cabaran-cabaran untuk memperkukuhkan kedudukan islam dalam perlembagaan

36
CABARAN-CABARAN UNTUK MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MAHAMAD NASER BIN DISA (Ketua Unit Sivil dan Jenayah di Jabatan Peguam Negara Malaysia) Dipetik dari web: www.darulkautsar.net Mukaddimah Bahagian I Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 3(1) memartabatkan Islam sebagai agama bagi negara ini. "Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagianPersekutuan." Perkara 4 dalam Bahagian yang sama juga mengangkat Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara. Antara perkara utama yang dijulang oleh Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi termasuklah kedudukan agama Islam sebagai agama Negara. Ketinggian Islam juga terserlah dalam ikrar Yang DiPertuan Agong ketika ditabalkan sebagai pemerintah tertinggi negara. Ikrar baginda termaktub dalam Jadual ke 4 Perlembagaan Persekutuan - ikrar untuk mempertahankan agama negara - Islam. Kami...........ibni............... Yang DiPertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan: Wallahi: Wabillahi: Watallahi; Maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguh dan dengan sebenamya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi

Upload: darulkautsar

Post on 23-Jun-2015

1.785 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja ini dibentangkan dalam Seminar Islam dari Sudut Undang-Undang Dan Perlembagan Malaysia: Isu Murtad anjuran Gabungan Persatuan Profesional Kelantan dan Kolej Islam Antarabangsa sultan Ismail Petra (KIAS) , di Hotel Perdana, Kota Baharu, Kelantan, pada 2hb. Sep, 2006.

TRANSCRIPT

Page 1: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

CABARAN-CABARAN UNTUK MEMPERKUKUHKAN

KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN

MAHAMAD NASER BIN DISA

(Ketua Unit Sivil dan Jenayah di Jabatan Peguam Negara Malaysia)

 

Dipetik dari web: www.darulkautsar.net

 

Mukaddimah

 

Bahagian I Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 3(1) memartabatkan Islam

sebagai agama bagi negara ini.

 

"Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan

dengan aman dan damai di mana-mana bahagianPersekutuan."

 

Perkara 4 dalam Bahagian yang sama juga mengangkat Perlembagaan Persekutuan

sebagai undang-undang tertinggi negara. Antara perkara utama yang dijulang oleh

Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi termasuklah kedudukan agama

Islam sebagai agama Negara.

 

Ketinggian Islam juga terserlah dalam ikrar Yang DiPertuan Agong ketika ditabalkan

sebagai pemerintah tertinggi negara. Ikrar baginda termaktub dalam Jadual ke 4

Perlembagaan Persekutuan - ikrar untuk mempertahankan agama negara - Islam.

 

Kami...........ibni............... Yang DiPertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan

melafazkan: Wallahi: Wabillahi: Watallahi; Maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami

dengan sesungguh dan dengan sebenamya mengaku akan taat setia pada

menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut

sebagaimana undang-undang dan perlembagaan yang telah disah dan dimasyhurkan

dan yang akan disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini. Dan lagi kami berikrar

mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap

masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di

dalam Negeri.

 

Page 2: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

Implikasi ikrar tersebut adalah semua pihak yang terlibat dalam pemerintahan dan

pentadbiran Negara (eksekutif, kehakiman dan perundangan) bertanggungjawab

untuk menjadikan ikrar YDPA untuk mempertahankan agama Islam dan kedaulatan

undang-undang sebagai misi utama negara. Pematuhan kepada prinsip Islam dalam

agenda pemerintahan negara adalah merupakan satu kemestian kerana agenda

agung negara ini adalah mempertahankan Islam dan kedaulatan undang-undang.

Prinsip ini juga terpakai dalam penggubalan dasar dan undang-undang negara yang

perlu dilaksanakan berdasarkan roh agama/ideologi negara.

 

 

Kekeliruan Dalam Memahami Perkara 3(1)

 

Diskusi pakar-pakar undang-undang menyentuh kedudukan Islam dalam

Perlembagaan seringkali dimulakan dengan kekaburan(ambiguity) perkara 3(1)

sehingga berbagai kesimpulan yang ternyata bertentangan dengan maksud nyata

perkara 3 itu sendiri menjadi pegangan banyak pihak. Ramai yang berpegang

kepada kesimpulan bahawa kedudukan Islam hanyalah sekadar agama rasmi sahaja.

Tidak kurang juga yang menyimpulkan bahawa perkara 3 itu sekadar amalan bacaan

doa pada pembukaan majlis rasmi. Malah yang lebih membimbangkan adalah

kesimpulan yang dipegang oleh majoriti peguam bukan Islam dan sebahagian

peguam Islam bahawa negara ini adalah sebuah negara sekular. Pegangan kelompok

ini mempunyai pengaruh yang luas di kalangan masyarakat bukan Islam dan

sebahagian umat Islam.

 

Sebahagian besar dari aktivis pertubuhan Islam berpegang kepada gabungan kedua-

duanya - Malaysia adalah negara sekular yang meletakkan Islam sekadar agama

rasmi. Mereka berpegang kepada Perlembagaan negara ini memartabatkan

sekularisme sebagai ideologi negara dan dengan itu manifesto perjuangan mereka

adalah menukar wajah perlembagaan dan ideologi negara daripada sekular kepada

Islam. Alasannya - Perkara 4 memartabatkan Perlembagaan sebagai undang-undang

tertinggi mengambil tempat al Quran dan as Sunnah. Justeru, sebahagian besar para

aktivis gerakan Islam meletakkan perspekif perjuangan mereka adalah di luar ruang-

lingkup Perlembagaan yang ada.

 

 

Malaysia Negara Sekular?

 

Page 3: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

Pegangan yang menyimpulkan Malaysia sebuah negara sekular adalah berasaskan

kepada laporan Kertas Putih mengenai syor perlembagaan yang mencadangkan

Islam dimartabatkan sebagai agama Persekutuan dalam perkara 3(1) dan di dalam

masa yang sama memberi jaminan bahawa kebebasan beragama serta kedudukan

Raja-raja Melayu sebagai ketua agama bagi negeri masing-masing tidak akan

terjejas. Kertas Putih ini juga menyebut bahawa kedudukan Islam itu tidak akan

menjejaskan sifat sekular persekutuan. Atas jaminan ini MCA dan MIC dikatakan telah

bersetuju untuk menerima perkara 3(1) itu dengan senang hati.

 

Persoalannya adakah rujukan kepada Kertas Putih syor perlembagaan itu membantu

kita untuk mentafsirkan perkara 3(1) secara konklusif. Atau adakah kita terus

dikelirukan pula dengan persoalan apakah yang dimaksudkan dengan sifat sekular

itu? Apa yang berlaku sekarang ini adalah kelompok ini hakikatnya terus merujuk

kepada Kertas Putih itu. Mereka menerima jaminan itu seolah-olah jaminan itulah yan

termaktub dalam perlembagaan yang seolah-olahnya berbunyi - "Islam adalah

agama Persekutuan, namun ini tidaklah menghilangkan sifat sekular Persekutuan".

 

Kekeliruan yang cuba ditegakkan oleh kelompok ini bukan sahaja bertujuan untuk

menyerlahkan negara ini sebagai negara sekular, malah mereka terus menerus

menyisih, menghakis dan menghilangkan bahagian awal perkara 3(1) hingga ia

seolah-olahnya berbunyi "Persekutuan adalah sebuah Negara sekular, namun adapt

istiadat Islam dan Melayu boleh diamalkan dalam acara rasmi". Inilah pegangan yang

mendominasi Majlis Peguam Malaysia dan diperjuang hebat oleh kelompok Artikel 11.

Dalam kes LIna Joy diperingkat Mahkamah Persekutuan, Peguamnya berkata;

 

"Sudah tiba masanya orang Melayu difahamkan bahawa kedudukan Islam adalah

lebih rendah dari Perlembagaan kita dan mesej ini hendaklah dijelaskan kepada

mereka oleh mahkamah yang mulia ini"

 

 

Cubaan Untuk Mendaulatkan Perkara 3 (1)

 

Cubaan untuk mendaulatkan kedudukan Islam sebagai agama Negara telah

dilakukan oleh peguam-peguam bukan Islam yang pada hakikatnya hanya satu suatu

pembelaan bagi mengelakkan anakguam mereka dari dijatuhi hukuman mati bagi

keslahan pengedaran dadah dan memiliki senjata api. Dalam kes Che’ Omar bin Che

Soh v Public Prosecutor peguam-peguam T Mura Raju dan Ramdas Tikamdas

Page 4: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

berhujah bahawa hukuman mati bagi kedua-dua kesalahan itu bercanggah dengan

hukum syarak kerana kedua-dua kesalahan itu bukan kesalahan hudud. Oleh itu ia

bercanggah dengan perkara 3(1) yang meletakkan Islam sebagai agama

Persekutuan.

