cabaran palestin

22
1.0 ISU KEGANASAN ANTARABANGSA DAN ISU ALAM SEKITAR MEMBERI KESAN KEPADA SUASANA POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL NEGARA Isu keganasan antarabangsa menjadi isu yang sentiasa wujud. Sejak dahulu lagi isu keganasan ini menjadi tanda tanya kepada kita. Mengapakah keganasan ini terus berlaku ibarat tidak ada penghujungnya? Contohnya,isu keganasan di Palestin yang sehingga ke hari ini masih lagi berlaku. Isu genanasan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin telah memberi kesan kepada suasana politik,ekonomi dan sosial negara tersebut. 1.1 LATAR BELAKANG PALESTIN Palestin terletak di persisiran Laut Meditteranien di Asia Barat. Kawasan sempadan utara Palestin bertemu Lubnan. Timur laut bertemu Syria,timurnya bersebelahan Jordan dan selatan pula Mesir. Palestin mempunyai keluasan yang diiktiraf mencecah 27 ribu km persegi dan menikmati cuaca beriklim Laut Meditteranien. Fisiografi Asia Barat memperlihatkan unsur-unsur kepelbagaian seperti banjaran gunung,padang pasir dan sungai-sungai yang mana telah mempengaruhi perkembangan sejarah di rantau ini.Dari segi tanah, Asia Barat mempunyai pelbagai jenis tanah pertanian yang subur.(Redzuan Othman,1991).Kedudukan Palestin di Asia Barat merupakan negara yang dianggap sebagai tanah yang suci dalam hati setiap Muslim.Terdapat Masjid al-Aqsa sebagai kiblat pertama orang Islam.Palestin juga merupakan tanah suci bagi orang Yahudi dan juga Nasrani. Di sini terdapat pusat-pusat keagamaan mereka yang besar seperti al-Quds,Bait Lahm dan an Nasirah (Dr. Muhsin) 1

Upload: haziq-iqbal

Post on 12-Dec-2015

68 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

cabaran terhadap sosial,ekonomi dan politik

TRANSCRIPT

Page 1: CABARAN PALESTIN

1.0 ISU KEGANASAN ANTARABANGSA DAN ISU ALAM SEKITAR MEMBERI KESAN

KEPADA SUASANA POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL NEGARA

Isu keganasan antarabangsa menjadi isu yang sentiasa wujud. Sejak dahulu lagi isu

keganasan ini menjadi tanda tanya kepada kita. Mengapakah keganasan ini terus berlaku

ibarat tidak ada penghujungnya? Contohnya,isu keganasan di Palestin yang sehingga ke hari

ini masih lagi berlaku. Isu genanasan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin telah

memberi kesan kepada suasana politik,ekonomi dan sosial negara tersebut.

1.1 LATAR BELAKANG PALESTIN

Palestin terletak di persisiran Laut Meditteranien di Asia Barat. Kawasan sempadan

utara Palestin bertemu Lubnan. Timur laut bertemu Syria,timurnya bersebelahan Jordan dan

selatan pula Mesir. Palestin mempunyai keluasan yang diiktiraf mencecah 27 ribu km persegi

dan menikmati cuaca beriklim Laut Meditteranien. Fisiografi Asia Barat memperlihatkan unsur-

unsur kepelbagaian seperti banjaran gunung,padang pasir dan sungai-sungai yang mana telah

mempengaruhi perkembangan sejarah di rantau ini.Dari segi tanah, Asia Barat mempunyai

pelbagai jenis tanah pertanian yang subur.(Redzuan Othman,1991).Kedudukan Palestin di

Asia Barat merupakan negara yang dianggap sebagai tanah yang suci dalam hati setiap

Muslim.Terdapat Masjid al-Aqsa sebagai kiblat pertama orang Islam.Palestin juga merupakan

tanah suci bagi orang Yahudi dan juga Nasrani. Di sini terdapat pusat-pusat keagamaan

mereka yang besar seperti al-Quds,Bait Lahm dan an Nasirah (Dr. Muhsin)

1.2 SEJARAH PENUBUHAN ISRAEL

Dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Kerajaan Turki Uthmaniah yang menguasai

sebahagian besar negara Islam termasuk Timur Tengah telah menyebelahi Jerman(Shafie

Abdul Rahman,2014).Chaim Weozmann menulis surat kepada Parlimen British supaya

mendapat persetujuan daripada Kerajaan British untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi di

Palestin. Parlimen British menyatakan persetujuaannya terhadap pembentukan sebuah negara

Yahudi di Palestin. Akhirnya, pada tahun 1936 sebuah suruhanjaya telah mencadangkan agar

Palestin dibahagikan kepada dua bahagian iaitu satu baghagian untuk orang Yahudi dan satu

bahagian untuk orang Arab-Palestin. Akhirnya,pada tahun 1947,sebanyak 33 buah negara

1

Page 2: CABARAN PALESTIN

menyokong orang Yahudi menerima 56% daripada bumi Palestin,13 buah negara

menentangnya dan 10 lagi negara berkecuali dalam perhimpunan Agung PBB(Shafie Abdul

Rahman,2014). Pada 15 Mei 1948,askar-askar Kerajaan British telah berundur dari Palestin

dan negara Israel tertubuh di Palestin.

