cabaran penggunaan ict

21
RESEARCH PAPER: CABARAN PENGGUNAAN ICT KEPADA GURU-GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (PTV) DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK FATIMAH BT ISMAIL GB120287 NUR FAIEZAH BT ISMAIL GB120094 RABI AH BT AHMAD GB120062 RADIN NUR IFTITAH BT RADIN SHARUDDIN GB120272 WAN ANIS MASILA BT WAN ABDULLAH SANI GB120117 SARJANA PENDIDIKAN TEKNIKAL (REKA BENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI) PENSYARAH: 1 MBE 13203 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Upload: nur-faiezah-ismail

Post on 22-Jun-2015

62 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Kritikal Jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: Cabaran penggunaan ICT

RESEARCH PAPER:

CABARAN PENGGUNAAN ICT KEPADA GURU-GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL (PTV)

DISEDIAKAN OLEH:NAMA NO. MATRIK

FATIMAH BT ISMAIL GB120287NUR FAIEZAH BT ISMAIL GB120094

RABI’AH BT AHMAD GB120062RADIN NUR IFTITAH BT RADIN SHARUDDIN GB120272WAN ANIS MASILA BT WAN ABDULLAH SANI GB120117

SARJANA PENDIDIKAN TEKNIKAL

(REKA BENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI)

PENSYARAH:

EN. SAIFULLIZAM BIN PUTEH

1

MBE 13203

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

TEKNIK DAN VOKASIONAL

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Page 2: Cabaran penggunaan ICT

CABARAN PENGGUNAAN ICT KEPADA GURU-GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN (PdP) DALAM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (PTV)

Oleh: Fatimah Bt Ismail, Nur Faiezah Bt Ismail, Rabiah Bt Ahmad, Radin Nur Iftitah Bt Radin

Sharuddin, Wan Anis Masila Bt Wan Abdullah Sani

ABSTRAK: Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan bukanlah perkara baru yang

diperkenalkan malahan telah pun berkembang mengikut peredaran masa. Walau

bagaimanapun, penggunaan ICT di peringkat sekolah masih menjadi satu cabaran dalam

kalangan guru terutamanya guru-guru pelatih terutamanya dalam bidang teknikal dan

vokasional.Kajian ini adalah untuk meninjau sejauh mana tahap penggunaan ICT dan faktor-

faktor yang menjadi cabaran dalam penggunaan ICT kepada guru-guru pelatih dalam

meningkatkan keberkesanan Pengajaran dan pembelajaran (PdP).Kertas projek ini dijalankan

secara kajian dokumentari.Dapatan diperoleh dari artikel-artikel, jurnal, buku-buku rujukan dan

carian internet yang mempunyai kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Implikasi kajian

ini menunjukkan faktor-faktor yang menjadi cabaram dalam mengintegrasikan ICT dalam PdP

adalah kemahiran ICT guru pelatih, pengetahuan ICT guru-guru pelatih, sikap, kekangan masa

dan penyelenggaraan peralatan ICT. Sebagai perspektif masa hadapan, kertas kerja ini akan

boleh digunakan bagi menghuraikan cara-cara mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh

guru-guru pelatih ini.

Kata kunci:ICT, guru pelatih, PTV, pembelajaran, pengajaran

ABSTRACT: The use of ICT in education has been introduced to expand over time. However,

the use of ICT in schools has become a challenge, especially among teachers and also the

trainee teachers, especially in technical and vocational fields. This study is to determine the

extent of ICT use and the factors that pose challenges in the use of ICT to trainee teachers in

improving the effectiveness of teaching and learning. This paper conducted documentary

research. The results obtained from articles, journals, reference books and internet search have

high validity and reliability. The implications of this study indicate that factors that become the

challenge in integrating ICT are student teachers in ICT skills, knowledge of ICT trainee

teachers, attitude, time constraints and maintenance of ICT equipment. As a future perspective,

2

Page 3: Cabaran penggunaan ICT

this paper will be used to describe the ways to overcome the challenges faced by these trainee

teachers.

