08 isi pelajaran interaksi 3

18
TAJUK 7 SESI LATIHAN PENGAJARAN PEMULIHAN PELBAGAI SENARIO Sinopsis Tajuk ini membincangkan peranan guru untuk melaksanakan pengajaran pemulihan dalam pelbagai senario semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. Hasil pembelajaran Pada akhir tajuk ini, para pelajar dapat: i. Merancang pengajaran pemulihan dalam pelbagai situasi semasa pengajaran Bahasa Melayu. ii. Melaksanakan aktiviti pengajaran pemulihan Bahasa Melayu mengikut pelbagai situasi semasa pengajaran Bahasa Melayu 7.1 Perancangan Pengajaran Pemulihan Dalam Kelas Biasa Guru perlu membantu murid-murid yang tidak menguasai kemahiran bahasa yang telah diajarkan di dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas supaya murid-murid tersebut dapat menguasai kemahiran yang diajarkan seperti rakan-rakannya yang lain. Guru perlu memastikan semua murid mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru dan tiada murid yang ketinggalan atau tercicir dalam menguasai kemahiran bahasa yang telah diajarkan. Selepas mengesan murid-murid yang tidak menguasai kemahiran bahasa yang diajarkan melalui penilaian formatif, guru perlu menjalankan aktiviti pemulihan kepada murid yang berkenaan secara serta merta. Guru perlu menjalankan pengajaran kepada murid yang berkenaan dengan teknik yang khusus dan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai dengan keupayaan murid yang tidak atau kurang berjaya menguasai kemahiran bahasa yang diajarkan. Dengan tindakan segera ini, guru dapat membantu murid yang bermasalah dalam sesuatu kemahiran bahasa untuk menguasai hasil pembelajaran tersebut dengan lebih baik, jelas, dan betul. Dengan ini murid tersebut akan dibantu untuk menguasai kemahiran bahasa yang diajar secara langsung dan segera.Jika masalah pembelajaran murid didapati agak serius, guru boleh membuat pengajaran 1

Upload: noh-hassan

Post on 23-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

gunakan

TRANSCRIPT

Page 1: 08 Isi Pelajaran Interaksi 3

TAJUK 7 SESI LATIHAN PENGAJARAN PEMULIHAN PELBAGAI SENARIO

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan peranan guru untuk melaksanakan pengajaran pemulihan dalam

pelbagai senario semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas.

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, para pelajar dapat:

i. Merancang pengajaran pemulihan dalam pelbagai situasi semasa pengajaran Bahasa

Melayu.

ii. Melaksanakan aktiviti pengajaran pemulihan Bahasa Melayu mengikut pelbagai situasi

semasa pengajaran Bahasa Melayu

7.1 Perancangan Pengajaran Pemulihan Dalam Kelas Biasa

Guru perlu membantu murid-murid yang tidak menguasai kemahiran bahasa yang telah

diajarkan di dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas supaya murid-

murid tersebut dapat menguasai kemahiran yang diajarkan seperti rakan-rakannya yang

lain. Guru perlu memastikan semua murid mencapai objektif pembelajaran yang telah

ditetapkan oleh guru dan tiada murid yang ketinggalan atau tercicir dalam menguasai

kemahiran bahasa yang telah diajarkan. Selepas mengesan murid-murid yang tidak

menguasai kemahiran bahasa yang diajarkan melalui penilaian formatif, guru perlu

menjalankan aktiviti pemulihan kepada murid yang berkenaan secara serta merta. Guru

perlu menjalankan pengajaran kepada murid yang berkenaan dengan teknik yang

khusus dan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai dengan keupayaan murid

yang tidak atau kurang berjaya menguasai kemahiran bahasa yang diajarkan. Dengan

tindakan segera ini, guru dapat membantu murid yang bermasalah dalam sesuatu

kemahiran bahasa untuk menguasai hasil pembelajaran tersebut dengan lebih baik,

jelas, dan betul. Dengan ini murid tersebut akan dibantu untuk menguasai kemahiran

bahasa yang diajar secara langsung dan segera.Jika masalah pembelajaran murid

didapati agak serius, guru boleh membuat pengajaran secara individu selepas kelas

dijalankan atau pada suatu masa yang ditetapkan supaya lebih banyak masa dapat

digunakan untuk membantu murid yang bermasalah dalam kemahiran bahasa yang

diajar.

