utpsz 19:16 (pind.1/97) - faculty of education...2.4 jabatan pembangunan kemahiran (jpk) 18 2.5...

25
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERSEPSI PELAJAR KOLEJ INTEGRASI ILMU (KINI), MEMPAGA TERHADAP KERJAYA SELEPAS TAMAT KURSUS SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM). SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya SHAFYUHANIS BINTI MOHD SHAH (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: PM. DR. HJ. ABD. WAHID BIN MUKHARI NO.191 TAMAN MEMPAGA UTAMA, 28600 KARAK, PAHANG DARUL MAKMUR. Tarikh: 24 APRIL 2009 Tarikh: 24 APRIL 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: others

Post on 02-Jan-2020

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERSEPSI PELAJAR KOLEJ INTEGRASI ILMU (KINI), MEMPAGA TERHADAP KERJAYA SELEPAS TAMAT

KURSUS SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM).

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya SHAFYUHANIS BINTI MOHD SHAH

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: PM. DR. HJ. ABD. WAHID BIN MUKHARI NO.191 TAMAN MEMPAGA UTAMA, 28600 KARAK, PAHANG DARUL MAKMUR.

Tarikh: 24 APRIL 2009 Tarikh: 24 APRIL 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Serta Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) ”

Tanda tangan :

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. HJ. ABD. WAHID B. MUKHARI

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 3: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

i

PERSEPSI PELAJAR KOLEJ INTEGRASI ILMU (KINI), MEMPAGA

TERHADAP KERJAYA SELEPAS TAMAT KURSUS SIJIL KEMAHIRAN

MALAYSIA (SKM).

SHAFYUHANIS BINTI MOHD SHAH

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : SHAFYUHANIS BINTI MOHD SHAH

Tarikh : APRIL , 2009

Page 5: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

iii

DEDIKASI

Istimewa Untuk....

Ayahandaku Mohd Shah Bin Mat Zain,

Bondaku Habsah Binti Shamsudin,

Kakandaku Shafriza Binti Mohd Shah,

Adindaku Mohd Syahir Athar & Syafiqah,

Berdirinya Aku Di sini Berbekalkan Semangat dan Kasih Sayang Kalian,

Terima Kasih Di atas Segalanya....

Mertuaku..... Arbain Bin Asmawi dan Rokiyah Binti Onan,

Terima Kasih Di atas Nasihat dan Dorongan Kalian......

Yang Teristimewa Dihatiku....

Nasarudin Bin Arbain (Suami, Kekasih & Temanku),

Kesabaran, kesetiaan,ketabahan dan doronganmu,

Menjadikan ikatan dan kasih sayang kita semakin kukuh,

Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.....

Buat Teman Teman Seperjuangan ...

Teruskan Perjuangan Kalian.......

Terima Kasih....

Semoga Apa Yang Dilakukan Akan DiRahmati Allah Hendaknya.

Page 6: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah

kurniaNya, maka saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat

untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup).

Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PROF. MADYA DR. HJ.

ABD. WAHID BIN MUKHARI selaku pensyarah pembimbing, di atas segala

bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat serta teguran di sepanjang tempoh menyiapkan

kajian ini.

Sekalung ucapan terima kasih kepada kakitangan Kolej KINI terutamanya

kepada Encik Abdul Aziz Bin Othman selaku Pengurus Kolej KINI dan Haji

Zainuddin Bin Mohd Ottok. Tidak lupa kepada semua pensyarah-pensyarah di Kolej

Integrasi Ilmu (KINI) di Mempaga terutama pensyarah bagi pelajar SKM Tahap II

yang telah memberikan kerjasama dan bantuan dalam menyiapkan projek ini.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan

seperjuangan, semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama secara

langsung atau tidak langsung untuk menyiapkan projek ini. Semoga mendapat

keberkatan di dunia dan akhirat hendaknya.

Sekian, Terima Kasih.

