utpsz 19:16 (pind.1/97) universiti teknologi malaysia filediberikan itu sangat berguna dan telah...

32
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK:TINJAUAN DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR SAINS SUKAN , FAKULTI PENDIDIKAN, UTM, JOHOR. SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya BILHORN B. DEFRIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) 5. SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: DR.AZLINA BT. MOHD. KOSNIN P/S 393, KG. TALAMASON, Nama Penyelia JLN. MARAK-PARAK, 89108 KOTA MARUDU, SABAH. Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________ Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Upload: phungthien

Post on 10-Aug-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK:TINJAUAN DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR SAINS SUKAN , FAKULTI PENDIDIKAN, UTM, JOHOR.

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya BILHORN B. DEFRIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) 5.

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh,

_________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: DR.AZLINA BT. MOHD. KOSNIN P/S 393, KG. TALAMASON, Nama Penyelia JLN. MARAK-PARAK, 89108 KOTA MARUDU, SABAH. Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 2: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

PENGESAHAN PEMBIMBING

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (KEMAHIRAN HIDUP)”.

Tandatangan : ………………………………

Nama Pembimbing : DR. AZLINA BT. MOHD. KOSNIN

Tarikh : ………………………………

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 3: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK :

TINJAUAN DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR SAINS

SUKAN, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM, SKUDAI, JOHOR.

BILHORN B. DEFRIN

Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2009

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 4: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

………………………

(BILHORN B. DEFRIN)

AP 050037

26 MAC 2009

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 5: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

Teristimewa buat,

daddy dan mama yang dicintai….

Adik-adik yang dikasihi…

Suzie & Siznie...

Jane...pembakar semangat..

Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan…

semoga Tuhan beserta senantiasa…

Terima Kasih!

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 6: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana dengan berkatnya, maka kajian ini dapat disiapkan

dalam masa yang dirancang.

Pada kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima

kasih dan penghargaan kepada penyelia iaitu Dr. Azlina Bt. Mohd. Kosnin di atas segala

bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan. Komitmen yang telah

diberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian

ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana banyak

memberi teguran, pandangan, perkongsian maklumat serta idea-idea bernas.

Akhir sekali buat keluarga tersayang yang banyak memberi sokongan moral serta

semangat kepada saya. Harapan saya semoga penulisan ilmiah ini dapat memberi manfaat

kepada saya dan penyelidik-penyelidik lain dalam usaha menyalurkan ilmu dan

meningkatkan pencapaian akademik di kalangan para pelajar sejajar dengan aspirasi

negara dan Falsafah Pendidikan Negara.

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 7: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan di antara gaya pembelajaran

dan pencapaian akademik. Sampel kajian adalah seramai 37 orang pelajar tahun akhir

Sains Sukan, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor. Kaedah pengukuran yang

digunakan adalah kaedah soal selidik berpandukan Index Of Learning Styles (ILS) oleh

Felder & Silverman (1991). Soal selidik ini mengemukakan 44 item soalan yang perlu

dijawab oleh responden dan menguji 4 dimensi dan 4 sub-skala iaitu Pemprosesan

(Active / Reflective Learners), Persepsi (Sensing / Intuitive Learners), Input (Visual /

Verbal Learners) dan Pemahaman (Sequential / Global Learners). Setiap dimensi ini

mengandungi 11 item soalan. Dapatan kajian telah dianalisis dengan menggunakan

perisian Statistical Package for Social Sience 11.5 for Windows (SPSS). Dapatan kajian

menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dan pencapaian

akademik pelajar. Oleh yang demikian, gaya pembelajaran seseorang pelajar tidak akan

mempengaruhi pencapaian akademiknya.

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 8: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

ABSTRACT

The purpose of this research is to investigate the relationship between the learning

styles and their achievement in academic. The sample consists of 37 students chosen

randomly from final year sports science in faculty of education, UTM, Skudai, Johore.

The method of measurement used is questionnaires based on the Index of Learning Styles

(ILS) by Felder & Silverman (1991) that adduce of 44 questionnaires item should answer

by respondent. And verify 4 dimensions and 4 sub-scales that are Procession (Active /

Reflective Learners), Perception (Sensing / Intuitive Learners), Input (Visual / Verbal

Learners) and Comprehension (Sequential / Global Learners). Each of the dimensions

contains 11 items questions. Statistical Package for Social Science 11.5 for Windows

(SPSS) was used to analyze the data. The result shows that there is no relationship

between the learning styles and achievement in academic. Therefore, student’s learning

style does not influence the achievement in academic.