Keywords: ICT, trainee teachers, TVET, teaching, learning

1.0 Pengenalan

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mendedahkan banyak cabaran

kepada bidang pendidikan di Malaysia. Tahap kualiti masyarakat pada masa hadapan dari segi

politik, sosial dan ekonomi bergantung kepada kemampuan generasi muda yang akan

mengambil alih peranan pemimpin masyarakat. Justeru itu, kerajaan Malaysia melalui

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil inisiatif dan menekankan bahawa

penyaluran maklumat yang lebih berkesan seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu

penggunaan teknologi maklumat.Saranan ini telah diambil cakna dengan baik oleh pihak

sekolah dan perubahan mula dilihat dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP)

dalam bilik darjah.Pengaplikasian teknologi ini dalam PdP memberikan satu anjakan baru

dalam teknik pedagogi guru dan kaedah pelajar belajar.Bermula dari penggunaan papan hitam

dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan

elektronik, projector, kamera video digital dan lain-lain.

Namun, adakah sokongan KPM dan prasarana-prasarana ini mencukupi untuk

memastikan guru dan pelajar sebagai pengguna ICT, menggunakan teknologi ini untuk

kebaikan?Johan, (2009) menyangkal andaian umum yang menyatakan bahawa sekiranya

perkakasan dan perisian telah tersedia dia sekolah, teknologi maklumat dapat diintegrasikan

secara automatik kerana pada pendapat beliau, salah satu penentu utama kejayaan atau

kegagalannya adalah guru.

Integrasi teknologi dalam PdP memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam

menggunakan teknologi sebagai kaedah pengajaran di dalam kelas (Holmes, 1999),.Guru yang

mahir dalam menggunakan komputer belum mencukupi untukmenggabungkan teknologi dalam

PdP. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi

pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.

Pisapa, (1994) pula menyatakan, integrasi ICT dalam PdP bermaksud penggunaan

teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran.

3

Page 4: Cabaran penggunaan ICT

Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu

mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti PdP. Ringkasnya peranan ICT

dalam PdP akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran

dan penilaian.

2.0 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk meneliti tahap penggunaan ICT dan factor-faktor cabaran

penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajarandalam bidang teknikal dan vokasional

oleh guru-guru pelatih.

3.0 Metodologi Kajian

Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian secara dokumentari di mana segala

dapatan diperoleh daripada dari kajian-kajian lepas, artikel-artikel, jurnal, dan buku-buku

rujukan yang diperoleh secara e-book dan juga boleh didapati dari perpustakaan UTHM.Carian

internetmelalui googledan pangkalan data universiti turut digunakan.Sumber-sumber ini

mempunyai kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk menyokong kajian ini.

4.0 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

ICT didefinisikan sebagai bentuk peralatan yang pelbagai dan sistem yg digunakan

untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan

maklumat melalui media elektronik. Kini, ICT digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan

dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yg lebih besar terhadap dunia akan

datang (Robertson, 1998). Teknologi maklumat dan komunikasi atau Information and

Communication Technology (ICT) menjadi elemen penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (PdP). Kebelakangan ini, terdapat satu gelombang kepentingan bagaimana

komputer dan Internet yang terbaik boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan kecekapan dan

keberkesanan pendidikan di semua peringkat secara formal mahupun tidak formal.Teknologi

maklumat dan komunikasi penting untuk pendidikan dan pembangunan teknologi maklumat dan

komunikasi secara khusus untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, teknologi

4

Page 5: Cabaran penggunaan ICT

maklumat dan komunikasi dalam pendidikan melibatkan penggunaan komponen umum

teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran pembelajaran (Yusuf, 2005)

Ramai penyelidikan telah membuktikan faedahICT kepada kualiti pendidikan (Al-Ansari,

2006). ICT mempunyai potensi untuk menghasilkan inovasi, mempercepatkan, memperkayakan

dan mendalami kemahiran, untuk memberi motivasi dan melibatkan pelajar, untuk membantu

mengaitkan pengalaman sekolah, mewujudkan kemajuan ekonomi di samping mengukuhkan

pengajaran dan membantu sekolah. Penggunaan ICT menjadi salah satu aspek utama untuk

merapatkan jurang digital antara guru dan pelajar terutama di kawasan pedalaman.Potensi ICT

sebagai alat yang boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin

penting dan meningkat secara mendadak dalam system pendidikan masa kini. Pelajar

sekolah kini lebih berminat menggunakan ICT, melayari Internet untuk mengakses

maklumat, serta mempunyai laman web mereka sendiri seperti Facebook,

twitter,instagram dan sebagainya (LiawHuang &Chen,2007).

