ringkasan eksekutif -...

22
1 RINGKASAN EKSEKUTIF Penyampaian perkhidmatan merupakan kayu ukur bagi setiap PBT. Ia merangkumi pelbagai aspek seperti kebersihan alam sekitar, kesihatan awam, pembangunan, kemudahan awam dan infrastruktur serta sosial. Seiring dengan visi Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) yang ingin menjadikan Jasin sebagai sebuah perbandaran dinamik menjelang tahun 2020 pelbagai strategi telah dirangka bagi meningkatkan mutu peyampaian dan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat. Justeru itu, projek “MPJ Prihatin Dihatiku” ini adalah satu cetusan idea bernas dan platform yang boleh dimanfaatkan oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sebaik-baiknya dalam usaha mendekati masyarakat setempat dengan melaksanakan program-program yang boleh meningkatkan lagi tahap kualiti penyampaian perkhidmatan dimana ianya dilakukan secara jalinan kerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan. Bukan itu sahaja dalam komited memberikan perkhidmatan perbandaran yang terbaik, berkualiti, telus dan cekap melalui pengembelingan tenaga dan sumber secara optimum pelbagai program telah dirancang bagi merealisasikan MPJ Prihatin Dihatiku . Melalui pelaksanaan projek “MPJ Prihatin Dihatiku” ini, ianya akan dapat menepati sasaran terutama penglibatan aktif daripada masyarakat setempat dan agensi-agensi serta pihak swasta dalam usaha memajukan dan menyemarakkan pembangunan bandar Jasin secara lestari dan bestari melalui penyebaran maklumat secara meluas dimana media sosial dan web radio digunakan sebagai alternatif dan pendekatan baru. Bukan itu sahaja ia juga dapat melaksanakan program secara berkala, bersepadu dan komprehensif. Malahan ia juga dapat memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan dengan menggunakan kos yang paling minimum secara efektif dan efisien. Sehubungan dengan itu program serampang dua mata ini diwujudkan juga bagi mendidik masyarakat setempat bagaimana menghargai alam sekitar. Dewasa ini isu-isu alam sekitar menjadi semakin meruncing dan pendedahan kesedaran akan sayangi alam sekitar amat penting bagi memastikan kelangsungan pada masa akan datang. Maka, “MPJ Prihatin Dihatiku” merupakan penyelesaian yang dilaksanakan oleh pihak Majlis Perbandaran Jasin.

Upload: others

Post on 12-Sep-2019

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

RINGKASAN EKSEKUTIF

Penyampaian perkhidmatan merupakan kayu ukur bagi setiap PBT. Ia merangkumi

pelbagai aspek seperti kebersihan alam sekitar, kesihatan awam, pembangunan,

kemudahan awam dan infrastruktur serta sosial. Seiring dengan visi Majlis

Perbandaran Jasin (MPJ) yang ingin menjadikan Jasin sebagai sebuah perbandaran

dinamik menjelang tahun 2020 pelbagai strategi telah dirangka bagi meningkatkan

mutu peyampaian dan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat. Justeru itu, projek

“MPJ Prihatin Dihatiku” ini adalah satu cetusan idea bernas dan platform yang

boleh dimanfaatkan oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sebaik-baiknya dalam

usaha mendekati masyarakat setempat dengan melaksanakan program-program

yang boleh meningkatkan lagi tahap kualiti penyampaian perkhidmatan dimana

ianya dilakukan secara jalinan kerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan.

Bukan itu sahaja dalam komited memberikan perkhidmatan perbandaran yang

terbaik, berkualiti, telus dan cekap melalui pengembelingan tenaga dan sumber

secara optimum pelbagai program telah dirancang bagi merealisasikan MPJ Prihatin

Dihatiku . Melalui pelaksanaan projek “MPJ Prihatin Dihatiku” ini, ianya akan

dapat menepati sasaran terutama penglibatan aktif daripada masyarakat setempat

dan agensi-agensi serta pihak swasta dalam usaha memajukan dan

menyemarakkan pembangunan bandar Jasin secara lestari dan bestari melalui

penyebaran maklumat secara meluas dimana media sosial dan web radio digunakan

sebagai alternatif dan pendekatan baru. Bukan itu sahaja ia juga dapat

melaksanakan program secara berkala, bersepadu dan komprehensif. Malahan ia

juga dapat memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan

dengan menggunakan kos yang paling minimum secara efektif dan efisien.