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 9: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis i Pengesahan Penyelia ii Halaman Judul iii Pengakuan Penulis iv Dedikasi v Penghargaan vi Abstrak vii Abstract viii Isi Kandungan ix Senarai Jadual xiv Senarai Simbol dan Singkatan xvi Lampiran xvii

BAHAGIAN SATU

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 10: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

1.1 Latarbelakang Masalah 3 1.2 Pernyataan Masalah 6 1.3 Objektif Kajian 7 1.4 Persoalan Kajian 8 1.5 Kepentingan Kajian 8 1.6 Kerangka Model Kajian 10 1.7 Skop Dan Batasan Kajian 10 1.8 Konsep-Konsep Dalam Kajian 11 1.9 Kesimpulan 15

BAHAGIAN DUA

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan 16

2.1 Pembelajaran 16 2.2 Gaya Pembelajaran 18 2.3 Model-Model Gaya Pembelajaran 20

2.3.1 Model Gaya Pembelajaran Fólder & Silverman 20

2.3.2 Model Gaya Pembelajaran Money & Mumford 22 2.3.3 Model Gaya Pembelajaran Kolb 23

2.3.4 Model Gaya Pembelajaran Slavin 25

2.3.5 Model Gaya Pembelajaran Entwistle 27

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 11: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

2.4 Kajian-Kajian Lepas 28

2.4.1 Kajian-Kajian Mengenalpasti Tahap Gaya Pembelajaran 28

2.4.2 Kajian Hubungan Gaya Pembelajaran Dari Segi Jantina 30

2.4.3 Kajian Hubungan Terhadap Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik 31

2.5 Kesimpulan 32

BAHAGIAN TIGA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 34 3.1 Rekabentuk Kajian 34 3.2 Tempat Kajian 35

3.3 Populasi & Sampel Kajian 36 3.4 Instrumen Kajian 37

3.4.1 Bahagian A (Borang Maklumat) 37 3.4.2 Bahagian B (ILS) 37

3.5 Kesahan & Kebolehpercayaan ILS 39 3.6 Skala Pemarkahan 41 3.7 Cara Permarkahan 43

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 12: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

3.8 Penerangan Skor 45 3.9 Pemprosesan Dan Penganalisisan Data 46 3.10 Prosedur Mengumpul Data 46 3.11 Kesimpulan 47

BAHAGIAN EMPAT

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 48 4.1 Bahagia A (Latarbelakang Responden) 49

4.1.1 Jadual Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 49

4.1.2 Jadual Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Kaum Dan Jantina 50

4.1.3 Jadual Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut PNGK 51

4.2 Bahagian B (Index Of Learning Styles) 52 4.2.1 Gaya Pembelajaran Keseluruhan 52 4.2.2 Gaya Pembelajaran Mengikut Jantina 56

4.2.3 Gaya Pembelajaran Mengikut Aliran Persekolahan 60

4.2.4 Analisis Tahap Pencapaian Akademik Gaya Pembelajaran 64

4.4 Kesimpulan 68

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 13: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

BAHAGIAN LIMA

BAB 5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan 69 5.1 Perbincangan Hasil Kajian 70 5.1.1 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Tahun Akhir Sains Sukan 70

5.1.2 Perbezaan Dari Aspek Gaya Pembelajaran Dengan Demografi 72

5.2 Perbincangan Mengenai Tahap Pencapaian Pelajae Dengan Gaya Pembelajaran 75 5.3 Cadangan Kajian 76 5.3.1 Pelajar 76 5.3.2 Pensyarah 78 5.3.3 Pentadbiran 79 5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 80 5.5 Kesimpulan 81 LAMPIRAN A Bibliografi 83 LAMPIRAN B Borang Soal Selidik 89

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 14: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

SENARAI JADUAL

Jadual Muka surat 2.1 Dimensi Gaya Pembelajaran Felder & Silverman 22 2.2 Model Gaya Pembelajaran Kolb 26 2.3 Model Gaya Pembelajaran Entwistle 29 3.1 Pecahan 4 Dimensi & Sub-skala Gaya Pembelajaran Felder & Silverman 40 3.2 Ujian-Semula Korelasi Pearson (Liversay) 42 3.3 Cronbach Alpha Coefficients (Liversay) 42 3.4 Pecahan Item-Item Mengikut Sub-skala 43 3.5 Lampiran Pemarkahan Index of Learning Styles (ILS) 44 3.6 Rujukan Kekuatan Dan Kelemahan Setiap Dimensi Sub-skala 46 4.1.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina 52 4.1.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Kaum Dan Jantina 53 4.1.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut PNGK 54 4.1.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Aliran Persekolahan 55 4.2.1.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Bagi Gaya Pembelajaran Active & Reflective Secara Keseluruhan 56