 

Mahkamah Agung yang diketuai oleh Tun Mohd Salleh Abas walaupun telah

memberikan tafsiran yang betul kepada Islam berdasarkan buku The Islamic Law and

Constitution, tulisan S.A.A al Maududi, tetapi telah menyempitkan keberkesanan

perkara 3(1) berdasarkan kepada niat dan hasrat penggubal Perlembagaan. Hakim

yang bijaksana itu telah menguraikan suasana pemerintahan dan politik di negeri-

negeri Melayu sejak tahun 1874 dan seterusnya semasa pembetukan Persekutuan

Tanah Melayu yang memisahkan antara pentadbiran Negara yang terletak di tangan

penjajah dan hal-ehwal agama di abwah bidang kuasa Raja-raja dan menyimpulkan-

 

"In our view, it is in this sense of dichotomy that the framers of the Constitution

understood the meaning of the word Islam in the context of Article 3. If it had been

otherwise, there would been another provision in the Constitution which would have

the effect that any law contrary to the injuction of Islam will be void. Far from making

such provision, Article 62, on the other hand, purposesly preserves the continuity of

secular law prior to the Constitution, unless such law is contrary to the latter"

 

Jelas dari pendekatan Mahkamah tertinggi Negara pada masa itu (1988) yang masih

menafsirkan perkara 3(1) dengan merujuk kepada niat penggubal dan bukan kepada

maksud Islam itu sendiri. Walaupun bahasa yang digunakan pada perkara 3(1) itu

begitu jelas, namum Mahkamah masih mahu merujuk kepada niat penggubal.

 

Mahkamah Agung walau bagaimanapun tidak memutuskan bahawa Negara ini

adalah Negara sekular sebagaimana yang sering dihujahkan oleh peguam bukan

Islam dan sebahagian kecil peguam hak asasi manusia kebelakangan ini. Sebaliknya

apa yang diutarakan oelh Mahkamah Agung adalah undang-undang yang terpakai

adalah undang-undang sekular sebagaimana yang dibenarkan oleh perkara 162

Perlembagaan. Hakim berkenaan mengaitkan kedudukan perkara 3(1) dengan

perkara 162 yang dikatakan membenarkan undang-undang sekular terus

berkuatkuasa. Namun jika diteliti secara cermat, perkara 162 itu adalah peruntukan

transitional yang membenarkan undang-undang sebelum merdeka terpakai tertakluk

kepada pengubahsuaian dan pindaan yang boleh dilakukan kemudian oleh pihak

berkuasa.

Page 5: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

 

Jelas di sini bahawa perkara 162 dimasukkan bagi membolehkan proses

pengubahsuaian atau pindaan kepada undang-undang yang sedia berkuatkuasa

sebelum merdeka dilakukan. Sekiranya undang-undang itu bercanggah dengan

perkara 3(1), maka ia boleh dipinda supaya selaras dengan Islam. Perkara 162 tidak

boleh dijadikan hujah untuk menyifatkan negara ini sebagai sebuah negara sekular

atau membenarkan undang-undang yang bercanggah dengan Islam terus

berkuatkuasa.

 

Oleh kerana itulah di bahagian akhir penghakimannya, Hakim yang bijaksana itu

menyarankan supaya hujah kedua-dua peguam itu diteruskan di forum-forum lain

seperti di Parlimen dan kepada ahli politik. Namun saranan Hakim itu tidak diikuti

oleh peguam-peguam Islam yang lain, dan tiada usaha bersungguh-sungguh untuk

mengkaji keberkesanan Perkara 3(1) untuk memartabatkan kedudukan Islam.

Sebaliknya majoriti peguam Islam mengambil sikap menerima sahaja keputusan

Mahkamah Agung itu.

 

Cubaan untuk menafsirkan Perkara 3(1) secara lebih tepat telah dilakukan oleh

Hakim Mohd Noor Abdullah dalam kes Meor Atiqurrahman v Fatimah bte Sihi [2000] 5

MLJ 375 apabila beliau memerikan pendapat mengenai kedudukan Pekara 3(l)-

 

"Ulasan pertama saya mengenai peraturan pakaian seragam sekolah ini ialah

peruntukan pakaian seluar pendek bagi murid lelaki dan pakaian pinafore tunic bagi

murid perempuan di sekolah menengah adalah membelakangkan ugama Islam di

mana yang dahulu dikemudiankan dan yang kemudian didahulukan dan tidak selari

dengan Perlembagaan Persekutuan. Murid lelaki dikehendaki memakai seluar pendek

tetapi diberi pilihan memakai seluar panjang. Murid perempuan pula dikehendaki

memakai pinafore tunic dan blouse (skirt bagi Tingkatan VI) tetapi diberi pilihan

memakai baju kurung dan kain sarung atau tudung/mini telekung. Sepatutnya

pakaian murid lelaki ialah seluar panjang dengan memberi pilihan memakai seluar

pendek dan pakaian murid perempuan ialah baju kurung, kain sarung dan tudung/

telekung dengan memberi pilihan memakai pinafore tunic dan blouse atau skirt.

Dengan cara sedemikian peraturan pakaian seragam ini akan selari dengan perkara

3 Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi:

 

Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan

dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Page 6: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

 

Soalan: Apakah makna 'Islam' dan 'ugama' dalam Perlembagaan ini?

 

Islam sebagai ad-deen merangkumi keseluruhan aktiviti kehidupan manusia dari lahir

sehingga mati, dari bangun pagi hingga ke tidur malam yang ditunjukkan oleh

Rasulullah yang mendapat wahyu dari Allah dan termaktub dalam Quran, ugama

Islam memperakui ugama Yahudi dan Kristian dan mengiktiraf Taurat, Zabur dan

Injil. Islam ugama sejagat yang boleh diterima oleh semua ugama lain.

 

Menurut S Abdul A'la Ma-dudi dalam buku The Islamic Law and Constitution, 7th Ed

March 1980. 'There can be no doubt that Islam is not just a mere collection of

dogmas and rituals but it is a complete way of life covering all fields of human

activities, may they be private or public, legal, political, economic, social, cultural,

moral or judicial.

 

Menurut The Holy Quran (New Revised Ed) n 434 p 155 oleh Abdullah Yusuf Ali:

 

Islam is not sectarian, non-racial, non-doctrinal and is a universal religion. Islam is

just submission to the will of Allah. This implies:

 

(1) Faith;

 

(2) doing right, being an example to others to do right, and having the power to see

that the right prevails;

 

(3) eschewing wrong,being an example to others to eschew wrong and having the

powers to see that wrong and injustice are defeated. Islam therefore lives not for

itself, but for mankind.

 

Pada pendapat saya, 'Islam ialah ugama bagi Persekutuan tetapi ugama-ugama lain

boleh diamalkan dengan aman dan damai' bermakna Islam adalah ugama utama di

antara ugama-ugama lain yang dianuti di negara ini seperti Kristian, Buddha, Hindu

dan selainnya. Islam bukan setaraf dengan ugama lain, bukan duduk berganding

bahu atau berdiri sama tegak. la duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat

medan dan suaranya lantang kedengaran. Islam ibarat pokok jati—tinggi, teguh dan

terampil. Jika bukan sedemikian Islam bukanlah ugama bagi Persekutuan tetapi

adalah salah satu di antara beberapa ugama yang dianuti di negara ini dan setiap

Page 7: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

orang sama-sama bebas mengamalkan mana-mana ugama yang dianutinya, tiada

lebih satu dari yang lain."

 

Hakim Mohd Noor seterusnya berkata -Saya percaya seandainya pembuat dasar di

Kementerian Pendidikan sedar atau disedarkan tentang kaedah pakaian bagi orang

Muslim dan mengutamakan Islam sebagai ugama Persekutuan, Kementerian

Pendidikan tidak akan mewajibkan pakaian seluar pendek bagi murid lelaki dengan

pilihan seluar panjang atau mewajibkan pakaian pinafore tunic dan blouse bagi murid

perempuan dengan pilihan memakai baju kurung dan kain sarung serta

tudung/telekung. Peraturan pakaian seragam sekolah Bil 3/1983 tersebut adalah

songsang dan tak selari dengan Perlembagaan dan menurut perkara 4

 

Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-

undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang tak selari dengan

Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang tak selari itu. Peraturan tersebut

adalah terbatal. Adanya pilihan untuk memakai seluar panjang atau baju kurung dan

kain sarung tidak dapat menyelamatkan atau menjadikan sah Peraturan tersebut.

