utpsz 19:16 (pind.1/07) - fp.utm.my · hasil kajian juga mendapati pelajar pkpg bersetuju untuk...

24
UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP KESEDIAAN KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR PKPG_ TAHUN AKHIR YANG MENGAMBIL MATA PELAJARAN______ KEMAHIRAN HIDUP DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya MAGRIT BINTI OLIGUNG_______________________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: KAMPUNG PARAPAT DARAT, W.D.T 38, P.M. DR. BAHARIN BIN ABU 89059 KUDAT, NAMA PENYELIA SABAH Tarikh: _29 APRIL 2008__ Tarikh: 2 MEI 2008____ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: doquynh

Post on 12-Aug-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

UTPSZ 19:16 (Pind.1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP KESEDIAAN KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR PKPG_ TAHUN AKHIR YANG MENGAMBIL MATA PELAJARAN______

KEMAHIRAN HIDUP DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya MAGRIT BINTI OLIGUNG_______________________

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: KAMPUNG PARAPAT DARAT, W.D.T 38, P.M. DR. BAHARIN BIN ABU 89059 KUDAT, NAMA PENYELIA SABAH Tarikh: _29 APRIL 2008__ Tarikh: 2 MEI 2008____

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

PENGAKUAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”

Tandatangan : ………………………………..

Nama Penyelia : P.M. Dr. Baharin Bin Abu

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 3: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

TAHAP KESEDIAAN KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR PKPG TAHUN

AKHIR YANG MENGAMBIL MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI

FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI

MAGRIT BINTI OLIGUNG

Laporan ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya..”

Tandatangan : ………………………………..

Nama Penulis : Magrit Binti Oligung

Tarikh : 29 April 2008

Page 5: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

iii

DEDIKASI

Sekalung terima kasih kuberikan...

Untuk mama dan papa yang dicintai

atas pengobanan dan doa yang tidak jemu-jemu

dicurahkan untuk kejayaanku

Sekalung terima kasih kuberikan...

Untuk abang dan adik-adik yang dikasihi

kerana telah banyak memberi dorongan

di dalam menghasilkan kertas kerja ini

Sekalung terima kasih kuberikan...

Untuk rakan-rakan yang disayangi

yang telah banyak mengongsikan pendapat

dan menyumbangkan idea yang hebat

TERIMA KASIH ATAS SEGALA PENGORBANAN

YANG TELAH KALIAN LAKUKAN

Page 6: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

iv

PENGHARGAAN

Salam sejahtera. Ucapan syukur dan terima kasih kepada Tuhan kerana telah

memberikan kekuatan dan ketabahan untuk melaksanakan kajian ini.

Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada penyelia projek, P.M. Dr. Baharin Abu

kerana telah memberikan panduan, bimbingan dan nasihat sepanjang proses

penghasilan Projek Sarjana Muda ini. Segala jasa dan pengorbanan masa yang diberi

amat dihargai. Semoga keikhlasan yang diberikan mendapat berkat kesejahteraan

dari-Nya.

Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah dan teman-teman yang banyak

membantu dari segi idea dan tenaga. Semoga anda semua akan terus dianugerahkan

kebijaksanaan untuk terus mengongsikan ilmu yang diperolehi.

Rasa penghargaan juga dihulurkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung

ataupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Sekian terima kasih.

Page 7: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan kemahiran generik

pelajar-pelajar PKPG, tindakan yang diambil untuk meningkatkan kemahiran generik

dan halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar untuk mempertingkatkan

kesediaan generik. Responden kajian ini terdiri daripada 92 orang pelajar PKPG

yang dipilih secara rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan untuk

mendapatkan data ialah soal selidik yang mengandungi 55 item. Nilai

kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi soal selidik yang digunakan adalah α = .98.

Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan,

peratus dan min dengan menggunakan perisian SPSS 11.5. Hasil kajian

menunjukkan pelajar PKPG berada pada tahap kesediaan kemahiran generik yang

tinggi. Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk

memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang

paling efektif untuk meningkatkan kemahiran ini. Hasil kajian menunjukkan

kurangnya pengetahuan dan kefahaman tentang konsep kemahiran generik menjadi

halangan utama kepada pelajar PKPG untuk mempertingkatkan kesediaan kemahiran

generik.

