cabaran pendidikan.docx

52
UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM adalah peperiksaan awam yang paling utama di Malaysia. Selain itu, terdapat juga ujian lain yang diduduki oleh pelajar di negara ini seperti TIMSS dan PISA. TIMSS dan PISA sebenarnya bukan ujian tetapi adalah suatu kajian tentang pendidikan sesebuah negara yang dijalankan oleh organisasi antarabangsa untuk menilai dan membandingkan kualiti pendidikan sesebuah negara itu. Kajian ini juga membantu negara-negara di seluruh dunia untuk meningkatkan pembelajaran dalam Sains dan Matematik. Berdasarkan kenyataan dalam diatas, bincangkan sejauhmanakah perubahan kaedah penilaian dalam sistem pendidikan di Malaysia boleh meningkatkan kedudukan negara Malaysia di peringkat dunia dalam TIMSS dan PISA? Saya bukan dari bidang perguruan ... Bukan juga pakar dalam bidang pendidikan. Tapi tulisan saudara kita yg saya forwardkan dibawah ini perlu kita sama-sama fikir... Sejauh mana masalah ini, kesannya jangka panjang kepada pembinaan negara bangsa, impak kepada sosio ekonomi, jenayah, pengangguran dsbg pasti bermula di sini... Apa pendapat anda dengan artikel ini berkaitan sistem pendidikan kita? DAN APA CADANGAN KEPADA PENYELESAIANNYA ... INI BARU KBAT (Kemahiran berfikir aras tinggi) ... bincang bukan dengan emosi ... tak betul bagi nasihat ... tak betul TETAP tak betul ... kalau BETUL tetap BETUL ... bila tak betul kata betul dan yang betul kata tak betul maka hancurlah kita ... Bincang dengan ilmu dan akal berpaksikan iman ... Jangan mengutuk tapi sama2 fikir jalan penyelesaiannya ... OK ! marba pendidikan Malaysia – Mohd Faiez Mohd Ali Published: 22 November 2014 Dalam laporan UN Education Index Malaysia berada di kedudukan 98 daripada 181 negara. Manakala kajian “Programme for International Student Assessment” (PISA), Malaysia corot di tangga 55 daripada 74. Bagi keputusan kajian “Trends in Mathematics and Science Study” (TIMSS) 2011 pula menunjukkan penurunan prestasi Matematik dan Sains mendadak sepanjang empat kali penilaian daripada tahun 1999.” Apakah maksud semua laporan penilaian pendidikan antarabangsa ini? Maksudnya, para pelajar Malaysia adalah antara yang paling lemah

Upload: maliana-binti-ngadi-aslili

Post on 02-Oct-2015

127 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM adalah peperiksaan awam yang paling utama di Malaysia. Selain itu, terdapat juga ujian lain yang diduduki oleh pelajar di negara ini sepertiTIMSS dan PISA. TIMSS dan PISA sebenarnya bukan ujian tetapi adalah suatu kajian tentang pendidikan sesebuah negara yang dijalankan oleh organisasi antarabangsa untuk menilai dan membandingkan kualiti pendidikan sesebuah negara itu. Kajian ini juga membantu negara-negara di seluruh dunia untuk meningkatkan pembelajaran dalam Sains dan Matematik.Berdasarkan kenyataan dalam diatas, bincangkan sejauhmanakah perubahan kaedah penilaian dalam sistem pendidikan di Malaysia boleh meningkatkan kedudukan negara Malaysia di peringkat dunia dalamTIMSS dan PISA?

Saya bukan dari bidang perguruan ... Bukan juga pakar dalam bidang pendidikan. Tapi tulisan saudara kita yg saya forwardkan dibawah ini perlu kita sama-sama fikir... Sejauh mana masalah ini, kesannya jangka panjang kepada pembinaan negara bangsa, impak kepada sosio ekonomi, jenayah, pengangguran dsbg pasti bermula di sini...Apa pendapat anda dengan artikel ini berkaitan sistem pendidikan kita?DAN APA CADANGAN KEPADA PENYELESAIANNYA ...INI BARU KBAT (Kemahiran berfikir aras tinggi) ... bincang bukan dengan emosi ... tak betul bagi nasihat ... tak betul TETAP tak betul ... kalau BETUL tetap BETUL ... bila tak betul kata betul dan yang betul kata tak betul maka hancurlah kita ... Bincang dengan ilmu dan akal berpaksikan iman ...Jangan mengutuk tapi sama2 fikir jalan penyelesaiannya ... OK !marba pendidikan Malaysia Mohd Faiez Mohd AliPublished: 22 November 2014Dalam laporan UN Education Index Malaysia berada di kedudukan 98 daripada 181 negara. Manakala kajian Programme for International Student Assessment (PISA), Malaysia corot di tangga 55 daripada 74. Bagi keputusan kajian Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011 pula menunjukkan penurunan prestasi Matematik dan Sains mendadak sepanjang empat kali penilaian daripada tahun 1999.Apakah maksud semua laporan penilaian pendidikan antarabangsa ini? Maksudnya, para pelajar Malaysia adalah antara yang paling lemah apabila dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain di seluruh dunia.Namun begitu.Dilaporkan juga Gred Purata Nasional (GPN) untuk peperiksaan PMR meningkat ketara untuk 5 tahun yang lalu iaitu 2.83 pada 2008, 2.78 pada 2009, 2.74 pada 2010 dan terbaru 2.71 pada 2011. Bilangan pelajar yang mendapat A di dalam Matematik juga meningkat dari 26.7 peratus pada 2010 kepada 28.9 peratus pada 2011 manakala untuk subjek Sains pula meningkat dari 18.5 peratus pada 2010 kepada 21.7 peratus pada 2011. Untuk SPM pula, pencapaian 2011 dikatakan pencapaian terbaik dalam masa 5 tahun dengan peningkatan GPN dari 5.19 pada 2010 kepada 5.04 pada 2011. (Rujukan Buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang)