4.2.1.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Gaya Pembelajaran Sensing & Intuitive Secara Keseluruhan 57

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 15: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

4.2.1.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden 4.2.1.4 Bagi Gaya Pembelajaran Visual & Verbal Secara Keseluruhan 58 4.2.1.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi

Gaya Pembelajaran Sequential & Global Secara Keseluruhan 59

4.2.2.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Gaya Pembelajaran Active & Reflective Mengikut Jantina 60

4.2.2.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Gaya Pembelajaran Sensing & Intutive Mengikut Jantina 61

4.2.2.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Gaya Pembelajaran Visual & Verbal Mengikut Jantina 62

4.2.2.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Gaya Pembelajaran Sequential & Global Mengikut Jantin 63

4.2.3.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Gaya Pembelajaran Active & Reflective Mengikut Aliran Persekolahan 64

4.2.3.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Gaya

Pembelajaran Sensing & Intuitive Mengikut Aliran Persekolahan 65

4.2.3.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Gaya

Pembelajaran Verbal & Visual Mengikut Aliran Persekolahan 66

4.2.3.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Gaya

Pembelajaran Sequential & Global Mengikut Aliran Persekolahan 67

4.3.2 Analisis Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Himpunan Mata Nilai (PNGK) 69

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 16: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN SIMBOL

% - Peratus

f -Kekerapan

SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

ILS - Index of Learning Style

MBTI - Myers-Briggs Type Indicator

PNGK - Purata Himpunan Mata Nilai

PPP - Penilaian Penyampaian Pensyarah

SPH - Sarjana Muda Pendidikan Serta Teknologi (Kemahiran Hidup)

SPS - Sarjana Muda Pendidikan Serta Teknologi (Sains Sukan)

SPSS - Statical Package for Social Science

SPQ - Study Process Questionnaire

UWO - University of Western Ontario

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 17: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

LAMPIRAN

BAHAGIAN A (BIBLIOGRAFI)

BAHAGIAN B (BORANG SOAL SELIDIK)

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 18: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Hari ini, pendidikan di Malaysia telah banyak berubah dan berkembang semenjak

negara mencapai kemerdekaan. Perubahan pendidikan yang berlaku adalah selaras

dengan kemajuan dan kepesatan pembangunan negara khususnya dan global amnya.

Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam

pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan satu wahana

untuk membangunkan dan mempersiapkan generasi alaf baru. Sehubungan dengan itu,

perubahan ini bertepatan dan seiring dengan perkembangan ekonomi negara untuk

menjadi sebuah negara maju dan untuk mencapai wawasan 2020. Bagi menjelmakan

impian serta visi negara ini, bidang pendidikan memainkan peranan utama dan

merupakan satu medium yang amat penting dalam merealisasikan impian ini.

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 19: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

Pelajar mempunyai perbezaan di antara satu sama lain walaupun mereka berada

dalam tahap pembelajaran yang sama. Perbezaan individu ini merangkumi dari aspek

pemikiran, tindakbalas, minat, kecenderungan, pencapaian dan pemahaman. Justeru

pelajar-pelajar ini mempunyai gaya yang tersendiri untuk menerima dan bertindak-balas

dengan persekitaran. Pelajar juga berbeza dari sudut menggunakan rangsangan dalaman,

proses pembelajaran dan pendekatan yang diambil oleh setiap pelajar adalah berdasarkan

tanggapan subjektif mereka terhadap kehendak pengajar atau konteks pembelajarannya.

Pada pandangan para penyelidik, pengajar atau pendidik merupakan penggerak utama

kepada pembelajaran pelajar. Pengajaran akan lebih berkesan jika guru melaksanakan

kaedah pengajaran yang bersesuaian melalui usaha memadankan kaedah pengajaran guru

dengan gaya pembelajaran pelajar-pelajar (Dunn & Dunn,1978).