1.3 SERANGAN ISRAEL KE ATAS PALESTIN

Negara Palestin di tadbir oleh pihak British setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa

Bersatu(PBB) bersetuju untuk memberi mandat kepada British. Ini dipanggil Mandat British.

Ketika negara Palestin ditadbir oleh British, rakyat di sana tidak berdiam diri. Ia seakan bentuk

penjajahan yang berlaku ke atas tanah mereka seperti mana yang boleh digamabarkan

dengan apa yang telah berlaku di Tanah Melayu dahulu (Mohd Roslan,2010). Sebelum

kedatangan Israel, Yahudi telah melakukan keganasannya ke atas Palestin. Peristiwa yang

tidak boleh dilupakan ialah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Yahudi

pada 9 April 1948 ke atas penduduk Deir Yasin(Mohd Roslan,2010). Menurut Jacques de

Reyneir (2005) iaitu Ketua Delegasi Persatuan Palang Merah Antarabangsa, beliau melihat

sendiri dan dapat menyatakan dengan jelas bahawa 300 orang telah dibunuh dengan kejam.

Mereka terdiri daripada orang tua lelaki, wanita,kanak-kanak dan bayi baru lahir. Jumlah

mangsa yang kehilangan tempat tinggal dikalangan orang Arab-Palestin tidak dapat ditentukan

jumlahnya dengan sahih kerana tiada data dan tiada bancian dibuat keatas pelarian (Henry

Cattan,1981).

Penduduk Arab di Palestin menerima kesan yang amat pedih setelah pengisytiharan

negara Israel. Ada diantara mereka dihalau keluar dari kampung halaman mereka dan

terpaksa keluar dari Palestin untuk mencari penempatan di kem-kem pelarian sementara yang

didirikan di sekitar tanah Palestin seperti Jordan dan Syria. Masih ramai yang menetap di kem-

kem pelarian ini sehingga hari ini(Mohd Roslan,2010).Perang 6-Hari yang berlangsung telah

dimenangi oleh Israel memebolehkan mereka menawan Jerusalem Timur pada bulan Jun

1967. Oleh itu, politik dan perundangan dikuasai oleh mereka hingga hari ini.Antara

kesannya,masyarakat Islam tidak dapat mengunjungi Masjid al-Aqsa secara bebas dan

terpaksa mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan. Masjid ini pernah diserang pada 21

Ogos 1969 oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Rakyat Palestin tidak pernah berdiam

diri untuk membebaskan mereka dari cengkaman Zionis. Mereka melakukan kebangkitan

secara besar-besaran pada tahun 1987 dan berlangsung hingga tahun 1993 kerana perjanjian

Oslo ditandatangani untuk tujuan perdamaian(Mohd Roslan,2010). Namun, kebangkitan ke-2

2

Page 3: CABARAN PALESTIN

berlaku pada tahun 2000 apabila Perdana Menteri Israel pada ketika itu,Ariel Sharon dan 1000

orang tenteranya melawat Masjid al-Aqsa yang dianggap suci oleh masyarakat Islam Palestin.

Lebih 200 orang Islam cedera dan sekurang-kurangnya 4 orang telah maut disebabkan protes

yang berlangsung(Gelvin,2005). Israel telah melakukan keganasan secara berterusan apabila

mereka menyerang Gaza pada akhir 2008 hingga Januari 2009. Kesannya, sekolah, masjid

dan apa sahaja bangunan telah dibom dan dimusnahkan oleh rejim Israel. Ribuan mangsa

telah terkorban melalui serangan ini. Keganasan ini berlaku kerana Israel mahu memerangi

Hamas yang dianggap golongan teroris yang memerintah Gaza pada ketika itu.

3

Page 4: CABARAN PALESTIN

1.4 KESAN KEGANASAN TERHADAP PALESTIN DARI SEGI POLITIK

Siri keganasan yang dilakukan Israel terhadap Palestin telah memberikan impak yang

cukup besar ke atas negara Palestin dari segi politik khususnya. Bumi Palestin telah berjaya

dikuasai oleh orang Yahudi sebanyak 78%. Hal ini disebabkan oleh penaklukan orang Yahudi

terhadap Palestin dan kekalahan Palestin dalam perebutan kawasan. Oleh yang demikian,

rakyat Palestin terpaksa menyerahkan tanah mereka dan hidup dalam keadaan merempat.

Seterusnya, beberapa kawasan yang didiami penduduk Arab turut menjadi kawasan yang

diletakkan dibawah pemerintahan tentera. Kerajaan Israel turut menghalang penduduk Arab

menubuhkan parti ‘Nasiolis Arab’ kerana risau akan kebangkitan rakyat Arab Palestin(Lois A.

