1. pengenalan -...

27
Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 1 i) LATAR BELAKANG MPAG Majlis Daerah Alor Gajah telah disusun semula mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) mulai daripada 1 Julai 1978 dan telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah pada 1 Mei, 2003. Dengan penyusunan semula ini, kawasan operasi Majlis Perbandaran Alor Gajah meliputi seluruh kawasan daerah Alor Gajah seluas 673.4 km persegi. Mengikut Data Asas Melaka 2014 anggaran penduduk dalam kawasan Majlis berjumlah 178,400 orang yang juga merupakan pelanggan kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah. Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Alor Gajah bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perbandaran serta membangunkan kemudahan infrastruktur dan sosial bagi penduduk Alor Gajah dengan memaksimumkan segala usaha untuk membangunkan daerah bagi mencapai kemajuan dan kemakmuran. 1. PENGENALAN

Upload: phammien

Post on 05-Mar-2018

265 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 1

i) LATAR BELAKANG MPAG

Majlis Daerah Alor Gajah telah disusun semula mengikut Akta Kerajaan

Tempatan, 1976 (Akta 171) mulai daripada 1 Julai 1978 dan telah dinaiktaraf

kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah pada 1 Mei, 2003.

Dengan penyusunan semula ini, kawasan operasi Majlis Perbandaran Alor Gajah

meliputi seluruh kawasan daerah Alor Gajah seluas 673.4 km persegi. Mengikut

Data Asas Melaka 2014 anggaran penduduk dalam kawasan Majlis berjumlah

178,400 orang yang juga merupakan pelanggan kepada Majlis Perbandaran Alor

Gajah.

Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Alor Gajah

bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perbandaran serta

membangunkan kemudahan infrastruktur dan sosial bagi penduduk Alor Gajah

dengan memaksimumkan segala usaha untuk membangunkan daerah bagi

mencapai kemajuan dan kemakmuran.

1. PENGENALAN

Page 2: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2

1. VISI, MISI DAN OBJEKTIF

Bagi memastikan Majlis Perbandaran Alor Gajah memberi perkhidmatan

perbandaran yang terbaik kepada warganya dan membangun selaras dengan

pengisytiharan Melaka sebagai Negeri Maju, Majlis Perbandaran Alor Gajah

telah menetapkan visi, misi dan objektif seperti berikut:-

a) Visi

“Menjadikan Perbandaran Alor Gajah Terunggul Menjelang 2015”

b) Misi

“Meningkatkan Tahap Kemampanan Kualiti Hidup Melalui Perkhidmatan

Dan Pengurusan Perbandaran Yang Inovatif Dan Responsif”

c) Objektif Strategik

i) Memperkasakan tadbir urus bagi mempertingkatkan kecemerlangan

organisasi.

ii) Memperkukuhkan kapasiti dan keupayaan organisasi bagi

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan.

iii) Memantapkan pengurusan perbandaran bagi meningkatkan kualiti

hidup masyarakat.

iv) Memantapkan kolaborasi strategik bagi mempertingkatkan kualiti

perkhidmatan.

d) Slogan”ALOR GAJAH DINAMIK-PROGRESIF-HOLISTIK”

2. PERJAWATAN

MPAG mempunyai seramai 337 pegawai dan kakitangan yang terbahagi

kepada empat (4) unit dan dua belas (12) jabatan seperti di Rajah 1.

Page 3: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 3

Rajah 1- CARTA ORGANISASI MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH

Page 4: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 4

3. PIAGAM PELANGGANBagi memperkasakan lagi sistem penyampaian perkhidmatan, piagam

pelanggan Majlis Perbandaran Alor Gajah telah dibentuk berteraskan

perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggannya seperti di Rajah 2.