Sehubungan dengan itu program serampang dua mata ini diwujudkan juga bagi

mendidik masyarakat setempat bagaimana menghargai alam sekitar. Dewasa ini

isu-isu alam sekitar menjadi semakin meruncing dan pendedahan kesedaran akan

sayangi alam sekitar amat penting bagi memastikan kelangsungan pada masa akan

datang. Maka, “MPJ Prihatin Dihatiku” merupakan penyelesaian yang

dilaksanakan oleh pihak Majlis Perbandaran Jasin.

2

PERINCIAN PROJEK

1.0 Signifikan Pemilihan Projek

1.1 Pengenalan

Pihak berkuasa tempatan adalah merupakan salah satu agensi yang

sangat penting dalam memberikan perkhidmatan terus kepada rakyat. Bagi

memastikan kualiti perkhidmatan sentiasa berada di tahap optimum, PBT

perlulah sentiasa mencari makanisma terbaik dalam mendekati rakyat.

Selaras dengan misi Majlis Perbandaran Jasin komited untuk memberikan

perkhidmatan perbandaran yang terbaik, berkualiti, telus, dan cekap melalui

pengembelingan tenaga dan sumber secara optimum. Jesteru itu ia

bergantung kepada kualiti penyampaian yang di sampaikan kepada rakyat

serta tahap kemudahan yang diberikan, cara layanan dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, melalui keberkesanan penyampaian maka mutu

perkhidmatan dapat ditingkatkan dan misi Majlis Perbandaran Jasin dapat

dicapai.

Perkhidmatan yang baik sudah semestinya merangkumi penyampaian

perkhidmatan dan juga proses membuat keputusan. Dalam memastikan

sesuatu keputusan yang dibuat benar-benar tepat dan cepat,maka maklumat

yang tepat dan menyeluruh adalah sangat penting. Ini terutama apabila

berlaku isu-isu terhadap aduan awam. Maka dengan sebab itulah MPJ

sentiasa berusaha untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada

masyarakat agar setiap tindakan lebih mudah, cepat, tepat dan berkesan.

Pemilihan projek ini dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek

penting dan kritikal selaras dengan visi dan misi Majlis Perbandaran Jasin.

Oleh itu, projek yang dinamakan “MPJ Prihatin Dihatiku” ini telah dipilih untuk

dilaksanakan. Ini adalah kerana projek ini mempunyai potensi dalam usaha

Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyelesaikan masalah yang dihadapi

komuniti setempat dan meningkatkan lagi tahap kualiti penyampaian

perkhidmatan walaupun dengan sumber kewangan yang agak terhad.

3

Projek “MPJ Prihatin Dihatiku” ini juga merupakan serampang dua

mata dalam memenuhi fungsi utama Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan

dalam pada masa yang sama, ianya dapat menyatukan aspek sosial,

ekonomi dan alam sekitar didalam satu penglibatan. Selain itu, pengurangan

dan penggunaan kos secara efisien dan efektif merupakan antara agenda

utama Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) di samping berkolaborasi bersama

pelbagai syarikat swasta dan badan bukan kerajaan bagi membiayai dan

menjayakan projek-projek berskala besar.

Melalui pelaksanaan projek ini, MPJ dapat menjaga kepentingan

stakeholder dan pelanggan secara serentak. Ini adalah kerana asas dan

objektif projek ini adalah untuk mengatasi dan menyelesaikan permasalahan

yang dihadapi para pelanggan. Projek ini juga bertujuan untuk menyampaikan

segala hasrat dan inisiatif yang diilhamkan oleh pihak kerajaan iaitu

stakeholder secara terus dan langsung kepada pihak pelanggan sekaligus

dapat mengalakkan penglibatan aktif serta respon yang menberangsangkan

daripada masyarakat setempat dalam setiap program yang telah diaturkan.