Apa pula maksud laporan peningkatan GPN mengikut prestasi PMR dan SPM ini? Maksudnya, selama berpuluh tahun kita menipu diri kita sendiri sehinggalah datang indeks antarabangsa keluaran UN Education Index, PISA dan TIMSS yang membongkar perihal budaya penipuan yang selama ini berakar dalam konsep pendidikan kita. Bagaimana mungkin GPN PMR dan SPM meningkat walhal para pelajar kita tercampak dalam kedudukan 2/3 tercorot di seluruh dunia?Rakyat Malaysia terkujat, sekali lagi.Jadi sekarang kita sudah tidak boleh menipu diri sendiri lagi kerana seluruh dunia sudah mengetahui betapa terkebelakangnya para pelajar kita dalam bidang Sains, Matematik, literasi pembacaan dan penyelesaian masalah kritikal. Untungnya daripada kesedaran ini, kita dapat melihat beberapa usaha transformasi pendidikan yang dijalankan Kementerian Pendidikan disamping cadangan tokoh negarawan seperti Tun Mahathir bagi menambah baik pendidikan kita.Kementerian Pendidikan berjaya membuatkan masyarakat teruja dan bergantung harap dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang setebal 248 mukasurat (yang entah siapa nak baca?) dan memuatkan 11 anjakan strategik sebagai cadangan penyelesaian kepada masalah pendidikan kita.Hasilnya, tercetus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menyeksa kehidupan para guru selama empat tahun berturut-turut dengan server yang lembab dan pertambahan kerja pengkeranian mengisi data dan mencipta statistik para pelajar. PBS ini dimansuhkan selepas empat tahun berjalan menyebabkan para guru yang bersengkang-mata pukul empat pagi untuk mengisi data online dan berjerih-payah membuat dokumentasi fail pelajar berasa sakit hati dan usaha mereka seperti tersia-sia.Selepas PBS, lahir pula Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) secara terburu-buru yang sekali lagi menjadikan para pelajar tingkatan tiga pada tahun 2014 sebagai tikus makmal. Hampir dua tahun belajar mengikut format PMR sebelum mendapat kejutan budaya PMR dimansuhkan dan digantikan dengan PBS yang tak ada exam. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan PT3 yang perlu dihadapi dengan masa persiapan kurang daripada dua bulan. Realitinya disaat para pelajar tingkatan tiga disuruh menghadap PT3, sebahagian besar para guru masih terkial-kial cuba memahami konsep PT3. Lalu bagaimana para guru yang masih belum benar-benar mahir dengan PT3 akan mempersediakan para pelajar untuk PT3 dalam tempoh masa kurang daripada dua bulan?Tapi, ini kan Malaysia. Malaysia amat sinonim dengan perkataan boleh. Perkara ini sudah pernah pun berlaku dahulu sebagai contoh PPSMI dimana para pelajar dijadikan tikus makmal dan para guru menjadi bidan terjun yang mengendalikan tikus-tikus ini sebelum eksperimen itu dihentikan kerana tekanan masyarakat.Selain daripada itu, kita tidak lupa untuk mengidolakan polisi pendidikan negara lain. Negara seperti Finland, Korea Selatan dan Jepun sering kali menjadi bahan bicara ahli akademik terutamanya tatkala roadshow PPPM hangat dijalankan diseluruh negara dahulu. Kita sibuk melihat kepada teori pendidikan yang digunapakai negara-negara ini sehinggakan kita lupa masalah paling utama dalam pendidikan kita bukannya terletak dalam perbahasan teori sebaliknya di peringkat implementasi.Masalah implementasi yang tidak pernah selesaiSaya pernah menulis tentang tiga perkara yang banyak mempengaruhi implementasi polisi pendidikan. Saya ingin berkongsi tentang dua perkara tersebut disini iaitu:1. Mengajar mengikut kepakaran2. Beban kerja pengkeranian yang terlampau banyak dan tidak mendatangkan faedah sebaliknya menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaranDua perkara ini bukanlah perkara baru. Ianya pernah disebut dan diketengahkan semenjak tahun 80an, sepanjang tahun 90an sehinggalah sekarang dengan sasaran Wawasan 2020 hanya tinggal 6 tahun saja lagi. Namun, perkara ini masih tidak selesai-selesai. Bekas Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Siva Subramaniam pernah menyebut pada tahun 1995 tentang masalah para guru yang ditempatkan tanpa mengikut opsyen. Sedihnya, perkara ini masih lagi berterusan.Tak perlu saya lambakkan statistik yang banyak dalam laporan-laporan dan kajian-kajian pendidikan. Sebaliknya saya ajak anda berborak dengan antara 400,000 orang guru yang anda kenal untuk mengetahui tentang realiti penempatan guru di sekolah. Berapa ramai guru yang belajar Matematik tapi disuruh mengajar Bahasa Inggeris? Berapa ramai guru yang langsung tak pernah belajar teori pedagogi dan ilmu Sains tapi apabila masuk sekolah dipaksarelakan pentadbir untuk mengajar Sains? Dan berapa banyak sekolah yang masih kekurangan guru Kemahiran Hidup walaupun sudah bertahun-tahun matapelajaran itu dimasukkan dalam kurikulum?Perkara kedua, beban kerja pengkeranian. Ini adalah masalah implementasi paling utama yang dihadapi pasukan pelaksana polisi pendidikan iaitu para guru. Dengan begitu banyak jenis fail yang perlu disediakan di sekolah, data-data yang perlu dimasukkan sama ada secara offline atau online secara berulang-ulang. Disamping perlu bertungkus-lumus membuat kerja seperti mengambil dan menghantar pelajar ke pertandingan, menghias dewan untuk sambutan hari kemerdekaan sehinggalah ke perkara-perkara seperti membina dan mengecat bangunan sekolah dan tandas. Sebenarnya, apa sahaja yang para guru tidak lakukan di sekolah selain mengajar?Iya, tolong jangan buat-buat pelik seolah-olah anda sedang membaca berita hairan. Kerja guru bukan lagi mengajar. Kerja mengajar dalam kelas sekarang ini bukan lagi kerja paling utama. Sebaliknya banyak lagi benda-benda lain yang tiada langsung kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang terpaksa para guru lakukan di sekolah dan diluar sekolah.Walaupun sejak tahun 90an lagi kesatuan guru dan para guru sudah mengeluh meminta lebih ramai pembantu guru gred N17 untuk membuat kerja-kerja yang tak memerlukan kemahiran pendidikan, tapi nampaknya perkara ini seperti masih jauh untuk kita capai walaupun pada hakikatnya sasaran Wawasan 2020 itu semakin mendekat.Implementasi sistem pengurusan pendidikan dan pengurusan hospital.Cuba bayangkan jika cara kerja Kementerian Pendidikan kita diaplikasikan Kementerian Kesihatan.Di hospital-hospital tidak terdapat ramai jururawat sebaliknya para doktor yang perlu melaksanakan tugas-tugas selain bidang kepakaran mereka. Apabila pesakit sampai, para doktor perlu mendaftarkan mereka dikaunter pendaftaran seperti mana guru kelas mendaftarkan para pelajar di awal tahun serta mengambil dan memasukkan data kedatangan setiap hari.Setelah pendaftaran, para doktor perlu terlebih dahulu memasukkan data pesakit ke dalam fail pendaftaran mengikut kategori dan jenis penyakit. Sama seperti para guru yang perlu menyediakan fail untuk setiap pelajar mengikut bidang ko-kurikulum, kurikulum, disiplin dan peribadi. Belum masuk fail panitia, subjek, peperiksaan dan beratus-ratus lagi faDalam kekalutan para doktor yang mahu bersiap-sedia memeriksa pesakit mereka yang sakit, mereka akan kerap kali dilanda ombak-ombak pemeriksaan pegawai atasan yang datang untuk memeriksa kekemasan fail, data dan statistik. Bagaimana doktor-doktor ini boleh memeriksa dan merawat pesakit mereka dengan tenang jika asyik dikacau untuk dilihat pengurusan data dan fail mereka?Belum kita kira jika para doktor sendiri yang perlu memandu ambulans untuk mengambil pesakit yang kemalangan jalanraya atau hampir meninggal kerana sakit jantung seperti mana para guru yang selalu-selalu disuruh menghantar para pelajar sama ada untuk menghadiri pertandingan, sakit ke klinik ataupun mengikuti rombongan.Jika sistem sebegini diimplementasikan Kementerian Kesihatan di hospital-hospital maka semakin ramailah pesakit yang akan mati seperti mana ramainya pelajar kita yang seperti sudah mati otak kerana walaupun 11 tahun belajar di sekolah tetapi masih berfikir dan menulis seperti budak tidak bersekolah. Untuk ini, siapa yang nak dipersalahkan? Guru? Eh, bukan kita sibuk-sibuk nak tengok para guru siapkan fail dan uruskan sekolah daripada bertungkus-lumus mengajar dan mendidik pelajar?Memasukkan data dan statistik sama ada online ataupun offline, mengukur ketinggian dan berat badan murid, mengemaskini fail pengurusan yang beratus-ratus jenis, menghantar para murid ke sana ke sini dan pelbagai lagi benda remeh-temeh yang langsung tiada kesan signifikan kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta sepatutnya boleh dilakukan pembantu pengurusan sekolah dengan kelulusan SPM.Jadi, mengapa kita bersusah-payah melatih para guru dalam pedagogi dan teori pendidikan terkini jika di sekolah kita hanya perlu mereka untuk melakukan benda-benda yang remeh-temeh? Benda yang menghabiskan beratus-ratus rim kertas setiap hari hanya untuk orang atas tengok sebelum diletakkan diatas rak sehingga berhabuk. Tambahan pula, kenapa pula orang atas sibuk nak tengok benda-benda ni? Sudah terang lagi bersuluh perkara-perkara yang remeh-temeh dan menyesakkan otak seperti pengurusan fail, data dan statistik ini semua tetap gagal membawa Malaysia gah dipersada pengukuran indeks antarabangsa seperti PISA dan TIMSS.Transformasi pendidikan yang bakal gagal, sekali lagi.Ambillah Fulbright Teaching Assistant daripada Amerika Syarikat ataupun guru pakar Bahasa Inggeris daripada India. Laksanakanlah subjek baru bagi menerapkan nilai moral dan sahsiah seperti yang dicadangkan Tun Mahathir baru-baru ini. Tirulah pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah mirip kaedah Finland ataupun mengadaptasi keghairahan menjawab soalan peperiksaan dalam sistem Korea Selatan dan China.Apa sahaja teori, polisi dan cadangan penambahbaikan yang datang daripada Kementerian Pendidikan Malaysia setakat ini, saya percaya semuanya bakal gagal. Dalam masa 10 tahun daripada sekarang kita akan mengulangi semula senario kegagalan (baca: corot di PISA dan TIMSS) dan percubaan transformasi (baca: rombakan pelan pembangunan pendidikan) yang kemudiannya bakal gagal sekali lagi. Kenapa? Kerana kita tidak menyelesaikan masalah akar iaitu implementasi.Ini bukannya sekadar teori saya semata-mata. Lihat sahaja sejarah perkembangan pendidikan kita. Perkembangan kurikulum daripada General Syllabuses, ke Pendidikan Komprehensif, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sehingga sekarang kita sudah memasuki fasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang memakan masa puluhan tahun untuk dibangunkan.Begitu juga dengan pelbagai laporan dan pelan pendidikan daripada Laporan Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), penggubalan Akta Pendidikan (1996), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 2010) dan kini Pelan Pambangunan Pendidikan Malaysia (2013 2025).Mengapa setelah berjalannya kesemua laporan dan pelan pendidikan ini, kita masih bakal gagal menghasilkan pelajar yang cemerlang diperingkat dunia? Saya percaya kerana jurang pendidikan kita semakin melebar terutamanya di antara pelajar dari keluarga kelas atasan dan keluarga golongan pekerja.Pelajar dari keluarga kelas atasan mempunyai kelebihan dari segi pengaruh dan kewangan untuk menempah pendidikan terbaik di sekolah-sekolah ternama di Malaysia disamping menghadiri kelas tusyen berbayar. Sebaliknya para pelajar golongan pekerja yang mendapatkan pendidikan di sekolah-sekolah harian biasa, terpaksa bergantung harap kepada sekolah dan para guru mereka.Namun, guru mereka tidak mungkin dapat menyediakan perkhidmatan pendidikan terbaik. Kerana apa? Kerana guru mereka sibuk dikerah untuk menyediakan fail, menilik data, menyimpan statistik dan lain-lain pekerjaan remeh. Guru yang sebenarnya memegang jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kini lebih layak digelar sebagai Pegawai Pengurusan Pendidikan.Apabila kita terlalu taksub dengan hal-hal pengurusan maka perkhidmatan pendidikan kita merudum jatuh. Kesannya, pelajar kita pergi sekolah dan tak sabar nak balik. Para guru pergi bekerja dan tak sabar nak bercuti. Para pentadbir bagi kerja dengan alasan orang atas suruh buat sebab nanti dia nak datang tengok. Tak hairanlah kenapa kualiti pendidikan kita terus-menerus berenang di dalam longkang.Kesimpulannya, saya lihat perkara paling utama yang perlu dilakukan untuk memulihara keberkesanan pendidikan kita adalah dengan cara mengembalikan peranan, tanggungjawab serta kedudukan guru di tempat yang sepatutnya iaitu di dalam kelas, berhadapan dengan klien utama mereka iaitu para pelajar.Walaubagaimanapun, perkara ini masih gagal disedari mereka yang sekarang ini sedang sibuk menyuruh guru menyiapkan lima jenis laporan berasingan untuk PT3, masukkan statistik markah pelajar di dua portal yang berbeza, masukkan data kedatangan setiap hari, data disiplin setiap minggu dan pelbagai lagi kerja pengurusan lain. Semua ini atas nama transformasi pendidikan.Transformasi apa? Transformasi caca-marba. 22 November, 2014.

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIASejauh mana pelaksanaan di Sekolah Kebangsaan Seri Cheding?Oleh: Jaini bin Darsan

Apa kata Perdana Menteri Malaysia Tentang Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaPendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara.Pendidikan juga merupakanpencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja,dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model BaruEkonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yangmenjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global.Sistem pendidikan kita merupakan tunjang pembangunan negara.Sistem ini telah menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini dan generasi sebelumnya bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara. Sesungguhnya, kejayaan sistem pendidikan adalah hasil kegigihan dan dedikasi para guru, pengetua, pentadbir, pegawai dan kakitangan sokongan yang menjadi teras kekuatan Kementerian Pelajaran sejak dahulu hingga kini. Bakti yang telah dicurahkan oleh mereka tidak dapat disangkal oleh manamana pihak. Dalam tempoh lebih 55 tahun negara mencapai kemerdekaan misalnya, kita menyaksikan peningkatan yangketara akses pelbagai peringkat pendidikan. Negara boleh berbangga dengan kejayaan kita menyediakan pendidikan rendah dan menengah rendah yang telah mencapai tahap hampir sejagat. Kejayaan negara menyediakan peluang pendidikan dalam tempoh yang singkat selepas merdeka telah diakui dan diiktiraf oleh pertubuhan antarabangsa, seperti UNESCO dan Bank Dunia. Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatandan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadarmenambah bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik dinamik proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan. Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untukmenzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025. Bersandarkan inisiatif yang telah diperkenalkan bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara,pelan pembangunan ini menggariskan perubahan besar yang kita hasratkan. Antara lain,perubahan yang dimaksudkan merangkum aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedahpemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah, dan pendekatan pengoperasian Kementerian. Pelan ini dengan jelas menggambarkan faktorpenambahbaikan penting bagi setiap langkah dalam perjalanan transformasi yang bakal dilalui.Kesemua matlamat ini melambangkan cita-cita kita yang tinggi. Namun, saya yakin kita berupaya mencapainya. Hal ini termasuklah memastikan enrolmen sejagat pada pelbagai peringkat pendidikan, iaitu daripada prasekolah hingga menengah atas dalam tempoh 10 tahun akan datang, mengurangkan separuh jurang pencapaian antara kelompok kaya dengan miskin, bandar dengan luar bandar, dan antara negeri dalam tempoh yang sama, meningkatkan kedudukan pencapaian negara daripada kelompok sepertiga terbawah kepada kelompok sepertiga teratas dalam kalangan negara yang menyertai pentaksiran peringkat antarabangsa, seperti PISA dan TIMSS, dalam tempoh l5 tahun akan datang, dan membina sistem pendidikan yang mengasuh kanak-kanak untuk menghargai keunikan identiti sebagai warganegara Malaysia. Secara keseluruhannya, hasrat ini mesti dicapai melalui pengagihan sumber yang terancang dan teliti, dan seterusnya memastikan setiap ringgit dibelanjakan untuk meningkatkan keberhasilan dan kemenjadian murid. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pelajaran dan semua pihak yang menyumbang kepada pembinaan Pelan Pembangunan Pendidikan ini. Saya akui bahawa bukanlah mudah untuk melaksanakan transformasi sistem pendidikan, dan kita bakal berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang tempoh pelaksanaannya. Tetapi percayalah, bukan sahaja kerajaan dan KementerianPelajaran yang komited untuk mencapai kesemua matlamat ini, malah saya secara peribadi juga komited. Dengan berganding bahu bersama-sama rakyat, saya amat yakin bahawa kita akan terustabah dan dapat memastikan setiap matlamat berjaya dicapai. Daripada ibu bapa, anggota masyarakat sehinggalah sektor swasta, kita semua mempunyai peranan dalam meningkatkan kualiti system pendidikan negara yang akan membantu menyemai benih kejayaananak kita, yang dapat kita laksanakan dengan bangganya. Insya Allah, marilah kita harungi perjalanan yang menguja, mencabar dan amat penting ini secara bersama, sebagai satubangsa.

YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul RazakPerdana Menteri Malaysia

1.Konsep Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran yang getir dalam usaha menyediakan sistem pendidikan berkualiti. Perkembangan sosiobudaya yang sihat dan pembangunan ekonomi mapan bergantung pada keupayaan menambah baik keberhasilan sistem pendidikan negara dengan cepatdan berkesan, serta signifikan kepada keperluan negara. Rakyat Malaysia juga menuntut supaya pelaksanaan inisiatif yang dirancang oleh Kerajaan adalah tekal, berkesan dan berjaya memenuhi hasrat semua pihak. Oleh yang demikian, adalah penting untuk mewujudkan kerjasama antara pihak berkepentingan melibatkan murid, guru, pemimpin sekolah, pegawai Kementerian serta pihak awam untuk menghadapi cabaran ini dengan pendekatan dan strategi baharu yang lebih kreatif dan inovatif. Berdasarkan penyelidikan dan penilaian yang mendalam dan menyeluruh terhadap sistem pendidikan semasa di Malaysia, pelibatan awam, dan rundingan dengan pelbagai kumpulan berkepentingan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menghasilkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan. Pelan ini berhasrat merintis peluang yang lebih luas ke arah keberhasilan rakyat yang berpendidikan tinggi dan berdaya saing. Pendidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Untuk itu, proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan penentu utama kejayaan masa depan negara. Dalam ekonomi global masa kini, kejayaan sesebuah negara bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Maka tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara. Pendidikan juga merupakan asas pembentukan negara bangsa yang bersatu padu. Melalui pendidikan, individu berpeluang meningkatkan kualiti hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya, serta aktif menyumbang kepada pembangunan negara. Pendidikan juga menyumbang kepada penghayatan nilai dan perkongsian aspirasi apabila individu dari pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik berinteraksi serta belajar memahami dan menerima perbezaan. Nilai dan pengalaman yang dikongsi akan mengukuhkan lagi perpaduan dan membentuk satu identiti nasional. Oleh yang demikian, sistem pendidikan negara mesti berupaya melahirkan generasi yang mempunyai matlamat dan impian yang sama ke arah pembangunan negara Malaysia yang lebih maju pada masa depan. Baru-baru ini, sistem pendidikan negara sering menjadi perhatian dan bahan perdebatan. Polemik ini berbangkit disebabkan jangkaan ibu bapa semakin meningkat, manakala majikan pula menyuarakan kebimbangan tentang keupayaan sistem pendidikan negara dalam menyediakan generasi muda Malaysia dengan ilmu, kemahiran, dan nilai murni untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi abad ke-21. Lazimnya, kepelbagaian dan kompleksiti sistem pendidikan sesebuah negara yang ingin melaksanakan transformasi mengambil masa selama beberapa tahun sebelum hasilnya dapat dizahirkan dan dilihat. Oleh yang demikian, Kerajaan dan Kementerian perlu segera memulakan tindakan berani, bersungguh-sungguh, dan drastik dalam melaksanakan transformasi yang penting dan kritikal ini. Pelan Pembangunan Pendidikan ini dihasilkan oleh Kementerian melalui kajian dan penilaian yang mendalam serta pelibatan meluas pihak awam. Berdasarkan kedudukan pencapaian sistem pendidikan Malaysia pada masa kini dan cabaran yang bakal ditempuhi, Pelanini bermatlamat mengukuhkan visi dan aspirasi sistem pendidikan Malaysia sehingga tahun 2025. Pelan ini juga menyediakan hala tuju dasar dan inisiatif pelaksanaan yang direncanakan dengan terperinci bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara yang dinamik sertamemenuhi hasrat dan keperluan semua.

Pelaksanaan di Sekolah Penulis Bagi Mancapai Objektif PPPM

Sebelum kita membincangkan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, perlu kita lihat ASPIRASI yang terkandung dalam PPPM kerana objektif PPPM berdasarkan apriasi ini, dan bagaimana penulis mengaplikasikannya dalam pengurusan organisasi.

OBJEKTIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pelan Pembangunan Pendidikan ini telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke-21 berasaskan dasar dan laporan terdahulu yang sangat besar pengaruhnya. Pelan ini berfokuskan cara membangunkan dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikansecara berterusan. Bagi tujuan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan dirangka berasaskantiga objektifyang khusus seperti yang berikut:

1.Memahami prestasi dan cabaran semasasistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem;

2.Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelasuntuk system pendidikan dan setiap muridbagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025; dan

3.Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan,termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia,yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yangmeningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Pelaksanaan di Sekolah Bagi Mencapai Objektif Pelan Pembangunan PembangunanPendidikan Malaysia

Ojektif 1 - Memahami prestasi dan cabaran semasa1.Sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem;

Pelaksanaan di Sekolah1.1Penambahbaikan akses kepada pendidikan Akses didefinisikan sebagai jalan masuk atau kata lain peluang mendapatkan sesuatu.Bagi keperluan akses di atas, bilangan peratusan enrolmen pelajar belajar di sekolah ini bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 6 pada tahap 100 peratus kecuali pendidikan prasekolah yang hanya mencapai 73.33 peratus kemasukan daripada 75 tempat yang disediakan untuk murid prasekolah di sekolah ini.

1.2Meningkatkan Standarad (Kualiti)Sehubungan dengan itu, sekolah bukan sahaja memberikan akses atau peluang untuk menikmati pendidikan di sekolah malah sekolah dijadikan sumber akses meningkatkan standarad (kualiti) , sebagai contoh penetapan Standarad Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) oleh setiap sekolah mesti selaras dengan pencapaian sebenar sekolah.

Berikut diberikan contoh pengisian penetapan standard kualiti sekolah penulis pada tahun 2012 sedangkan kalau menurut PPPM kualiti pendidikan dibandingkan dengan peringkat antarabangsa namun dalam pelaksanaan di sekolah, pencapaiaan dibandingkan pada peringkat daerah, negeri dan negara. Dengan cara ini setiap sekolah dapat melihat ranking di daerah, negeri atau negara. Pada prinsipnya, perbandingan ranking yang dibuat dapat menjana usaha setiap pengurus dan pemimpin sekolah bagi meningkatkan kualiti kecemerlangan sekolah masing-masing bardasarkan dimensi dan elemen yang ditetapkan dalam (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia) SKPM seperti contoh di bawah. Dokumen ini merupakan satu-satunya dokumen yang diguna pakai pada hari ini bagi menentukan sejauh mana pelaksanaan dasar dan arahan kementerian di peringkat sekolah. Selain itu pelbagai kaedah dan cara digunakan bagi membantu peningkatan kualiti pendidikan pada peringkat sekolah. Antaranya program-program berkaitan akademik, kokurikulum dan perkembangan staf bagi menyahut cabaran dan matlamat kecemerlangan yang dihajatkan. Semua program tersebut menjurus kepada menyahut dasar PPPM yang mahukan kualiti dicapai pada setiap organisasi yang secara langsung akan menyumbang kepada peningkatan kualiti akademik kepada negara dan peringkat global amnya.

Berikut di gambarkan beberapa peristiwa kepada usaha peningkatan kualiti akademik yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah penulis.

LINUSBudaya Sekolah - Perhimpunan pagi

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) sekolah penulis. Data skor yang diberi berdasarkan Dimensi dan Elemen yang telah ditetapkan mesti menunjukkan keadaan sebenar sekolah. Ranking Sekolah ditentukan oleh jumlah besar peratusan dan Gred Purata Sekolah (GPS) dalam pencapaian peperiksaan awam (UPSR Tahun Semasa ). Kecemerlangan sekolah diukur oleh ranking tersebut. Untuk mencapai peningkatan ranking sekolah pada peringkat kebangsaan pengurus sekolah mesti mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tentang Standarad Kompetensi Pengurusan dan Kepimpinan .

1.3merapatkan jurang perbezaan pencapaian (ekuiti)Dalam hai ini pengurusan sekolah telah berusaha menggerakkan dan melaksanakan Perancangan Strategik dan menentukan (SWOT) yang dilihat sebagai kekuatan dan kekangan bagi mengurus setiap unit dan sumber terutama kurikulum yang dapat digunakan bagi meningkatkan kecemerlangan keputusan peperiksaan awam yang dijadikan perbandingan bagi melihat jurang perbzaan antara sekolah-sekolah Bandar dan luar Bandar. Usaha gigih pengurus sekolah , guru-guru dan komuniti setempat terutama dalam melaksanakan SARANA SEKOLAH & SARANA IBUBAPA yang disarankan dalam PPPM diharapkan akan dapat merialisakikan inspirasi ini.

ProgramTaklimat Tuisyen Rakyat 1Malaysia(TR1M) bersama Ibubapa murid Tahun 5 dan Tahun 6 yang diharapkan dapat menjana kecemerlangan akademik anak-anak secara on-line dengan bantauan dan pemantauan ibubapa

1.4menggalakkan perpaduan dalam kalangan muridMemupuk perpaduan bukan sahaja bagi sekolah-sekolah yang mempuyai pelajar-pelajar berbilang kaum. Bilangan pelajar di sekolah penulis seramai 347 orang. Pelajar bukan Melayu seramai 4 orang. Tidak semestinya bilangan pelajar bukan Melayu yang seramai 1.15 peratus itu pihak sekolah tidak perlu melaksanakan program memupuk perpaduan. Pada hakikatnya memupuk nilai perpaduan bukan sahaja bagi pelajar dan masyarakat berbilang kaum tetapi bagi suatu bangsa yang berbilang fahaman politik, budaya, sosioekonomi dan cara hidup. Suatu bangsa yang berbilang fahaman politik, budaya, sosioekonomi dan cara hidup ini perlukan nilai perpaduan supaya kehidupan mereka boleh bekerjasama antara satu sama lain tanpa ada perasaan berpuak-puak dalam kalangan mereka. Perasaan dan cara hidup berpuak-puak memang wujud dalam kalangan komuniti masyarakat di sekolah penulis. Secara tidak langsung ia wujud dalam kalangan pelajar-pelajar di sekolah ini. Sehubungan dengan itu, pengurus sekolah mesti mebuat perancangan strategik bagi membendung keadaan sebegini. Antara cara yang di amalkan oleh penulis bagi memastikan mereka yang berbagai fahaman ini memberikan kerjasama kepada sekolah penulis mengambil pendekatan turun padang dengan mendekati seluruh masyarakat kampung. Penulis sedaya upaya bersama dalam program dan aktiviti masyarakat kampong seperti majlis perkahwinan, kematian dan mendekati mereka di warung-warung kopi sekiranya berkesempatan. Setelah setahun penulis bergaul bersama mereka jurang perbezaan dan tanggapan negatif terhadap sekolah telah kian pudar dan mereka akan turut serta dalam program-program sekolah. Antara contoh yang ingin penulis kongsi dalam kertas kerja ini adalah sekolah macam musuh. Minggu pertama penulis cuba mendekati ahli komuniti di sini, penulis telah diceritakan dengan pelbagai perasaan tidak puas hati daripada kalangan ahli masyarakat di sini. Mereka mengatakan pengurus dan guru-guru sombong dan ada yang mengatakan jangan sampai ada guru yang kena penangan atas tindakan mendenda anak-anak mereka. Selain itu maklumat daripada pihak guru pula, komuniti masyarakat tidak memberikan kerjasama mahupun member apa-apa sumbangan pada setiap program sekolah antaranya sukan tahunan. Kalau nak mohon sumbangan duit lagi sukar. Ini satu cabaran yang perlu dipikul oleh penulis dan perlu diselesaikan dengan pendekatan yang sangat halus dan teliti kerana ia melibatkan nilai kepercayaan dan itegriti. Namun setelah setahun penulis menyelami hati komuniti masyarakat di sini perkara tersebut dapat diatasi. Kerjasama dan komitmen mereka terhadap program-program sekolah telah bertambah baik, sekolah mudah mendapat sumbangan mahupun tenaga atau wang ringgit daripada mereka. Inilah nilai perpaduan sebenar yang perlu difahami oleh semua para pengurus sekolah. Tidak semestinya hanya pada dasar perbezaan kaum namun lebih daripada itu.

