1.0 pengenalan

Upload: sekut-tawar

Post on 05-Jan-2016

254 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hehehehe

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN CARTA GARISAN MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGINGATI RUKUN FILI SECARA TERTIB

MUHAMAD AZIZAN B AB RAFFAR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

1.0 PENDAHULUAN1.1 PengenalanPendidikan Islam merupakan salah satu daripada mata pelajaran yang ditawarkan di peringkat persekolahan dengan bermatlamatkan untuk melahirkan insan soleh yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak. Sehubungan dengan itu, Pendidikan Islam mesti diperkenal dan diajar sebagai al Din, bukan sekadar menyampaikan maklumat dan pengetahuan semata-mata tetapi hendaklah diamalkan dan dihayati sepenuhnya oleh setiap individu muslim yang beriman kepada Allah S.W.T. Mohamad Kamal (1988) menyatakan bahawa Pendidikan Islam pada hakikatnya bukanlah satu mata pelajaran yang cuba menyampaikan satu maklumat yang sempit dan kaku, malah merupakan satu sistem dan gagasan pembentuk prinsip dan cara hidup berasas sumber wahyu yang diturunkan sebagai panduan kehidupan manusia sepenuhnya.Di sekolah rendah pendidikan islam diajarkan secara khusus sebagai satu mata pelajaran teras yang merangkumi 7 bidang iaitu Bidang Al-Quran, Bidang Hadis, Bidang Jawi, Bidang Akidah, Bidang Ibadah, Bidang Sirah dan Bidang Adab. Perincinan setiap bidang ini adalah bertujuan untuk memastikan murid-murid dapat menguasai isi pelajaran pendidikan dari segenap aspek cabang bidang agama. Kesemua bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar mempunyai cita-cita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan Negara. Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah berfokus kepada bidang ibadah dibawah tajuk rukun solat. Sebagaimana yang kita tahu, rukun solat ini terbahagi kepada 3 iaitu rukun qalbi, rukun qauli dan rukun fili. Menurut Mustofa Al-Khin (2011) rukun ialah bahagian asas daripada sesuatu benda, seperti dinding yang merupakan salah satu bahagian dari asas bilik. Dalam Kajian ini saya cuba meningkatkan pengetahuan, pengaplikasian dan penghayatan murid mengenai tatacara rukun fili yang terdapat didalam rukun solat dengan betul dan teratur. Ini akan membantu murid meningkatkan kemahiran mengingati setiap perbuatan didalam solat mengikut urutannya dan membimbing murid melaksanakannya dengan sempurna. Perkara yang utama perlu dititikberatkan adalah memastikan murid-murid dapat mengingati rukun fili secara teratur dan sempurna. Jesteru itu, murid perlu didedahkan dengan pelbagai kaedah, teknik dan cara agar pemahaman mereka terhadap rukun fili secara lebih mendalam. Untuk mengatasi masalah ini, saya mengambil keputusan untuk menggunakan satu kaedah yang dinamakan sebagai kaedah tunjuk cara. Penggunaan kaedah yang besesuaian dengan pengajaran mampu memberi impak kepada murid (Mohd Shelahudin 2012). Kaedah ini juga turut berkesan ke atas murid yang mempunyai aras kemampuan lemah, sederhana dan juga tinggi. Ianya bergantung kepada kreativiti guru itu sendiri untuk mempelbagaikan jenis bahan bantu mengajar yang digunakan bagi memastikan kaedah tunjuk cara tersebut menjadi lebih berkesan. Di sampaing itu, saya telah menggunakan satu bahan bantu untuk memberi kefahaman kepada murid tentang rukun fili. Menurut Omardin Ashaari (1999) penggunaan bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Bahan bantu ini dikenali sebagai Carta Garisan. 1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang laluPada praktikum ketiga ini, saya telah di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang, Sungai Pelek, Sepang. Saya telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk mengajar kelas tahun 4 Setia. Seramai 27 orang murid daripada kelas 4 Setia iaitu terdiri daripada 10 orang lelaki dan 17 orang perempuan. Selama mengajar hampir tiga bulan murid 4 Setia saya dapati bahawa tahap dan aras kebolehan murid ini sederhana. Kebanyakan murid ini boleh menguasai hanya separuh daripada isi pelajaran yang disampaikan. Namun berdasarkan amalan pengajaran yang saya jalankan pada di kelas 4 Setia bagi tajuk Rukun Solat, saya mendapati terdapat beberapa orang murid sukar untuk mengingati susunan rukun fili dengan betul. Pada permulaannya, saya beranggapan bahawa tajuk ini mudah untuk mencapai objektif pengajaran yang saya tetapkan memandangkan rukun solat adalah perkara asas bagi murid. Tambahan pula isi pelajaran yang diajarkan ini adalah berkaitan dengan rukun fili yang terdapat di dalam rukun solat. Terdapat 7 rukun fili yang terdapat di dalam solat iaitu berdiri tegak, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, duduk tahiyat akhir dan tetrtib. Persaolannya mengapakah murid masih tidak dapat mengingati setiap susunan rukun fili secara tertib. Justeru sebagai seorang guru pendidikan islam, sudah semestinya saya ingin melihat murid saya berjaya menguasai kesemua isi pelajaran yang diajar. Saya berasa bertanggungjawab untuk memastikan murid daripada kelas 4 Setia mengingati rukun fili di dalam solat dengan sempurna. Semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk memberi kefahaman kepada murid berkaitan dengan tajuk yang telah diajarkan antaranya ialah kaedah penerangan dengan tunjuk cara. Kaedah ini sudah sinonim dengan subjek ibadah kerana ibadah memerlukan tunjuk ajar disertakan dengan penerangan. Kaedah tunjuk ajar ini telah wujud sejak zaman rasulullah semasa baginda mengajar para sahabat untuk mendirikan solat sepertimana yang telah disebut di dalam hadis. HR.BukhariMaksudnya: Sembahyanglah kamu semua seperti mana kamu melihat aku sembahyang. Rasulullah mendirikan solat dihadapan mereka agar para para sahabat dapat memerhati dan kemudian meniru perbuatan baginda (Ariffin 1991).Selain itu, saya lebih menekankan kepada penglibatan murid untuk melakukan tunjuk ajar rukun fili di dalam solat dengan teratur semasa sesi pengajaran. Saya telah meminta beberapa orang murid untuk menjadi model di dalam kelas bagi setiap rukun fili yang telah diterangkan. Menurut Ahmad Mohd Salleh (2011), dalam menentukan arah dan hala tuju ke arah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru hendaklah memberi fokus kepada pengajarannya dengan menggunakan kaedah dan teknik yang pelbagai sesuai dengan topik yang diajar. Namun yang mengecewakan saya adalah terdapat segelintir murid yang tidak dapat memahami dan mengingati rukun fili dengan teratur. Selepas itu saya telah mengadakan beberapa langkah untuk memastikan murid itu betul-betul tidak memahaminya antaranya saya bertanyakan beberapa soalan berkaitan dengan rukun fili dalam bentuk lisan dan didapati murid ini tidak dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan betul. Ada di antara mereka yang mengambil masa yang agak lama untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan dan ada juga diantara mereka yang meminta bantuan rakan lain untuk memberikan jawapan. Keadaan yang sama juga berlaku semasa murid diminta untuk menjawab lambaran kerja yang diberikan. Beberapa orang murid dilihat termenung dan tidak menjawab soalan yang diberikan. Seterusnya melalui temubual yang telah dijalankan oleh saya dengan murid tersebut, didapati hanya segelintir sahaja yang tidak dapat mengingati rukun fili dengan baik. Malah ada di antara mereka yang masih terkeliru dengan pembahagian rukun dalam solat. Antara jawapan yang mengecewakan saya adalah ala ustaz saya keliru la, saya kurang yakin la. Kesimpulannya, murid ini masih gagal menguasai kemahiran baru dan masih gagal melasanakan amalan solat dengan sempurna. Jelaslah di sini, murid ini tidak memahami keseluruhan konsep solat. Ini disebabkan oleh sikap ambil mudah, daya ingatan yang lemah dan kurang penekanan didikan agama daripada keluarga. Memandangkan mata pelajaran Pendidikan Islam memerlukan keupayaan mengingat, ,menghafal, memahami dan melakukan apa yang dipelajari murid menyebabkan saya mencuba menghasilkan satu kajian untuk meningkatkan tahap ingatan murid tentang 7 perkara yang terkandung di dalam rukun fili dan tatacara melaksanakannya dengan betul. Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang ini, saya merasa terpanggil untuk memperbaiki tahap penguasaan murid dalam bidang ibadah ini terutama sekali yang melibatkan rukun fili dalam solat. Ini supaya murid ini tidak terkeliru dan dapat melakasanakan setiap rukun fili dalam solat dengan betul. Bagi meningkatkan daya ingatan murid tentang rukun fili, saya telah memperkenalkan satu bahan bantu yang bersesuaian dengan tahap murid supaya mereka dapat menguasai rukun fili dalam solat dengan baik dan kemudiannya dapat menunaikan solat dengan cara yang betul. Sesungguhnya solat yang sempurna akan menjadi benteng kepada diri daripada melakukan perkara kemungkaran sebagaimana kalam Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 45 : 'Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.Sehubungan dengan itu, saya merasakan masalah ini perlu diselesaikan dengan menggunakan kaedah tunjuk cara . Kaedah tunjuk cara yang saya jalankan ini mampu memberi murid mengingati dengan lebih cepat setiap rukun fili dengan betul seterusnya dapat mengaplikasikannya di dalam solat. Sebagai seorang guru adalah menjadi tanggung jawab menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang sempurna serta sentiasa memperbaiki amalan pengajaran agar mutu kualiti pengajaran dan pembelajaran bertambah baik dari semasa ke semasa.1.3 Refleksi Nilai PendidikanIbadah merupakan salah satu aspek yang dipandang tinggi dalam islam. Justeru penghayatan dalam ibadah akan membantu membina jiwa murid di samping membentuk keperibadian muslim yang sejati. Pemahaman dan penghayatan murid dalam ibadah akan membantu murid menyedarkan mereka supaya bertangunggjawab terhadap amalan masing-masing. Menurut Habsah Ayub (1995) menyatakan ibadah ialah satu pelaksanaan seseorang hamba yang dipersembahkan kepada tuhannya. Hal ini selaras dengan matlamat Pendidikan Islam iaitu menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, bertakwa serta berketerampilan untuk masa akan datang. Setelah meneliti hasil pengajaran yang dilakukan, saya sepatutnya lebih peka terhadap masalah murid. Masalah yang timbul ini telah membuatkan saya untuk bermuhasabah diri dan berasa bertanggungjawab untuk memastikan murid tersebut dapat menguasai dan memahami isi pelajaran dengan betul. Saya tidak boleh memandang enteng tentang hal tersebut kerana rukun fili merupakan elemen penting di dalam rukun solat. Justeru itu perkara tersebut tidak boleh dibiarkan dan jika dibiarkan murid tersebut akan berterusan melakukan kesalahan di dalam solat.Untuk menangani masalah tersebut, saya perlu lebih kreatif semasa menjalankan pengajaran. Oleh sebab kanak-kanak suka akan bahan bantu yang menarik. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menggunakan sumber pengajaran atau bahan bantu belajar yang berkonsepkan grafik. Ini secara tidak langsung mampu memberikan keseronokan kepada murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Saya berpendapatan ingin menggunakan bahan bantu yang lebih mudah untuk difahami dengan tepat rukun fili.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN2.1 Fokus KajianBerdasarkan refleksi pengalaman pengajaran yang lalu, saya telah mengenal pasti satu isu yang timbul dalam sesi PdP yang dijalankan. Isu ini perlu ditangani bagi memastikan saya dapat memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang berkesan. Antara isu timbul adalah murid tidak dapat mengingati rukun fili secara tertib. Perkara seperti ini harus diperhalusi dan dikupas dengan teliti secara mendalam bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik. Maka proses kajian ini adalah untuk membantu murid mengingati rukun fili dan melaksanakannya dengan betul.2.1 Tinjauan Masalah Tinjauan masalah dilakukan untuk mencari bukti atau data dalam menentukan soalan yang boleh dijadikan fokus kajian (Chow dan Jaizah, 2011). Saya telah menggunakan instrument pemerhatian, temu bual, lambaran kerja dan jurnal refleksi untuk mengumpul data awal bagi melaksanakan kajian ini. Jadual : Instrumen yang Digunakan untuk Mengumpul Data semasa Tinjauan AwalLANGKAHTINDAKANHURAIAN

