status:

bujang

Personaliti

BIODATA

Men. Agama Chenor, Temerloh Pahang dari tahun 1989 (tingkatan satu) sehingga 1994 (tingkatan lima).

Selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Menengah Agama (SMA), beliau menyambung pengajian di Sek. Tinggi Agama Sultan Abu Bakar, Pekan (STASAB) sehingga ke tingkatan enam atas dengan memperolehi Sijil Tinggi Agama (STA).

Perjalanan hiduP

Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana dan berpegang-teguh kepada ajaran agama Islam. Semenjak kecil lagi beliau diajar dan dididik dengan ajaran dan didikan agama. Walaupun bapa beliau hanyalah seorang Peneroka FELDA, namun dengan kehendak Ilahi, beliau dengan sepenuh daya usahanya berjaya mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan agama.

Pengalaman kerja

Selepas menamatkan sessi persekolahan, beliau melakukan kerja-kerja kampung dengan menolong bapanya menguruskan kebun dari tahun 1997 sehingga 1998. Kemudian beliau cuba untuk menceburkan diri di dalam bidang katering pula pada tahun 1999 sehingga 2000 sebagai seorang Pembantu Tukang Masak di salah sebuah hotel yang terkemuka di Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, pada 15 Februari 2000 bermulalah episod baru di dalam hidup beliau setelah berjaya mendaftarkan diri sebagai salah seorang warga Ingress Precision Sdn. Bhd. sehingga kini.

anugerah / Penghargaan yang Telah diTerima

Sepanjang penglibatan beliau dengan Ingress, pelbagai kejayaan demi keiayaan telah disandang oleh beliau berkat kegigihan dan ketekunan yang telah beliau tunjukkan. Anugerah-anugerah tersebut adalah:(i) Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan untuk September 2000(ii) Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan untuk Ogos 2001(iii) Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan untuk Oktober 2003(iv) Anugerah Pekerja Terbaik Tahunan 2003

Cabaran dan Pengalaman hiduP

Cabaran dan pengalaman yang tidak dapat beliau lupakan ialah ketika beliau kehabisan wang belanja ketika mula-mula berkhidmat dengan Ingress sebelum menerima gaji pertama. Saat itu merupakan saat yang amat menyiksakan lebih-lebih lagi, Hari Raya Aidiladha akan menjelma ketika itu. Namun, dengan berbekalkan semangat yang tinggi dan ingin berdikari, segala keperitan dapat beliau tempuhi dengan penuh ketabahan.

PrinsiP dan FalsaFah hiduP

Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya. Bagi mencapai kejayaan, kita mestilah berusaha dengan gigih di samping mempunyai se-mangat yang tinggi. Apa yang penting sentiasalah berdoa dan bertawakkal kepada-Nya agar apa jua yang dilakukan mendapat keredhaan daripada Allah ‘Azza wa Jalla.

nasihaT unTuk kakiTangan ingress

Bumi ini luas dan kita boleh berdiri di mana sahaja yang kita inginkan. Akan tetapi, bawalah kejujuran bersama-sama dengan kita walau di mana jua kita berada kerana dengan kejujuran itulah seseorang itu akan menjadi seorang insan yang bermanfaat kepada diri, keluarga, syarikat dan masyarakat.

Page 10: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

10

Anugerah Pekerja Terbaik 2003Majlis penganugerahan Pekerja Terbaik 2003 telah diadakan bersempena dengan Konven-syen QCC Kali Ke-8 yang telah diadakan pada 2 Oktober 2004 di Hotel Summit, Subang USJ.

Sebanyak tiga kategori telah ditetapkan untuk menentukan Pemenang bagi setiap kategori yang terdiri daripada wakil dari setiap anak syarikat. Bagi kategori Pekerja Terbaik 2003, calon-calon yang terpilih adalah:-

Fokus

Setiap calon menerima wang tunai berjumlah RM 100.00 dan sekeping sijil penganugerahan. Pemenang bagi kategori ini adalah Saudara Ahmad Termizi bin Abd. Mubin dengan menerima hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 500.00, sekeping sijil penganugerahan, sebuah piala iringan, sebuah piala pusingan dan Pakej Menunaikan Ibadah Umrah Ramadhan.

Bagi kategori Penyelia Terbaik 2003 pula, calon-calon yang telah dikenalpasti adalah:-

no nama jabatan syarikat

1 Muhamad Nazri b Said Perkilangan Ingress Engineering Sdn. Bhd.2 Ahmad Termizi b Abd. Mubin Perkilangan Ingress Precision Sdn. Bhd.3 Norhaszuan b Wan Hussin Perkilangan Ingress Technologies Sdn. Bhd.4 Mohd Noramin b Abd. Rahim Talent Synergy Sdn. Bhd. Ingress Technology Centre5 Sommai Boonchom Perkilangan Ingress Autoventures Co., Ltd.

no nama jabatan syarikat1 Mohamad Dom b Wahari Penyenggaraan Ingress Engineering Sdn. Bhd.2 Mohamad Shahabudin b Said QA/QC Ingress Precision Sdn. Bhd.3 Irwan b Ismail Perkilangan Ingress Technologies Sdn. Bhd.4 Hassan b Yaakob Talent Synergy Sdn. Bhd. Ingress Technology Centre5 Santipap Dangsang Perkilangan Ingress Autoventures Co., Ltd.

Bergambar kenangan bersama-sama dengan barisan pimpinan Ingress.

Pekerja Terbaik Keseluruhan Saudara Ahmad Termizi bin Abdul Mubin menerima trofi daripadaTn. Hj. Rameli bin Musa.

