cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan

14
EDM2104 - PEDAGOGI 1 2013 SEKAPUR SIREH Segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t dan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat baginda. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan ini. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Institut Perguruan Kampus Perlis di atas ilmu dan tunjuk ajar yang dicurahkan. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada ibu saya, Janaliah bt. Md. Zain, dan bapa, Shoib b. Abd. Rahman, diatas segala dorongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh mereka kepada saya agar sentiasa banyak bersabar, berdoa dan bertawakal kepada Ilahi demi tidak berputus asa dalam meneruskan perjuangan diatas landasan yang mulia ini. Dan yang terakhir, perasaan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat -sahabat yang telah banyak berkongsi ilmu, informasi, pengetahuan dan kefahaman di dalam menyiapkan tugasan yang diberikan, juga memberi dorongan dan semangat untuk menyiapkan tugasan dengan sempurna. Jasa kalian hanya Allah s.w.t yang mampu membalasnya. Sekian.

Upload: syazwani-shoib

Post on 20-Jan-2016

365 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

CONTOH PENULISAN PEDAGOGI - CABARAN-CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PROFESION KEGURUAN

TRANSCRIPT

Page 1: CABARAN-CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PROFESION KEGURUAN

EDM2104 - PEDAGOGI

1

2013

SEKAPUR SIREH

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t dan junjungan besar Nabi

Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat baginda. Alhamdulillah, syukur

ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan

ini.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih

kepada pensyarah-pensyarah Institut Perguruan Kampus Perlis di atas ilmu dan

tunjuk ajar yang dicurahkan.

Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada ibu saya, Janaliah bt. Md. Zain,

dan bapa, Shoib b. Abd. Rahman, diatas segala dorongan dan kata-kata

semangat yang diberikan oleh mereka kepada saya agar sentiasa banyak

bersabar, berdoa dan bertawakal kepada Ilahi demi tidak berputus asa dalam

meneruskan perjuangan diatas landasan yang mulia ini.

Dan yang terakhir, perasaan terima kasih yang tidak terhingga kepada

sahabat -sahabat yang telah banyak berkongsi ilmu, informasi, pengetahuan dan

kefahaman di dalam menyiapkan tugasan yang diberikan, juga memberi

dorongan dan semangat untuk menyiapkan tugasan dengan sempurna. Jasa

kalian hanya Allah s.w.t yang mampu membalasnya.

Sekian.

Page 2: CABARAN-CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PROFESION KEGURUAN

EDM2104 - PEDAGOGI

2

2013

CABARAN-CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM

PROFESION KEGURUAN.

PENGENALAN

Sejak beberapa dekad yang lalu, profesion keguruan di negara ini adalah

profesion yang disanjung dan dipandang tinggi dalam masyarakat. Guru adalah

dianggap sebagai gedung ilmu yang serba mengetahui dengan keupayaan tersendiri

serta kualiti peribadi yang diterima oleh masyarakat.

Selaras dengan perkembangan sistem pendidikan dan kemajuan intelek

masyarakat, profesion keguruan masa kini bukan sahaja telah diangkat martabatnya

malah telah diiktiraf sebagai kerjaya bertaraf profesional. Guru yang profesional

menggunakan keupayaan serta kebolehan intelek semasa menjalankan tugas-tugas,

mendapat latihan yang khusus dalam bidang kemahiran ikhtisas dalam tempoh masa

tertentu, mementingkan mutu serta dedikasi yang tinggi dengan tidak mementingkan

keuntungan wang atau saraan semata-mata, pakar dalam bidang masing-masing

serta mempunyai kuasa autonomi dalam tugas dan tanggungjawabnya, dan

mematuhi etika perkhidmatan.

Namun begitu, profesion keguruan juga menghadapi pelbagai cabaran yang

menguji kewibawaan dan keprofesionalan kerjaya. Cabaran didefinisikan sebagai

sesuatu yang menguji kekuatan, kemahiran dan kemampuan seseorang dalam

sesuatu aktiviti.