Gaya pembelajaran yang sesuai penting untuk meningkatkan pencapaian

akademik pelajar (Chambers,1991). Chambers berpendapat bahawa pelajar harus

menggunakan gaya pembelajaran sebagai kekuatan mereka dalam bidang akademik. Hal

ini kerana cara yang bersesuaian dengan ciri-ciri pembelajaran akan menyebabkan pelajar

disemua peringkat lebih bermotivasi dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian

akademik sebagai tambahannya, Dunn & Dunn (1979) menyatakan bahawa apabila

kaedah, sumber dan program dipadankan dengan sifat-sifat gaya pembelajaran pelajar,

maka pencapaian akademik dan sikap pelajar akan meningkat namun sekiranya kaedah

pengajaran bertentangan dengan gaya pembelajaran pelajar maka hasilnya adalah kurang

memberangsangkan.

Bagi pelajar, persoalan pembelajaran biasanya menyentuh dua aspek utama iaitu

kemahiran belajar dan persediaan menghadapi peperiksaan. Untuk berjaya dengan

cemerlang dalam akademik, seseorang pelajar itu haruslah menguasai kedua-dua

komponen tadi. Belajar tanpa kemahiran adalah tidak berkesan, manakala belajar tanpa

strategi yang betul sukar untuk mencapai kecemerlangan. Sekiranya strategi dan amalan

pembelajaran baik dan berkesan, maka dengan sendirinya pelajar tidak akan menghadapi

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 20: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

masalah apabila menghadapi peperiksaan. Kebanyakan pelajar yang rendah pencapaian

akademiknya terdiri daripada mereka yang tidak menguasai teknik dan kemahiran belajar

yang betul.

Prestasi akademik yang cemerlang merupakan penentuan pemahaman seseorang

terhadap proses pembelajaran. Secara tidak langsung, pencapaian ini akan menentukan

masa depan yang lebih baik dan gemilang. Oleh itu, untuk merealisasikan impian tersebut,

suasana pembelajaran yang kondusif adalah amat penting. Masyarakat hari ini begitu

menitikberatkan pencapaian akademik kerana keputusan akademik yang cemerlang

menjadi kayu pengukur kepada kerjaya masa depan seseorang pelajar (Amina Noor,

1999). Menurut Griggs (1991), penggunaan gaya pembelajaran yang betul adalah amat

penting untuk meningkatkan keputusan akademik. Pencapaian ini akan membuktikan

sejauhmana gaya pembelajaran seseorang pelajar berkesan atau tidak.

1.1 Latar Belakang Masalah

Dunn & Dunn (1982) dalam Mok Soon Sang (2001), menghuraikan gaya belajar

sebagai cara bagaimana unsur-unsur daripada lima rangsangan, iaitu persekitaran, emosi,

sosial, fisiologi dan psikologi dapat mempengaruhi keupayaan seseorang individu untuk

memahami, berinteraksi dan bertindak-balas kepada persekitaran pembelajarannya.

Menurut Honey dan Mumford (1986), gaya pembelajaran boleh dikategorikan

kepada empat jenis iaitu aktivis, reflektis, teoris dan pragmatis. Gaya pembelajaran ini

berkait rapat dengan sikap, personaliti dan ciri-ciri seseorang individu tersebut.Gaya

belajar adalah merangkumi pemikiran luaran dan dalaman serta tingkah-laku yang

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 21: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

membolehkan pembelajaran yang berkesan mengikut Claire Weinstein (1987).Dunn

(1975) mengsyorkan agar para pendidik, pelajar dan ibubapa memahami gaya belajar

pelajar dan menganggap perbezaan yang ada pada diri seseorang pelajar itu merupakan

satu keistimewaan dan dapat menggunakan kelebihan mereka itu secara berkesan dalam

pembelajaran mereka memandangkan gaya belajar mempengaruhi pencapaian akademik.

Maka pemilihan gaya pembelajaran yang baik merupakan satu tugasan yang berat.

Memang wujud beberapa gaya belajar yang umum yang boleh diambil kira oleh pelajar,

namun ada yang menampakkan perbezaan yang agak ketara.