 

Walaupun keputusan YA Hakim Mohd. Noor Abdullah diketepikan pada peringat

Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, namun pendekatan yang diambil

dalam menafsirkan Perkara 3(1) tidak disentuh oleh Mahkamah tertinggi negara.

Bahkan Hakim Abdul Hamid Mohamad ketika memberikan penghakiman Mahkamah

Persekutuan mengambil pendekatan dari hukum syarak dalam memutuskan

kedudukan peraturan sekolah yang mengharamkan pemakaian serban oleh pelajar-

pelajar sekolah rendah. Hakim berkenaan berkata -

 

[37] SP3 gave his opinion that the wearing of turban is 'sunat'. Clearly, he based his

opinion on the views of the traditional jurists — the turban wearing scholars from

turban-wearing communities who lived at a time when the wearing of turban was

customary or fashionable. Certainly their surroundings could have, to a certain

extent, influenced their views on a matter such as the wearing of turban where Al-

Quran is silent. That is natural. Imam Shafie revised some of his rulings after living in

Egypt for a few years and observing the custom of the people there. That is the mark

of a great jurist!

 

[38] Even if we were to accept the view of SP3 that me wearing of turban (by adult

Muslim male) is 'sunat' or (commendable), it certainly does not rank on the same

Page 8: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

level as 'sunat prayers', as learned counsel for the appellants tried to convince the

court when the question was put to him by me.

 

[39] So, the 'practice' is of little significance from the point of view of the religion of

Islam, what more, in relation to underaged boys. Certainly, it is not a part of 'Islamic

prophetic teaching' as submitted by the learned counsel for the appellants.

 

[40] Moving to the second factor which, in my view, should be considered i.e. the

extent of the 'prohibition'.

 

[41] We are not dealing with a total prohibition of wearing of the turban. The

students, primary school students of the school, are not allowed to wear the turban

as part of the school uniform, i.e. during the school hours. They are not prevented

from wearing the turban at other times. Even in school, certainly, they would not be

prevented from wearing the turban when they perform, say, their 'Zohor' prayer in

the school 'surau' (prayer room). But, if they join the 'Boy Scout', it is only natural if

they are required to wear the Scouts uniform during its activities. Or, when they play

football, naturally they would be required to wear shorts and T-shirts. Should they be

allowed to wear 'jubah' when playing football because it was the practice of the

Prophet (PBUH) to wear jubah? Following the arguments or learned counsel for the

appellants, they should. Certainly, there is a place for everything.

 

[42] Furthermore, there is nothing to prevent them from changing school, eg to a

'pondok' school that would allow them to wear the turban.

 

[43] To accept the learned counsel's argument would mean that anybody has a right

to do anything, any time, anywhere which he considers to be a practice of his

religion, no matter how trivial. The only limit is clause (5). To me, that cannot be the

law."

 

Pendekatan yang diambil oleh YA Hakim Abdul Hamid Mohamad menunjukkan

penafsiran tentang hak individu dari pandangan Islam boleh dilakukan di Mahkamah

Persekutuan. Pendekatan sebegini sepatutnya mampu dilakukan oleh para hakim-

hakim tanpa merujuk kepada keterangan saksi pakar kerana undang-udang Islam

adalah the law of the Land sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes Ramah v

Laton. Oleh itu adalah perlu bagi negara untuk mempunyai hakim-hakim yang

berkemampuan memutuskan kes berdasarkan hukum syarak.

Page 9: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

 

 

Perkara 3(1) Meletakkan Islam Lebih Istimewa

 

Terdapat juga pandangan yang berpendapat peruntukkan dalam perkara 3(1) ini

sekadar menyatakan bahawa sebagai agama rasmi Persekutuan, Islam adalah satu-

satunya agama yang diberi kedudukan yang sebegitu tinggi berbanding dengan

agama-agama lain. Peringatan sedemikian pernah diutarakan oleh Y. A. Dato' Abdul

Hamid Mohamad dalam kes Kamariah bte Ali Iwn Kerajaan Negeri Kelantan. Hakim

bekenaan menjelaskan bahawa Perlembagaan juga memberi kuasa kepada Badan

Perundangan Negeri untuk mengkanunkan Hukum Syarak dalam perkara-perkara

yang disebut dalam Senarai II, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan. Akta Mahkamah

Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 juga digubal selaras dengan kehendak Senarai

II tersebut.

 

Kedudukan istimewa Islam sebagai agama yang paling dominan juga diiktiraf melalui

Artikel 11 walaupun Artikel tersebut menyebutkan tentang kebebasan beragama. Ini

dapat dilihat dalam Klausa (1) dan (4):

 

(1) "Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk

kepada Perkara (4), mengembangkannya,

 

(4) Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal

dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan

orang yang menganuti agama Islam"

 

Fasal (4) bertujuan untuk memberi kuasa kepada Negeri untuk membuat undang-

undang yang dapat mempertahankan agama Islam dari dipengaruhi oleh ajaran atau

amalan agama-agama lain.

 

Dengan lain perkataan, walaupun agama lain bebas diamalkan oleh penganutnya

dalam negara ini, mereka adalah dilarang dari menyebarkan ajaran agama mereka

kepada umat Islam atas alasan Islam adalah agama bagi negara ini dan tidak boleh

sama sekali diperlakukan secara menghina.

 

 

Page 10: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

Pendekatan Holistik Dalam Menafsirkan Perlembagaan

 

Mahkamah Persekutuan dalam kes Danaharta Urus Sdn. Bhd. V. Kekatong Sdn Bhd &

Anor menyebutkan betapa perlunya Perlembagaan dilihat secara menyeluruh untuk

mengelakkan dari penyelewengan maksud sebenar sesuatu peruntukan dalam

Perlembagaan. Mahkamah menyatakan dalam penghakimannya;

 

".. .Tafsiran terhadap peruntukan dalam Perlembagaan dibuat dengan cara merujuk

kepada dua peruntukan atau lebih secara bersama untuk mendapatkan maksud yang

tepat. la adalah satu kaedah yang sememangnya diiktiraf dalam mana-mana

perlembagaan. Adalah perlu untuk merujuk kepada 'Bindra's Interpretation of Statute

7th Ed' di mana ia menyebut,

 

Perlembagaan mesti dilihat secara menyeluruh untuk memastikan bahawa kesemua

peruntukannya adalah berikat dan berkuasa. la adalah satu kaedah yang diiktiraf

dalam mana-mana Perlembagaan bahawa sesuatu peruntukan dalam Perlembagaan

tidak boleh dipisahkan dari peruntukan yang lain dan dibiarkan berasingan.

Pengasingan yang sedemikian akan menyebabkan kedaulatan sesebuah

Perlembagaan itu tergugat dan lari dari tujuan sebenar penggubalan sesebuah

Perlembagaan.

 

Di atas sebab yang sama, mengasingkan sesuatu peruntukan dari peruntukan yang

lain dan memberikan tafsiran yang juga dibuat secara berasingan adalah janggal dan

tidak tepat..."

 

Kedudukan Islam dalam perlembagaan perlu dilihat secara keseluruhan

perlembagaan itu sendiri. Aspek utama perlembagaan yang sering diperkatakan oleh

peguam hak asasi manusia sebagai dominan dan perlu dihormati adalah Bahagian ll

yang merangkumi Kebebasan Asasi, Kesamarataan, Hak Kebebasan Berucap,

Berkumpul dan Berpersatuan, Hak Kebebasan beragama , Hak Mengenai Pendidikan

dan sebagainya.

 

Secara dasarnya hak-hak yang diiktiraf oleh Perlembagaan ini adalah selaras dengan

Islam. Malah Islam yang mendahului pemikiran lain termasuk barat dalam

mempelopori hak-hak ini walaupun tidak dinamakan secara khusus seperti hak asasi

manusia, hak wanita, hak kebebasan dan sebagainya. Namun begitu hak dan

kebebasan yang diberikan oleh Perlembagaan itu tidaklah mutlak. Perkara 5 -No

Page 11: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

person shall be deprived of his life or personal liberty save in accordance with law.

Perkara 8 (2) - Except as expressly authorised by his constitution, there shall be no

discrimination against citizens..., Perkara 10 (1) Subject to Clauses (2), (3) and (4) -

(a) every citizen has the right to freedom of speech and expression;

 

Oleh itu apabila menafsirkan hak-hak yang dikurniakan oleh Perlembagaan,

penafsiran kepada Perlembagaan terutamanya perkara-perkara yang terkandung

dalam Bahagian II ini tidak sewajarnya dilakukan dengan hanya bersandarkan

kepada doktrin-doktrin asing tanpa melihat kepada keseluruhan Perlembagaan itu

sendiri. Bahagian II ini perlulah ditafsir secara harmonis dengan Bahagian I dengan

menilainya dari aspek pandangan falsafah dan ideologi negara.

