utpsz 19:16 (pind.1/97)...seorang pelajar. adinda-adinda yang dikasihi, nur hasimah, nur farahain,...

27
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERSEPSI PELATIH-PELATIH PUSAT SERENTI TERHADAP PROGRAM VOKASIONAL DI PUSAT SERENTI TAMPOI, JOHOR BAHRU SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NUR HIDAYU BINTI MOHAMMED (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH NO 58, JALAN GARUDA 3, BIN SIDEK TAMAN GARUDA,TG. AGAS, ..................................................... 84000 LEDANG, Nama Penyelia JOHOR DARUL TAKZIM Tarikh: 27 APRIL 2009 Tarikh: 27 APRIL 2009

Upload: others

Post on 10-Feb-2020

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERSEPSI PELATIH-PELATIH PUSAT SERENTI

TERHADAP PROGRAM VOKASIONAL DI PUSAT

SERENTI TAMPOI, JOHOR BAHRU

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya NUR HIDAYU BINTI MOHAMMED

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________ __________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH

NO 58, JALAN GARUDA 3, BIN SIDEK

TAMAN GARUDA,TG. AGAS, .....................................................

84000 LEDANG, Nama Penyelia

JOHOR DARUL TAKZIM

Tarikh: 27 APRIL 2009 Tarikh: 27 APRIL 2009

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Elektrik).”

Tandatangan : ….…………………….....................

Nama Penyelia : En. Rosni Zamuddin Shah bin Sidek

Tarikh : APRIL 2009

PERSEPSI PELATIH-PELATIH PUSAT SERENTI TERHADAP PROGRAM

VOKASIONAL DI PUSAT SERENTI TAMPOI, JOHOR BAHRU

NUR HIDAYU BINTI MOHAMMED

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Elektrik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

ii

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penulis : Cik Nur Hidayu Binti Mohammed

Tarikh : APRIL 2009

iii

SEKALUNG BUDI

Ditujukan istimewa kepada......

Ayahanda tersayang Mohammed bin Lasim serta ummi tercinta Zaiton binti Bagong,

Yang sentiasa berdoa akan kejayaan ku demi masa depan dan sentiasa memberi

semangat sepanjang tempoh pengajian ini.

Juga yang telah banyak bekorban dan sentiasa memahami diri ku ini sebagai

seorang pelajar.

Adinda-adinda yang dikasihi,

Nur Hasimah, Nur Farahain, Nur Hidayah dan Khairul Akmal

Yang sentiasa memberi nasihat, dorongan dan galakan akan kekal dalam ingatan ku

ini.

Semoga kejayaan ku akan mendorong kalian untuk lebih berjaya di masa akan

datang.

Buat arwah bonda tercinta, Zabedah binti Marsidi dan kekanda tersayang, Ahmad bin

Mohammed yang telah kembali ke rahmatullah semoga roh kesemuanya sentiasa

dicucuri rahmat dan berada dikalangan orang yang beriman

Terima kasih di atas sokongan dan pengorbanan yang kalian berikan, kesemuanya

akan ku kenang sepanjang hayat ku. Insya-Allah

Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap

menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga .

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji –

pujian Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan

sahabatnya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya,

penyelidik memperolehi kesihatan dan kekuatan dalam menyempurnakan kajian ini

walaupun terpaksa mengharungi pelbagai rintangan.

Ungkapan terima kasih dan sekalung penghargaan khas buat insan yang telah

banyak membimbing penyelidik bagi menjayakan kajian ini. Beliau adalah En. Rosni

Zamuddin Shah bin Sidek selaku penyelia kajian yang sentiasa mempunyai kelapangan

untuk memberi bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan bantuan tanpa mengenal erti

kekecewaan. Beliau merupakan seorang pensyarah yang begitu profesional dan komited

terhadap tugasnya. Semua pengorbanan ini hanya Allah sahaja yang dapat memberi

ganjaran.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pelatih –pelatih, tenaga pengajar atau

jurulatih, staf-staf Pusat Serenti, Tampoi dan yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung kerana telah banyak membantu dan memberikan kerjasama yang sangat baik

dalam membantu menyempurnakan soal selidik bagi menjayakan projek ini. Kajian ini

tidak akan berjaya tanpa adanya kerja sama dari anda semua.