1

Page 2: 08 Isi Pelajaran Interaksi 3

Murid-murid yang bermasalah dalam menguasai kemahiran lisan, bacaan dan

kefahaman, atau menulis, perlu diberikan pengajaran dan pembelajaran berbentuk

konkrit dan penggunaan dalam situasi sebenar. Aktiviti pemulihan akan membantu

murid-murid mempelajari kemahiran bahasa dengan cara yang lebih mudah dan secara

khusus daripada guru mereka. Guru juga dapat meningkatkan keyakinan murid-murid

tersebut kerana mereka dapat menguasai kemahiran bahasa yang dipelajari dalam

kelas sama seperti yang dikuasai oleh rakan-rakan mereka dalam kelas. Dengan ini

mereka akan lebih bermotivasi dan aktif dalam pembelajaran untuk seiring dengan

rakan-rakan mereka yang lain.

Proses pengajaran pemulihan dalam kelas dijalankan mengikut langkah-langkah yang

tertentu. Setiap langkah menyokong proses pemulihan dijalankan dengan teratur.

Menurut Jamilah (1999), pemulihan boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah

JARLIN iaitu Jejak, Rancang, Laksana, Nilai.

Guru perlu mengenal pasti masalah murid dalam kemahiran bahasa yang dipelajari dan

mengesan punca masalah tersebut. Proses JEJAK ini sangat penting supaya guru jelas

aktiviti tambahan yang perlu dijalankan untuk membantu murid mencapai penguasaan

pembelajaran bahasa dengan jelas, betul dan mudah. Selepas mengetahui aspek

masalah dan punca masalah, guru perlu RANCANG pengajaran pemulihan dengan

membina aktiviti pengajaran pemulihan yang sesuai untuk murid-murid berkenaan dari

segi objektif, kemahiran, persediaan dan pemilihan bahan serta proses menilai. Setelah

dibuat perancangan, guru akan LAKSANA aktiviti tambahan secara khusus itu kepada

murid-murid yang berkenaan mengikut proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Setelah dilaksanakan pengajaran aspek kemahiran bahasa tersebut, guru perlu

membuat penilaian hasil pengajarannya atau NILAI untuk mengetahui pencapaian

objektif pengajaran dan pembelajaran murid dalam aktiviti pemulihan.

Pemulihan dalam kelas biasa dijalankan apabila guru dapat mengesan murid-murid

yang tertentu tidak dapat menguasai hasil pembelajaran dengan baik. Selepas guru

membuat penilaian formatif dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa,

guru dapat mengesan murid yang tidak menguasai kemahiran yang diajarkan dengan

baik. guru menyediakan aktiviti tambahan yang khusus bagi murid-murid yang tidak

2

Page 3: 08 Isi Pelajaran Interaksi 3

mencapai objektif seperti yang ditetapkan. Kebiasaannya, guru sudah dapat mengenali

murid-murid yang lambat dan bermasalah menguasai kemahiran bahasa dalam

pengajaran dan pembelajaran di kelasnya. Oleh itu, guru dapat menyediakan aktiviti

tambahan dan bahan bantuan belajar yang lebih mudah dan berkesan, untuk membantu

murid menguasai sesuatu kemahiran bahasa tersebut. Aktiviti tambahan untuk murid

bermasalah dalam menguasai sesuatu kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran

dijalankan semasa murid pencapaian normal membuat latihan aktiviti pembelajaran. Ini

bermakna pemulihan dijalankan secara terus dan serta merta semasa pengajaran dan

pembelajaran. Pemulihan boleh dijalankan secara individu, berpasangan atau kumpulan

kecil.