Anuger

ah

Pek

erja

Te

rbai

k 2

00

3

Page 11: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

11

Setiap calon juga menerima wang tunai berjumlah RM 100.00 dan sekeping sijil penganuge-rahan. Pemenang bagi kategori ini jatuh kepada Saudara Irwan bin Ismail dengan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 500.00, sekeping sijil penganugerahan, sebuah piala iringan, sebuah piala pusingan dan Pakej Menunaikan Ibadah Umrah Ramadhan.

Calon-calon bagi kategori Eksekutif Terbaik 2003 juga turut dipertandingkan dan mereka adalah:-

Setiap calon menerima wang tunai berjumlah RM 100.00 dan sekeping sijil penganugerahan. Pemenang bagi kategori ini jatuh kepada Saudara Anwa Salaeh dengan menerima wang tunai sebanyak RM 500.00, sekeping sijil penganugerahan, sebuah piala iringan, sebuah piala pusingan dan Pakej Menunaikan Ibadah Umrah Ramadhan.

Kemuncak acara adalah pengumuman Anugerah Pekerja Terbaik 2003 yang telah mengisyti-harkan Saudara Ahmad Termizi bin Abddul Mubin sebagai Pemenang. Pemenang menerima hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 1,000.00, sekeping sijil penganugerahan, sebuah piala iringan, sebuah piala pusingan dan Pakej Menunaikan Ibadah Umrah Ramadhan.

Semoga kemenangan mereka semua akan memberikan dorongan dan motivasi kepada kakitangan yang lain untuk melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dengan seikhlas mungkin untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t.

no nama jabatan syarikat1 Mohd Fauzali b Musa Perkilangan Ingress Engineering Sdn. Bhd.2 Sabir b Jelani Perkilangan Ingress Precision Sdn. Bhd.3 Yusri b Mohamad Kamal Pemasaran Ingress Technologies Sdn. Bhd.4 Zahari b Sabudin Talent Synergy Sdn. Bhd. Ingress Technology Centre5 Anwa b Salaeh R&D/PE Ingress Autoventures Co., Ltd.6 Amir b Ayub Pengurusan Projek Multi Discovery Sdn. Bhd.7 Mohd Azhar b Taib Projek Ingress Corporation Berhad

Fokus

Pemenang Pekerja Terbaik 2003.

Penyelia Terbaik 2003, Saudara Irwan bin Ismail.

Eksekutif Terbaik 2003, Khun Anwa Salaeh. Calon-calon Anugerah Pekerja Terbaik 2003 menanti dalam debar.

Page 12: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

12

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2004 telah diadakan pada 4 Disember 2004 bersamaan 21 Syawal 1425 Hijrah di Ingress Technologies Sdn. Bhd. dengan peng-libatan semua kakitangan Kumpulan Syarikat Ingress di Malaysia.

Kakitangan mula berkumpul pada jam 9.30 pagi. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi sejurus selepas ketibaan tetamu kehormat dengan ucapan alu-aluan oleh Juruacara Majlis, Saudara Mohd Hisyam bin Abdul Ghani (ITSB) dan Saudara Mohd Hakki bin Bawadi (IPSB). Seterusnya bacaan do’a pula dilafazkan oleh Ybhg Ustaz Mohd Rusdi bin Ibrahim bagi memohon keberkatan.

Fokus

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2004

no nama jabatan syarikat

1 En.Mohd Pakarudin b Musa Timbalan Pengurus Besar Ingress Research Sdn. Bhd.2 En.Azizi b Yahya Pengurus Kanan Matrix Power Services Sdn. Bhd.3 En.Nosri b Hamzah Pengurus Kanan PT Ingress Malindo Ventures4 En.Muhamad Azmi b Muhamad Nor Pengurus Kanan Ingress Precision Sdn. Bhd.5 En.Shamsul Bahar b Husaini Penolong Pengurus Ingress Precision Sdn. Bhd.6 En.Mas’ud b Jelani Penolong Pengurus Ingress Technologies Sdn. Bhd.7 En.Mat Saidi b Daud Eksekutif Ingress Autoventures Co., Ltd.8 En.Mohd Fadli b Che Me Eksekutif Ingress Engineering Sdn. Bhd.9 En.Mohd Niza b Jaafar Eksekutif Ingress Engineering Sdn. Bhd.10 En.Mohd Arif b Jahrani Eksekutif Ingress Precision Sdn. Bhd.11 En.Abd. Rashid b Chaichok Eksekutif PT Ingress Malindo Ventures12 Pn.Surina bt Saad Eksekutif Ingress Precision Sdn. Bhd.13 En.Anuar b Abdullah Penyelia Ingress Engineering Sdn. Bhd.14 En.Anuar b Mahat Leader Ingress Precision Sdn. Bhd.

Majlis diteruskan dengan Ucapan Pembukaan oleh Pengerusi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2004, Dr. Che Rosli bin Che Mat dan diikuti dengan Ucapan Perasmian oleh Tn. Hj. Rameli bin Musa, Naib Pengerusi Eeksekutif, ICB. Seterusnya, Anugerah Perkhidmatan 10 Tahun pula disampaikan oleh Dato’ Nasir bin Yusoff, Pengerusi ICB kepada 14 orang kakitangan iaitu:-

Ucapan Perasmian oleh Tn. Hj. Rameli bin Musa.

Barisan Pengurus Atasan dan Pengurus Kanan Ingress.

Kakitangan sedang menjamu selera.