Amalan pembelajaran yang tidak berkesan menyebabkan pencapaian akademik

yang rendah. Menurut kajian oleh Theresa (1984), kajian didapati bahawa terdapat

hubungan yang positif di antara amalan pembelajaran dan kejayaan akademik. Sementara

itu, Dole (1985, dalam Choo Chee Seng, 2001) dalam “Laporan pelajar-pelajar maktab

terhadap penggunaan masa mereka”, pula melaporkan bahawa pelajar-pelajar secara

puratanya membazirkan 69.5 jam seminggu dan menyimpulkan bahawa pelajar-pelajar

mengendalikan masa pembelajaran dengan tidak berkesan.

Didapati tahap pencapaian akademik pelajar di institusi pengajian tinggi adalah

agak mendatar dan perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana untuk

membolehkan kita bersaing diperingkat global pencapaian akademik yang cemerlang

adalah penting. Menurut Awang Had Salleh (1999), permasalahan bahawa ramai pelajar

di institusi pengajian tinggi mempunyai keputusan yang akademik yang mendatar dan di

bawah tahap yang sepatutnya berlarutan semenjak zaman merdeka sehingga sekarang.

Keketaraan permasalahan tersebut amat nyata walaupun pihak institusi pengajian tinggi

dapat melahirkan para graduan yang meningkat dari segi jumlah atau kuantiti bagi

memenuhi kehendak negara namun gagal mencapai ke arah peningkatan kualiti.

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 22: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak pentadbiran institusi pengajian tinggi

bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar. Misalnya ujian kecerdasan, penilaian

penyampaian pensyarah (PPP), latihan, ceramah dan seminar, bimbingan secara peribadi

disamping program-program yang dilaksanakan oleh unit pembangunan dan sokongan

pelajar (UPSP) namun masih ramai di antara para pelajar mencapai tahap kelulusan yang

tidak memuaskan. Dalam membicarakan aspek gaya pembelajaran, penekanan juga harus

diberikan kepada peranan guru. Menurut kajian yang dijalankan oleh Abdul Rahim Abdul

Rashid (1989) menyatakan bahawa salah satu daripada peranan guru yang penting ialah

merancang dan menyusun persekitaran pembelajaran bagi pelajar-pelajarnya.

Persekitaran pembelajaran mestilah menarik, mengadakan peluang-peluang pembelajaran

dan mengoptimumkan peluang-peluang tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa

pengajaran yang baik adalah pengajaran yang mengenali dan memahami perbezaan-

perbezaan individu dan kategori kecerdasan pelajar sama ada cerdas, sederhana atau

lemah.Guru perlu memahami perbezaan tersebut, kerana ia dipercayai boleh

menimbulkan masalah-masalah yang berbeza di kalangan pelajar dalam proses

pembelajaran.

Pada dasarnya, pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara

gading adalah mereka yang mempunyai latarbelakang akademik yang baik dan cemerlang

semasa diperingkat sekolah. Tetapi sebilangan daripada pelajar-pelajar tersebut bersikap

pasif dan lambat bertindak-balas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Masalah seumpama ini menyebabkan keputusan pelajar tersebut kurang memuaskan.

Bagi mengatasi kekangan ini, individu atau pendidik harus mengenalpasti gaya belajar

yang diamalkan supaya dapat mengembangkan potensi dan keupayaan pelajar tersebut.

Bidang pengajaran atau pendidikan era ini sepatutnya dihubungkaitkan dengan realiti

sebenar.

Pelajar merupakan khazanah negara yang paling penting dan berharga. Ini kerana

mereka merupakan golongan yang amat diharapkan untuk meneruskan kedaulatan negara.

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 23: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

Namun kecermalangan hanya akan dapat dicapai oleh seseorang pelajar sekiranya para

pelajar tahu dan mengamalkan kaedah pembelajaran yang sesuai dan betul. Sebaliknya

gaya pembelajaran yang tidak bersesuaian dan tidak berkesan menyebabkan pencapaian

akademik yang rendah. Menurut Ronan (1996, dalam Rohazal Abdullah, 2004), gaya

pembelajaran memberi kesan terhadap kualiti pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa

gaya pembelajaran mempunyai hubungan dengan prestasi seseorang pelajar ketika

mengikuti sesuatu aktiviti pembelajaran. Dunn (1980) menyatakan bahawa kegagalan

pelajar bukan disebabkan oleh kurikulum sebaliknya mereka boleh belajar sebarang

matapelajaran sekiranya pembelajaran itu menekankan kepada gaya yang mereka gemari.