7.2 Latihan Pengajaran Pemulihan Kemahiran Lisan

Apabila guru menjalankan aktiviti pembentukan sesuatu kemahiran lisan semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran di kelas, guru perlu mengesan dengan jelas dan tepat

murid-murid yang berjaya menguasai dan yang tidak atau kurang menguasai kemahiran

tersebut. Guru perlu membuat penilaian yang tepat mengikut kriteria dan ciri-ciri yang

betul bagi setiap aktiviti lisan yang diajarkan apabila murid membuat persembahan.

Melalui maklumat tersebut, guru membuat pemulihan kepada murid yang kurang atau

tidak menguasai kemahiran lisan tersebut. Contohnya murid tidak boleh bercerita

dengan lancar dan tersusun. Guru menyediakan gambar bersiri dan meminta murid

bercerita berdasarkan gambar tersebut. Cara lain, guru boleh menggunakan rajah atau

carta alir, dan kad perkataan dan meminta murid bercerita berdasarkan kad perkataan

dan carta alir cerita.

Sila lihat Hasil Pembelajaran 1.0 hingga 4.0 dalam KBSR dan Standard Kandungan 1.0

dalam KSSR. Rancangkan aktiviti dan bahan bantu belajar yang sesuai dan berkesan

bagi murid-murid yang tidak dapat menguasai semua kemahiran tersebut.

7.3 Latihan Pengajaran Pemulihan Kemahiran Membaca

3

Page 4: 08 Isi Pelajaran Interaksi 3

Penguasaan kemahiran membaca adalah sangat penting bagi setiap murid. Murid perlu

membaca dan memahami bahan yang dibaca dengan jelas dan betul. Apabila guru

menjalankan pengajaran membaca secara mekanis, guru perlu memastikan murid yang

dapat membaca dengan lancar, sebutan yang betul, intonasi yang sesuai dan mengikut

tanda baca yang betul. Bagi murid yang tidak menguasai bacaan mekanis yang baik,

guru hendaklah menjalankan pemulihan kepada murid tersebut dengan mengadakan

aktiviti khusus untuk murid tersebut seperti membaca perkataan-perkataan atau

beberapa ayat yang disediakan oleh guru. Pengajaran ini boleh dijalankan secara

individu atau berpasangan.

Pemulihan bacaan dan kefahaman boleh dijalankan oleh guru di kelas kepada murid

yang bermasalah untuk memahami maklumat yang dibaca. Guru boleh menggunakan

soalan-soalan yang memandu murid untuk mengesan maklumat penting dalam sesuatu

perenggan. Dengan aktiviti berfokus seperti ini, murid dibimbing cara mengesan isi

penting atau maklumat yang betul tentang petikan.Guru juga boleh membantu murid

mengesan maklumat dengan cara membantu murid mengesan ayat topik dalam

perenggan.

Lihat Hasil pembelajaran 5.0 hingga 7.0 dalam KBSR dan SK 2.0 dalam KSSR. Lihat

dan kaji kemahiran bacaan dan kefahaman yang sukar dikuasai oleh murid. Cadangkan

teknik dan bahan bantu belajar yang berkesan untuk membantu murid yang lemah

dalam penguasaan kemahiran tersebut.

7.4 Latihan Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang rumit untuk dikuasai oleh sebahagian

murid. Selain perlu mengingati bentuk huruf yang betul, cara menulis yang betul, tulisan

yang kemas dan tulisan yang seragam atau bentuk sekata, murid juga bermasalah

untuk melahirkan idea dan menulis karangan mengikut genre penulisan yang baik. Guru

perlu memastikan penguasaan kemahiran tulisan mekanis murid adalah baik terlebih

dahulu supaya murid tidak bermasalah untuk menguasai penulisan produktif.

Contohnya, guru boleh membetulkan tulisan mekanis yang tidak betul dengan meminta

murid menulis menggunakan buku garis tiga. Bagi murid yang bermasalah dalam

menulis perkataan dengan betul, guru boleh menjalankan aktiviti imlak atau

melengkapkan ayat dengan perkataan yang betul.