1.5memaksimumkan keberkesanan sistem;

Sistem dalam objektif PPPM ini lebih merujuk kepada kaedah atau method bagaimana peruntukan kewangan, sukatan palajaran, kandungan pelajaran dan arahan pekeliling pendidilkan yang diturunkan oleh pihak kerajaan dapat dilaksanakan bagi memaksimumkan keberhasilan atau kemenjadian murid seperti mana yang digariskan dam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekiranya organisasi sekolah masih kurang cekap dalam menangani kaedah tersebut bermakna organisasi sekolah itu gagal memaksimumkan keberhasilan murid. Oleh hal demikaian, Standard 4 dalam SKPM iaitu standarad pencerapan pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah sebagai satu contoh yang mesti dilaksanakan dengan berkesan bagi memastikan keberhasilan dalam pendidikan menjadi kenyataan. Keberhasilan tersebut akan menyumbang kepada peningkatan pencapaian akademik sekolad, daerah, negeri, negara dan seterusnya pada peringkat global. Barulah negara dapat bersing dengan negara-negara lain dalam bidang pendidikan.

Objektif 2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelasuntuk system pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025; danVisi dan AspirasiSistem pendidikan sesebuah negara wajar didasarkan pada aspirasi yang berkait rapat dengan konteks negara itu. Walaupun terdapat perspektif yang berbeza tentang perkara yang menjadikan sistem pendidikan Malaysia hebat, namun hampir semua pihak berkepentingan setuju bahawa sistem ini perlu ditambah baik bagi memenuhi harapan dan jangkaan rakyat. Dalam kertas kerja ini telah digambarkan bagaimana objekti1 PPPM berkaitan asprasi PPPM dilaksanakan dalam perenggan di atas. Namun bagi membincangkan dua aspek berkaitan masa depan sistem pendidikan, iaitu gambaran sistem pendidikan setelah ditransformasi, dan harapan serta aspirasi setiap murid di Malaysia akan dibincangkan dalam perenggan ini.Setiap sekolah mempunyai visi dan misinya sendiri sebagaimana yang digariskan oleh kepimpinan di atas iaitu Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Tetapi persoalannya, sejauh manakah visi dan misi tersebut dilaksanakan bagi mencapai matlamat pendidikan setelah sistem pendidikan ditransformasi, dan adakah harapan serta aspirasi setiap murid di Malaysia akan tercapai sepanjang dan setelah pelaksanaan PPPM. Tugas mentransformasikan visi dan misi PPPM adalah pengurus sekolah dan guru-gurunya namun pada peringkat awal pelaksanaan terdapat banyak kekangan yang dihadapi sebangai contoh dalam penggunaan gajet untuk mengakses system on-line dalam semua perkara berkaitan pendidikan masih perlu dibaiki dan ditingkatkan. SAPS dan SPPBS adalah dua contoh aplikasi on-line yang masih pelukan penambahbaikan bagi melancarkan proses penyaluran data yang akan digunakan oleh pihak jabatan mahupun kementerian. Peningkatan pemahaman dalam kalangan guru berkaitan PPPM juga mesti seiring dengan pelaksnaan PPPM. Guru adalah sebagai pihak pelaksana, sekiranya pelaksana berprestasi rendah hasilnya juga rendah. Ini akan mengganggu kelancaran pelaksanaan PPPM.Contoh: Sistem Pengurusan Pentaksiran yang diguna pakai dalam pelaksanaan PPPM

Objektif 3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia,yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Bagi memastikan objektif ke-3 PPPM ini pihak sekolah mesti faham dan menghayati semua program transformasi pendidikan secara menyeluruh dan memenuhi permintaan dan jangkaan yang digariskan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Berikut 11 Anjakan PPPM yang mesti dihayati dan dilaksanakan oleh semua warga pendidik sama ada dari peringkat pelaksana atau ke peringkat pembina dasar. Segala keterangan berkaitan objektif 3 ada dinyatakan di bawah;PPP menggunakan 11 anjakan utama yang akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun dan membabitkan 3 fasa atau dipanggil gelombang dalam memastikan anjakan dalam sistem pendidikan negara. Dalam muka surat 22 ada disenaraikan 11 fokus anjakan dalam mentransformasikan sistem.

MenurutBerita Harian,

"Gelombang pertama membabitkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan, di mana keperluan guru diberikan penekanan serta pelajar akan diberikan tumpuan dalam pembangunan kemahiran asas mereka.

Bagi gelombang kedua, rancangan pelaksanaannya akan dilakukan berasaskan perkembangan dan pencapaian semasa.

Untuk gelombang ketiga pula, bermula 2020 hingga 2025, kuasa autonomi membabitkan pentadbiran sekolah akan diberikan."

Antara 11 anjakan tersebut adalah :

1. Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa.2. Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.3. Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai.4. Tranformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan.5. Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Di tempatkan Setiap Sekolah.6. Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan7. Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Di Malaysia.8. Mentranformasi kebolehupayaan dan Kapasiti Penyampian Kementerian.9. Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Secara Meluas.10. Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit.11. Meningkatkan Ketelusan Untuk Akauntabiliti Awam Secara Langsung.

BAGAIMANA ISU DASAR PPPM DISALURKAN1 Penyaluran Maklumat PPPM Kepada Pengurus Sekolah dan GuruTuesday, September 11, 2012-Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PPP) baru sahaja dilancarkan oleh Perdana Menteri kita pagi tadi di Kuala Lumpur Convention Centre.Sejak pelancaran laporan awal PPPM, semua pengurus sekolah telah diberikan taklimat awal supaya bersedia untuk menguar-uarkan pelan tersebut kepada seluruh peringkat organisasi dan komuniti di sekolah masing-masing. Bagi penulis taklimat tersebut telah disampaikan sendiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah. Kemudian penulis menjelaskan PPPM kepada semua warga sekolah dalam mesyuarat guru dan kakitangan sekolah pada 26 Disember 2012. Salinan 11 anjakan dan 3 peringkat gelombang pelaksanaan PPPM telah diberikan kapada semua guru untuk dibaca dan dihayati. Penulis mengharapkan agar semua guru akan bersedia untuk melaksanakan segala dasar dan kehendak serta matlamat yang ingin di capai dalam PPPM.2Penyaluran Maklumat PPPM Kepada PelajarMaklumat berkaitan PPPM disampaikan sendiri oleh penulis pada hari pertama sesi persekolahan. Penulis mengharapkan seluruh pelajar berusaha meningkatkan prestasi akademik masing-masing untuk diri, keluarga dan sekolah.3Penyaluran Maklumat PPPM Kepada IbuBapaPenyaluran maklumat berkaitan PPPM juga telah disampaikan kepada ibubapa pelajar sekolah penulis pada perjumpaan ibubapa Tahun 6 dan Mesyuarat Agung PIBG sekolah penulis. Penerangan terperinci tentang PPPM telah diberikan. Selain itu paparan tentang Sarana Ibubapa yang terkandung dalam PPPM ada dimuat turun dalam blog sekolah dan boleh dibaca oleh ibubapa. Soal selidik dan borang-borang kajian berkaitan komitmen para palajar, guru dan ibubapa telah dianalisis dan telah dibuat kesimpulan atas kefahaman dan penyertaan mereka dalam membantu proses pelaksanaan PPPM.Blog sekolah penulis yang memaparkan komitmen sekolah tentang dasar dan pelaksanaan PPPMSelain itu, taklimat bagaimana mengakses maklumat pencapaian dalam peperiksaan anak-anak mereka melalui SPPBS seperti dalam objektif 2 juga telah diadakan.

4Penyaluran Maklumat PPPM Kepada Komuniti Masyarakat Yang Berbeza Amalan PolitikKomuniti masyarakat di persekitaran sekolah penulis memang kuat mengamalkan politik yang berbeza namun penulis dapat menggunakan pengaruh dan khidmat mereka bagi membantu menyumbang tenaga dan kewangan dalam program-program di sekolah. Antaranya sumbangan disalurkan kepada program Tilawah Zon Utara, Pertandingan Bola Baling Daerah dan sukan tahunan sekolah. Program-program ini memerlukan dana kewangan yang besar, peruntukan wang kerajaan tidak dapat menampung. Oleh hal demikian sumbangan daripada mereka banyak membantu pihak sekolah. Dalam pemilihan jawatankuasa PIBG sesi 2013-2015 semua ahli yang terpilih terdiri daripada individu yang mempunyai fahaman politik yang berbeza. Mereka dapat memberi kerjasama yang sebaiknya untuk pembangunan pendidikan di sekolah ini. Sebagai contoh TR1M seperti mana yang dinyatakan dalam objektif 1.3 PPPM, taklimat dan program tersebut adalah dari satu parti politik tetapi mereka yang hadir dapat menerimanya demi kejayaan anak-anak mereka. Akhirnya..Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya. Setiap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan. Pelan Pembangunan Pendidikan akan terus menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merencanakan pendidikan seimbang sebagai asas mencapai aspirasi murid. Pelan Pembangunan Pendidikan ini juga mengambil pengajaran daripada sistem pendidikan berprestasi tinggi bagi membangunkan unsur murni dan kecekapan tertentu yang diperlukan oleh murid untuk berjaya dan berkembang maju dalam dunia global yang semakin mencabar. Sehubungan itu, semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tentang pendidikan seimbang merangkumi enam elemen (Ekshibit 2-3). Elemen ini bukan sahaja menekankan kepentingan pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga pembangunan kemahiran pemikiran kritis, kreatif dan inovatif; kemahiran memimpin; kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional yang kuat. Elemen ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberikan sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara.

PengetahuanPada peringkat paling asas, setiap murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi sepenuhnya. Aspek ini melengkapkan mereka dengan kemahiran hidup asas, serta berfungsi secara berkesan dalam masyarakat bagi membolehkan mereka memupuk nilai untuk dirisendiri, masyarakat, dan negara. Di samping itu, penting bagi murid menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Sejarah. Sebagai murid yang serba boleh, mereka juga digalakkan untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan dalam bidang lain, seperti seni, muzik, dan sukan. Selain pengetahuan dalam bidang ini, murid juga perlu mempunyai kemahiran mengaplikasi pengetahuan ini dalam situasi harian.