CABARAN-CABARAN UTAMA

Cabaran-cabaran yang ingin dibincangkan disini telah dirangkum dalam

empat konteks utama iaitu: 1) cabaran di era krisis dan perubahan etika, moral dan

Page 3: CABARAN-CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PROFESION KEGURUAN

EDM2104 - PEDAGOGI

3

2013

sosial, 2) cabaran di era ICT, 3) cabaran di era K-ekonomi (Abd. Rahim Abd. Rashid,

2005), dan, 4) cabaran semasa di sekolah.

Cabaran Era Krisis dan Perubahan Etika, Moral dan Sosial

Era krisis dan perubahan boleh difahami sebagai krisis dan perubahan

masyarakat yang berlaku dari segi etika, moral dan sosial. Terdapat beberapa

cabaran penting yang ingin dibincangkan dalam konteks ini. Yang pertamanya ialah

bagaimana untuk membina masyarakat yang berhemah dan beretika (Abd. Rahim

Abd. Rashid, 2005) disamping menjaga akhlak dan maruah diri sebagai seorang

pendidik. Guru dipandang sebagai contoh tauladan bagi membentuk akhlak murid.

Justeru, guru seharusnya mempunyai akhlak yang mulia dan maruah diri yang baik

serta berusaha untuk menjaga dan mengekalkan akhlak mulia tersebut sepanjang

masa. Tidak dinafikan, setiap guru perlu berhadapan dengan segala sikap dan

karenah murid-murid serta berusaha menangani akhlak negatif murid dengan tidak

mengabaikan maruah pendidikan negara. Wawasan dan matlamat pendidikan dalam

konteks ini perlu menekankan aspek-aspek nilai kerohanian, kemanusiaan dan

budaya hidup yang harmoni berlandaskan falsafah kemoralan dan etika.

Cabaran yang kedua ialah menangani krisis sosial dan moral. Fenomena

sosial seperti merokok, ponteng sekolah, melepak, gangguan seksual di kalangan

pelajar, lari dari rumah, menagih dadah, bergaduh, gengsterisme, mencuri, meragut,

membuli dan seumpamanya adalah antara gejala juvana dan delinkuen yang meluas

di kalangan remaja di sekolah (Rashidi Azizan, 1994). Justeru itu, profesion

keguruan perlu meningkatkan komitmen membantu masyarakat dan negara dalam

menangani krisis sosial dan moral yang dihadapi. Kurikulum dan pengajaran di

sekolah perlu diterapkan dengan pengukuhan pembinaan tingkah laku, peribadi yang

Page 4: CABARAN-CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PROFESION KEGURUAN

EDM2104 - PEDAGOGI

4

2013

baik, akhlak yang mulia dan juga menanamkan semangat jati diri supaya dapat

menangkis pengaruh dan gejala buruk dalam kehidupan pelajar.

Cabaran yang ketiga pula mempertahankan etika profesion keguruan.

Profesion keguruan merupakan profesion yang terdedah kepada pelbagai pengaruh

dan cabaran. Oleh itu, guru-guru perlu berusaha mempertahankan nilai dan aspek

etika agar tingkah laku, tindakan dan amalan tidak terkeluar dari landasan dan

prinsip etika pendidik yang baik, berhemah dan bertanggungjawab.

Cabaran yang keempat ialah cabaran etika dan kualiti personal guru.

Pengukuhan kekuatan personal seperti tingkah laku, pengetahuan, keterampilan,

disiplin diri, kemahiran hubungan interpersonal, kecekapan profesionalisme seperti

pengajaran, perancangan dan pengurusan, kematangan berfikir, kepimpinan dan

idealisme hidup perlu dipupuk dalam program latihan, organisasi sekolah dan etika

perkhidmatan keguruan. Dengan adanya kekuatan-kekuatan personal ini, guru boleh

menjadi contoh atau “role model” yang baik kepada murid serta dihormati oleh

masyarakat.