Aroian). Konflik Palestin-Israel turut menyebabkan berlakunya peperangan diantara orang Arab

Palestin dan Israel kerana pengundian bagi pembahagian Palestin yang mana orang Yahudi

menerima pengiktirafan antarabangsa penubuhan sebuah negara. Sebagai contoh, peperangan

6-hari untuk menghalang Israel daripada berleluasa di Asia Barat( William,1994). Selain itu,

penduduk Palestin juga berada dibawah penguasaaan pemerintahan tentera dan setiap

pergerakan terbatas. Sekiranya perbuatan dilihat mencurigakan, mereka akan ditangkap dan

diperiksa. Malah boleh ditahan dengan sesuka hati. Keadaan ini dapat menggambarkan

kekejaman Israel melalui pemerintahan tenteranya terhadap rakyat Palestin.

1.5 KESAN KEGANASAN TERHADAP PALESTIN DARI SEGI EKONOMI

Ekonomi utama sebagahian besar penduduk Arab ialah bergantung kepada pertanian

semata-mata. Sebelum pertapakan Israel di Palestin, mereka boleh bebas melakukan kegiatan

ekonomi mereka. Namun,setelah kedatangan Israel. Mereka telah tertakluk kepada peraturan

pertahanan darurat yang diperkenalkan oleh pihak British ke atas bumi Palestin. Mereka

diibaratkan menjadi pelarian di negara sendiri. Selain itu, penduduk Palestin juga terpaksa

membuat catuan ekonomi dengan orang Yahudi. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka

terpaksa menjadi pekerja yang hanya bergantung kepada ekonomi Israel. Masyarakat yang

kehilangan tanah akibat dirampas terpaksa mencari pekerjaan di Israel demi meneruskan

hidup dan menyara keluarga. Ada juga di antara rakyat Palestin yang terpaksa bekerja dengan

orang Yahudi kerana majikan yang lama tidak mampu membayar gaji mereka. Walaupun

ekonomi mereka terpaksa digabungkan dengan pihak Israel,tidak semestinya mereka

bersetuju ke atas semua perkara dan peraturan yang ditetapkan oleh Yahudi Israel. Bukan

4

Page 5: CABARAN PALESTIN

sahaja dari segi pekerjaan, malah penduduk Palestin turut kehilangan tanah dan rumah

mereka dan ini menyukarkan lagi kehidupan mereka. Perampasan tanah dilakukan semasa

penduduk Palestin tidak berada di situ kerana kebanyakan mereka melarikan diri semasa

perang. Pihak Yahudi menggunakan alasan itu untuk merampas tanah-tanah mereka. Dalam

pada itu, peraturan baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Israel iaitu peladang-peladang

harus membuktikan bahawa mereka telah bercucuk tanam di atas tanah mereka

memburukkan lagi keadaan penduduk Arab Palestin.Bukan sahaja tanah, malah harta orang

Arab Palestin turut dirampas kerajaan Israel melalui Tabung Kebangsaan Yahudi yang

menghalalkan perampasan harta disebabkan ketiadaan pemilik asalnya(Rahmani,2006).

Kesimpulannya, mereka telah kehilangan punca ekonomi dan juga tanah serta harta benda di

negara sendiri.

1.6 KESAN KEGANASAN TERHADAP PALESTIN DARI SEGI SOSIAL

Dari segi sosial pula, usaha damai antara pelbagai pihak adalah sukar untuk dicapai.

Sebagai contoh, satu mesyuarat telah diadakan di PBB kerana Syria membantah bahawa

Israel telah mencabul gencatan senjata yang telah dipersetujui. Selain itu, pelbagai pihak tidak

berpuas hati akan draf plan damai yang dibuat oleh British yang mana telah dipersetujui oleh

PBB. Ini kerana tindakan British yang mementingkan kepentingan peribadi. Maka, tidak

hairanlah usaha damai menjadi sukar. Selain usaha damai sukar dicapai, rakyat Palestin

sering dipandang hina oleh Israel dan sesetengah negara Arab yang lain. Menurut Lois A.

Aroian (terj. Redzuan Othman,1991) Turki merasakan rakyat Palestin di pandang hina oleh

sesetengah pemimpin Arab dam Israel walaupun peluang pendidikan diberi oleh United

Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees (U.N.W.R.A). mereka dilayan dengan

buruk dan pemimpin Israel sendiri pernah memberi kenyataan bahawa dia menafikan

kewujudan masyarakat Palestin. Ini amat menyedihkan kerana pada asalnya negara yang

mereka duduki merupakan negara asal Palestin. Semangat untuk berjuang tidak pernah

terpadam dari masyarakat Palestin. Ia sebagai suatu tindak balas terhadap dunia yang

melabelkan mereka sebagai pelarian. Bukan sahaja mereka dipandang hina, rakyat Palestin

turut terpaksa melalui kekejaman dan kezaliman yang dilakukan Israel. Contohnya, peristiwa

pembunuhan beramai-beramai yang dilakukan di Palestin yang begitu kejam(Henry

Cattan,1981). Pelarian-pelarian Arab Palestin yang telah ditangkap oleh tentera Israel diseksa

dengan kejam dan berterusan. Pernah tersebar satu video dimana kanak-kanak ditangkap

5

Page 6: CABARAN PALESTIN

oleh tentera Israel semasa mereka asyik bermain bersama-sama. Ini membuktikan bahawa

kehidupan sosial di sana amat jauh berbeza dengan kehidupan kita di Malaysia ini. Mereka

tidak bebas melakukan rutin harian seperti yang kita lakukan di sini. Wanita-wanita di Palestin

terpaksa memegang senjata demi mempertahankan negara mereka. Semangat juang yang

tinggi turut ada pada kanak-kanak di Palestin.