Page 8: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

vi

ABSTRACT

The purposes of the research were to identify the generic skills readiness

level among the final year PKPG students, the appropriate actions to improve generic

skills and also the problems faced by the PKPG students in terms of improving their

generic skills. Respondents consisted of 92 PKPG students selected based on the

simple random sampling method. Instrument used was a set of questionnaire which

contained 55 items to obtain the data. The Alpha Cronbach reliability value of the

instrument was α = .98. The data collected were descriptively analyzed by using

SPSS 11.5 software to determine frequencies, percentages and means. Based on the

finding, the PKPG students were at the high level of generic skills readiness. The

finding also indicated that PKPG students agreed to gain reading materials on

generic skills as the most effective way to improve their skills. The finding also

showed that lack of knowledge and understanding of generic skills concept was the

strongest barrier to increase the PKPG students generic skills readiness.

Page 9: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN x

SENARAI LAMPIRAN xi

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SIMBOL xv

SENARAI SINGKATAN xvi

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Batasan Kajian 8

Page 10: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

viii

1.9 Definisi Operasional 8

1.9.1 Tahap 9

1.9.2 Kesediaan 9

1.9.3 Kemahiran Generik 9

1.9.4 Pelajar PKPG 11

1.10 Penutup 12

2 SOROTAN PENULISAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kemahiran Generik 13

2.2.1 Definisi Kemahiran Generik 14

2.2.2 Komponen Kemahiran Generik Peringkat

Sekolah 17

2.2.3 Komponen Kemahiran Generik Peringkat

Pengajian Tinggi 18

2.2.4 Komponen Kemahiran Generik Di

Universiti Teknologi Malaysia 23

2.3 Model Kemahiran Generik 26

2.4 Kajian Lepas Berkaitan Kemahiran Generik 28

2.5 Penutup 30

3 METODOLOGI 31

3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka Bentuk Kajian 32

3.3 Tempat Kajian 32

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 33

3.5 Instrumen Kajian 34

3.5.1 Soal Selidik 35

3.6 Kajian Rintis 38

3.6.1 Kesahan 39

3.6.2 Kebolehpercayaan 39

3.7 Prosedur Kajian 40

Page 11: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

ix

3.8 Analisis Data 41

3.9 Penutup 43

4 ANALISIS DATA 44

4.1 Pengenalan 44

4.2 Bahagian A (Latar Belakang Pelajar PKPG) 44

4.2.1 Latar Belakang Pelajar Mengikut Jantina 45

4.2.2 Latar Belakang Pelajar Mengikut Umur 45

4.2.3 Latar Belakang Pelajar Mengikut Bangsa 46

4.2.4 Latar Belakang Pelajar Mengikut Pengalaman

Mengajar 47

4.3 Bahagian B (Tahap Kesediaan Kemahiran Generik

Pelajar) 47

4.3.1 Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar

Bagi Aspek Kemahiran Komunikasi 48

4.3.2 Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar

Bagi Aspek Kemahiran Bekerja Dalam

Kumpulan 49

4.3.3 Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar

Bagi Aspek Kemahiran Penyelesaian Masalah 51

4.3.4 Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar

Bagi Aspek Kemahiran Menyesuaikan Diri 52

4.3.5 Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar

Bagi Aspek Kemahiran Pembelajaran

Sepanjang Hayat 54

4.3.6 Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar

Bagi Aspek Kemahiran Keyakinan Diri 55

4.3.7 Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar

Bagi Aspek Etika Dan Moral 56

4.3.8 Analisis Min Keseluruhan Tahap Kesediaan

Kemahiran Generik Pelajar 57