 

Mahkamah Persekutuan dalam kes Danaharta Urus Sdn. Bhd. berpendapat bahawa;

 

"...Mahkamah sepatutnya berpegang kepada andaian bahawa tiada peruntukan yang

saling bercanggah dalam Perlembagaan dan mengandaikan bahawa itulah yang

dimaksudkan oleh para penggubalnya... Raja Azlan Shah FJ dalam kes Loh Kooi

Choon Iwn Kerajaan Malaysia menyatakan, "Perlembagaan sebagai undang-undang

yang tertinggi dalam sesebuah Negara, tidak boleh diubah sewenang-wenangnya,

dan berbeza dengan undang-undang biasa. Oleh sebab itu peruntukan dalam

Perlembagaan tidak boleh bercanggah sesama sendiri..."

 

Suffian LP dalam kes Phang Chin Hock Iwn Public Prosecutor pula menyatakan,

 

"Dalam mentafsir Artikel 4 (1) dan Artikel 159, prinsip harmonious construction

menghendaki kita supaya mengambil perhatian terhadap kedua-dua peruntukan

tersebut..."

 

 

Kedudukan Doktrin-Doktrin Moden Di Sisi Perlembagaan

 

Konsep keperlembagaan adalah suatu konsep yang sentiasa berkembang dan bukan

berbentuk statik. Konsep ini telah melahirkan berbagai-bagai konsep lain seperti

doktrin pengagihan kuasa, kedaulatan undang-undang, imbangan kuasa dan

sebagainya. Konsep-konsep yang baru diperkenalkan seperti good governance,

transparency, akauntabiliti juga boleh dikatakan sebagai perkembangan

keperlembagaan.

Page 12: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

 

Kesemua perkembangan ini perlu dilihat dari kacamata Islam sama ada ia selaras

dengan ideologi negara atau sebaliknya. Walaupun sebahagian dari konsep-konsep

baru ini adalah selaras dengan Islam namun tidak dapat dinafikan bahawa pendetilan

bagi sesetengah konsep itu ternyata bercangggah dengan Islam. Sebagai contoh,

hak kesamarataan gender walaupun pada hakikatnya Islamlah yang mengangkat

martabat wanita (sedangkan barat pada masa itu langsung tidak memberikan

sebarang nilai kepada wanita) namun dalam beberapa hal tertentu hak

kesamarataan yang dituntut oleh wanita di Barat seperti memberikan ruang kepada

wanita untuk menjawat jawatan awam tertentu yang berkaitan dengan agama

seperti mufti, imam dan sebagainya adalah bercangggah dengan ajaran Islam.

 

Begitu juga dengan hak kebebasan untuk menjalinkan hubungan jenis. la perlu

dilihat dari sudut pandangan agama negara ini. Islam tidak mengiktiraf hubungan

jenis di luar nikah sama ada di kalangan umat Islam atau bukan Islam. Oleh itu dalam

mempertimbangkan sama ada hak kebebasan individu perlu diberikan sehingga ke

tahap kebebasan untuk mengadakan hubungan seks, maka rujukan perlulah dibuat

kepada prinsip utama negara iaitu Islam.

 

"Whatever may be said of other constitutions, they are ultimately of little assistance

to us because our Constitution now stands in its own right and it is in the end the

wording of our Constitution itself that is subject to be interpreted and applied, and

this wording can never be overridden by the extraneous principles of other

Constitutions" Raja Azlan Shah dalam kes Pang Chin Hock v Public Prosecutor.

 

Begitu juga dengan hak asasi manusia yang terlalu memberikan tumpuan kepada

hak dan kebebasan individu hingga bercanggah dengan keseimbangan hak antara

individu dan komuniti yang dianjurkan oleh Islam.

 

Namun begitu Islam tidak pesimis terhadap doktrin-doktrin pengagihan kuasa, check

and balance, ketelusan dan sebagainya. Malah Islam awal-awal lagi menegaskan

kewajipan rakyat untuk menegur pemimpin sekiranya pemimpin melakukan

kesilapan. Malah Islam lebih ke hadapan dalam aspek good governace ini. Islam

melarang pemerintah dari bermewah-mewah sedangkan rakyat dalam kesusahan.

Monopoli dalam perniagaan, mengaut kekayaan dan keuntungan secara rakus,

eksploitasi ekonomi, penipuan yang berleluasa dalam perniagaan sehingga golongan

kapitalis mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menindas pengguna.

Page 13: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

Semua ini adalah bercanggah dengan Islam namun ia tidak dibangkitkan sebagai

bertentangan dengan Islam dan dengan itu unconstitutional kerana bercanggah

dengan semangat agama negara.

 

Mengenai amalan demokrasi, walaupun sistem pilihanraya negara ini berasaskan

amalan barat, namun cara pemilihan sedemikian tidaklah bercanggah dengan prinsip

syura Islam yang memberikan kebebasan kepada orang ramai untuk memilih

pemimpin yang paling layak antara mereka.

 

Pemilihan yang dibuat oleh rakyat bukanlah merupakan keputusan muktamad

mengenai perlantikan Perdana Menteri kerana YDPA masih berkuasa untuk

menimbangkan seseorang yang dipercayai mendapat kepercayaan majoriti di Dewan

Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Perdana Menteri yang dilantik oleh

YDPA semestinya seorang yang mampu melaksanakan ikrar Baginda iaitu -

mempertahankan Islam.

 

Dalam hal penggubalan dasar dan undang-undang negara, prinsip asas demokrasi

yang mementingkan pandangan majoriti rakyat perlu dilihat dalam kerangka

Perlembagaan yang meletakkan nilai agama Islam sebagai garis panduan yang perlu

dihormati. Walaupun pandangan majoriti rakyat mahukan hubungan jenis (perzinaan)

atas kerelaan tidak dijadikan satu kesalahan jenayah, namun ia perlu dinilai dari

kehendak agama Islam yang mengkategorikan kegiatan sedemikain sebagai

kesalahan jenayah.

 

 AGENDA MENGHAKIS KEDUDUKAN ISLAM DALAM NEGARA

a. Menghapuskan Kedaulatan Islam dalam Perlembagaan

Berhujah (di Parlimen, Mahkamah Persekutuan dan di mana sahaja) untuk

menafsirkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama

Persekutuan dan Kedudukan Raja-Raja sebagai Ketua Agama di Negeri masing-

masing) hanya sekadar untuk tujuan kera'ian (ceremonial) sahaja.

• Berhujah bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

• Meletakkan Islam dan Syariah di bawah norma-norma atau konvensyen

antarabangsa dan tertakluk kepada norma atau konvensyen berkenaan.

• Perkara 121 1A ditafsirkan dengan memberikan kuasa mahkamah tinggi sivil untuk

melaksanakan judicial review - bagi menyemak dan mengubah keputusan Mahkamah

Page 14: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

syariah.

• Sistem perundangan syariah negara adalah sekadar administrative personal

tribunal yang boleh diketepikan atau disemak oleh mahkamah tinggi sivil

berdasarkan undang-undang sivil.

• Mahkamah Syariah tidak mempunyai asas dalam perlembagaan dan tidak

setanding dengan Mahkamah Sivil

b. Menyamatarafkan semua agama (transcendental unity of religion) di

negara ini;

• Melenyapkan dominasi Islam dalam berbagai aspek kehidupan dan pentadbiran

negara.

• Semua agama berhak untuk menyebarkan ajarannya termasuk kepada orang

Islam, perkara 11(4) Perlembagaan perlu dihapuskan;

• Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri tidak berhak untuk memberikan

perhatian kepada Islam;

• Sebarang belanjawan untuk pembangunan Islam adalah menyalahi amalan negara

demokrasi;

• Kerajaan juga perlu memperuntukan belanjawan untuk agama-agama lain

sekiranya Islam diberikan peruntukan kewangan

• Mewujudkan masyarakat yang mengamalkan kepelbagaian agama (pluralisme);

suami isteri boleh berbeza agama dan anak-anak boleh memilih agama yang mereka

yakini.

• Tidak perlu memeluk Islam bagi pasangan yang hendak berkahwin dengan

pasangan beragama Islam.

• Anak-anak bagi pasangan yang hanya salah seorang memeluk agama Islam

sedangkan pihak yang satu lagi tidak memeluk agama Islam, tidak semestinya

mengikut agama pasangan yang memeluk Islam.