Rajah 2 - PIAGAM PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH

Bil Piagam Pelanggan Tempoh

1. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan tambahan danubah suai rumah teres

14 hari

2. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan tambahankediaman dan bukan kediaman

14 hari

3. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan bangunansesebuah

14 hari

4. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan bangunanperumahan / bangunan selain kediaman melalui Mesyuarat JawatankuasaSetempat (OSC)

37 hari

5. Memproses dan membuat keputusan pelan bangunan industri / bengkel 37 hari

6. Memproses dan membuat keputusan permohonan Permit SementaraBangunan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)

14 hari

7. Memberi ulasan permohonan perancangan pembangunan sepertipermohonan tanah kerajaan, permohonan rumah sesebuah, pecahsempadan dan pecah bahagian

14 hari

8. Memproses dan membuat ulasan permohonan Kebenaran Merancang diperingkat J/K Pusat Setempat

14 hari

9. Memproses dan memberi ulasan permohonan Kebenaran Merancang dibawah subseksyen 124A dan 204D, Kanun Tanah Negara melaluiMesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC)

57 hari

10. Memberi perkhidmatan pengeluaran bil cukai taksiran 2 kali setahun(15 Jan &15 Julai

setiap tahun)11. Memproses permohonan pindah milik pegangan berkadar 14 hari

12. Pengeluaran surat tawaran sewa selepas keputusan temuduga gerai 30 hari

13. Memproses dan membuat keputusan permohonan lesen premisperniagaan

14 hari

Page 5: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 5

Bil Piagam Pelanggan Tempoh

14. Memproses dan membuat keputusan permohonan lesen premisperniagaan tidak berisiko

15 minit

15. Memproses dan membuat keputusan permohonan kelulusan pelankejuruteraan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)

57 hari

16. Memproses dan membuat keputusan permohonan kelulusan pelanlandskap melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)

57 hari

17. Memproses bayaran 10 hari

18. Memberi maklumbalas aduan awam 7 hari

19. Pemotongan rumput dibawah seliaan MPAG 2 kali sebulan

Piagam Pelanggan dipamerkan di Lobi MPAG

Page 6: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 6

4. PENGENALAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR

Jabatan Perancangan Bandar diketuai oleh Pengarah Perancang Bandar dan

dianggotai oleh 14 orang kakitangan yang terbahagi kepada dua (2) bahagian

iaitu:-

Bahagian Kawalan Bangunan

Bahagian Rancangan Pemajuan dan Teknologi Hijau

Bertanggungjawab dalam aspek perancangan kawasan pentadbiran dengan

mengawal penggunaan dan kemajuan tanah dan bangunan disamping

menggalakkan pembangunan fizikal dan sosio-ekonomi menerusi peruntukan

akta, kaedah-kaedah perancangan dan garis panduan yang ditetapkan.

5. FUNGSI JABATAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR

Mengawal disamping menggalakkan pembangunan fizikal dan sosio-

ekonomi pembandaran menerusi peruntukan akta, kaedah-kaedah

perancangan dan garis panduan yang ditetapkan.

Memastikan pembangunan sedia ada akan datang menyumbang kepada

kualiti hidup bandar yang positif.

Menyelaras pembangunan di antara jabatan dalaman, jabatan / agensi

kerajaan negeri dan persekutuan, badan berkanun serta sektor swasta di

dalam dan sempadan daerah.

Melengkapi data pembangunan dan pemajuan tanah bagi tujuan

pemantauan fizikal, khidmat nasihatperancangan pembangunan dan kajian-

kajian perancangan.

Page 7: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 7

ii) Pengenalan Mengenai Inovasi

a) PendahuluanSektor tenaga dan pengeluaran karbon merupakan penyumbang terbesar (40%) di

dalam penggunaan sumber dan pencemaran di dalam bandar (Sumber : UNEP

2006). Berdasarkan fakta di atas, pilihan untuk pelaksanaan teknologi hijau untuk

pembangunan bandar kini merupakan satu keperluan sebagai respon kepada isu

perubahan iklim.