Akhir sekali buat ayah, ummi dan keluarga tersayang, teman-teman sekuliah,

teman sebilik di atas jasa baik kalian. Kerjasama anda amat dihargai dan terima kasih.

Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah S.W.T. dan dapat dimanfaatkan.

Sekian, Terima kasih.

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti Persepsi Pelatih-Pelatih Pusat Serenti

Terhadap Program Vokasional Di Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru Kajian ini telah

dijalankan ke atas 80 orang pelatih di Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru. Kajian ini

dijalankan secara deskriptif menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen.

Dapatan kajian kemudiannya di analisis melalui komputer dengan menggunakan

perisian Statistical Package For Sosial For Window Version 14.0 (SPSS 14.0). yang

menjurus kepada kekerapan, peratusan dan nilai min berpandukan skala likert . Nilai

alpha bagi kajian ini ialah 0.87 dan berada di tahap tinggi. Keputusan kajian

menunjukkan respon pelatih terhadap semua faktor yang dikaji untuk program

vokasional adalah tinggi. Kajian ini juga memberi cadangan kepada pihak-pihak

tertentu agar mereka boleh mengambil tindakan dengan mewujudkan program yang

memberi peluang kepada pelatih untuk mengetahui selok belok dunia pekerjaan.

Penyelidik mencadangkan satu kajian yang menyeluruh ke atas semua populasi pelatih

dan tenaga pengajar pusat serenti yang berada di seluruh negara bagi memastikan

aplikasi program vokasional ini lebih relevan di masa akan datang.

vi

ABSTRACT

This study is conducted to discover the perception of the trainer in One Stop

Center about the vocational program at Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru. This study

was carried out from 80 trainees in Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru. It is conducted

by using descriptive questionnaire form as instrument. The result of the study is then

analyzed through computer using Statistical Package for Social for Window Version's

software 14.0 (SPSS 14.0) converge to frequency, percentage and min value guided by

likert scale. The alpha value of this study is 0.87 and at the high level. Results from the

study illustrated that respond trainee’s at the all factor that have been study was high.

This study also provides suggestion to certain parties, so that they can take action by

creating program which gives opportunity to trainees to know the complexity of the

working environment. Researcher proposed a comprehensive study on all trainee and

trainer at One Stop Center all over the country to ensure that the application of this

vocational program will be more relevant in the future.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKASURAT

PENGESAHAN TESIS

PENGAKUAN PEMBIMBING

JUDUL

PENGAKUAN PENULIS ii

SEKALUNG BUDI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

SENARAI SINGKATAN xvi

1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 10

viii

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Dadah 11

1.8.2 Kemudahan 12

1.8.3 Kesedaran 12

1.8.4 Keyakinan 12

1.8.5 Minat 12

1.8.6 Pelatih 13

1.8.7 Pemulihan 13

1.8.8 Penagih 13

1.8.9 Persepsi 13

1.8.10 Program 14

1.8.11 Pusat Serenti 14

1.8.12 Rawatan 15

1.8.13 Vokasional 15

2 SOROTAN KAJIAN 16

2.1 Pendahuluan 16

2.2 Dadah 18

2.3 Pusat Serenti 23

2.4 Pendidikan Teknik dan Vokasional 28

3 METODOLOGI 34

3.1 Pendahuluan 34

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

3.3 Populasi Kajian 36

3.4 Sampel Kajian 36

3.5 Tempat Kajian 37

3.6 Instrumen / kajian 37

3.6.1 Bahagian A 38

ix

3.6.2 Bahagian B 39

3.7 Prosedur Kajian 40

3.8 Kajian Rintis 42

3.9 Pengumpulan Data 44

3.10 Kaedah Analisis Data 44

3.11 Jangka Masa Kajian 46

3.12 Penutup 47

4 ANALISIS DATA 48

4.1 Pendahuluan 48

4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden. 49

4.2.1 Umur 49

4.2.2 Jantina 50

4.2.3 Agama 50

4.2.4 Bangsa 51

4.2.5 Taraf Pendidikan 52

4.2.6 Kekerapan memasuki pusat serenti 52

4.2.7 Negeri Asal 53

4.2.8 Tahun memasuki pusat serenti 54

4.2.9 Taraf pekerjaan sebelum memasuki pusat

serenti

54

4.2.10 Tempat Tinggal 55

4.2.11 Fasa Pemulihan 55

4.2.12 Sebab Memasuki Pusat Serenti 56

4.2.13 Dadah yang biasa digunakan 56

4.3 Bahagian B : Analisis Data Persoalan Kajian. 57

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 58

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 61

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 64

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 67

x

4.4 Rumusan Keseluruhan Analisis Data 71

4.5 Penutup 72

5 RUMUSAN, KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

73

5.1 Pendahuluan 73

5.2 Rumusan 74

5.3 Kesimpulan 75

5.4 Perbincangan 76

5.4.1 Persoalan kajian mengenai Terdapatnya

Minat Yang Tinggi Oleh Pelatih Terhadap

Latihan Kemahiran Yang Diterapkan Di

Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru.

77

5.4.2 Persoalan kajian mengenai Terdapatnya

Kesedaran Oleh Pelatih Terhadap

Kepentingan Latihan Kemahiran Vokasional

Yang Dijalankan Dalam Menentukan Masa

Depan Mereka.

78

5.4.3 Persoalan kajian mengenai Pelatih

Mempunyai Keyakinan Terhadap Latihan

Kemahiran Vokasional Yang Dijalankan

Untuk Diaplikasikan Selepas Tamat Tempoh

Latihan.

79

5.4.4 Persoalan kajian mengenai Faktor Suasana

Pembelajaran Seperti Kemudahan Peralatan,

Tenaga Pengajar Dan Kaedah Pengajaran

Mempengaruhi Prestasi Pelatih Terhadap

Latihan Kemahiran Vokasional Yang

Dijalankan.

80

5.5 Cadangan 81

xi

5.5.1 Cadangan kepada Agensi Anti Dadah

Kebangsaan

81

5.5.2 Cadangan kepada Pihak Pentadbiran dan

Tenaga Pengajar di Pusat Serenti.