Felder dan Silverman (1998) pula mengatakan gaya pembelajaran setiap pelajar adalah

berbeza, begitu juga dengan pengajaran guru yang berbeza.Apabila perbezaan berlaku di

antara gaya pembelajaran dan gaya pengajaran berlaku, ini akan menyebabkan pelajar

cepat berasa bosan dan tidak memberi perhatian di dalam kelas, tidak membuat

peperiksaan dengan baik dan kadang-kala ada pelajar yang tertinggal dalam pelajaran.

Felder (1996) dalam kertas kerjanya, Matters Of Style, setiap pelajar mempunyai

gaya pembelajaran yang berbeza dari segi kekuatan pendirian dan keutamaan dalam

menerima dan memproses maklumat. Ada pelajar yang lebih suka kepada fakta, data dan

algoritma, manakala ada pelajar yang suka kepada teori dan model matematik.

1.2 Pernyataan Masalah

Gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri pelajar sangat penting kerana ia

mempunyai hubungan yang kuat terhadap keputusan pencapaian akademik pelajar.Di

mana, gaya pembelajaran memberi ruang kepada pelajar untuk memperkembangkan

potensi mereka dalam mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Hasil kajian oleh

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 24: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

Doris (1993) menunjukkan bahawa gaya pembelajaran akan memberi kesan terhadap

pencapaian akademik maka beliau mencadangkan adalah sesuai jika gaya pembelajaran

bagi setiap pelajar diuji.

Berdasarkan kenyataan tersebut, maka pengkaji menjalankan satu kajian tentang

kaitan gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar tahun akhir Sains

Sukan, Fakulti Pendidikan,UTM, Skudai, Johor. Hal ini penting kerana kefahaman

tentang gaya pembelajaran pelajar adalah penting untuk membantu pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenal pasti tahap gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar-

pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Sains Sukan,

UTM, Skudai, Johor, berdasarkan gaya pembelajaran Felder & Silverman.

ii. Mengenal pasti sama ada pelajar lelaki dengan pelajar perempuan

mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.

iii. Mengenal pasti sama ada gaya pembelajaran pelajar dalam bidang Sains

Sukan mempunyai perbezaan dari segi aliran semasa persekolahan.

iv. Mengenal pasti sama ada pelajar dari tahap pencapaian akademik yang

berbeza menunjukkan gaya pembelajaran yang berbeza.

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 25: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

1.4 Persoalan Kajian

Kajian yang dijalankan akan menjawab soalan-soalan berikut:

i. Apakah tahap gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar-pelajar

tahun akhir Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Sains Sukan UTM,

Skudai, Johor?

ii. Adakah pelajar lelaki dan perempuan dalam bidang Sains Sukan

mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.?

iii. Adakah gaya pembelajaran pelajar dalam bidang Sains Sukan mempunyai

perbezaan dari segi aliran semasa persekolahan?

iv. Adakah pelajar dari tahap pencapaian akademik yang berbeza

menunjukkan gaya pembelajaran yang berbeza?

1.5 Kepentingan Kajian

Pengkaji merasakan bahawa kajian ini akan bermanfaat kepada para pendidik,

pelajar dan kepada pihak universiti.

a. Pendidik

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 26: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

Semoga kajian seumpana ini dapat membantu golongan pendidik menepati

kehendak dan perubahan arus globalisai dalam bidang pendidikan pada masa hadapan.

Amalan gaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan

pastinya akan mendatangkan hasil yang baik.Hal ini pastinya akan menjurus kepada

peningkatan pencapaian akademik para pelajar. Selain itu,gaya pengajaran pensyarah

yang kreatif dan bersesuain dengan gaya pembelajaran pelajar sudah tentu mendatangkan

keseronokan dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kuliah.

b. Pelajar

Kajian ini juga diharapkan dapat membantu para pelajar menyelasaikan masalah

pembelajaran yang mereka hadapi dalam pembelajran dan gaya belajar mereka. Hal ini

amat penting supaya pelajar boleh memberi tumpuan yang lebih baik semasa berada

dalam kuliah.

c. Pihak universiti

Selain itu, diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan dan sebagai panduan

kepada pihak universiti dan pelajar fakulti pendidikan untuk memperolehi keputusan

yang cemerlang dalam bidang akademik dan meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran.

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 27: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

1.6 Kerangka Model Kajian

Pembolehubah Bebas Pembolehubah Bersandar

Jantina

Active dan Reflective learners,

Sensing dan Intuitive learners,

Visual dan Verbal learners

Sequential dan Global learners

Rajah 1.1 Kerangka Model Kajian

1.7 Skop Dan Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang

Sains Sukan UTM, Skudai Johor. Seramai 37 orang pelajar dari tahun akhir dipilih

sebagai sampel kajian.