4

Page 5: 08 Isi Pelajaran Interaksi 3

Lihat Hasil Pembelajaran 8.0 hingga 11.0 dalam KBSR dan Standard Kandungan 3.0

dalam KSSR. Kemahiran yang manakah sukar dikuasai oleh murid? Apakah punca

masalah murid menguasai kemahiran tersebut? Jika guru dapat mengesan punca

masalah tersebut, guru boleh membantu murid tersebut mengatasi masalah itu dengan

lebih jelas. Contohnya, murid bermasalah dalam membina ayat yang betul dari segi

susunan. Guru boleh membuat aktiviti khusus kepada murid yang bermasalah dalam

menulis ayat yang betul dengan menggunakan rajah tukar ganti bahagian subjek atau

bahagian predikat ayat. Cara lain, guru boleh menyediakan aktiviti melengkapkan ayat

sama ada bahagian subjek atau bahagian predikat.

TAJUK 8 PENILAIAN PENGAJARAN PENDIDIKAN PEMULIHAN

Sinopsis

5

Page 6: 08 Isi Pelajaran Interaksi 3

Tajuk ini menghuraikan kaedah yang digunakan untuk menilai pencapaian murid pemulihan

setelah aktiviti pemulihan diadakan. Berdasarkan penilaian tersebut, guru perlu menyimpan

rekod sebagai bahan rujukan pihak-pihak yang berkenaan. Hasil daripada penilaian, tindakan

susulan akan diambil untuk membolehkan murid meneruskan pembelajaran yang seterusnya.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, para pelajar dapat:

i. Menghuraikan kaedah penilaian pendidikan pemulihan

ii. Menjelaskan proses penyimpanan rekod

iii. Menjalankan tindakan susulan terhadap murid

8.1 Takrifan Penilaian

Stufflebeam et. al. (1971: xxv) mentakrifkan “penilaian” sebagai the process of

delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.

Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian merupakan suatu proses

untuk mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang

seterusnya digunakan ketika membuat keputusan.

8.2 Penilaian Pengajaran Pendidikan Pemulihan

8.2.1 Kaedah Penilaian

Guru boleh menjalankan penilaian terhadap murid pemulihan melalui tiga cara:

a. Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran murid

Guru membuat pemerhatian terhadap perlakuan, sikap dan keupayaan

murid semasa murid melakukan aktiviti pemulihan yang diberikan. Guru

dapat mengesan dan mengenal pasti sama ada murid dapat memahami

dan melaksanakan aktiviti yang diberikan dengan baik atau masih gagal

untuk mengatasi kelemahan dalam sesuatu kemahiran bahasa.

b. Soal jawab selepas aktiviti pengajaran guru

Guru boleh menilai pencapaian murid melalui kaedah soal jawab dengan

murid pemulihan selepas guru mengajar untuk mendapat maklum balas

sama ada murid dapat memahami pengajaran guru, mampu menjawab

soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.

6

Page 7: 08 Isi Pelajaran Interaksi 3

c. Pemeriksaan hasil kerja murid selepas aktiviti pemulihan.

Guru menyemak latihan yang telah disiapkan oleh murid pemulihan. Hasil

kerja murid dapat memberi input kepada guru tentang tahap pencapaian

murid pemulihan dalam kemahiran bahasa yang gagal dikuasainya

sebelum aktivti pemulihan diberikan.

8.2.2 Penyimpanan Rekod

Keputusan penilaian yang diperoleh akan direkodkan dalam borang rujukan dan

disimpan di dalam rekod profil murid secara individu untuk membolehkan guru

menganalisis tahap kemajuan dan pencapaian murid pemulihan.

Contoh Borang Rekod Penilaian Aktiviti Pemulihan

Mata pelajaran: Bahasa MelayuNama murid: _____________ Tahun: _______________

Punca kelemahan Aktiviti pemulihanTarikh Aktiviti Penilaian Laporan

Kekeliruan antara perbezaan dan bunyi huruf s dan z

16.7.2012 I X Dapat membezakan bentuk s dan z tetapi masih keliru dengan bunyinya

19.7.2012 II / Dapat membezakan dan menyebut bunyi huruf s dan z dengan tepat

(Ubah suai daripada Mok Soon Sang, 1994)

8.2.3 Tindakan Susulan

Penilaian diadakan untuk membolehkan guru membuat tindakan susulan

terhadap murid pemulihan. Murid bermasalah yang telah berjaya dalam program

pemulihan dapat mengikuti pelajaran baharu dengan murid sekelas yang lain.

