utpsz 19:16 (pind.1/97) universiti teknologi malaysia€¦ · secara penyelidikan atau disertasi...

24
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: POLA GAYA PEMIKIRAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR KIMIA FAKULTI SAINS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. SESI PENGAJIAN: 2010/2011 Saya SALEZA BINTI SELAMAT (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO. 88, JLN SERINDIT, PM. AZIZ BIN NORDIN FELDA KAHANG TIMUR, Nama Penyelia 86000, KLUANG,JOHOR. Tarikh: 17 MEI 2011__________ Tarikh: 18 MEI 2011__________

Upload: others

Post on 08-Oct-2019

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: POLA GAYA PEMIKIRAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN

PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR KIMIA FAKULTI SAINS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya SALEZA BINTI SELAMAT

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap:

NO. 88, JLN SERINDIT, PM. AZIZ BIN NORDIN

FELDA KAHANG TIMUR, Nama Penyelia

86000, KLUANG,JOHOR.

Tarikh: 17 MEI 2011__________ Tarikh: 18 MEI 2011__________

Page 2: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN

Tarikh : 18 MEI 2011

Page 3: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

i

POLA GAYA PEMIKIRAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN

PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR KIMIA FAKULTI SAINS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SALEZA BINTI SELAMAT

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 4: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : SALEZA BINTI SELAMAT

Tarikh : 17 MEI 2011

Page 5: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

iii

DEDIKASI

Syukur Alhamdulillah ke atas nikmat Allah S.W.T.

Selawat dan salam atas junjungan besar baginda Muhammad S.A.W.

Terutamanya buat kedua ibu bapa

(Selamat Bin Achak dan Jamriah Binti Ebas)

yang disanjungi kerana telah banyak memberi dorongan dan doa bagi menjayakan

Projek Sarjana Muda ini

dan

kakak serta abang-abang yang disayangi

(Suzana Binti Selamat, Suhaimi Bin Selamat dan Sahrom Bin Selamat)

serta

Profesor Madya Aziz Bin Nordin selaku penyelia kerana telah banyak memberi

bimbingan dan dorongan.

Tidak lupa juga kepada

rakan seperjuangan yang dikasihi kerana telah banyak membantu dan menyokong

selama ini.

Semoga Allah S.W.T. memberkati setiap pengorbanan kalian.

Page 6: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani serta

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan kepada

keluarganya serta para sahabat. Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurniaNya dapat saya menyempurnakan projek sarjana muda ini. Dalam kesempatan

ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima

kasih kepada Profesor Madya Aziz Bin Nordin selaku penyelia di atas dorongan dan

bimbingan yang diberikan sepanjang projek sarjana muda ini dijalankan. Tanpa

beliau, sukar bagi saya memahami penggunaan perisian komputer Statistical For

Science Social (SPSS 15.0) bagi memudahkan proses menganalisis data. Sekali lagi

ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana mencurahkan ilmu. Segala

pengorbanan yang telah dicurahkan amat bermakna buat saya.

Seterusnya penghargaan ini juga ditujukan kepada pelajar-pelajar tahun dua

jurusan kimia Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia kerana telah memberi

kerjasama yang amat baik semasa kajian di jalankan. Tidak ketinggalan juga kepada

rakan-rakan seperjuangan di Universiti Teknologi Malaysia terutama rakan-rakan

dibawah penyeliaan Profesor Madya Aziz Bin Nordin atas sokongan dan dorongan

serta teguran yang bernas sepanjang tempoh kajian ini. Jasa kalian tidak akan saya

lupakan. Terima kasih diatas pengorbanan kalian selama ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga turut

ditujukan kepada semua yang memberikan apa juga bantuan sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan projek sarjana muda ini.

Page 7: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan melihat gaya pemikiran dominan pelajar-pelajar tahun

dua jurusan kimia Fakulti Sains di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian ini

juga meninjau hubungan gaya pemikiran pelajar mengikut Purata Nilai Gred

Keseluruhan (PNGK). Seramai 97 orang pelajar tahun dua jurusan kimia telah

terlibat dalam kajian ini. Inventori Gaya Pemikiran (Sternberg & Wagner, 1992)

yang telah diadaptasikan dalam bahasa Melayu digunakan untuk mengukur 13 gaya

pemikiran yang terkandung dalam teori mental gugusan kendiri (self-government).