1.2 Pernyataan Isu Dan Masalah

Justeru itu, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah mengenalpasti

beberapa isu yang perlu diketengahkan dan seterusnya menjadi titik fokus

utama dalam usaha Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) melakukan inisiatif

penyampaian perkhidmatan secara berkesan untuk menganjurkan sesebuah

program iaitu:

i. Masyarakat kurang peka dengan program dan projek yang dianjurkan.

ii. Hasrat kerajaan negeri bagi mengekalkan keseimbangan dari segi

aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar tidak memberi kesan yang

mendalam secara terus kepada masyarakat setempat kerana

kekurangan atau ketiadaan program khusus yang dapat

menyatupadukan semua aspek tersebut.

iii. Kekangan sumber kewangan

4

1.3 Tujuan

Melalui projek “MPJ Prihatin Dihatiku” yang dilaksanakan, ianya

akan dapat menepati sasaran berikut :

Sambutan dan sokongan yang menggalakkan daripada masyarakat

setempat, agensi-agensi serta pihak swasta dalam usaha memaju dan

membangunkan Majlis Perbandaran Jasin dengan cara memanfaatkan

keupayaan teknologi terkini dalam proses penyampaian berita dan

informasi. Apabila kaedah yang lebih relevan ini dipraktikkan, penyebaran

maklumat dan berita mengenai program dan projek yang dilancarkan

sampai kepada orang ramai dalam masa yang singkat dan tepat. Antara

medium yang disarankan adalah media sosial dan web radio yang sering

dijadikan tempat persinggahan orang ramai untuk meluangkan masa tidak

kira dimana jua mereka berada.

Dapat melaksanakan program secara berkala, bersepadu dan

komprehensif. Kebanyakan acara yang dianjurkan Majlis Perbandaran Jasin

(MPJ) merangkumi aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar dilakukan

secara rutin dengan jalinan kerjasama daripada pelbagai pihak. Projek dan

program ini dapat mengeratkan silaturrahim antara wakil-wakil syarikat

dengan penduduk, menjana ekonomi dan memelihara kesejahteraan bandar

dan alam sekitar.

Dapat meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan dengan

menggunakan kos yang paling minimum secara efisien dan efektif.

Misalnya, penggunaan teknologi terkini dapat mengurangkan kos

percetakan, masa dan tenaga kerja.Bukan itu sahaja, apabila maklumat

sampai kepada organisasi-organisasi luar dan mereka menunjukkan minat

ingin berkolaborasi dan menyumbang dana dalam sesuatu projek yang

dianjurkan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) secara tidak langsung beban

kewangan dapat diringankan.

5

1.4 OBJEKTIF

Melaksanakan program di bawah “MPJ Prihatin Dihatiku” menggunakan

kos yang minimum, meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan serta

meningkatkan kepuasan pelanggan malahan diantara obejktif “MPJ Prihatin

Dihatiku” ini adalah menangani cabaran sosial dan meningkatkan mutu

perkhidmatan warga kerja MPJ.

2.0 Tindakan Penyelesaian

Bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan sentiasa dalam

keadaan terbaik, MPJ sentiasa berusaha mempertingkatkan mutu dan kualiti

perkhidmatan melalui pelbagai cara pendekatan.

2.1 Idea Perlaksanaan Inovasi

Idea pelaksanaan ini tercetus apabila pihak pengurusan mula untuk

menjenamakan semula MPJ agar dapat meningkatkan mutu perkhidmatan.

Jesteru itu wujudlah projek yang dikenali sebagai “MPJ Prihatin Dihatiku”.