Kemahiran BerfikirSetiap murid perlu mempunyai semangat ingin tahu, dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat, mampu menghubung kait pelbagai pengetahuan, dan yang paling penting dalam ekonomi berasaskan pengetahuan ialah mewujudkan pengetahuan baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting:

Pemikiran Kreatif dan Inovatif:kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu;Penyelesaian Masalah dan Penaakulan:keupayaan meramal masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan; danKeupayaan Belajar:keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat. Sejarah membuktikan bahawa sistem pendidikan memerlukan penambahbaikan bagi membolehkan murid yang kurang mampu mengaplikasi pengetahuan serta berfikir secara kritis di luar konteks akademik biasa. Sehubungan itu, sistem pendidikan menjadi lebih penting bagi membantu setiap murid memperoleh kemahiran berfikir.

Kemahiran memimpinKemampuan bekerja dengan berkesan dan memimpin orang lain adalah penting, terutamanya dalam dunia yang semakin saling bergantung. Dalam Dialog Nasional, kepentingan memupuk kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berkesan dalam satu pasukan bagi setiap murid sering dibangkitkan. Sistem pendidikan berusaha membantu setiap murid mencapai potensi penuh mereka melalui pelibatan sebagai pemimpin, serta bekerja dalam kumpulan. Dalam konteks system pendidikan, kepimpinan mempunyai empat unsur: Keusahawanan:mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan penyelesaian sendiri, dan bagi tujuan itu sanggup membuat pelaburan daripada sumber sendiri, serta terdorong untuk memastikan penyelesaian itu dizahirkan; Berdaya tahan:membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi rintangan; Kecerdasan emosi:berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif; dan Keterampilan komunikasi:berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan dan bertulis dengan jelas. Sekolah perlu menggunakan peluang yang disediakan di dalam bilikdarjah melalui aktiviti berasaskan projek dan kerja kumpulan, aktiviti di luar bilik darjah melalui sukan, seni, serta aktiviti kokurikulum dalam membangunkan keperibadian murid.

Kemahiran DwibahasaSetiap kanak-kanak menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Setiap kanak-kanak juga berpeluang mempelajari bahasa tambahan. Kepelbagaian Malaysia yang unik dan warisan berbilang budaya memberikan kelebihan daya saing kepada semua. Oleh itu, dalam jangkamasa tertentu, semua murid dari semua kumpulan etnik dan komuniti digalakkan untuk belajar sekurang-kurangnya tiga bahasa (bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa lain seperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil, dan bahasa Arab, serta bahasa ibunda lain seperti bahasa Ibandan bahasa Kadazan Dusun) bagi membolehkan mereka bekerjasama dan berkomunikasi secara berkesan dengan rakan dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga negara jiran dalam dunia global masa kini.

Etika dan KerohanianSistem pendidikan akan mempersiapkan setiap murid supaya berani menghadapi cabaran masa depan, menyelesaikan konflik secara aman, membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul. Penekanan diberikan kepada setiap murid dengan mewujudkan satu set prinsip, termasuk nilai bersama yang kukuh yang didukung oleh semua rakyat Malaysia: Kerohanian:mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mendukung standard moral yang tinggi; Integriti:mempunyai keberanian, disiplin, dan semangat untuk melakukan perkara yang betul; dan Tanggungjawab sivik:bertindak untuk kebaikan negara, mengambilberat terhadap orang lain dan alam sekitar, dan memiliki keupayaan yang mendalam untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat.Identiti NasionalRakyat Malaysia perlu mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional, berpegang teguh dengan prinsip Rukunegara untuk perpaduan dan masa depan Malaysia. Setiap murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau tempat berbangga menjadirakyat Malaysia. Pencapaian matlamat patriotisme ini memerlukan semangat keterangkuman yang diperoleh dengan belajar memahami perbezaan dan bertolak ansur, menerima dan menghormati orang lain, dan juga untuk hidup bersama dalam kepelbagaian masyarakat Malaysia. Identiti nasional juga memerlukan setiap murid memahami sejarah Malaysia, berkongsi pengalaman dalam dan luar sekolah, dan berkongsi aspirasi untuk masa depan Malaysia.

Keberkesanan Strategi Penulis Dalam Menyampaikan Maklumat Kepada Seluruh WargaOrganisasi dan Komuniti Setempat