Page 13: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

13

Fokus

Seterusnya, acara bersalam-salaman pula diadakan. Sejurus selepas itu, semua hadirin dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan. Sebanyak 10 gerai yang bertemakan NUSANTARA telah dibuka dengan menyajikan juadah utama, nasi beriyani ayam dan kambing di samping juadah-juadah sampingan seperti kambing panggang, sate, kebab dan lain-lain.

Sambil menikmati juadah pilihan, semua hadirin dihiburkan dengan lagu-lagu Nasyid dendangan RABBANI selama 30 minit. Selepas itu, acara penyampaian Duit Raya kepada anak-anak kakitangan pula diadakan. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Nasyid oleh Kumpulan RABBANI sambil diselang-selikan dengan pengumuman Cabutan Bertuah untuk 50 nombor terpilih. Seterusnya acara penyampaian duit raya untuk Anak-anak Yatim dan Saudara-saudara Baru di kalangan masyarakat Orang Asli di sekitar Bukit Beruntung pula disampaikan melalui wakil masing-masing.

Bagi memeriahkan lagi suasana, seorang BADUT telah didatangkan khas un-tuk menghiburkan kanak-kanak. Selain itu, gerai-gerai pameran turut dibuka yang disertai oleh Bank Rakyat, Takaful Ikhlas, MK Land, Institut Professional Baitulmal, PEMADAM, Bomba dan Polis Trafik untuk memberikan informasi kepada para pengunjung.

Sebelum majlis berakhir, pemenang gerai terbaik telah diumumkan iaitu gerai yang menyajikan juadah Nasi Beriyani Ayam dan Kambing. Majlis berakhir pada jam 1.30 tengahari.

Anugerah 10 Tahun Perkhidmatan disampaikan olehDato, Nasir bin Yusoff, Pengerusi ICB.

Pemberian Duit Raya oleh Pn. Norlelawati,isteri Tn. Hj. Rameli bin Musa, Naib Pengerusi Eksekutif ICB.

VIP dan Tetamu-Tetamu Jemputan sedang menik-mati juadah yang disediakan.

Kumpulan Rabbani. Persembahan daripada Kumpulan Aura.

Page 14: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

14

berita “hr”

Jamuan Berbuka Puasa Kumpulan Syarikat Ingress telah mengadakan Jamuan Berbuka Puasa di setiap anak Syarikat yang beroperasi di Malaysia sempena sambu-tan Ramadhan al-Mubarak 1425 Hijrah. Majlis ini dihadiri oleh semua kakitangan di setiap syarikat masing-masing dan bertambah meriah dengan kehadiran Naib Pengerusi Eksekutif, Tn. Hj. Rameli bin Musa bersama-sama dengan barisan Pengarah Eksekutif yang lain.

Program bermula dengan Jamuan Berbuka Puasa di Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) pada 2 November 2004 (19 Ram-adhan 1425 Hijrah). Majlis dimulakan sejurus selepas Solat ‘Asar Berjemaah didirikan dengan sessi ceramah agama yang disampaikan oleh Dr. Aziz bin Hanafi bertajuk Tarbiyah Ramadhan: Aplikasi dalam Kerjaya dan Perjuangan. Majlis kemudian diikuti dengan Jamuan Berbuka Puasa, Solat Maghrib Berjemaah dan diakhiri dengan Solat ‘Isyak Berjemaah serta Solat SunatTarawikh.

Pada 5 November 2004 (22 Ramadhan 1425 Hijrah), majlis yang sama turut diadakan di Ingress Operasi Nilai pula dengan men-jemput seorang Penceramah yang tidak asing lagi, Ybhg Dato’ Dr. Harun bin Din dengan mengupas topik yang sama.

Begitu juga dengan Kumpulan Multi Discovery yang tidak ketinggalan untuk mengendalikan majlis yang sama pada 9 November 2004 (26 Ramadhan 1425 Hijrah) yang menyajikan santapan rohani kepada semua hadirin yang hadir melalui Ceramah yang disampaikan oleh Ybhg Dato’ Ismail bin Kamus.

Satu Kursus Kaunseling Organisasi telah diadakan pada 23 dan 24 September 2004 di Hotel Mint, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Kursus yang dikendalikan oleh En. Azman Shah bin Dato’ Aziz dari Performance Development Consultants Sdn. Bhd. (PDC) ini diser-tai oleh sebahagian daripada kakitangan Eksekutif dari pelbagai anak syarikat Kumpulan Syarikat Ingress yang beroperasi di Malaysia.

Antara kandungan kursus yang dikupas oleh Penceramah adalah mengenai Teori-teori Kaunseling Organisasi yang merangkumi aspek-aspek seperti berikut:

(i) Definisi Kaunseling(ii) Objektif-objektif Kaunseling(iii) Peranan-peranan Kaunselor(iv) Manfaat Kaunseling kepada Pekerja dan Organisasi(v) Jenis-jenis Kaunseling(vi) Kaedah-kaedah untuk Menjalankan Sessi Kaunseling(vii) Kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk Menjalankan Sessi Kaunseling

Kursus ini amat menarik kerana Penceramah menggunakan kaedah pengajaran secara komunikasi dua hala dan memberi peluang kepada para peserta untuk mengadakan perbincangan dan membentangkan isi perbincangan tersebut. Selain itu, semua kumpulan dikehendaki untuk mempraktikkan teori-teori kaunseling yang dipelajari di dalam bentuk kajian kes yang dipilih serta mencadangkan jalan penyelesaiannya.