Page 7: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar Kolej Integrasi Ilmu

(KINI) terhadap kerjaya selepas tamat kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Soal

selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang diedarkan kepada sampel yang

terdiri daripada sejumlah 88 orang pelajar yang belajar di Kolej Integrasi Ilmu,

Mempaga, Karak, Pahang. Analisis kajian di buat berdasarkan kekerapan, peratusan

dan min dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The Social

Sciences) versi 12.0. Ujian kebolehpercayaan atau reabiliti analisis telah di jalankan

ke atas 10 orang responden dan alpha croanbach yang diperolehi ialah 0.844. Hasil

analisis persoalan yang dikaji menunjukkan persepsi positif dan memuaskan yang

mana pengetahuan dan pendedahan tehadap kerjaya telah mencapai tahap yang

tinggi di kalangan para pelajar kolej KINI. Ini terbukti melalui perolehan skor min

yang tinggi antara 3.66 hingga 4.03. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi

membantu dan cadangan kajian lanjutan bagi penyelidik yang ingin meneruskan

kajian ini dengan lebih mendalam dibincangkan di akhir bab penulisan ini.

Page 8: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive research is to study on the perception among Kolej

Integrasi Ilmu (KINI) trainees towards their career after finish courses Sijil

Kemahiran Malaysia (SKM). Questionnaire has been chosen as the instrument study

which has been circulated to a sum of 88 trainees who are studying at Kolej Integrasi

Ilmu (KINI), Mempaga, Karak, Pahang. Analysis on the responses were done based

on the frequency, percentage and mean using SPSS (Statistical Package for The

Social Sciences) version 12.0. Reliability test has been carried out on 10 respondents

and an Alpha Cronbach of 0.844 has been obtained. The result of the analysis shows

that the majority of KINI trainees gives positive and satisfying perceptions towards

the information about career in future which their knowledge and exposure about it

increased. It is proven by the high score of the mean between 3.66 and 4.03. Several

proposals are presented in the last chapter to help on further research as well as few

suggestions to carry out a further research for researchers who want to study this

aspect in depth.

Page 9: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Skop dan Batasan Kajian 11

Page 10: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

viii

1.8 Definisi Terminologi 11

1.8.1 Persepsi 11

1.8.2 Pelajar 12

1.8.3 Kolej Integrasi Ilmu (KINI) 12

1.8.4 Kerjaya 12

1.8.5 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 13

BAHAGIAN DUA

SOROTAN PENULISAN

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 14

2.2. Pendidikan Teknik dan Vokasional 15

2.3 Sejarah Pendidikan Vokasional Di Malaysia 17

2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18

2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran

Malaysia (SKM) 19

2.6 Kolej Integrasi Ilmu (KINI) 20

2.7 Kursus-Kursus Yang Ditawarkan Di Kolej KINI 22

2.8 Kepentingan Kerjaya Kepada Lepasan SKM 25

2.8.1 Laluan Kerjaya 27

2.8.2 Bidang Kerjaya 29

2.8.3 Jenis Kerjaya 30

2.8.4 Maklumat Kerjaya 31

2.9 Kajian Lepas Berkaitan Pusat Latihan 32

Kemahiran

Page 11: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

ix

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Rekabentuk Kajian 36

3.3 Tempat Kajian 36

3.4 Populasi Kajian 37

3.5 Instrument Kajian 38

3.5.1 Bahagian A : Latabelakang Pelajar 38

3.5.2 Bahagian B : Item Soal Selidik 39

3.6 Skala Pengukuran 40

3.7 Prosedur Kajian 41

3.8 Kajian Rintis 43

3.9 Analisis Data 43

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB 4 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

