utpsz 19:16 (pind.1/97) · dengan ucapan jutaan terima kasih atas segala pengorbanan, dorongan, ......

31
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: CARA PENGURUSAN KONFLIK PESERTA PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TENOLOGI MALAYSIA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya MULI BINTI MISPAR (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________ _____ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: DR. M. AL MUZ-ZAMMIL BIN YASIN NO, 313, JALAN KEKWA 2, (Nama Penyelia) FELDA SUNGAI SIBOL, 81 440 BANDAR TENGGARA, JOHOR. Tarikh:___________________ Tarikh: ____________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: others

Post on 21-Oct-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

    JUDUL: CARA PENGURUSAN KONFLIK PESERTA PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DI FAKULTI PENDIDIKAN,

    UNIVERSITI TENOLOGI MALAYSIA

    SESI PENGAJIAN: 2007/2008

    Saya MULI BINTI MISPAR

    (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

    pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

    institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

    SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

    (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

    oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

    TIDAK TERHAD

    Disahkan oleh

    _____________________ _____ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

    Alamat tetap: DR. M. AL MUZ-ZAMMIL BIN YASIN NO, 313, JALAN KEKWA 2, (Nama Penyelia) FELDA SUNGAI SIBOL, 81 440 BANDAR TENGGARA, JOHOR. Tarikh:___________________ Tarikh: ____________________

    CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

  • “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

    saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

    Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”

    Tandatangan : ………………………………….

    Nama Penyelia : Dr. M. Al Muz-Zammil bin Yasin

    Tarikh : ………………………………….

  • CARA PENGURUSAN KONFLIK PESERTA PROGRAM KHAS

    PENSISWAZAHAN GURU BESAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI

    TEKNOLOGI MALAYSIA

    MULI BINTI MISPAR

    Laporan projek ini dikemukakan sebagai

    memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

    Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    Mei, 2008

  • ii

  • iii

    DEDIKASI

    Assalamualaikum.

    Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah s.w.t kerana dengan limpah, izin,

    rahmat dan kurniaNya maka kertas laporan ini berjaya disiapkan mengikut masa dan

    ketetapannya.

    Istimewa buat:

    Emakku,

    Yang melahirkan dan membesarkan

    Abahku,

    Yang berkorban dan memerah keringat

    Abang, kakak dan adik-adikku,

    Yang memahami dan memberi sokongan

    Teman istimewaku,

    Yang tidak jemu memberi kekuatan

    Dengan ucapan jutaan terima kasih atas segala pengorbanan, dorongan,

    kesabaran dan doa kalian sepanjang pengajianku di sini. Sesungguhnya hanya Tuhan

    yang mampu membalasnya. Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat serta hidayah

    dari Allah s.w.t.

    Wassalam.

  • iv

    PENGHARGAAN

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Dipanjatkan

    penuh kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana Projek Sarjana Muda saya dapat

    disempurnakan dengan jayanya.

    Di kesempatan ini, Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan

    dan ribuan terima kasih buat Dr. M.Al-Muz-Zammil bin Yasin selaku penyelia Projek

    Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran serta tunjuk

    ajar yang membina hingga membolehkan saya menyempurnakan projek ini.

    Di samping itu, terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-

    rakan seperjuangan khususnya kepada pelajar 4 SPH yang turut memberi nasihat dan

    dorongan serta tidak lupa juga kepada semua yang terlibat dan banyak membantu

    memberikan kerjasama bagi menjayakan projek penulisan ini. Semoga segala

    pengorbanan dan jasa yang diberikan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

  • v

    ABSTRACT

    The purpose of this study was to identify the conflict management methods of

    headmasters from the Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) at Faculty of

    Education Universiti Teknologi Malaysia. A total of 80 headmasters responded to a 32-

    item questionnaire, which was adapted from Thomas Killman Conflict Mode Instrument

    (T-KCMI). The Alpha Cronbach coefficient value for the instrument was 0.808.

    Meanwhile, the Alpha Cronbach coefficient values (total) for the dimensions studied

    were 0.732 (collaboration), 0.663 (compromising), 0.735 (accommodation), 0.768

    (competing), 0.537 (avoiding). Statistical analyses were done to obtain the frequency

    and mean values, using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) software

    version 13.0. The results from this study showed that the respondents’ use of the

    collaboration conflict management method was on the highest level with a mean value

    of 4.21, followed by compromising (mean 3.95), accommodation (mean 3.45),

    competing (mean 3.10) and avoiding styles (mean 2.84). It is hoped that futures

    researcher(s) will be able to conduct extended research to improvise the questionnaire.

  • vi

    ABSTRAK

    Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan cara-cara pengurusan

    konflik Guru Besar yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB)

    di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 80 orang responden

    memberikan maklumbalas kepada soal selidik soalan yang diubahsuai daripada Thomas

    Killman Conflict Mode Instrument (T-KCMI). Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha

    Cronbach instrumen (keseluruhan) yang dihasilkan ialah 0.808. Manakala, nilai pekali

    Alpha Cronbach bagi setiap dimensi yang dikaji adalah dan 0.732 (gaya kolaborasi),

    0.663 (gaya kompromi), 0.735 (gaya akomodasi), 0.768 (gaya bersaing), 0.537 (gaya

    mengelak). Analisis statistik dilakukan untuk mendapatkan nilai frekuensi dan min

    dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 13.0.

    Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan cara pengurusan konflik kolaborasi

    responden adalah pada tahap yang paling tinggi dengan nilai min 4.21, diikuti oleh cara

    kompromi (min 3.95), cara akomodasi (min 3.45), cara bersaing (min 3.10), dan cara

    mengelak (min 2.84). Adalah diharapkan pengkaji akan datang dapat menjalankan

    kajian lanjutan bertujuan memperbaiki soal selidik yang telah bangunkan.

  • vii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    PENGAKUAN ii

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRACT v

    ABSTRAK vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xii

    SENARAI RAJAH xiv

    SENARAI SINGKATAN xv

    1 PENDAHULUAN 1

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 3

    1.3 Pernyataan Masalah 6

    1.4 Objektif Kajian 8

    1.5 Persoalan Kajian 8

    1.6 Kepentingan Kajian 9

    1.7 Batasan Kajian 10

    1.8 Definisi Istilah 10

    1.8.1 Cara 11

    1.8.2 Pengurusan 11

    1.8.3 Konflik 11

    1.8.4 Cara Pengurusan Konflik 12

  • viii

    1.8.5 Guru Besar 13

    1.9 Penutup 13

    2 METODOLOGI KAJIAN 14

    2.1 Pengenalan 14

    2.2 Pertalian Pengetua/ Guru Besar dan

    Kategori Peranan

    15

    2.3 Proses Konflik 18

    2.4 Punca-Punca konflik 19

    2.5 Punca Konflik Dalam Organisasi

    Pendidikan

    23

    2.6 Kesan-kesan Konflik 24

    2.6.1 Kesan Positif 24

    2.6.2 Kesan Negatif 26

    2.7 Pemikiran Ahli Sosiologi Tentang

    Konflik

    27

    2.8 Teori konflik, Chaos dan Kompleksiti 27

    2.9 Cara Pengurusan Konflik 28

    2.9.1 Mengelak (Avoiding) 29

    2.9.2 Akomodasi (Accommodating) 30

    2.9.3 Kompromi (Compromising) 30

    2.9.4 Bersaing (Competing) 31

    2.9.5 Kolaborasi (Collaborating) 32

    2.10 Aplikasi Strategi Pengurusan Konflik 33

    2.11 Ulasan Kajian-kajian Lepas 35

    2.12 Penutup 39

    3 SOROTAN PENULISAN 40

    3.1 Pengenalan 40

    3.2 Reka Bentuk Kajian 40

    3.3 Populasi Kajian 41

  • ix

    3.4 Sampel Kajian 42

    3.5 Lokasi Kajian 42

    3.6 Instrumen Kajian 43

    3.6.1 Bahagian A: Latar Belakang Guru

    Besar

    43

    3.6.2 Bahagian B : Item soal selidik -

    Cara Pengurusan Konflik

    44

    3.7 Prosedur Kajian 45

    3.8 Kaedah Pengumpulan Data 47

    3.8.1 Pengumpulan Data Primer 47

    3.8.2 Pengumpulan Data Sekunder 47

    3.9 Kaedah Penganalisaan Data 48

    3.9.1 Analisis Taburan Kekerapan 50

    3.10 Kesahan dan Kebolehpercayaan

    Kandungan Soal Selidik

    51

    3.10.1 Kajian Rintis Dan Dapatan Analisis

    Kebolehpercayaan Soal Selidik

    52

    3.11 Penutup 54

    4 ANALISIS DATA 55

    4.1 Pengenalan 55

    4.2 Analisis Latar Belakang Responden 56

    4.2.1 Jantina Responden 56

    4.2.2 Umur Responden 57

    4.2.3 Bangsa Responden 57

    4.2.4 Tempoh Perkhidmatan 58

    4.2.5 Keterlibatan Responden Dalam

    Kursus Pengurusan Konflik

    58

    4.2.6 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen 59

    4.3 Analisis Cara Pengurusan Konflik 59

    4.3.1 Mengikut Persoalan 1: 60

  • x

    Sejauhmanakah Cara Pengelakan

    (Avoiding) Digunakan Dalam

    Menguruskan Sesuatu Konflik

    4.3.2 Mengikut Persoalan 2:

    Sejauhmanakah Cara Persaingan

    (Competing) Digunakan Dalam

    Menguruskan Sesuatu Konflik

    62

    4.3.3 Mengikut Persoalan 3:

    Sejauhmanakah Cara Berkompromi

    (Compromising) Digunakan Dalam

    Menguruskan Sesuatu Konflik

    64

    4.3.4 Mengikut Persoalan 4:

    Sejauhmanakah Cara Akomodasi

    (Accommodation) Digunakan Dalam

    Menguruskan Sesuatu Konflik

    66

    4.3.5 Mengikut Persoalan 5:

    Sejauhmanakah Cara Kolaborasi

    (Collaboration) Digunakan Dalam

    Menguruskan Sesuatu Konflik

    68

    4.4 Rumusan 69

    4.5 Penutup 70

    5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

    CADANGAN

    71

    5.1 Pengenalan 71

    5.2 Perbincangan 72

    5.2.1 Penggunaan Cara Pengelakan

    (Avoiding) di Kalangan Guru Besar