Kaunseling Organisasi

14

Satu Kursus Kaunseling Organisasi telah diadakan pada 23 dan 24 September 2004 di Hotel Mint, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Kursus yang dikendalikan oleh En. Azman Shah bin Dato’ Aziz dari Performance Development Consultants Sdn. Bhd. (PDC) ini disertai oleh sebahagian daripada kakitangan Eksekutif dari pelbagai anak syarikat Kumpulan Syarikat Ingress yang beroperasi di Malaysia.

Antara kandungan kursus yang dikupas oleh Penceramah adalah mengenai Teori-teori Kaunseling Organisasi yang merangkumi aspek-aspek seperti berikut:(i) Definisi Kaunseling(ii) Objektif-objektif Kaunseling(iii) Peranan-peranan Kaunselor(iv) Manfaat Kaunsel ing kepada Pekerja dan

Organisasi(v) Jenis-jenis Kaunseling(vi) Kaedah-kaedah untuk Menjalankan Sessi

Kaunseling(vii) Kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk

Menjalankan Sessi Kaunseling

Kursus ini amat menarik kerana Penceramah menggunakan kaedah pengajaran secara komunikasi dua hala dan memberi peluang kepada para peserta untuk mengadakan perbincangan dan membentangkan isi perbincangan tersebut. Selain itu, semua kumpulan dikehendaki untuk mempraktikkan teori-teori kaunseling yang dipelajari di dalam bentuk kajian kes yang dipilih

Khusyuk mendengar kuliah yang disampaikan.

Bergambar kenangan bersama fasilitator.

Sessi Kaunseling yang cuba diaplikasikan peserta.

Page 15: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

15

Visit to Katayama Kogyo Co., Ltd.

As a preparation towards the future business challenges, we as INGRESS workers need to develop our ability in the field of technology, skill and knowledge. Ingress Group of Companies (INGRESS) Business Partner, Katayama Kogyo Co., Ltd. (KK) has recently offered a short and long term training to the Engineers and INGRESS workers. INGRESS has in principle agree to hold a “Skill and Knowledge Enhancement Programme” to cater for such a need.

Thus, on 26th to 30th September 2004, INGRESS sent a delegation headed by Tn. Hj. Abdul Rahim bin Hitam, Chief Operating Officer, ACM Malaysian Operation to Japan in order to carry out a study to enable such training programme be conducted here. The delegation was also attend by En. Mohd Pakarudin bin Musa (Deputy General Manager, IRSB), En. Ahmad Shafie bin Kusni (Project Senior Manager ), En. Muhamad Azmi bin Muhamad Nor (HR Senior Manager, Nilai Operation) and En. Mohamed Diah bin Baharun (GHRD Manager). The visit to KK was a first of its kind duly attended by the Managers of

berita “hr”

HRD.Discussion was carried out between the Management of KK led by Mr. Motonori Tanimoto through “Training Need Analysis” and draft on “Ski l l and Knowledge Enhancement Programme” which was discussed and presented by INGRESS’ representative. The Management of KK was satisfied with the presentation and ensure that such programme would be carried out. Mr. Motonori Tanimoto was so committed and he himself had taken INGRESS delegation to the office of AOTS in Kansai, Osaka.

Special programmes for the Managers of HRD was also carried out, visits to the operation of KK’s Factory, KK’s Hostel (Visitor’s Guest Room) and the whole of Ibara Town, Fukuyama and Kansai. The purpose of the visit was to learn among others the community’s social-culture, public infrastructure and many more. The INGRESS delegation had the opportunity to visit MIDA’s Office in Osaka and had a short discussion with Mr. Ong Wah Teng as a Director of MIDA.

A working paper was presented to the Management of INGRESS on the outcome of the visit and the Management has agreed to carry out a “Skill and Knowledge Enhancement Programme” for the qualified workers to attend technical training at KK under a AOTS Scholarship. 15 workers from leader levels till Management levels was selected to carry out a training for a duration of three and 12 months for the

The arrival of part of INGRESS Delegation was greeted by KK’s Representative at Ibara, Station.

With Mr. T. Furuta, GA Manager, in front of KK’s Hostel.

Rekijyoso Hotel in Ibara Town, shall be the accommodation for INGRESS Trainee.

Dinner with the Management of KK at a “Sushi” Restaurant in Ibara.

Discussion with AOTS Training Superintending Officer, Mr. Hiroo Nagawaki.

Posing in front of AOTS Kansai Kenshu Centre together with Mr. Hiroo Nagawaki.

New building in which KK’s Corporate Office is located.

Page 16: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

16

Visit to Jui Li Enterprise Co., Ltd. (Taiwan)

berita “hr”

In order to realize in the efforts towards developing skills and knowledge in the Research and Development (R&D) field, Ingress Group of Companies (INGRESS) has sent a delegation led by En. Mohd. Pakarudin bin Musa (Deputy General Man-ager, IRSB) to Taiwan from 15th to 19th September 2004.

The main purpose of this visit was to study the possibility of having a technical joint-venture with Jui Li Enterprise Co., Ltd. (JLE). The visit was also accompanied by En. Hilmi bin Hamdan (HR Senior Manager, ITSB) and En. Mohamed Diah bin Baharun (GHRD Manager, ICB).

JLE is a Taiwan Corporation based in Ka-ohsiung, a district located to the south of Taiwan. From its beginning in producing automotive component “panel parts” using the technology of “stamping” over the past 30 years, JLE is now an exterior “dies and fixtures” producer in stamping and has pro-duced “panel parts” to over 30 automotive companies in Asia.

INGRESS delegation was greeted by Mr. Michael Chen, Vice President of JLE and Mr. Colin Lu, Head Project in Sales Department. The official discussion session was held be-tween both parties in relation to technical management matters and other legislative needs in order to carry out technical train-ing in Taiwan.