Pembolehubah Bersandar

Pencapaian Pelajar

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 28: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

Kajian ini juga hanya membataskan kepada faktor-faktor gaya pembelajaran yang

mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kemungkinan terdapat pengaruh faktor lain

yang dapat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar seperti rakan sebaya,

latarbelakang keluarga, status sosioekonomi keluarga, motivasi diri, konsep kendiri dan

sebagainya yang tidak diambil kira dalam kajian ini.

1.8 Konsep-Konsep Dalam Kajian

Beberapa konsep penting yang telah digunakan di dalam kajian ini. Konsep kajian

akan diterangkan dengan lebih mendalam pada bahagian definisi konsep.

1.8.1 Definisi konsep

Bahagian ini akan menerangkan tentang beberapa definisi konsep yang digunakan

oleh penyelidik dalam kajian ini, seperti definisi pelajar, gaya pembelajaran dan

pencapaian akademik.

1.8.1.1 Pelajar

Menurut Kamus Am (1995), pelajar merujuk kepada murid atau mahasiswa.

Dalam kajian ini, pelajar adalah merujuk kepada pelajar tahun akhir Sarjana Muda

Pendidikan dalam bidang Sains Sukan, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor.

1.8.1.2 Gaya Pembelajaran

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 29: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

Menurut Kamus Dewan (2005), gaya bererti kesukaan, dan cara kelakuan yang

menjadi ciri seseorang. Pembelajaran pula bererti berusaha (berlatih dan sebagainya)

untuk mendapatkan sesuatu (kepandaian dan lain-lain). Lee (2000) pula mengatakan gaya

pebembelajaran merujuk kepada cara seseorang individu menerima, mengumpul,

memproses, mengingat dan menerangkan semula maklumat dan menghubungkannya

dengan alam sekitar.

Dalam kajian ini, gaya pembelajaran dikenalpasti dengan menggunakan model

Felder & Silverman yang mengklasifikasikan gaya pembelajaran kepada 4 dimensi dan 4

sub-skala iaitu pemprosesan (Active dan Reflective learners), persepsi (Sensing dan

Intuitive learners), input (Visual dan Verbal learners) dan pemahaman (Sequential dan

Global learners).

1.8.1.3 Pencapaian Akademik

Menurut Kamus Dewan (2005), pencapaian bererti apa yang telah dicapai atau

prestasi. Akademik pula berkaitan dengan akademik (pusat pengajian tinggi) dan bersifat

atau mengandungi ilmu pengetahuan (tinggi atau mendalam). Dengan kata lain

pencapaian akademik lebih berfokus kepada gred yang diperolehi oleh pelajar dalam

peperiksaan yang diduduki. Sekiranya seseorang pelajar itu mencapai gred yang baik

bermakna mereka mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sebaliknya.

Dalam konteks kajian ini, pencapaian akademik merujuk kepada keputusan

PNGK (Purata Himpunan Mata Nilai) pelajar tahun akhir Sains Sukan, Fakulti

Pendidikan,UTM, Skudai.

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 30: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

1.8.2 Definisi Operasional

Dalam bahagian ini, akan menerangkan tentang ciri-ciri operasional yang

digunakan iaitu Active & Reflective learners, Sensing & Intuitive learners, Visual &

Verbal learners dan Sequential & Global learners.

1.8.2.1 Active learners Dan Reflective Learners

Active learners merujuk kepada pelajar yang lebih cenderung untuk mengingati

sesuatu maklumat dengan melakukan aktiviti yang berkaitan dengannya seperti

menggunakannya, menerangkannya ataupun membincangkannya dengan orang lain.

Mereka yang suka menunjukkan gaya pembelajaran ini akan mengatakan “mari kita cuba

lihat bagaimana ianya boleh berfungsi”. Selain itu pelajar yang suka menggunakan gaya

pembelajaran Active ini lebih suka membuat kerja secara berkumpulan dan tidak gemar

pengajaran secara kuliah sahaja. Menurut Kamus Inggeris-Melayu (1992), Active

bermaksud cergas.