Kajian telah menggunakan analisis statistik deskriptif bagi maklumat yang

dikumpulkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan gaya pemikiran

dalam kalangan pelajar. Gaya pemikiran yang dominan adalah Executive, Judicial,

Monarchic, Oligarchic, Anarchic, Local, Internal dan Conservative. Akhir sekali,

kajian lanjutan agar para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan

pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pemikiran pelajar juga dicadangkan.

Page 8: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

vi

ABSTRACT

The aim of the study was to identify the dominant’s thinking style of second

year chemistry courses students of faculty Science, Universiti Teknologi Malaysia

(UTM). This study also surveyed students’ thinking style pattern according to

Cumulative Grade Point Average (CGPA). 97 second year chemistry courses

students have been involved in this study. Thinking Style Inventory (Sternberg &

Wagner, 1992) that has been adapted in Malay language was used to measure 13

thinking styles of mental self-government’s theory. Descriptive statistics was used to

analyse the data collection in this study. The result showed that there are different

types of thinking styles existed among the students. Thinking style that dominant are

Executive, Judicial, Monarchic, Oligarchic, Anarchic, Local, Internal and

Conservative. Finally, some suggestions are recommended so that educators can

apply various technique teaching and learning style that fit with student’s thinking

style.

Page 9: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definasi Istilah 9

1.9 Penutup 11

Page 10: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

viii

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Gaya Pemikiran 13

2.3 Konsep Gaya pemikiran 13

2.4 Model Gaya Pemikiran Sternberg (1997) 14

2.6 Kajian lepas berkaitan dengan Teori Mental

Gugusan-kendiri Sternberg

(Theory Of Mental Self-Government)

19

2.7 Penutup 22

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 23

3.2 Reka bentuk Kajian 24

3.3 Tempat Kajian 24

3.4 Sampel Kajian 24

3.5 Instrumen Kajian 25

3.6 Kajian Rintis 27

3.7 Prosedur Kajian 28

3.8 Kaedah Analisis Data 29

3.9 Penutup 32

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 33

4.2 Bahagian A 33

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jenis

Kursus dan Tahun Pengajian 34

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 35

4.2.3 Taburan Responden Mengikut

Keturunan 36

Page 11: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

ix

4.2.4 Taburan Responden Mengikut

Keputusan Bahasa Inggeris Dalam

Peperiksaan SPM

37

4.2.5 Taburan Responden Mengikut

Keputusan Mata Pelajaran Matematik

Dalam Peperiksaan SPM

37

4.2.6 Taburan Responden Mengikut

Keputusan Matematik Tambahan

Dalam Peperiksaan SPM

38

4.2.7 Taburan Responden Mengikut

Keputusan Fizik Dalam Peperiksaan

SPM

39

4.2.8 Taburan Responden Mengikut

Keputusan Kimia Dalam Peperiksaan

SPM

40

4.2.9 Taburan Responden Mengikut

Kemasukan ke UTM 40

4.2.10 Taburan Responden Mengikut Purata

Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 41

4.3 Bahagian B 41

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 42

4.3.1.1Pola Taburan Kekerapan dan

Peratusan Gaya Pemikiran

Dominan Mengikut Cara

Kemasukan ke UTM

47

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 52

4.3.2.1 Pencapaian Akademik

Mengikut Hubungan Korelasi

Pearson

53

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 55

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 62

4.4 Penutup

64

Page 12: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

x

BAB 5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 65

5.2 Rumusan 65

5.3 Implikasi 67

5.4 Cadangan 68

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 70

5.6 Penutup 72

RUJUKAN 73

Lampiran 78

Page 13: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kategori Pencapaian Akademik Mengikut PNGK 11