Ia dilaksanakan melalui kaedah jalinan kerjasama dimana ia dapat

meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan. Disamping itu juga penglibatan

aktif dan sokongan daripada masyarakat setempat dan agensi-agensi serta

pihak swasta apabila penyaluran maklumat yang efisien dipraktikkan. Jalinan

kerjasama ini bukan sahaj kepada agensi sebaliknya ia melibatkan pihak

swasta dan juga NGO. Antara NGO yang pernah terlibat adalah JKKK, JPP,

Persatuan Taman, belia dan sebagainya.

6

2.2 Proses perlaksanaan Inovasi

“MPJ PRIHATIN DIHATIKU” mula diperkenalkan pada Mac tahun 2016. Ia

bermula dengan perbincangan di antara pihak pengurusan sehinggalah

pembentangan di dalam mesyuarat. Proses perlaksanaan inovasi ini juga

adalah seperti rajah di bawah :

KENAL PASTI MASALAH / PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

-mengenalpasti masalah atau aduan yang dibuat

MERANGKA PROGRAM

-merangka program bagi memastikan program yang dilaksanakan

menyelesaikan masalah,sebagai contoh, “Save Our Waterfall” bila program akan

dilaksanakan? Dimana?Berapa Ramai terlibat?Agensi dan sebagainya

KENAL PASTI AGENSI / NGO / KOMUNITI UNTUK BEKERJA

-menegnalpasti agensi apa yang boleh melibatkan diri, sebagai Contoh Pejabat

Tanah Daerah Jasin, Pejabat Daerah Tangkak dan juga sebagainya

PERLAKSANAAN

-adalah pada hari berlakunya program yang dirancang

OUTPUT / LAPORAN

-Laporan yang dibuat selepas tiap program bagi meningkatkan mutu penyampaian

perkhidmatan

7

2.3 Kaedah Perlaksanaan

Projek ini dijalankan melibatkan semua pihak. Samaada pihak MPJ

mahupun, agensi atau NGO yang terlibat. Setiap pihak memainkan peranan

penting dan perlu komited menjayakan projek ini. Dari segi implikasi

kewangan, pihak swasta yang terlibat akan membantu dari segi kewangan. Ia

bukan sahaja memberi bantuan dari segi kewangan kepada MPJ sebaliknya

ia dapat mendidik masayarakat akan kesedaran mengenai alam semula jadi,

sosial dan sebagainya.

Antara 5 program telah dilaksanakan ialah:

i. Projek Membina Mercutanda (Hardscape) Nama Tempat Di Sekitar

Kawasan Majlis Perbandaran Jasin

Jalinan kerjasama (dari segi sumbangan) bersama beberapa pihak

swasta dan badan bukan kerajaan

Sebagai satu mercutanda bagi menambahkan lagi keceriaan dan

keunikan bandar Jasin

Sebanyak 5 monumen telah berjaya dibina dan dibangunkan

dengan jumlah sumbangan ikhlas sebanyak RM 72,000

ii. Kempen Save Our Waterfall

Dilaksanakan pada 17 April 2017

Program penjagaan alam sekitar ini telah diadakan di Kaki Gunung

Asahan dimana ianya bertujuan untuk mendidik masyarakat

setempat mengenai pentingnya kesedaran terhadap penjagaan

alam sekitar.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah hiking, gotong royong dan

penanaman pokok.

Program ini dianggap berjaya kerana mendapat tindak balas yang

positif dimana wujudnya kerjasama daripada para pelajar dan juga

kakitangan-kakitangan awam dari pelbagai agensi. Diantaranya

Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Pejabat Daerah & Tanah Jasin

(PDTJ), Southern Waste Management (SWM), dan sebagainya.

8

iii. Program Sayangi Pantai Kita

Dilaksanakan bersama komuniti setempat dan agensi kerajaan

Program ini bertujuan untuk mendidik masyarakat terhadap

keperluan dan kesedaran menjaga kebersihan pantai.