Memperjuangkan kebebasan berfikir secara mutlak di kalangan umat Islam sehingga

membolehkan -

• Orang Islam bebas untuk murtad sesuka hati mereka tanpa kawalan pihak

berkuasa agama, jauh sekali dari dikenakan sebarang hukuman;

• Pelopor dan pengikut ajaran sesat bebas untuk mengamalkan kepercayaan

mereka;

• Orang-orang Islam yang jahil tentang Islam juga diberikan hak untuk menafsirkan

al Quran mengikut kefahaman mereka sendiri;

• Institusi Fatwa dihapuskan dari enakmen Pentadbiran Negeri-negeri kerana

Page 15: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

dikatakan bercanggah dengan semangat keperlembagaan, ia seolah-oleh menjadi

badan pembuat undang-undang ketiga selain dari DUN dan Parlimen;

• Jurisprudens Syariah diranapkan sama sekali, pentafsiran dan pendekatan modern

yang liberal dan progresif perlu diterima pakai.

• Pegangan agama, kepercayaan dan bagaimana mengamalkannya adalah hal

persendirian yang tidak sepatutnya disentuh oleh mana-mana pihak berkuasa.

Menghapuskan undang-undang kawalan moral berasaskan agama

• Umat Islam perlu dibebaskan dari berbagai kawalan undang-undang Syara' yang

mengawal akhlak.

• Berhujah (termasuk di Mahkamah) dan mendesak supaya dihapuskan kuasa

Negeri-negeri untuk menggubal undang-undang jenayah syariah yang bertujuan

untuk mengawal akhlak umat Islam seperti khalwat, minum arak, berjudi,

berpakaian/ berkelakuan tidak senonoh dsb.

• Umat Islam bebas mengamalkan agamanya mengikut tafsirannya sendiri, tiada

sebarang undang-undang yang boleh mengawalnya dan tiada sesiapa yang boleh

memutuskan sama ada caranya itu salah atau sebaliknya.

c. Memberikan imej buruk terhadap Institusi dan Undang-undang

Syariah/Islam.

• Menggambarkan Ulama' silam sebagai tidak adil kerana mendiskriminasi kaum

wanita dengan memberikan hak talak kepada lelaki, pengagihan harta pusaka yang

mendiskriminasi wanita, keperluan wali dalam pernikahan, nasab keturunan hanya di

sebelah bapa dsbnya yang pada pemikiran mereka adalah gender bias.

• Jawatan-jawatan utama berkaitan agama dimonopoli kaum lelaki.

• Secara tradisinya Jabatan Agama dan Mahkamah Syariah dimonopoli oleh kaum

lelaki dan sentiasa menindas kaum wanita.

• Tafsiran al-Quran dalam hal-hal berkaitan wanita dipengaruhi oleh lelaki

• Isteri tidak wajib ta'at kepada suami kerana perkongsian hidup mereka adalah atas

kedudukan sama rata

• Amalanberpoligamidigambarkan sebagai gila seks.

• Memberikan gambaran negatif mengenai amalan poligami Rasul.

• Isteri berhak untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja sebagaimana

suami juga.

• Suami yang memaksa isteri untuk mengadakan hubungan seks boleh dituduh

merogol isteri.

Page 16: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

d. Mengadakan jaringan bersepadu untuk mengganyang Islam (Islam

Bashing)

• Membentukpersepakatan dengan NGO-NGO, dan media massa khususnya internet

bagi rnenjayakan program Islam bashing mereka.

• Mendapatkan sokongan parti-parti politik bukan Islam, termasuk tokoh-tokoh politik

dalam atau luar kerajaan bagi melebarkan pegaruh mereka.

• Mewujudkan barisan peguam yang berkebolehan untuk berhujah di Mahkamah

Persekutuan bagi meruntuhkan Islam dan Institusi Islam melalui proses mahkamah.

• Memberikan sokongan moral dan membela kelompok ajaran sesat dan

memberikan gambaran buruk mengenai Islam kepada masyarakat antarabangsa.

• Bekerjasama dengan badan-badan aktivis hak asasi untuk membela golongan

ajaran sesat dan pesalah jenayah Syariah hingga ke tahap mempertikaikan undang-

undang kawalan tersebut di Mahkamah Persekutuan.

• Membangkitkan sentimen kebencian dan mewujudkan gelombang bantahan

terhadap Institusi Islam dan Syariah melalui jaringan media serta memburuk-

burukkan imej institusi agama/ Syariah.

• Melobi kepada parti-parti politik dan tokoh-tokoh poitik termasuk yang berada

dalam kerajaan untuk melebarkan pengaruh mereka.

• Melobi kepada masyarakat antarabangsa untuk mengenakan berbagai tekanan

terhadap negara sekiranya apa saja yang mereka kehendakki tidak dapat

dilaksanakan.

• Merekrut siswa-siswi yang petah (terutamanya Bahasa Inggeris) dan pintar untuk

menyemai pengaruh mereka di kalangan generasi muda.

KES-KES YANG MENG ANCAM KEDUDUKAN ISLAM

WalaupunKumpulanArtikel 11 (K-ll) baru ditubuhkan secara rasminya pada awal

tahun 2006, namun kegiatan mereka telah berakar umbi sejak hampir sepuluh tahun

yang lalu. Mereka bergerak secara individu atau atas kapasiti kelompok kecil dengan

pendekatan masing-masing. Sepanjang 50 tahun kemerdekaan negara, terdapat

banyak kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah yang menjejas kedudukan

Islam di negara ini.

Kebelakangan ini antara kes-kes yang telah dan sedang digunakan oleh K-ll untuk

menegakkan prinsip perjuangan mereka adalah seperti berikut-

Page 17: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

Daud bin Mamat Dan Lain-lain Lwn Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat

Melayu Kelantan Dan Satu Lagi [2002] 3 MLJ 728.

Kes yang pertama mengenai isu hak orang Islam untuk murtad. Di bawah Perkara 11

Perlembagaan. Plaintif adalah pengikut ajaran sesat Ayah Pin yang dipenjarakan

kerana cuba keluar dari agama Islam tanpa melalui saluran yang wajar. Mahkamah

Tinggi Kota Bharu memutuskan ia tiada bidang kuasa untuk memutuskan isu murtad

kerana menurut seksyen 102 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Kelantan seseorang

Muslim dianggap masih beragama Islam sehinggalah ia diisytiharkan sebaliknya oleh

Mahkamah Syariah.

Hakim Dato' Suryadi Halim Omar juga berkata; The act of exiting from a religion is

certainly not a religion, or could be equated with the right 'to profess and practise'

their religion. Manakala di Mahkamah Rayuan pula Hakim Hamid Mohamad

mengesahkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dan selanjutnya beliau

memutuskan bahawa cubaan perayu dan rakan-rakannya untuk keluar dari agama

Islam hanyalah bagi mengelakkan dari dipertuduh di Mahkamah Syariah bagi

kesalahan yang telah mereka lakukan, oleh itu mereka perlu dibicarakan terlebih

dahulu di Mahkamah Syariah bagi kesalahan itu.

Peguam-peguam:

• Harts Ibrahim (Mohana Kumar dan Jahaberdeen Md Yunos bersama beliau) (Haris &

Co) bagi pihak perayu.

• Jalaldin Hussain (Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan) bagi pihak responden

pertama.

• Azhar Mohamad (Alice Lake bersama beliau) (Jabatan Peguam Negara) bagi pihak

responden kedua.

Kamariah Bte Ali Dan Lain-lain Lwn Kerajaan Negeri Kelantan Dan Satu Lagi

[2002] 3 MLJ 657 (Mahkamah Rayuan) [2005] 1 MLJ 197(Mahkamah

Persekutuan).

Perayu-perayu telah membuat akuan berkanun mengisytiharkan mereka keluar

daripada agama Islam pada bulan Ogos 1998. Mereka dijatuhkan hukuman penjara

pada 5 Oktober 2000 atas kegagalan mematuhi perintah Mahkamah Rayuan Syariah

untuk bertaubat berkaitan dengan kesalahan di bawah Undang-undang Majlis Agama

Page 18: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang dilakukan oleh perayu-perayu sebelum

Ogos 1998. Maka, persoalan yang timbul ialah sama ada perayu-perayu mestilah

menganut agama Islam ketika hukuman-hukuman dijatuhkan ke atas mereka dalam

bulan Oktober 2000.