4.1 Pengenalan 46

4.2 Analisi data Bahagian A 47

4.2.1 Jantina 47

4.2.2 Umur 48

4.2.3 Bidang Kursus 48

4.2.4 Sebab Ikuti Kursus 49

4.2.5 Pekerjaan Ibu Bapa 49

4.3 Analisis Data Bahagian B 50

Page 12: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

x

4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 50

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 54

4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3 57

4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian 4 59

4.4 Rumusan Analisis Data 62

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 63

5.2 Perbincangan Dapatan Maklumat Bahagian A 64

5.3 Perbincangan 64

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 65

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 66

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 68

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 69

5.4 Rumusan Kajian 71

5.5 Cadangan 72

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 73

BIBLIOGRAFI 75

Page 13: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kolej Integrasi Ilmu (KINI) 3

1.2 Maklumat Pelajar yang dilatih di Kolej KINI 7

3.1 Populasi Pelajar SKM Tahap 2 37

3.2 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian 39

3.3 Pengkelasan Nombor Dalam Skala Likert 40

3.4 Perubahan Skala Likert Mata 44

3.5 Petunjuk Peratusan Untuk Darjah Penilaian 44

3.6 Petunjuk Min Untuk Menilai Darjah Penilaian 45

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 47

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur 48

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Bidang Kursus 48

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Sebab Ikuti Kursus 49

4.5 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan Ibu Bapa 49

4.6 Taburan Frekuensi, Peratus dan Min bagi Persoalan Kajian 1 53

4.7 Taburan Frekuensi, Peratus dan Min bagi Persoalan Kajian 2 56

4.8 Taburan Frekuensi, Peratus dan Min bagi Persoalan Kajian 3 59

4.9 Taburan Frekuensi, Peratus dan Min bagi Persoalan Kajian 4 61

4.10 Rumusan Analisis Data 62

Page 14: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Laluan Kerjaya Sistem Pendidikan Teknikal dan Voksional 28

3.1 Prosedur Kajian 42

Page 15: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

xiii

SENARAI SINGKATAN

KINI Kolej Integrasi Ilmu

JPK Jabatan Pembangunan Kemahiran

JPT Jabatan Pendidikan Teknikal

FELDA Federal Land Development Authority

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta

MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

SKM Sijil Kemahiran Malaysia

NOSS Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan

SPSS Statistical Package for Social Sciences

Page 16: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK

A Set Soal Selidik

B Pengesahan Pelajar

C Surat Kebenaran Menjalankan Soal Selidik

Page 17: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan berasaskan teknologi dan teknikal merupakan kekuatan utama

dalam penjanaan sumber tenaga manusia. Ia dapat melahirkan tenaga manusia yang

mempunyai pengetahuan, kemahiran serta berketrampilan, ini secara tidak langsung

dapat memenuhi permintaan yang tinggi terhadap tenaga kerja terlatih yang amat

diperlukan di dalam sesebuah industri. Kerangka pembangunan di dalam ekonomi

turut menjadikan teknologi tinggi sebagai teras pertumbuhan produktiviti,

meningkatkan realiti aliran persaingan ekonomi di negara ini. Justeru itu, pendidikan

teknikal dan vokasional amat diperlukan untuk membolehkan negara mempunyai

daya saing tinggi dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara industri.

Konsep pendidikan sepanjang hayat yang digariskan dalam Pelan Rancangan

Jangka Panjang Ketiga tahun 2001 hingga 2010, latihan kemahiran juga

menyediakan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi setaraf dengan

ijazah pertama pendidikan akademik (Berita Harian, 23 April 2001).

Page 18: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

2

Sektor kerajaan dan sektor swasta telah memperkenalkan pendidikan teknik

dan vokasional di negara kita. Kerajaan telah memainkan peranannya dengan

melaksanakan program formal, pendidikan teknik dan vokasional melalui agensi-

agensinya iaitu Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan,

Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan

Pembangunan Kemahiran (JPK).