Langkah 1 Permulaan sesi PdP Ibadah Rukun Solat26 Februari 2015:melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bidang Ibadah bagi tajuk rukun solat di tahun 4

Langkah 2Pemerhatian awalterhadap 27 orang murid dari kelas 4 SetiaUntuk mendapatkan maklumat mengenai tingkah laku murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

Langkah 3Analisis dokumenMenyemak lembaran kerja murid berkaitan mengenal pasti rukun fili di dalam solat

Langkah 4Temu bual Menemu bual beberapa orang murid secara tidak formal selepas PdP berlangsung.

Jadual di atas merujuk kepada proses tinjauan yang telah saya lakukan bagi mendapatkan data awal kajian. Ianya bertujuan untuk meninjau masalah yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Ibadah dalam tajuk rukun solat. Pada peringkat awal, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian bagi mendapatkan suatu maklumat yang dilakukan dengan melihat atau mendengar sesuatu peristiwa, kemudian hasil keputusan direkod di dalam bentuk yang sesuai mengikut kehendak kajian. Saya membuat pemerhatian tidak berstruktur sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pemerhatian dibuat adalah untuk melihat tingkah laku dan tindak balas murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran ibadah di bawah tajuk rukun solat.Dalam pada masa yang sama, saya telah mengambil langkah untuk menganalisis dokumen murid untuk mengenalpasti tahap kefahaman mereka terhadap rukun fili yang terdapat di dalam rukun solat. Lembaran kerja telah diberikan kepada murid untuk mengenalpasti adakah mereka dapat mengenalpasti dan menyenaraikan rukun fili secara teratur dan tepat. Jawapan yang diberikan oleh murid akan dianalisis untuk menyokong kesimpulan awal yang dibina bahawasanya, murid-murid hanya mengetahui rukun solat tetapi pada hakikatnya murid-murid tidak dapat menguasai pembahagian rukun solat itu. Akhir sekali, bagi mendapatkan maklum balas mengenai amalan pengajaran, saya telah menjalankan sesi temu bual bersama murid. Temu bual ini dilaksanakan setelah sesi PdP dijalankan. Tujuan temubual dilakukan untuk mendapat maklumat melalui berhubung secara lisan dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan dengan PdP bersama orang yang ditemubual. Kelebihan temubual ini ialah, lebih mudah bagi saya untuk mendapat data yang diperlukan dan juga maklumat yang diberikan itu jelas. Saya juga telah membuat temubual tidak berstruktur bersama guru pendidikan Islam untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tahap kecerdasan responden-responden. Seramai 5 orang murid dari kelas 4 Setia telah dipilih untuk ditemubual berdasarkan tingkahlaku dan tindak balas yang dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.2.2 Analisis Tinjauan Masalah Setelah saya mengenal pasti masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid tahun 4 iaitu kegagalan dalam mengenalpasti rukun fili di dalam solat secara teratur, sedikit kajian tentang permasalahan ini telah pun saya laksanakan. Berikut adalah cara-cara yang telah saya gunakan dalam menganalisis tinjauan masalah yang telah berlaku: Jadual : Analisis Tinjauan MasalahLangkahTindakanHuraian Analisis

