08 isi pelajaran

23
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS 1 TAJUK 1 DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS SINOPSIS Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep- konsep asas Pendidikan Khas. Definisi kanak-kanak berkeperluan khas, istilah handicap, disability dan impairment . Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan perlaksanaan pendidikan di Malaysia HASIL PEMBELAJARAN Menjelaskan definisi, konsep dan istilah dalam Pendidikan Khas Menghuraikan sejarah perkembangan dan undang-undang yang berkaitan dengan pendidikan khas di dalam dan luar negara. KERANGKA TAJUK-TAJUK Definisi dan Konsep Pendidikan Khas Definisi dan Istilah Konsep dan Kepentingan Pendidikan Khas Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan pelaksanaan

Upload: najwa-aqua

Post on 10-Jul-2015

478 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

1

TAJUK 1 DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS

SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep-

konsep asas Pendidikan Khas. Definisi kanak-kanak berkeperluan khas,

istilah handicap, disability dan impairment. Hubungkait Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dengan perlaksanaan pendidikan di Malaysia

HASIL PEMBELAJARAN

Menjelaskan definisi, konsep dan istilah dalam Pendidikan Khas

Menghuraikan sejarah perkembangan dan undang-undang yang

berkaitan dengan pendidikan khas di dalam dan luar negara.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Definisi dan Konsep Pendidikan Khas

Definisi danIstilah

Konsep danKepentingan

Pendidikan Khas

Hubungkait FalsafahPendidikan

Kebangsaan denganpelaksanaan

Page 2: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

2

1. Definisi dan Konsep Pendidikan Khas

1.1 Definisi Pendidikan Khas

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi

pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini

menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk

menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-

murid khas.

Menurut Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan Khas didefinisikan

sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan

kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan

Khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi

memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan

bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend (2005)menyatakan Pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus

bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajran ini

mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain.

Mansor (2005) Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha

yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai

seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu

merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai

seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras

dengan Falsafah Pendidikan Negara.

1.2 Definisi kanak-kanak Berkeperluan Khas

Page 3: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

3

Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak-

kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted)

yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga

diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan

pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar

supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Heward,2003) Pelbagai

istilah lain telah digunakan untuk ‘kanak-kanak berkeperluan khas’ini seperti

kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya,

kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-

kanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan.

Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu

luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang

dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang

dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya

termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami

kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir.

Secara umumnya kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-

kanak normal dari segi mental (pencapaian akademik),keupayaan deria (melihat

dan mendengar),keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku

(mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan

menjaga diri sendiri)

1.3 Istilah

1.3.1 HandicapSesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu

kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan

sebagai seorang yang normal. Sesuatu jenis kecatatan mungkin menjadi

Page 4: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

4

masalah dalam satu persekitaran yang berlainan. Contohnya seorang pelajar

pekak mungkin merasa cacat kerana sukar bermain alat muzik dalam

pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya kanak-kanak yang

sama tidak merasa tercacat ketika dalam makmal sains.

1.3.2 Disability

Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang

dapat dilakukan oleh individu normal

1.3.3 Impairment

Ketidaknormalan dari aspek psikologi, fisiologi dan anatomi. Ia juga berkaitan

ketidaknormalan struktur atau fungsi dari k segi psikologi, fisiologi dan anatomi.

Contohnya kekurangan dari aspek tuna pendengaran atau tuna penglihatan.

1.4 Konsep Pendidikan Khas

Konsep dan Kepentingan Pendidikan Khas

Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan

pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara

tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti

bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi

dan kejayaan hidup memuaskan.

Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid

melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program

ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas.

1.5 Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan perlaksanaan

Page 5: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

5

pendidikan khas di Malaysia

Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang

diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang

dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit

ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang

Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan semula pada 1

Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan

Pendidikan Khas yang statusnya sama status jabatan-jabatan lain. Hal ini

membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggung jawabnya sendiri seperti yang

dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat.

Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk

melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan

menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang

individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan

dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar

dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari,

berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masysrakat dan

negara.

Visi Pendidikan Khas menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar

dengan keperluan khas kearah kecemarlangan hidup sejajar dengan hasrat

Falsafah Pendidikan Negara

Latihan:

1. Jelaskan kaitan antara falsafah pendidikan khas dengan falsafah

pendidikan Negara.

Page 6: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

6

2. Nyatakan peranan Jabatan Pendidikan Khas dalam Perkembangan

Pendidikan Khas di Malaysia

Page 7: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

7

TAJUK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHASDI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA

SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan sejarah perkembangan

pendidikan khas di Malaysia dan di luar negara.

HASIL PEMBELAJARAN

Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia

Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan khas di luar

negara

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas

Sejarah di Malaysia Sejarah di LuarNegara

Page 8: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

8

2.1 SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran

1961. Dalam bahagian 1 (tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa sekolah

Pendidikan Khas menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang

kurang upaya.

Pendidikan Khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920an di

kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar kurang

upaya penglihatan dan pendengaran. Jadual 1.1 menunjukkan tarikh-tarikh

penting dalam perkembangan pendidikan Khas.

Jadual 1.1 : Tarikh-tarikh Penting dalam Perkembangan Pendidikan Khas

1926 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di

Melaka

1931 Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas berpindah ke Pulau

Pinang

1948 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan Princess Elizabeth

dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di

Johor Bahru

1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh

(JKM)

1954 Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan

Menengah) di Pulau Pinang

1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan (JKM)

1962 Rancangan Percantuman bagi Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah

Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah dan menengah

1963 Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Masalah

Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas

1977 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braille Bahasa

Melayu

Page 9: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

9

1978 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama kurang berupaya

penglihatan,Setapak. Pengenalan kaedah komunikasi dan

penggubalan Sistem Kod Tangan Bahasa Melayu

Kelas pemulihan untuk pelajar yang lembam atau lemah dalam

pelajaran

1979 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah

Menengah Pendidikan Khas Vokasional , Kementerian Pendidikan

1983 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille al-Quran

1984 Penubuhan Unit Penerbitan dan Percetakan Bahan-bahan Braille,

Kementerian Pendidikan

1987 Pembukaan Sekolah Menengah Buta Pendidikan Khas Vokasional,

Shah Alam

1988 Permulaan kelas perintis untuk pelajar Bermasalah Pembelajaran

1994 Pembukaan kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah

1995 Program Masalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

2.2.1 Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di dalamnegara

Bagi meningkatkan lagi pengetahuan anda, di dalam modul ini juga disediakan

sejarah tentang pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

Teliti maklumat yang diberikan untuk membantu anda membuat latihan yang

disediakan.

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran diwujudkan berdasarkan kepada

keputusan perbincangan Jawatankuasa Advokasi Persatuan Kanak-kanak

Terencat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 3 Oktober 1987. Berikut

adalah rentetan perkembangan program masalah pembelajaran di Malaysia

Page 10: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

10

Tahun Peristiwa

1988 - Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mula

menubuhkan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran

(KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala

Lumpur (dua kelas dengan 20 orang murid dan tiga orang

guru terlatih).

- Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK

Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor.

1990 - Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah

Pembelajaran (KKBP) yang melibatkan dua ratus orang

murid dari

kelas-kelas percantuman telah diuji.

- Mesyuarat menganalisis data dari ujian percubaan di

Universiti

Malaya.

1991 - Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di

Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.

1992 - Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran (KKBP) di seluruh negara secara

berperingkat.

1993 - Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti

Kebangsaan Malaysia. Program ini merupakan program

gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan

Khas.

1995 - Pendidikan Inklusif bermula.

1996 - Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah

Page 11: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

11

Pembelajaran Printis peringkat sekolah menengah di SMK

Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul,

Kuala Lumpur

2006 - Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan

pertambahan ketara bilangan program masalah

pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah

pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006.