82

5.5.3 Cadangan kepada Masyarakat 84

5.5.4 Cadangan kepada Pihak Syarikat 85

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 86

5.7 Penutup 87

BIBLIOGRAFI 88

Lampiran A-F 92

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

1.1 Taburan Penagih yang dikesan Mengikut Negeri

bagi Jan – Jun 2006 & 2007

4

1.2 Bilangan Penagih mengikut Jenis Dadah yang

digunakan pada tahun 2007

5

1.3 Perbandingan Kuantiti Rampasan dadah, Jan – Dis

2007 & 2008

6

3.1 Pembahagian Item bahagian A Mengikut Latar

Belakang Responden

38

3.2 Pemeringkatan Skala Likert 39

3.3 Pembahagian Item bahagian B mengikut soalan

kajian

40

3.4 Nilai Alpha bagi kajian rintis 43

3.5 Klasifikasi Tindakbalas peratusan 45

3.6 Analisis petanda skor min 45

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 49

4.2 Umur Maksima Dan Umur Minima Responden 49

4.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 50

4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 50

4.5 Taburan Responden Mengikut Bangsa 51

4.6 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 52

4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan

Memasuki Pusat Serenti

52

4.8 Taburan Responden Mengikut Negeri Asal 53

xiii

4.9 Taburan Responden Mengikut Tahun Memasuki

Pusat Serenti

54

410 Taburan Responden Mengikut Taraf Perkerjaan 54

4.11 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 55

4.12 Taburan Responden Mengikut Fasa Pemulihan 55

4.13 Taburan Responden Mengikut Sebab Memasuki

Pusat Serenti

56

4.14 Taburan Responden Mengikut Dadah yang biasa

digunakan

56

4.15 Kategori Aras 57

4.16 Taburan Nilai Min Mengikut Tahap 58

4.17 Taburan Responden Mengikut Faktor Minat 58

4.18 Taburan Responden Mengikut Faktor Kesedaran 61

4.19 Taburan Responden Mengikut Faktor Keyakinan 65

4.20 Taburan Responden Mengikut Faktor Suasana

Pembelajaran

68

4.21 Taburan Peratusan Responden Secara Keseluruhan

Persoalan Kajian

71

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT

5.1 Nilai Purata Min melawan Soalan Kajian 74

5.2 Kerjasama diantara pihak-pihak yang berkaitan 81

5.3 Kemahiran Yang Boleh Diterapkan Di Pusat

Serenti

84

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Contoh Borang Soal-Selidik 92

B Surat Pengesahan Maklumat Diri daripada

Fakulti Pendidikan, UTM.

101

C Surat permohonan untuk membuat

penyelidikan daripada Pusat Serenti,

Tampoi.

103

D Surat Kebenaran Daripada Agensi Anti

Dadah Kebangsaan Malaysia

105

E Surat Pengesahan menjalankan soal

selidik

108

F Surat Pengesahan Perbincangan Soal

Selidik

110

xvi

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

SPSS Statistical Package For Sosial Science

HIV Human Immunodeficiency Virus

AIDS Acquired Deficiency Syndrome

NADI Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan

AADK Agensi Anti Dadah Kebangsaan

PDRM Polis Diraja Malaysia

KDRM Kastam Diraja Malaysia

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Abdul Ghafar (1992) menyatakan masalah dadah adalah masalah sejagat. Seluruh

dunia mengalami masalah dadah ini. Dadah bukan sahaja membinasakan diri sendiri

tetapi juga turut membinasakan masyarakat dunia, mengancam ekonomi serta

keselamatan negara. Dadah juga turut boleh membinasakan kemajuan sesebuah negara

yang telah dicipta pada masa kini. Penyalahgunaan dadah juga menjadi punca utama

kepada gejala - gejala sosial yang lain seperti merompak, membunuh, perjudian dan lain

– lain.

Sebenarnya, penyalahgunaan dadah telah sekian lama wujud dalam tamadun

manusia, namun tarikh sebenar manusia menggunakan serta menyalahgunakan dadah

masih belum dapat dikesan dengan tepat. Menurut TPP. Mohd. Reduan Aslie (1990),

pada masa British masih tegak sebagai kuasa terbesar dunia, sejumlah besar

pendapatannya adalah bersumberkan daripada keuntungan yang diperolehi dari

perniagaan dadah. Perniagaan dadah ini telah dijalankan oleh saudagar-saudagar besar

Eropah ke seluruh dunia.

Negara China yang mempunyai penduduk yang paling ramai di dunia pada masa

itu, telah menarik minat Inggeris untuk memasarkan candunya. Inggeris telah melihat

China sebagai sebuah negara yang berpotensi besar untuk pasaran candunya. Usaha

2

Inggeris untuk menggalakkan rakyat China mengambil candu tidak sia-sia, apabila

akhirnya mereka berjaya. Hal ini menyebabkan berjuta-juta rakyat China menjadi

ketagih terhadap candu yang dijual oleh mereka sekaligus melonjakkan ekonomi pihak

Inggeris.

Kebanyakkan remaja di Eropah tidak mempunyai pendidikan. Keadaan ini

menyebabkan sekatan terhadap peluang pekerjaan. Sekaligus, mewujudkan

pengangguran dikalangan remaja di Eropah . Oleh sebab itu, situasi sedemikian

mengakibatkan mereka terlibat dalam kegiatan jenayah dan penagihan dadah sebagai

salah satu cara untuk melepaskan tekanan. (Walters, 1994)

Di Malaysia pula, pengaruh rakan sebaya merupakan faktor yang jelas terhadap

penglibatan penagihan dadah dikalangan remaja dan belia. Buletin Agensi Anti Dadah

Kebangsaan (2007) ada mencatatkan bahawa, sepanjang januari hingga mac 2007

seramai 1,550 remaja terjerumus ke kancah dadah disebabkan oleh pengaruh rakan

sebaya. Rata-rata penagih dadah di Malaysia terdiri daripada golongan yang berbangsa

Melayu, Cina dan India serta lain-lain bangsa seperti bangsa Sabah dan Sarawak.