Langkah 1PemerhatianHasil pemerhatian awal saya dapati terdapat 5 orang murid yang: tidak memberikan perhatian ketika dalam kelas suka berbual dengan rakan melakukan aktiviti sendiri mengelamun tidak aktif ketika aktiviti berkumpulan

Langkah 2Temu bual bersama murida) Terdapat beberapa orang murid yang kurang meminati pelajaran bidang ibadah terutamanya dalam tajuk rukun solat kerana mereka jarang solat di rumahb) Murid tidak dapat membezakan antara pembahagian rukun solat. Mereka terkeliru di antara rukun fili dengan rukun qaulic) Murid tidak memberikan tumpuan sekiranya tiada penggunaan bahan yang menarik.

Langkah 3Analisis DokumenLembaran kerja telah diberikan kepada murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. a) Skor yang diperolehi amat rendah kerana tidak dapat memahami apa yang diajar oleh guru di dalam kelas.

Jadual ini merujuk kepada proses analisis tinjauan masalah yang telah saya jalankan semasa proses PdP bidang ibadah dilaksanakan. Melalui kaedah pemerhatian, temubual bersama murid dan analisis dokumen, disini saya dapat simpulkan bahawa segelintir murid daripada kelas 4 Setia tidak dapat menguasai isi pelajaran yang telah mereka pelajari. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah memikirkan satu bahan untuk menambah baik amalan pengajaran saya untuk pengajaran tajuk ini. Pemilihan bahan juga perlu teliti dan dikaji bagaimana ia dapat membantu saya meningkat ingatan dan penguasaan amalan murid dalam mengingati rukun fili secara teratur.Saya telah menggunakan bahan maujud untuk menyampaikan isi pelajaran rukun fili dalam Solat. Bahan Maujud ini saya namakan Carta Garisan. Carta Garisan bertindak membantu saya untuk menjelaskan setiap rukun fili yang terdapat dalam solat. Ia juga bertindak sebagai satu medium memberikan gambaran kepada murid setiap rukun fili yang terdapat dalam solat. Apabila saya menunjukkan satu pergerakan rukun fili dalam solat menggunakan Carta Garisan, murid dapat melihat tunjuk ajar daripada guru diselangi dengan penerangannya. Penggunaan Carta Garisan dilengkapi dengan garfik gambar yang boleh memberi kefahaman dan mudah untuk murid mengingatinya. Secara tidak langsung juga penggunaan bahan ini meningkatkan kemahiran berfikir murid dalam menganalisis sesuatu maklumat yang diterima. Perkara ini diakui Syed Ismail (2010) grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual yang dapat memberi satu atau lebih keterangan 2.3 Kriteria Pemilihan Fokusa) Kebolehtadbiran. Saya telah menggunakan Carta Garisan untuk menerangkan murid tentang rukun fili di dalam solat. Di sinilah murid dapat melihat setiap garisan bagi setiap rukun fili dan membantu murid mengingat rukun fili secara tersusun mengikut turutannya. Penggunaannya yang sangat mudah serta membantu mencapai objektif dalam masa yang singkat.

b) Kepentingan bahan. Carta Garisan dapat membantu murid memberi kefahaman dan mengingati urutan rukun fili dengan betul dan juga penting kepada guru kerana mampu menjadi penyumbang kepada pembangunan kurikulum pendidikan islam bagi bidang ibadah. Pengunaan Carta Garisan dapat membantu murid dan guru sama-sama saling berkolaborasi untuk membaik pulih amalan pengajaran dan pembelajaran. Contohnya Carta Garisan yang di gunakan sekiranya ia berjaya bererti murid membuktikan bahawa murid mudah belajar dengan pengunaan grafik gambar. Secara tidak langsung ia mendidik amalan guru menjadi lebih kreatif dalam penyediaan bahan bantu pengajaran.

c) Kebolehgunaan. Carta Garisan yang digunakan untuk tajuk rukun fili ini mudah untuk digunakan berkali-kali kerana ia bersifat maujud. Saiznya juga tidak terlalu besar, mudah alih dan mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja.

d) Kawalan Pengawalan bahan tidak terlampau sukar kerana bahan ini adalah bahan maujud dan mudah disimpan dan digunakan. Kos penyediaan bahan juga adalah murah dan tidak membebankan. Saya juga telah mengambil kira dari segi kawalan kelas. Saya merasakan penggunaan bahan ini dapat menarik minat murid kerana penggunaan gambar dan ilustrasi grafik yang berwarna-wani. Bahan juga tidak berbahaya kerana ia adalah berasaskan mounting board.

e) Kolaborasi Penggunaan kaedah ini dapat meningkatkan kolaborasi murid dan guru dan ini amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kolaborasi yang maksimum antara guru dan murid mampu untuk mempermudahkan pencapaian hasil dan objektif pembelajaran. Murid belajar daripada garisan yang mereka lihat dan melakukan setiap perbuatan dalam solat berdasarkan pengetahuan mereka sambil mendengar penerangan guru. f) Kerelevanan terhadap sekolahSebelum menghasilkan bahan ini, saya juga telah mengambil kira mengenai kerelevanan terhadap sekolah. Saya merasakan bahawa penggunaan Carta Garisan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja terutamanya guru-guru yang menghadapi masalah yang sama seperti saya. Ini kerana, Carta Garisan yang dihasilkan ini mudah dibawa kemana sahaja dan boleh dijadikan sebagai panduan untuk mengajar rukun solat.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN3.1 Objektif KajianAntara objektif kajian ini adalah :1. Membantu murid mengingat susunan rukun fili secara tertib melalui pengunaan Carta Garisan.2. Menambah baik amalan guru dalam pengajaran ibadah menerusi penggunaan Carta Garisan.3.2 Persoalan KajianAntara persoalan Kajian ini adalah :1. Bagaimanakah Carta Garisan dapat membantu murid mengingati susunan rukun fili secara tertib?2. Bagaimanakah penggunaan Carta Garisan dapat membantu guru menambah baik amalan pengajarannya?