Sementara Reflective Learners adalah pelajar yang lebih suka memikirkan

maklumat yang diperolehi terlebih dahulu.Pelajar yang menggunakan gaya pembelajaran

Reflective biasanya berkata “mari kita fikirkan dahulu”.Golongan ini juga gemar belajar

bersendirian.

1.8.2.2 Sensing Learners Dan Intuitive Learners

Sensing Learners adalah pelajar yang lebih cenderung membaca sesuatu yang

berkenaan dengan fakta. Sensors lebih sabar dengan maklumat-maklumat, mempunyai

kelebihan mengingati fakta-fakta dan melakukan aktiviti secara ‘hands on’. Pelajar-

pelajar jenis ini lebih mengemari untuk mempelajari fakta, menyelesaikan masalah secara

tersusun dengan contoh yang berkaitan, lebih teliti dalam menjalankan kerja-kerja amali,

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 31: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

gemar menghafal dan tidak gemar pembelajaran yang tiada hubungkait dengan kehidupan

di luar kelas.

Intuitive Learners pula lebih cenderung untuk mencari sebab, kemungkinan dan

perkaitan. Intuitors lebih baik dalam memahami sesuatu konsep baru dan sentiasa lebih

selesa dengan idea-idea abstrak dan formula matematik. Pelajar jenis ini lebih gemar

kepada sesuatu yang baru, cepat bekerja dengan keadaan yang tidak tersusun dan tidak

gemar menghafal. Pelajar jenis ini juga tidak gemar guru mengulangi pelajaran yang

telah dipelajari dan lebih suka kepada inovasi.

1.8.2.3 Visual learners Dan Verbal Learners

Visual learnes ialah pelajar yang dapat mengingati dengan baik apa yang mereka

lihat seperti gambar, lukisan, gambarajah bersiri, filem dan demonstrasi. Mereka lebih

suka guru yang mengajar menggunakan alat bantu mengajar serta menggunakan banyak

persembahan grafik dalam pengajaran.

Manakala Verbal learners adalah pelajar yang lebih biasa atau menggemari gaya

pembelajaran menerusi perkataan lukisan serta penjelasan secara berhujah. Pelajar ini

lebih suka mendengar guru atau perbincangan yang dijalankan di kelas dan suka

membaca secara kuat serta mengulanginya beberapa kali.

1.8.2.4 Sequential learners Dan Global Learners

Sequential learners adalah pelajar yang lebih cenderung dan selesa untuk

memahami sesuatu secara sistematik dan dengan mengikut urutan. Sequential yang

diambil daripada sequence bermaksud susunan yang berturutan atau angka mengikut

urutan (Kamus Inggeris - Melayu, 1992). Pelajar ini lebih mudah mengingati dan

memahami sesuatu jika sesuatu pengajaran diamalkan secara tersusun dari mudah kepada

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.

Page 32: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA filediberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada

sukar dan mengikut langkah-langkah yang logik. Oleh itu, ia lebih menggemari guru

yang mengajar secara tersusun dan menunjukkan hubungkait dengan apa yang diajar

sebelum ini.

Global bermaksud pandangan menyeluruh (Kamus Inggeris-Melayu,1992) dan

Global learners adalah pelajar yang lebih cenderung mengumpulkan maklumat yang

perlu secara rawak dan seterusnya memahami sesuatu secara spontan berdasarkan

maklumat yang mereka kumpulkan itu. Selain itu, pelajar jenis ini boleh menerima

sesuatu maklumat dalam apa cara sekali pun sama ada tersusun atau tidak dan mereka

berupaya menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks secara pantas. Walau

bagaimanapun mereka sukar menerangkan sesuatu yang mereka faham secara terperinci

dengan cara bagaimana mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah itu.

1.9 Kesimpulan

Bab ini telah menyatakan mengenai pengenalan,latarbelakang masalah yang ingin

dikaji,pernyataan masalah,objektif kajian,persoalan kajian,hipotesis kajian, kepentingan

kajian,model kajian,batasan kajian dan konsep-konsep yang terlibat dan digunakan dalam

kajian ini.

Selain itu, pengkaji turut melihat sejauh manakah perhubungan di antara

pencapaian akademik dengan gaya pembelajaran pelajar.Penyelidik berharap hasil kajian

ini dapat membantu para pelajar supaya dapat mengenalpasti gaya pembelajaran yang

bersesuaian dengan diri mereka bagi meningkatkan prestasi akademik.

Created with novaPDF Printer (www.novaPDF.com). Please register to remove this message.