Kesimpulannya, sebagaimana contoh dan gambaran yang telah penulis jelaskan dalam perenggan di atas, penulis percaya bahawa maklumat berkaitan PPPM telah berjaya disampaikan kepada golongan sasaran. Penulis berharap agar kecemerlangan pendidikan dapat direalisasikan di sekolah penulis pada tahun-tahun mendatang. Bak kata pepatah perahusudah di air, pendayung sudah ditanganhanya mahu atau tidak kita menggerakkannya.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmatNya dapat hadir bersama di majlis makan malam dengan tujuan mulianya untuk mengumpul dana bagi kumpulan Teach For The Needs (TFTN). Saya berterima kasih kepada para penganjur di atas undangan mereka untuk saya berucap di majlis ini. Izinkan saya, bagi pihak penganjur, menzahirkan penghargaan kami kepada sokongan badan- badan korporat serta orang perseorangan yang menyokong kerja kerja murni TFTN ini. Syabas diucapkan kepada para sukarelawan dan aktivis TFTN yang tidak kenal penat lelah demi membantu mendidik murid murid lemah di bidang pelajaran yang kebanyakan terdiri daripada anak anak yatim dan keluarga miskin. Ingin saya mengajak para hadirin sekelian mengiktiraf pencapaian oleh TFTN dalam membantu kumpulan sasaran mereka sejak setahun lalu dengan memberi tepukan penghargaan. Terima kasih.2. Sesungguhnya TFTN harus dipuji atas pendekatan mereka dalam menangani isu murid lemah dengan menerima hakikat bahawa masalah ini bukan hanya masalah para guru dan pihak Jabatan serta Kementerian Pelajaran sahaja. Ia merupakan tanggungjawab sosial yang melibatkan keseluruhan masyarakat. Setiap murid di dalam sesebuah komuniti, tanpa mengira kedudukan sosio-ekonomi keluarganya, seharusnya mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pendidikan bermutu seperti yang didapati oleh mana mana murid lainnya.3. Pada pandangan saya, inilah anggapan teras atau pun core belief yang dijunjungi TFTN dan saya difahamkan badan ini telah menyediakan sebuah manual yang boleh dijadikan garispanduan oleh masyarakat mengenai cara ia harus berfungsi demi memastikan cara mana pendidikan tambahan dapat diberi dengan berkesan kepada golongan yang memerlukannya. Saya ucapkan tahniah di atas kejayaan menyediakan manual ini yang saya anggap sebagai sebuah standard operating procedure yang amat diperlukan.4. Saya amat tertarik di atas ikhtiar atau inisiatif TFTN menggunakan sukarelawan muda yang terdiri daripada guru pelatih, mahasiswa dan guru muda dalam usaha menangani masalah pendidikan golongan anak-anak yatim dan keluarga miskin. Tidak dapat dinafikan mereka ini berhati mulia. Saya berkata demikian kerana mereka ini daripada Generasi Y; dan kumpulan ini juga merupakan the wired generation. Mereka dapat mengisikan masa lapang dengan melayari internet dengan segala macam kegiatan seperti melaksanakan ruang Facebook atau Twitter. Sebaliknya mereka memilih untuk menjadi sukarelawan TFTN dan menghabiskan masa lapang membantu anak-anak yang daif di bidang pendidikan. Walaupun nampak kecil di mata kasar, pengorbanan mereka ini amat bermakna kerana beraktif di ruang cyber merupakan pilihan popular di kalangan Generasi Y ini. Maka itu, masyarakat seharusnya menyanjungi budi murni mereka dalam membantu mengajar anak-anak yang lemah dalam pendidikan mereka, sekaligus menolong masyarakat menjauhi kepincangan.5. Kemajuan yang dicapai oleh TFTN sejak ia ditubuhkan pada bulan Mac 2012 amat memberangsangkan. Sukarelawan yang berdaftar kini mencecah 600 orang di seluruh pelusuk dan murid-murid yang menikmati kemudahan ini dianggar sekitar 300 orang. Usaha yang dipelopori sukarelawaan muda ini sememangnya menggalakkan dan seharusnya dicontohi di bidang-bidang lain. Di antara program yang mereka laksanakan sepanjang tahun termasuklah kelas membaca intensif khas, kelas bacaan sebelum tidur, kelas tambahan mingguan dan bengkel serta lawatan berbentuk pendidikan mengenai sastera dan seni. Pastilah anak anak yatim dan miskin yang kebanyakannya berada di kelas corot akan mendapat banyak manfaat daripada program yang disediakan itu.6. Para hadirin sekelian, marilah kita renung seketika akan sistem pendidikan kebangsaan yang sedang beroperasi. Terdapat perubahan pesat dalam sistem ini demi memastikan pendidikan dapat bersaing rapat dengan perubahan dunia yang berterusan. Bagaimanapun, perubahan yang terdapat dalam sistem pendidikan kita lebih mementing dan menekankan persaingan dan sikap perseorangan. Dalam usaha memastikan terdapatnya perseimbangan pendidikan, saya difahamkan pihak TFTN ada cadangan yang dipanggil Pedagogi Pendidikan Cinta. Cadangan ini bertujuan untuk menambahbaik atau improve falsafah pendidikan kebangsaan. Ia melibatkan anjakan dan perubahan orientasi daripada sistem berasaskan persaingan kepada pendidikan yang menonjolkan perhubungan saling melengkapi antara orang perseorangan dengan masyarakat. Dengan terlaksananya cadangan ini adalah diharapkan tiada lagi murid-murid tercicir disebabkan desakan ekonomi.7. Cadangan ini baik sekali dan seharusnya mendapat sokongan ramai. Sejauh mana ia berjaya bergantung kepada sistem pendidikan yang digunapakai. Malangnya sistem sekarang ini masih memberi terlalu banyak penekanan kepada peperiksaan sebagai ukuran kejayaan seseorang murid di alam pembelajaran. Di samping itu, keputusan peperiksaan juga menjadi salah satu petunjuk prestasi penting atau pun KPI seseorang guru besar atau pengetua sekolah. Maka itu sistem pendidikan kita masih terjebak di bawah paradigma sediakala di mana segala gerakerja persekolahan dan pendidikan berkisar di sekitar peperiksaan. Dengan sendirinya ini akan menonjolkan kembali suasana persaingan berlebihan yang kita hendak hapuskan atau, setidak tidaknya, kurangkan.8. Di sini, kita dapat membuat anggapan bahawa sistem yang terlalu menitik beratkan peperiksaan akan menghasilkan pembelajaran yang kaku. Keadaan ini tidak membantu dalam usaha pendidik membentuk keyakinan serta kemahiran murid dan pelajar. Lebih mendukacitakan, pendidikan kita dilihat sebagai satu sistem yang menggalakkan pembelajaran pasif pada peringkat permukaan sahaja. Sedangkan apa yang kita ingini ialah satu sistem di mana pembelajarannya berlaku secara mendalam serta aktif. Kedua dua unsur ini penting untuk melahirkan suasana pembelajaran bermutu. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika pelajar kita tidak menguasai ilmu, tidak mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, dan kurang bersedia untuk pengajian tinggi atau alam pekerjaan.9. Barang diingat bahawa penekanan berlebihan kepada peperiksaan juga menyebabkan berlakunya beban kerja sekolah yang banyak kepada pelajar. Lambat laun, keadaan ini akan menjadi penghalang kepada pelajar untuk lebih berdaya kreatif. Malahan, keadaan begini boleh menyebabkan mereka kehilangan masa untuk membangunkan daya fikir.10. Mungkin ada di antara kita yang menafikan bahawa sistem pendidikan nasional terlalu berorientasikan peperiksaan; bahawa penghayatan dan kefahaman dalam erti kata sebenarnya memang diutamakan. Mereka yang berpendapat begini harus sedar betapa kaedah latih tubi (drilling ) digunakan dengan berlebihan di bilik darjah. Kaedah ini membolehkan pelajar kita menghafal tanpa menguasai konsep dan bahan yang mereka pelajari. Dengan tidak terlalu berfikir, mereka masih boleh menghasilkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Namun, tanpa penghayatan sebenar sesuatu ilmu, mereka akan buntu, hilang punca dan menjadi tidak yakin apabila berhadapan dengan keadaan yang berbeza sedikit.11. Sebaliknya, jikalau pelajar didedahkan kepada kaedah dan strategi penyelesaian masalah yang lain daripada apa yang terdapat di dalam kurikulum atau sukatan pelajaran, kemungkinannya ialah mereka akan lebih berjaya tanpa perlu memberi penekanan kepada bentuk soalan peperiksaan dan latih tubi. Menghafal -- kecuali dalam keadaan khusus atau keadaan terpencil bukanlah suatu pendekatan yang baik untuk diberi penekanan.12. Sistem berorientasikan peperiksaan juga membawa kepada isu pengkelasan atau penarafan (ranking) pelajar. Yang lemah, berdasarkan keputusan peperiksaan, akan kekal dilihat sebagai pelajar lemah atau pelajar gagal. Lebih menyedihkan ialah mereka lazimnya dikelompokkan sesama sendiri. Guru yang ditugas membimbing mereka kadang kadang terdiri daripada kalangan kurang cemerlang. Akibatnya, nasib pelajar lemah ini semakin mendukacitakan. Ini adalah suatu hakikat. Sistem kita seolah-olah tidak mengiktiraf terdapatnya perbezaan perkembangan intelek di kalangan pelajar. Oleh itu, kemungkinannya ialah pelajar yang terdiri daripada kalangan late bloomers akan menjadi mangsa.13. Para hadirin sekelian, satu lagi isu pendidikan yang sering diperkatakan oleh umum ialah pelaksanaan dan penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran (implementation and delivery in teaching and learning ). Isu ini penting untuk kejayaan sistem pendidikan kita. Ia dapat dilihat dalam pengendalian tadbir-urus pada satu peringkat dan di peringkat lain, ia dapat diperhatikan dalam konteks penyampaian yang berlaku di sekolah. Tanggapan umum mengenai apa yang berlaku di sekolah adalah tidak menggalakkan. Umpamanya, terdapat anggapan bahawa golongan pendidik yang berdedikasi adalah kumpulan minoriti sahaja. Golongan majoritinya adalah terdiri daripada pendidik yang tidak menghayati nilai dan pengertian sebenar peranan guru.14. Keadaan begini menyebabkan terdapatnya seorang murid Tingkatan IV, yang menurut satu pengakuan seorang guru, tidak boleh membaca. Di samping itu terdapat juga mereka yang tidak tahu apa yang perlu dibaca dalam menghadapi sesuatu keadaan. Tiada sebab kenapa guru tersebut hendak menceritakan perkara yang tidak benar. Sesungguhnya contoh ini merupakan suatu titik malang dalam perkembangan pendidikan kita. Persoalannya, kenapakah perkara sebegini rupa berlaku? Salah satu sebab ialah sikap sambil lewa yang terdapat di kalangan sesetengah pendidik. Di samping itu, keguruan sudah kehilangan aura nya dan tidak lagi dianggap kerjaya mulia atau the noble profession. Maka itu pendidikan tidak lagi menjadi pilihan utama bagi mereka yang berkelulusan cemerlang. Tidak kurang juga yang menganggap profesyen guru sebagai mudah. Keadaan ini perlu ditangani dan diatasi segera dan ia seharusnya merangkumi semua aspek, termasuklah pemilihan dan pembangunan guru serta pembaharuan sistem pendidikan. Pembaharuan ini hendaklah merangkumi semua aspek, termasuklah imbuhan dan syarat-syarat perkhidmatan yang lebih menarik hinggalah kepada peningkatan kemahiran profesional kaum guru demi menjamin dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan mereka.15. Apa yang berlaku di Kementerian dan Jabatan Pelajaran juga mempengaruhi sistem pendidikan kita. Sebagai contoh, marilah kita perhatikan ketetapan untuk memberi anugerah kepada Pengetua berdasarkan keputusan peperiksaan cemerlang sekolah mereka. Pada hemat saya, penghayatan dan pelaksanaan niat baik ini boleh membawa kesan negatif. Kita tidak dapat menafikan kemungkinan terdapatnya Pengetua yang terlalu ghairah untuk menang dan ini boleh mengakibatkan perkembangan yang tidak sihat. Sebagai contoh yang ekstrim, adalah tidak mustahil bagi seseorang pelajar lemah tidak diterima masuk ke sesebuah sekolah demi memastikan prestasi akademiknya tidak terjejas.16. Para hadirin sekelian, kelompok isu terakhir yang akan saya bahas adalah mengenai penanda arasan antarabangsa ataupun benchmarking. Kita ikut serta dalam dua proses penilaian pencapaian antarabangsa dan hasilnya, juga mendukacitakan.17. Dalam penilaian Programme for International Students Assessment (PISA) 2009, Malaysia diletakkan pada tangga yang ke 55 daripada 74 negara yang ikut serta. Ini adalah dalam aspek membaca, manakala dalam pencapaian matematik, kita berada ditangga ke 57 dan dalam sains, kita di tangga ke 52. Daripada penilaian ini juga, sebahagian besar pelajar kita yang berumur 15 tahun gagal memenuhi kelayakan minimum. Lebih spesifik, 60% tidak memenuhi keperluan minimum untuk matematik, 44% dalam membaca dan 43% dalam sains. Trends in International Mathematics dan Science Study (TIMSS) 2007, juga menghasilkan keputusan yang hampir sama. Secara purata, 20% pelajar kita tidak menepati keperluan minimum dalam matematik dan sains. Dapatan pada tahun 2007 ini juga menunjukkan penurunan daripada dapatan 2003 dan trend ini pasti mengkhuatirkan. Anehnya, dapatan ini tidak selaras dengan pencapaian cemerlang peringkat nasional yang hampir setiap tahun di hebahkan secara besar-besaran. Apakah sistem penilaian kita rendah, tidak menepati standard dan tidak tepat sehingga kita cemerlang menurutnya tapi gagal berprestasi apabila berdepan dengan penilaian antarabangsa yang lebih konklusif?18. Persoalannya, bagaimanakah sistem pendidikan ini dapat kita perbaiki? Saya syorkan kita bermula dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013 2025. Antara lainnya, pelan ini menggariskan 11 aspek utama yang memerlukan anjakan signifikan untuk menjamin kejayaan sistem pendidikan kita. Saya berharap pelan ini tidak dianggap sebagai mutlak atau muktamad kerana kita harus ingat bahawa penggubalan pelan ini dilaksanakan oleh orang-orang yang dihasilkan oleh sistem yang sama. Oleh itu besar kemungkinannya apa jua kelemahan yang cuba diatasi, dilihat dan difikirkan daripada satu sudut pandang sahaja. Barang diingat bahawa pendekatan begini tidak mungkin menghasilkan penyelesaian yang menyeluruh. Seperkara lagi, dasar tanpa pelaksanaan yang betul dan konsisten tidak mungkin berjaya. Oleh itu, tumpuan khusus harus diberi untuk memantau dan memastikan pelaksanaannya. Kita juga harus menerima sebarang ide untuk pembaikan pelan ini dan ia hendaklah diterap dan dilaksanakan bersama pelan tersebut.19. Para hadirin sekelian, perkara selanjutnya yang akan saya sentuh adalah mengenai penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi. Untuk ini, saya merayu semua pihak untuk berkongsi dengan pemikiran yang jernih, tanpa emosi dan sentimen.20. Para hadirin sekelian, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak perlu kita ragu dan kita bahas. Titik.21. Untuk urusan komunikasi dan bahasa ini, kita harus melihat dengan kacamata yang lebih besar berdasarkan realiti yang menyelubungi kita. Menguasai bahasa untuk komunikasi yang cekap dan berkesan tidak boleh dipertikaikan. Bahasa apa pun, hatta tanpa bunyi atau kata-kata sekalipun, seandainya cekap dan efektif dan memenuhi keperluan, perlu kita terapkan kepada pelajar kita. Kita harus ingat, individu yang menguasai banyak bahasa akan lebih berjaya daripada yang tidak, dengan catatan semua atribut lain pada tahap yang sama.22. Para hadirin sekelian, ada satu perspektif yang menyatakan dengan berani bahawa sistem persekolahan harus berfungsi untuk tujuan berikut:(1) tempat seseorang individu memahami kewujudan mereka dan belajar mendapatkan pengetahuan untuk membuat keputusan berkaitan dengan kehidupan sehari-harian mereka;(2) penyepaduan budaya dimana anggota masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa dapat menghargai adat resam yang berbeza;(3) tempat untuk memperkaya dan memperdalam ilmu (dari semua aspek) untuk menghasilkan sesuatu bagi kesejahteraan hidup; dan(4) tempat untuk menimba ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan dan bermanfaat untuk masyarakat.23. Para hadirin sekelian, renungkanlah apa yang berlaku sekarang. Perspektif mana pun yang kita pilih, seandainya kita jujur, akan meletakkan kita berada jauh daripada yang kita inginkan. Daripada keempat-empat tujuan seperti yang saya sebutkan tadi, kita masih gagal dalam tiga daripada empat aspek. Ini pun kerana ukuran pertama adalah terlalu subjektif dan susah untuk dikuantifikasikan. Kita gagal dalam urusan penyepaduan, kita gagal dalam memperkaya dan memperdalam ilmu kerana hari ini kita masih tergolong sebagai bangsa yang lebih kepada memanfaatkan teknologi daripada mencipta teknologi. Akhir sekali, kita juga gagal dalam mempersiapkan tenaga kerja mahir dan berketrampilan. Kurang lebih 20% graduan kita menganggur dan majikan, terutama dari kalangan syarikat swasta dan MNC lebih cenderung untuk memilih graduan yang dari luar sistem kita.24. Dengan hakikat ini, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa sistem kita sekarang gagal dan kita tidak boleh mempertahankannya lagi. Satu tindakan yang ikhlas, berani dan radikal diperlukan. Saya sedar urusan perubahan ini memerlukan masa yang lama, tetapi kita boleh mempercepatkan proses ini dengan belajar dan melihat kepada model yang sudah berjaya dan terbukti seperti yang berlaku di China, Korea Selatan dan Finland.25. Para hadirin sekelian, Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan secara komprehensif attribut yang sepatutnya ada pada individu yang telah melalui sistem pendidikan kita. Idealnya apabila lulusan kita mempunyai pengetahuan yang cukup dalam disiplin masing-masing, mempunyai keyakinan diri, berintegriti, mempunyai kemahiran insaniah yang mantap dan kompeten. Oleh yang demikian, apapun yang kita lakukan, kita harus senantiasa meletakkan matlamat ini sebagai hujungnya. Ada baiknya juga kalau kita sentiasa mempertanyakan setiap perbuatan kita; samada kita menyumbang atau tidak kepada pencapaian matlamat ini.26. Satu isu yang sering diperkatakan ialah peranan pendidikan dalam pembentukan perpaduan kebangsaan, dan dalam menghasilkan budaya nasional yang menjadi perekat utama dalam usaha kita membentuk dan membina sebuah negara majmuk. Persoalan ini boleh merangsangkan perasaan dan berkait rapat dengan politik berteraskan ras. Saya anggap majlis malam ini bukanlah pentas sesuai untuk membicarakannya dan saya tidak bercadang untuk berbuat demikian.27. Para hadirin sekelian, ketika diundang memberi ucapan di majlis makan malam ini, pihak tuan rumah telah meminta saya lancarkan buku bertajuk Kami Ada Mimpi yang merupakan himpunan penulisan oleh mereka yang berkait rapat dengan TFTN. Bagi maksud ini izinkan saya membaca serangkap puisi yang dipetik daripadanya:kami ingin bermimpi, kawanmenyusun perca kehidupan yang berkecaimencantum mimpi yang pudar warnanyamenerbangkan cita ke puncak harapanmenghapuskan derita dari dalam perasaan.28. Dengan melafazkan Bismillahi rahmanir rahim, saya dengan segala sukacitanya melancarkan buku Kami Ada Mimpi. Selamat menjamu selera.

