visi pj

3
VISI JPJS Menjadikan pusat kecemerlangan Pendidikan Sukan dan Jasmani bagi melahirkan atlet bertaraf dunia. MISI JPJS Membangunkan Program Pendidikan Sukan yang berkualiti serta memberi peluang dan kerjasama dengan pelbagai institusi ke arah kecemerlangan sukan di kalangan atlet yang berbilang kaum. OBJEKTIF JPJS Merancang dan menentukan pelaksanaan pendidikan sukan sekolah. Menyelaras dan menilai program pendidikan sukan sekolah. Menyediakan tenaga mahir / kepakaran untuk pendidikan sukan. Merancang, menyelaras, menyelia dan menilai pendidikan sukan di sekolah- sekolah dan di Sekolah Sukan. Merancang dan menyelaras program pembangunan sukan. Menyediakan kurikulum pendididikan sukan. Merancang, mengurus, menyelia dan menilai program Sukan Mini dan Pusat Khas Sukan.

Upload: mond-niel

Post on 23-Jan-2015

331 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Visi PJ

VISI JPJS

Menjadikan pusat kecemerlangan Pendidikan Sukan dan Jasmani bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.

MISI JPJS

Membangunkan Program Pendidikan Sukan yang berkualiti serta memberi peluang dan kerjasama dengan pelbagai institusi ke arah kecemerlangan sukan di kalangan atlet yang berbilang kaum.

OBJEKTIF JPJS

Merancang dan menentukan pelaksanaan pendidikan sukan sekolah.

Menyelaras dan menilai program pendidikan sukan sekolah.

Menyediakan tenaga mahir / kepakaran untuk pendidikan sukan.

Merancang, menyelaras, menyelia dan menilai pendidikan sukan di sekolah- sekolah dan di Sekolah Sukan.

Merancang dan menyelaras program pembangunan sukan.

Menyediakan kurikulum pendididikan sukan.

Merancang, mengurus, menyelia dan menilai program Sukan Mini dan Pusat Khas Sukan.

Membantu Majlis Sukan Negara / Negeri dan Persatuan - persatuan Sukan Kebangsaan mengelola program pembangunan sukan di sekolah-sekolah.

Page 2: Visi PJ

Merancang, mengurus, menyelia dan menilai kemudahan dan peralatan sukan di Sekolah Sukan Negara, Sekolah Sukan Sambilan dan Pusat - Pusat Khas Sambilan.

Meningkatkan penyertaan pelajar dalam bidang sukan. Meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang sukan. Meningkatkan kepakaran serta keilmuan guru dan pegawai sukan. Menaiktaraf kemudahan dan peralatan sukan di sekolah dan Sekolah Sukan. Meluaskan penyertaan pelajar ke arah kecemerlangan sukan di peringkat antarabangsa.

FUNGSI JPJS

Fungsi Jabatan ini dalam Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sebagai penggubal dasar, merancang pembangunan sukan dan mengurus program-program sukan yang melibatkan pelbagai peringkat sekolah kerajaan.

Pembangunan Sukan di JPJS adalah menyokong Dasar Sukan Sekolah iaitu:

SUKAN UNTUK SEMUA / SUKAN MASSA

Adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas di kalangan murid bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau peringkat antarabangsa.

SUKAN UNTUK KECEMERLANGAN

Adalah merujuk kepada sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan-peraturan dan syarat-syarat Persekutuan Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menentukan pemenang.