Manakala bilangan program di sekolah menengah

sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah

pada tahun 2006.

2.2. SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA

Sejarah Pendidikan Khas di luar negara mula mendapat tempat di Amerika

apabila Public Law 1975 diperkenalkan. Public Law 92-142 (USA) menyatakan

undang-undang mengenai hak kanak-kanak khas untuk menerima pendidikan

dan sekiranya ibu bapa gagal dan ingkar maka tindakan undang-undang boleh

dikenakan ke atas mereka. Undang-undang ini merupakan yang paling

mempengaruhi bidang pendidikan khas. Akta ini juga mempunyai kesan yang

mendalam dalam amalan penaksiran. Undang-undang ini telah menekankan 6

prinsip iaitu penyisihan sifar, penilaian tanpa diskriminasi, program pendidikan

individu, pesekitaran tidak terhad, proses hak dan penglibatan ibu bapa

Manakala di Britain Warnork Report 1978 merancakkan perkembangan

pendidikan khas di luar negara. Kedua-dua negara tersebut telah mendahului

lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia. Kesannya amat besar dari

segi pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan khas.

Sebelum laporan Warnock 1978 dikemukakan konsep pendidikan untuk kanak-

kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanak-

Page 12: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

12

kanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas, yang menyekat dan

menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini

menekankan kepada konsep percampuran diantara kanak-kanak berkeperluan

khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai ‘integrasi’ atau

‘inklusif’’diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa

kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan

berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan

diamalkan hingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-

negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula

meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam perlaksanaan pendidikan khas.

Manakala Akta kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukuhkan

perlaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan.

Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas

yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep

‘koloboratif’ iaitu diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam

pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi

pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikut pendidikan dan ahli

patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas

kanak-kanak berkeperluan khas. Apa yang jelas akta ini memberi ruang kepada

pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan

kanak-kanak berkeperluan khas.

Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas

diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan

khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang

sama. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989)

tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock.

Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku

berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang

Page 13: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

13

dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas

di Britain.

.

1.2 Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di luarnegara

Sejarah perkembangan masalah pembelajaran di luar negara dibahagi mengikut

tiga kumpulan masalah pembelajaran yang terbesar iaitu terencat akal, autisme,

sindrom down dan masalah tingkah laku dan emosi seperti yang berikut;

a). Terencat akal

Ada 9 peringkat perkembangan sejarah terencat akal iaitu:

1. A State of Confusion (Dari awal hingga 1700 M)

2. The Awakening (Dari 1700 M hingga 1800 M)

3. Early Optimism (Dari 1800 M hingga 1860 M)

4. Disillusionment (Dari 1860 M hingga 1890 M)

5. Sounding the Alarm (Dari 1890 M hingga 1930 M)

6. On-Hold (Dari 1930 M hingga 1950 M)

7. A Turning Point (Dari 1950 M hingga 1960 M

8. Center Stage (Dari 1960 M hingga 1970 M)

9. From Action to Introspection (Dari 1970 M hingga sekarang).

b). Autisme

Pada tahun 1919, Eugun Blueler memperkenalkan perkataan “Autism”.

Page 14: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

14

Istilah Autism merujuk kepada “development disorder” atau masalah

perkembangan.

Aspeger telah membincangkan tentang kanak-kanak yang luar biasa

daripada aspek masalah sosial, tidak mempunyai pemahaman

interpersonal, menunjukkan pelbagai bentuk perkembangan kognitif,

linguistik dan tidak ambil kisah kepada apa yang dilakukan.

c) Sindrom Down

Sejarah awal bermula pada tahun 1505 apabila sebuah lukisan yang

terukir di tempat pemujaan di Achen , Jerman.

Pada tahun 1866 seorang doktor perubatan bernama Dr. John Langdon

Down telah menghuraikan ‘ciri-ciri khusus’ sindrom down.

Pada tahun 1932, De Waardenburg berpendapat down syndrome

mungkin disebabkan oleh ketidaknormalan kromosom.