Guru masa kini semakin berpengetahuan dan peka dengan persediaan menggunakan

ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Fisher (2003), di NegaraBarat

peningkatan pengintegrasian ICT dalam bilik darjah amat memberangsangkan sejak tiga

puluh tahun yang lalu. Dalam era ICT yang berkembang hebat, guru perlu memfokus dua

bidang utama. Bidang pertama melibatkan pembelajaran menggunakan teknologi dengan

mendedahkan guru dalam pelbagai kemahiran bagaimana menggunakan ICT dari aspek

pengurusan hal peribadi sehinggalah aspek profesional. Guru melalui proses pembelajaran

mengenai ICT sama seperti mereka mempelajarinya di sekolah. Kecekapan ICT ini dikenali

sebagai literasi ICTmeliputi pengetahuan tentang konsep asas dan operasi ICT. Aspek yang

terkandung dalam literasi ICT termasuklah konsep asas ICT, penggunaan komputer,

pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, pangkalan data, pengurusan fail, penghasilan

dokumen, persembahan, serta informasi dan komunikasi (Norton&Wiburg, 2003).

Secara amnya, ICT berkaitan dengan teknologi yang digunakan untuk mengakses,

mengumpul, memanipulasi dan menyampaikan atau berkomunikasi. Teknologi boleh termasuk

perkakasan seperti computer dan peranti lain, aplikasi perisian dan sambungan akses kepada

Internet, infrastruktur rangkaian tempatan, serta persidangan video. Apa yang paling penting

mengenai ICT adalah penumpuan yang semakin meningkat daripada teknologi berasaskan

komputer multimedia dan komunikasi (Toomey, 2001). Menurut Laudon, (1996), teknologi

5

Page 6: Cabaran penggunaan ICT

maklumat merupakan gabungan teknologi komputer dan sistem komunikasi yang membolehkan

teks, bunyi, video, dan animasi disalurkan melalui talian. Komputer dengan kemudahan

lebuhraya maklumat merupakan satu jaringan yang meliputi kawasan yang luas, mempunyai

kepantasan yang tinggi, dan menawarkan beberapa perkhidmatan jaringan. Dengan itu,

teknologi ini dapat digunakan untuk membantu pelbagai urusan.

5.0 Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Dick dan Reiser, (1989) menyatakan pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang

menyeronokkan.Manakala Norton dan Winburg, (2003) menjelaskan Teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Namun begitu, ia nyata bukan untuk menggantikan tempat guru ataupun mengambil

alih peranan sekolah. Kemudahan yang diberikan oleh teknologi tesebut menjadi sebahagian

daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sebagaimana ianya menjadi

sebahagian daripada pengalaman pembelajaran di luar sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan

Malaysia secara jelas telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan.Pertama

literasi ICT untuk semua pelajar, Kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT sebagai

kurikulum dan alat P&P. Ketiga penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti. Oleh itu

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, menjelaskan manfaat ICT dalam pendidikan

diantaranya:

1. Berupaya meningkatkan kefahaman dan keupayaan murid dalam pelajaran

2. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid dengan pelbagai

keupayaan

3. Meningkatkan motivasi murid

4. Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)

5. Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi

6. Mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan

7. Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yg sukar, terlalu mahal,

mustahil atau bahaya dilakukan dengan cara biasa

8. Meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid

6

Page 7: Cabaran penggunaan ICT

9. Memberi peluang kepada murid belajar secara lebih berkesan dengan bimbingan yang

minima

Menurut Rosenberg, (2001), pembelajaran secara kontekstual dapat diperkenalkan

kepada para pelajar apabila ICT diintegrasikan dalam PdP. Melalui penggunaan ICT pelajar

dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan,

pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan

penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk

memasuki alam pekerjaan.

Penggunaan internet memberikan sumber yang begitu luas kepada guru dan pelajar

untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-

portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid dapat

memanafaatkan sebaik mungkin. Contohnya dalam eksperimen Sains, guru hanya

menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh

berulang kali mencubanya. Tambahan pula, setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini

dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima

tahun sekali(Zalina Yahaya 2001).