Page 12: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

x

4.4 Bahagian C (Tindakan Diambil Meningkatkan

Kemahiran Generik Pelajar) 58

4.5 Bahagian D (Halangan Mempertingkatkan Kesediaan

Kemahiran Generik Pelajar) 60

4.6 Penutup 61

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 62

5.1 Pengenalan 62

5.2 Rumusan Kajian 63

5.3 Perbincangan Kajian 64

5.3.1 Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar

PKPG Tahun Akhir Yang Mengambil Mata

Pelajaran Kemahiran Hidup Di Fakulti

Pendidikan, UTM, Skudai 65

5.3.2 Tindakan Yang Diambil Untuk Meningkatkan

Kemahiran Generik 67

5.3.3 Halangan Yang Dihadapi Untuk

Mempertingkatkan Kesediaan Kemahiran

Generik 69

5.4 Cadangan Kajian 71

5.4.1 Cadangan Kepada Pihak Perpustakaan UTM 71

5.4.2 Cadangan Kepada Tenaga Pengajar UTM 72

5.4.3 Cadangan Kepada Pelajar 72

5.4.4 Cadangan Kajian Lanjut 73

5.5 Penutup 73

RUJUKAN 74

LAMPIRAN (A-D) 79 - 87

Page 13: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

xi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 79 B Borang Pengesahan Item-Item Soal Selidik 85 C Surat Pengesahan Pelajar 86 D Jadual Krejcie, R.V and Morgan D. W.(1970) 87

Page 14: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Istilah Kemahiran Generik Di Beberapa Buah Negara 16

2.2 Kemahiran Generik Dalam Sistem Persekolahan Malaysia 17 2.3 Keterangan dan Tahap Kemahiran Berkomunikasi 19 2.4 Keterangan dan Tahap Kemahiran Kritis dan Kemahiran

Menyelesaikan Masalah 20 2.5 Keterangan dan Tahap Kemahiran Kerja Berpasukan 20 2.6 Keterangan dan Tahap Pembelajaran Berterusan dan

Pengurusan Maklumat 21 2.7 Keterangan dan Tahap Kemahiran Keusahawanan 21 2.8 Keterangan dan Tahap Etika dan Moral Profesional 22 2.9 Keterangan dan Tahap Kemahiran Kepimpinan 22 3.1 Saiz Sampel Berbanding Saiz Populasi 35 3.2 Kandungan Soal Selidik 38 3.3 Pembahagian Item Bagi Latar Belakang Responden 38 3.4 Bilangan Item Berdasarkan Persoalan Kajian 1 39 3.5 Skala pemeringkatan 4 mata 40 3.6 Nilai Alpha Cronbach 42 3.7 Kaedah Analisis Persoalan Kajian 43

Page 15: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

xiii

3.8 Pengkelasan Skor Min Dan Penentuan Tahap 43 4.1 Analisis Peratusan Demografi Pelajar Mengikut Jantina 47 4.2 Analisis Peratusan Demografi Pelajar Mengikut Umur 47 4.3 Analisis Peratusan Demografi Pelajar Mengikut Bangsa 48 4.4 Analisis Peratusan Demografi Pelajar Mengikut Pengalaman

Mengajar 49

4.5 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi Aspek Kemahiran Komunikasi 50

4.6 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi Aspek

Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan 52 4.7 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi Aspek

Kemahiran Penyelesaian Masalah 53 4.8 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi Aspek

Kemahiran Menyesuaikan Diri 55 4.9 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi Aspek

Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat 56 4.10 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi Aspek

Kemahiran Keyakinan Diri 57 4.11 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi Aspek

Etika dan Moral 58 4.12 Analisis Min Keseluruhan Tahap Kesediaan Pelajar

Bagi Setiap Aspek Kemahiran Generik Pelajar 60 4.13 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Terhadap

Tindakan Yang Diambil Untuk Meningkatkan Kemahiran Generik Pelajar 61

4.14 nalisis Kekerapan Halangan Mempertingkatkan Kesediaan

Kemahiran Generik Pelajar 63

Page 16: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2. 10 Kelompok Kunci Kemahiran Generik