Kemenjadian Murid dan Kerangka Baharu Sistem Pendidikan Malaysia.

Bersamaan tarikh ulang tahun runtuhnya World Trade Center yang ke-11, Perdana Menteri melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Kuala Lumpur City Centre, menara berkembar yang menjadi kebanggaan Malaysia.Secara kebetulan ramai yang berfikir, kenapakah pelancaran PPPM itu dilakukan pada tarikh yang begitu banyak kesannya kepada psikologi masyarakat antarabangsa akibat serangan menara berkembar yang menempatkan para pedagang saham di New York sehingga mempertajamkan lagi hubungan barat dengan Islam.Tragedi 911 itu turut merubah perspektif hubungan antara Islam dan barat dalam kancah persengketaan yang lebih besar sehingga lebih ramai aktivis sosial melihat semula apakah faktor agama menjadi penyumbang terbesar kepada sikap ganas. Malang sekali, penelitian tersebut tidak banyak membantu dalam memperbetulkan rasa takut kepada Islam, kerana itulah setiap ikon yang berhubung dengan Islam dilihat mempengaruhi sikap ganas.Pemilihan KLCC sebagai tapak pelancaran Laporan Awal PPPM memberikan perspektif bahawa menerusi pendidikanlah akan merubah keadaan yang sedang dialami oleh masyarakat Malaysia sekarang, yang sistem pendidikannya dilihat semakin berkecamuk dan penuh masalah.Dalam laporan awal PPPM terpampang usaha yang sedang dan bakal dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperbetulkan simpang-siur sistem pendidikan negara dengan mensasarkan kedudukan yang lebih baik di peringkat antarabangsa sama ada dari aspek kemenjadian murid, keseimbangan kos, profesionalisme guru, kebahasaan, sokongan sistem, persekitaran masyarakat, sokongan komuniti (ibu bapa dan sektor swasta) dan hasrat yang hendak dicapai oleh negara ketika perjalanan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi sedang giat dipersiapkan.Dalam perjalanan menuju ke tahap negara maju itulah tersimpuh semula makna dan maksud pendidikan yang hanya berkisar kepada keperluan menghasilkan modal insan yang bukan sahaja mempunyai kebolehpasaran yang tinggi, bahkan turut seimbang antara keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek, sebagaimana dihasratkan menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan sejak mula dimaktubkan pada tahun 1986.Jarak antara tahun 1986 hingga 2012, iaitu selama 26 keseimbangan sahsiah dan kemenjadian murid tidak berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Di dalam laporan awal PPPM ini terserlah banyak kelemahan termasuk kedudukan pencapaian pelajar dalam kelompok satu pertiga ke bawah dalam 74 buah negara yang menyertai PISA (Programme for International Student Asessment) dan menurun daripada kedudukan di atas purata pada tahun 1999 kepada di bawah purata antarabangsa pada tahun 2007 dalam TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study).(Hal. E-5 dan E-6).Maknanya, semakin lama penyertaan Malaysia dalam kajian tersebut, prestasi pelajar dalam tiga bidang yang diukur telah menurun, iaitu kebolehan Membaca, Matematik dan Sains. Jika dibandingkan dengan Thailand, prestasi pelajar Malaysia berada di dua tahap terkebawah dalam kebolehan bacaan, lima terkebawah dalam matematik dan di satu tangga di belakang dalam bidang sains.Hampir 60 peratus murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44 peratus dalam Bacaan dan 43 peratus dalam Sains. Terdapat perbezaan sebanyak 38 mata, maksud ketinggalan selama setahun dengan Thailand dan tiga tahun atau lebih dengan Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Shanghai.Maknanya, semakin lama penyertaan pelajar Malaysia dalam ukuran tersebut semakin terperosok dan atas keperluan itulah maka ianya perlu dilakukan rombakan.Dalam rombakan yang sedang dilaksanakan ialah mengatasi punca kelemahan para pelajar, kerana sejak diperkenalkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2002, ia turut menjejaskan kualiti guru.Faktor bahasa dikatakan sebagai pengekang kepada prestasi. Hampir kesemua pakar pendidikan bersetuju bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan adalah dilaksanakan dalam bahasa ibunda ataupun bahasa yang digunakan secara meluas dan bahasa pertuturan utama. Oleh itu, adalah tidak menjadi sesuatu yang janggal apabila KPM membuat keputusan untuk kembali proses pengajaran dua mata pelajaran wajib itu menggunakan bahasa Melayu.Proses tersebut mengakibatkan perubahan dasar, yakni dari PPSMI kepada MBMMBI, iaitu memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuh bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris diperkukuhkan dengan menambahkan jumlah masa pengajaran, meningkatkan kualiti guru, memperkenalkan program mentor-mentee (guru penutur jati) dan membangunkan profil kemahiran berbahasa dalam kalangan guru bahasa Inggeris.Sayangnya, MBMMBI mendapat reaksi kurang senang daripada segelintir ibu bapa yang tetap mahukan PPSMI dengan memberikan pilihan kepada sekolah untuk membuat penentuan. Dalam menangani keresahan tersebut, KPM akhirnya membuat semula jajaran pelaksanaan MBMMBI menerusi soft-landing, yakni sepatutnya pelajar tingkatan satu akan mula belajar matematik dan sains dalam bahasa Melayu pada tahun 2012, ia dibenarkan sehingga tamat tingkatan lima pada tahun 2016. Ini bermakna MBMMBI akan dilaksanakan sepenuhnya di semua peringkat sekolah menengah pada tahun 2021.PPPM turut menerima kecaman daripada sekumpulan pertubuhan-pertubuhan pendidikan China yang terus mahu memperjuangkan peluang sama proses pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Mandarin walaupun pada peringkat sekolah rendah, SJK (C) dan SJK (T) dibenarkan berbuat demikian. Mereka turut mahukan bahasa Mandarin dijadikan salah satu bahasa pengantar di sekolah menengah kerana menganggap usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di sekolah-sekolah akan mengakibatkan bahasa ibunda lain berhadapan dengan masalah.Oleh kerana itulah mereka terus mendesak agar KPM boleh menerima kesemua cadangan yang dikemukakan kerana melihat inilah peluang terbaik setelah kerajaan turut menerima calon-calon yang lulus dalam UEC (Unified Chinese Education) memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) pada tahun lalu bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru di sekolah-sekolah SJK (C). Dalam masa yang sama, Lembaga Penasihat Sekolah (LPS) tidak mahu menerima guru-guru yang tidak mahir berbahasa Mandarin mengajar di sekolah-sekolah vernakular itu walaupun untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.Desakan daripada pejuang-pejuang bahasa Melayu dan Sastera Melayu turut menampakkan ada kecenderungan melihat PPPM tidak akan melonjakkan kedudukan bahasa Melayu kerana kejelasan laluannya tidak terarah ke peringkat pendidikan tertiari. Hal ini menyebabkan mereka terus mendesak agar berlaku semacam akujanji daripada IPTA untuk melakukan transformasi penggunaan bahasa pengantar sebagaimana pernah dilaksanakan pada awal tahun 1980-an. Hari ini sistem pendidikan di universiti banyak menggunakan bahasa Inggeris manakala proses penterjemahan karya-karya ilmiah sedikit terbantut.Pasaran buku akademik berbahasa Melayu cukup kecil oleh kerana tidak semua IPTA menggunakan buku-buku tersebut sebagai rujukan. Para pensyarah bebas menentukan bahan rujukan kerana pendidikan tinggi tidak perlu tertakluk kepada konsep buku teks sebagaimana berlaku di peringkat sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Apa yang berlaku di IPTA ialah kurikulum yang fleksibel, di mana para pensyarah bebas menerokanya secara kreatif, kerana hayat sesuatu subjek yang ditawarkan bergantung kepada sambutan dan penerimaan para pelajar, terutama subjek bukan teras.PPPM 2013-2025 sudah menemukan jalan keluar secara makronya bagaimana untuk membangunkan modal insan daripada aspek kemahiran akademik dan kebolehpasarannya, terutama dalam persekitaran ekonomi baharu yang lebih tertumpu kepada kreativiti dan inovasi. Bagaimanapun, kekurangan yang amat ketara ialah bagaimana perancangan PPPM itu untuk menjadikan seorang murid benar-benar menjadi dalam aspek bukan akademik, terutamanya sahsiah dan daya tahan moral.PPPM tidak menemukan kaedah atau jalan yang mampu memperkuatkan nilai keinsanan dalam diri pelajar setelah berada di bangku persekolahan wajib selama 11 tahun (sekolah rendah 6 tahun dan sekolah menengah 5 tahun), kerana persekitaran pembelajaran yang selari dengan pembangunan sahsiah dan keagamaan tidak diberikan ruang yang luas.Apa yang cuba dipaparkan ialah sekadar meningkatkan jumlah guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dan moral, pengukuhan sekolah-sekolah agama dan pembangunan kurikulumnya, tetapi tidak banyak disentuh bagaimana kemenjadian pelajar itu sendiri dalam pembangunan diri. Pola hubungan etika secara berkesan tidak dimasukkan sebagai landasan utama, maka hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijangka sekali lagi menerima kegagalannya.Mungkin ketika perumusan pelbagai pandangan, sumbang saran daripada kumpulan fokus (750 pengetua dan guru besar;15,000 guru; 22,000 murid; dan 300 pegawai JPN/PPD), perbincangan terbuka (8,000 orang guru; 2,000 ahli PIBG dan 2,000 orang awam), panel penilai bebas (12 orang), panel antarabangsa (4 orang), universiti tempatan (6 buah) dan makmal pendidikan (9 ) tidak menyentuh keperluan tersebut.PPPM mengambil kira 9 bidang utama, profesion keguruan, keupayaan kepimpinan sekolah, kualiti pengajaran, rangka kerja kurikulum dan pentaksiran, kemahiran pelbagai bahasa, kesediaan murid ke pendidikan tinggi dan pasaran kerja, menganjak pendidikan dari sistem sekolah kepada sistem pembelajaran, kos dan produktiviti, dan peningkatan penyampaian dan pelaksaan. Masih belum berbuah persoalan membentuk etika belajar dan lebih kondusif antara guru dan pelajar, sedangkan inilah falsafah yang amat diberikan perhatian dalam Islam.Al-Ghazali (1058-1111M), seorang intelektual muslim yang berpengaruh hingga ke hari ini walaupun sudah meninggal lebih sembilan ratus tahun, saranannya masih tetap relevan bagi menyelesaikan persoalan ummah dan hasil limpahan keunggulan akademik menerusi pencapaian skor A ataupun jumlah peratusan cemerlang.Salah sebuah bukunya yang termasyhur dalam bidang tasauf, Ayyuhal Walad dan