utpsz 19:16 (pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam...

28
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: MASALAH GURU PENDIDIKAN KHAS PROGRAM INTEGRASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH , DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR. SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya MUALLIMAH BT ARSHAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Alamat tetap: EN. MOHD RIZAL BIN MOHD SAID NO.199 FELDA BUKIT APING BARAT, 81900 KOTA TINGGI, Nama Penyelia JOHOR, DARUL TAKZIM. Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008

Upload: others

Post on 03-Sep-2019

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

2

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATA

JUDU

Saya

mengaUniver

1. Te2. Pe

pen3. Pe

ins

4. **

AlamNO.18190JOHO

Tarik

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

L: MASALAH GURU PENDIDIKAN KHAS PROGRAM INTEGRASI DALAMPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI

SEKOLAH MENENGAH , DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR.

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

MUALLIMAH BT ARSHAD(HURUF BESAR)

ku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaansiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

sis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.rpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuangajian sahaja.

rpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antaratitusi pengajian tinggi.

Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTARAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

at tetap: EN. MOHD RIZAL BIN MOHD SAID99 FELDA BUKIT APING BARAT,0 KOTA TINGGI, Nama Penyelia

R, DARUL TAKZIM.

h: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008

TAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERH

berkuasa/organisasi berkenaantesis ini perlu dikelaskan sebag

Tesis dimaksudkan sebagai tesissecara penyelidikan atau diserta

penyelidikan atau Laporan

AD, sila lampirkan surat daripada pihakdengan menyatakan sekali sebab dan tempohai SULIT atau TERHAD.

bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

2

MASALAH GURU PENDIDIKAN KHAS PROGRAM INTEGRASI

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

DI SEKOLAH MENENGAH , DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR.

MUALLIMAH BT ARSHAD

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 3: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

iii

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Serta Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) ”

Tanda tangan :

Nama Penyelia :

Tarikh :

…30.APRIL 2008…………….
Page 4: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis :

Tarikh :

:

APRIL , 2008

Page 5: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

iii

DEDIKASI

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Untuk Abah dan Emak,

Hj Arshad Bin Hj Abd Majid

Hjh Sobariah Binti Sukami

Dan

Untuk Abah dan Emak Mertua,

Yusop Bin Ahmad

Amanah Binti Ahmad

Serta

Suamiku Yang Tersayang…..Rosli Bin Yusop

Iringan Doa Restu Serta Segala Pengorbanan Dari Kalian Semua Adalah

Merupakan Azimat Utama Dalam Mengharungi Liku-Liku di Sepanjang Pengajian

ini.

Buat Teman Teman Seperjuangan ,.…..

Teruskan Perjuangan Kalian…....

Gagal Sekali Tidak Bererti Gagal Selama-lamanya…….

Semoga Apa Yang Dilakukan Akan DiRahmati Allah Hendaknya.

Page 6: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah

kurniaNya, maka saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat

untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup).

Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada EN MOHD RIZAL B.

MOHD SAID selaku pensyarah pembimbing, di atas segala bimbingan dan tunjuk

ajar, nasihat serta teguran di sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga kepada semua guru-guru di Sekolah Menengah

Harian Biasa di Daerah Kota Tinggi terutama guru Pendidikan Khas yang telah

memberikan kerjasama dan bantuan dalam menyiapkan projek ini.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan

seperjuangan, semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama secara

langsung atau tidak langsung untuk menyiapkan projek ini. Semoga mendapat

keberkatan di dunia dan akhirat hendaknya.

Sekian, Terima Kasih.

Page 7: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

v

ABSTRAK

Kajian deskriftif ini bertujuan untuk mengkaji masalah-masalah yang di

hadapi oleh guru-guru Pendidikan Khas program Integrasi dalam pengajaran dan

pembelajaran kemahiran hidup. Soal selidik di gunakan sebagai instrumen kajian

yang diedarkan kepada sampel yang terdiri daripada sejumlah 33 orang guru yang

mengajar di 13 buah sekolah menengah harian biasa, Daerah Kota Tinggi, Johor.