    Ketika Menguruskan Konflik

    72

    5.2.2 Penggunaan Cara Bersaing 74

  • xi

    (Competing) di Kalangan Guru

    Besar Ketika Menguruskan Konflik

    5.2.3 Penggunaan Cara Kompromi

    (Compromising) di Kalangan Guru

    Besar Ketika Menguruskan Konflik

    76

    5.2.4 Penggunaan Cara Akomodasi

    (Accommodation) di Kalangan

    Guru Besar Ketika Menguruskan

    Konflik

    77

    5.2.5 Penggunaan Cara Kolaborasi

    (Collaboration) di Kalangan Guru

    Besar Ketika Menguruskan Konflik

    78

    5.3 Rumusan 80

    5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 80

    5.5 Penutup 82

    RUJUKAN 83

    LAMPIRAN 88-96

  • xii

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    Jadual 3.6.2 (a) Pengelasan Skala Lima Mata 44

    Jadual 3.6.2 (b) Pembahagian item soalan 45

    Jadual 3.7 Prosedur Kajian 45

    Jadual 3.9 (a) Kriteria Menganalisis Data 48

    Jadual 3.9 (b) Skala Lima Mata yang Telah Dipermudahkan 49

    Jadual 3.9.1 Taburan Skor Min 51

    Jadual 3.10.1 (a) Nilai Pekali Kebolehpercayaan Cronbach

    Alpha Mengikut Persoalan Kajian

    53

    Jadual 3.10.1 (b) Penambahbaikan Item Soalan Berdasarkan

    Cronbach’s Alpha If Item Deleted

    53

    Jadual 4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 56

    Jadual 4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 57

    Jadual 4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 58

    Jadual 4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tempoh

    Perkhidmatan

    58

    Jadual 4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kursus

    Pengurusan Konflik

    59

    Jadual 4.3.1 Penggunaan Cara Pengurusan Konflik

    Pengelakan (Avoiding)

    61

    Jadual 4.3.2 Penggunaan Cara Pengurusan Konflik

    Persaingan (Competing)

    63

    Jadual 4.3.3 Penggunaan Cara Pengurusan Konflik

    Berkompromi (Compromising)

    65

  • xiii

    Jadual 4.3.4 Penggunaan Cara Pengurusan Konflik

    Akomodasi (Accommodation)

    67

    Jadual 4.3.5 Penggunaan Cara Pengurusan Konflik

    Kolaborasi (Collaboration)

    68

    Jadual 4.4 Tahap Penggunaan Cara Pengurusan Konflik 70

  • xiv

    SENARAI RAJAH

    NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

    Rajah 2.2 Pertalian Dalam Sistem Sekolah 14

    Rajah 2.3 Model Proses Episod Konflik Antara Dua

    Pihak

    16

    Rajah 2.9 Cara Pengurusan Konflik 27

  • xv

    SENARAI SINGKATAN

    ECI : Employment Conflict Inventory

    MBTI : Myers Briggs Type Indicator

    T-KCMI : Thomas Killman Conflict Mode Instrument

    PIPP : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

    PKPGB : Program Khas Pensiswazahan Guru Besar

    PPD : Pegawai Pendidikan Daerah

    PPN : Pegawai Pendidikan Negeri

    ROC-II : Rahim Organizational Conflict Inventory II

    SPSS : Statistical Package for the Social Sciences

    UPSI : Universiti Perguruan Sultan Idris

    UTHM : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

    UTM : Universiti Teknologi Malaysia

  • SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

    A Soalan Soal Selidik 88

    B Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan 94

    C Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach 95

    D Pengesahan Item Soal Selidik 96

  • BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Dalam kehidupan seharian, setiap manusia akan berhadapan dengan konflik.

    Konflik wujud di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Konflik berlaku apabila

    tiada keserasian antara kognitif atau emosi dalam diri individu atau antara individu

    dengan individu yang lain. Konflik boleh juga berupa pergeseran dan pertentangan di

    antara dua pihak akibat perbezaan nilai, kehendak, pendirian dan perasaan dalam usaha

    memenuhi keperluan dan matlamat. Ia boleh juga wujud sama ada dalam perhubungan

    peribadi, perhubungan perniagaan atau profesional, dalam sesebuah organisasi, antara

    kumpulan dan organisasi atau antara negara.