Di samping itu, perluasan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan membentuk suatu

sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) yang dapat mengurus dan mengendali bahan-bahan

interaktif untuk PdP dengan lebih berkesan dan cekap.Melalui LMS ini, pelajar dan guru dapat

memaksimumkan lagi penggunaan ICT.Antara contoh aplikasi LMS yang sesuai digunakan

untuk PdP seperti Schoolnet, Edmodo, Frog-vle dan MindMeister.

6.0 ICT Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Penyampaian bagi proses pengajaran dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

perlu dipandang serius oleh semua pihak yang terlibat termasuklah guru yang mengajar mata

pelajaran berunsurkan PTV. Hal ini adalah berhubung dengan isi pelajaran yang mengandungi

elemen yang sukar untuk disampaikan di dalam bilik darjah melalui pendekatan

tradisional.Perkara tersebut berlaku terutama sekali bagi topik-topik berbentuk pendidikan

kemahiran misalnya pada sesi amali. Pengajaran berbentuk amali di bengkel, aktiviti

pemasangan dan kerja baik-pulih misalnya adalah amat sulit apabila dilakukan tanpa bantuan

7

Page 8: Cabaran penggunaan ICT

alat bahan bantu mengajar berbentuk multimedia. Konsep kemahiran teknikal bagi mata

pelajaran dalam PTV tidak memerlukan teks yang panjang untuk memberi kesan yang

mendalam kepada pelajar.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) diperlukan agar pelajar lebih

memahami topik yang diajarkan dalam sesebuah mata pelajaran melalui paparan gambaran

sebenar atau menunjukkan demontrasi yang jelas kepada pelajar.Selain itu juga teknologi

multimedia dapat membantu dalam mengatasi kesuntukan masa, saiz dan ruang. Pembelajaran

kendiri oleh pelajar juga akan menjadi lebih mudah dengan penggunaan modul pengajaran

berasaskan ICT. Kenyataan ini disokong oleh (Smellie & Whalberg,1997) dengan mengatakan

bahawa media pengajaran yang berasaskan computer mampu untuk menggunakan teknologi

multimedia yang mempunyai ciri-ciri interaktif yang membolehkan para penggunamencapai

maklumat dari segmen ke segmen yang lain tanpa mengikut urutan.

Teknologi maklumat yang digunakan dalam proses pengajaran perlulah member

peluang pembelajaran yang lebih dinamis, menarik minat, dapat meningkatkan ilmu

pengetahuan yang relevan dan berguna kepada pelajar, khususnya melalui penggunaan ICT.

Grove, Strudler& Odell, (2004) menyatakan bahawa nilai teknologi di dalam bilik darjah telah

menimbulkan isu dan perdebatan dalam kalangan ahli teknologi pendidikan. Teknologi telah

dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi, menyokong pengajaran

secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat unik dan meningkatkan literasi

maklumat (Roblyer&Schwier, 2003).Kenyataan tersebut sudah cukup untuk membuktikan

kepentingan bagi amalan penggunaan modul pengajaran berasaskan ICT.PTV adalah

merupakan bidang yang memerlukan alternatif penyampaian dalam mata pelajaran dilakukan

secara visual dan animasi iaitu menggunakan multimedia supaya pelajar dapat melihat dengan

lebih jelas dan lebih mudah untuk memahami sesuatu topik pelajaran yang disampaikan.

7.0 Cabaran Guru Pelatih dalam Menggunakan ICT dalam PdP

Selari dengan hasrat kerajaanpenguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru amat

dituntut.Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan proses PdP malah

daripada aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh yang demikian, langkah-langkah

seperti bengkel dan kursus berkaitan ICT giat dijalankan. Kursus komputer bagi guru-guru

8

Page 9: Cabaran penggunaan ICT

pelatih di Malaysia dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan

dan Bahagian Pendidikan Guru sendiri. Namun begitu, masih banyak perlu dilakukan untuk

meningkatkan tahap kemahiran teknologi maklumat guru-guru pelatih. Ini dibuktikan dengan

beberapa kajian lepas yang menunjukkan bahawa masih terdapat guru yang belum dapat

menguasai kemahiran ICT (Mohammed Sani et al.,2004; Noor Awanis, Nora dan Nuraziah,

2006; Megat et al., 2008). Menurut Gan, (2000), kekurangan latihan merupakan satu faktor

penghalang penggunaan teknologi maklumat dalam PDP.