2.1 Gaya Pemikiran Seseorang Mengikut Ciri Tertentu Dalam

Melaksanakan Sesuatu Tugasan

17

2.2 Kesesuaian Gaya Pemikiran Dengan Kaedah Pengajaran

dan Penilaian

18

3.1 Sebilangan daripada Jadual untuk Penentuan Saiz Sampel

daripada Jumlah Populasi

25

3.2 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 26

3.3 Gaya Pemikiran Pelajar-pelajar Tahun Dua Jurusan Kimia

Fakulti Sains

27

3.4 Min Gaya Pemikiran Piawaian Mengikut Sternberg 30

3.5 Kategori pencapaian akademik mengikut PNGK 31

3.6 Jadual Skala Anggaran Kekuatan Perhubungan Antara

Pembolehubah

31

4.1 Taburan Responden Mengikut Kursus 34

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 35

4.3 Taburan Responden Mengikut Keturunan 36

4.4 Taburan Responden Mengikut Keputusan Bahasa Inggeris

Dalam Peperiksaan SPM

37

4.5 Taburan Responden Mengikut Keputusan Mata Pelajaran

Matematik Dalam Peperiksaan SPM

37

4.6 Taburan Responden Mengikut Keputusan Matematik

Tambahan Dalam Peperiksaan SPM

38

Page 14: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

xii

4.7 Taburan Responden Mengikut Keputusan Fizik Dalam

Peperiksaan SPM

39

4.8 Taburan Responden Mengikut Keputusan Kimia Dalam

Peperiksaan SPM

40

4.9 Taburan Responden Mengikut Kemasukan ke UTM 40

4.10 Taburan Responden Mengikut PNGK 41

4.11 Taburan Min Terhadap Gaya Pemikiran Pesponden 42

4.12 Taburan Kekerapan dan Peratusan Gaya Pemikiran

Dominan Responden Mengikut Cara Kemasukan ke UTM

48

4.13 Taburan Responden Berdasarkan Purata Nilai Gred

Keseluruhan (PNGK)

53

4.14 Analisis Hubungan Korelasi Responden Antara Keputusan

SPM Dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)

54

4.15 Pola Taburan Kekerapan dan Peratusan Gaya Pemikiran

Dominan Responden Mengikut Purata Nilai Gred

Keseluruhan (PNGK)

56

4.16 Analisis Hubungan Korelasi Responden Antara Jenis Gaya

Pemikiran Dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)

63

Page 15: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Peratus Taburan Responden Mengikut Kursus 34

4.2 Peratus Taburan Responden Mengikut Jantina 35

4.3 Peratus Taburan Responden Mengikut Keturunan 36

Page 16: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

xiv

SENARAI SINGKATAN

PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package For Science Social

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

UKM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Bagi Pelajar-pelajar Tahun Dua Jurusan

Kimia Fakulti Sains

77

B Statistik Pelajar Kursus Kimia Tahun Dua Fakulti sains

Universiti Teknologi Malaysia

85

Page 18: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut Ghazali, 2000 Manusia telah dicipta dengan pelbagai keistimewaan

dan kelebihan berbanding makhluk lain. Akal dikurniakan kepada manusia supaya

mereka dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara. Akal atau minda adalah

sumber ilmu intelek (intellectual knowledge) yang menghasilkan pengetahuan

melalui proses pemikiran dan penaakulan minda. Melaluinya manusia boleh

membuat pentaakulan (rationalize), membentuk konsep (conceptualize), memahami

(comprehend) dan sebagainya.

Pemikiran sangat sukar untuk ditafsirkan dengan tepat. Pemikiran boleh

dikatakan sebagai satu proses penggunaan akal atau otak untuk mencari penyelesaian

kepada sesuatu masalah atau mendapatkan jawapan kepada sesuatu persoalan dalam

hidup manusia. Pemikiran sebenarnya tidak berlandaskan akal semata-mata,

sebaliknya naluri kepercayaan yang ada dalam diri manusia berfungsi dengan lebih

ketara.

