utpsz 19:16 (pind.1/97) universiti teknologi malaysia ... filekemahiran pula, kemahiran membanding...

22
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS PELAJAR FIZIK TINGKATAN EMPAT DI DAERAH PADANG TERAP SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya INTAN MARIANI BINTI AHMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia : 33A Kampung Lubuk Ipoh, Prof. Madya Dr. Seth Bin Sulaiman Mukim Kurung Hitam 06300 Kuala Nerang, Kedah Tarikh: 22 April 2010 Tarikh: 22 April 2010

Upload: others

Post on 11-Sep-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS PELAJAR FIZIK

TINGKATAN EMPAT DI DAERAH PADANG TERAP

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya INTAN MARIANI BINTI AHMAD

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: Nama Penyelia :

33A Kampung Lubuk Ipoh, Prof. Madya Dr. Seth Bin Sulaiman

Mukim Kurung Hitam

06300 Kuala Nerang,

Kedah Tarikh: 22 April 2010 Tarikh: 22 April 2010

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan;

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik ).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Seth Bin Sulaiman

Tarikh : 22/ 04 / 2010

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS PELAJAR

FIZIK TINGKATAN EMPAT DI DAERAH PADANG TERAP

INTAN MARIANI BINTI AHMAD

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2010

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama penulis : INTAN MARIANI BINTI AHMAD

Tarikh : 22 April 2010

iii

Khas buat keluarga tersayang,

Emak (Siti Fatimah bt. Itam), nenek (Bashah bt. Husin), emak saudara, bapa saudara,

sepupu-sepupu yang jauh dari mata,

Terima kasih di atas sokongan dan semangat yang diberikan.

Buat adik, Nurul Hasnita,

Semoga ini menjadi satu semangat dan dorongan untuk lebih berjaya

pada masa hadapan

Buat allahyarham ayahku,

Ahmad bin Taib, semoga rohmu dicucuri rahmat dan bahagia di sana.

Buat rakan-rakan,

Terima kasih di atas pertolongan yang diberikan,

Moga ukhwah yang terjalin di sini kekal abadi.

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia-

Nya, maka saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk

mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik).

Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus

ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek saya, Profesor Madya Dr.

Seth bin Sulaiman atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang

diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian

Pendidikan Malaysia(KPM) kerana memberi peluang dan kelulusan kepada saya untuk

menjalankan projek ini di sekolah. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada

pengetua-pengetua. guru-guru serta murid-murid sekolah yang terlibat dalam kajian ini

iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Ahmad, Sekolah Menengah

Kebangsaan Kuala Nerang dan Sekolah Menengah Padang Terap kerana sudi

memberikan kerjasama untuk mendapatkan maklumat.

Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta sesiapa

yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek

penyelidikan ini. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Wassalam.

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan Kemahiran

Berfikir Kritis(KBK) pelajar Tingkatan Empat dalam mata pelajaran Fizik. Seramai

102 orang pelajar tingkatan empat daripada tiga (3) buah sekolah di sekitar Daerah

Padang Terap, Kedah telah dipilih sebagai responden. Alat kajian yang digunakan

adalah Ujian Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis(UPKBK) yang mengandungi 40

soalan objektif. Soalan telah ditentusahkan bersama penyelia dan kebolehpercayaan alat

kajian adalah (α=0.78). Data dianalisis secara deskriptif menggunakan ujian-t dan

korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan bagi

keseluruhan kemahiran yang dikaji adalah “sederhana”. Bagi tahap untuk setiap

kemahiran pula, kemahiran membanding dan membeza, dan kemahiran mengumpul dan

mengelas berada pada tahap “memuaskan” manakala kemahiran menciri, membuat

urutan dan menganalisis adalah berada pada tahap “sederhana”. Hasil kajian juga

menunjukkan bahawa kemahiran membanding dan membeza adalah kemahiran yang

paling dominan manakala kemahiran menganalisis adalah yang paling lemah. Tidak

terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap Kemahiran Berfikir Kritis merentasi

jantina pada α=0.05. Begitu juga halnya dengan hubungan antara Kemahiran Berfikir