Later, INGRESS delegation was taken to tour the whole of JLE’s Factory Operation and R&D Department.

Besides that, INGRESS delegation was also taken to visit Kaohsiung and Taipei town to learn about the socio-culture community of the place in particular, its Muslim Commu-nity in order identify location to find/obtain daily needs.

Apart from that, a call was also made to Kaohsiung Mosque and Natinal Mosque Officer, Taipei. On top of that, the delega-tion has taken the opportunity to make a courtesy visit to Trade Director of MATRADE who was also in Taipei.

National Mosque Taipei, “The Taipei Grand Mosque - Republic Of China”

Taking picture with the Management Staff of JLE, Mr. Colin Lu (standing second from left).

“Safety Work Culture”, one of the working scenario in JLE Factory.

Kaohsiung Mosque, next to Zam - Zam Restaurant, the only Muslim Restaurant in Kaohsiung Town.

Courtesy visit to the Officers of National Mosque Taipei, 1st Imam, Ustaz Ishaq Shiao (far right), 2nd Imam, Ustaz Abidin (wearing jubah) and Bilal, En. Bukhari (second from left).

5’s Concept at JLE Factory, the same standard and 5’s concept imple-mented in KK.

Courtesy visit to Imam Husein Chen, the Kaohsiung Mosque Imam in Taiwan.

Courtesy visit to En. Mohamad Noor Azhab bin Mohd Sazli, Trade Director Matrade at his office, Malaysian Friendship & Trade Centre, Taipei, Taiwan.

Page 17: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

1�

berita “hr”

Umrah 2004 Umrah 2004 Umrah 2004 Umrah 2004

no nama jabatan syarikat

1 En.Mohd Shaari b Omar Pengurus Besar Kanan Multi Discovery Sdn. Bhd.

2 En.Mohd Haizad b Hussain Pengurus Besar Matrix Power Services Sdn.

Bhd.

3 En.Pami b Jani Pengurus Ingress Technologies Sdn. Bhd.

4 En.Saipul Baharin b Ahmad Penolong Pengurus Multi Discovery Sdn. Bhd.

5 En.Mohd Arif b Jahrani Eksekutif Ingress Precision Sdn. Bhd.

6 Pn.Surina bt Saad Eksekutif Ingress Precision Sdn. Bhd.

7 En.Amran b Ibrahim Eksekutif Talent Synergy Sdn. Bhd.

8 En.Razali b Seman Eksekutif Ingress Technologies Sdn. Bhd.

9 Khun Muhamadsobree Mayee Eksekutif Ingress Autoventures Co., Ltd.

10 Khun Anwa Salaeh Eksekutif Ingress Autoventures Co., Ltd.

11 Bpk Andhi Rivo Eksekutif PT Ingress Malindo Ventures

12 En.Anuar b Abdullah Penyelia Ingress Engineering Sdn. Bhd.

13 En.Irwan b Ismail Penyelia Ingress Technologies Sdn. Bhd.

14 En.Hirman b Mohamad Saad Penyelia Ingress Technologies Sdn. Bhd.

15 Khun Saranya Ratchamrong Penyelia Ingress Autoventures Co., Ltd.

16 Khun AbdulKordir Pooteh Penyelia Ingress Autoventures Co., Ltd.

17 Khun Makeota Satae Penyelia Ingress Autoventures Co., Ltd.

18 Bpk Dhenny Suprianto Penyelia PT Ingress Malindo Ventures

19 En.W Nor Fahmi b W Mohamad Penyelia Ramusa Engineering Sdn. Bhd.

20 En.Suhaimi b Abdul Ghani Penolong Penyelia Ingress Engineering Sdn. Bhd.

21 En.Hassan b Yaacob Associate Engineer Talent Synergy Sdn. Bhd.

22 En.Anuar b Mahat Leader Ingress Precision Sdn. Bhd.

23 En.Saiful Azman b Mohd Ali Fitter Ingress Precision Sdn. Bhd.

24 En.Ab Wahab b Ghazali Machinist Talent Synergy Sdn. Bhd.

25 En.Muhammad b Yusoff Technician Ingress Technologies Sdn. Bhd.

26 En.Zuhuki b Abu Husain Technician Ingress Technologies Sdn. Bhd.

Bergambar kenangan sebelum keberangkatan.

Pada tahun kewangan 2004/05, pihak pengurusan telahpun menghantar seramai 29 orang kakitangan daripada setiap anak syarikat termasuk tiga orang Pemenang Anugerah Pekerja Terbaik 2003 daripada setiap kategori untuk menunaikan Ibadah Umrah. Rombongan Umrah pada kali ini diketuai oleh En. Mohd. Haizad bin Hussain. Ahli rombongan yang terpilih pada kali ini adalah seperti jadual di sebelah.

Pakej Umrah selama 14 hari 12 malam yang bermula pada 20 Oktober 2004 (6 Ramadhan 1425 Hijrah) sehingga 2 November 2004 (19 Ramadhan 1425 Hijrah) ini dikendalikan oleh Pembangunan Sumber Manusia Kumpulan dengan kerjasama Syarikat For Tradium Travel & Tours Sdn. Bhd. di bawah bimbingan Ybhg Ustaz Taib Azamudden bin Mohd Taib.