Projek inovasi ini merupakan respon Majlis Perbandaran Alor Gajah di dalam

menangani isu perubahan iklim global yang seterusnya mentransformasi daerah

Alor Gajah menjadi sebuah kawasan perbandaran rendah karbon melalui inisiatif-

inisiatif teknologi hijau seiring dengan bandar-bandar di negara-negara maju

“Tranformasi Bandar Melalui Pendekatan Teknologi Hijau” merujuk kepada

pelan perancangan bandar dan tindakan yang sistematik ke arah kawasan

perbandaran yang mampan dengan pelaksanaan program inisiatif-inisiatif

teknologi hijau.

b) Ciri-ciri InovasiProjek inovasi ini terbahagi kepada dua (2) bidang utama iaitu bidang

perancangan bandar dan pelaksanaan program inisiatif teknologi hijau.

Perancangan BandarPerlaksanaan perancangan bandar berinovasi ini memberi tumpuan kepada

mempromosi dan melaksanakan pembangunan berteraskan projek-projek tenaga

boleh diperbaharui yang melibatkan kedua-dua sektor awam dan swasta di dalam

kawasan Majlis Perbandaran Alor Gajah. Ia akan menjadi pemangkin kepada

pelaksanaan teknologi hijau dan pendekatan pembangunan yang berterusan,

khususnya dalam penggunaan teknologi tenaga suria dalam persekitaran berskala

perbandaran. Antara pelan perancangan utama di daerah Alor Gajah adalah

seperti berikut:

Page 8: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 8

a. Mewujudkan kawasan lembah suria utama di Rembia, Alor Gajah di bawah

kawasan rancangan khas Melaka World Solar Valley (MWSV).

Gambarajah 1: Pelan Gunatanah Cadangan 2020 BP4 Melaka Pindah - Rembia

b. Industri pengeluaran sel suria di AUO Sunpower Sdn. Bhd.

Kilang pembuatan sel suria pertama di negeri Melaka di Kawasan Perindustrian

Rembia, Daerah Alor Gajah telah menerima pelaburan asing sebanyak RM2.5

bilion merupakan projek berskala besar industri teknologi hijau.

Page 9: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 9

c. Projek ladang suria milik anak syarikat negeri Melaka iaitu Kumpulan Melaka

Berhad (KMB).

Projek berkapasiti 5 Megawatt ini merupakan projek pertama milik penuh kerajaan

negeri Melaka.

Gambarajah 3: Ladang Suria MWSV

Gambarajah 2: Gambarajah pandangan atas AUO Sunpower

Page 10: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 10

d. Projek Komuniti Suria, Taman Rembia Perkasa

Projek ini merupakan projek komuniti suria pertama seumpamanya di Malaysia

dengan sasaran penglibatan seramai 400 peserta.

Gambarajah 4: Projek Komuniti Suria, Taman Rembia Perkasa

e. Projek RDIC Park (Research, Development, Innovation And

Commercialization)

Projek pembangunan bercampur yang melibatkan perumahan, komersial, hotel

dan pusat penyelidikan serta pembangunan (RND) berasaskan teknologi solar.

Gambarajah 5: Lakaran projek RDIC Park

Page 11: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 11

Pelaksanaan Program Inisiatif Teknologi Hijau

Antara program inisiatif teknologi hijau yang dilakukan oleh pihak MPAG adalah

seperti berikut:

a. Program kitar semula di premis perniagaan dan komuniti setempat.

Gambarajah 6: Aktiviti kitar semula di pasar awam Alor Gajah

b. Program pelekat kereta elektrik / hibrid.

Gambarajah 7: Contoh pelekat kereta elektrik/hibrid

Page 12: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 12

c. Program sifar polisterina dan beg plastik di cafeteria MPAG.

Gambarajah 8: Banting perasmian program

d. Program penggunaan lampu jalan raya jimat tenaga.