Analisis kajian di buat berdasarkan kekerapan, peratusan dan min dengan

menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The Social Services ) versi

12.0. Ujian kebolehpercayaan atau reabiliti analisis telah di jalankan ke atas 10

orang responden yang tidak termasuk dalam sampel kajian dan alpha croanbach

yang diperolehi ialah 0.809. Pada keseluruhannya hasil analisis menunjukkan

majoriti guru Pendidikan Khas menghadapi permasalahan , terutamanya dalam

permasalahan yang berkaitan teori pengajaran dan kemahiran amali, diikuti

masalah kurang pengetahuan dan kemahiran dalam mengajar matapelajaran

Kemahiran Hidup, kesukaran mendapat kerjasama daripada ibubapa pelajar dan

permasalahan yang akhir berkaitan kemudahan fizikal dan bahan pengajaran untuk

matapelajaran kemahiran hidup. Beberapa cadangan diberi bagi mengatasi

permasalahan yang di hadapi guru-guru ini, supaya dapat meningkatkan lagi

prestasi pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas di masa akan datang.

Page 8: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

vi

ABSTRACT

The purpose for this descriptive research is to study on the problems faced

by Speacial Education living skills teacher’s education on the integrated

programme. Questionnaire has been choosen as the instrument study which has

been circulated to a sum of 33 teachers who was teaching 13 daily secondary

schools located in Kota Tinggi, Johor. Analysis on the responses were done based

on the frequency, percentages and mean using SPSS ( Statistical Package for The

Social Services) version 12.0. Reability test was done on 10 respondents who were

not included in the sample size and an Alpha Croanbach of 0.809 had been

obtained. The result of the analysis showed that the majority of Speacial

Education’s teachers were faced problems, especially on areas related to the

educational theory and practice, followed by the lack of knowledge and skill in

teaching subject on living skill, difficulty in getting cooperation from parents and

also issues on physical facilities and instructional material in teaching living

skills subject. Several proposal were given to overcome problems which faced by

those teachers, in order to enhance the learning performance of speacial education

programme in the near future.