Pada tahun 1959, Dr Jerome Lejuene dan rakan-rakannya di Paris telah

menemui bahawa Down Syndrome berlaku kerana kelebihan bilangan

kromosom.

d) Masalah tingkah laku dan emosi

Sejarah bagi masalah tingkah laku dan gangguan emosi bermula pada

tahun 1547 di mana institusi pertama dibuka untuk orang yang

mempunyai masalah mental di St. Mary Bethlehem, London.

Pada tahun 1792, Philippe Pinel, seorang ahli psikiatri dari Perancis telah

mengarahkan supaya orang ramai lebih berperikemanusiaan kepada

golongan ini di Salpetriete, Paris iaitu tempat orang kurang siuman.

Dalam tahun 1745-1813, Benjamin Rush yang dianggap sebagai “Father

of American Psychiatrist” mencadangkan lebih kepada kaedah kasih

sayang untuk kanak-kanak ini.

Page 15: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

15

Latihan:

1. Terangkan peranan Laporan Warnock dalam perkembangan

pendidikan khas di Britain.

2. Nyatakan peranan Akta Pendidikan Malaysia 1995 dalam

mempengaruhi perkembangan Pendidikan Khas.

Page 16: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

16

TAJUK 3 (PERUNDANGAN BERKAITAN PENDIDIKAN KHAS)

SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan perundangan dan dasar-dasar

berkaitan dengan pendidikan khas di Malaysia. Anda juga dikehendaki

membincangkan tentang mandat-mandat asas dan amalan konsep PL 94-142

dalam sistem pendidikan khas di Malaysia. Seterusnya anda akan memperolehi

beberapa maklumat lain yang berkaitan dalam tajuk ini melalui senarai tugasan

pendek yang disediakan.

HASIL PEMBELAJARAN

2. Menyatakan mandat-mandat Asas PL 94-142 dan mandat-mandat lain

yang berkaitan dengan Pendidikan Khas

3. Menjelaskan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas

4. Menjelaskan tentang rangka tindakan dan pernyataan Salamanca

5. Menghuraikan perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di

Malaysia.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas

Page 17: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

17

3.0 Pengenalan

Public Law 94-142 (PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November 1975

setelah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat. Sebelum ini ianya dikenali

sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat ( Education for All

Handicapped Children Act). Pengenalan PL 94-142 adalah bertitik tolak daripada

pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila

mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya kerana

kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini

apabila mereka diberi peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan

diri dengan kanak-kanak biasa (Odom & McEvoy 1988).

Undang-undang hasil perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat ini

telah dapat menjamin pendidikan percuma kepada setiap individu yang berusia

antara 3 hingga 21 tahun. Kanak-kanak yang menghadapi masalah kecacatan

akan diberi peluang belajar bersama-sama dengan kanak-kanak biasa namun

kelas khas akan diwujudkan jika kanak-kanak ini tidak mampu belajar seperti

kanak-kanak biasa yang lain. Oleh itu , guru Pendidikan Khas akan

diperuntukkan di setiap sekolah bagi menjaga hak kanak-kanak yang

menghadapi masalah ini.

3.1 Mandat-mandat Asas PL94-142

Mandat-mandatAsas PL94-142

Mandat-MandatLain

Amalan KonsepPL 94-142 dalamSistem pendidikan

Malaysia

Rangka TindakanDan Pernyataan

Salamanca

Perundangan dandasar-dasar

Pendidikan diMalaysia

Page 18: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

18

Mandat-mandat asas PL94-142 telah diberi penekanan pada tahun 1990 ,

apabila Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Act,

Public Law 94-476) atau singkatannya IDEA diperkenalkan. Mandat-mandat

tersebut telah memberi penekanan terhadap pendidikan untuk semua,

persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment ,

pentaksiran yang tidak mendiskriminasi, penyediaan khidmat sokongan yang

berkaitan, hak ibu bapa yang membantah (due process) dan pendidikan yang

sesuai (Rancangan Pendidikan Individu).