Program ini dilaksanakan pada 28 April 2017 bertempat di Pantai

Siring, Serkam.

iii. Program Mengecat Bangunan Perniagaan Jasin

Mengambil langkah inisiatif dengan berkolaborasi bersama Carjen

Food Sdn Bhd bagi program menceriakan kawasan Jasin dengan

mengecat bangunan dan premis perniagaan di sekitar kawasan bandar

Jasin.

iv. Jasin Jamboree Jalinan Kerjasama

Program ini telah diadakan pada 30 April 2017 dan dilaksanakan

secara jalinan kerjasama bersama agensi kerajaan dan swasta.

Penglibatan yang tinggi disamping semangat yang berkobar-kobar dan

menggalakkan dari agensi, gabungan belia, persatuan-persatuan

basikal dan penduduk setempat dapat melahirkan komuniti yang sihat

dan cergas sejajar dengan moto „Gaya Hidup Sihat‟ yang disarankan

2.4 IMPLIKASI KEWANGAN

Dari segi implikasi kewangan,tiada implikasi kewangan yang besar

memandangkan projek ini dijalankan secara CSR daripada pihak

swasta.

Oleh yang demikian pelbagai penimatan yang dapat dijimat kan

(lampiran 1)

Tiada lantikan kontraktor atau vendor bagi kerja-kerja gotong

royong

Penggunaan kepakaran tenaga/pegawai dalam MPJ.

9

3.0 KEBERHASILAN PROJEK

3.1 OUTCOME DAN IMPAK

Dalam melaksanakan segala program, sumber kewangan

merupakan perkara atau agenda utama yang dititikberatkan. Dengan

pelancaran projek "MPJ Prihatin Dihatiku” yang dilaksanakan secara jalinan

kerjasama bersama pelbagai pihak dan agensi, maka bebanan pengurusan

kewangan dapat diminimumkan menerusi tajaan dari agensi dan badan

bukan kerajaan yang terlibat.

Antara penjimatan yang telah dibuat adalah seperti program yang berikut:

Penggunaan sumber kewangan di tahap yang minimum dimana ianya

diurus secara efektif dan efisien setelah mendapat sumbangan ikhlas

daripada agensi-agensi terlibat yang berbesar hati menyumbang dalam

perkongsian kos sesuatu progam. Oleh yang demikian tiada pihak yang akan

terbeban dengan kos atau pembiayaan perjalanan projek yang tinggi.

Penglibatan aktif dan menggalakkkan daripada komuniti dan agensi

yang menyeluruh membuatkan projek ini berjaya mencapai misi dan visi yang

telah digariskan oleh Majlis Perbandaran Jasin.

Ia juga telah mendidik dan memupuk kesedaran dalam masyarakat

supaya lebih peka dan responsif dengan persekitaran setempat mereka.

Kejayaan pelbagai projek dan program yang dijalankan ini dapat diukur

dengan pembudayaan gotong royong di setiap kawasan mahupun taman-

taman kediaman dan mengurangkan kebergantungan semata-mata kepada

pihak Majlis Perbandaran Jasin pada masa akan datang dan seterusnya.

Dalam merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk mengekalkan

keseimbangan dari segi aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar dan menjadi

penyalur maklumat kepada masyarakat setempat, Projek “MPJ Prihatin

Dihatiku” ini telah berjaya mencapai golongan sasar dalam penyediaan

program khusus buat masyarakat setempat.

10

Projek “MPJ Prihatin Dihatiku” merupakan salah satu penjenamaan yang

unggul dan terbaik dalam meletakkan Majlis Perbandaran Jasin setaraf

bersama PBT yang lain. Ia juga merupakan salah satu cara bagi

meningkatkan imej dan mutu serta kualiti perkhidmatan Majlis Perbandaran

Jasin.

3.2 ELEMEN INOVASI

3.2.1 Inovatif / Kreativiti

Dalam menghadapi pelbagai aduan daripada masyarakat pihak Majlis

Perbandaran Jasin telah mencari penyelesaian dengan mendidik

penduduk mengenai kesedaran terhadap alam sekitar. Ini dapat dilihat

melalui projek MPJ Prihatin Dihatiku”. Program jalinan kerjasama ini

adalah kreativiti pihak pentadbir dalam meminimumkan kos bagi setiap

keceriaan atau pembersihan dilakukan dan mengoptimukan semua

kemudahan yang sedia ada. Ia dapat dilihat di setiap program yang

dilaksakan. Dalam situasi ini, kedua-dua pihak akan mendapat manfaat

bersama.