2.0 ISU ALAM SEKITAR : KESAN TERHADAP POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL NEGARA

Manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan alam semula jadi iaitu alam sekitar.

Namun pada hari ini, terdapat banyak masalah alam sekitar yang berlaku seperti keruntuhan

tanah, pencemaran air, pencemeran udara termasuk penipisan lapisan ozon. Pencemaran alam

sekitar ini berlaku disebabkan eksploitasi sumber alam,pengabaian dan sikap manusia dan juga

penghasilan ciptaan yang berbahaya (Nadzan Haron,2010).

Pengabaian dan eksploitasi sumber alam yang berlebihan oleh manusia telah membawa

kesan kepada pencemaran air,udara, bunyi dan juga hakisan tanah. Isu alam sekitar yang

menjadi focus saya ialah isu pencemaran udara yang berlaku di Malaysia yang mana telah

memberi kesan dan ancaman terhadap politik, ekonomi dan juga sosial di negara ini.

Pencemaran udara merujuk kepada kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain

daripada kandungan udara tulen dan bersih yang membawa kesan buruk bukan sahaja kepada

manusia malah kepada tumbuhan dan pelbagai jenis binatang(Nadzan Haron,2010). Contoh

kesan kepada pencemaran udara yang pernah dialami di negara ini ialah kejadian jerebu di

antara Ogos dan Oktober 1997 kesan daripada kebakaran besar di hutan Indonesia. Pencemaran

ini telah menjejaskan beberapa sektor ekonomi negara seperti sektor pengangkutan,pembuatan

dan pelancongan. Laporan jabatan Alam Sekitar (JAS) menyatakan bahawa kenderaan bermotor

adalah punca utama pencemaran udara di negara ini. Jika masalah, pencemaran udara tidak

diatasi pada peringkat awal masalah kesihatan akan bertambah buruk. Hal ini dikatakan demikian

kerana oksigen sebagai bahan pernafasan manusia akan berkurang.

6

Page 7: CABARAN PALESTIN

2.1 KESAN PENCEMARAN UDARA TERHADAP POLITIK

Menurut Connelly & Smith (1999),sebarang perbincangan mengenai politik alam sekitar

pada asasnya perlu melihat cara di mana persekitaran dan hubungan dengan manusia dan

pembangunan ditafsirkan. Pengetahuan manusia mengenai hubungan antara manusia dan alam

sekitar juga telah berkembang secara progresif. Sebagai contoh, sehingga lewat sebagai tahun

1950-an pemikiran dominan ialah bahawa pengeksploitasian alam sekitar boleh diambil mudah.

Sumber asli telah difahami sebagai tidak pernah kehabisan. Manusia bebas untuk

mengeksploitasi alam sekitar sewenang-wenangnya tanpa memikirkan akibat atau kesan negatif

hasil tindakan mereka tersebut . Pencemaran udara yang berlaku di Malaysia boleh dianggap

memuaskan atau di tahap yang tidak kritikal seperti pencemaran air. Namun begitu, aspek ini

tidak harus dipandang ringan atau diabaikan(Nadzan Haron,2010). Contohnya, kejadian jerebu

yang berlaku pada 1997 dan 2013 yang melibatkan beberapa buah negara iaitu Malaysia,

Indonesia, Singapura dan Brunei. Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan yang

tinggi hasil jerebu ini. Kejadian ini telah memberi kesan dari segi politik tanah air dan juga negara-

negara yang tersebut. Hubungan dari segi politik antara Malaysia-Indonesia terjejas akibat

masing-masing menyalahkan negara yang menjadi penyebab jerebu ini berlaku. Contohnya,

menerusi akhbar Utusan bertarikh 8 Mac 2014, Indonesia telah menyalahkan Malaysia yang

didakwa menyebabkan kawasan Riau mengalami masalah jerebu akibat kebakaran yang berlaku

di Malaysia,dakwa Badan Nasional Pengurusan Bencana(BNPB). Oleh itu, beberapa siri

rundingan telah dibuat bagi membincangkan masalah ini. Antaranya,perbincangan antara

Malaysia, Indonesia dan termasuk Singapura bagi membincangkan cara yang lebih praktikal bagi

mengurangkan risiko jerebu yang telah menjejaskan ketiga-tiga buah negara. Rundingan tersebut

dijalankan dalam mesyurat tiga hala secara tidak rasmi yang diusahakan Malaysia yang diwakili

pleh Menteri Luar iaitu Datuk Seri Anifah Aman.(Utusan,1 Julai 2013). Dan yang terbaru,Menteri

Sumber Asli danAlam Sekitar Malaysia,Datuk Seri Dr. Wan Junaidi akan bertemu rakan

sejawatnya dari Indonesia untuk membincangkan isu jerebu rentas sempadan.