Setiap orang pasti akan mengalami situasi yang mana mereka perlu berfikir

apabila timbul keraguan terhadap sesuatu perkara ataupun terdapat masalah yang

dialami dalam kehidupan mereka. Proses berfikir yang dilalui merupakan satu

aktiviti psikologikal yang digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Pemikiran merupakan asas kepada proses dalam pendidikan. Perkembangan gaya

Page 19: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

2

pemikiran pelajar adalah sangat penting bagi memastikan mereka dapat membuat

pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang munasabah terhadap masalah yang

dialami (Heong et al., 2009).

Setiap individu mempunyai gaya berfikir yang tersendiri dan berbeza dengan

individu lain. Dalam kajian mengenai gaya, pelbagai istilah yang berbeza

menggunakan gaya sebagai asas telah dicipta. Tiga istilah yang sering digunakan

adalah gaya kognitif, gaya pembelajaran, dan gaya pemikiran. Walaupun ketiga-tiga

jenis gaya secara konseptual berbeza namun tetap serupa dari segi kepentingannya.

Ini bermaksud, semuanya berbeza dari segi kemampuan. Kemampuan merujuk pada

apa yang boleh dilakukan, sedangkan gaya pula merujuk kepada bagaimana

seseorang lebih memilih untuk menggunakan kemampuan sendiri (Sternberg &

Zhang, 2001).

Prestasi akademik pelajar dapat diramalkan melalui tahap keupayaan pelajar

tersebut. Namun keupayaan tidak dapat meramal prestasi akademik sepenuhnya

(Sternberg dan William,1997). Peranan faktor bukan akademik dalam prestasi

akademik juga telah dikaji dan didapati faktor bukan akademik yang berkaitan adalah

konsep kendiri, keyakinan diri dan harga diri (Allen, 1992). Prestasi akademik juga

telah menjadi fokus dalam kajian yang menunjukkan perbezaan individu berdasarkan

kepada gaya sebagai satu pemboleh ubah tertentu (Drysdale, Ross, dan Schulz,

2001). Dalam kajian mengenai gaya, banyak model teori telah dihasilkan sejak akhir

tahun 1950-an dan awal 1970-an (Zhang, 2004).

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk mengintegrasikan konsep beberapa

model gaya. Contohnya, Curry (1983) memperkenalkan model “bawang” tiga-lapis

dimana gaya pembelajaran dikelaskan kepada tiga kelas yang memyerupai lapisan-

lapisan bawang, Model proses kognitif dan gaya kognitif Miller (1987) pula

merupakan model memproses maklumat yang dipecahkan kepada tiga proses

kognitif iaitu persepsi, ingatan dan pemikiran. Manakala Riding dan Cheema (1991)

berpendapat bahawa terdapat dua prinsip gaya kognitif: “wholist-analytic” dan

“verbal-imagery”. Manakala model terkini ialah model Sternberg (1997). Menurut

Page 20: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

3

Sternberg, gaya ini dibahagikan kepada tiga kelas, iaitu gaya yang berpusat kognitif,

berpusat personaliti, dan berpusat aktiviti. (Zhang, 2004).

Berdasarkan kepada rancangan yang telah diwujudkan oleh kerajaan,

kepentingan pendidikan dan kecemerlangan amat dititikberatkan dalam menuju

wawasan 2020. Kajian terhadap gaya pemikiran giat dijalankan di luar negara

khasnya di barat. Namun begitu, kesungguhan untuk menjalankan kajian dalam

bidang pemikiran ini masih kekurangan di Malaysia. Maka aspek gaya berfikir harus

diberi tumpuan bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

mana perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu perlu

dititikberatkan dalam sistem pendidikan agar pelajar berupaya mengecapi kejayaan

sama ada dalam bidang akademik mahupun kehidupan harian. Dengan adanya kajian

dalam bidang pemikiran, secara tidak langsung jenis pemikiran yang baik dapat

diterapkan pada diri pelajar supaya mereka akan berjaya (Heong et al., 2009).