Kritis dengan pancapaian, iaitu korelasinya lemah dan tidak signifikan. Ini bermakna

Kemahiran Berfikir Kritis responden dalam kajian ini tidak mempengaruhi pancapaian

peperiksaan akhir mereka.

vi

ABSTRACT

The aim of the study is to determine the level of critical thinking skills of Form

Four physics students. A total of 102 students from three (3) schools in the district of

Padang Terap, Kedah were selected as respondents. The instrument, a Test of Mastery

of Critical Thinking Skills (UPKBK) consists of 40 objectives questions. Validated by

the supervisor, the instrument was piloted and the reliability coefficient was found to be

α=0.78. Data was analyzed using t-test and Pearson correlation statistics. The study

findings indicate that the levels of classifying skill and the skill of looking at similarities

and differences are at “satisfactory level”. While the critical thinking skills of

characterizing, sequencing and analyzing are at “moderate level”. The overall level of

critical thinking skills is moderate. Further it was found that the most dominant critical

thinking skills among the respondents were skill of looking at similarities and

differences, with the skill of analyzing as the least dominant. There is no significant

difference on critical skills of students across gender. There is a weak and no significant

correlation between critical thinking skills and students’ achievement. This shows that a

critical thinking skill in this study does not influence students’ achievement.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI RINGKASAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 3

1.3 Pernyataan masalah 5

1.4 Objektif kajian 5

1.5 Persoalan kajian 6

1.6 Kepentingan kajian 7

1.7 Skop dan batasan kajian 9

1.8 Definisi istilah dan definisi operasi 10

1.8.1 Tahap Penguasaan 10

1.8.2 Kemahiran Berfikir Kritis 10

1.8.3 Pelajar 11

1.8.4 Fizik 12

viii

1.9 Rumusan 12

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Konsep Berfikir 13

2.3 Kurikulum Fizik 16

2.4 Takrifan kemahiran berfikir kritis 17

2.5 Kelebihan Pemikiran Kritis 21

2.6 Kekurangan Pemikiran Kritis 23

2.7 Rumusan 24

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 25

3.2 Rekabentuk Kajian 25

3.3 Populasi dan sampel kajian 26

3.4 Instrumen Kajian 27

3.5 Kajian Rintis 28

3.6 Prosedur Kajian 29

3.7 Penganalisaan Data 29

3.8 Rumusan 31

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 32

4.2 Analisis Data Bahagian A 33

4.2.1 Keputusan akhir tahun dalam 34

mata pelajaran Fizik

4.3 Analisis Data Bahagian B (Analisis Deskriptif) 34

4.3.1 Tahap Penguasaan Kemahiran 35

Berfikir Kritis

4.3.2 Kemahiran Berfikir Kritis Yang 35

ix

Dominan Di Kalangan Pelajar

4.3.3 Hubungan antara Tahap Berfikir 36

Kritis Merentasi Jantina

4.3.3.1 Hubungan antara Kemahiran 37

Menciri merentasi Jantina

4.3.3.2 Hubungan antara Kemahiran 38

Mengumpul dan Mengelas

merentasi Jantina

4.3.3.3 Hubungan antara Kemahiran 39

Membanding dan Membezakan

merentasi Jantina

4.3.3.4 Hubungan antara Kemahiran 40

membuat Urutan Merentasi Jantina

4,3.3.5 Hubungan antara Kemahiran 41

Menganalisis Merentasi Jantina

4.3.4 Korelasi antara Tahap Penguasaan 42

Kemahiran Berfikir Kritis dengan

pencapaian peperiksaan akhir tahun

dalam mata pelajaran Fizik.

4.4 Rumusan 43

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 44

5.2 Ringkasan dan Perbincangan 44

5.2.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir 45

Kritis mata pelajaran Fizik di kalangan

Pelajar TIngkatan 4

5.2.2 Kemahiran Berfikir ynag dominen di 47

kalangan pelajar

5.2.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir 48

Kritis merentasi jantina

x

5.2.4 Korelasi tahap penguasaan Kemahiran 48

Berfikir Kritis dengan pencapaian

Fizik Pelajar.