Umrah 2004

Page 18: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

1�

Hari Keluarga Kumpulan Multi Discovery (MDG) 2004 telah diadakan pada 24 hingga 25 Disember 2004 di Holiday Villa, Cherating, Pahang Darul Makmur yang dihadiri oleh warga MDG bersama-sama dengan ahli keluarga masing-masing.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti su-kaneka, senamrobik, majlis makan malam dan juga cabutan bertuah. Pemenang paling bertuah telah me-menangi pakej percutian 3 hari 2 malam di Holiday Villa, Cherating, Pahang Darul Makmur. Majlis yang berakhir pada pukul 12.00 tengahari, 25 Disember 2004 ini disudahi dengan sessi fotografi beramai- ramai di antara warga MDG bersama-sama dengan ahli keluarga masing-masing.

Hari Keluarga Kumpulan Multi Discovery

Bergambar kenangan sebelum pulang.

berita “subsidiary”

Aktiviti Tarik Tali, menguji kekuatan fizikal.Majlis makan malam. Aktiviti untuk Si Comel juga tidak dilupakan.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) dengan kerjasama Seksyen Latihan ITSB telah menganjurkan satu sessi latihan CPR dan “First Aid” pada 26 dan 27 November 2004. Peserta kursus ini terdiri daripada kakitangan yang telah dipilih khas oleh Ketua Jabatan masing-masing dan Pegawai Kes-elamatan dan Kesihatan Pekerjaan ITSB di dalam membentuk satu kumpulan elit yang akan membantu kakitangan ITSB dan juga masyar-akat sekitar sekiranya berlaku kecederaan mahupun kemalangan.Semua peserta mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan terlatih

Latihan CPR & “First Aid”Cara-cara menyela-matkan bayi di dalam keadaan kece-masan juga ditunjukkan.

dari Earthwin selama dua hari. Pihak penganjur merakamkan set-inggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Rainey dan Dr. Nicholas dan juga CPR Team yang lain di atas segala penerangan dan tunjuk ajar yang sangat berguna kepada semua peserta.

Kursus seperti ini akan dijalankan setiap tahun di dalam menyedi-akan Pasukan CPR yang terlatih dan sentiasa bersedia di dalam menghadapi segala kemungkinan yang mencemaskan.

Latihan untuk menghadapi keadaan kece-masan.

Page 19: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

19

Kecekapan Tenaga dan Cara Hidup AndaPadamkan enjin apabila terpaksa menunggu lama. Apabila meng-gunakan kereta, gabungkan segala kegiatan yang perlu dibuat dalam satu perjalanan.

di rumah

Periksa setiap aspek rumah anda yang menyumbang kepada pembaziran tenaga. Selalu padamkan suis peralatan elektrik seperti lampu, kipas, pendingin udara, televisyen dan komputer apabila mereka tidak diperlukan lagi.

Apabila menjalankan kerja rumah, amalkan tabiat menggunakan tenaga dengan cekap, seperti:

Gunakan sumber tenaga yang paling sesuai. Contohnya: gunakan gas untuk memasak, dan bukan dapur elektrik.

Mesin pembasuh baju harus digunakan dengan muatan penuh sahaja, ini akan mengurangkan bilangan basuhan yang perlu.

Jangan masukkan makanan yang masih panas ke dalam peti sejuk. Cair-bekukan makanan yang beku terlebih dahulu pada suhu bilik, dan elakkan penggunaan ketuhar untuk tujuan ini.

Gosokkan baju sekaligus.

Pastikan rumah anda dapat menerima cahaya suria maksimum serta mempunyai pengaliran udara yang baik. Tanamkan tum-buhan di persekitaran rumah anda. Tumbuh-tumbuhan hijau berpotensi menyamankan suasana di luar dan dalam rumah.

Corak hidup anda dan kecekapan Tenaga

Mengamalkan kecekapan tenaga dalam corak hidup anda adalah senang. Lama-kelamaan, setiap langkah yang diamalkan untuk mencapai kecekapan tenaga akan menjadi tabiat yang biasa.

Tetapi sebelum kita dapat mengamalkan tabiat tersebut, kita mes-tilah memeriksa corak hidup masing-masing, untuk mengenalpasti kegiatan-kegiatan yang membazirkan tenaga secara sia-sia, sama ada di rumah, sekolah ataupun tempat kerja. Orang ramai haruslah berniat untuk mencapai tahap kehidupan yang bermutu tinggi dan yang melitupi penggunaan tenaga yang cekap.

membeli-belah

Apabila membeli belah, kurangkan pembelian benda yang menggu-nakan bahan bungkusan yang berlebihan seperti plastik. Bawalah beg sendiri setiap kali membeli-belah.

Selalu periksa label yang terdapat di belakang peralatan elektrik untuk mengetahui kadar penggunaan tenaga elektrik peralatan tersebut.

Pilihlah produk yang tahan lama, yang boleh diperbaiki, dan yang boleh dikitarkan semula.

Pengangkutan

Untuk perjalanan yang tidak begitu jauh, gunakan basikal, ataupun cukup sekadar berjalan kaki.

Gunakan pengangkutan awam dan kurangkan penggunaan kend-eraan bermotor. Jika menggunakan kereta, kongsi kereta dengan kawan, jiran, ataupun rakan sekerja.

berita keselamatan & kesihatan

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) telah melancarkan Kempen Keselamatan bertemakan “Kemalangan Sifar”. Majlis pelan-caran Kempen Keselamatan ini telah disempurnakan oleh En. Hamidi bin Maulod pada 20 Mei 2004 pada jam 8.30 pagi di perkarangan kilang ITSB.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Tayangan Video Keselamatan di kantin ITSB pada setiap waktu rehat, Latihan Kesedaran Keselamatan untuk setiap kakitangan, “Count Down” Hari Tanpa Kemalangan, Hari Pameran Keselamatan bersama Jaba-tan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH), Jabatan Bomba dan Penyelamat, PEMADAM, EMKAY dan Bank Rakyat,

Kempen ini telah berjaya memberikan pendedahan kepada semua kakitangan tentang pentingnya penjagaan keselamatan diri semasa bekerja dan juga di luar waktu kerja.