( Shyamal Majumdar, 2002) 30

Page 17: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

xv

SENARAI SIMBOL

S - Saiz sampel X² - Nilai chi-square pada 1 darjah kebebasan pada aras keyakinan yang

diperlukan 0.05 (3.841) N - Saiz populasi P - Nisbah populasi (dianggarkan sebagai 0.50 bagi memberi saiz sampel maksimum) d - Darjah ketepatan dinyatakan sebagai nisbah 0.05

Page 18: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

xvi

SENARAI SINGKATAN

AS - AMAT SETUJU

ATS - AMAT TIDAK SETUJU

CS - COMUNICATION SKILLS

CTPS - CRITICAL THINKING AND PROBLEM SOLVING

EM - ETIKA DAN MORAL

IPDA - INSTITUS PERGURUAN DARUL AMAN

IPT - INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

IPTA - INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM

KIT - KEMAHIRAN INSANIAH TAMBAHAN

KK - KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

KIM - KEMAHIRAN INSANIAH MESTI

KPT - KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

LL - LIFELONG LEARNING

LS - LEADERSHIP SKILLS

PIPP - PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

PKPG - PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU

RRJP3 - RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA

S - SETUJU

SPH - KEMAHIRAN HIDUP

SP - SISIHAN PIAWAI

SPSS - STATISTICAL PACKAGES FOR THE SOCIAL SCIENCE

TS - TEAMWORKING SKILLS

TS - TIDAK SETUJU

UTM - UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 19: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dilancarkan

oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bermatlamat untuk menghasilkan

pendidikan berkualiti untuk semua rakyat Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini

terdapat 6 teras strategik yang digariskan untuk memperkukuhkan sistem pendidikan

negara. Teras 2 ‘Membangunkan Modal Insan’ adalah satu usaha melengkapkan

diri pelajar dengan pelbagai kemahiran “hard skills” dan “soft skills” di samping

ilmu akademik dan pengetahuan yang luas bagi mengisi keperluan tenaga kerja

negara semasa dan pada masa hadapan. Modal insan yang dihasilkan mempunyai

jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan

berkemahiran tinggi (Pelita Bahasa, Jun 2007).

Pembangunan modal insan merupakan prasyarat bagi menyediakan Malaysia

untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan serta mengekalkan

pertumbuhan dan pembangunan dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang

Ketiga (RRJP3). Kemampuan dan keupayaan Malaysia menguruskan pengetahuan

dan teknologi baru akan ditentukan oleh modal insan yang berkualiti. Tenaga kerja

Page 20: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

2

yang cekap dan berkemahiran tinggi serta mempunyai iltizam terhadap

kecemerlangan perlu dipupuk kerana arus globalisasi mendedahkan Malaysia kepada

persaingan dunia. Justeru itu, tenaga kerja perlu dilengkapkan dengan asas

pendidikan dan latihan yang kukuh serta mempunyai kesediaan kemahiran generik

seperti kebolehan berkomunikasi, kebolehan berfikir dan nilai etika dan moral yang

tinggi.

Selain daripada itu, kejayaan Malaysia memasuki era maklumat dan

keupayaan mengambil peluang yang wujud hasil daripada ledakan maklumat dan

teknologi bergantung kepada sistem pendidikan dan latihan yang dinamik dan

responsif. Pendidikan dan latihan adalah amat penting bagi mewujudkan modal

insan yang berpengetahuan bagi menyokong industri dan aktiviti ekonomi baru serta

membangunkan masyarakat yang kaya dengan maklumat, progresif, bersatu padu

dan kreatif serta mempunyai nilai positif yang membolehkan Malaysia menjadi

sebuah negara maju menjelang tahun 2020 (Kerajaan Malaysia, 1999).

Bagi mendukung usaha untuk membangunkan modal insan yang diperlukan

oleh negara ini, pelbagai peringkat institusi pendidikan negara turut sama memikul

tanggungjawab untuk mendedahkan pelajar kepada kemahiran teknikal dan

kemahiran generik. Di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi kemahiran

generik diajar secara merentas kurikulum. Para pelajar boleh memperoleh kemahiran

generik semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran samada di dalam kelas ataupun

di bengkel dan semasa menjalani latihan amali (Seminar Pendidikan 2005, UTM).