5.3 Kesimpulan 49

5.4 Implikasi 50

5.5 Cadangan 52

5.5.1 Kepada Guru 52

5.5.2 Kepada Sekolah 53

5.5.3 Cadangan kajian masa depan 54

5.6 Rumusan 55

BIBLIOGRAFI 56

LAMPIRAN 60

xi

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan sampel mengikut sekolah 26

3.2 Pecahan soalan di dalam soalan ujian mengikut 28

aspek kemahiran berfikir kritis yang dikaji.

3.3 Peringkat tahap penguasaan kemahiran pemikiran 30

kritis secara keseluruhan

3.4 Garis panduan Guilford 31

4.1 Taburan bilangan responden mengikut sekolah 33

dan jantina

4.2 Keputusan peperiksaan akhir tahun 34

4.3 Min dan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis 35

4.4 Ujian-t tahap tahap berfikir kritis merentasi jantina 36

4.5 Ujian-t Kemahiran Menciri 37

4.6 Ujian-t Kemahiran Mengumpul dan Mengelas 38

4.7 Ujian-t Kemahiran Membanding dan Membezakan 39

4.8 Ujian-t Kemahiran membuat Urutan 40

4.9 Ujian-t Kamahiran Menganalisis 41

5.0 Korelasi Kemahiran Berfikir Kritis (KBK) dengan 42

pencapaian peperiksaan akhir tahun pelajar dalam

mata pelajaran Fizik

xii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Perkaitan antara Kemahiran Berfikir Dan Strategi 15

Berfikir

2.2 Komponen Kemahiran Berfikir Kritis 21

xiii

SENARAI RINGKASAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBKK - Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

FKP - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

SPSS - Perisian ‘Statisitcal Package for Social Science’

KBK - Kemahiran Berfikir Kritis

UPKBK - Ujian Penilaian Kemahiran Berfikir Kritis

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Ujian Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis (UPKBK) 60

B Jawapan Ujian Penguasaan Kemahiran Berfikir 80

Kritis (UPKBK)

C Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan 82

D Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat 83

E Surat Kebenaran Dari Kementerian Pelajaran 84

Malaysia bagi Menjalankan Kajian di Sekolah

F Teknik Persampelan 85

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada masa sekarang negara kita sedang mengorak langkah mencapai taraf

sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun

Dr. Mahathir Mohammad pada 28 Februari 1981, telah mengumumkan satu rangka

kerja rancangan pembangunan Malaysia untuk dicapai dalam tempoh beberapa

tahun yang akan datang. Selain itu, beliau juga mengemukakan 9 cabaran yang

perlu ditempohi oleh rakyat Malaysia supaya negara kita akan menjadi sebuah

negara yang bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju

dengan caranya sendiri tanpa terikat dengan cara dan corak negara maju yang ada

sekarang. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara yang kritis,

kreatif dan berketerampilan. Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik

dan progresif serta berilmu, yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan

yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta menjadi penyumbang

kepada tamadun sains dan teknologi pada masa hadapan.

Pembangunan sesebuah negara amatlah bergantung kepada minda dan

potensi rakyatnya. Kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada tahap ilmu dan

kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Rakyat Malaysia pada masa

kini memerlukan bukan sahaja pencapaian akademik yang cemerlang malah

2

kebolehan berfikir agar dapat memenuhi keperluan negara maju iaitu sebuah negara

yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan

ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam

sebuah masyarakat yang demokrasi, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan

saksama ekonominya, progresif dan makmur, dan sepenuhnya menguasai ekonomi

yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta mempunyai daya ketahanan.

Negara maju yang diharapkan boleh dicapai sekiranya masyarakat yang

berilmu dan mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi dapat dibentuk. Kemahiran

berfikir merujuk bagaimana seseorang individu menggunakan minda sama ada untuk

mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan

keputusan dalam menyelesaikan masalah. Ini adalah kerana kemampuan berfikir

secara kreatif dan kritis mampu melahirkan insan yang dapat bersaing bukan sahaja

di peringkat negara tetapi sebagai pemain globalisasi dalam pelbagai bidang.