Menurut teori mental gugusan kendiri (self-government) Sternberg (1997),

konstruk gaya pengajaran dan gaya pembelajaran dipengaruhi oleh satu faktor

gabungan yang utama iaitu gaya berfikir yang dominan. Beliau menyatakan bahawa

setiap individu mempunyai gaya berfikir yang tersendiri dari segi fungsi, bentuk,

tahap, skop dan kecenderungan (Ruslin et al., 2007). Lantaran itu, kajian ini

dijalankan untuk mengenal pasti gaya pemikiran dominan yang ada pada pelajar-

pelajar tahun dua jurusan kimia Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

dan pencapaian akademik pelajar seterusnya melihat pola gaya pemikiran dominan

mengikut pencapaian akademik pelajar. Dengan ini, proses pengajaran dan

pembelajaran boleh diperbaiki ke arah pembelajaran yang optimum di kalangan

pelajar-pelajar tahun dua jurusan kimia Fakulti Sains. Malah, pelajar dapat

memahami corak gaya pemikiran mereka yang bersesuaian dan dapat merancang

aktiviti dalam pembelajaran yang bersepadanan dengan gaya berfikir mereka.

Page 21: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

4

1.1 Latar Belakang Masalah

Persoalan sering timbul apabila seseorang menukar kerjaya mereka. Malah

terdapat golongan profesional sanggup meninggalkan kerjaya mereka dengan alasan

pekerjaan tersebut tidak sesuai denagan jiwa mereka. Hal ini juga sering berlaku di

sekolah dan universiti yang mana pelajar menukar jurusan kerana merasakan jurusan

yang diambil tidak memenuhi minat mereka. Berlakunya perkara seperti ini kerana

ada paksaan contohnya daripada ibu bapa mahupun dari pihak pentadbiran sekolah

sendiri.

Oleh kerana gaya pemikiran setiap individu adalah berbeza, maka mereka

lebih cenderung berfikir mengikut cara mereka sendiri. Gaya pemikiran bukan

merupakan sesuatu kebolehan, tetapi merupakan cara individu menggunakan

kebolehan yang sedia ada pada dirinya. Kadangkala terdapat individu yang

mempunyai kebolehan yang serupa, tetapi tidak semestinya gaya pemikiran mereka

juga sama. Kesilapan berlaku apabila orang sekeliling menganggap bahawa individu

yang mempunyai kebolehan yang sama adalah serupa sama sekali. Individu yang

mempunyai kebolehan yang baik sangat pandai memadankan gaya pemikiran dengan

cara yang dijangka dalam situasi tertentu, walaupun pada kenyataannya apa yang

wujud adalah bukan kebolehan, tetapi kesesuaian antara gaya pemikiran seseorang

itu dengan tugasan yang dihadapinya.

Setiap orang akan mengatur tugasan mereka bersesuaian dengan gaya

pemikiran mereka. Mereka juga boleh mengubah gaya pemikiran yang bersesuaian

dengan tugasan yang perlu mereka lakukan. Ramai orang berpendapat bahawa

pekerjaan mereka tidak sesuai dengan gaya pemikiran mereka, sedangkan mereka

tidak memahami dengan lebih jelas bagaimana menggunakan gaya pemikiran yang

sesuai dengan aktiviti yang mereka lakukan. Disebabkan ketidakfahaman inilah yang

mengakibatkan sesetengah orang itu tidak sesuai melakukan aktiviti tertentu

(Sternberg, 1997).

Page 22: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

5

Riding dan Mathias (1991) berpendapat bahawa dalam proses pengajaran,

selalu wujud anggapan bahawa pelajar belajar dengan cara yang sama. Pendekatan

ini tidak mengambil kira perbezaan pemikiran, padahal gaya pemikiran ini penting

kerana gaya pemikiran ini akan mempengaruhi cara pembelajaran dan seterusnya

pencapaian akademik mereka.

Perbezaan antara individu yang wujud dalam kalangan para pelajar

merupakan satu fakta yang tidak boleh dinafikan dan perlu diberi perhatian yang

sewajarnya. Setiap individu mempunyai gaya memproses maklumat yang berbeza.

Terdapat individu yang memproses maklumat dengan cepat dan lebih berkesan

daripada yang lain. Oleh itu, para pendidik perlu mengenal pasti gaya pemikiran

pelajar agar mereka dapat mempelbagaikan teknik pengajaran yang bersesuaian

dengan gaya pemikiran pelajar tersebut (Shaharom dan Yap, 1992).