Murid yang berjaya dalam program pemulihan juga akan ditempatkan dalam

kumpulan yang sesuai. Murid ini boleh diberikan aktiviti sokongan, pengayaan

7

Page 8: 08 Isi Pelajaran Interaksi 3

atau pengukuhan agar kelemahan murid dalam kemahiran yang sama tidak akan

berulang di samping bertujuan untuk memupuk keyakinan diri murid.

Jika hasil penilaian menunjukkan bahawa murid masih tidak berjaya untuk

menguasai kemahiran tersebut, guru perlu menggunakan satu senarai semak

untuk mengkaji punca kegagalan program pemulihan yang telah dijalankan

sebelum memberikan aktiviti pemulihan yang lain kepada murid yang terlibat,

Sekiranya kegagalan berulang, murid ini perlu dirujuk kepada guru pemuihan

kerana tergolong dalam kes berat dan sukar untuk dipulihkan dalam kelas biasa

oleh guru biasa.

Contoh Senarai Semak

Bil PerkaraTanda

(/)

1Adakah program dirancang berdasarkan punca kelemahan murid?

2Adakah program yang disediakan berdasarkan pengalaman dan kebolehan murid?

3 Adakah objektif pengajaran terlalu tinggi?4 Adakah penggunaan bahan bantu berkesan?

5Adakah langkah-langkah mengajar dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak?

6 Adakah waktu pengajaran mencukupi?7 Adakah aktiviti pemulihan itu menarik minat murid?

8Adakah aktiviti pembelajaran yang diberikan kepada murid mencukupi?

9Adakah latihan diberikan sejajar dengan objektif pengajaran?

10 Adakah latihan itu terlalu sukar?

8

Page 9: 08 Isi Pelajaran Interaksi 3

TAJUK 9 PENDIDIKAN PENGAYAAN

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan konsep, objektif dan prinsip-prinsip pengayaan dalam pengajaran

bahasa Melayu di sekolah rendah. Prinsip pengayaan menjadi panduan guru untuk

meningkatkan pengetahuan murid dan memperkembang bakat dan kreativiti murid.

9

Page 10: 08 Isi Pelajaran Interaksi 3

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Menjelaskan konsep dan objektif pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran

bahasa melayu.

ii. Menghuraikan prinsip-prinsip pengayaan dalam pengajaran bahasa melayu.

iii. Membandingbezakan pendidikan pengayaan dan kreativiti

9.1 Konsep Pendidikan Pengayaan

Kamus Dewan (2007:693) memberikan takrifan pengayaan sebagai perihal (usaha,

proses dan sebagainya seperti peluasan perbendaharaan kata). Pengayaan merupakan

aktiviti tambahan terhadap aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa

sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan Pengayaan melibatkan aktiviti

pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid

mengembangkan potensi yang ada pada diri masing-masing, seperti sifat ingin tahu,

semangat berdikari, kreativiti dan bakat kepimpinan. Aktiviti pengayaan diberikan

kepada murid selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran

asas tertentu. Aktiviti pengayaan juga memberi peluang kepada murid untuk

memperluas pengalaman dan meningkatkan pengetahuan seiring dengan kebolehan

dan minat dalam aspek yang telah dan sedang dipelajari.

Menurut pandangan Ee Ah Meng (1998: 257), program pengayaan ialah suatu

rancangan pembelajaran yang dibentuk untuk murid memperoleh pelbagai pengalaman

serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang sejajar dengan kebolehan mereka.

Melalui program pengayaan, murid dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih

menarik dan menggembirakan di samping dapat memperkembangkan aspek fizikal,

emosi, minat, kebolehan, daya cipta dan bakat individu secara menyeluruh (Mok Soon

Sang, 1994: 221).