Malaysia dan sebahagian besar masyarakat antarabangsa yang lain sedang

berhadapan dengan fenomena penyalahgunaan dadah yang amat serius serta

membimbangkan. Fenomena ini telah dianggap sebagai krisis negara. Peperangan

membasmi dadah bukan sahaja perjuangan untuk membasmi penagihan dadah, tetapi

perjuangan yang terhebat ialah untuk membasmi penyeludupan dan pengedaran dadah

serta pendidikan pencegahan dan pemulihan penagihan.

Dalam hal ini, krisis dadah tidak mustahil boleh diredakan sekiranya semua pihak

turut memberikan komitmen yang baik dalam perjuangan membasmi dadah. Adalah

tidak wajar sekiranya masyarakat hanya menyerahkan dan membiarkan tanggungjawab

membasmi dadah ini kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta atau pertubuhan-

pertubuhan tertentu sahaja. Bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Sekiranya masyarakat turut sama membantu, tidak mustahil gejala ini dapat ditangani.

3

Menurut Abdul Ghafar Talib (1992), dadah adalah pengancam keselamatan dan

kesejahteraan hidup manusia di dunia pada hari ini. Manusia akan musnah jika wabak ini

tidak dicegah dan dihapuskan. Walaupun sebenarnya dadah adalah ubat-ubatan yang

mampu memberi manfaat kepada manusia, tetapi disebabkan sifat tidak

bertanggungjawab sesetengah manusia, telah menjadikan dadah sebagai ancaman yang

besar. Pihak kerajaan begitu bersungguh-sungguh serta prihatin terhadap masalah ini

kerana ia akan melibatkan pembangunan negara.

Sebagai kesimpulannya, wajarlah kita semua menjauhkan diri daripada apa jua

bentuk penyalahgunaan dadah. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sama- sama

berganding bahu dalam menangani masalah ini. Kita juga perlu berusaha untuk

membantu mereka yang terperangkap dalam gejala dadah supaya meninggalkan tabiat

buruk mereka itu dan kembali kepada kehidupan manusia normal.

1.2 Latar Belakang Masalah

Statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

membentangkan statistik penagihan dadah terkini yang dikesan di seluruh negara bagi

tempoh Januari hingga Jun tahun 2006 dan 2007 yang dikumpul dan dikeluarkan oleh

Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI).

Sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun 2007, seramai 14,489 orang

penagih dadah telah dikesan yang menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 36.48

peratus berbanding tahun 2006 (22,811 orang). Taburan penagih-penagih yang dikesan

menunjukkan, Pulau Pinang mencatatkan bilangan penagih paling ramai dikesan

berbanding negeri-negeri lain iaitu seramai 3,433 orang diikuti, Johor (2,004), Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur (1,756) dan Kedah (1,604). Berbanding dengan tahun 2006

bilangan penagih yang dikesan menurun bagi semua negeri kecuali Negeri Sembilan.

Jadual 1.1 menunjukkan bilangan penagih yang dikesan pada tahun 2006 dan 2007

4

Jadual 1.1 : Taburan Penagih Yang dikesan Mengikut Negeri, Bagi Jan - Jun Tahun

2006 & 2007

Negeri

2006

2007

Bil Purata

sebulan

Pulau Pinang 5127 3433 286

Johor 2329 2004 167

WP KL 2017 1756 146

Kedah 2634 1604 134

Selangor 1836 1409 117

Perak 2545 1194 100

Kelantan 2243 884 74

N.Sembilan 624 826 69

Pahang 768 768 32

Melaka 619 619 26

Sabah 846 846 18

Sarawak 712 712 15

Perlis 289 289 12

Terengganu 202 202 11

WP Putrajaya 0 0 1

WP Labuan 20 20 1

Jumlah 22811 14489 1207

(Sumber : http://www.adk.gov.my)