Page 9: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Definisi 11

1.8.1 Masalah 11

1.8.2 Guru 12

1.8.3 Pendidikan Khas 12

1.8.4 Program Pendidikan Khas Integrasi 13

1.8.5 Pengajaran Dan Pembelajaran 13

Page 10: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

viii

1.8.6 Kemahiran Hidup 14

1.8.7 Sekolah Menengah 14

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 16

2.2. Pendidikan Khas 16

2.3 Latarbelakang Kemahiran Hidup 16

2.4 Kemahiran Hidup Bersepadu 17

2.5 Kurikulum Kemahiran Hidup Pendidikan

Khas 18

2.6 Pembelajaran Teori Dan Kemahiran Amali 20

2.7 Kemudahan Fizikal Dan Bahan Pengajaran 23

2.8 Pengetauan Dan Kemahiran 24

2.8.1 Latihan Guru Pendidikan Khas 25

2.9 Penglibatan Dan Sokongan Ibubapa 26

2.10 Kajian-Kajian Lepas 28

2.10.1 Kajian Berkaitan Latarbelakang

Pengkhususan Dan Tahap Kemahiran

Guru 29

2.10.2 Kajian Berkaitan Beban Tugas Guru 30

2.10.3 Kajian Berkaitan Masalah

Pembelajaran 30

Page 11: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 32

3.2 Rekabentuk Kajian 33

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 33

3.4 Tempat Kajian 35

3.5 Instrument Kajian 35

3.5.1 Bahagian A : Latabelakang Guru 36

3.5.2 Bahagian B : Item Soal Selidik 36

3.6 Prosedur Kajian 38

3.7 Kajian Rintis 40

3.8 Analisis Data 41

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisi data Bahagian A 43

4.2.1 Jantina 43

4.2.2 Bangsa 44

4.2.3 Kelulusan Iktisas 44

4.2.4 Latihan Dalam Pendidikan Khas 45

4.2.5 Pengalaman Mengajar Dalam

Bidang Pendidikan Khas 45

4.3 Analisis Data Bahagian B 46

4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 46

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 49

4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3 51

4.3.4 Analais Data Persoalan Kajian 4 54

4.4 Rumusan Analisis Data 56

Page 12: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

x

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 58

5.2 Perbincangan Dapatan maklumat

Diri Respondan 59

5.2.1 Latarbelakang Responden 59

5.3 Perbincangan Persoalan Kajian 60

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 60

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 62

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 64

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 65

5.4 Rumusan 66

5.5 Cadangan 67

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 67

5.7 Penutup 68

RUJUKAN 69

Page 13: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Jenis Program Dan Bilangan Pelajar Dalam

Pendidikan Khas Di Malaysia 3

3.1 Data Guru Pendidikan Khas Daerah Kota Tinggi 34

3.2 Pembahagian Item Mengikut Persoalan Kajian 36

3.3 Skala Likert 37

3.4 Pemeringkatan skala likert 37

3.5 Petunjuk peratusan untuk darjah penilaian 38

3.6 Petunjuk min untuk menilai darjah penilaian 38

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43

4.2.2 Taburan responden mengikut bangsa 44

4.2.3 Taburan responden mengikut kelulusan ikhtisas 44

4.2.4 Taburan responden mengikut latihan 45

4.2.5 Taburan responden mengikut pengalaman 45

4.3.1 Analisis data persoalan kajian 1 46

4.3.2 Analisis data persoalan kajian 2 49

4.3.3 Analisis data persoalan kajian 3 51

4.3.4 Analisis data persoalan kajian 4 54

4.4 Rumusan analisis 56

Page 14: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

xii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik 73

B Surat Kebenaran EPRD (KPM) 78

Surat Kebenaran JPNJ 79

Surat Kebenaran PPDKT 80

C Pengesahan Soal Selidik 81

D Senarai Nama sekolah 83

E Pengesahan pelajar 87

Page 15: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

1

BAB 1

PENGENALAN

Pendidikan Khas di Negara kita telah berkembang di bawah kelolaan

Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak di tubuhkan

pada bulan Oktober 1995 selaras dengan penstrukturan semula Kementerian

Pelajaran Malaysia. Jabatan ini bertanggung jawab ke atas hal-hal professional bagi

semua program pendidkan khas yang dilaksanakan termasuk program integrasi dan

program inklusif (Kementerian, Pendidikan. Malaysia 2004).

Di Malaysia pendidikan khas dalam konteks Kementerian Pelajaran

Malaysia, dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah

penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas

integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pelajaran

pembelajaran , pendengaran dan penglihatan. Program tersebut diwujudkan di

sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau

vokasional yang mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara

pengasingan dan separa inklusif.

Page 16: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

2

Program Pendidikan Khas yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia melibatkan pendidikan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah

menengah. Pendidikan sekolah menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu

akademik dan teknik atau vokasional. Manakala tempoh pengajian bagi murid-

murid berkeperluan khas sekolah rendah selama 6 tahun, sementara bagi sekolah

menengah selama 5 tahun. Namun demikian, tempoh tersebut boleh dilanjutkan

sehingga maksimum 2 tahun mengikut keperluan murid berkenaan.

Perkhidmatan dan kemudahan pendidikan khas terhadap golongan

berkeperluan khas seperti yang dijelaskan di atas adalah tertakluk kepada Akta

Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997

Bahagian II 3(2). Akta ini menjelaskan bahawa seseorang murid dengan keperluan

khas adalah boleh di didik, jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa

bergantung kepada orang lain. Seseorang murid dengan keperluan khas itu perlu di

sahkan oleh panel yang terdiri daripada pegawai perubatan, pegawai Kementerian

Pelajaran dan pegawai Jabatan Kebajikan mengikut program pendidikan

kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid

berikut :

a) Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk

belajar seperti murid biasa; dan

b) Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat

anggotanya atau terencat akal yang berat.