3.2.2 Keberkesanan

Projek ini dilihat sangat berkesan digunakan oleh semua agensi sama ada

agensi kerajaan amhupun swasta, malahan ia boleh dipraktikkan oleh

pihak NGO. Ini kearna projek ini merupakan satu jalinan kerjasama oleh

banyak pihak. Umum sedia maklum setiap agensi atau aman-mana pihak

swasta sentiasa terbuka dalam menjalinakn kerjasama terutama apabila

melibatkan alam sekitar. Dalam mendidik masyarakat mengenai

kesedaran alam sekitar dan kebersihan serta keceriaan, kerberkesanan

penggunaan sumber secara optimum juga dapat dilaksanakan dan

mnegelakkan pembaziran.

11

3.2.3 Signifikan

Projek MPJ Prihatin Dihatiku” ini dilihat memberi impak positif kepada

penyampaain perkhidmatan kepada masyarakat. Ia dapat dilihat apabila

masyarakat di Jasin tadi lagi hanya mengharapkan PBT sebaliknya

melaksanakan kaedah gotong royong bersama agensi dalam setiap

tindakan. Bukan itu sahaja projek ini juga telah member kesedaran kepada

pemaju untuk membantu dalam menceriakan kawasan Jasin secara

khasnya. Pelbagai lagi faedah yang telah diterima mellaui jalinan

kerjasama bersama agensi, swasta dan NGO.

3.2.4 Relevan

“MPJ Prihatin Dihatiku” terus relevan apabila setiap program yang

dilaksanakan di bawah projek ini dapat mengurangkan perbelanjaan

malah mendapat tajaan penuh oleh syarikat-syarikat swasta. Kolaborasi

bersama pihak swasta dan komuniti juga merupakan usaha yang terbaik

apabila peluang ini diberikan kepada mereka. Sebagai contoh

pembersihan pantai siring di Serkam merupakan kolaborasi antara pihak

JKKK, Kawasan Rukun Tetangga dan pihak pengajian tinggi seperti

Institut Kemahiran Mara dan Kolej Komuniti. Ia merupakan tindakan yang

baik dalam menanam kesedaran betapa pentingnya menjaga keindahan

dan kebersihan pantai. Melalui jalinan kerjasama ini, ia buakn sahaja

member kesedaran dalam masa yang sama juga mendiidk masyrakat

agar peka dengan keadaan sekeliling.

4.0 POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK

Projek “MPJ Prihatin Dihatiku” ini berpotensi untuk digunapakai

secara meluas dan boleh dijadikan model atau acuan yang ideal dimana

ianya wajar dijadikan ikutan kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang lain

khususnya dan agensi kerajaan yang lain amnya.

Sehubungan dengan itu, projek yang realistik ini juga dijangka akan

sentiasa terus relevan dari semasa ke semasa kerana kaedah

perlaksanaan program-program yang meliputi segala aspek yang ada

pada perkhidmatan Majlis Perbandaran Jasin.

12

5.0 Penutup

Projek MPJ Prihatin Dihatiku secara keseluruhannya member impak positif

kepada sisitem penyampaian perkhidmatan MPJ secara keseluruhannya.

Disamping mengurangkan kos pengurusan, projek ini dilihat banyak membantu

dalam proses penyampaian perkhidmatan. Ia juga telah meningkatkan produktiviti

jabatan serta kolaborasi antara agensi, pihak swasta dan NGO. Ini secara tidak

langsung membentuk satu kumpulan yang lengkap dalam pembangunan di sekitar

Jasin secara amnya. Pihak MPJ akan terus berusaha memastikan sistem

penyampaian perkhidmatan akan terus ditingkatkan dari masa ke masa.