Agensi-agensi tersebut masing-masing mempunyai corak pendidikan dan

latihan yang menjurus kepada melahirkan tenaga mahir dan separa mahir di bidang

teknikal dan vokasional disamping pengetahuan teknologi. Atas kesedaran ini, pihak

Yayasan Felda telah membangunkan sebuah institusi pendidikan dalam bidang

kemahiran iaitu melalui penubuhan Kolej Integrasi Ilmu (KINI) di Mempaga.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan

lapan inisiatif melibatkan peruntukan RM 78.4 juta bagi menjadikan belia Felda

sebagai kumpulan generasi baru contoh terbaik di negara ini. “ Ia merangkumi

pelbagai program seperti pendidikan, latihan kemahiran, pembangunan sukan,

keusahawanan dan perumahan,” katanya ketika merasmikan Konvensyen dan

Anugerah Belia Felda. (Utusan Malaysia, 11 Disember 2007).

Salah satu inisiatif tersebut adalah peruntukan bagi belia Felda yang tidak

dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta

(IPTS). Untuk inisiatif ini Yayasan Felda sedang menguruskan Kolej Integrasi Ilmu

(KINI) yang menawarkan pelbagai kursus kemahiran bersesuaian dengan tuntutan

industri semasa.

Page 19: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

3

Lima buah Kolej Integrasi Ilmu (KINI) di tubuhkan oleh Yayasan Felda

adalah seperti di Jadual 1.1.

Jadual 1.1 Kolej Integrasi Ilmu (KINI)

TEMPAT LATIHAN LATIHAN DITAWARKAN

KINI Mempaga, Pahang 1. Pembantu Kaunter Hadapan 2. Kerani Tempahan Tiket 3. Atendan Bilik 4. Katering 5. Bakeri 6. Pastri 7. Pramusaji

KINI Trolak, Perak 1. Juruteknik Sistem Komputer 2. Dekstop Publishing 3. Pereka Grafik 4. Multimedia

KINI Raja Alias, Negeri Sembilan Darul Khusus

1. Pembuat Pakaian Lelaki dan Wanita

2. Pendandan Rambut KINI Kerteh, Terengganu 1. Kursus Usahawan

2. Kursus Intensif Bahasa Inggeris 3. Penjagaan Kesihatan

Pusat Latihan Trolak, Perak 1. Juruteknik Kenderaan Motor 2. Juruteknik Penyembur Cat

Automotif 3. Juruteknik Motosikal 4. Juruteknik Elektrik

( http://www.felda.net.my/yayasanfelda/program.htm )

Kolej Integrasi Ilmu merupakan sebuah institusi pendidikan yang baru di

tubuhkan dan dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Felda. Yayasan Felda ditubuhkan

pada tahun 1988 bertujuan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial dan

kemasyarakatan serta menyelaras projek kebajikan kumpulan FELDA. Aspek

pendidikan merupakan bidang yang diberi perhatian dan keutamaan, maka Yayasan

Felda turut memberi sumbangan dalam bidang pendidikan termasuk tajaan

pendidikan dan bantuan kewangan kepada pelajar IPTA, menganjurkan program

memajukan prestasi pelajar-pelajar sekolah, perbanyakkan aktiviti latihan kepada

masyarakat luar bandar dengan keperluan dan kepentingan masa depan mereka.

Page 20: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

4

Kolej Integrasi Ilmu (KINI) di Mempaga menawarkan 7 jenis kursus yang

terdiri dari bidang hospitaliti seperti katering, bakeri, pastri, pramusaji, kerani

tempahan dan tikatan, attendan bilik dan pembantu kaunter hadapan. Program

latihan yang dianjurkan oleh Yayasan Felda akan memberi peluang memperolehi

pekerjaan dan membantu mempertingkatkan lagi kerjaya mereka. Kursus yang

dianjurkan adalah untuk golongan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang menepati

syarat-syarat kelayakan kemasukan.

Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus yang ditawarkan akan diberi Sijil

Kemahiran Malaysia (SKM) setelah menamatkan latihan selama 6 bulan atau 12

bulan latihan mengikut tahap yang diambil. Kebajikan pelajar turut terjamin dimana

latihan di KINI dibiayai oleh Yayasan Felda serta kemudahan-kemudahan lain diberi

secara percuma.