3.1.1 Pendidikan untuk semua

Pendidikan untuk semua adalah bermaksud setiap individu berhak untuk

mendapatkan pendidikan tanpa mengira masalah yang mereka hadapi. Oleh itu,

kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak terkecuali dan mereka layak

disediakan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai di

dalam kelas atau sekolah khas. Kanak-kanak ini tidak akan dikenakan sebarang

bayaran kerana semuanya dibiayai oleh kerajaan Amerika melalui kutipan cukai

yang diperolehi kerajaan. Setiap negeri di Amerika Syarikat telah diminta untuk

menyediakan pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak berusia 3 hingga

18 tahun. Apabila peruntukan PL 99-457 diperkenalkan iaitu khusus untuk

individu kurang upaya, tumpuan telah diberikan kepada bayi dan kanak-kanak

(Jamila 2006). Friend.M (2006), menjelaskan bahawa melalui pendidikan untuk

semua, setiap negeri juga telah memperkenalkan 'child find system' sebagai

prosedur untuk menyedarkan masyarakat bahawa perkhidmatan untuk kanak-

kanak khas telah diwujudkan agar mereka dapat dikesan daripada peringkat

awal lagi.

3.1.2 Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive

environment )

Page 19: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

19

Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment )

bermaksud tidak ada pengasingan sekolah atau kelas dalam melaksanakan

pendidikan bagi individu kurang upaya. Kanak-kanak khas atau individu kurang

upaya boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan juga di dalam kelas

kanak-kanak biasa. Justeru, kanak-kanak ini berhak untuk belajar bersama-

sama dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka melalui program yang

efektif. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai ' pendidikan inklusif '.

Peruntukan pendidikan secara persekitaran yang paling idak mngehadkan telah

membawa kepada pembentukan pendidikan inklusif. Menurut Jamila (2006),

falsafah pendidikan uinkulusif diperkembangkan daripada amalan pendidikan

integrasi, dengan matlamat bagi memastikan murid-murid khas mendapat akses

pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa. Persoalan tentang program

inklusif ini bermula di United Kingdom pada tahun 1997, hasil pengaruh dua

laporan penting pada awal tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting yang

ditulis oleh Audit Commission dan Her Majesty's Inspectorate of Education yang

berkaitan dengan bagaimana kanak-kanak khas dapat diberi pendidikan

berasaskan dana yang adil terhadap semua.

3.1.3 Pentaksiran yang tidak mendiskriminasi

Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi

dalam penilaian pendidikan. Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai

cara. Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas

kanak-kanak khas hendaklah diambil kira ciri-ciri yang pada kanak-kanak khas

dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan

mereka.(Yusuf,etal, 2006).

Pada peringkat awal penempatan kanak-kanak khas ini, pihak sekolah harus

menilai kebolehan kanak-kanak ini melalui penglibatan Multidisciplinary Team

(MDT) yang terdiri daripada pihak pentadbir, guru, pakar perubatan dan pihak-

Page 20: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

20

pihak lain untuk memastikan bahawa kanak-kanak tersebut memerlukan

penempatan di kelas khas tersebut .Seterusnya tahap kebolehan kanak-kanak

tersebut tersebut akan dinilai dan satu perancangan pengajaran dan bentuk

penilaian yang bersesuaian akan dilakukan oleh MDT tersebut. (Yell,M.L 2006).