Pengayaan terkandung Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu Sekolah Rendah sebagai unsur dalam strategi pengajaran dan pembelajaran

bahasa Melayu yang menekankan konsep 5P, iaitu penggabungjalinan, penyerapan,

pengayaan, pemulihan dan penilaian.

10

Page 11: 08 Isi Pelajaran Interaksi 3

Pendidikan pengayaan diberikan kepada murid cerdas, iaitu kumpulan murid yang dapat

menguasai pembelajaran lebih awal, murid sederhana yang menguasai pembelajaran

dalam masa yang telah ditetapkan serta murid lambat yang terdiri daripada kumpulan

murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran dalam masa yang ditetapkan.

9.2 Rasional Pendidikan Pengayaan

Pendidikan pengayaan wajar diberikan kepada murid kerana setiap murid mempunyai

perbezaan dari aspek fizikal, emosi, intelek, minat, bakat dan kebolehan. Pendidikan

pengayaan dapat memberi peluang kepada murid untuk mengikuti pembelajaran

berdasarkan keupayaan, minat dan bakat yang dimiliki. Aktiviti pengayaan yang

mencabar intelek mendorong murid untuk berfikir secara kritis dan seterusnya

menghasilkan sesuatu yang kreatif sama ada dalam aktiviti lisan, membaca dan

menulis. Pengayaan juga diharapkan dapat mengembangkan bakat, daya kepimpinan

dan keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan

dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang telah dikuasai.

9.3 Objektif Pendidikan Pengayaan

Objektif pendidikan pengayaan seperti yang berikut:

Murid dapat menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran

untuk pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran yang diajarkan

guru.

Murid menjalani aktiviti pembelajaran yang menarik dan lebih mencabar untuk

mempertingkatkan pencapaian mereka.

Menimbulkan minat murid untuk pembelajaran kendiri dan menanam sikap

berdikari.

Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan aktiviti serta berkeupayaan untuk

menilai hasil kerja sendiri.

Memupuk dan memperkembang asas kepimpinan murid.

Menggunakan masa lapang secara berfaedah dan memenuhi keperluan dan

bakat.

Meminati dan menguasai bacaan luas dengan merujuk pelbagai bahan dan

sumber pengetahuan.

9.4 Prinsip Pendidikan Pengayaan

11

Page 12: 08 Isi Pelajaran Interaksi 3

i. Memberi penekanan pada aktiviti yang bersifat kreatif, interaktif, manipulatif

dan eksperimental.

ii. Murid membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri.

iii. Menggunakan daya usaha sendiri.

iv. Memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan sifat kepimpinan

sosial.

v. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah.

vi. Aktiviti berkaitan objektif kemahiran mata pelajaran bahasa Melayu.

vii. Bahan yang pelbagai – hasilkan sendiri, beli di pasaran

viii. Aktiviti memberi faedah dan menyuburkan potensi murid.

ix. Melibatkan pembacaan luas.

x. Berbentuk tugasan harian/waktu BM, selepas P dan P atau masa

senggang (tugasan projek 3-5 minggu)

9.5 Perbezaan Pendidikan Pengayaan dan Kreativiti

9.5.1 Ciri-ciri Murid Dalam Kumpulan Pengayaan

Murid Pengayaan mempunyai ciri-ciri yang berikut:

Menguasai kemahiran 3M serta budaya pemikiran abstrak. Mereka

berkemampuan untuk menganalisis sesuatu untuk membezakan hal yang

penting dengan yang kurang penting, seperti dalam kefahaman dan

penganalisisan teks.

Mempunyai kelebihan mengkoordinasi pancaindera dengan pemikiran,

pengamatan, pendengaran dan pertuturan.

Berupaya menerima konsep-konsep baharu, dapat mengingat kembali,

cerdas serta berpengalaman tentang alam sekeliling.

Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan dapat betindak balas dengan

bebas dan kreatif.

Berkemampuan belajar sesuatu dalam waktu yang terhad, mempunyai

tahap kecerdasan yang tinggi berbanding dengan rakan sebaya mereka

yang lain.