Menurut Kandar Saikon (2001), semua program latihan telah disusun

mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang diselaraskan

oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Ini menunjukkan bahawa sijil yang

dikeluarkan oleh Kolej Integrasi Ilmu telah diakui oleh JPK serta memenuhi ciri-ciri

ketrampilan yang dikehedaki.

Page 21: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Penubuhan Kolej Integrasi Ilmu bertujuan untuk melahirkan pelajar yang

cenderung dalam bidang hospitaliti di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia di mana

bidang kursus yang ditawarkan membolehkan pelajar mendapat pengetahuan asas

vokasional dan kemahiran untuk membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan

sebagai tenaga mahir dan separuh mahir dalam sektor perindustrian perhotelan serta

perlancongan.

Kolej ini melaksanakan program latihan yang ditetapkan dengan menepati

arahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui kaedah yang ditetapkan.

Objektif dan kumpulan sasaran Kolej Integrasi Ilmu adalah :

a. Memberi latihan kemahiran kepada generasi muda Felda sejajar dengan

perkembangan ekonomi Negara dan proses globalisasi.

b. Melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam bidang yang

diceburi.

c. Memberi peluang kepada generasi muda Felda dan luar Bandar menyumbang

kepada Negara melalui kemahiran yang dimiliki.

d. Membantu masyarakat luar bandar termasuk Felda dalam mengurangkan

masalah sosial.

( Bahagian Pengurusan Kolej Integrasi Ilmu, Yayasan Felda )

Apa yang dapat dirumuskan dari objektif tersebut adalah penubuhan Kolej

Integrasi Ilmu ini adalah untuk melahirkan generasi muda Felda yang berjaya dalam

sesuatu bidang, ia merangkumi beberapa aspek iaitu melahirkan tenaga kerja yang

mahir dan berpengetahuan serta tenaga kerja yang boleh menyumbang kepada

negara. Justeru itu, peranan kerjaya itu penting untuk mencorak masa depan pelajar.

Page 22: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

6

Pemilihan kerjaya perlu dibuat dengan teliti sesuai dengan minat kerana tindakan

tersebut akan memberi kesan terhadap masa hadapan seseorang khususnya kepada

pelajar-pelajar di KINI.

Terdapat kira-kira 500,000 peluang pekerjaan yang kosong dalam empat

sektor utama negara iaitu sektor pertanian, sektor pembinaan, sektor pembuatan dan

sektor perkilangan. Dari jumlah tersebut, sektor pertanian memerlukan kira-kira

200,000 pekerja, sektor pembinaan 150,000 pekerja manakala sektor pembuatan dan

perkhidmatan masing-masing 100,000 dan 300,000 pekerja. Timbalan Menteri

Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman berkata, beberapa sektor perkhidmatan

seperti perhotelan dan pelancongan juga menawarkan peluang pekerjaan di pelbagai

peringkat kepada rakyat tempatan. (Utusan Malaysia, 9 April 2005).

Pasaran kerjaya yang pelbagai di negara kita dianggap telah membuka ruang

serta peluang kepada para pelajar untuk menentukan kerjaya pilihan mereka.

Pemilihan kerjaya yang bijak memerlukan maklumat yang tepat tentang pekerjaan

yang diminati, kelayakan serta faedah yang boleh diperolehi daripada pekerjaan

tersebut. Namun begitu, ada juga di antara mereka yang menjadikan bidang

pendidikan sebagai batu loncatan untuk mendapatkan pekerjaan dengan lebih mudah

walaupun pada hakikatnya mereka tidak begitu meminati bidang tersebut.