kemudiannya ditulis semula dalam bahasa moden oleh Islah Gusmian dan diterbitkan oleh PT Mizan Pustaka pada tahun 2006 dengan judul, Surat Cinta al-Ghazali, memberikan kita kaedah bagaimana untuk mendidik dengan lebih baik dan berkesan.Buku ini disifatkan mempunyai kekhususan yang tersendiri kerana al-Ghazali menjadikan nilai-nilai tasauf sebagai mata air gagasan pendidikan. Diberikan penekanan yang luar biasa hubungan antara tasauf sebagai satu disiplin spiritual dengan amalan pendidikan.Buku ini dimulai dengan rasa resah seorang murid al-Ghazali dan sebagai pengantarnya, Islah Gusmian melatarinya dengan berkata: Saya telah penat mengkaji ilmu-ilmu itu. Kini, saya tidak tahu ilmu yang manakah lebih bermanfaat bagi diri saya sebagai wahana menggapai cahaya Tuhan dan lebih mampu memimpin saya menghadapi masa hadapan. Saya pun tidak tahu ilmu mana yang tidak bermanfaat sehingga ia dapat dihindari dan saya dapat menjaga diri darinya. Murid al-Ghazali berhadapan dengan kemelut ilmu sebagaimana pernah beliau alami ketika mengajar di Madrasah Nizamiyyah sehingga menyebabkan beliau berkelana jauh meninggalkan dunia akademik untuk mencari kebenaran.Hampir sebelas tahun lamanya al-Ghazali mencari kebenaran dengan mendekatkan diri dengan Allah SWT di persekitaran masjid di Syria, Palestin dan kemudiannya mengerjakan haji sebelum pulang semula ke kampung halamannya mendirikan madrasah. Beliau kemudiannya kembali semula ke Madrasah Nizamiyah untuk beberapa ketika dengan pengalaman yang baharu, dan sebahagian besar pengalaman tersebut diterjemahkan menerusi ratusan kitab yang dihasilkan selepas menjalani proses mencari kebenaran.Resah diri itulah menyebabkan muridnya menulis sepucuk surat untuk meminta nasihat, bimbingan dan doa. Guru, tulisan murid tersebut, apabila jalan menuju jawapan bagi saya telah tertulis dalam pelbagai bukumu, seperti Ihya Ulumudin, Kimiya al-Saadah, dan sebagainya, sesungguhnya muridmu ini tumpul nalar untuk menelaahnya. Saya mohon kepada Guru, sebuah ringkasan yang dapat saya. Risalah itulah kemudiannya ditulis dan diberikan judul Ayyatul Walad oleh al-Ghazali.Dialog itu juga membuktikan bahawa penekanan utama yang dilaksanakan oleh al-Ghazali ialah membolehkan muridnya mudah memahami, dan seterusnya dapat dijadikan teladan amalan terbaik. Itulah ilmu yang kita perolehi daripada kemuliaan hati seorang guru yang bernama al-Ghazali, beliau tidak pernah berkata: Kamu bacalah apa yang saya tulis.Al-Ghazali meletakkan hubungan guru-murid seperti hubungan ayah dengan anaknya sendiri, maka proses pembelajaran berjalan secara mesra dan bersifat dialog yang memberikan kejelasan, kefahaman dan bersifat afektik. Ini tidak berlaku dalam kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan moden, kerana para guru hanya mengajar dan mengajar, tetapi tidak menjiwai ilmu itu terlebih dahulu.Para guru, yang sebahagian besar memilih kerjaya tersebut bukan kerana minat. Mereka memilih kerjaya keguruan kerana tidak ada pilihan lain yang sesuai dengan bidang pengetahuan yang dipelajari ketika di universiti. Kerjaya guru boleh memberikan jaminan keselamatan sekurang-kurangnya hingga tahap umur persaraan mandatori, kerana seseorang guru tidak dinilai sejauhmanakah penerokaan ilmu selanjutnya, meskipun ada sebahagian berusaha melanjutkan pendidikan pasca siswazah. Ini belum memadai kerana ramai juga para guru tidak menjadikan alam sebagai gedung ilmu dan pemerhatian sebagai sumber pengetahuan paling berharga.Guru juga kurang berminat membaca buku-buku ilmiah di luar bidang pengajarannya, maka beruntunglah guru-guru di Malaysia selagi anda tidak dikenakan tindakan disiplin, kedudukan anda tetap selamat. Anda masih boleh menerima gaji yang lumayan walaupun anda kurang mengajar. Anda tetap dibayar gaji, maka kerana itulah apabila berlaku beberapa program transformasi, ramai guru yang menyuarakan kebimbangan dan mempersoalkan kedudukannya.Ada guru marah-marah apabila PPPM diperkenalkan, mereka akan bekerja dengan kelajuan yang lebih dan beban yang semakin sarat. Menerusi PPPM, sistem peperiksaan sudah berubah menjadi Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), maka gurulah yang akan membuat penilaian secara berhemah ke atas para pelajarnya, dan setiap perubahan psikomotor dan penguasaan murid perlu direkodkan sebagai evidence. Di situlah bermula segala-galanya, kerana ramai guru dilanda sindrom kasut baharu.Dalam sindrom itu ramai guru mula ragu-ragu, apakah hasil pengajaran selama ini tidak dapat menghasilkan kemenjadian murid? Ramai yang mengambil sikap lepas tangan, bagaimana kemenjadian murid itu boleh ditingkatkan kerana murid sendiri tidak menunjukkan sikap ingin berubah ataupun jadi lebih pandai.Maknanya, selagi revolusi dalam diri guru tidak dimulakan, maka nasib PPPM akan mengalami kesan yang serupa dengan program-program pendidikan yang gah ketika permulaannya. Ramai yang masih ingat, ketika PPSMI diperkenalkan ramai guru yang terbabit merasakan skeptik kerana terpaksa mengajar dalam bahasa Inggeris, sedangkan sejarah persekolahan yang dilaluinya adalah dalam bahasa Melayu.Bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan (PPSMI), kerajaan memperuntukan ratusan juta ringgit bagi menyediakan buku teks, alat bantu mengajar (kemudahan komputer, skrin dan projekter), latihan dan kursus berbahasa Inggeris, bahan-bahan interaktif, tetapi akhirnya prestasi pelajar tidak juga meningkat.Bahkan, bila dilaksanakan pembinaan pengkalan data penguasaan berbahasa Inggeris, ramai guru yang gagal, maka semangat itu mula berubah, proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bercampur-campur (bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia). Bukti kajian oleh KPM sendiri sudah memadai bagi menggambarkan situasi tersebut.Begitu juga dengan kegagalan berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar walaupun proses pembelajarannya mengambil masa yang panjang. Sebelas tahun belajar bahasa Inggeris, akhirnya murid tidak juga boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa tersebut, kerana ada guru bahasa Inggeris, sama ada yang bukan opsyen ataupun opsyen tidak melepasi tahap kecemerlangan berbahasa berdasarkan standard ujian yang digunakan.Lebih menyedihkan peratusan pencapaian adalah begitu rendah dan ia memerlukan latihan semula yang menyebabkan ratusan juta ringgit lagi perlu dibelanjakan. Apakah ini akan terus berlaku dalam situasi selepas terbitnya laporan akhir PPPM nanti, atau di akhir tempoh 2025, masih ramai guru bahasa Inggeris tidak lancar dan mampu berbahasa Inggeris dengan baik? Inilah yang menjadi misterinya, kerana lorong yang disediakan semakin kerap perlu diturap dan bukannya dibina semula dengan asas yang lebih kukuh.Harapan rakyat Malaysia ialah proses pengambilan calon guru mestilah dilaksanakan secara terbuka dengan memilih calon-calon yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan peringkat universiti. Calon-calon itu perlulah dijadikan sebagai kadet untuk tempoh tertentu, apabila penilaiannya sampai ke tahap membanggakan, maka mereka akan diserap masuk ke dalam kerjaya perguruan.Jangan jadikan bidang keguruan sebagai kerjaya tangkap muat bagi mengurangkan pengangguran dan lambakan siswazah. Biarlah mereka berkelulusan dalam bidang pendidikan itu bersaing secara sehat dalam pasaran terbuka, manakala seluruh IPG yang ada menjadi pusat latihan dalam perkhidmatan.Biarlah guru siswazah berada di sekolah rendah mahupun sebagai guru prasekolah. Mereka boleh menjadi seorang guru yang baik kerana mereka meminati profesion tersebut, dan bukannya sebagai pilihan terakhir. Setiap mereka yang mengajar perlu diberikan tahap ikhtisas oleh satu badan profesional, seolah-olah sijil amalan keguruan. Sijil tersebut tentunya boleh ditarik balik sekiranya guru melanggar etika dan tidak mampu menghasilkan kemenjadian murid.Bahkan, apabila seorang guru berkata: tanggungjawab seorang guru ialah menjadikan anak muridnya lebih pandai daripada guru sendiri. Kalau hanya guru lebih pandai akhirnya daripada anak murid, itu adalah kegagalan. Itu bermakna guru tidak benar-benar memahami dan membudayakan amalan pengajaran yang baik. Bolehkah kemenjadian murid, berdasarkan kecerdasan intelek, spiritual dan emosi dibentuk menerusi sistem pendidikan yang sedang dirintis dalam PPPM ini berlaku? Kalau ada, apa jaminannya?Itu adalah falsafah dan harapan yang masih lagi kabur, kerana PPPM hanya menggariskan pencapaian dan kemenjadian murid dari aspek kebolehpasaran, kerana selepas tahun 2020, Malaysia diharapkan telah mencapai tahap negara berpendapatan tinggi. Kita hanya mengukur kemenjadian murid berdasarkan kehendak pasaran, dan bukannya kehendak membentuk meeting of minds yang dilingkari oleh kesedaran moral dan spiritual secara bersepadu, kerana sifat keinsanan merangkumi kesemuanya.Bahkan, konsep pendidikan yang dirintis oleh al-Ghazali turut dikembangkan oleh Ibnu Khaldun dan kemudiannya Malek Bennabi. Sayangnya, dalam penerobosan psikologi pendidikan barat,kita sebenarnya sudah lupa dengan kemurnian asas spiritual Islam yang telah melonjakkan kedudukannya sebagai pusat ilmu dan tamadun yang amat besar pengaruhnya kepada seluruh masyarakat dunia, termasuk barat sendiri. Sistem pendidikan barat hanya mampu melahirkan manusia yang bertamadun, tetapi hilang ghairahnya (jiwa).Pendidikan merupakan satu proses asimilasi (penghadaman) antara keyakinan dan nilai sehingga mampu memberikan kaedah penyelesaian kepada setiap permasalahan kehidupan secara seimbang dan bukannya menambahkan lagi berat bagasi sosial, seperti gejala sosial, bunuh diri dan perobohan institusi keluarga, sosial dan sebagainya. Itulah yang diharapkan, kerana proses menjadikan seseorang itu benar-benar menjadi tentunya bermula dari rebungnya. Tetapi, kenapa rebung pula mahu dipatahkan sebelum diberikan peluang untuk membesar dan menjadi buluh?Jawapannya, tentu boleh dicari di mana-mana. Tetapi, hingga kini masih belum ditemui dengan jelas dalam laporan awal PPPM 2013-2025. Maka, laporan akhirnya nanti, mungkin ada harapan yang jelas, kerana kita tidak mahu rasa berdosa yang teramat besar apabila rebung pada hari ini tidak akan menjadi buluh dalam tempoh yang sepatutnya.