4.0 KUMPULAN SASARANKajian ini hanya mengambil lima orang murid sahaja daripada kelas 4 Setia di Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang, Sungai Pelek sebagai sampel. Mereka terdiri daripada murid yang telah gagal di dalam ujian. Kesemua mereka gagal mengenali, mengingati dan membezakan antara rukun fili dengan rukun solat yang lain. Jadual 1 : Ciri-ciri responden kajianNOPERKARAKRITERIA / SPEFIKASI

1Bilangan responden

Lima orang

2KelasTahun 4 Setia

3JantinaI. Dua orang perempuanII. Tiga orang lelaki

4Jawatan MuridResponden 1 (L1): Pengawas Pusat SumberResponden 2 (L2): Pengawas SekolahResponden 3 (L3): Pengawas Pusat SumberResponden 4 (P1): Pengawas Pusat Sumber Responden 5 (P2): Penolong Kelas

5Prestasi Akedemik

Kesemua murid gagal untuk mengingati rukun fili secara tertib. Mereka tidak dapat membezakan antara rukun fili dengan rukun qauli di dalam solat.

6Ciri-ciri unikResponden 1 (L1):Seorang yang suka main didalam kelasResponden 2 (L2):Seorang yang pendiam di dalam kelasResponden 3 (L3):Seorang yang aktif didalam kelasResponden 4 (P1):Seorang yang pemalu dan pendiam di dalam kelas.Responden 5 (L3):Seorang yang selalu hilang tumpuan di dalam kelas

Kajian ini melibatkan lima orang murid yang berumur 11 tahun. Pemilihan murid ini sebagai responden kerana mereka menepati dan memenuhi kehendak kajian. Responden yang dipilih seharusnya mempunyai kebarangkalian yang tinggi dalam menunjukkan kesan dan perubahan dalam bimbingan yang dijalankan. Kesemua responden menghadapi masalah atau penguasaan asas di dalam solat. Mereka pasti tidak dapat mengenal pasti rukun fili dalam solat dengan betul. Mereka turut keliru dalam susunan rukun fili secara tertib. Pemilihan mereka turut dipersetujui oleh guru pembimbing selaku guru mata pelajaran Pendidikan Islam tahun 4 Setia. Saya berazam untuk membantu kesemua responden dengan memilih mereka sebagai sampel kajian untuk menilai sejauh mana penggunaan Carta Garisan dapat membantu murid menguasai rukun fili secara tertib.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN5.1 Prosedur Tindakan Dalam kajian ini, saya telah memilih Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart bagi melaksanakan tindakan. Model ini dilihat bersesuaian dengan perancangan tindakan yang telah disusun sebelum ini. Adaptasi dari model Kemmis & MC Taggart (1988) merangkumi empat langkah seperti di bawah:

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart

5.1.1 Refleksi Selepas saya menjalankan proses PdP tajuk rukun solat di kelas 4 Setia, didapati ada beberapa orang murid masih lagi tidak berjaya mengingati pembahagian rukun solat terutamnya rukun fili. Dalam pengajaran yang lalu saya telah menggunakan kaedah tunjuk cara dan penerangan kepada murid. Saya telah meminta beberapa orang murid menjadi model untuk melakukan tunjuk cara setiap rukun fili beserta penerangan yang diberikan oleh saya.Pada mulanya saya menjangkakan pengajaran yang saya akan jalankan pada hari tersebut mencapai objektif seperti yang ditetapkan. Namun, ia tidak seperti yang dijangkakan. Saya mendapati masih terdapat beberapa orang murid tidak mengingati rukun fili secara tertib dan tidak dapat membezakan antara rukun fili dengan rukun qauli. Apabila disoal kembali di akhir pengajaran murid kelihatan teragak-agak untuk menyebut rukun fili secara teratur.. Malah ada juga yang keliru pembahagian rukun solat antara rukun fili dan rukun qauli. Disamping itu saya telah meminta murid tersebut melakukan setiap pergerakkan di dalam rukun fili, ternyata murid tersebut masih belum menguasainya dan melakukannya dengan tidak sempurna.5.1.2 MerancangSetelah mendapati murid saya mempunyai banyak masalah dalam mengingati setiap perlakuan rukun fili, maka telah timbul satu idea baharu yang mana idea ini merupakan satu bahan maujud hasil gabungan daripada garisan dengan grafik bergambar. Bahan ini sebagai alternatif bagi membantu murid mengatasi masalah tersebut. Saya telah menggabungkan kedua-dua idea ini dalam satu yang namakan Carta Garisan seperti yang dipaparkan pada rajah dibawah.

Rajah : Carta Garisan Rukun Fili Saya telah memilih bahan ini adalah bertujuan membantu murid mengingati rukun fili dengan tertib. Setiap rukun fili dipaparkan dalam bentuk paparan garisan dan grafik bergambar bertujuan memperkenalkan semua rukun fili dengan tertib dan seterusnya membantu murid untuk mengingati proses urutan rukun fili dalam solat. Selain itu, setiap rukun fili yang dipaparkan, murid diberikan penerangan tentang cara melakukannya supaya murid jelas dan faham akan setiap rukun fili dengan betul. 5.1.3 TindakanDalam fasa tindakan ini, saya telah menggunakan bahan maujud iaitu Carta Garisan yang dilengkapi dengan grafik bergambar semasa menjalankan intervesi. Semasa menjalankan pengajaran Rukun Fili saya telah memaparkan 7 garisan yang mana setiap garisan itu melambangkan setiap rukun fili. Saya telah meminta murid menyebut setiap rukun fili dalam solat yang dipaparkan dalam bentuk garisan secara berkumpulan dan disertai dengan penerangan.Bagi menerangkan setiap rukun fili dalam solat saya sendiri juga turut menjadi model kepada murid bagi menunjuk cara melaksankannya dengan betul dan diikuti oleh murid. Selepas itu, saya telah meminta murid melakukan setiap rukun fili dalam solat tanpa bimbingan saya. Seterusnya saya bersoal jawab kembali dengan murid. Pada akhir pengajaran saya telah memberikan lembaran kerja untuk mengukur kefahaman dan ingatan mereka sejurus selesai PdP. Rajah ini menunjukkan siri tindakan yang telah saya jalankan dengan menggunakan Garisan.

Prosedur Penggunaan Carta Garisan Rajah 3 : Prosuder Penggunaan Action BookGuru memaparkan Carta Garisan yang dilengkapi dengan garisan, tulisan dan grafik.Guru meminta murid menyebut satu persatu garisan mengikut urutan yang telah ditetapkan

Murid diminta untuk melakukan semula setiap rukun fili dalam solat secara kumpulan Murid bersoal jawab dengan guru dan menyebut kembali tentang setiap rukun fili yang telah diajarkan oleh guru.

Guru mengedarkan lembaran kerja murid.Guru menunjuk cara setiap fungsi garisan tersebut. Guru memberi penerangan tentang setiap fungsi garisan berdasarkan Carta Garisan yang dipaparkan

5.1.4MemerhatiDi dalam proses ini, saya telah membuat pemerhatian terhadap minat murid dengan menggunakan Carta Garisan semasa proses PdP. Saya mendapati murid memberikan perhatian sepenuhnya dan melibatkan diri dengan baik semasa menjalankan aktiviti tunjuk cara setiap rukun fili dalam solat. 5.2Cara Mengumpul DataSemasa melaksanakan kajian, saya telah menggunakan beberapa instrumen untuk mengumpul data. Saya menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen (lembaran kerja murid) bagi mengumpul data yang diperlukan kajian ini.Jadual : Instrumen data kajianINSTRUMENTUJUAN

Pemerhatian

Mengenal pasti tingkah laku dan respon responden sepanjang proses PdP yang dijalankan.