13

LAMPIRAN 1

No. Output Projek “MPJ Kos yang ditangggung Kos yang ditangggung Penjimatan kepada Impak Dan Penerangan

Prihatin Dihatiku” oleh Majlis Perbandaran oleh Majlis Perbandaran sumber kewangan MPJ “MPJ Prihatin Dihatiku”

Jasin sebelum Jasin dengan

pelaksanaan projek “MPJ pelaksanaan projek

Prihatin Dihatiku” “MPJ Prihatin Dihatiku”

(RM) (RM) (RM) 1 Projek membina mercu 1 monumen = RM14,400.00 TIADA JUMLAH = RM72,000.00 Tajaan sepenuhnya

tanda (Hardscape) nama 5 monumen x RM14,400.00

daripada 14 pemaju yang tempat di sekitar

telah bersetuju untuk

kawasan Majlis JUMLAH = RM72,000.00

menjalankan CSR

Perbandaran Jasin

bersama Majlis dengan

-Jalinan kerjasama bersama pihak

kaedah menanggung kos pembinaan monumen

swasta

secara bersama dengan

kadar RM5,143.00 untuk

setiap pemaju.

2 Kempen Save Our Persiapan tempat: a) Persiapan tempat: JUMLAH= RM 5,889.40

Jalinan kerjasama bersama PDTJ dengan berkongsi

Waterfall a) Makanan dan minuman

RM 4,515.00 kos keseluruhan program secara sama rata dan

- melibatkan pelajar IPT,

peserta : RM 3,250.00

b) Kos overtime

mendapat tajaan t-shirt

agensi kerajaan dan

b) Makanan VIP: RM 720.00

kakitangan MPJ: RM daripada kerjasama

agensi swasta

3,480.13

Pelatih Latihan Khidmat

14

No. Output Projek “MPJ Kos yang ditangggung Kos yang ditangggung Penjimatan kepada Impak Dan Penerangan

Prihatin Dihatiku” oleh Majlis Perbandaran oleh Majlis Perbandaran sumber kewangan MPJ “MPJ Prihatin Dihatiku”

Jasin sebelum Jasin dengan

pelaksanaan projek “MPJ pelaksanaan projek

Prihatin Dihatiku” “MPJ Prihatin Dihatiku”

(RM) (RM) (RM) c) T- Shirt: RM 2,750.00 Negara (PLKN), Pejabat

c) Peralatan dan bahan Daerah & Tanah Jasin d) Sarung tangan: RM api: (PDTJ), Majlis Daerah

175.00 RM 1,110.0 Tangkak, serta SWM.

e) Plastik hitam: RM 67.00

JUMLAH: 9,105.13

f) Bakul buah VIP: RM

80.00

g) Backdrop: RM 600.00

h) Banner: RM 270.00

i) Khemah: RM 1118.00

Kos overtime kakitangan

MPJ: RM 3,480.13

Kerja Pembersihan

kawasan dan pemotongan

rumput : RM 2,484.40

JUMLAH: RM 14,994.53

15

16

No. Output Projek “MPJ Kos yang ditangggung Kos yang ditangggung Penjimatan kepada Impak Dan Penerangan

Prihatin Dihatiku” oleh Majlis Perbandaran oleh Majlis Perbandaran sumber kewangan MPJ “MPJ Prihatin Dihatiku”

Jasin sebelum Jasin dengan

pelaksanaan projek “MPJ pelaksanaan projek

Prihatin Dihatiku” “MPJ Prihatin Dihatiku”

(RM) (RM) (RM)

3 Program Sayangi Pantai a) Kerja Pembersihan a) Peralatan dan bahan JUMLAH= RM 2,682.80

Jalinan kerjasama bersama agensi yang terlibat seperti

Kita kawasan dan pemotongan api: Jabatan Perparitan Saliran

- bersama komuniti

rumput : RM 3,792.80 RM 1,110.00 (JPS), Kolej Komuniti,

SWCorp, JKKK Kampung

b) Makanan dan minuman

setempat dan agensi

b) Makanan dan Pulai.