Mengikut syarat kemasukan ke sekolah menengah bagi murid ke Program

Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:

Berumur 13 hingga 19 tahun;

Disahkan oleh pengamal perubatan;dan

Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Page 17: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

3

Jadual 1.1 : Jenis program dan bilangan pelajar dalam pendidikan khas diMalaysia

Jenis Program Bil. SekolahRendah

Bil. PelajarMenengah

Jumlah

1. Masalah Penglihatana) Sekolah khas

b) Program Integrasi

6(234)11(124)

1(104)15(201)

7(338)26(325)

2. Masalah Pendengaran

a) Sekolah khas

b) Program Integrasi

23(1,713)41(448)

2(523)39(965)

25(2,236)80(1,413)

3. Masalah Pembelajarana) Sekolah khas

b) Program Integrasi

-402(7,437)

-160(2,786) 562(10,223)

Jumlah 483(9,956) 217(4,579) 700(14,535)(Sumber: Jabatan Pendidikan Khas, 2002)

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha agar semua

warganegara tanpa mengira latarbelakang akan memperolehi pendidikan asas yang

berkualiti. Di antara peluang-peluang pendidikan yang di beri ialah :

a) Pendidikan khas di sediakan bagi kanak-kanak istimewa termasuklah

yang mengalami kecacatan pendengaran; dan

b) Matapelajaran vokasional disediakan bagi murid yang berminat.

Di samping itu, hasrat pendidikan adalah untuk memberi peluang kepada

setiap individu memperkembangkan semua potensi yang mereka miliki. Ia

dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan , matlamat dan misi.

(Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)

Page 18: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Masalah utama yang dihadapi oleh Guru Pendidikan Khas dalam

mengendalikan pendidikan ini ialah strategi pengajaran dan pembelajaran dalam

matapelajaran kemahiran hidup yang efektif untuk mencapai objektif pengajaran

dan pembelajaran mereka. Dari segi kajian yang dijalankan terdapat beberapa

masalah yang dikenal pasti, antaranya ialah tidak mempunyai bilik Kemahiran

Hidup yang sesuai, tidak mempunyai alatan dan bahan pengajaran dan

pembelajaran yang lengkap dan mencukupi bilangannya serta kebanyakan guru

hanya menguasai satu atau beberapa bidang tertentu sahaja.

Tulang belakang sesuatu program Pendidikan Khas ialah kecekapan dan

dedikasi kakitangan profesionalnya. Guru-guru yang mengajar matapelajaran

kemahiran hidup ini perlukan latihan yang khas serta punyai kelayakan perguruan

yang asas untuk mengajar kanak-kanak istimewa ini. Ciri-ciri yang ditegaskan

sebagai kejayaan guru termasuklah aspek kerajinan, kepandaian berikhtiar untuk

perolehi kreativiti, hubungan mesra dengan kanak-kanak, perancangan yang

berkesan, kerjasama dengan pihak pentadbir serta rakan sejawat.

Berdasarkan Akta Pendidikan (1996), Peraturan-peraturan Pendidikan

(Pendidikan Khas) Jilid 41, no. 26, Tambahan No. 94, Perundangan yang

berkuatkuasa pada 01 Januari 1998 di Bahagian II menyatakan dalam

melaksanakan Kurikulum Pendidikan Khas, guru -guru boleh mengubahsuai

kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan suasana

aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan

matlamat Pendidikan Khas.

Page 19: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

5

Di sini, pengkaji akan membincangkan mengenai masalah pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Khas Program Integrasi Kanak – kanak dalam mata

pelajaran Kemahiran Hidup. Selain itu penyelidik akan membincangkan Program

Intergrasi bagi murid-murid berkeperluan khas yang mengambil mata pelajaran

Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah harian biasa. Mata pelajaran ini diajar

oleh guru pendidikan khas (bukan guru Kemahiran Hidup). Guru- guru ini

kebanyakkannya tidak mempunyai pendedahan dan pengetahuan tentang

Kemahiran Hidup (Bahagian Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Johor, 2002).