Gambarajah 9: Jalan raya menggunakan lampu jimat tenaga

Page 13: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 13

e. Program penggunaan tenaga suria di hentian menunggu bas.

Gambarajah 10: Proses pemasangan PV suria di Rembia

f. Program penebusan minyak masak terpakai biodiesel Melaka.

Gambarajah 11: Majlis perasmian Program Biodiesel Melaka peringkat daerah

Alor Gajah

Page 14: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 14

c) Objektif Inovasi

Objektif utama projek inovasi ini adalah untuk mencapai sasaran kerajaan pusat dan

negeri ke arah pengurangan 40% karbon emisi berbanding pada tahun 2005

menjelang tahun 2020. Selain itu, projek ini adalah untuk menggalakkan dan

melaksanakan dasar-dasar yang mematuhi dengan amalan pembangunan mapan

dan aplikasi teknologi hijau;

d) Tempoh Pelaksanaan

Demi mewujudkan sebuah perbandaran yang lebih mapan serta hidup di dalam

suasana yang lebih baik, pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengorak

langkah lebih jauh dengan langkah-langkah transformasi bandar melalui

pendekatan Teknologi Hijau bermula pada Ogos 2011 hingga kini sehingga pada

tahun 2025 melalui dokumen perancangan Rancangan Tempatan Daerah Alor

Gajah (Pengubahan) dan Rancangan Kawasan Khas Melaka World Solar Valley

e) Lokasi Pelaksanaan Inovasi

Gambarajah 12: Lokasi kawasan Melaka World Solar Valley

Page 15: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 15

2.0 Impak Projek Inovasi

2.1 Peningkatan Kesedaran AwamKesedaran awam semakin meningkat sejajar dengan usaha-usaha pihak

Majlis memperkenalkan pelbagai inisiatif-inisiatif teknologi hijau khususnya

faedah penggunaan tenaga secara mapan dan penjimatan kos utiliti. Sebagai

contoh peningkatan permohonan peserta Projek Komuniti Suria di taman

Rembia Perkasa daripada 9 peserta kepada 130 jumlah permohonan pada

tahun 2014.

2.2 Mewujudkan Tenaga Kerja Baru MahirPembangunan industri bercampur bercirikan teknologi hijau di kawasan

industri Melaka World Solar Valley telah mewujudkan peluang pekerjaan

separa mahir mahupun sepenuh mahir contohnya kilang AUO Sunpower telah

melahirkan hampir 300 orang jurutera dan hampir 1,000 tenaga separa mahir

tempatan.

2.3 Penyelesaian Aduan AwamPenerimaan pelaksanaan inisiatif teknologi hijau menerima pelbagai reaksi

dan pendapat daripada masyarakat setempat. Pada masa yang sama ia telah

membantu menyelesaikan permasalahan di peringkat Pihak Berkuasa

tempatan khususnya perihal kebersihan dan keselamatan penduduk.

2.4 Pengurangan Karbon Dioksida Dalam Persekitaran

Pertumbuhan ekonomi perlu berdasarkan ekonomi rendah karbon.

Pengeluaran Negeri Kasar (PNK) menjelang 2020 dianggarkan pada RM 48

Billion bagi 1 juta penduduk. Oleh itu, emisi karbon 2020 maksimum

disasarkan pada 7.68 juta tan bagi pengurangan intensiti karbon 40%.

2. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN

Page 16: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 16

Berdasarkan 7 MW tenaga elektrik yang dijana daripada komponen

pembangunan semasa:

Faktor pengeluaran karbon 0.614 tan CO₂ / MWh dengan jam solar puncak

(PSH) di Malaysia adalah kira-kira 1,400 jam / tahun

= 7 x 1,400 = 9,800 MWh / tahun.

Pengurangan CO₂:= 9,800 x 0.614 = 6,017 tan CO² / tahun

Oleh yang demikian, 7MW tenaga elektrik yang dijana kini dapat

mengurangkan karbon dioksida berjumlah 6,017 tan CO² setahun. Angka ini

dijangka bertambah berdasarkan pelan perancangan yang telah dirancang

lebih awal.