Cabaran Era ICT

Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam era globalisasi pada

masa kini menjadikan dunia pendidikan memberi penekanan terhadap penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi yang selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Situasi ini secara tidak

langsung memperlihatkan persediaan seseorang guru berhadapan dengan pelbagai

cabaran dalam sistem pendidikan yang sering berubah. Profesion keguruan perlu

menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan masyarakat ICT dan

pembentukan masyarakat digital menjelang tahun 2020 dimana proses pengajaran

Page 5: CABARAN-CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PROFESION KEGURUAN

EDM2104 - PEDAGOGI

5

2013

dan pembelajaran pada masa itu tidak lagi memerlukan murid membawa bebanan

buku yang berat, bahkan hanya perlu membawa sebuah tablet digital, atau notebook,

atau yang seumpama dengannya ke kelas. Oleh itu, kaum guru perlu bersedia

melaksanakan tugas baharu bagi membangunkan ICT dalam proses pengajaran dan

pembelajaran bermula pada saat ini.

Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan di

era ICT ini ialah yang pertama; pembelajaran menerusi jendela dunia. Apa yang

dimaksudkan disini ialah pembelajaran maya yang menggunakan internet, melayari

laman sesawang (website) dan sebagainya. Ledakan teknologi maklumat dan

komunikasi memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan dan sistem

pendidikan yang masih belum mengalami perubahan yang drastik dari segi

pengadaptasian penggunaan teknologi baharu termasuk komputer, peralatan digital,

e-learning, dan sebagainya.

Cabaran kedua dalam konteks ICT ini ialah pembelajaran global. Proses

pembelajaran dalam era ICT begitu dipengaruhi oleh revolusi teknologi maklumat

yang boleh membawa pelajar menerokai pengetahuan dan maklumat tanpa batasan

termasuk dalam konteks global. Transaksi maklumat boleh dilakukan melalui

penggunaan internet, telekomunikasi maklumat, kemajuan siber, faksimile, termasuk

jaringan global yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembelajaran dan pendidikan.

Bagi merealisasikan pembaharuan ini, guru perlu bersedia mengambil dan menyahut

cabaran dalam melaksanakannya di sekolah.

Manakala cabaran ketiga pula ialah penggunaan IT yang mempunyai

hubungan yang signifikan dengan pelbagai kecerdasan atau “multiple-intelligences”.

Kecekapan dan kemahiran penggunaan komputer dalam pembelajaran merupakan

Page 6: CABARAN-CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PROFESION KEGURUAN

EDM2104 - PEDAGOGI

6

2013

satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kognitif, kreativiti

dan inovasi, reka cipta, reka bentuk, visual, pembelajaran maya dan sebagainya.

Cabaran kritikal yang dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan dan sistem

pendidikan negara ini ialah menerokai cara memajukan bidang ini dalam pendekatan

penggubalan kurikulum dan pendekatan pengajaran-pembelajaran.

Cabaran keempat yang ingin dibincangkan disini ialah kepimpinan ICT dalam

pendidikan. Untuk merealisasikan perkara ini, guru-guru perlu menyahut cabaran

menjalani program latihan yang intensif dan ekstensif untuk melahirkan guru-guru

mahir, pakar dan profesional dalam penggunaan komputer dan ICT. Ini untuk

memudahkan guru melaksanakan pembelajaran era ICT dengan lebih berkesan.

Bagi mencapai matlamat ini, pihak kerajaan Malaysia melalui Kementerian

Pendidikan Malaysia baru-baru ini telah pun menjalankan Ujian Kompetensi ICT

secara ‘online‟ dimana semua guru berdaftar di seluruh negara wajib mengambilnya

dan menjawab kesemua 30 soalan yang diberikan dalam tempoh masa yang

ditetapkan selama 40 minit. Ujian ini dijalankan secara berperingkat mengikut negeri

beserta tarikh yang ditetapkan sekitar bulan September hingga Oktober 2013. Guru-

guru yang tidak berjaya melepasi tahap markah yang ditetapkan akan diarahkan

menjalani kursus-kursus tertentu berkaitan ICT.

Pengajaran menggunakan sistem dalam talian atau „online‟ menjadi cabaran

kelima yang perlu dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan. Pembelajaran yang

akan berlaku pada abad ke-21 tidak lagi terikat pada sistem konvensional. Revolusi

teknologi ICT memerlukan sekolah dan profesion keguruan mengadaptasikan sistem

dan pendekatan belajar yang lebih fleksibel, dinamik, mudah dihubungi, interaktif dan

kolaboratif. Pengajaran-pembelajaran ‘online‟ akan membolehkan sesuatu

pembelajaran berlaku dengan lebih mudah kepada guru dan pelajar.