Hampir majoriti penagih-penagih yang dikesan bagi tempoh ini adalah lelaki iaitu

sebanyak 97.60 peratus. Kaum melayu menjadi majoriti terbesar menjadi penagih dadah

iaitu sebanyak 72.62 peratus. Lebih menyedihkan lagi, 70.00 peratus daripada penagih

dadah yang dikesan terdiri daripada golongan belia dan majoriti adalah berumur antara

19-24 tahun. Para penagih ini kebanyakkannya berpendidikan hingga sekolah menengah

(sekurang-kurangnya tamat tingkatan 3) iaitu seramai 79.17 peratus. Majoriti daripada

5

mereka juga mempunyai pekerjaan (majoritinya buruh am) iaitu sebanyak 92.03 peratus.

Antara dadah yang popular digunakan oleh penagih di Malaysia ialah heroin / morfin.

Sebanyak 62.56 peratus merupakan penagih heroin atau morfin, manakala penagih ATS (

10.28%). Majoritinya mengakui mereka mula terjebak dengan dadah disebabkan oleh

pengaruh kawan (55.65%).

Jadual 1.2 : Bilangan Penagih Mengikut Jenis Dadah Yang Digunakan Pada Tahun

2007.

Status

Kes

Heroin

&Morfin

Candu Ganja Gam Esctasy Syabu Lain-

Lain

Kodein Jumlah

Baru 2769 10 2430 3 131 928 351 34 6679

Berulang 6295 4 955 0 51 307 164 34 7810

Jumlah 9064 14 3385 3 182 1235 515 91 14489

Peratus 62.56% 0.10% 23.36% 0.02% 1.26% 8.52% 3.55% 0.63% 100.00%

(Sumber : http://www.adk.gov.my)

Bilangan penagih yang sedang menerima rawatan atau pemulihan di 28 buah

Pusat Serenti di seluruh negara (pada 24-31 Disember 2007) adalah seramai 7135 orang.

Seramai 97.65 peratus penghuni adalah lelaki iaitu 6967 orang. 70.24 peratus

daripadanya adalah berketurunan Melayu (4921 orang) manakala 2.17 peratus

berketurunan Cina (155 orang). Terdapat seramai 612 orang (8.57%) penghuni yang

dikenalpasti pembawa virus HIV, manakala 102 orang (1.51%) lagi menghidapi pelbagai

jenis penyakit kronik seperti tibi, asma, hepatitis, jantung, kencing manis dan 91 orang

(1.27%) berpenyakit mental

Sepanjang tahun 2007 sebanyak 15,578 aktiviti-aktiviti pencegahan telah

dilaksanakan diseluruh negara. Ia merangkumi program pendidikan pencegahan dadah

disekolah rendah atau menengah dan Institut Pengajian Tinggi, golongan belia, tempat

kerja dan komuniti. Seramai 1,990,203 orang telah diberi penerangan berkaitan dengan

dadah. Aktiviti-aktiviti juga melibatkan rakyat dari segenap golongan

Dalam usaha untuk mengurangkan kadar penagihan dadah pihak kerajaan

khususnya polis telah melakukan penguatkuasaan yang ketat. Pihak Polis Diraja

6

Malaysia (PDRM) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) telah menangkap seramai

54,235 orang pesalah dadah mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Dadah

Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. Ini menunjukkan peningkatan

sebanyak 17.74 peratus pada tahun 2007 jika dibandingkan dengan tempoh yang sama

tahun lalu 2006

Sementara itu, dalam tempoh tersebut juga pihak PDRM terus menjalankan Ops

Tapis. Bilangan tangkapan penagih dalam Ops Tapis meningkat sebanyak 9.60 peratus

berbanding tahun 2006 iaitu daripada 144,550 kepada 158,426 orang

Dalam tahun 2007, tiga agensi penguatkuasa iaitu PDRM, Kastam dan Bahagian

Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia telah berjaya merampas pelbagai jenis dadah,

iaitu heroin (243.25 kg), ganja (1,482.56 kg), candu (3.35 kg), syabu (69.23 kg), kodein

(9,630.83 liter), ecstasy (151,221 biji), pil psikotropik (455,407 biji), katemin (267.90

kg), kokain (10.12 kg), Eramin 5 (172,965 biji), ketum (4,310.04 kg) dan pili yaba

(121,629 biji).