    Walau bagaimanapun, pelbagai pandangan telah dibuat. Sesetengah pengkaji

    berpendapat konflik sebagai situasi yang negatif di mana ia perlu dielakkan pada

    sebarang keadaan. Sebagai contoh, seorang pekerja yang menghadapi konflik dengan

    pengurusnya mungkin sanggup berhenti kerja semata-mata hendak mengelakkan diri

    daripada konflik tersebut berterusan. Sesetengah pendapat yang lain pula, melihat

    konflik sebagai suatu fenomena yang diperlukan dalam pengurusan sesebuah organisasi

    kerana mereka mengambil kira konflik sebagai peluang yang menarik untuk

    perkembangan individu yang digunakan untuk kebaikan dirinya atau organisasi. James

    (1978) mengatakan bahawa:

  • 2

    Konflik mempunyai potensi untuk menembusi hubungan di kalangan manusia,

    potensi itu juga merupakan suatu kekuatan untuk perkembangan malah boleh juga

    memusnahkan...Tiada kumpulan yang boleh hidup dengan harmoni sepenuhnya...untuk

    kumpulan seperti itu yang mungkin kurang sempurna dalam proses dan strukturnya.

    (p.43)

    Sehingga kini, kebanyakan ketua atau pemimpin merasakan konflik merupakan

    suatu yang tidak mempunyai kebaikan dan perlu dielakkan (Fleetwood, 1987).

    Sebaliknya konflik sepatutnya diselesaikan sebelum ia menjadi lebih parah lagi. Sebagai

    contoh, seorang pengurus yang efektif seharusnya meleraikan konflik yang berlaku di

    antara pekerjanya dan mencari jalan untuk mengelakkan perselisihan akan datang.

    Sekiranya konflik sentiasa dianggap sebagai tanda-tanda tidak sihat dan menghancurkan,

    pihak yang berkonflik akan menyebabkan aktiviti atau program yang dilaksanakan tidak

    produktif serta boleh melemahkan prestasi sesebuah organisasi.

    Konflik kadang-kala membahayakan sesebuah organisasi, tetapi terdapat konflik

    juga yang berguna boleh dimanfaatkan. Oleh itu, sebagai seorang pemimpin yang bijak,

    dia seharusnya dapat mengenal pasti di antara situasi konflik yang konstruktif atau

    destruktif. Pendekatan seorang pengurus atau pentadbir menguruskan suatu konflik amat

    penting dalam menyumbangkan kepada kecekapan sesebuah organisasi. Walaupun

    konflik boleh memberi kesan konstruktif atau destruktif, ia perlu dianalisis dan diurus

    dengan berhati-hati (Venkaih, 1991). Misalnya, seorang pentadbir sekolah perlu melihat

    tahap konflik yang wujud dalam keadaan tertentu untuk mengenal pasti kaedah manakah

    yang berkesan digunakan untuk menangani situasi konflik tersebut. Ini kerana ia amat

    penting untuk mencapai matlamat individu dan organisasi.

  • 3

    1.2 Latar Belakang Masalah

    Tidak dinafikan pertambahan konflik hadir dalam masyarakat khususnya di

    sekolah (Katz and John, 1993). Berdasarkan Spillane (1972), salah satu sebab mengapa

    sekolah sering berhadapan dengan ketegangan adalah kerana sekolah merupakan

    institusi yang penting dalam membentuk masa depan anak-anak. Malah, kebanyakan

    pemimpin-pemimpin sekolah mendapati menguruskannya merupakan suatu proses yang

    mencabar (Green, 2005).

    Pandangan kontemporari terhadap konflik dalam organisasi dilihat sebagai suatu

    yang tidak boleh dielakkan yang memfokuskan kepada pengaplikasian tingkah laku

    organisasi iaitu menguruskan konflik dalam organisasi supaya pertentangan boleh

    dielakkan atau diminimumkan. Setiap pemimpin mungkin mempunyai pendekatan

    pengurusannya yang tersendiri. Dalam kajian terhadap 120 orang pemimpin pelajar

    Universiti Teknologi Malaysia oleh Ishak (2005) mendapati bahawa cara pengurusan

    konflik secara bersemuka merupakan cara yang paling dominan digunakan oleh mereka.

    Melalui kajian yang dilakukan oleh Ramli (2000) pula yang bertajuk 'Hubungan Antara

    Faktor dan Gaya Pengurusan Konflik' dijalankan ke atas 180 orang responden iaitu

    guru-guru di lapan buah sekolah di daerah Kerian, Perak mendapati faktor persekitaran

    yang menekan merupakan penyebab utama terjadinya konflik. Kajian tersebut juga

    menunjukkan gaya pengurusan secara tolak ansur dan mengelak paling popular

    digunakan.

    Pada masa kini, konflik lebih dianggap sebagai sesuatu yang natural dan semula

    jadi dalam sebahagian tingkah laku manusia dan dianggap membawa kebaikan kepada

    organisasi (Lussier dan Poulos, 1998). Ini adalah kerana konflik menyebabkan

    organisasi dan ahlinya sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk sesuatu isu dan ini

    adalah suatu yang positif untuk perkembangan organisasi. Malah pertambahan konflik

    yang sedikit boleh meningkatkan prestasi individu namun konflik yang berlebihan akan

  • 4

    membawa kesan yang destruktif (Lussier dan Poulos, 1998). Ini kerana konflik yang

    berlebihan boleh memberi kesan ketegangan kepada kemampuan individu atau

    kumpulan untuk memenuhi maltamat peribadi dan keperluan organisasi.

