1. konsep alam belajar

3
KONSEP ALAM BELAJAR Sejak dari kecil lagi, kita sentiasa mengalami proses pembelajaran yang berterusan tidak kiralah formal atau tidak formal. Justeru itu, suasana alam belajar yang kondusif pastinya bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan yang dijalankan oleh guru tidak kiralah di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Penglibatan yang aktif dan interaksi yang baik perlu diwujudkan antara guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Untuk lebih memahaminya lagi,seorang guru perlu tahu konsep alam belajar itu sendiri dengan lebih mendalam lagi. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), alam belajar merupakan keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku. Tiga aspek utama alam belajar Terdapat tiga komponen penting dalam membantu pembentukan murid yang menyeluruh. Pertama ialah psikososial, kedua iaitu fizikal dan ketiga ialah komuniti pembelajaran. a) Aspek psikososial Faktor pertama iaitu psikososial merangkumi 4 elemen iaitu nada suara yang sesuai, saling berbudi bahasa, tingkahlaku yang diterima dan suasana yang kondusif. Faktor ini lebih memfokuskan kepada perasaan murid-murid yang berhubung dengan aspek

Upload: muhammad-adib

Post on 11-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

1. Konsep Alam Belajar

TRANSCRIPT

Page 1: 1. Konsep Alam Belajar

KONSEP ALAM BELAJAR

Sejak dari kecil lagi, kita sentiasa mengalami proses pembelajaran yang berterusan

tidak kiralah formal atau tidak formal. Justeru itu, suasana alam belajar yang kondusif

pastinya bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan yang

dijalankan oleh guru tidak kiralah di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah.

Penglibatan yang aktif dan interaksi yang baik perlu diwujudkan antara guru dan murid

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Untuk lebih memahaminya

lagi,seorang guru perlu tahu konsep alam belajar itu sendiri dengan lebih mendalam

lagi. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad

(2009), alam belajar merupakan keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang

minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku.

Tiga aspek utama alam belajar

Terdapat tiga komponen penting dalam membantu pembentukan murid yang

menyeluruh. Pertama ialah psikososial, kedua iaitu fizikal dan ketiga ialah komuniti

pembelajaran.

a) Aspek psikososial

Faktor pertama iaitu psikososial merangkumi 4 elemen iaitu nada suara yang sesuai,

saling berbudi bahasa, tingkahlaku yang diterima dan suasana yang kondusif. Faktor ini

lebih memfokuskan kepada perasaan murid-murid yang berhubung dengan aspek

keselamatan dan keselesaan mereka dengan persekitaran sekolah. Seorang guru yang

prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah didampingi, beramah-tamah, cekap,

berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pelajar

akan memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar.

b) Aspek fizikal

Komponen fizikal meliputi semua keadaan fizikal seperti fizikal bilik darjah, bahan-

bahan pelajaran, kemudahan dalam alam persekitaran (Mok Soon Sang, 2008). Bilik

darjah yang kreatif serta kondusif dapat mengembangkan kreativiti pelajar (Azizi Jaafar,

Page 2: 1. Konsep Alam Belajar

2009). Bagi menggalakkan pemikiran kreatif, suasana bilik darjah yang selesa perlu

disediakan. Oleh itu, terdapat berbagai-bagai cara penyusunan bilik darjah yang akan

mencerminkan gaya pengajaran kita sebagai guru.

Antara cara penyusunan bilik darjah menurut Choong (2008) ialah:

i. Gaya auditorium iaitu gaya penyusunan tradisional di mana murid-murid duduk

menghadap guru.

ii. Gaya bersemuka iaitu gaya murid-murid duduk menghadap satu sama lain di dalam

kumpulan seramai enam atau lapan orang.

iii. Gaya Off-set memerlukan tiga atau empat orang murid-murid duduk pada meja

tetapi tidak menghadap sesama mereka.

iv. Gaya seminar iaitu kumpulan murid-murid yang terdiri daripada 10 atau lebih orang

duduk dalam bulatan, segiempat sama atau berbentuk-U.

v. Gaya Kluster terdiri daripada 4 hingga 8 orang murid duduk dalam kumpulan yang

dekat dan rapat (L 1).

c) Aspek komuniti pembelajaran

Secara amnya, komuniti memfokuskan sekumpulan manusia yang belajar bersama

dalam persekitaran selesa untuk menggalakkan aktiviti berdialog, maklum balas,

refleksi dan penurunan kuasa. Menurut Choong (2008), ciri-ciri komuniti pembelajaran

merangkumi kolaborasi sesama murid melalui pembelajaran koperatif, penglibatan

murid-murid dalam pengalaman berkolaborasi bersama rakan sebaya mereka, sumber

jaringan sokongan akademik dan sosial dan yang terakhir fokus kepada pembinaan

pengetahuan dan hasil pembelajaran. Menurut McMilan dan Cavis (1986) pula komuniti

mempunyai 4 ciri iaitu keahlian, pengaruh, memenuhi keperluan individu dan berkongsi

peristiwa atau tindakan dan perasaan (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009)