Pada peringkat Mahkamah Rayuan, Hakim Abdul Hamid Mohamad memutuskan -

(1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan (berkaitan dengan agama Islam) tidaklah

boleh ditafsirkan sebegitu luas sehingga ia membatalkan semua undang-undang

yang menghendaki seseorang Islam itu mengerjakan sesuatu kewajipan agama Islam

atau melarang mereka melakukan sesuatu perkara yang dilarang oleh agama Islam

atau yang menetapkan acara bagi melakukan sesuatu perkara yang berkaitan

dengan agama Islam. Ini kerana kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan

adalah berlainan daripada kedudukan agama-agama lain. Pertama, hanya Islam,

sebagai satu agama, yang disebut dengan namanya dalam Perlembagaan

Persekutuan, iaitu sebagai 'agama bagi Persekutuan' dan kedua, Perlembagaan itu

sendiri memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri (bagi Negeri-Negeri)

untuk mengkanunkan Hukum Syarak dalam perkara-perkara yang disebut dalam

Senarai n, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan ('Senarai

n')

Manakala di Mahkamah Persekutuan Ketua Hakim Negara sekarang YAA Tun Ahmad

Fairuz memutuskan untuk menolak rayuan perayu-perayu:

(1) Membuat akuan berkanun dan mengisytiharkan mereka bukan lagi menganut

agama Islam tidak dengan sendirinya melepaskan perayu-perayu daripada

pertuduhan yang ada di Mahkamah Syariah

(2) Mengambil pendekatan maksud, didapati bahawa masa yang material untuk

menentukan sama ada perayu-perayu adalah orang yang menganut agama Islam

ialah masa ketika mana perayu-perayu melakukan kesalahan di bawah Undang-

Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Oleh itu walaupun perayu-perayu telah mengisytiharkan mereka murtad pada tahun

1998, mereka selayaknya dibawa ke hadapan Mahkamah Syariah pada tahun 2000

kerana ia berkaitan suatu kesalahan yang telah dilakukan ketika perayu-perayu

masih beragama Islam.

Peguam-peguam:

• Malik Imtiaz (Haris Ibrahim, Ang Hea nLeng dan Nor Isma Ismail bersamanya)

Page 19: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

(Harts &Go) bagi pihak perayu

• Tan Sri Abdul Gani Patail (Data' Azhar bin Mahomed, Puan Azizah bt Nawauri dan

Che Muhd Ruzima bin Ghazali bersamanya) (Jabatan Peguam Negara) bagi pihak

responden

Zaid Ibahim v Kerajaan Negeri Kelantan, Zaid Ibrahim v Kerajaan Negeri

Terengganu .

Datuk Zaid Ibrahim Ahli Parlimen Kota Bharu bukan sahaja mencabar kesahan

undang-undang hudud Kelantan dan juga Terengganu yang digubal oleh Kerajaan

PAS. Malah beliau juga telah mencabar kuasa Dewan Undangan Negeri untuk

menggubal apa sahaja undang-undang yang berbentuk undang-undang jenayah. Kes

tersebut belum didengar di Mahkamah Persekutuan tetapi difahamkan ia ditarik

balik. Namun undang-undang hudud tersebut tidak boleh dikuatkuasakan kerana

bercanggah dengan Akta Bidangkuasa Mahkamah Syariah (Akta 355) yang

mengehadkan hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah

adalah penjara 3 tahun, denda 5 ribu dan sebatan 6 rotan.

Ahli Parlimen Kota Bahru itu juga sering mempertikaikan struktur pentadbiran Islam

negara terutama sekali institusi fatwa yang dikatakan bertentangan dengan prinsip

amalan demokrasi.

Sulaiman Takrib v Kerajaan Negeri Terengganu- 2006 (Mahkamah

Persekutuan).

Peguam Malek Imtiaz dan Harith Ibrahim dengan dibantu oleh Edmund Bon bertindak

bagi pihak seorang pengikut Ayah Pin mencabar Instistusi Fatwa dan berhujah

mengenai hak kebebasan berfikir di kalangan umat Islam serta bebas dari terikat

kepada sebarang pendapat pihak berkuasa seperti mufti. Sulaiman dituduh di bawah

undang-undang jenayah Syariah Negeri Terangganu kerana melanggar fatwa Mufti

yang melarang umat Islam dari mengikuti ajaran Ayah Pin kerana ia didapati

bercanggah dengan akidah. Sulaiman bukan sahaja dibantu untuk membela dirinya

di Mahkamah Syariah dari tuduhan tersebut, malah beliau mendapat bantuan bala

tentera guaman besar dari K-ll yang berhujah untuk meruntuhkan institusi fatwa di

seluruh negara.

Page 20: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

Implikasinya setiap orang Islam berhak menggunakan akal fikirannya sendiri untuk

menentukan pattern atau bentuk pegangan dan ajaran agama yang dipegang atau

diamalkan oleh umat Islam. Persoalan sama ada mereka sesat atau tidak bukan

bidangkuasa pihak pemerintah untuk menentukannya. Melalui kes ini juga mereka

berhujah bahawa Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal

undang-undang jenayah Syariah sebagaimana yang ada sekarang ini. Apa yang

boleh digubal hanyalah kesalahan berkaitan rukun Islam yang ditaf sirkan secara

sempit.

Mereka telah berhujah mengunakan pakar rujuk Prof. Dr. Hashim Kamali dari UIA

untuk memberikan tafsiran yang sempit kepada perkataan "precept of Islam" dalam

perlembagaan. Manakala kerajaan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan yan

menentang hujah K-ll menggunakan pakar rujuk Tan Sri Prof. Mohd. Kamal bin

Hassan bekas Rektor UIA yang memberikan tafsiran yang luas kepada perkataan

tersebut.

Walaupun keputusan kes ini akan mempunyai implikasi yang besar kepada Islam dan

kuasa perundangan negeri-negeri untuk membuat undang-undang jenayah Syariah

serta institusi fatwa namun tiada satu pun Majlis Agama Islam Negeri atau Kerajaan

Negeri yang memohon untuk menjadi pencelah bagi mempertahankan kes ini. Tarikh

keputusan kes ini belum ditentukan oleh mahkamah.

Lina Joy (Azlina bte Jelani) v KP Jab Pendaftaran Negara,MAIWP & Kerajaan

Malaysia (Mahkamah Persekutuan).

Azlina Jailani (Lina Joy) memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk

mengeluarkan butiran status agama Islam pada Mykadnya atas alasan beliau telah

menukar agama.

Permohonannya ditolak kerana beliau gagal mengemukakan perintah Mahkamah

Syariah bahawa beliau telah murtad. Di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah

Rayuan, kedua-dua Mahkamah memutuskan beliau perlu mendapatkan perintah

Mahkamah Syariah kerana isu murtad adalah isu perundangan Islam dan Mahkamah

Sivil tidak mempunyai bidangkuasa. Apabila dirayu ke Mahkamah Persekutuan,

antara isu yang diketengahkan bukan sekadar kes permohonan menukar butiran

dalam kad pengenalan, malah dengan sokongan kuat K-ll barisan peguamnya yang

Page 21: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

diketuai Datuk Cyrus Dass telah mendesak mahkamah membuka seluas-luasnya

pintu murtad kepada orang Islam atas nama hak kebebasan beragama.

Majlis Peguam sekali lagi bukan sekadar bertindak sebagai pemerhati dengan

diwakili Malek Imtiaz dan Haris Ibrahim, mereka juga bersama-sama NGO-NGO yang

prejudis kepada Islam telah bertindak mengemukakan hujah dengan tema yang

sama iaitu negara ini adalah sekular, Islam hanyalah ceremonial, sejarah negara ini

bermula pada tahun 1957 dan Mahkamah Syariah tiada tempat dalam

Perlembagaan, hak wanita Islam untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja tanpa lelaki

berkenaan memeluk Islam dan berbagai hujah yang bertentangan dengan hukum

Syarak.

Antara akibat yang ;boleh melanda umat Islam sekiranya Mahkamah memihak

kepada Azlina adalah:

Orang Islam boleh keluar Islam sesuka hati.

Kelak sesiapa sahaja yang dibawa ke Mahkamah Syariah untuk dibicarakan

boleh terlepas hanya dengan menyatakan "Saya bukan Islam". Mahkamah

Syariah tidak akan boleh mengadilinya. Mahkamah Syariah dengan sendirinya

hilang fungsinya.

Membuka ruang untuk pengamalan Islam ditentukan oleh yang bukan pakar

dalam agama. Persoalan Islam akan ditentukan oleh para hakim Mahkamah

Sivil yang bukan pakar dalam perundangan Islam (termasuk Hakim bukan

Islam).

Pandangan ulama atau fatwa tidak lagi diperlukan dalam menentukan

persoalan berkaitan Islam.

Membuka ruang untuk Islam diamalkan mengikut kepercayaan dan

pemahaman individu dan tidak boleh dikawalselia oleh majlis Agama.