    Dalam situasi sekolah pula yang merupakan arena atau organisasi pendidikan

    yang menjadi agenda penting negara telah melibatkan ramai 'stakeholders' iaitu pelajar,

    guru, ibu bapa, badan-badan sekolah, masyarakat dan lain-lain, dapat dilihat pelbagai

    konflik boleh wujud dengan mudah. Setiap pihak mempunyai harapan-harapan yang

    berbeza terhadap peranan yang dimainkan oleh sekolah. Sekolah kadang-kala dianggap

    sebagai 'kilang' yang menekankan pada kecekapan dan ada juga yang merasakan sekolah

    perlu sebagai sebuah pusat keagamaan, keilmuan atau sebagainya. Ini kerana sekolah

    merupakan suatu sistem sosial yang terbuka di mana ia terdiri daripada individu dan

    kumpulan yang mempunyai keinginan yang bertentangan. Namun, ketua sekolah dan

    orang bawahannya saling bergantungan demi mencapai matlamat/objektif yang ingin

    dicapai dalam organisasi sekolah. Oleh kerana itu, institusi sekolah sering berhadapan

    dengan kesukaran apabila jangkaan-jangkaan seperti itu terjadi (Venkaih, 1991).

    Dalam “Conflict Management at School: An Unavoidable Task” oleh Mike

    (1992) menyatakan bahawa terdapat 3 kategori yang menyebabkan berlakunya sesuatu

    konflik iaitu tingkah laku personal, struktural dan komunikasi. Dalam situasi formal,

    tingkah laku atau sikap individu banyak menyumbang kepada terjadinya konflik. Ini

    kerana konflik boleh membawa kesan kepada pelbagai tingkah laku manusia (pelajar,

    guru, ibu bapa dan masyarakat) dalam organisasi sekolah sama ada dari aspek psikologi

    – seperti mengasingkan diri, sikap endah tidak endah dan sikap tidak ambil peduli atau

    dari aspek fizikal – seperti tidak hadir, lewat hadir ke sekolah dan sebagainya. Kadang

    kala ia juga melibatkan tingkah laku yang agresif seperti merosakkan harta benda

    sekolah, menyerang sekolah dan sebagainya (Owens, 1991). Dapatan juga menunjukkan

    gaya kolaborasi dan akomodasi merupakan kaedah yang paling kerap digunakan dalam

    mengendalikan konflik kemudian diikuti dengan dominasi, kompromi dan pengelakan.

  • 5

    Ini dapat menggambarkan bahawa pemimpin menggunakan gaya yang berlainan dalam

    situasi yang pelbagai.

    Konflik berpotensi untuk wujud dalam setiap keputusan yang dibuat oleh

    pentadbir sekolah. Pentadbir dalam pendidikan khususnya guru besar perlu lebih sensitif

    terhadap masalah atau konflik yang terjadi dan berhati-hati terhadap kepentingan-

    kepentingan yang mana boleh membawa kesan yang destruktif atau konstruktif.

    Mengatasi konflik dengan efisien dan efektif merupakan salah satu daripada aspek yang

    penting sebagai seorang pentabdir (Nebgen, 1978). Zaleha (1996) dalam kajian yang

    bertajuk "Hubungan Gaya Pengurusan Konflik dengan Jenis Personaliti Guru-Guru

    Asrama di Terengganu" telah dijalankan ke atas guru-guru di 28 buah sekolah biasa

    yang mempunyai asrama harian termasuk 2 buah asrama desa. Beliau telah

    mengadaptasi daripada intrumen gaya pengurusan konflik Thomas Killman Conflict

    Mode Instrument (T-KCMI) dan menggunakan Myers Briggs Type Indicator (MBTI)

    untuk jenis-jenis personaliti. Hasil daripada kajian mendapati bahawa cara pengurusan

    konflik yang utama yang digunakan ialah secara mengelak sebanyak 46.3 peratus.

    Terdapat perbezaan jantina dalam penggunaan gaya pengurusan konflik di mana guru

    perempuan lebih cenderung menggunakan gaya mengelak berbanding guru lelaki lebih

    banyak menggunakan gaya kolaborasi dan akomodasi. Umur dan tempoh masa

    perkhidmatan sebagai guru asrama tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang nyata

    kepada gaya pengurusan konflik. Selain itu, tiada hubungan antara gaya pengurusan

    konflik dengan kegemaran personaliti fikiran.

    Bennis (1973) dalam kajiannya yang bertindak sebagai mediator (pihak ketiga)

    berhadapan dengan konflik dua pihak di mana pelajarnya di Universiti New York di

    Buffalo, terlalu komited dengan isu –isu politik berbanding dengan matlamat pendidikan

    mereka. Dalam kajian ini, konflik ini telah membawa kepada pencapaian matlamat yang

    terselindung (latent conflict). Konfrontasi (persemukaan) di antara mereka telah

    dilakukan yang bertujuan untuk membuat persetujuan dan perbincangan. Sebagai

    pemimpin, mereka sentiasa membuat perbincangan yang merupakan salah satu bentuk

  • 6

    komunikasi di mana ia dapat meleraikan isu-isu yang menjadi pertentangan. Di sini,

    persemukaan yang lebih kepada penyelesaian masalah dengan menggunakan kolaboratif

    yang tinggi dapat mencapai persetujuan kedua-dua pihak.