Temu Bual

Temu bual dijalankan untuk mendapatkan maklum balas responden mengenai penggunaan Carta Garisan.Untuk mengukuhkan jawapan daripada pemerhatian yang telah dijalankan ke atas responden.

Anaslisis dokumen (lembaran kerja murid)Lembaran kerja diberikan selepas selesai sesi PdP dijalankan untuk mengukur tahap ingatan murid dan kefahaman murid terhadap isi pelajaran.

5.2.1 PemerhatianMuhammad Hazman (2009) menyatakan bahawa pemerhatian merupakan satu teknik pengutipan data dengan memerhati tingkah laku respondan kajian secara langsung. Pemerhatian dilakukan dengan merekod butiran catatan melalui nota atau sebagainya tentang situasi yang berlaku di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan satu jenis pemerhatian iaitu pemerhatian berstrukutur.Bagi pemerhatian berstruktur ini saya telah menggunakan satu senarai semak untuk menilai penguasaan dan tingkah laku murid secara lebih tepat. Senarai semak ini saya telah mengkategorikan kepada beberapa item. Melalui kategori-kategori item yang telah saya tetapkan ini mengandungi aspek-aspek penilaian yang ingin dinilai semasa saya menjalankan proses PdP menggunakan Carta Garisan. Jadual 5, menunjukkan senarai semak yang telah saya gunakan dalam kajian ini.

Jadual : Senarai Semak Pemerhatian

5.2.2 Temu BualTemu bual merupakan alat penyelidikan iaitu subjek dan penyelidik wujud ketika proses untuk memperoleh dapatan kajian (Sukardi, 2004: Mohd, 2005: Nana, 2005), berkenaan dengan fakta, kepercayaan. Dalam temu bual ini saya dijalankan secara individu bersama respondan. Tujuaanya adalah untuk mendapatkan jawapan responden tentang adakah penggunaan Carta Garisan membantu meningkatkan minat dan tahap ingatan mereka terhadap PdP Rukun Fili yang telah mereka pelajari. Temu bual yang saya jalankan ini juga adalah sebagai lanjutan kepada pemerhatian yang telah saya jalankan kepada responden. Jawapan yang diberikan oleh responden adalah sebagai bukti untuk mengukuhkan lagi sejauh mana keberkesanan Carta Garisan dalam PdP Rukun Fili dalam solat. Temu bual ini adalah temu bual berstruktur yang mana item soalan utama disediakan untuk mendapat jawapan daripada responden dan soalan susulan diperincikan lagi berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden. Jadual ini menunjukkan item temu bual yang telah saya gunakan semasa mendapatkan data kajian ini.

ITEM TEMU BUAL

NAMA : KELAS : TARIKH / HARI : MASA : TEMPAT :

1. GURU : Adakah penggunaan Carta Garisan dapat membantu kamu mengingati Rukun Fili secara tertib? Kenapa? MURID : __________________________________________________2. GURU : Apakah penggunaan grafik di dalam Carta Garisan membantu anda mengingat rukun fili dalam solat? kenapa?MURID : ________________________________________________

3. GURU : Apakah perasaan kamu apabila saya menggunakan Carta Garisan dalam tajuk ini? kenapa?MURID : __________________________________________________

5.2.3 Analisis Dokumen (Lembaran Kerja Murid)Analisis dokumen digunakan adalah untuk membantu penyelidik mendapatkan data secara objektif melalui dokumen, serta tidak memerlukan kehadiran responden dan juga dapat memberikan data yang konsisten kerana segala data diperoleh secara tersurat, ia juga dapat digunakan untuk memperoleh kesahan sesuatu jawapan yang diperoleh (Frankel, 2007). Dalam analisis dokumen ini saya telah menyediakan lembaran kerja kepada murid semasa proses PdP. Lembaran kerja ini merupakan dokumen untuk mengukur tahap pencapaian dan ingatan murid dalam proses PdP ini. Dalam lembaran kerja ini dapatlah menguji tahap kemahiran murid untuk mengenali rukun fili dalam solat dan kemahiran menyusun setiap rukun fili secara tertib dan betul. Jadual ini menunjukkan lembaran kerja yang telah saya berikan kepada responden untuk menguji daya ingatan responden terhadap PdP yang dijalankan.

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Analisis data dan interpretasi data merupakan satu proses menganalisis data yang telah diperolehi oleh penyelidik. Dalam kajian ini saya telah menggunakan 3 instrumen utama untuk mengumpul data kajian iaitu instrumen pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Untuk analisis dokumen ini melibatkan lembaran kerja dengan refleksi guru. Dengan menganalisis kesemua data yang diperolehi ini, pengkaji dapat melaporkan hasil kajian dan seterusnya membuat ulasan.

6.1 Data PemerhatianSemasa proses pemerhatian ini saya telah menjalankannya secara dua peringkat iaitu sebelum pelaksanaan kajian dan selepas pelaksanaan kajian. Berikut adalah jadual yang menunjukkan data pemerhatian sebelum dan selepas pelaksanaan kajian.Data Pemerhatian Sebelum BilASPEK YANG DINILAIR1R2R3R4R5

1Murid memberi perhatian dan tumpuan Xxxx/

2Murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru. Xx///

3Murid menunjukkan minat terhadap pembelajaranX/x//

4Murid mengenal pasti rukun fili dengan betulXxxxx

5Murid boleh mengingat rukun fili mengikut susunan dengan betul.Xxxxx

6Murid boleh melakukan 7 pergerakan rukun fili dalam solat dengan sempuna xxxxx

Data Pemerhatian Selepas BilASPEK YANG DINILAIR1R2R3R4R5

1Murid memberi perhatian dan tumpuan /////

2Murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru. /////

3Murid menunjukkan minat terhadap penggunaan garisan solat/////

4Murid mengenal pasti rukun fili dengan betul/////

5Murid boleh mengingat rukun fili mengikut susunan dengan betul./////

6Murid boleh melakukan 7 pergerakan rukun fili dalam solat dengan sempuna :