2.3 KESAN PENCEMARAN UDARA TERHADAP EKONOMI

Pencemaran udara yang berlaku turut memberi impak kepada ekonomi tanah air.

Contohnya, sekiranya jerebu yang teruk dan berlarutan, peniaga-peniaga tidak boleh berniaga

dan terpaksa memberhentikan perniagaan buat sementara waktu. Sekiranya keadaan

7

Page 8: CABARAN PALESTIN

pencemaran udara bertambah serius,kesan keatas ekonomi boleh menjejaskan Keluaran Dalam

Negara Kasar (KDNK) bagi tahun semasa dan kerugian boleh mencecah hingga berbilion ringgit

disebabkan ekonomi tergendala.(Dr. Mohd Nahar,2013). Selain itu, industri pelancongan akan

terjejas teruk akibat jerebu yang disebabkan oleh pencemaran udara dan restoran-restoran,

gerai-gerai dan taman-taman tema akan menerima tempiasnya. Indurstri perkilangan turut akan

terjejas. Hal ini kerana,pihak berkuasa akan mengarahkan kilang-kilang dan juga aktiviti-aktiviti

yang melibatkan pelepasan asap supaya dikurangkan ataupun diberhentikan terus.

Kesimpulannya, aktiviti ekonomi akan terjejas teruk kerana banyak kilang dan syarikat yang akan

menanggung kos kerugian yang banyak.

2.4 KESAN PENCEMARAN UDARA TERHADAP SOSIAL

Dari segi sosial pula, pencemaran udara yang berlaku di Malaysia iaitu jerebu

telah menyebabkan perselisihan faham antara penduduk Malaysia dan penduduk Indonesia

khususnya. Masing- masing menuding jari menyalahkan sebelah pihak sahaja. Mereka

sepatutnya mencari jalan supaya hal ini dapat dikurangkan seterunya dapat dibendung

terus. Selain itu, pencemaran udara mengakibatkan masalah kesihatan dalam kalangan

penduduk. Bagi isu jerebu,masyarakat tidak pasti apakah kesan ke atas kesihatan akibat

terdedah dengan sinaran matahari yang terbias kerana jerebu(Dr. Mohd Nahar,2013).

Selain itu, penipisan lapisan ozon dek kerana pembebasan asap-asap yang mengandungi

pelbagai bahan toksik seperti sulfur dioksida dan karbon monoksida telah menyebabkan

sinaran radioaktif ultra ungu akan masuk ke bumi. Ianya amat berbahaya kepada kesihatan

masyarakat. Penyakit seperti barah kulit, katarak. Masalah-masalah lain seperti sesak

nafas,sakit kepala,pening,tekanan,lemah akan dirasai oleh penduduk kerana kualiti udara

yang tercemar(Nadzan Haron,2010). Oleh itu, aktiviti harian masyarakat setempat akan

terjejas. Contohnya, para pekerja mesti ramai yang mengambil cuti sakit atau pihak majikan

sendiri yang akan mengambil langkah menutup syarikat semasa kejadian jerebu berlaku.

Jadi, masyarakat terpaksa berkurung di rumah sekiranya darurat dikeluarkan. Kanak-kanak

turut tidak dapat ke sekolah sekiranya sekolah terpaksa ditutup atas sebab-sebab menjaga

kesihatan para pelajar dan guru-guru.

8

Page 9: CABARAN PALESTIN

3.0 PELUANG PENDIDIKAN DI PALESTIN

Menurut Prof. H. Mahmud Yunus,pendidikan ialah suatu usaha dengan sengaja dipilih

untuk mempengaruhi dan membantu anak bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan,

jasmani dan akhlak sehingga secara perlahan mampu mencapai cita-cita anak yang paling

tinggi agar memperoleh kehidupan yang bahagia dan apa yang dilakukannya dapat

bermanfaat kepada dirinya sendiri, masyarakat,bangsa,negara dan agamanya. Jadi,tidak

hairanlah pendidikan adalah penting untuk semua golongan manusia. Jadi, saya memilih isu

keganasan antarabangsa iaitu isu keganasan di Palestin untuk melihat ancamannya terhadap

pendidikan di Palestin. Sebut sahaja pendidikan, kita akan tertumpu kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak di Palestin menginginkan pendidikan. Menurut duta besar Palestin di Indonesia,

Fared Mehdawi, beliau menyatakan rata-rata anak Palestin menginginkan pendidikan. Salah

satu sebab mengapa tentera Zionis menangkap dan membunuh kanak-kanak kecil adalah

kerana mereka tidak mahu Palestin melahirkan generasi yang bijak pandai kerana rata-rata

anak kecil Palestin merupakan hafiz al-Quran.