Pengetahuan merujuk kepada peringkat ilmu tertentu yang dipunyai oleh seseorang

individu. Oleh itu, ia amat berkait rapat dengan pengalaman serta kemahiran yang dimilikinya.

Dalam konteks pengetahuan ICT, pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah

dipengaruhi oleh kekerapan penggunaan komputer. Semakin kerap seseorang individu

menggunakan komputer, tahap pengetahuannya juga akan semakin meningkat. Maka, tahap

pengetahuan ICT guru-guru pelatih boleh ditingkatkan melalui kursus-kursus. Menurut Robiah

dan Juhana, (2002), dalam proses mengimplementasikan program berasaskan komputer di

sekolah, guru biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad dan biasanya dilakukan dengan

tergesa-gesa. Selain daripada itu, proses memahirkan guru untuk menjayakan Program

Penggunaan Teknologi memerlukan kos dan memakan masa yang panjang. Mengikut Charp,

(2003) guru memerlukan tiga tahun untuk mahir dalam penggunaan teknologi. Tahun pertama

untuk menguasai sumber teknikal, tahun kedua untuk meneroka kurikulum dan tahun ketiga

untuk memperkemaskan aplikasi PdP di bilik darjah.

Kajian yang telah dijalankan oleh Norizan Abdul Razak, (2003) terhadap 60 orang guru

pelatih di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim mendapati 60% guru pelatih belajar tentang ICT

dalam pengajian di institut. Sejumlah 27% belajar sendiri dan 18% belajar dari luar pengajian.

Walau bagaimanapun, kajian oleh McMohan et al.,(1999) mendapati 55% guru-guru belajar

daripada kawan. Kesimpulannya, guru-guru pelatih perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT

yang seterusnya akan meningkatkan tahap pengetahuan mereka.

Sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada kecenderungan

untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda, situasi, institusi, konsep atau individu

lain. Dengan ini, wujudnya perkaitan yang rapat antara sikap dengan penggunaan teknologi

maklumat dengan pengajaran dalam bilik darjah.Latihan teknologi maklumat yang konsisten

telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang penting yang dapat memupuk sikap positif di

9

Page 10: Cabaran penggunaan ICT

kalangan guru pelatih yang seterusnya membawa perubahan dalam aktiviti professional guru.

Banyak elemen lain yang mempengaruhi sikap guru-guru pelatih terhadap penggunaan ICT

seperti aspek demografi jantina, faktor umur, taraf atau status jawatan serta bidang

pengkhususan. Kesimpulannya, guru-guru pelatih yang bersikap positif terhadap komputer

adalah lebih bersedia menggunakannya berbanding dengan guru yang bersikap negatif

terhadap komputer.

Selain itu, satu kajian berbentuk kualitatif telah dijalankan oleh Noor Azlan dan Noraziah,

(2009) untuk mengenalpasti kelebihan dan kelemahan penggunaan ICT serta masalah yang

dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam menggunakan ICT dalam proses PdP. Dalam kajian

tersebut, pengkaji telah mendapati bahawa guru pelatih menghadapi kesukaran untuk

menggunakan CD courseware yang disediakan kerana objektif PdP yang ingin dicapai adalah

tidak selari dengan objektif pelajaran yang terdapat dalam courseware tersebut. Responden

dalam kajian tersebut menyatakan bahawa bagi sesetengah tajuk, courseware yang disediakan

mempunyai banyak objektif yang ingin dicapai, jadi, isi kandungan courseware tersebut tidak

sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran kerana objektif yang ingin dicapai pada sesi

pengajaran tersebut kurang arasnya berbanding dengan isi kandungan pengajaran courseware

yang disediakan.

Hakikat ini selari dengan pendapat Norhashim, Mazenah dan Rose Alinda, (1996) yang

menyatakan bahawa perisian pengajaran yang memerlukan komputer berfikir sebelum

bertindak sukar untuk dibangunkan. Beratus-ratus jam tenaga mahir diperlukan bagi tujuan ini.