Menurut Adair, “to be creative is always to do something”. Manusia mampu

menjadi kreatif jika mereka tahu cara mengoptimakan minda (Bono.D, 1993).

Kemahiran berfikir kritis (KBK) merupakan suatu kemahiran yang perlu

dikuasai oleh pelajar dan telah pun diberikan penekanan sejak penggubalan semula

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mana ianya dikenali

sebagai Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir

kritis ini merupakan kemahiran yang penting dalam proses pembentukan ciri-ciri

warganegara yang maju selaras dengan hasrat kerajaan menerusi Wawasan 2020.

Menyedari tentang pentingnya Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

(KBKK) di kalangan golongan muda maka wajarlah jika KBKK dijadikan satu

landasan dalam meningkatkan proses pemerolehan ilmu. Oleh yang demikian setiap

pelajar patut dilatih untuk menggunakan kemahiran berfikir yang dipelajari untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi dan membuat keputusan sendiri dengan bijak

tanpa bergantung kepada orang lain.

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran Fizik adalah satu mata pelajaran elektif yang ditawarkan

selama dua tahun kepada pelajar sekolah menengah di tingkatan empat dan lima

yang mengambil aliran sains tulen. Sukatan pelajaran ini merangkumi tajuk-tajuk

yang berkaitan pengenalan kepada fizik, mekanik, haba, jirim dan beberapa tajuk

lain yang berkaitan dengan fenomena alam. Berdasarkan objektif Kurikulum Fizik

yang mementingkan kemahiran berfikir dan penggunaan kemahiran berfikir untuk

menyelesaikan masalah, seorang pelajar perlu mempunyai ciri-ciri pemikiran yang

kritis seperti boleh bertindak secara reaktif, membuat analisis, mempunyai

pemikiran logik dan mempunyai keupayaan untuk menilai. Ciri-ciri ini amat

diperlukan dalam proses menyelesaikan masalah. Oleh itu pelajar perlu

meningkatkan penguasaan kemahiran berfikir mereka untuk membantu mereka

dalam menyelesaikan masalah.

Kurikulum Fizik sendiri, bertujuan untuk melahirkan pelajar yang

mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Fizik dan mampu

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan

nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan

harian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001a). Di antara faktor yang

menyebabkan kegagalan pelajar menguasai KBK adalah kurangnya penekanan

pengajaran kemahiran berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi

meningkatkan kemahiran berfikir (Phillip, 1992) serta pengajaran dan pembelajaran

kemahiran berfikir yang kurang berkesan. Pengajaran di sekolah di Malaysia pada

masa kini masih kurang memberi perhatian kepada perkembangan daya pemikiran

pelajar (Mohamed Zulkiffly, 2002). Bedasarkan dapatan kajian, proses P&P di

Malaysia masih lagi berpusatkan guru (Tang, 2004 ; Rajendran, 2001).

Penekanan pengajaran kemahiran berfikir dalam proses P&P merupakan

faktor yang penting bagi memastikan kemahiran berfikir dapat dihayati oleh pelajar.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kurangnya

penekanan kemahiran ini dalam pembelajaran. Antaranya, objektif mata pelajaran

4

Fizik adalah untuk membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan pemahaman

tentang konsep, prinsip, teori, hukum serta menggunakannya untuk memahami

fenomena alam (Pusat Perkembangan kurikulum, 2000). Bagi memastikan

pengajaran ini diberikan sepenuhnya kepada pelajar, pengajaran lebih

mementingkan corak hafalan dan kurang menekan kepada proses, teknik dan strategi

berfikir yang berkesan (Abd Rahim, 1999). Bentuk pengajaran mempengaruhi

pelajar untuk belajar dengan cara menghafal, kerana menganggap pembelajaran

sains memerlukan penghafalan takrifan, rumus-rumus dan hukum-hukum (Cavallo

dan Rozman, 2004; Tsai, 2004).