Pengarah Bahagian Kurikulum Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan

Teknik, Kementerian Pendidikan, Imran Idris (2001), menyatakan sistem

persekolahan dan institusi latihan teknikal serta vokasioanal didapati gagal bersaing

dalam dunia industri. Persoalan yang timbul disini, adakah pelajar di Kolej KINI

mengetahui tentang kerjaya yang bakal di ceburi kelak atau mereka tidak mempunyai

pengetahuan yang banyak tentang laluan kerjaya, bidang kerjaya, jenis kerjaya serta

maklumat kerjaya mereka pada masa akan datang.

Page 23: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

7

Jadual 1.1 menunjukkan statistik pelajar Kolej KINI di Mempaga setelah

tamat mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Daripada statistik tersebut,

tidak semua pelajar tahap satu yang menyambung latihan ke tahap dua dan masih ada

pelajar yang belum mendapat pekerjaan disamping pelajar yang bekerja dalam

bidang yang berlainan dari kursus yang diikuti.

Jadual 1.2 Maklumat Pelatih yang dilatih di Kolej Integrasi Ilmu (KINI),

Mempaga

TELAH BEKERJA BIDANG KERJA

B

I

L

KURSUS

JUMLAH

PELATIH

(2006-2008) DIPELAJARI

LL

SEDANG

MENCARI

KERJA

SAMBUNG

BELAJAR

JUMLAH

1 KATERING 176 70 20 3 21 114

2 PASTRY 85 30 10 4 11 56

3 BAKERY 74 20 10 2 13 45

4 FOOD &

BEVERAGE

101

40

16

2

5

63

5 HOUSEKEEPING 48 20 3 2 - 25

6 TOURISM 57 20 9 3 11 43

7 FOA 46 15 3 2 14 34

JUMLAH 587 215 71 18 75 380

( Bahagian Pengurusan Kolej Integrasi Ilmu, Yayasan Felda )

Daripada jadual statistik berikut, masalah yang dapat dilihat adalah jumlah

bilangan pelajar Kolej KINI DI Mempaga yang tidak mengikuti laluan kerjaya

mereka di dalam bidang yang diceburi dan terdapat segelintir pelajar yang belum

mendapat pekerjaan. Selain itu, terdapat juga pelajar yang menyambung pelajaran

tetapi tidak tahu sama ada kursus yang diikuti sama atau berlainan dengan kursus

SKM mereka di Kolej KINI. Maka kajian ini dilakukan untuk mengetahui persepsi

pelajar Kolej Integrasi Ilmu (KINI) Mempaga terhadap terhadap kerjaya selepas

tamat kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Page 24: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

8

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar Kolej Integrasi

Ilmu (KINI) Mempaga terhadap kerjaya selepas tamat kursus Sijil Kemahiran

Malaysia (SKM).

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada penyataan masalah di atas, pengkaji telah menetapkan

beberapa objektif dalam kajian ini iaitu untuk :

i. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap laluan kerjaya mereka

selepas menamatkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia di KINI

ii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap bidang kerjaya yang

ditawarkan setelah menamatkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia di

KINI

iii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap jenis kerjaya pelajar selepas

menamatkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia di KINI

iv. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap maklumat kerjaya yang

diperolehi ketika mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia di KINI

Page 25: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - Faculty of Education...2.4 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 18 2.5 Pengenalan Mengenai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 19 2.6 Kolej Integrasi Ilmu

9

1.5 Persoalan Kajian

Perkara asas yang menjadi persoalan kepada kajian ini merangkumi beberapa

aspek seperti berikut :

i. Apakah persepsi pelajar terhadap laluan kerjaya mereka selepas tamat

kursus Sijil Kemahiran Malaysia di KINI ?

ii. Apakah persepsi pelajar terhadap bidang kerjaya yang ditawarkan

setelah menamatkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia di KINI ?

iii. Apakah persepsi pelajar terhadap jenis kerjaya pelajar selepas tamat

kursus Sijil Kemahiran Malaysia di KINI ?

iv. Apakah persepsi pelajar terhadap maklumat kerjaya yang diperolehi

ketika mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia di KINI ?