Kempen Keselamatan

Cenderamata kepada Penceramah.

berita “subsidiary”

Page 20: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

20

berita kualiti

Majlis Iftar IAV 1425 Hijrah

Berpuasa di dalam bulan Ramadhan ialah

salah satu dari kewajipan seorang Muslim

sebagaimana yang terdapat di dalam Rukun

Islam. Pada bulan yang penuh dengan

keberkatan ini, semua penganut agama

Islam akan menahan diri dari makan,

minum, syahwat dan sebagainya bermula

dari terbit fajar sehinggalah terbenam

matahari. Semuanya ini adalah untuk

mengabdikan diri kepada Allah s.w.t di

samping turut merasai penderitaan yang

dihadapi oleh mereka yang kebuluran di

negara-negara miskin.

Justeru itu, pada bulan Oktober 2004 yang

lalu, Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV)

telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa

untuk semua kakitangannya. Naib Pengerusi

Eksekutif, Tn. Hj. Rameli Musa turut sama

memeriahkan majlis ini yang bermula pada

jam 4.30 petang dan berakhir pada jam

8.30 malam. Ahli Jawatankuasa Majlis ini

juga turut menjemput Ybhg Dr. Mohd. Nor

bin Manuty untuk menyampaikan ceramah

Agama. Majlis berakhir dengan Solat ‘Isyak

dan Solat Sunat Tarawikh berjemaah.

Ybhg. Dr. Mohd. Nor bin Manuty se-dang menyampaikan ceramah.

Sujud, mendekatkan diri dengan Pencipta Yang Maha Esa.

Konvensyen QCC/ICC Kali Kelapan telah diadakan dengan jay-anya pada 2 Oktober 2004 di The Summit Hotel Subang USJ bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Konvensyen ini disertai oleh tujuh Kumpulan iaitu:-

Ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Rameli bin Musa.

Konvensyen QCC/ICC Kali Ke - 8

Salah satu daripada kumpulan yang membentangkan

Jendela “Overseas”

no nama syarikat

1 Smart Ingress Technologies Sdn. Bhd.2 The Act Ingress Engineering Sdn. Bhd.3 Power Light Ingress Autoventures Co., Ltd.4 Excel Ingress Engineering Sdn. Bhd.5 Tekad Ingress Technologies Sdn. Bhd.6 Top Ten Ingress Technologies Sdn. Bhd.7 Turbo Ingress Precision Sdn. Bhd.

Page 21: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

21

Bagi menghangatkan lagi suasana Majlis, Juruacara Bersama, Sau-dara Mohd. Jaladi bin Muda (MDSB) dan Saudara Mohd. Hakki bin Bawadi (IPSB) membacakan soalan-soalan Kuiz yang berkaitan QCC dengan diselang-seli persembahan Kumpulan. Kakitangan yang berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan menerima hadiah daripada Sekretariat.

Sesungguhnya persembahan Kumpulan pada kali ini amat hebat dan persaingannya agak sengit untuk menentukan tiga pemenang. Namun, adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Keputusan telahpun ditentukan oleh Juri-juri Professional jemputan yang dibarisi oleh Tn. Hj. Dr. Mustafa bin Hashim dan Tn. Hj. Omar bin Othman dengan memilih Kumpulan EXCEL sebagai Pemenang Ketiga, THE ACT sebagai Naib Juara dan TOP TEN sebagai JUARA.

Tahniah diucapkan kepada Pemenang-pemenang dan syabas ke-pada semua kumpulan yang bertungkus-lumus untuk menghasilkan satu persembahan yang baik dan bermutu.

Tempat Kedua, Kumpulan The Act.

Barisan Pimpinan Tertinggi Ingress turut hadir bagi memeriahkan majlis.

Antara Tetamu dan Kakitangan yang hadir.

Debaran sebelum persembahan bermula.

Pengawal- penga-wal layar bagi salah satu kumpulan yang

Tempat Ketiga, Kumpulan Excel.

Juara Konvensyen kali Ini, Kumpulan Top Ten.

berita kualiti

Page 22: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

22

Finalist untuk Pertandingan Rambut Sihat dan Bergaya dengan Pati Santan Kelapa.

“Apa gelak-gelak? Orang Serius ni...” “Akhirnya kami mampu tersenyum setelah ada insan yang sudi menghu-lurkan bantuan. Jemputlah ke teratak kami.”

“Apasal! Corsage dia ni bau semacam aje?...” Walaupun rupamu tidak kukenali, namun senyumanmutetap menjadi ingatanku.

“Al-Hamdulillah, nampaknya kutipan hari ini telah berjaya mencecah ribuan Ringgit Malaysia.”

“Candid Camera”

“Smile”“Apa ni? Janji jumpak sorang-sorang. Yang hang bawak mai sampai dua orang ni apa hai”.

“Action”

“You’re on”

Candid

Camera

Page 23: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

23

Finalist untuk Pertandingan Rambut Sihat dan Bergaya dengan Pati Santan Kelapa.

“Ingatkan masa kecik-kecik je kena

denda macam ni, dah masuk ke

alam pekerjaan pun denda yang

sama masih berulang. Memang tak

patut betul...”

“Kesian!... Aksi seorang kakitangan yang

mengigau-ngigau di dalam tidurnya se-

lepas mengacarakan satu majlis rasmi”.