kerajaan

peserta : RM 1,195.00

minuman peserta : RM

c) Sewaan khemah: 1,195.00

RM 600.00 c) Sewaan khemah:

RM 600.00

JUMLAH: RM 5,587.80 JUMLAH: RM 2,905.00

4 Program mengecat a) Kerja Mencuci

bangunan perniagaan Bangunan

Bandar Jasin Skylift :

TIADA

JUMLAH= RM154,300.00

Tajaan sepenuhnya dari

-Jalinan kerjasama bersama pihak swasta Rm800x30hari= Rm24,000

Syarikat CARJEN Food

Waterjet :

Sdn Bhd

Rm400x30hari=Rm12,000

b) Kerja Mengecat

Bangunan

Skylift : Rm800x30hari= Rm24,000

17

No. Output Projek “MPJ Kos yang ditangggung Kos yang ditangggung Penjimatan kepada Impak Dan Penerangan

Prihatin Dihatiku” oleh Majlis Perbandaran oleh Majlis Perbandaran sumber kewangan MPJ “MPJ Prihatin Dihatiku”

Jasin sebelum Jasin dengan

pelaksanaan projek “MPJ pelaksanaan projek

Prihatin Dihatiku” “MPJ Prihatin Dihatiku”

(RM) (RM) (RM) Undercoat(2) :

Rm250x28tong=Rm7,000

Upah Pekerja : Rm120x20orgx30hari=

Rm72,000

JUMLAH= RM154,300.00

5 Jasin Jamboree a) Sewaan Khemah : a) Makan & Minum (Vip): JUMLAH= RM 89,600.00 Lain-lain kos yang

-Jalinan kerjasama bersama agensi

Rm300x10unit=Rm3,000

RM500 berkaitan adalah dibawah tajaan Jasin Bikers dan

kerajaan dan swasta

b) Makan & Minum

syarikat pembekal basikal.

b) Kos overtime

Rm12x1650org=Rm19,800

kakitangan MPJ: RM

c) AJK pengelola dan 3,371.91

urusetia: RM3,000

d) T- shirt, Medal, Goodies JUMLAH: 3,871.91

Peserta :

Rm20x1500org=Rm30,000

e) Cabutan bertuah

(L/sum): RM 20,000

18

No. Output Projek “MPJ Kos yang ditangggung Kos yang ditangggung Penjimatan kepada Impak Dan Penerangan

Prihatin Dihatiku” oleh Majlis Perbandaran oleh Majlis Perbandaran sumber kewangan MPJ “MPJ Prihatin Dihatiku”

Jasin sebelum Jasin dengan

pelaksanaan projek “MPJ pelaksanaan projek

Prihatin Dihatiku” “MPJ Prihatin Dihatiku”

(RM) (RM) (RM)

f) PA System = RM 5,000

g) Hadiah

mengikut kategori: Junior = RM 1,050

Lelaki open= RM 1,750

h) Air mineral:

Rm10x200kotak=Rm2,000

i) Kos overtime kakitangan

MPJ: RM 3,371.91

j) Bahan promosi (Banner,

Bunting dan

dokumentasi): RM 4,500.00

JUMLAH= RM 93,471.91

JUMLAH RM 340,354.24 RM 15,882.04 RM 324,472.20

KESELURUHAN

JUMLAH PENJIMATAN KESELURUHAN : RM 324,472.20

19

20

Rajah 1: Keratan akhbar “Melaka Hari Ini” mengenai program

pembinaan hardscape

Rajah 2: Petikan daripada facebook Ketua Menteri Melaka

21

Rajah 3: Keratan akhbar “Melaka Hari Ini” mengenai kempen Save

Our Waterfall

Rajah 4: Keratan akhbar “Melaka Hari Ini” mengenai program

Sayangkan Pantai Kita

22

Rajah 5: Pelancaran mengecat baru bangunan-bangunan Bandar

Jasin

Rajah 6: Program Jasin Jamboree