9.5.2 Kreativiti

Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan

menghasilkan sesuatu yang baharu atau dalam bentuk baharu melalui

12

Page 13: 08 Isi Pelajaran Interaksi 3

kemahiran imaginasi. Parnes (1967) mentakrifkan kreativiti sebagai “... a funtion

of knowledge, imagination and evaluation.” Sehubungan hal itu, guru perlu

menggalakkan murid supaya menggunakan imaginasi untuk mewujudkan

kreativiti. Kreativiti melibatkan:

Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baharu yang unik dan

menarik.

Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara

analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan

penyelesaian.

Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan

teori kepada bentuk aplikasi.

Menurut Sternberg (2004), minda manusia mempunyai tiga potensi utama, iaitu

kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan. Ketiga-tiga potensi ini mesti dipupuk

dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya secara optimum.

Namun begitu dalam konteks pendidikan di negara kita, kajian-kajian yang

dijalankan menunjukkan bahawa banyak sekali tumpuan diberikan untuk

memupuk kepintaran sedangkan aspek pemupukan kreativiti masih belum lagi

diberikan perhatian yang sewajarnya (Toh 2003, Yong 1989). Amabile (1983)

mendakwa bahawa sesiapa yang memiliki kebolehan kognitif yang biasa dapat

bercita-cita untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dalam sesuatu bidang.

Cropley (1992) pula menambah bahawa semua pelajar tanpa mengira tahap

kepintaran mereka memiliki kemampuan untuk berfikir secara konvergen dan

divergen. Pemikiran divergen ialah pemikiran yang dikaitkan dengan kreativiti.

Kreativiti murid dapat dipertingkatkan melalui pelbagai pendekatan pengajaran

di dalam bilik darjah, seperti:

Strategi-strategi umum yang hanya melibatkan perubahan dalam stail

pengajaran guru atau pedagogi

Pendekatan berstruktur yang melibatkan penggunaan teknik-teknik

khusus

Pendekatan penyelesaian masalah terhadap isi mata pelajaran.

Kreativiti murid dapat dirangsang melalui pengajaran kreatif daripada guru.

Pengajaran kreatif merujuk kepada teknik-teknik pengajaran yang bermatlamat

13

Page 14: 08 Isi Pelajaran Interaksi 3

untuk membantu murid mempelajari sesuatu bahan pengajaran dengan cara

yang membolehkan murid memindahkan segala yang telah dipelajari kepada

masalah baharu yang cuba diselesaikan (Mayer, 1983). Tan (1997)

mencadangkan pendekatan pengajaran yang lebih berpusatkan murid.

Pendekatan ini akan menimbulkan keseronokan, penglibatan di dalam bilik

darjah, konsep kendiri dan bakat murid.

Berasaskan pandangan Cropley (1997), guru berperanan sebagai pemupuk

kreativiti murid melalui usaha-usaha yang berikut:

Menggalakkan murid belajar secara bebas

Memotivasikan murid untuk menguasai ilmu pengetahuan sebagai asas

kepada pemikiran divergen.

Menggalakkan murid berfikir secara fleksibel.

Menggalakkan murid melakukan penilaian kendiri terhadap idea yang

dikemukakan.

Memberi peluang kepada murid untuk melaksanakan tugasan dengan

menggunakan pelbagai bahan dan dalam pelbagai keadaan.

9.5.3 Proses Kreativiti

Kreativiti dapat dicapai melalui ilmu pengetahuan seperti murid mengumpulkan

maklumat berkenaan tugasan yang diberikan guru atau mengumpulkan

maklumat untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Maklumat yang

dikumpulkan boleh terdiri daripada sumber yang diperoleh melalui media cetak,

media elektronik atau sumber lisan. Maklumat dan pengetahuan dalam bidang

yang berkaitan dapat memberi sokongan dari segi kognitif dan emosi murid

cerdas dan berbakat (Johnson, 1994).

14

Page 15: 08 Isi Pelajaran Interaksi 3

15