Selain daripada itu, tenaga pengajar yang mahir mengendalikan komputer juga sukar

didapati.Faktor masa dan kekurangan tenaga mahir adalah penghalang utama mengapa

perisian courseware yang bermutu tinggi sukar untuk dihasilkan.Kebanyakan perisian

courseware pada hari ini belum mempunyai ciri kepintaran.Ini menyebabkan pembelajaran

melalui komputer pada hari ini lebih tertumpu kepada method tutorial dan latih tubi yang bersifat

objektif.

Dapatan kajian oleh Noor Azlan dan Noraziah, (2009) juga memperlihatkan walaupun

kebanyakan guru pelatih bersetuju proses PdP lebih mudah dan berkesan dengan

menggunakan ICT, namun menurut responden kajian ini hanya untuk sesetengan tajuk sahaja.

Majoriti responden berpendapat untuk sesetengah tajuk, kaedah tradisional chalk and talk lebih

10

Page 11: Cabaran penggunaan ICT

berkesan berbanding penggunaan ICT. Contohnya tajuk-tajuk yang memerlukan penerangan

yang mendalam.

Di samping itu, masalah utama guru-guru pelatih dalam menggunakan ICT adalah dari

segi kekangan masa. Kekangan masa yang dimaksudkan adalah dari segi masa yang

diperlukan untuk persediaan sebelum memulakan PdP. Jika proses PdP dijalankan di makmal

komputer, guru perlu menunggu pergerakan pelajar dari bilik darjah ke makmal komputer

tersebut yang selalunya mengambil masa lima hingga sepuluh minit. Ini akan menyebabkan

masa pengajaran sebenar berkurang. Selain itu, guru-guru pelatih juga menghadapi kekangan

masa pengajaran apabila mereka perlu mengambil masa untuk menyediakan peralatan dan

perkakasan komputer seperti pemasangan LCD projektor.

Cabaran seterusnya adalah dari segi penyelenggaraan peralatan ICT.Guru-guru pelatih

sukar menggunakan ICT dalam PDP kerana kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada

seperti projektor yang tidak berfungsi, program komputer yang diserang virus dan

menyebabkan komputer tidak dapat berfungsi dengan baik.Selain itu, kemudahan fasiliti yang

terhad juga mengekang guru-guru pelatih menggunakan ICT.Sebagai contoh, sesebuah

sekolah cuma mempunyai satu bilik multimedia dan guru-guru haruslah menempah bilik

tersebut dahulu sebelum menggunakannya.

8.0 KESIMPULAN

Sistem pendidikan di Negara kita telah melalui fasa transformasi dalam membentuk

suatu sistem pendidikan yang lebih baik bagi menghasilkan pelajar yang mampu menjadi

peneraju Negara pada masa depan. Untuk itu, penggunaan ICT dalam PdP mestilah

diintegrasikan dengan sebaiknya bagi memastikan keberkesanannya dalam meningkatkan

kualiti pendidikan.Terdapat kekurangan dan kelemahan menjadi cabaran kepada guru-guru

pelatih dalam merealisasikan penggunaan ICT dalam PdP terutamanya dalam bidang teknikal

dan vokasional.Dalam konteks pendidikan teknik dan vokasional, konsep ini masih lagi baru

dan memiliki banyak kekurangan bukan sahaja di kalangan guru dan pelajar, malah di kalangan

masyarakat majmuk di Malaysia.Justeru, persediaan dalam memperbaiki segala cabaran dan

kelemahan perlu dilaksanakan bagi melahirkan pakar dalam bidang pendidikan demi memenuhi

tuntutan masa depan.

Rujukan

11

Page 12: Cabaran penggunaan ICT

Ab.Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul Rahim dan

Khadijah Abdul Razak. 2004. Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan Islam ke Atas Pembangunan Diri Pelajar. Fakulti pendidikan Universiti

Kebangsaan Malaysia dan Bahagian kurikulum pendidikan Islam dan moral, Kementerian

Pelajaran Malaysia. (GG002/2004)

Ab.Halim Tamuri, Nik Rahimi, Shahrin, Khadijah, Mohd Isa, Kamarulzaman. 2002. Kurikulum

pendidikan Islam menghadapi cabaran era globalisasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam

(Siri I). Bangi : Percetakan Warni Sdn Bhd.