Gambarajah 13: Graf pengurangan karbon dioksida

Page 17: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 17

2.5 Pengurangan Kebergantungan Kepada Tenaga Tidak Boleh Baharu IaituSumber Fosil Arang Batu

MPAG menyasarkan penurunan sebanyak 40% penggunaan tenaga elektrik

menjelang tahun 2020 di kawasan Alor Gajah melalui pelaksanaan tenaga

boleh baharu.

Anggaran jumlah guna tenaga elektrik sebulan (2014) = 44 Megawatt

Dijangkakan penggunaan elektrik pada tahun 2020 akan bertambah sekali

ganda berdasarkan kepesatan pembangunan semasa. Oleh itu, anggaran

jumlah guna tenaga elektrik sebulan (2020) = 66 Megawatt

Sasaran pengurangan 40% guna tenaga elektrik = 40% x 66 Megawatt

= 26.4 Megawatt

Gambarajah 14: Graf pengurangan tenaga elektrik kawasan Alor Gajah bagi

tempoh sebulan

Page 18: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 18

2.6 Perbandingan Carta Alir Kerja Sebelum Dan Selepas Inovasi

Carta Alir 1:

Proses Perancangan Pembangunan (Sebelum)

Penekanan terhadap aplikasi teknologi hijau telah memberi nilai tambah terhadap

proses perancangan pembangunan seperti berikut:

a. Mengenakan syarat “Penggunaan Tenaga Efisien dan Penggunaan Tenaga

Hijau/Alternatif kepada peratusan tertentu di dalam kelulusan pelan-pelan

pembangunan.

b. Menentukan Penanda arasan Building Energy Index (BEI).

c. Penjenamaan semula Green Building Index (GBI) Malaysia kepada Meterai

Hijau Melaka (MHM) dengan pindaan-pindaan khusus.

Page 19: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 19

Carta Alir 2:

Proses Perancangan Pembangunan (Selepas)

Proses perancangan pembangunan yang terkini masih di dalam semakan akhir

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan dijangka akan dilaksanakan selewat-

lewatnya pada tahun ini.

PENGESAHAN PELAKSANAAN METERAIHIJAU MELAKA (MHM) OLEH PERBADANANTEKNOLOGI HIJAU MELAKA DAN MELAKA

GREEN DEVELOPMENT ORGANIZATION(MGDO)

Page 20: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 20

3.1 Hasil Inovasi Yang Inovatif

3.1.1 Peneraju Utama Inovasi

Transformasi sesebuah bandar sepertimana yang dilakukan oleh pihak Majlis

Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terhadap kawasan rancangan khas Melaka

World Solar Valley (MWSV) di Rembia merupakan yang pertama di Malaysia.

Projek inovasi ini juga mendapat pengiktirafan antarabangsa atas daya usaha ke

arah persekitaran yang lebih mapan melalui penganugerahan Antarabangsa

Green Apple Awards 2014 di London, United Kingdom pada 10 November 2014.

Gambarajah 15: Yang Dipertua MPAG, Datuk Haji Murad Bin Husin menerima

plak penghargaan daripada Encik Micheal Cooke, Pengerusi Panel Penilai.

3. KRITERIA PENILAIAN

Page 21: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 21

Sumber Rujukan LuarProjek ini juga menjadi sumber rujukan beberapa pihak berkuasa tempatan melalui

sesi lawatan kerja yang dilakukan seperti:-

a. Majlis Bandaraya Petaling Jaya

b. Majlis Daerah Hulu Langat

c. Asian Development Bank (Antarabangsa)

Kini, projek inovasi ini menjadi harapan kerajaan negeri bagi mencapai sasaran

Blueprint Teknologi Hijau menjelang tahun 2020. Ini disokong melalui Rancangan

Melaka World Solar Valley (MWSV) serta inisiatif-inisiatif program teknologi hijau

yang lain yang disediakan secara terperinci dan bercorak tempatan. Ia mampu

menyediakan infrastruktur dan kemudahan pada masa hadapan yang meliputi

aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.