Walaupun Palestin sering diserang Israel secara fizikal dan juga mental, isu pendidikan

di sana menjadi suatu kepentingan bagi mereka.Peluang pendidikan di beri secara percuma

oleh United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees (U.N.W.R.A). Agensi ini

bertanggungjawab dalam menguruskan kesihatan penduduk, perkhidmatan

sosial,pendidikan,penambahbaikan kem-kem pelarian. UNWRA menawarkan sebanyak 20%

pendidikan di Palestin manakala kerajaan Palestin sendiri menawarkan pendidikan sebanyak

70% kepada penduduk Palestin. Daripada 2488 sekolah di Palestin manakala baki 10%

ditawarkan oleh sektor persendirian. Perdana Menteri Palestin sendiri iaitu Rami Hamdallah

sendiri merupakan seorang tokoh pendidikan yang disegani. Beliau merupakan seorang

Profesor yang mendapat pendidikan di Britain dan merupakan dekan di Universiti Al-Najah ,di

Tebing Barat(Astro Awani,2013)

Jika kita lihat di kaca televisyen, berita-berita tempatan negara memaparkan kesan-

kesan serangan Israel terhadap Palestin yang melihatkan sekolah, rumah dan masjid dibom

dengan sesuka hati. Contohnya, serangan Israel pada hujung tahun 2008 hingga Januari 2009

telah mengorbankan beribu nyawa dan kemusnahan rumah-rumah, sekolah, pusat

keagamaan,hospital dapat dilihat dengan jelas. Hal ini menggambarkan kepada kita semua

9

Page 10: CABARAN PALESTIN

kesusahan yang dihadapi mereka untuk meneruskan kehidupan. Bagaimana untuk mencari

rezeki demi menyara keluarga, bagaimana untuk ke sekolah, bagaimana untuk bercucuk

tanam. Semua itu menjadi tanda tanya kepada kita semua. Oleh sebab itulah kanak-kanak di

Gaza khususnya, bangkit dan mereka mahu mendapatkan pendidikan kerana mereka sedar

akan kepentingan pendidikan yang mampu membebaskan negara mereka dengan adanya

generasi yang berpendidikan tinggi. Hal ini kerana,dengan adanya ilmu kita tidak akan mudah

untuk dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Berbeza pula dengan masyarakat

Arab di Israel. Sepanjang sejarah negara mereka, jumlah orang arab yang memasuki institusi

pengajian tinggi adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan peratus penduduk yang

sepatutnya masih bersekolah. Orang Arab di Israel yang cuba mendapatkan pendidikan di luar

negara dipenjarakan atau ditangkap apabila pulang kerana kegiatan politik,yang mana mereka

mengadakan hubungan dengan kumpulan-kumpulan kebangsaan Palestin( ).

Walaupun ada di kalangan belia Arab Israel yang pulang selepas menuntut di luar

negeri,namun yang lain memutuskan untuk menyertai rakyat Palestin dalam diaspora.

Israel mempunyai pusat pengajian tinggi yang terkenal iaitu Universiti Hebrew,Universiti

Tel Aviv, Universiti Negev dan Isnstitut Sains Weizman yang membuat pengkhususan salam

penyelidikan lepasan Ijazah.sejak tahun 1950-an, Israel terus aktif dalam teknologi nuklear dan

mengendalikan reactor nuklear yang dibekalkan oleh Perancis. Penglibatan Israel dalam

penyelidikan dan pembangunan telah menghasilkan menemuan dalam bidang sains dan

teknologi yang mendapat pijian antarabangsa( ). Kita dapat lihat akan perbezaan

kemajuan yang dimiliki oleh Palestin dan Israel dari segi pendidikan. Israel dapat memajukan

pendidikan di negaranya kerana dia berkuasa di sana. Manakala Palestin pula terpaksa

mengikut arahan ketenteraan Israel yang mengusai mereka. Di manakah keadilan yang

ditegakkan PBB? Namun begitu, kanak-kanak,belia-belia di Palestin tidak pernah pudar

semangat mereka untuk memperjuangkan tanah air mereka di samping mendapat pendidikan

yang sama seperti kanak-kanak lain juga.

10

Page 11: CABARAN PALESTIN

4.0 CABARAN YANG DI HADAPI PALESTIN DAN LANGKAH MENANGANINYA

Setiap negara pasti mempunyai cabaran-cabarannya dalam memajukan atau

menstablkan negara. Cuma yang membezakannya ialah bagaimana sesebuah negara itu

mengatasinya. Berbeza dalam konteks cabaran yang dihadapi negara Palestin. Di Palestin,

antara cabaran yang dihadapi mereka ialah Palestin terpaksa berada dibawah pentadbiran

British yang juga dikenali sebagai Mandat British. Disebabkan golongan penjajah ini berlembut

dengan pihak Yahudi,maka golongan ini pulaa yang masuk Palestin. Ini merupakana agenda

pihak Israel untuk menyelamatkan golongan Yahudi yang di tindas di Eropah(Mohd

Roslan,2010). Namun, umat Islam di sana tidak berdiam diri ketika negara mereke dibawah

penguasaan British. Para penduduk termasuk alim ulama seperti Haji Husaini,iaitu mufti

Palestin berjuang untuk mencari keadilan dan membebaskan negara mereka dari cengkaman

pihak luar.