Page 7: CABARAN-CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PROFESION KEGURUAN

EDM2104 - PEDAGOGI

7

2013

Cabaran Era K-Ekonomi

Peranan guru dan profesion keguruan amatlah penting dalam membentuk dan

melahirkan masyarakat berpengetahuan dalam era k-ekonomi dimana corak

penggunaan tenaga dan modal manusia akan menjadi perangsang kepada

pertumbuhan dan kemajuan ekonomi. Pengetahuan ekonomi merupakan satu

daripada keperluan pendidikan kenegaraan. Justeru itu, generasi muda perlu

didedahkan serta menguasai pengetahuan dan kemahiran tentang ekonomi supaya

mereka dapat memainkan peranan yang membina dalam era k-ekonomi.

Cabaran pertama yang perlu dihadapi guru dalam profesion keguruan dalam

era k-ekonomi ialah melahirkan golongan muda yang berilmu pengetahuan,

berkemahiran, berketerampilan, mengamalkan nilai dan sikap yang positif serta

dinamik dan dapat menyumbang kepada kemajuan k-ekonomi. Selaras dengan

kemajuan k-ekonomi, pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti perniagaan,

keusahawanan, matematik, pengurusan kewangan, IT dan sebagainya perlu

dilengkapkan supaya generasi muda dapat menjadi penggerak kepada perubahan

dan kemajuan ekonomi seperti yang diimpikan kerajaan. Oleh itu, profesion

keguruan perlu lebih superior dari segi penguasaan pengetahuan baharu sesuai

dengan era k-ekonomi.

Manakala cabaran yang kedua pula ialah guru perlu membentuk generasi

muda yang kreatif, inovatif dan dinamik untuk menghadapi kemajuan dan cabaran k-

ekonomi. Pelajar yang dibentuk bukan sahaja kreatif dan inovatif dari segi

pembelajaran bahkan juga dari segi pemikiran, idea, pengetahuan, kemahiran,

wawasan dan semangat untuk menghadapi perubahan k-ekonomi. Tuntutan

Page 8: CABARAN-CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PROFESION KEGURUAN

EDM2104 - PEDAGOGI

8

2013

perubahan ini sudah tentu merupakan cabaran kepada profesion keguruan di

Malaysia khususnya kepada guru-guru yang diharapkan menjadi tenaga penggerak

kepada kemajuan generasi muda.

Disamping itu, cabaran ketiga pula ialah guru diharapkan untuk melahirkan

golongan muda yang celik komputer sesuai dengan perubahan revolusi maklumat

atau ICT. Kemahiran dalam bidang ICT adalah suatu kecekapan yang diperlukan

bagi menghadapi perubahan k-ekonomi. Oleh itu, profesion keguruan perlu

berusaha meningkatkan lagi peratusan golongan celik komputer dan

berpengetahuan dalam ICT supaya jurang digital yang wujud dapat dirapatkan

antara golongan masyarakat bandar dengan luar bandar, diantara kaum dan juga

dalam konteks gender. Bagi mencapai kemajuan dalam k-ekonomi, rakyat Malaysia

perlu menjadi mahir dan membudayakan IT dalam kehidupan mereka. Wawasan

baharu pendidikan untuk melahirkan golongan muda celik ICT memberikan cabaran

kepada profesion keguruan supaya mengambil langkah bagi meningkatkan

keupayaan dan pengetahuan guru untuk meluaskan budaya ICT.

Guru kini perlu bersedia menggalas cabaran keempat dalam konteks era k-

ekonomi bagi menyediakan generasi muda yang berkemampuan dan berdaya maju

untuk menghadapi persaingan globalisasi. K-ekonomi berlaku dalam aspek global

yang membuka perjuangan ekonomi sesuatu masyarakat dan negara kepada

persaingan yang lebih terbuka dan bersifat kompetitif. Berdasarkan itu, peranan guru

untuk melahirkan generasi muda yang dapat menghadapi cabaran globalisasi adalah

satu tugas yang kritikal. Ini adalah kerana globalisasi dapat menjadikan tembok

kebangsaan dan kenegaraan dipertingkatkan kepada usaha kearah mengangkat

imej dan kepentingan negara ke peringkat antarabangsa. Hal ini penting bagi

Page 9: CABARAN-CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PROFESION KEGURUAN

EDM2104 - PEDAGOGI

9

2013

mencorakkan kehidupan dan taraf hidup masyarakat kearah yang lebih baik, makmur

dan bebas dari krisis ekonomi.