i. Berdiri betul

/

/

/

/

/

ii. Rukuk/////

iii. Iktidal/////

iv. Sujud/////

v. Duduk Antara Dua Sujud/////

vi. Duduk Tahyat Akhir/////

vii. Tertib /////

Jadual di atas menunjukkan hasil dapatan kajian sebelum dan selepas pelaksanaan kajian yang dijalankan keatas lima orang respondan. hasil dapatan ini diperolehi melalui pemerhatian yang telah dilaksanakan semasa proses PdP dijalankan. Respondan telah menunjukkan perubahan yang positif selepas penggunaan Carta Garisan dimana mereka telah menumpukan perhatian dan tumpuan terhadap PdP selain dilihat berminat dengan penggunaan Carta Garisan. Perubahan tingkah laku respondan ini menunjukkan mereka mulai berminat untuk mengikuti proses pembelajaran dan merasakan pengguanaan Carta Garisan ini membantu mereka untuk mengingati rukun fili dengan tertib dalam solat. Selain itu, dari segi kefahaman iaitu respondan dapat mengenali setiap rukun fili yang terdapat dalam solat. Jika sebelum penggunaan Carta Garisan ini semua responden tidak faham apa itu rukun fili dalam solat. Namun selepas mendengar penerangan oleh saya dan dibantu penggunaan Carta Garisan murid faham apa itu rukun fili dalam solat. Apabila disoal kembali murid dapat menjawab dengan tepat. Seterusnya saya menilai dari segi ingatan murid tentang susunan rukun fili secara tertib. Ternyata semua responden tidak dapat menyebut setiap rukun fili dalam solat secara tertib sebelum penggunaan Garisan. Namun selepas penggunaan Garisan terdapat peningkatan berlaku ialah jika sebelum ini murid tidak berjaya mengingat rukun fili dengan tertib namun selepas melalui tindakan intervensi ini murid berjaya menigingat rukun fili dengan tertib.Melalui pemerhatian ini juga, saya dapat melibat perubahan ketara yang berlaku kepada R1, R2, R3, R4 dan R5. Jika sebelum ini, respondan tidak dapat melakukan setiap rukun fili dalam solat dengan sempurna malah ada yang melakukan kesilapan semasa malakukannya. Namun, selepas penggunaan Carta Garisan kesemua responden dapat melakukan setiap rukun fili dengan sempurna dan tertib. Secara kesimpulannya, hasil pemerhatian yang dilakukan selepas penggunaan Carta Garisan ini respondan dapat menunjukkan perubahan yang positif pada aspek tingkah laku dan tahap penguasaan respondan terhadapt rukun fili. 6.2 Data Temu BualSaya telah menjalankan temu bual bersama responden secara individu. Temu bual ini dijalankan bagi mendapatkan jawapan responden tentang adakah penggunaan Carta Garisan dapat membantu meningkatkan minat dan tahap ingatan mereka terhadap PdP Rukun Fili di dalam Solat yang telah mereka pelajari. Temu bual yang saya jalankan ini juga adalah sebagai lanjutan kepada pemerhatian yang telah saya jalankan kepada responden. Jawapan yang diberikan oleh responden adalah sebagai bukti untuk mengukuhkan lagi sejauh mana keberkesanan penggunaan Carta Garisan dalam proses PdP. Temu bual ini adalah temu bual berstruktur yang mana item soalan utama disediakan untuk mendapat jawapan daripada responden. Berikut adalah hasil anaslis data temu bual yang dilakukan ke atas responden secara individu.Jawapan Respondan Bagi Soalan 1Adakah penggunaan Carta Garisan membantu kamu mengingati Rukun Fili secara tertib? Kenapa?

R1Ya, sebab ada garisan, tulisan dan gambar., lepastu ustaz terang lagi ingat

R2Ya, sebab ustaz suruh saya buat ikut dalam garisan sebab tu ingat

R3Ya, sebab ada susunan garisan yang tertib

R4Ya, sebab dapat tiru setiap garisan itu

R5Ya, sebab tengok garisan dan gambar mudah ingat, lepastu bila nak ingat saya bayangkan semula.

Berdasarkan kepada jadual di atas menunjukkan bahawa kelima-lima responden menunjukkan peningkatan yang positif selepas penggunaan Carta Garisan dimana mereka semua dapat mengingati rukun fili secara tertib. Ini kerana bahan bantu dilengkapi dengan garisan, tuliasan dan grafik memudahkan mereka mengingat dan melakukan setiap rukun fili secara tertib dan sempurna.

Jawapan Respondan Bagi Soalan 2Apakah penggunaan grafik bergambar dalam Carta Garisan membantu anda meningat rukun fili dalam solat? Kenapa?

R1 Ya, sebab ada grafik gambar lagi menarik dan senang ingat

R2Ya, sebab tengok grafik tu dah faham

R3Ya, sebab grafik dapat membantu saya mengingati rukun fili dalam solat

R4Ya, kalau tiada grafik susah nak ingat

R5Ya, sebab grafik ringkas mudah saya ingat

Berdasarkan jadual diatas menunjukkan bahawa dengan penggunaan grafik bergambar dalam Carta Garisan membantu respondan untuk mengingati setiap rukun fili dalam solat. Hal ini menunujukkan bahawa penggunaan grafik bergambar membantu respondan melihat gambaran isi pelajaran yang disampaikan dengan lebih mudah dan jelas. Jawapan Respondan Bagi Soalan 3Apakah perasaan kamu apabila saya menggunakan Carta Garisan dalam tajuk ini? Kenapa?

R1Seronok kerana garisan solat dapat menarik perhatian saya

R2Menarik sebelum ini ustaz tak pernah ajar ini

R3Seronok sangat, sebab saya tak ganggu kawan lagi

R4Suka sangat bila ustaz tunjuk garisan ada gambar, garisan dan gambar saya tak keliru lagi

R4Seronok, sebab garisan itu cantik dan senang ingat

Berdasarkan jadual diatas menunjukkan perasaan responden apabila menggunakan Carta Garisan dalam proses PdP bagi tajuk Rukun Fili. Didapai kesemua respondan menunjukkan perasaan yang positif selepas penggunaan Carta Garisan. Ini menunjukkan penggunaan Carta Garisan mampu menarik perhatian dan meningkatkan fokus murid terhadap sesi PdP yang telah dijalankan. Selain itu dapat membantu murid mengenal dengan lebih jelas setiap rukun fili secara tertib dan membantu meningkatkan ingatan mereka terhadap rukun fili Secara keseluruhannya, pengakuan responden mengukuhkan lagi bahawa penggunaan Carta Garisan bukan sahaja membantu mereka untuk mengingat malahan dapat menarik minat dan meningkatkan motivasi diri responden sepanjang pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.6.3 Analisis Dokumen Analisis dokumen bertujuan untuk mengutip data atau maklumat berguna daripada dokumen yang dikaji. Selain itu, ia juga sebagai bahan penyokong dan pembuktian keatas data pemerhatian, temu bual dan selainnya (Yin, 1984). Terdapat dua jenis analisis dokumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu lembaran kerja, dan jurnal refleksi guru.

6.3.1 Data Analisis Dokumen ( Lembaran Kerja Murid) Analisis dokumen yang saya gunakan untuk kajian ini ialah lembaran kerja. Lembaran kerja ini saya telah berikan kepada murid bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan murid terhadap sesuatu tajuk. Saya telah memberikan dua set lembaran kerja kepada murid berkenaan tajuk rukun fili iaitu set lembaran kerja pertama memerlukan murid memilih dan menyusun rukun fili secara tertib manakala set lembaran kerja kedua berkaitan dengan murid perlu mengenali rukun fili dalam solat. Lembaran kerja ini berfokus kepada ingatan murid terhadap rukun fili. Jadual di bawah merupakan hasil analisis lembaran kerja yang telah dilakukan oleh murid.Analisis Dokumen Lembaran Kerja MuridRESPONDENMARKAH SEBELUMMARKAH SELEPAS