Sejak kebelakangan ini terdapat isu bahawa pelajar-pelajar universiti tidak

memberikan prestasi yang baik pada pencapaian akademik mereka. Hal ini secara

tidak langsung menimbulkan persoalan adakah gaya pemikiran seseorang pelajar

tidak bersesuaian dengan jurusan yang mereka ambil. Justeru, kajian ini dijalankan

untuk mengenal pasti gaya pemikiran dominan pelajar-pelajar tahun dua jurusan

kimia Fakulti Sains di Universiti Teknologi Malaysia.

1.3 Pernyataan Masalah

Setiap pelajar mempunyai gaya pemikiran mereka sendiri. Perbezaan antara

setiap pelajar adalah cara mereka berfikir. Gaya pemikiran yang berbeza dapat

mempengaruhi cara mereka belajar, seterusnya mempengaruhi prestasi akademik

mereka. Institusi pendidikan memainkan peranan yang cukup besar dalam mendidik

ke arah memenuhi matlamat dan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat utama

institusi pendidikan adalah untuk menyediakan dan melengkapkan pelajar dalam

menghadapi pekerjaan dan dunia sebenar. Pelajar juga merupakan golongan yang

menjadi harapan Negara untuk meneruskan kecemerlangan pada masa akan datang.

Page 23: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

6

Kecemerlangan hanya akan dicapai jika mereka menggunakan gaya pemikiran dan

pembelajaran yang bersesuaian. Oleh itu, kajian dijalankan untuk mengenal pasti

gaya pemikiran dominan pelajar-pelajar tahun dua jurusan kimia Fakulti Sains dan

pola taburan gaya pemikiran pelajar-pelajar tersebut mengikut pencapaian akademik

Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) mereka.

1.4 Objektif Kajian

Matlamat utama kajian yang dijalankan kepada pelajar-pelajar tahun dua

Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah untuk mencapai objektif

yang ditetapkan. Berdasarkan pernyataan permasalahan yang dikemukakan, objektif

kajian ini adalah untuk:

1. Mengenal pasti gaya pemikiran dominan pelajar-pelajar tahun dua jurusan

kimia Fakulti Sains.

2. Mengenal pasti tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar tahun dua

jurusan kimia Fakulti Sains mengikut Purata Nilai Gred Keseluruhan

(PNGK).

3. Mengenal pasti pola taburan kekerapan dan peratusan gaya pemikiran

dominan pelajar-pelajar tahun dua jurusan kimia Fakulti Sains mengikut

pencapaian akademik PNGK.

4. Menentukan hubungan pencapaian akademik PNGK dengan jenis gaya

pemikiran dominan pelajar-pelajar tahun dua Fakulti Sains.

Melalui objektif yang ditetapkan, gaya pemikiran dominan dan hubungannya

dengan pencapaian akademik pelajar-pelajar tahun dua aliran kimia Fakulti Sains

dapat dikenalpasti seterusnya boleh membantu pelajar mengenalpasti gaya pemikiran

yang dominan pada diri mereka supaya mereka dapat menyesuaikan gaya pemikiran

yang dapat membantu semasa proses pembelajaran. Objektif ini dinyatakan untuk

memastikan kajian ini berjalan dengan lancar dan teratur.

Page 24: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

7

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan ini, persoalan kajian yang boleh

dibentuk adalah:

1. Apakah gaya pemikiran dominan pelajar-pelajar tahun dua jurusan kimia

Fakulti Sains?

2. Apakah tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar tahun dua jurusan

kimia Fakulti Sains mengikut Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)?

3. Apakah pola taburan kekerapan dan peratusan gaya pemikiran pelajar-

pelajar tahun dua jurusan kimia Fakulti Sains mengikut pencapaian

akademik PNGK?

4. Apakah hubungan pencapaian akademik PNGK dengan jenis gaya

pemikiran pelajar-pelajar tahun dua Fakulti Sains?