Tiada siapa boleh mempersoalkan amalan orang Islam yang berbeza seperti

sembahyang 3 waktu, menolak hadith, berkhalwat dan lain-lain lagi.

Jenayah dalam Islam seperti minum arak, berzina dan berjudi tidak boleh

dihukum.

Pemahaman dan pengamalan agama untuk anak-anak dewasa tidak lagi

boleh ditentukan oleh ibu bapa. Ibu bapa tidak boleh lagi 'memaksa' anak-

anak terutama yang melebihi umur 18 tahun mengamalkan cara hidup Islam

atau 'memaksa' mereka beragama Islam. Ini kerana Perkara 11 Perlembagaan

boleh ditafsirkan sebagai membenarkan seseorang memeluk agama

pilihannya dan mengamalkannya mengikut pilihannya.

Page 22: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

Kalliamal A/P Sinnsamy v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan &

Kerajaan Malaysia (Kes Allahyarham Mohamad @ Moorthy bin Abdullah-

Mahkamah Rayuan)

Kes ini berlaku pada hujung tahun 2005 apabila Kalliamal enggan menerima hakikat

bahawa arwah suaminya telah memeluk agama Islam semasa hayatnya. Walaupun

pihak berkuasa MAIWP berhak untuk mengebumikan jenazah Mohamad tanpa

perintah mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil, namun bagi mengelakkan

ketegangan yang berterusan, pihak MAIWP telah dinasihatkan untuk menunggu

keputusan Mahkamah Tinggi Sivil sekalipun Mahkamah Syariah telah memberikan

perintah pengkebumian mengikut hukum syarak lebih awal. Dapat dilihat bahawa

MAIWP adalah berkeyakinan bahawa Mahkamah Tinggi akan mengiktiraf

bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam menentukan pengesahan pemelukan Islam.

Sebagaimana yang dihujahkan oleh peguam MAIWP dan Peguam Kanan Persekutuan,

Mahkamah Sivil tidak boleh mengganggu keputusan Mahkamah Syariah berdasarkan

Perkara 121(1A).

Sebagaimana yang diduga K-ll yang disokong kuat oleh media massa mengasak

hebat MAIWP dan Mahkamah Syariah. Tohmahan mereka adalah orang bukan Islam

tidak mendapat keadilan sewajarnya (no remedy) dalam kes sebegini. Mereka

langsung tidak membangkitkan isu hak Mohamad yang telah memeluk Islam dan hak

MAIWP yang menjalankan kewajiban dan tanggungjawabnya bagi pihak Yang

DiPertuan Agong sebagai ketua agama bagi Wilayah Persekutuan, sebaliknya yang

digembar-gemburkan adalah hak Kalliamal sebagai isteri untuk mencabar kesahan

pemelukan Islam oleh suaminya.

Kes ini mencetuskan krisis perlembagaan yang serius sehinggakan 6 orang menteri

kabinet bukan Islam mengemukakan memorandum menuntut supaya perkara 121

(1A) dimansuhkan. Ternyata itulah sebenarnya hakikat perjuangan mereka -

sekalipun mempunyai bidangkuasa yang terhad, kedaulatan mahkamah Syariah

hendak dihapuskan!

Walaupun tewas di Mahkamah Tinggi, mereka tetap meneruskan perjuangan ke

peringkat Mahkamah Rayuan di mana mereka juga mencabar Kedaulatan Islam,

kedudukan Mahkamah Syariah dan menghujahkan bahawa Malaysia adalah negara

sekular yang mendaulatkan mahkamah sivil dalam apa bentuk pertikaian undang-

Page 23: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

undang. Mereka juga berhujah bahawa masyarakat bukan Islam tidak boleh tunduk

atau mengiktiraf kekuasaan pihak berkuasa agama Islam dan jauh sekali dari

mengiktiraf bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah. Adalah dipercayai kes ini tidak

akan berakhir di Mahkamah Rayuan. Mereka akan terns menggugat kedaulatan Islam

dan Mahkamah Syariah hinga ke Mahkamah Persekutuan.

Haris Ibrahim hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam juga telah

berhujah panjang lebar bahawa Mahkamah Syariah tiada bidangkuasa untuk

memutuskan kes tersebut. Manakala di Mahkamah Rayuan, Malek Imtiaz dan Haris

yang juga peguam pemerhati bagi Majlis Peguam telah memfailkan hujahan bertulis

yang memperteguhkan kedudukan negara ini sebagai negara sekular dan

memperlekehkan kedudukan Mahkamah Syariah di negara ini.

Abdul Kahar bin Ahmad v Kerajaan Negeri Selangor (Mahkamah

Persekutuan).

Seorang lagi pelopor ajaran sesat yang mengaku menjadi rasul bagi kalangan orang

Melayu. Beliau telah ditangkap oleh MAIS dan telah dihadapkan ke Mahkamah

Syariah. Namun begitu, beliau mengambil pendekatan yang sama seperti dalam kes

Sulaiman Takrib dengan mencabar undang-undang jenayah Syariah di negeri

Selangor atas alasan negeri-negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal

undang-undang jenayah. Kes ini belum dibicarakan. Peguamnya adalah rakan

seperjuangan Haris dan Malek Imtiaz, Edmund Bon.

LANGKAH-LANGKAH KE ARAH MEMPERKUKUHKAN ISLAM

a. Memperbetulkan kefahaman semua pihak terutama sekali yang terlibat dalam

urusan pemerintah (Kerajaan, Kehakiman dan Perundangan) mengenai kedudukan

Islam dalam Perlembagaan Persekuruan sebagai Agama Persekuruan bukan sekadar

agama rasmi.

b. Menyedarkan semua pihak yang terlibat dalam pemerintahan negara sama ada

Kerajaan, Kehakiman atau Perundangan akan kewajipan untuk melaksanakan ikrar

YDPA bagi mempertahankan Islam.

c. Islam perlu dijadikan asas pertimbangan dalam penggubalan dasar-dasar,

peraturan dan undang-undang Negara.

d. Penafsiran perlembagaan dan undang-undang yang berkuatkuasa perlu dibuat

Page 24: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

berasaskan Islam dan bukannya pemahaman barat.

e. Menyedarkan semua pihak bahawa sebarang usaha untuk memperteguhkan

kedudukan Islam di Negara ini adalah dilaksanakan dalam perspektif Perlembagaan -

bagi mempertahankan Islam.

f. Peranan Peguam Muslim ; Peguam-peguam Muslim perlu mempersiapkan diri

dengan mempertajamkan fikiran dan memantapkan hujah untuk menggalas

tanggungjawab menghadapi golongan yang agresif berusaha untuk menghakis Islam.

Sikap mementingkan kesenangan diri dan kemewahan hidup perlu dihindari demi

memelihara kedaulatan Islam dan kesucian aqidah umat Islam. Peranan ini bukan

lagi hanya perlu ditanggung oleh para ustaz, tok-tok guru pondok dan para

pendakwah atau penceramah bebas. Para peguam perlu menerajui ummah untuk

menghadapi ancaman yang sedang melanda umat Islam seluruh dunia ini.

KESIMPULAN

Professor Muhammad Imam yang banyak melakukan kajian mengenai kedudukan

Islam dalam Perlembagaan Malaysia semasa bertugas di Universiti Islam

Antarabangsa membuat kesimpulan berikut dalam salah satu artikelnya -

"Article 3(1) is not a mere declaration but imposes a positive obligation on the

Federation to protect, defend, promote Islam; give effect by appropriate state action

to the Injunctions of Islam; and enable, facilitate and encourage Muslims to order

their lives and practise according to Islamic injunctions, spiritual and mundane alike."

Rujukan

1. Perlembagaan Persekutuan.

2. Atiqulrahman bin Ishak & Lain-Lain v Fatimah bte Sihi & Lain-lain [2000] 5 MLJ 375

3. Kamariah bte Ali Iwn Kerajaan Negeri Kelantan.

4. Che' Omar bin Che Soh v Public Prosecutor. (1988) 2 MLJ 55.

5. Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Malaysia Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim

6. Islam Dalam Perlembagaan; Pror. Dr. Abd. Aziz Bari.

7. Tun Mohamed Suffian "An Introduction to the Legal System in Malaysia".

8. Tun Mohd Salleh Abas; "Constitution, Law and Judiciary"

9. S Abdul A'la Ma-dudi; The Islamic Law and Constitution.

10. Prof. Muhammed Imam; Freedom Of Religion Under Federal Constitution Of

Malaysia - A Reappraisal

11. White Paper on the Federation of Malaya Constitutional Proposals, 1957.

12. Federation of Malaya Legislative Council Debates (13th & 14th meetings of the

Page 25: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

Second Session of the Second Legislative Council).