3.1.2 Transformasi Organisasi Menyeluruh Dan Sistematik

Projek inovasi ini disokong kuat oleh sebuah Jawatankuasa yang telah ditubuhkan

semenjak tahun 2011 bagi menyokong dan membantu pembangunan teknologi

hijau di Alor Gajah.

Jawatankuasa Teknologi Hijau & Solar Valley 2015Pengerusi : Yang Dipertua

Timbalan Pengerusi : Setiausaha Majlis

Ahli : 5 Ahli Majlis

Setiausaha : Pengarah Perancang Bandar

AJK :

i. Unit Perancang Ekonomi Melaka (UPEN)

ii. Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM)

iii. Semua Jabatan/Unit Majlis

Page 22: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 22

Semua Jabatan/Unit dalaman bertanggungjawab terhadap aplikasi teknologi hijau

khususnya pelaksanaan infrastruktur dan kemudahan awam bercorak teknologi

hijau seperti program kitar semula (Jabatan Kebersihan & Kesihatan), penukaran

lampu jimat tenaga serta pelaksanaan sistem penuaian air hujan (Jabatan

Kejuruteraan), program hari tanpa beg plastik (Jabatan Pelesenan), program

pengkomposan (Jabatan Pengindahan Bandar) dan merekabentuk pembangunan

mapan serta program biodiesel Melaka (Jabatan Perancang Bandar) dan lain-lain

lagi.

Pihak MPAG turut mewujudkan polisi hijau khusus untuk amalan hijau pejabat

yang meliputi 4 perkara iaitu kitar semula, produk mesra alam, cafeteria dan

pengangkutan. Semua permasalahan akan dibawa ke mesyuarat pagi mingguan

dan mesyuarat pengurusan bulanan disamping dibawa ke mesyuarat peringkat

negeri Melaka di bawah Mesyuarat Pengurusan Teknologi Hijau Melaka untuk

setiap bulan.

3.1.3 Inovasi Berimpak Tinggi

Projek inovasi ini berjaya melahirkan pekerja kolar hijau khususnya di syarikat

AUO Sunpower Sdn. Bhd dimana syarikat ini telah menghasilkan produk tenaga

boleh baharu yang boleh menjimatkan penggunaan tenaga utiliti negara.

Page 23: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 23

3.2 Hasil Inovasi Yang Relevan

3.2.1 Inovasi Melalui Agenda Nasional

Projek inovasi ini selari dengan hasrat serta dasar kerajaan Malaysia di bawah

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) ke arah pengurangan

40% karbon emisi menjelang tahun 2020 serta selari dengan sasaran kerajaan

negeri berpandukan Blue Print Melaka Maju.

"It is my dream that one day we can live in a clean, healthy and high qualityenvironment, where cities, townships and communities are built on thefundamental of green technology"YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak,

Perdana Menteri Malaysia semasa pelancaran Dasar Teknologi Hijau pada bulan Julai 2009.

Selain itu, projek inovasi ini selari dengan agenda nasional di bawah startegi

National Blue Ocean Strategy (NBOS) iaitu indeks pencapaian projek berdasarkan

analisis ERRC (Eliminate, Reduce, Raise, Create)

i. Eliminate (Hapuskan) - Menghapuskan sikap ketidakkeyakinan komuniti

terhadap projek teknologi hijau.

ii. Reduce (Kurangkan) - Pengurangan karbon emisi pada setiap tahun.

iii. Raise (Tingkatkan) – Meningkatkan imej Majlis serta keyakinan pelabur.

iv. Create (Cipta) – Mencipta garis panduan pembangunan yang lebih

sistematik.