Cabaran terakhir iaitu yang kelima yang ingin dibincangkan disini ialah guru

perlu bersedia membentuk generasi muda supaya berusaha menanamkan semangat

patriotik dalam memajukan ekonomi negara dan menghadapi perubahan serta

cabaran k-ekonomi. Menggembleng semangat patriotik untuk memajukan ekonomi

adalah suatu cabaran penting pendidikan dan profesion keguruan. Generasi muda

perlu disedarkan akan pentingnya sokongan dan sumbangan bagi meningkatkan

pertumbuhan ekonomi, menangani krisis yang wujud, membendung kejatuhan nilai

matawang, kemelesetan ekonomi dan sebagainya. Justeru itu, semangat baharu

tentang ekonomi perlu ditanamkan melalui pendidikan awal. Sebagai contoh,

mengutamakan produk dan jenama Malaysia, berbangga dan menyokong usaha

memajukan ekonomi negara serta menanam minat terhadap ekonomi bagi

melahirkan golongan usahawan, ekonomis, penggerak ekonomi, menjadi peniaga

dan pelabur yang berdaya maju serta membantu Malaysia menjadi salah satu

negara pengeluar yang lebih kompetitif dan setanding atau lebih baik daripada

negara maju lain.

Cabaran Semasa di Sekolah

Disamping cabaran-cabaran yang melibatkan perubahan di era-era yang

dinyatakan diatas, profesion keguruan juga perlu menghadapi cabaran-cabaran lain

yang berkaitan dengan sekolah. Antaranya yang pertama, cabaran melibatkan staf

dan kakitangan sekolah. Guru mesti bersedia dengan segala karenah staf dan

kakitangan sekolah, berusaha memberikan kerjasama dan membina hubungan yang

baik dengan warga sekolah, serta berusaha menunjukkan kemampuan positif diri

Page 10: CABARAN-CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PROFESION KEGURUAN

EDM2104 - PEDAGOGI

10

2013

demi meningkatkan kebolehpercayaan dan pentafsiran imej diri yang baik dari warga

sekolah.

Manakala cabaran kedua ialah dari segi teknik dan strategi mengajar. Untuk

mencapai matlamat menjadi guru yang berkesan, seseorang guru itu perlulah

berusaha mencari dan mempraktikkan alternatif terbaik dalam teknik dan strategi

pengajaran yang berkesan dan merangsang murid sesuai dengan keadaan semasa.

Cabaran yang ketiga pula ialah berkaitan bahan bantu mengajar (BBM).

Masalah tiada peruntukan yang mencukupi dari pihak sekolah ditambah pula dengan

keperluan penggunaan bahan bantu mengajar yang tinggi sering membelenggu

prestasi penyampaian pengajaran guru. Justeru itu, guru mestilah banyak bersabar

dan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik dan tepat atau alternatif lain untuk

menyampaikan pengajaran dengan berkesan sesuai dengan kemampuan diri.

Contohnya, guru perlu rela berkorban dari segi ekonomi dengan membelanjakan

sedikit wang untuk membeli atau menyediakan bahan bantu mengajar agar proses

pengajaran dan pembelajaran berjaya mencapai objektif yang diinginkan.

REFLEKSI

Profesion keguruan merupakan kerjaya profesional yang dipandang mulia

oleh masyarakat dan diangkat martabatnya sejak beberapa dekad yang lalu.

Sebagai kerjaya yang mementingkan profesionalisme, guru perlu menghadapi serta

mengharungi pelbagai cabaran getir semata-mata untuk mendidik, membentuk dan

melahirkan masyarakat yang mempunyai pelbagai kemahiran untuk meneruskan

hidup di dalam dunia yang serba maju dan semakin canggih ini disamping tidak lupa

untuk menerapkan akhlak yang mulia, peribadi yang baik, dan semangat jati diri ke

dalam diri masyarakat.