“Sedihnya rasa hati apabila semua orang sanggup

membiarkan aku keseorangan.”

Tiga orang Ahli Kelab Kecacatan Penglihatan Ingress bergambar kenang-kenangan dengan AJK Kelab selepas membuat persembahan.

Kamilah kembar empat tidak seiras yang telah berpisah 35 tahun lalu dan kini ditemukan semula melalui program Jejak Kasih anjuran TV Ingress. Dari kiri: Ucu, Along, Acik dan Angah.

“Cuba lagi Boss, cuba lagi. Itulah part kambing yang paling enak.”

“Alangkah bertuahnya kalau nombor aku terpilih sebagai salah seorang penerima cabutan bertuah”.

“Just be yourself”

“The end”

Candid Camera

“Candid Camera”

Candid

Camera

Page 24: Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatangnadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 8 Final.pdf · 3 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif Menghadapi Cabaran-cabaran Mendatang Bersambung

24

Hadis: Abu Talib Terima Azab Paling Ringan

Baginda berdoa bermaksud: “Ya Allah, tunjukkanlah kaumku kerana mereka tidak mengetahui.”

Rasulullah juga pernah berdoa agar Umar memeluk Islam hingga akhirnya dikabulkan oleh Allah. Namun, mendoakan orang kafir yang telah meninggal dunia dan diketahui mati dalam keadaan kafir, hukumnya haram seperti yang dijelaskan di dalam ayat di atas.

sudut agama

Hadis: Abu Talib Terima Azab Paling Ringan

Daripada Ibnu Abbas, katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Seringan-ringan azab penduduk neraka adalah azab yang dideritai oleh Abu Talib. Dia memakai sepasang terompah yang membuatkan otaknya menggelegak.”

Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah, Rasulullah menjalankan dakwah di kalangan kaumnya sendiri di sekitar kota Mekah.

Segelintir manusia sahaja yang memeluk agama Islam, sementara yang lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang usaha Baginda.

Abu Talib adalah seorang yang baik budi pekertinya dan jujur. Beliau juga mempunyai kesabaran yang tidak ada bandingannya apabila menemui atau menghadapi sesuatu kesulitan atau cabaran kehidupan.

Beliaulah yang memelihara Nabi Muhammad s.a.w setelah kewafatan datuk Baginda, Abdul Muttalib. Baginda selalu dilindungi oleh bapa saudaranya itu daripada ancaman musuh dakwah Baginda. Namun, pada saat-saat akhir kematiannya, Abu Talib tidak memeluk agama Islam.

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim dikatakan bahawa ketika Abu Talib di dalam keadaan tenat, Rasulullah menghampirinya, sedangkan ketika itu ada Abu Jahal dan Abdullah bin Umayah, Rasulullah mengajak Abu Talib mengucapkan “Laailaaha illallaah”, namun Abu Jahal dan Abdullah memujuknya agar tetap mengikuti agama Abdul Muttalib.

Demikian seterusnya berlaku hingga Abu Talib meninggal dunia tidak dalam keadaan beriman. Lalu, Rasulullah bersabda: “Demi Allah, aku akan meminta keampunan daripada Allah (untuknya) selagi tidak dilarang.

Lalu turun ayat 113 dan 114, surah at-Taubah bermaksud: “Tiadalah sepatutnya bagi Nabi Muhammad dan orang yang beriman meminta ampun kepada Allah bagi orang musyrik, walaupun mereka itu adalah kaum kerabatnya, setelah jelas bagi mereka, bahawa orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahannam. Dan keampunan yang dipohon oleh Ibrahim untuk bapanya, tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya. Tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun.”

Mendoakan orang kafir yang masih hidup hukumnya harus, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah ketika berhadapan dengan perlakuan buruk daripada kaum Baginda yang musyrik.

Mutiara KataDari Abi Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana mendapat harta, adakah dari sumber yang halal ataupun haram.” sahih bukhari

Nabi s.a.w bersabda: “Tidak akan masuk neraka seseorang yang di dalam hatinya terdapat seberat sebiji sawi keimanan dan tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat seberat sebiji sawi kesombongan.” riwayat muslim dan abu dawud

Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan sesudah Zohor empat rakaat, maka Allah mengharamkan dirinya api neraka.” riwayat abu dawud dan at-Tirmidzi dari um. habibah r.a

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: “Dunia tidak akan hilang (kiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluargaku (keturunanku) yang namanya sama dengan namaku.” riwayat at-Tirmidzi

Dari Abi Hurairah r.a dari Nabi s.a.w sabdanya: “Segeralah berbuat amal kebajikan sebelum datang bencana yang bagaikan malam gelap-gelita. Pagi-pagi seorang mukmin masih mukmin tetapi apabila petang dia kafir, atau petang hari dia masih mukmin, pagi hari dia kafir. Dijual agamanya kerana mengharapkan keuntungan dunia.” sahih muslim

Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang berjalan untuk sembahyang fardhu berjemaah, maka pahalanya bagaikan orang yang mengerjakan ibadah haji dan jika dia berjalan menuju sembahyang sunat, maka pahalanya bagaikan mengerjakan ibadah Umrah.” riwayat at-Thabrani

Abu Said dan Abu Hurairah r.a keduanya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak ada suatu cubaan yang menimpa-nimpa orang Mukmin seperti sakit biasa, kesusahan, sakit berat, kesedihan dan kecemasan, melainkan Allah Taala menghapuskan dosa-dosanya kerananya.” sahih muslim

Mutiara Kata