Page 24: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 24

3.2.2 Inovasi Mengikut Persekitaran Semasa

Projek inovasi ini melibatkan penyertaan pihak komuniti secara menyeluruh

berdasarkan kolaborasi unik dengan rakyat melalui program-program berteraskan

Local Agenda 21 (LA21) seperti penanaman lanskap pokok, penganjuran majlis

gotong-royong, penganjuran pertandingan keceriaan dan kebersihan perumahan

dan lain-lain lagi.

Pihak Majlis turut mendapat sokongan antarabangsa melalui pendaftaran sebagai

ahli penuh Urban Environmental Accord (UEA) serta ICLEI – International Council

For Local Environmental Initiatives. Melalui kerjasama antarabangsa ini pihak

Majlis mendapat manfaat daripada bandar-bandar antarabangsa yang terdahulu ke

hadapan di dalam bidang teknologi hijau ini seperti di Vancouver, Canada dan

Keisyu di Jepun.

Page 25: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 25

3.3 Hasil Inovasi Yang Signifikan

3.3.1 Inovasi Berimpak Global

Projek inovasi ini dikategorikan sebagai berimpak global dan sejajar dengan hasrat

kerajaan persekutuan ke arah Wawasan 2020 dan dasar kerajaan negeri Melaka.

Ia meliputi semua lapisan masyarakat dan jabatan kerajaan mahupun swasta atau

pihak bukan kerajaan NGO.

Pengumpulan data pengurangan karbon dioksida secara berterusan oleh pihak

Majlis kepada Perbadanan Teknologi Hijau Melaka memangkinkan

kesinambungan projek inovasi ini ke arah pengurangan 40% karbon emisi pada

tahun 2020 seterusnya membawa nama Majlis dan negeri Melaka ke peringkat

global di atas usaha-usaha pemeliharaan persekitaran peringkat pihak berkuasa

tempatan (PBT) yang terbaik di dunia.

Justeru itu, peningkatan hasil kepada Majlis akan bertambah selari dengan

pembangunan dan pelaksanaan projek-projek teknologi hijau dari semasa ke

semasa.

Page 26: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 26

3.4 Keberkesanan Hasil Inovasi

Projek inovasi ini juga turut dibukukan di dalam rancangan kawasan khas Melaka

World Solar Valley (MWSV) supaya keseluruhan projek dapat dipantau dan

dibangunkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Ia bertujuan bagi

memastikan semua golongan sasar mendapat manfaat yang menyeluruh serta

berterusan seperti peluang mendapatkan kuota Tarif Galakan, Feed In-Tariff (FIT)

serta perkongsian perniagaan yang sama rata kepada peniaga dan pemain

industri utama.

Hasil inovasi ini juga memain peranan utama bagi mengurangkan aduan

pelanggan dan orang ramai terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak

Majlis seperti pelaksanaan program pengumpulan minyak masak terpakai serta

pencahayaan hentian bas di waktu malam. Ini dapat memastikan kemudahan

serta infrastruktur Majlis dalam keadaan baik dan mendapat kepuasan semua

pihak.

Page 27: 1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1392-projek-transformasi... · Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 2 1. VISI, MISI DAN

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka Tahun 2015 27

Projek ‘Transformasi Bandar Melalui Pendekatan Teknologi Hijau’ ini mampu membawa

lembaran baru kepada pihak Majlis dan kerajaan negeri Melaka amnya terhadap

perubahan sesebuah kawasan ke arah persekitaran dan kehidupan yang lebih baik.

Penampilan ciri-ciri sebagai sebuah Lembah Suria yang unik berdasarkan potensi yang

dilihat sebagai pusat kepada industri teknologi garapan tenaga suria utama di Malaysia

memungkinkan usaha ke arah mewujudkan pembangunan bandar teknologi hijau

bertaraf dunia yang berteraskan tenaga suria menjelang tahun 2020.

KESIMPULAN