    Sememangnya, pengurusan konflik yang kurang efektif seperti hukuman, polisi

    yang terlalu ketat, amalan kontrak perundingan yang ketat dan sebagainya boleh

    menimbulkan suasana yang meningkatkan lagi kekecewaan, menegangkan lagi suasana

    organisasi dan meningkatkan kemusnahan. Sebaliknya, konflik yang diuruskan dengan

    efektif seperti menganggap masalah perlu diselesaikan dan menekankan kehidupan

    organisasi yang kolaboratif boleh menghasilkan organisasi yang produktif dan

    meningkatkan kekukuhan organisasi sekolah sepanjang masa (Owens, 1991).

    Secara keseluruhan, didapati bahawa terdapat beberapa kaedah atau cara

    pengurusan konflik yang menjadi kesukaan pemimpin-pemimpin dalan sesebuah

    organisasi. Antaranya ialah kaedah kolaborasi dan persemukaan yang mana kedua-dua

    pihak dapat mencapai matlamat secara bersama melalui pendekatan penyelesaian

    masalah di samping mengekalkan hubungan sedia ada. Selain itu, terdapat cara

    mengelak yang turut digunakan oleh mereka seperti dalam kajian yang dinyatakan di

    atas. Terdapat juga kajian yang menunjukkan penggunaan kaedah lain seperti akomodasi

    dan kompromi dalam mengendalikan konflik.

    1.3 Pernyataan Masalah

    Selaras dengan kemajuan negara dalam era yang lebih global kini, profesion

    perguruan kini menjadi semakin mencabar terutamanya kepada pemimpin sekolah.

    Pelbagai fenomena yang berlaku di sekolah akan dirujuk kepada pemimpin sekolah.

    Pemimpin sekolah juga memikul tanggung jawab yang besar dalam mentadbir sekolah.

  • 7

    Salah satu daripadanya ialah bagaimana seorang pentadbir sekolah menguruskan sesuatu

    konflik atau masalah berlaku dalam konteks organisasi sekolah. Sebagai mana diketahui,

    sekolah sering sekali muncul sebagai institusi yang sering mengalami konflik dan

    ketegangan yang menunjukkan peristiwa atau isu-isu yang barang kali menjadi soal

    manifesto dalam masyarakat. Oleh kerana konflik tidak boleh dielakkan, secara

    praktikalnya dalam situasi yang berlatarbelakangkan pengetahuan, adalah amat jelas

    betapa perlunya pentadbir sekolah mengenali konflik untuk melihat potensi-potensi

    konflik sama ada memberi impak secara konstruktif atau destruktif. Konflik di sekolah

    boleh terjadi antara guru, pelajar, dan ibu bapa. Ini kerana kumpulan-kumpulan ini

    mempunyai pandangan dan harapan yang berbeza-beza. Walau apapun jenis konflik

    yang berlaku, kesan ke atas individu dalam organisasi sekolah mungkin boleh memberi

    kesan negatif kepada pembentukan pendidikan dan kejayaan pelajar. Oleh itu, sebagai

    ketua sekolah, guru besar juga perlu mempelajari bagaimana menguruskan konflik dan

    mengaplikasikan cara pengurusan konflik pada jalan yang cekap dan berkesan.

    Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik yang lepas

    seperti (Mike,1992) mendapati bahawa semua dominan gaya pengurusan konflik yang

    dikemukakan digunakan ketika menyelesaikan konflik dalam situasi yang berbeza-beza.

    Pada hakikatnya, tiada satu jalan yang terbaik dalam menyelesaikan konflik. Ini kerana

    konflik berlaku dalam situasi dan suasana yang berlainan. Walaupun demikian, dalam

    kajian-kajian yang lain terdapat satu gaya atau pendekatan yang dikatakan lebih efektif

    atau terbaik jika diaplikasikan iaitu pendekatan penyelesaian masalah (kolaboratif)

    (Lunenburg dan Ornstein, 1996). Oleh itu, pemusatan kajian ini adalah ke atas kaedah

    pengurusan konflik yang digunakan atau diamalkan oleh guru besar sebagai pentadbir

    atau ketua dalam konteks persekitaran sekolah dengan tujuan untuk mengendalikan

    sesuatu perselisihan atau konflik. Adakah terdapat penggunaan pada kesemua kaedah

    yang dikemukakan oleh pengkaji? Adakah kaedah kolaboratif menjadi kesukaan guru

    besar yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar di Universiti Teknologi

    Malaysia?

  • 8

    1.4 Objektif Kajian

    Kajian ini telah menentukan lima objektif utama berdasarkan kepada pernyataan

    masalah yang telah dinyatakan seperti di atas:-

    a. Mengenal pasti tahap penggunaan kaedah pengelakan (avoiding) dalam

    menguruskan sesuatu konflik oleh guru besar.

    b. Mengenal pasti tahap penggunaan kaedah persaingan (competing) dalam

    menguruskan sesuatu konflik oleh guru besar.

    c. Mengenal pasti tahap penggunaan kaedah berkompromi (compromising) dalam

    menguruskan sesuatu konflik oleh guru besar.

    d. Mengenal pasti tahap penggunaan kaedah akomodasi (accommodation) dalam

    menguruskan sesuatu konflik oleh guru besar.

    e. Mengenal pasti tahap penggunaan kaedah kolaborasi (collaboration) dalam

    menguruskan sesuatu konflik oleh guru besar.