R13/1312/13

R22/1312/13

R33/1313/13

R42/1313/13

R52/1313/13

Berdasarkan kepada hasil dapatan analisis dokumen (lembaran kerja) murid, seramai tiga orang responden dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dan mendapat markah penuh.Hanya dua orang responden iaitu R1 dan R2 sahaja yang tidak berjaya menjawab satu soalan dengan betul pada set lembaran kerja kedua iaitu mengenali rukun fili dalam solat. Responden ini tidak berjaya menjawab set lembaran kerja pertama dengan sempurna kerana mereka terkeliru dengan gambar yang yang dipaparkan dalam set lembaran kerja. Namun pada bahagian pertama soalan iaitu pada bahagian memlilih dan menyusun semula setiap rukun fili secara tertib, respondan in dapat menjawab soalan ini dengan betul semua. Namun begitu, walaupun respondan ini tidak dapat markah penuh dalam set lembaran kerja pertama tetapi meraka masih menguasai isi pelajaran yang telah saya tetapkan iaitu memilih dan menyusun rukun fili secara tertib. Kesimpulannya, hasil dapatan menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian murid sebelum dan selepas penggunaan Carta Garisan yang dijalankan. Secara keseluruhannya, Carta Garisan dapat membantu responden mengingat dan menjawab soalan yang diberikan dengan betul dan tepat.6.3.2 Data Analisis Dokumen ( Jurnal Refleksi Guru) Jurnal refleksi guru telah dicatatkan pada setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung yang bertujuan untuk merekodkan sebarang peristiwa yang berlaku semasa kajian ini dijalankan. Berikut adalah catatan jurnal refleksi guru direkodkan yang dijalankan guru semasa menjalankan kajian ini.

Tarikh : 29 Julai 2015Aktiviti: Penggunaan Carta Garisan

"...Saya telah memperkenalkanCarta Garisan kepada murid. Mereka kelihatan teruja dan tidak sabar untuk menggunakan bahan ini. Mungkin salah saya kerana sebelum ini saya kerap menggunakan kad imbasan yang biasa membuatkan murid semakin bosan untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka dapat menggunakan Carta Garisan mengikut prosedur yang saya telah terangkan dengan baik. Setelah mereka menggunakan Carta Garisan ini berulang kali, saya dapat melihat perubahan-perubahan tingkah laku mereka ke arah yang positif dan pengusaan mereka dalam mengingati rukun fili pun bertambah baik..."

7.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini saya akan menerangkan hasil dapatan kajian daripada analisis data yang diperolehi melalui instrumen yang digunakan sepanjang pelaksanaan kajian tindakan .Namun begitu sebagai seorang pengkaji saya dapat melalui pelbagai pengalaman yang bermakna sepanjang menjalankan kajian tindakan ini bersama respondan. Ini kerana saya dapat melihat perubahan positif terhadap respondan-respondan sepanjang kajian ini dilaksanakan. Perkara ini dapat dibuktikan dengan hasil dapatan yang dikumpulkan melalui instrument pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Kesemua instrumen ini mestilah menjawab dua soalan kajian yang telah ditetapkan pada permulaan kajian bertujuan untuk mengukur keberkesanan penggunaan Carta Garisan dalam mengubah amalan pengajaran saya seterusnya membantu murid Tahun Empat mengingati Rukun Fili secara tertib.

7.1 Soalan Kajian PertamaBagaimanakah Carta Garisan dapat membantu murid mengingati susunan rukun fili secara tertib?Persoalan ini telah terjawab melalui keputusan daripada data analisis pemerhaian, temubual dan lembaran kerja murid. Berdasarkan kepada analisis data yang dibuat, kesemua respondan menunjukkan perubahan yang positif terhadap penggunaan Carta Garisan dalam PdP Rukun Fili dan dapat membantu murid mengingati setiap rukun fili dengan tertib. Perkara ini dapat dibuktikan melalui instrumen pemerhatian yang telah saya jalankan semasa proses PdP menggunakan Carta Garisan dimana kesemua respondan dapat mengingati setiap rukun fili secara tertib. Berikut adalah data yang diperolehi melalui pemerhatin: Bil Aspek Yang DinilaiR1R2R3R4R5

4Murid mengenal pasti rukun fili dengan betul/////

5Murid boleh mengingat rukun fili mengikut susunan dengan betul./////

6Murid boleh melakukan 7 pergerakan rukun fili dalam solat dengan sempuna :

i. Berdiri betul

/

/

/

/

/

ii. Rukuk/////

iii. Iktidal/////

iv. Sujud/////

v. Duduk Antara Dua Sujud/////

vi. Duduk Tahyat Akhir/////

vii. Tertib /////

Jadual di atas menunjukkan dapatan hasil kajian selepas penggunaan Carta Garisan yang diperolehi melalui pemerhatian yang telah dilaksanakan. Perubahan ketara dapat dilihat kepada R1, R2, R3, R4 dan R5 apabila kesemua responden dapat mengenalpasti setiap rukun fili dengan betul. Selain itu, dengan penggunaan Carta Garisan ini respondan dapat mengingati setiap rukun fili dengan betul dan dapat melaksanakannya dengan sempurna. Keberkesanan mengguanakan Carta Garisan dalam proses PdP dapat dibuktikan melalui hasil tunjuk ajar yang dilakukan oleh murid. Pencapaian hasil aktiviti tunjuk ajar boleh dilihat pada jadual di atas. Melalui pemerhatian yang dijalankan, jika sebelum ini murid tidak berjaya mengenalpasti dan mengingati rukun fili secara tertib namun selepas penggunaan Carta Garisan saya berjaya membantu respondan menguasai setiap rukun fili dengan tertib. Ini juga dapat dibuktikan melalui hasil temubual bersama responden : R1Ya, sebab ada garisan, tulisan dan gambar., lepastu ustaz terang lagi ingat R2Ya, sebab ustaz suruh saya buat ikut dalam garisan sebab tu ingatR3Ya, sebab ada susunan garisan yang tertibR4Ya, sebab dapat tiru setiap garisan ituR5Ya, sebab tengok garisan dan gambar mudah ingat, lepastu bila nak ingat saya bayangkan semula.Penggunaan grafik bergambar dalam Carta Garisan juga memberi impak terhadap daya ingatan murid. Hal ini dapat dibuktikan melalui tembual bersama responden :R1 Ya, sebab ada grafik gambar lagi menarik dan senang ingatR2Ya, sebab tengok grafik tu dah fahamR3Ya, sebab grafik dapat membantu saya mengingati rukun fili dalam solatR4Ya, kalau tiada grafik susah nak ingatR5Ya, sebab grafik ringkas mudah saya ingat Hasil analisis dokumen kerja murid juga membuktikan penggunaan Carta Garisan menjawab soalan kajian yang pertama apabila tiga daripada lima orang dapat menjawab kesemua soalan yang diberikan dengan betul.RESPONDENMARKAH SEBELUMMARKAH SELEPAS

R13/1312/13

R22/1312/13

R33/1313/13

R42/1313/13

R52/1313/13

Kesimpulanya Penggunaan Carta Garisan dalam amalan pengajaran yang telah saya laksanakan membantu murid mengingati rukun fili secara tertib. Ini juga adalah kerana pengajaran menggunakan kaedah penerangan dan tunjuk ajar yang berpandukan garisan dan gambar memudahkan murid memahami sesuatu perkara dalam masa yang singkat.