Di peringkat institusi pengajian tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

menyediakan sebuah modul kemahiran generik untuk dilaksanakan di kolej-kolej

ataupun universiti (rujuk Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills),

2006). Berpandukan kemahiran generik yang digariskan oleh KPT, Universiti

Teknologi Malaysia telah menetapkan kemahiran generik yang perlu dikuasai oleh

pelajar-pelajarnya sesuai dengan peranannya melahirkan bakal tenaga kerja yang

progresif, dinamik dan memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja semasa disamping

modal ilmu pengetahuan dan ketuhanan serta kemanusiaan. Namun, kejayaan

pelajar memperoleh dan menguasai kemahiran generik sedikit sebanyak bergantung

Page 21: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

3

kepada kualiti tenaga pengajar. Menurut Tetty Henney Zulkifli dan Nik Zafri

(2000), kualiti kurikulum dan tenaga pengajar mempengaruhi tahap keterampilan

pelajar. Oleh itu tenaga pengajar di semua peringkat institusi pendidikan perlu

mempunyai kesediaan pengetahuan dan kemahiran generik supaya peranan tenaga

pengajar yang selama ini menjadi pembekal ilmu dan maklumat untuk pelajar dalam

bilik darjah dapat diubah kepada kaunselor yang dapat membantu pelajar

memperkembangkan kemahiran mencari, menilai dan menggunakan segala ilmu dan

maklumat yang diperoleh ke paras yang optimum (teks ucapan pengarah IPDA,

2006).

1.2 Latar Belakang Masalah

Hasil kajian dari beberapa negara maju telah menunjukkan betapa pentingnya

kemahiran generik pada seseorang pekerja dari perspektif majikan. Umpamanya di

Britain terdapat peningkatan dalam keperluan kemahiran generik pada setiap majikan

iaitu dari 10% pada tahun 1986 kepada 17% pada tahun 2001 (Green, 2001). Kajian

ini menyenaraikan faedah- faedah kemahiran generik pada seseorang pekerja seperti

berikut

a. optimis

b. autonomi pekerja meningkat

c. mempunyai kemahiran pelbagai

d. boleh bergerak dari sektor ke sektor yang lain

e. berupaya menangani perubahan budaya tempat kerja

f. mempunyai perasaan sentiasa ingin belajar sepanjang hayat, dan

g. bersedia dari aspek mental dan emosi dalam menghadapi perubahan

Menurut Hasliza (2002), antara faktor lulusan institusi pendidikan tinggi

awam (IPTA) tidak mendapat tempat di pasaran pekerjaan adalah kerana mereka

tidak mempunyai kemahiran-kemahiran soft skills atau generik. Bakal majikan

Page 22: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

4

kurang yakin terhadap lulusan IPTA terutama pada aspek keperibadian, penampilan,

keyakinan diri, kurang kemahiran berkomunikasi, kemampuan membuat keputusan

terbatas dan tidak mampu bekerja dalam kumpulan. Manakala Tengku Mahaleel

(2002) berpendapat untuk bersaing di pasaran pekerjaan global pada masa kini, para

graduan tempatan harus mempunyai elemen-elemen kemahiran generik disamping

cemerlang dalam bidang akademik. Menurut beliau lagi, elemen-elemen kemahiran

generik akan membolehkan seseorang pekerja menggunakan segala ilmu

pengetahuan dan kemahiran yang ada dalam sebarang bidang pekerjaan.

Kerajaan menyedari betapa pentingnya kemahiran generik dalam

menghasilkan pekerja produktif dan berpengetahuan luas bagi memenuhi kehendak

majikan masa kini. Justeru pada tahun 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum

Malaysia telah membuat keputusan menggariskan senarai kemahiran generik yang

perlu dikuasai oleh pelajar peringkat sekolah. Demikian juga Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia yang telah menyenaraikan kemahiran generik atau soft skills yang

perlu dikuasai oleh pelajar IPT pada tahun 2006.