    1.5 Persoalan Kajian

    Berdasarkan kepada objektif yang disenaraikan, lima soalan kajian telah

    dibentuk iaitu:-

    a. Sejauhmanakah kaedah pengelakan (avoiding) digunakan dalam menguruskan

    sesuatu konflik?

    b. Sejauhmanakah kaedah persaingan (competing) digunakan dalam menguruskan

    sesuatu konflik?

    c. Sejauhmanakah kaedah berkompromi (compromising) digunakan dalam

    menguruskan sesuatu konflik?

    d. Sejauhmanakah kaedah akomodasi (accommodation) digunakan dalam

    menguruskan sesuatu konflik?

  • 9

    e. Sejauhmanakah kaedah kolaborasi (collaboration) digunakan dalam

    menguruskan sesuatu konflik?

    1.6 Kepentingan Kajian

    Kajian ini dibuat dapat memberi beberapa kepentingan kepada pihak-pihak

    tertentu. Antaranya ialah:-

    a. Memberi maklumat kepada pihak sekolah terutamanya sekolah rendah tentang

    kaedah pengurusan konflik yang berkesan dan sering digunakan oleh guru besar.

    b. Membantu guru besar dengan menyediakan cara-cara yang berbeza yang

    digunakan ketika menguruskan sesuatu konflik dengan orang lain terutamanya

    dengan guru, pelajar, pihak pentadbiran dan ibu bapa. Justeru, dapat memandu

    kedua-dua pihak yang terlibat dengan kepuasan kerja yang terbaik di samping

    memajukan serta meningkatkan pengurusan sekolah.

    c. Dapat meningkatkan kesedaran tentang cara guru besar itu sendiri dalam

    pengurusan sesuatu perselisihan.

    d. Menyebarkan maklumat mengenai kaedah pengurusan konflik yang berkesan

    khususnya yang digunakan oleh guru besar-guru besar khususnya di Malaysia.

    e. Memberi gambaran secara kasar dan memudahkan pihak yang terlibat

    merancang program pengurusan konflik yang berkesan yang dapat meningkatkan

    kualiti pendidikan khususnya di sekolah.

  • 10

    1.7 Batasan Kajian

    Kajian ini hanya bersifat tinjauan kepada guru besar yang mengambil Program

    Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Ambilan 1 dan 2 di Universiti Teknologi

    Malaysia. Mereka terdiri daripada guru besar yang mentadbir di beberapa sekolah di

    Malaysia. Kajian ini hanya melihat 85 orang guru besar yang mengikuti Program Khas

    Pensisiwazahan Guru Besar di Universiti Teknologi Malaysia. Oleh itu, dapatan kajian

    tidak boleh digunakan kepada guru besar yang mengikuti program yang sama di tempat

    lain iaitu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Perguruan Sultan Idris.

    Selain itu, kajian yang dijalankan hanya terbatas untuk tujuan pengurusan konflik dalam

    sebuah organisasi sekolah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti

    kaedah-kaedah yang digunakan oleh guru besar dalam menguruskan sesuatu konflik

    sama ada menggunakan cara mengelak, akomodasi, kompromi, persaingan atau

    kolaborasi. Kajian ini juga hanya menggunakan intrumen yang telah diadaptasi daripada

    Thomas Killman Conflict Mode Instrument (T-KCMI). Jadi, kajian ini hanya

    menggunakan dimensi yang dicadangkan iaitu mengelak, akomodasi, konpromi,

    persaingan dan kolaborasi. Dapatan yang diperolehi adalah bergantung kepada maklum

    balas responden yang dianggap telah menjawab soal selidik dengan jujur dan ikhlas.

    1.8 Definisi Istilah

    Terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam tajuk kajian ini. Berikut

    merupakan penjelasan definisi-definisi istilah yang digunakan.

  • 11

    1.8.1 Kaedah

    Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem

    atau yg biasa); cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu).

    1.8.2 Pengurusan

    Pengurusan boleh ditakrif sebagai perihal (kerja dan sebagainya) mengurus

    sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dan lain-lain). Pengurusan juga

    boleh didefinisikan sebagai proses mengurus sesuatu organisasi.

    1.8.3 Konflik

    Konflik didefinisikan sebagai perebutan antara nilai dan tuntutan yang sukar

    diperolehi dalam status, kuasa dan sumber-sumber di mana matlamat penentang adalah

    untuk menghapuskan saingannya (Coser, 1967). Deutsch (1973) menyatakan konflik

    wujud pada bila-bila masa yang mana berlaku aktiviti yang berlawanan, tindakan yang

    bertentangan dengan tindakan orang lain, mempertahankan, halangan, campur tangan,

    melukai atau suatu jalan yang menjadikan kurang efektif.