7.2 Soalan Kajian KeduaBagaimanakah penggunaan Carta Garisan dapat membantu guru menambah baik amalan pengajarannya? Soalan kajian ini Soalan kajian ini dijawab berdasarkan tiga instrumen iaitu pemerhatian, temu bual dan jurnal refleksi guru. Hasil dapatan pemerhatian menunjukkan R1, R2, R3, R4 dan R5 memberikan tindak balas yang positif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung apabila responden menunjukkan perubahan tingkah laku ke arah positif. Respondan lebih mudah menumpukan perhatian, selalu angkat tangan untuk menjawab soalan daripada guru dan mula menunjukkan minat untuk terlibat secara secara aktif dalam pembelajaran. Berikut adalah bukti pemerhatian yang dilakukan ke atas lima orang responden:BilASPEK YANG DINILAIR1R2R3R4R5

1Murid memberi perhatian dan tumpuan /////

2Murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru. /////

3Murid menunjukkan minat terhadap proses PdP/////

Seterusnya bagi menjawab soalan kajian ini saya telah menggunakan instrumen temu bual yang mengandungi satu soalan bagi mendapatkan respon responden mengenai rutin pengajaran yang diamalkan guru dalam bilik darjah kini mampu membuatkannya kembali berminat dengan proses pengajaran. Berikut adalah bukti hasil dapatan temubual yang dijalankan terhadap responden: R1Seronok kerana garisan solat dapat menarik perhatian sayaR2Menarik sebelum ini ustaz tak pernah ajar ini R3Seronok sangat, sebab saya tak ganggu kawan lagiR4Suka sangat bila ustaz tunjuk garisan ada gambar, garisan dan gambar saya tak keliru lagiR5Seronok, sebab garisan itu cantik dan senang ingat

Selain itu, untuk mengukuhkan lagi terjawabnya soalan kajian yang kedua ini, saya telah menggunakan analisis jurnal refleksi guru yang bertarikh 29 Julai 2015 ketika saya memperkenalkan serta menggunakan Carta Garisan ke atas kelima-lima orang responden. Jurnal refleksi guru tersebut menunjukkan bahawa murid kembali berminat dalam proses PdP yang dilaksanakan. Hal ini kerana, kelima-lima orang responden ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang membuatkannya sukar untuk menumpukan perhatian dan sebagainya. Oleh itu penggunaan Carta Garisan ini, banyak membantu responden mengatasi masalah-masalah yang dihadapi semasa sesi pembelajaran berlangsung supaya responden turut sama mencapai objektif pembelajaran seperti rakannya yang lain. Berikut adalah jurnal refleksi guru bertarikh 29 Julai 2015:"...Saya telah memperkenalkan Carta Garisan kepada murid. Mereka kelihatan teruja dan tidak sabar untuk menggunakan bahan ini. Mungkin salah saya kerana sebelum ini saya kerap menggunakan kad imbasan yang biasa membuatkan murid semakin bosan untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka dapat menggunakan Carta Garisan mengikut prosedur yang saya telah terangkan dengan baik. Setelah mereka menggunakan Carta Garisan ini berulang kali, saya dapat melihat perubahan-perubahan tingkah laku mereka ke arah yang positif dan penguasaan mereka dalam mengingati rukun fili pun bertambah baik..."

8.0 RUMUSAN / REFLEKSI SELEPAS KAJIAN

Bahagian ini adalah mengenai rumusan daripada keseluruhan kajian yang telah dijalankan terutamanya aspek kesignifikanan kajian ini serta refleksi selepas dapatan kajian yang telah diperolehi.

8.1 Rumusan Dapatan KajianPersoalan kajian 1: Bagaimanakah Carta Garisan dapat membantu murid mengingati susunan rukun fili secara tertib?Persoalan kajian ini telah dijawab melalui keputusan data pemerhatian, temu bual berstruktur, dan analisis dokumen (lembaran kerja murid). Sebelum intervensi dijalankan, murid-murid Tahun Empat ini tidak dapat mengingati rukun fili secara tertib dan sempuirna. Masalah ini dapat dikesan apabila saya membuat pemerhatian, temu bual serta analisis dokumen murid tersebut. Lantaran itu, dapatan kajian jelas menunjukkan kedua-dua objektif kajian dan soalan kajian dapat dicapai iaitu melalui penggunaan Carta Garisan ini yang dapat mengubah amalan rutin pengajaran dan pembelajaran guru serta membantu murid mengingati rukun fili secara tertib. Responden kajian telah menunjukkan perkembangan peningkatan yang positif dalam mengingati setiap rukun fili secara tetib. Keputusan dapatan kajian menunjukkan kesemua soalan kajian dijawab dan dikukuhkan dengan bukti-bukti data semasa kajian dijalankan. Pelaksanaan intervensi ini diharapkan dapat membantu murid dalam pembelajaran bahkan memastikannya dapat mempraktikkan dalam kehidupan seharian khusunya solat. 8.2 Refleksi Selepas DapatanHasil kajian ini diharapkan dapat dimanfaatkan kepada guru-guru, individu-individu serta diri sendiri kelak untuk memperbaiki mutu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ketika di dalam bilik darjah. Semoga kajian ini dapat membuktikan kajian berkaitan penggunan Carta Garisan ini telah banyak memberi impak dan manfaat terhadap tingkah laku responden semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kekuatan kajian ini dapat diukur apabila objektif kajian yang telah ditetapkan dapat dicapai. Saya berpendapat pencapaian objektif ini adalah satu kejayaan besar kerana untuk melakukan intervensi yang menarik dan berkesan bukanlah perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Namun begitu, saya bersyukur kerana intervensi yang dilakukan iaitu penggunaan Carta Garisan dapat membantu murid mengingati rukun fili dengan tertib. Tindak balas yang dipamerkan oleh respondan selepas mengikuti sesi intervensi bersama guru sangat membanggakan kerana respondan telah mampu menumpukan perhatian dalam pembelajaran serta kembali aktif untuk terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk memastikan muridnya menguasai dan mengamalkan ilmu yang telah disampaikan oleh mereka dengan betul terutamanya dalam perkara ibadah kerana berkaitan dengan amalan dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim.Secara kesimpulannya dapatlah saya simpulkan bahawa penggunaan Carta Garisan dapat membantu dan mendorong murid untuk mengingati rukun fili dengan tertib dan betul berbanding sebelum ini.

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYAMelalui amalan pengajaran saya ketika menjalani sesi pengajaran ibadah iaitu dengan penggunaan Carta Garisan sebagai bahan bantu mengajar telah berjaya membantu saya menyampaikan isi pelajaran bagi Rukun Fili dengan sempurna. Intervensi yang telah saya jalankan ini juga telah berjaya mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Murid juga kelihatan berminat dan seronok sepanjang saya menjalankan sesi PdP bagi tajuk ini. Walaupun begitu, terdapat beberapa cadangan kajian seterusnya sebagai penambahbaikan daripada kajian yang telah dijalankan ini:I. Melaksanakan kaedah permainan dalam proses PdP seperti permainan roda impian. Contohnya guru meletekkan setiap rukun fili dalam roda impian dan murid pusingkan roda tersebut. Jika murid peroleh roda impian yang mengandungi rukun fili, mereka diminta untuk membacakan dan melakukan tunjuk ajar rukun fili tersebut.II. Menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dalam pengajaran. Iaitu melaksanakan animasi bagi setiap rukun fili menggunakan carta garisan. Saya juga berharap melalui perlaksanaan kajian tindakan ini boleh menjadi inspirasi dan sumber idea untuk terus menambah baik amalan pengajaran kearah sesi pengajaran yang menarik, inovatif dan kreatif.