Selain itu, Palestin turut menerima ancaman akan kewujudan sebuah negara untuk

orang Yahudi di Palestin. Deklarasi Balfour yang dikeluarkan menyokong penubuhan negara

untuk Bangsa Yahudi. Secara tidak langsung,Zionis telah mendapat sokongan padu bagi

menjayakan agenda utama mereka. Cabaran-cabaran lain yang terpaksa dihadapi Palestin

adalah keganasan yang dilakukan Yahudi sebelum terbentuknya negara Israel. Contohnya

pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Yahudi ke atas penduduk Deir Yasin. Dahulunya ia

merupakan sebuah perkampungan yang aman dan sederhana. Namun setelah kehadiran

Yahudi, lelaki,kanak-kanak,wanita dibunuh dengan kejam sekali. Tentera mereka turut

membawa mangsa yang selamat ke atas trak untuk diarak ke bandar sebagai tanda ancaman

buat penduduk-penduduk yang lain dan sebagai tanda kemenangan(Menachem

Begin,1951).Selepas kewujudan Israel, Palestin masih lagi mendapat ancaman. Bermacam

usaha yang dilakukan Israel untuk mennguasai Jerusalem Timur iaitu kawasan yang

terletakknya Masjid al-Aqsa. Penduduk palestin dihalau keluar dari kampung halaman mereka

dan terpaksa tinggal di kem-kem pelarian sementara contohnya di Jordan,Syria dan Mesir.

Sehingga hari ini masih ramai lagi yang terpaksa tinggal di kem-kem pelarian tanpa ada

pembelaaan yang sewajarnya(Mohd Roslan,2010). Seterusnya, ancaman yang terpaksa

dihadapi oleh penduduk Palestin ialah tidak dapat untuk mengunjungi Masjid al-Aqsa secara

bebas kerana dikuasai Yahudi semenjak Israel memenangi Perang 6-hari. Masjid al-Aqsa

merupakan kiblat pertama umat Islam dan menjadi tempat yang penting bagi orang Islam.

11

Page 12: CABARAN PALESTIN

Masjid al-Aqsa pernah dibakar dan diserang pada 21 Ogos 1969 dan ini menimbulkan

kemarahan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ancaman yang dahsyat Palestin terpaksa hadapi

adalah apabila Gaza diserang oleh tentera Israel pada akhir 2008 hingga Januari 2009.

Mereka menyerang sekolah,rumah,masjid,hospital dan apa sahaja bangunan yang ada.

Jumlah kematian turut meningkat dan mangsa-mangsa kesakitan terpaksa menunggu di

hospital.

Menurut Mohd Roslan Mohd Nor, terdapat beberapa langkah yang boleh dikenalpasti

untuk mengelakkan Palestin dari ancaman yang mereka hadapi dengan kata lain untuk

membebaskan negara Palestin. Pertama, Israel mesti didesak supaya mematuhi Resolusi

PBB. PBB telah mengeluarkan banyak resolusi terhadap Israel,namun mereka tidak mahu akur

akan apa yang diputuskan di peringkat antarabangsa. Selagi mereka tidak mahu patuh,selagi

itulah umat Islam akan terus berjuang untuk menentang kezaliman yang dilakukan Israel

terhadap Palestin untuk mendapatkan kembali keamanan dan kemakmuran. Seterusnya,

kebergantungan terhadap Amerika dan Sekutu perlu dihentikan. Ini kerana, kuasa besar ini

berbuat apa sahaja untuk memerangi umat Islam. Mereka merancangkan perang ke atas

pengganas yang matlamat akhirnya adalah untuk melumpuhkan umat Islam. Kuasa besar ini

tidak mahu sesebuah negara kembali keapda corak pemerintahan Islam kerana mereka

bimbang akan menghancurkan barat itu sendiri. Contohnya, pergolakan atara Palestin-Israel

turut terkesan. Akhir sekali, pemerkasaan badan-badan setempat dan Antarabangsa perlulah

diperkuat. Terdapat banyak pertubuhan yang ditubuhkan untuk meningkatkan kesedaran

masyarakat terhadap isu Palestin. Oleh itu, kita wajarlah memperkasakan hubungan yang ada

untuk meningkatkan kesedaran pembebasan Masjid al-Aqsa dan juga keseluruhan Palestin

agar masyarakat Islam di sana dapat hidup dengan bebas dan mampu menikmati kehidupan

yang normal di negara sendiri.

12

Page 13: CABARAN PALESTIN

5.0 REFLEKSI

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini iaitu

tugasan Cabaran dan Isu Semasa Dunia mengikut masa yang ditetapkan walaupun saya

terpaksa menyiapkannya dalam masa yang singkat disebabkan kekangan masa dan tugas.