    Schmidt dan Kochan (1972) pula mendefinisikan konflik sebagai kewujudan

    peluang yang dirasai untuk campur tangan dengan pencapaian matlamat orang lain.

    Luthans (1992) mendefinisikan konflik dalam perspektif komunikasi sebagai perebutan

    yang digambarkan antara sekurang-kurangnya dua pihak yang saling bergantungan yang

  • 12

    merasai matlamat, ganjaran dan campur tangan yang berlawanan daripada pihak yang

    satu lagi dalam mencapai matlamat mereka.

    Greenberg (1997) mendefinisikan konflik dalam konteks pengurusan konflik

    sebagai sebarang perlencongan kepentingan-kepentingan, objektif atau keutamaan di

    antara individu-individu, kelompok, organisasi atau ketidakserupaan kepada kehendak-

    kehendak sesuatu tugas, aktiviti atau proses. Ketegangan yang wujud di antara dua atau

    lebih entiti sosial (individu, kumpulan atau organisasi yang lebih besar) yang timbul

    daripada ketidakserasian antara tindak balas yang sebenar atau yang diingini. (Sashkin &

    Morris, 1984).

    1.8.4 Kaedah Pengurusan Konflik

    Kaedah pengurusan konflik merupakan hasil daripada kebimbangan atau

    kesedaran seseorang dalam menyempurnakan matlamat seseorang dan kesedaran

    seseorang itu terhadap orang lain dalam menyempurnakan matlamatnya (Hall, 1969).

    Blake dan Mouton (1970) serta Killman dan Thomas telah menghasilkan lima cara

    pengurusan konflik iaitu bersaing (competing), mengelak (avoiding), kompromi

    (compromising), akomodasi (accommodating) dan kolaborasi (collaboration). Kaedah

    bersaing boleh dikatakan apabila sifat desakan adalah tinggi dan seseorang cuba untuk

    mencapai objektifnya tanpa menghiraukan orang lain. Cara pengelakan pula adalah

    apabila individu/kumpulan yang berkonflik tidak ingin mencapai objektifnya. Kedua-

    dua pihak mencapai penyelesaian secara bersama di mana setiap pihak hanya mendapat

    sebahagian daripada objektifnya sahaja dikatakan sebagai pengurusan konflik secara

    kompromi. Akomodasi pula adalah strategi yang bersifat terlalu kooperatif di mana

    terdapat ketidakseimbangan kuasa. Keadah kolaboratif pula strategi yang

    menggabungkan sifat desakan dan kooperatif yang tinggi untuk mencapai objektif

    kedua-dua pihak.

  • 13

    1.8.5 Guru Besar

    Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) mendefinisikan guru besar sebagai ketua

    guru yang mengetuai sesuatu sekolah atau pengetua sekolah. Di Malaysia, guru besar

    ialah jawatan tertinggi di sekolah rendah yang dibantu oleh tiga orang Guru Penolong

    Kanan dan jika sekolah ada dua sesi, mereka dibantu oleh Guru Penyelia Petang.

    Menurut Kamus Oxford pula, guru besar merujuk kepada ketua guru lelaki atau

    perempuan di sekolah.

    1.9 Penutup

    Sekolah sebagai institusi pendidikan khususnya sekolah rendah memainkan

    peranan yang penting dalam pembangunan negara kerana di situ terdapat generasi yang

    akan menerajui kepimpinan negara akan datang. Tidak dapat dinafikan, konflik dan

    masalah sering timbul dalam institusi ini yang ditadbir oleh guru besar. Kecekapan

    sesebuah sekolah boleh ditentukan oleh kecekapan ketuanya dalam mengendalikan

    sesuatu masalah atau konflik yang berlaku sama ada berhadapan dengan guru, pelajar,

    ibu bapa atau masyarakat.

    Oleh kerana itu, guru besar sebagai pemimpin dan pentadbir sekolah perlu bijak

    dalam mengendalikan sesuatu konflik. Atas dasar itu juga, guru besar sepatutnya

    berkemampuan untuk menyelesaikannya dengan caranya yang tersendiri yang boleh

    memberi kesan yang terbaik kepada organisasi sekolah dan meningkatkan kualiti

    pengurusan pendidikan serta dapat mencapai matlamat bersama. Dengan persoalan dan

    objektif yang dinyatakan dalam bab ini, pengkaji amat berminat untuk mengenal pasti

    apakah kaedah-kaedah atau cara-cara yang paling berkesan yang digunakan oleh guru

    besar yang berhadapan dengan pelbagai situasi konflik dan masalah.

    BORANG_PENGESAHAN_TESIS_REALdoc.docDECLARATION_PENYELIA_BETUL.docJUDUL.docDEC_ORIGINALITY_REAL.docDEDIKASI_MULI.docPENGHARGAAN_MULI.docABSTRACT1.docABSTRAK.docKANDUNGAN.docSENARAI JADUAL_MULI.docSENARAI RAJAH_MULI.docSENARAI SINGKATAN_MULI.docSENARAI LAMPIRAN_MULi.docBAB 1.doc