LAMPIRAN

MLC: Malaysia is not an Islamic State, says Tommy Thomas

Friday, 18 November 2005,23:00 Contributed by Loo Lai Mee, LexisNexis

KUALA LUMPUR, Fri: Lawyer Tommy Thomas today told a packed hall at the

Malaysian Law Conference that history shows that Malaysia is a secular state.

Tommy's paper on 'Is Malaysia an Islamic State?' traces the historical birth of the

Constitution from pre-Merdeka days to its current position. From various documents,

he showed evidence that the intention and will of both the drafters and people in

constituting Malaya was to create an independent and secular nation that will protect

and defend the rights of all citizens.

The constitution, he said, was a 'give and take compromise' which became the 'social

contract' between the races. He said that the constitution "reflected a microcosm of

the conflicting interests inherent in Malaya's plural society... it also mirrored the

social and political conditions of the time and the desire of the Alliance leaders for

national unity and political stability as nationhood loomed".

Tommy added that in the run-up to Merdeka and adoption of the Merdeka

constitution, both the leaders and the people were first and foremost committed to

achieve consensus and compromises, particularly on communal issues. Everyone

concerned from the British, the Alliance Party, the Malay Rulers and the majority of

the Reid Commission and in particular, our Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman,

first as a Chief Minister and then independent Malaya's first Prime Minister, took

great pains to expressly declare that Malaya is a secular state.

Interpretation of the constitution

"No one had suggested in the period leading up to 31 August 1957 that the

expression "Islam is the religion of the Federation" in article 3 of the Federal

Constitution means that Islam is the State religion", said Tommy. All the

commentators who have studied the issue, most of whom are Malaysia's leading

constitutional scholars and/or Islamic law experts such as Prof LA Sheridan, MB

Hooker and Prof Ahmad Ibrahim, to name a few, are unanimous of the opinion that

'article 3 has a limited meaning and scope, and it certainly does not constitute

Malaysia an Islamic state.

Page 26: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

As a matter of fact, Tommy said prior to the formation of Malaysia on 16 September

1963, the States of Sabah, Sarawak and Singapore were adamant that Islam was not

going to be the State religion of the new Federation. This issue has been correctly

stated by the then Supreme Court, in a 5-member panel, in the landmark case of Che

Omar bin Che Son v PP [1988] 2 MLJ 55 that article 3 has a limited meaning that the

Founding Fathers had intended, expressly stating that Malaysia is a secular nation.

Dr Mahathir's 29 September 2001 statement

Therefore, he said that the then Prime Minister Dr Mahathir's statement on 29

September 2001 during his Opening Address to the Gerakan Party's 30th national

delegates conference that Malaysia is an Islamic country was not accurate. His best

guess was that it was 'made purely for political considerations, divorced from the

constitutional position'. Fortunately, the results of the 2004 General Elections suggest

that the electorate was hardly concerned about the issue seeming to content in

accepting Prime Minister Abdullah Badawi's concept of Islam Hadhari, which does not

mention that Malaysia is an Islamic state.

Tommy expressed the hope that "having regard to the delicate and sensitive nature

of this issue in plural Malaysia ... [the issue] will not be resurrected, that the social

contract agreed to in 1957 and reaffirmed in 1963 would continue to operate for

generations to come, and Dr Mahathir's 2001 statement be consigned to historical

oblivion.

Constitutional Interpretation in a Globalised World

In another interesting paper, Prof Dr Shah Saleem Faruqi said that the Malaysian

judiciary as a moral and not merely a legal, institution should not avoid or evade

sensitive constitutional issues when asked to question central government's powers.

He said that Malaysian courts, as in many other countries, 'speak boldly but act

timidly'. He explained that such an approach needs to change in an age when human

rights have been globalised, when "injustice anywhere is regarded as a threat to

justice everywhere."

He said that "a pragmatic rather than dogmatic approach to the interpretation of the

basic charter's provisions should be adopted.

"Judges should be receptive to the felt necessities of the times and their

interpretations should show suppleness of adaptation to changing needs. They

should adjust legal principles to changing social conditions and should assist in social

engineering as in other countries," said Faruqi.

Page 27: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

Judicial attitudes must change

Judicial attitudes over the past 48 years have not been entirely consistent.

Nevertheless,

some cautious generalisations can be made

1. Constitutional supremacy merely notional - Faruqi said: "Over the last 48 years,

Malaysian courts have shown extreme reluctance to invalidate parliamentary

legislation on the ground of constitutionality. The judges seem to be steeped in the

British tradition of parliamentary supremacy which has no legal basis here."

2. Reliance on English philosophy of legal positivism.

3. Reliance on separation of powers to refuse judicial review - Faruqi submitted that

the motive force of the Malaysian Constitution has been wrongly interpreted to mean

strict separation of, instead of in a balance amongst the various organs of State.

Power of one organ was meant to check the power of another.

4. Gradations amongst human rights.

5. Preference for English precedents over precedents from US and India - American

and Indian precedents, which should be more persuasive because of similar supreme

constitutions, are brushed aside as too idealistic.

6. Unreviewable discretionary powers - which has caused the ideals of the rule of law

to be set aside.

7. Constitutional issues reduced to issues of administrative law - It is unfortunate as

sometimes the highest court chose to dismiss constitutional issues summarily and

went on to decide the case on the principle of ultra vires in administrative law

instead.

8. Treating the Constitution as sui generic - Malaysian judges are generally reluctant

to view the constitutional jurisprudence and the exhilarating developments in

constitutional law in countries like India, USA and Australia. They hold that every

Constitution is sui generic - a class by itself. It must be interpreted within its own four

walls and according to the nation's prevailing conditions.

9. Public law private law dichotomy.

10. Locus standi

11. International law - the enforceability of international law on human rights poses

problems for our courts because in Article 160(2) of the Constitution the definition of

'law' does not make any reference to international law. However this flaw in the law

can be remedied by creative interpretation of Article 160(2). The Article states that

"law" includes written law, the common law and any custom or usage having the

force of law. The word 'includes' implies that the definition is inclusive, not exclusive.

Page 28: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

There is scope for including other elements like international treaties into our concept

of law.

12. Restrictive interpretation of the right to personal liberty -Through judicial

interpretation of the constitutional provision, the courts can expand the horizons of

freedom or narrow them down further.

13. Article 7 - the rule against double jeopardy has been subjected to so many

exceptions that one is left wondering about the real worth of this immunity.

14. Article 8 - the unsatisfactory application of this article has caused the guarantees

of Part II amenable to restriction, not only by Parliament, but also by the executive

acting under legislative powers delegated to it during an emergency by Parliament.

15. Special powers legislation - What is lacking is a judicial willingness to apply

objective tests to subjective and wide powers granted by statutory formulae in such

legislation as the Internal Security Act. The area of non-justiciable executive powers

and discretions remains rather large and is showing no signs of abating.

16. Islam - On issues which have any direct or indirect connection with Islam, the

federal courts use Article 121(1 A) as an excuse to refuse jurisdiction. This is so even

though in many of the cases that have ended up in the superior courts, fundamental

rights and the constitutional validity of legislation are involved. Specifically, many

apostates and those declared to be deviants have cried out for constitutional

protection. A great deal of legislation by State Assemblies on 'Islamic matters'

appears violative of federal-state division of powers. But the courts remain silent.

Winds of change

Fortunately, in some areas winds of change are blowing. It appears that the

Constitution is moving from the peripheries to the centre. The successful habeas

corpus application in Abdul Ghani Haroon and Gobalakrishnan v Ketua Polis Negara

(2001) and Tan Tek Seng v Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan [1996] 1MLJ 261,

said Faruqi, have aroused hope that the courts are willing once again, as they were

for a short period of judicial renaissance in the mid eighties, to put the supreme

Constitution on the high pedestal on which it was placed when Malaya began its tryst

with destiny.

Whether the Constitution will, in the years ahead, become the sail and anchor, the

chart and compass of the nation remains to be seen

* Kertas Kerja ini dibentangkan dalam Seminar Islam dari Sudut Undang-

Undang Dan Perlembagan Malaysia: Isu Murtad anjuran Gabungan

Persatuan Profesional Kelantan dan Kolej Islam Antarabangsa sultan Ismail

Page 29: Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

Petra (KIAS) , di Hotel Perdana, Kota Baharu, Kelantan, pada 2hb. Sep,

2006.

Disiarkan semula dengan izin penerbit Dian Darulnaim Sdn Bhd

Sumber: http://luhampas.blogspot.com/2008/07/cabaran-cabaran-untuk-

memperkukuhkan.html

Sumber artikel: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=475