Tugasan ini bukanlah semudah yang disangka kerana saya terpaksa mencari maklumat bukan

sahaja pada Internet, malah dari sumber-sumber yang lain seperti buku-buku dan jurnal.

Pensyarah subjek Cabaran dan Isu Semasa Dunia iaitu Dr. Puneeta telah banyak

memberikan penerangan berkaitan tugas ini, cara pelaksanaannya dan perkara-perkara yang

perlu disertakan dalam tugasan ini. Dengan penerangannya yang berkesan, saya telah

memahami cara pelaksanaanya walaupun kadang-kadang saya terpaksa bertanyakan kepada

rakan sekelas. Kami telah mengadakan perbincangan mengenai tugasan ini supaya masing-

masing dapat melaksanakannya tanpa sebarang masalah atau kesulitan.

Tugasan pertama dalam kerja kursus ini mengarahkan saya supaya memilih salah satu

isu keganasan dunia yang berlaku dan menghuraikan kesannya terhadap politik, ekonomi dan

sosial negara tersebut. Saya telah memilih isu keganasan antara Israel-Palestin yang mana

telah berlaku sejak dahulu lagi. Melalui pembacaan saya, saya dapat ketahui bahawa Israel

menyerang Palestin bukan atas dasar tidak puas hati. Israel menyerang Palestin kerana

mereka mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Yang menjadi mangsanya ialah rakyat

marhaen yang tidak bersalah. Mereka dibunuh dengan kejam. Pembunuhan secara beramai-

ramai di perkampungan Deir Yassin membuktikan kekejaman yang dilakukan Israel terhadap

Palestin. Apa yang saya dapat rumuskan mengenai peristiwa ini ialah kita perlu bersyukur atas

apa yang negara kita kecapi pada hari ini. Kita mestilah mengekalkan kemerdekaan negara

kita dan tidak seharusnya membiarkan penjajah kembali menjajah tanah air yang kita cintai ini.

Selain itu, melalui sikap kekejaman Israel, ia memberi pengajaran kepada saya supaya tidak

melakukan kekejaman kepada orang lain terutamanya golongan yang teraniaya.

Untuk isu alam sekitar pula, apa yang menarik minat saya ialah mengenai pencemaran

udara yang berlaku di Malaysia. Di sini, saya tekankan masalah jerebu yang melanda tanah air

kita. Jerebu yang melanda negara kita, Indonesia, Brunei dan juga Singapura telah memberi

13

Page 14: CABARAN PALESTIN

ancaman kepada suasana politik bukan sahaja di negara kita, malah di negara-negara yang

terlibat juga. Suasana ekonomi dan sosial di Malaysia turut terjejas. Terdapat perselisihan

dalam isu jerebu ini kerana Indonesia menuduh negara kita yang melakukannya dan kita pula

menuduh mereka yang melakukannya. Oleh sebab itu, banyak rundingan telah dibuat melalui

pemimpin negara masing-masing. Apa yang saya peroleh daripada isu ini ialah kita

seharusnya berfikiran rasional sebelum membuat sesuatu keputusan kerana sesuatu

keputusan itu akan memberi kesan kepada kita dan juga orang lain. Selain itu, kita juga harus

menjaga alam sekitar kita supaya tidak tercemar. Selepas membuat kajian tentang isu alam

sekitar iaitu pencemaran udara di Malaysia, saya telah menukar perspektif bahawa

pencemaran udara berlaku bukan hanya disebabkan oleh kilang-kilang yang melepaskan

asap,tetapi melalui kebakaran terbuka juga. Oleh itu, saya tidak akan sesekali melakukan

pembakaran secara terbuka. Contoh yang mudah diambil ialah pembakaran sampah-sarap.

Seterusnya,saya juga memperoleh maklumat daripada ancaman yang dihadapi oleh

Palestin dan kesannya terhadap peluang pendidikan di negara tersebut. Pendidikan di Palestin

dan Israel adalah berbeza dari segi kemudahan dan penyelidikan. Walaupun negara Palestin

diserang oleh tentera Israel,namun semangat anak-anak Palestin untuk mendapat pendidikan

tidak pernah pudar. Pengajaran yang saya perolehi ialah kita tidak ada alasan untuk tidak

belajar kerana di negara kita ini, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dari segi

pendidikan berbeza dengan rakyat di Palestin yang serba kekurangan. Walaupun, Palestin

terpaksa menghadapi pelbagai cabaran disebabkan oleh pertapakan golongan Yahudi di

palestin, mereka masih bersatu untuk membebaskan tanah air mereka walaupun harapan

kelihatan semakin pudar dari hari ke hari. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya

menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa di Palestin khususnya di Gaza kerana itulah

salah satu cara yang kita dapat menangani cabaran yang dihadapi mereka.

Saya amat bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia ini kerana negara kita tidak ada lagi

isu keganasan yang berlanjutan yang mengakibatkan korban nyawa yang begitu besar. Saya

juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, pensyarah, yang sudi memberi

bantuan kepada saya dalam proses menyiapkan tugasan ini.

14

Page 15: CABARAN PALESTIN

15