Pendidikan Khas bertujuan membantu atau merancang persekitaran

pembelajaran yang berkesan serta dapat memenuhi keperluan-keperluan para

pelajar. Ini dapat direalisasikan dengan menggunakan strategi-strategi pengajaran

dan pembelajaran yang paling efektif serta pengawasan yang teliti terhadap

perkembangan diri pelajar-pelajar ini. Aspek pengajaran yang titikberatkan adalah

berkait rapat dengan tujuan guru sebagai penyampai ilmu dan keberkesanan

pengajaran. Keberkesanan pengajaran ialah kejayaan guru dalam membantu pelajar

belajar apa yang hendak disampaikan. Guru perlu mempunyai asas untuk

menimbang kegunaan beberapa pendekatan pengajaran yang dapat membantu

pelajar menguasai kemahiran dan pemahaman yang diperlukan.

Guru memainkan peranan yang penting sebagai pendorong dan penggerak.

Guru perlu lebih banyak pengetahuan dan memahami berbagai-bagai kaedah

pengajaran yang berkesan. Guru perlu tahu isi kandungan sesuatu mata pelajaran

atau sukatan yang ada supaya dapat disesuaikan dengan kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang digunakan agar sejajar dengan kebolehan dan minat murid-

murid pendidikan khas ini.

Page 20: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

6

Di dalam aspek pengajaran dan pendidikan pelajar pendidikan khas, guru

perlu lebih mengetahui maklumat-maklumat terperinci mengenai mereka. Ini

merupakan aspek yang penting bagi guru di dalam menyesuaikan cara pengajaran

agar apa yang disampaikan itu berkesan.

Berasaskan ciri – ciri murid – murid ini maka guru Pendidikan Khas

perlu merancang kaedah pengajaran dengan teliti, menstruktur pengajaran serta

membina pengetahuan dari mudah ke sukar agar objektif pengajaran mereka

tercapai dengan jayanya. Setiap murid itu adalah berbeza di antara satu sama lain

sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan kecenderungan, bakat dan

kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau

pegangan dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

(Buku Panduan Am KBSR, 1982).

Keadaan boleh menjadi lebih rumit sekiranya guru yang mengajar pelajar

pendidikan khas yang menghadapi masalah iaitu tidak mendapat sebarang latihan

dari mana-mana institusi. Menurut Chua (1992), guru yang mengajar kanak-kanak

berkeperluan khas memerlukan latihan khas dan seharusnya mempunyai kelayakan

perguruan yang asas untuk mengajar kanak-kanak pendidikan khas supaya mereka

mengetahui perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak itu. Selain itu, guru

tersebut telah mengajar sekurang-kurangnya 5 tahun dalam Pendidikan Am,

bermotivasi dan kreatif dalam membantu kanak-kanak berkeperluan khas.

Pendedahan kepada aspek latihan dan pengalaman yang diberi kepada guru

Pendidikan Khas perlulah mengambil kira pengetahuan dan kemahiran mereka di

dalam mata pelajaran yang di ajar.

Penempatan guru-guru yang tiada latar belakang Pendidikan Khas serta

tiada latar belakang pendidikan di dalam mata pelajaran seperti kemahiran hidup

yang diajar akan mendatangkan masalah semasa penyampaian proses pengajaran

dan pembelajaran. Hal ini juga akan menyebabkan pelajar pendidikan khas ini

tidak mendapat bimbingan dan pendidikan yang berkesan (Chua, 1992).

Page 21: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

7

Oleh kerana kerjayanya agak berbeza dengan guru biasa dan lebih mencabar, maka

guru yang ditugaskan untuk mengajar murid pendidikan khas ini mestilah

mendapat latihan khas dalam bidang tersebut.