Page 11: CABARAN-CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PROFESION KEGURUAN

EDM2104 - PEDAGOGI

11

2013

Antara cabaran-cabaran yang telah dibincangkan di dalam tugasan ini adalah

terdiri daripada empat konteks utama iaitu yang pertama, era krisis dan perubahan

masyarakat yang berlaku dari segi etika, moral dan sosial, yang kedua, cabaran di

era ICT, yang ketiga, cabaran di era k-ekonomi, dan yang keempat, cabaran semasa

di sekolah.

Cabang-cabang cabaran yang terdapat dalam konteks era krisis dan

perubahan antaranya ialah cabaran membina masyarakat berhemah dan beretika,

menangani krisis sosial dan moral, mempertahankan etika profesion keguruan, serta

cabaran etika dan kualiti personal guru.

Manakala cabang-cabang cabaran yang terdapat dalam konteks era ICT pula

ialah pembelajaran menerusi jendela dunia iaitu pembelajaran maya, pembelajaran

global, penggunaan IT yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan pelbagai

kecerdasan atau “multiple-intelligences”, kepimpinan ICT dalam pendidikan dan

Pengajaran menggunakan sistem dalam talian atau “on-line”.

Cabang-cabang cabaran yang terdapat dalam konteks ketiga iaitu era k-

ekonomi ialah melahirkan golongan muda yang berilmu pengetahuan, berkemahiran,

berketerampilan, mengamalkan nilai dan sikap yang positif serta dinamik dan dapat

menyumbang kepada kemajuan k-ekonomi, membentuk generasi muda yang kreatif,

inovatif dan dinamik untuk menghadapi kemajuan dan cabaran k-ekonomi,

melahirkan golongan muda yang celik komputer sesuai dengan perubahan revolusi

maklumat atau ICT, menyediakan generasi muda yang berkemampuan dan berdaya

maju untuk menghadapi persaingan globalisasi, dan membentuk generasi muda

supaya berusaha menanamkan semangat patriotik dalam memajukan ekonomi

negara dan menghadapi perubahan serta cabaran k-ekonomi.

Page 12: CABARAN-CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PROFESION KEGURUAN

EDM2104 - PEDAGOGI

12

2013

Seterusnya, cabang-cabang cabaran dalam konteks keempat iaitu semasa di

sekolah terdiri daripada cabaran melibatkan staf dan kakitangan sekolah, teknik dan

strategi mengajar guru, dan juga masalah berkaitan bahan bantu mengajar.

Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, saya menyedari bahawa saya

sebagai guru pelatih juga tidak terlepas dari menghadapi segala cabaran seperti

yang telah dinyatakan sebelum ini. Oleh itu, saya perlu lebih berusaha dalam

menyediakan diri saya untuk menghadapi serta mengharungi setiap cabaran sama

ada yang sedang dilalui kini ataupun yang akan mendatang. Justeru itu, sokongan

serta tunjuk ajar dari pihak institusi pengajian yang saya hadiri sekarang termasuk

juga panduan dari rakan-rakan sebidang sangat diperlukan untuk mempersiapkan

diri saya dalam menghadapi cabaran-cabaran getir dalam profesion keguruan.

Page 13: CABARAN-CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PROFESION KEGURUAN

EDM2104 - PEDAGOGI

13

2013

BIBLIOGRAFI

1. Abd. Rahim Abd. Rashid, 2005, Profesionalisme Keguruan – Prospek dan

Cabaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

2. Rashidi Azizan, 1994, Prosiding Seminar JKLKAU Ke-9 – Pendidikan Guru:

Cabaran, Falsafah dan Strategi Dalam Pembentukan Guru Yang Unggul,

MASA Enterprise, Kajang, Selangor.

3. http://suaramarhaenis.blogspot.com/2012/02/profesion-perguruan-dan-

cabaran-cabaran.html

4. http://akademipenulisbebas.wordpress.com/2008/05/17/cabaran-dan-usaha-

memartabatkan-profesion-perguruan/

5. http://www.moe.gov.my

Page 14: CABARAN-CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PROFESION KEGURUAN

EDM2104 - PEDAGOGI

14

2013

LAMPIRAN