Selain itu, penekanan pengajaran kepada peperiksaan juga menghalang

proses pengajaran dan pembelajaran bercorak kemahiran berfikir. Pendidikan yang

terlampau mementingkan keputusan peperiksaan yang cemerlang menghalang

pelajar untuk lebih berfikir dan inovatif terhadap apa yang di pelajari kerana ia

mendorong proses P&P yang menggalakkan kepada proses menghafal dan

menerima apa yang diberi oleh guru sahaja. Tambahan pula masa yang

diperuntukan tidak mencukupi untuk mengajar ke arah kemahiran berfikir. Dalam

perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran terdapat beberapa pendekatan yang boleh

digunakan. Salah satu strategi pengajaran kemahiran berfikir adalah inkuiri

penemuan yang perlu menjalankan proses penyiasatan sesuatu masalah. Didapati

bahawa proses pengajaran ini adalah panjang dan perlu mengikuti beberapa langkah

pengajaran. Oleh itu guru-guru merasakan bahawa proses pengajaran ini memakan

masa yang panjang dan membebankan mereka. Terdapat sebilangan guru juga yang

berpendapat bahawa pelajar perlu menguasai semua fakta dan konsep sebelum

mereka digalakan berfikir. Seterusnya mereka berpendapat bahawa adalah memadai

jika pengajaran pemikiran ditumpukan kepada pelajar yang pintar sahaja (Phillips,

1992).

5

1.3 Penyataan Masalah

Penguasaan kemahiran berfikir dalam diri pelajar dilihat dapat membantu

pelajar dalam memudahkan proses pembelajaran dan proses kehidupan. Untuk

menjadi pelajar yang berjaya, pelajar mesti berfikiran secara kritis dan positif.

Kemahiran berfikir ini harus dipelajari dan dipraktikkan. Berdasarkan kepada latar

belakang masalah di atas kemahiran berfikir sangat penting sebagai contoh dalam

menyelesaikan masalah. Ini adalah kerana, pembelajaran yang bermakna akan

berlaku jika pelajar itu sendiri belajar untuk menyelesaikan masalah yang

dihadapinya.

Di samping itu, menerusi objektif kurikulum Fizik yang ketiga dan keempat,

iaitu untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran

berfikir, dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif

berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat

keputusan dan mengkonsepsikan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Sejauh

manakah objektif ini tercapai adalah menjadi tanda tanya kepada banyak pihak.

Justeru kajian ini akan meninjau mengenai tahap penguasaan kemahiran berfikir

kritis bagi kemahiran mencirikan, membandingkan dan membezakan, mengumpul

dan mengelas, membuat urutan dan menganalisis di kalangan pelajar yang

mengambil Fizik di sekolah menengah bagi mengenalpasti penguasaan pelajar

terhadap KBK ini.

1.4 Objektif Kajian

Secara khususnya kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau tahap

penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dalam matapelajaran Fizik dari aspek

berikut:

1.4.1 Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis matapelajaran

Fizik di kalangan pelajar tingkatan 4 dalam komponen menciri, membanding

6

dan membezakan, mengumpul dan mengelas, membuat urutan dan

menganalisis.

1.4.2 Menentukan kemahiran berfikir kritis yang dominan di kalangan pelajar.

1.4.3 Mengenalpasti perbezaan yang signifikan dalam pemikiran kritis merentasi

jantina.

1.4.4 Mengenalpasti sama ada wujud korelasi yang signifikan antara pemikiran

kritis dan pencapaian fizik pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

Bagi menentukan objektif kajian dicapai, beberapa persoalan kajian

dikemukakan iaitu:

1.5.1 Apakah tahap pemikiran kritis dalam matapelajaran Fizik di kalangan pelajar

tingkatan 4 dalam komponen menciri, membanding dan membezakan,

mengumpul dan mengelas, membuat urutan dan menganalisis.

1.5.2 Apakah kemahiran berfikir kritis yang dominan di kalangan pelajar.

1.5.3 Adakah perbezaan yang signifikan dalam pemikiran kritis merentasi jantina.

1.5.4 Adakah wujud korelasi yang signifikan antara pemikiran kritis dan

pencapaian fizik pelajar.