Persoalan yang timbul di sini, adakah guru-guru Program Integrasi

Pendidikan Khas yang tiada latar belakang pendidikan Kemahiran Hidup dapat

menyampaikan isi pengajarannya dengan berkesan kepada pelajar-pelajar golongan

ini. Daripada semakan kajian yang telah dibuat, tiada lagi penyelidikan yang

berkaitan dengan persoalan ini. Sehubungan itu penulis merasakan perlu ada satu

kajian untuk melihat apakah masalah-masalah yang timbul semasa proses

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan terhadap pelajar-pelajar pendidikan

khas ini memandangkan kebanyakan tenaga pengajar ini tiada latar belakang

pendidikan Kemahiran Hidup.

1.3 Pernyataan Masalah

Penyelidik ingin mengenalpasti apakah masalah yang dihadapi oleh

guru Pendidikan Khas Program Integrasi dalam penyampaian pengajaran dan

pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah harian biasa Daerah Kota

Tinggi, Johor yang menjalankan Program Integrasi untuk pendidikan khas.

Page 22: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

8

1.4 Objektif Kajian

Di akhir kajian, diharapkan penyelidik dapat :

1. Mengenalpasti masalah dalam penyampaian pengajaran dan

pembelajaran berkaitan teori pengajaran dan kemahiran amali

matapelajaran Kemahiran Hidup yang dihadapi oleh guru Pendidikan

Khas program integrasi?

2. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi guru-guru pendidikan

khas berkaitan kemudahan fizikal dan bahan pengajaran untuk

pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di sekolah tersebut?

3. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi guru-guru pendidikan

khas program integrasi mengenai pengetahuan dan kemahiran untuk

pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup di

sekolah tersebut?

4. Mengenalpasti masalah-masalah kesukaran yang dihadapi guru

pendidikan khas program integrasi untuk mendapatkan penglibatan

dan sokongan daripada ibubapa pelajar pendidikan khas ini?

Page 23: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

9

1.5 Persoalan Kajian

Perkara asas yang menjadi persoalan kepada kajian ini merangkumi

beberapa aspek seperti berikut :

1. Adakah guru Pendidikan Khas program integrasi hadapi masalah di

dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran berkaitan teori

pengajaran dan kemahiran amali matapelajaran Kemahiran Hidup?

2. Adakah guru-guru pendidikan khas menghadapi masalah berkaitan

kemudahan fizikal dan bahan pengajaran untuk pengajaran dan

pembelajaran Kemahiran Hidup di sekolah tersebut?

3. Adakah guru-guru pendidikan khas program integrasi mempunyai

pengetahuan dan kemahiran untuk pengajaran dan pembelajaran

matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah tersebut?

4. Adakah guru pendidikan khas program integrasi menghadapi masalah

kesukaran untuk mendapatkan penglibatan dan sokongan daripada

ibubapa pelajar pendidikan khas ini?

Page 24: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

10

1.6 Kepentingan Kajian

Adalah diharapkan hasil daripada kajian ini dapat memberi panduan

kepada beberapa pihak seperti :

1. Sumber rujukan kepada guru-guru pelatih serta guru-guru yang baru

dilantik untuk mengendalikan kelas Program Integrasi Pendidikan

Khas di dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Sumber rujukan kepada pihak-pihak yang memberi latihan seperti

Institusi Perguruan, Pusat Perkembangan Kurikulum dan Jabatan

Pendidikan Khas di dalam merencanakan kursus-kursus yang perlu

diwujudkan untuk guru-guru Pendidikan Khas dengan tujuan

meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru-guru di dalam

mencapai matlamat perlaksanaan Program Integrasi Pendidikan Khas.

3. Memberi panduan kepada pihak-pihak terlibat seperti Jabatan

Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam

mengenalpasti dan menyiasat bagi penyelesaian kepada masalah-

masalah yang dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Khas di dalam

melaksanakan Program Integrasi di sekolah-sekolah menengah harian

biasa

Page 25: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

11

1.7 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan adalah bertumpu kepada semua guru-guru

Pendidikan Khas yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran

Hidup untuk pelajar-pelajar program Intergrasi di 13 buah Sekolah Menengah

Harian Biasa, Daerah Kota Tinggi, Johor.