Abd Ghani dan Norhashimi. 1997. Sekolah bestari dari perspektif Islam dan perisian multimedia

dalam pengajaran pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Seminar Kebangsaan Teknologi

Maklumat dalam Pendidikan Islam.Anjuran maktab perguruan Islam Bangi dan jabatan

kemajuan Islam Malaysia.

Abdul Rahim Mohd Saad. 1998. Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan pertimbangan

semula program pendidikan tinggi. Kertas Kerja Dibentang di Seminar Dinamika Perubahan

Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21 September 2001: Penerbit .USM

Abu Bakar Abdul Majeed dan Siti Fatimah Abdul Rahman. 1999. Multimedia dan Islam. Kuala

Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Airi Abu Bakar. 2003. Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam : satu kajian di

sekolah- sekolah menengah daerah Alor Gajah Melaka. Tesis Sarjana Pendidikan Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Al-Ansari, H.(2006). Internet use by the faculty members of Kuwait

University.TheElectronicLibrary Vol.24, No. (6), Pp; 791-803.

Azhar bin Abdul Rahim. 2005. Sikap Guru-guru Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah

Terhadap Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Projek Master

Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

12

Page 13: Cabaran penggunaan ICT

Azizan bin Muhammad. 2001. Penggunaan Komputer di Kalangan Guru Pendidikan

Islam/Bahasa Arab di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tesis Sarjana Fakulti

Pendidikan.

Charp, S., (2003).Professional Development. Journal Article Excerpt 30:122-136.

Gan,S.L., (2000). IT and Education in Malaysia:Problems, Issues and Challenges. Kuala

Lumpur, Longman.

Haji Hasbullah haji Abdul Rahman dan Yusni Abd Rahman. 2003. Kesediaan guru-guru agama

menggunakan komputer dalam menjalankan tugas pentadbiran dan pengajaran. Prosiding

Wacana Pendidikan Islam (siri 3). Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Hartini, Siti Norezam & Zulkifli. 1997. Pelan tindakan perlaksanaan teknologi maklumat dalam

pendidikan Islam di Kedah. Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Maklumat dalam

Pendidikan Islam. Maktab Perguruan Islam & Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 9 – 11

September.

Hasbullah & Yusni. 2003. Kesediaan guru-guru agama menggunakan komputer dalam

menjalankan tugas pentadbiran dan pengajaran. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 3

(Perkaedahan Pengajaran Pendidikan Islam: Antara Tradisi dan Inovasi), hlm. 351-364.

Hawkridge, David. 1990. Computer in Third World School: The Example of China. British

Journal Education Technology 21: (1)

Hj. Said Draman. 2001. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berbantukan Komputer:

Persepsi Guru-guru Bahasa Arab di Daerah Hulu Langat, Tesis Sarjana Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Holmes, W. 1999. The transforming power of information technology. Community College

Journal, 70(2): m.s. 10-15.

Ismail bin Che Ku. 2002. Kemahiran dan Sikap Pensyarah Pendidikan Islam Terhadap

Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran di Maktab Perguruan Islam, Projek Master

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

13

Page 14: Cabaran penggunaan ICT

Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia Dalam Pendidikan. Bentong: PTS

Publications.

Johan @ Eddy Luaran, (2009). Perkembangan, Cabaran dan Aplikasi Teknologi Maklumat

dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Malaysia. Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi MARA

Laudon K.C. danLaudon J.P. (1996).Management Information System.Edisi 4. New Jersey:

Prentice Hall International.

http://compapplicationinlangandlit.wikispaces.com/file/view/Penggunaan%2520Komputer

%2520dlm%2520pengajaran%2520bahasa.pdf. Muat turun, 26 November 2013.

Liaw, S.S., Huang, H.M. & Chen, G.D. 2007.Surveying instructor and learner attitudes toward

e-learning.Journal of Computer and Education 49: 1066-1080.

LiewK..2007.ICTineducation:Anactionlearningapproach using soft system

methodology.JurnalPenyelidikanPendidikan Guru 3: 17-38.