Penilaian dan pentaksiran seharusnya dilakukan dengan menggunakan bahasa

ibunda kanak-kanak tersebut, bersesuaian dengan umur dan tingkahlaku kanak-

kanak tersebut, lebih daripada satu penilaian dilakukan untuk sesuatu

ketidakupayaan dan dilakukan secara menyeluruh dalam katogeri

keyidakupayaan kanak-kanak tersebut. (Yell,M.L 2006)

3.1.4. Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan

Ibu bapa adalah merupakan khidmat sokongan yang terpenting bagi kanak-

kanak khas. Mereka memainkan peranan penting dalam merancang dan

menentukan perkembangan pendidikan setiap kanak-kanak khas. Peranan ini

adalah bertujuan agar ibu bapa dapat bersama-sama mengetahui setiap

maklumat dan membolehkan mereka membuat keputsan bersama tentang

penilaian dan perancangan yang akan dilakukan oleh guru terhadap anak

mereka. Khidmat sokongan yang pelbagai seperti MDT (Multidisciplinary Team)

adalah diberi penekanan dalam PL 94-142 ini.

3.1.5 Hak ibu bapa yang membantah (due process)

Hubungan yang diwujudkan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan para

profesional akan membentuk hak untuk bersuara. Menurut PL 94-142, maklumat

mengenai keyidakupayaan seseorang individu adah sulit. Maklumat ini tidak

akan dikongsi dengan orang yang tidak berkaitan dalam bidang ini. Rekod

tentang individu yang melihat maklumat ini haruslah disimpan. Namun , ibu bapa

mempunyai hak untuk melihat semua maklumat berkenaan dan boleh

membantah jika maklumat tersebut tidak tepat. Rekod yang tidak dikehendaki,

perlulah dimusnah.

Page 21: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

21

Ibu bapa juga perlu dipanggil untuk menghadiri perjumpaan yang melibatkan

anak mereka. Jika ibu bapa dan pihak sekolah tidak bersetuju dengan apa yang

telah dilakukan terhadap kanak-kanak khas ini, mereka boleh membantah dan

berbincang terutama bagaimana mereka boleh terlibat sama dalam

mengendalikan anak-anak mereka di sekolah (Friend,M 2006)

3.1.6 Pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu)

Kanak-kanak khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri. Dalam

program tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak

dicapai oleh kanak-kanak tersebut. (Kauffman dan Hallahan, 2005) . Oleh

itu,sejarah dan perkembangan Rancangan Pendidikan Individu atau RPI bermula

di Amerika Syarikat apabila PL 94-142 digubal menjadi satu akta yang

dikuatkuasa dari segi perundangan. Seterusnya RPI menjadi panduan di

beberapa buah negara termasuk di negara kita dan dijadikan sebahagian

daripada cara untuk menilai murid-murid berkeperluan khas. Dalam

melaksanakan program RPI yang disediakan untuk murid-murid khas, maka

seharusnya ia mesti mempunyai sekurang-kurangnya lapan komponen seperti

yang tercatat di dalam PL 94-142 (Strickland & Turnbull 1990) seperti berikut:

a) Tahap pencapaian pendidikan murid yang terkini.

b) Matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun.

c) Objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran

mengikut langkah-langkah berurutan hingga membawa kepada

penguasaan matlamat tahunan.

d) Jenis pendidikan khas yang perlu disediakan untuk murid.

e) Jenis perkhidmatan berkaitan (jika perlu) yang akan disediakan untuk

murid.

f) Jangka masa murid akan terlibat di dalam program aliran biasa.

g) Ketetapan tarikh memulakan perkhidmatan dan jangka masa

perkhidmatan.

Page 22: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

22

Kriteria penilaian objektif yang bersesuaian, prosedur penilaian, dan jadual

menentukan pencapaian dan penguasaan objektif jangka pendek diadakan

sekurang-kurangnya setahun sekali.RPI yang diperkenalkan ini dapat

dimanfaatkan bersama di kalangan guru-guru khas dan seterusnya digunakan

bukan sahaja untuk murid-murid yang dikenalpasti berkeperluan khas tetapi juga

untuk murid-murid normal yang disyaki mempunyai keperluan khas dan belum

dikenalpasti keperluannya (Mohd Siraj, 1995).

LATIHAN

HURAIKAN DENGAN JELAS ENAM MANDAT YANG TERKANDUNG DALAM

PL 94-142

Page 23: 08 isi pelajaran

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

23