1.8 Definisi

1.8.1 Masalah

……….” Bermaksud sesuatu atau segala-gala yang menjadi masalah, (pelbagai)

masalah atau persoalan“ (Kamus Dewan 1991)

Menurut The Oxford English Dictionary (Volume vii):

“ Permasalahan adalah “Suatu perkara yang meragukan atau suatu

persoalan yang mengukurkan; hal yang berkaitan dengan pertanyaan,

perbincangan atau pemikiran; suatu persoalan melatih kita berfikir”.

Dalam kajian ini, masalah diertikan sebagai perkara atau keadaan yang

menimbulkan kesukaran atau kesulitan kepada pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Kemahiran Hidup Program Integrasi.

Page 26: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

12

1.8.2 Guru

Secara umumnya guru adalah seorang penduduk yang menyampaikan isi

pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Mengikut Atan Long

(1982) guru adalah seorang ahli masyarakat yang mempunyai peranan di dalam

masyarakat. Ia sebagai seorang ikhtisas dalam bidang perguruan yang menjalankan

tugas mendidik di sesebuah sekolah dan ia juga memegang berbagai-bagai peranan

di dalam kehidupan sebagai ahli masyarakat.

Di dalam kajian ini, guru merujuk kepada guru Pendidikan Khas yang

mengajar Kemahiran Hidup dan terlibat dalam Program Integrasi di sekolah

menengah harian biasa di Daerah Kota Tinggi, Johor.

1.8.3 Pendidikan Khas

Menurut Culcatta & Tompkins J.R (1999) dalam Yeow Sau Chen (2001)

Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk

memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid

kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang

tidak disediakan dalam kurikulum yang baru atau biasa atau perkhidmatan-

perkhidmatan sekolah biasa.

Page 27: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

13

1.8.4 Program Pendidikan Khas Integrasi

Program Pendidikan Khas Integrasi adalah program yang ditadbirkan

sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Program ini disediakan bagi murid -

murid pendidikan khas di sekolah - sekolah biasa. Ia ditadbirkan oleh Jabatan

Pendidikan Negeri masing-masing.

Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid

berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan

bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan

menengah yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara

pengasingan dan separa inklusif.

1.8.5 Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Mok (1992), pengajaran didefinisikan sebagai satu proses

komunikasi, sains dan seni. Manakala pembelajaran pula adalah sebagai perubahan

tingkah laku. Dalam konteks kajian ini pengajaran dan pembelajaran dilihat sebagai

satu proses dan strategi yang dapat memperlihatkan ciri-ciri pendidikan yang

terkini dalam penggunaan komputer di dalam bilik darjah.

Page 28: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · 2 masalah guru pendidikan khas program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah menengah , daerah kota tinggi,

14

1.8.6 Kemahiran Hidup

Merupakan satu mata pelajaran pravokasional yang menggantikan mata

pelajaran elektif (Sains Pertanian, Perdagangan, Sains Rumah Tangga dan Seni

Perusahaan) yang mempunyai beberapa komponen kemahiran asas atau aktiviti dan

kegiatan yang melibatkan pelajar melakukan kerja sendiri (Draft Kemahiran Hidup,

1989).

1.8.7 Sekolah Menengah

Sekolah menengah ertinya sekolah yang menyediakan pendidikan

menengah yang sesuai bagi murid yang baru sahaja tamat mengikuti

pendidikan rendah (Jamil Hashim, Othman Dahlan:358, 2000). Sekolah Menengah

yang dimaksudkan oleh penulis dalam kajian ini ialah sekolah menengah yang

mempunyai kelas Program Integrasi Pendidikan Khas di mana pelajar- pelajar

golongan ini berusia di antara 13 tahun – 21 tahun.