McMohan,J., Gardner,J., Gray,C. dan Mulhern,G., (1999). Barrier to Computer Usage: Staff and

Student Perceptions. Journal of Computer Assisted Learning 15:56-68

Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharuddin Aris dan Jamalludin Harun, (2008).Kemahiran

ICT di Kalangan Guru-guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. Kertas pembentangan di 1st

International Malaysian Educational Technology Convention. Kuala Lumpur. 28 Ogos

Mohamed Sani Ibrahim. 1999. Perancangan dan strategi perlaksanaan latihan guru sekolah

bestari. Prosiding Isu-Isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammed Sani, Nordin, M. dan Roslee,M. (2004). Budaya ICT di Kalangan Guru-guru Sains

dan Matematik: Trend dan Isu. Jurnal Pendidikan 7:15-24

Mohd Jasmy Abd.Rahman & Mohd Arif Ismail. 2007. Teknologi Maklumat dan Komunikasi Serta

Aplikasi Multimedia dalam Pendidikan di Malaysia dan Indonesia. Bangi : Universiti

Kebangsaan Malays

14

Page 15: Cabaran penggunaan ICT

Noor Awanis Muslim, Nora Dato Yahya dan Nurazariah Abidin, (2006). Persepsi Guru-guru

Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.Kertas kerja pembentangan

Seminar SITMA.Terengganu.19-20 Ogos.

Noor Azlan Ahmad Zanzali, Noraziah Binti Kassim@Aziz, (2009). Penggunaan ICT Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-guru Pelatih UTM. Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp, Rose Alinda Alias, (1996). Pengajaran Bantuan

Komputer.Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Norizan Abdul Razak, (2003). Computer Competency of In-Service ESL Teachers in Malaysia

Secondary Schools.Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norton &Wiburg, 2003.Teaching with technology.online.

ww w .trentontid w ell.com/lib/Edu518. Presentation0.2ppt. Muat turun26

November2013

Pisapa, J. 1994. In Williams, D.M. 2000. Integrating Technology Into Teaching and Learning.

Singapore: Prentice Hall.

Puteh S.N., et al.,2010. Peranan guru dan penggunaan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran kepelbagaian pelajar.Dalam Pendidikan untuk Kepelbagaian Pelajar,

Rohaty Majzub, Kamisah Osman, Sharifah Nor Puteh. (pnyt.) Fakulti Pendidikan, UKM.

Robiah dan Juhana, (2002).Keyakinan Guru-guru Untuk Mengintegrasikan Teknologi dalam

Kurikulum.Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan Sabah 4(2):23-36

Rohaya Hasan. 2003. Tahap Pengetahuan dan Kemahiran Komputer Dari Perspektif Guru

Pendidikan Islam di Daerah Kuala Terengganu. Bangi: Tesis Sarjana Pendidikan Universiti

Kebangsan Malaysia.

Rosenberg, J.M., 2001. E-learning: Strategies For Delevering Knowledge In The Digital Age.

U.S.A: McGraw-Hill.

Tajul Ariffin Noordin & Nor Aini. 2002. Pendidikan dan Pembangunan Manusia: Pendekatan

Bersepadu. Bangi : As-Syabab Media Malaysia.

15

Page 16: Cabaran penggunaan ICT

Toomey, R. (2001). Schooling Issues Digest No 2: Information and Communication Technology

for Teaching and Learning Muatturun26 November, 2013,

fromhttp://www.dest.gov.au/schools/publications/2001/digest/technology.htm

Yusuf, M.O. (2005). Information and communication education: Analyzing the Nigerian

national policy for information technology. International Education Journal Vol. 6 No.

(3), Pp; 316-321.

Zainuddin Abd. Hamid. 1997. Computer Usage Among School Administrators In Seberang

Perai Selatan District. Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia.

Zalina Yahaya. 2002. IT dan Komputer: Nadi Sekolah Bestari. Utusan Malaysia.

Zaradi Sudi dan Rozita Hj.Md Noh.2003. Penggunaan Komputer dalam Pendidikan Islam.

Prosiding Wacana Pendidikan Islam. Fakulti Pendidikan. Bangi : UKM.

Zoraini Wati Abas. 1993. Penggunaan teknologi maklumat komputer dalam pendidikan Islam:

Keperluan dan masalah. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Islam Era 2020. Tasawur dan

strategi. Bangi: Maktab Perguruan Islam.

16