Walau bagaimanapun, laporan pemantauan Kementerian Pelajaran Malaysia

terhadap perlaksanaan projek rintis Sekolah Bestari pada tahun 2001 mendapati

penekanan kepada aspek penting seperti integrasi kemahiran generik dan pendekatan

generik adalah kurang. Penilaian pengajaran pembelajaran masih pada tahap rendah

dan menekankan kepada aspek kognitif sahaja (Kartini Baharun, 2002). Menurut

Kartini Baharun (2002), kurangnya pengaplikasian kemahiran generik dalam

pengajaran dan pembelajaran kerana kemahiran ini masih baru diketengahkan di

sekolah. Dengan kata lain, tenaga pengajar atau guru masih kurang jelas tentang

elemen-elemen yang terdapat dalam kemahiran generik.

Pelajar IPT seperti pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)

merupakan pelajar dan guru yang terlibat secara langsung dalam merealisasikan

matlamat pengintegrasian kemahiran generik dalam bidang pendidikan. Kejayaaan

pelajar PKPG menguasai kemahiran generik di institusi pengajian tinggi akan

Page 23: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

5

mempengaruhi kesediaan mereka untuk mengaplikasi kemahiran generik dalam

pengajaran mereka di sekolah.

1.3 Pernyataan Masalah

Kemahiran generik boleh menguatkan sistem pendidikan negara dan memberi

faedah kepada para pelajar sebagai persiapan awal menceburi bidang kerjaya

pendidikan pada masa kini yang semakin mencabar.

Kesediaan kemahiran generik pelajar Program Pensiswazahan Khas Guru

(PKPG) amat penting kerana mereka merupakan pelajar tahun akhir yang akan

kembali ke alam pekerjaan di sekolah sebagai guru yang mempunyai peranan dan

tanggungjawab bukan sahaja mengajar ilmu akademik tetapi juga mengintegrasikan

kemahiran generik dalam pengajarannya. Persoalannya, apakah pelajar PKPG sudah

mempunyai kesediaan kemahiran generik? Apakah tindakan yang perlu diambil oleh

pelajar PKPG untuk meningkatkan kemahiran generik mereka? Dalam usaha pelajar

PKPG untuk mempertingkatkan kesediaan kemahiran generik, apakah halangan-

halangan yang mereka hadapi?

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap kesediaan kemahiran

generik pelajar PKPG yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam

aspek kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran

penyelesaian masalah, kemahiran menyesuaikan diri, pembelajaran sepanjang hayat,

keyakinan diri dan etika atau budaya. Selain tahap kesediaan, kajian ini juga

mengenalpasti tindakan yang diambil oleh pelajar PKPG untuk meningkatkan

kemahiran generik mereka serta halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar PKPG

dalam usaha mereka untuk mempertingkatkan kesediaan kemahiran generik.

Page 24: UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) - fp.utm.my · Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif

6

1.4 Objektif Kajian

Matlamat kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat yang

lebih jelas tentang sejauh mana kesediaan para pelajar PKPG dalam kemahiran

generik. Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut.

i. Mengenalpasti tahap kesediaan generik pelajar PKPG tahun akhir

yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup (SPH) di Fakulti

Pendidikan, UTM, Skudai

ii. Mengenalpasti tindakan yang diambil oleh pelajar PKPG tahun akhir

untuk meningkatkan kemahiran generik.

iii. Mengenalpasti halangan yang dihadapi oleh pelajar PKPG untuk

mempertingkatkan kesediaan kemahiran generik.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang dikemukakan adalah seperti berikut.

i. Apakah tahap kesediaan kemahiran generik pelajar PKPG tahun akhir

yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup di Fakulti

Pendidikan, UTM?

ii. Apakah tindakan yang diambil oleh pelajar PKPG tahun akhir untuk

meningkatkan kemahiran generik ?

iii. Apakah halangan yang dihadapi oleh pelajar PKPG untuk

mempertingkatkan kesediaan kemahiran generik ?