Berbanding dengan rampasan tahun 2006, didapati kuantiti rampasan bagi lapan

jenis dadah iaitu heroin, syabu, pil ecstasy, pil psikotropik, eramin 5, kodeine, katemine

dan ketum meningkat. Jadual 1.3 menunjukkan Perbandingan Kuantiti Rampasan Dadah,

Jan-Dis 2007 & 2006.

Jadual 1.3: Perbandingan Kuantiti Rampasan Dadah, Jan-Dis 2007 & 2006.

Tahun Heroin

(kg)

Candu

(kg)

Syabu

(kg)

Syabu

(kg)

Ecstasy

(biji)

Pil

Psikotrapik

(biji)

Katemine

(Kg)

Kodein

(liter)

2007 243.25 3.35 167.55 167.55 455407 172,965 267.60 137,958.05

2006 151.53 0.51 9.99 9.99 65,840 63,893 189.02 5,756.38

(Sumber : http://www.adk.gov.my)

Secara kesimpulannya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk

menangani masalah dadah. Walaupun kadar penagihan dadah semakin menurun, namun

7

ia tidak seharusnya dipandang enteng. Pelbagai pihak perlulah sama – sama berganding

bahu untuk mengatasi masalah ini

1.3 Penyataan Masalah

Objektif program vokasional yang dijalankan di Pusat Serenti adalah untuk

menimbulkan minat kepada pelatih-pelatih untuk mendapatkan latihan kemahiran dalam

bidang tertentu. Selain itu, program ini mampu memberikan pendedahan dan

menerapkan budaya kerja di kalangan pelatih-pelatih. Tambahan pula, program ini juga

membantu pelatih-pelatih membuat persediaan sebelum menceburkan diri dalam dunia

pekerjaan.

Pelaksanaan program vokasional ini adalah melalui aktiviti-aktiviti projek iaitu

projek kilang perabut, projek pertanian, projek ternakan, projek dapur, projek motor,

mekanik, projek landskap, projek kantin, dan muzik.

Latihan kemahiran yang disediakan di pusat serenti terdiri daripada kimpalan,

pertanian, kraftangan, mekanikal, pembuatan berasakan kayu, simen, muzik, katering,

membuat roti dan kek dan lain-lain bentuk kemahiran. Latihan kemahiran ini disediakan

untuk membantu pelatih-pelatih ini menghilangkan rasa ketagih, lupa dan seterusnya

meninggalkan tabiat tidak sihat itu disamping membantu mereka mendapatkan peluang

pekerjaan dalam bidang kemahiran yang diikuti di Pusat Serenti.

Walaupun pelbagai latihan kemahiran disediakan dan diberikan namun masih

terdapat kegagalan dalam usaha untuk memulihkan pelatih terbabit di mana ada diantara

pelatih kembali menagih dan dimasukkan semula ke dalam pusat serenti buat kali kedua.

Dengan fenomena ini, penyelidik melaksanakan satu kajian bagi mengenalpasti

Persepsi Pelatih-Pelatih Pusat Serenti Terhadap Program Vokasional Di Pusat Serenti

Tampoi, Johor Bahru.

8

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk mengenalpasti Persepsi Pelatih-

Pelatih Pusat Serenti Terhadap Program Vokasional Di Pusat Serenti Tampoi, Johor

Bahru. Objektif khusus bagi kajian ini adalah seperti berikut :

1. Mengenalpasti Tahap Minat Pelatih – Pelatih Pusat Serenti Terhadap Latihan

Kemahiran Yang Diterapkan Di Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru.

2. Mengenalpasti Tahap Kesedaran Pelatih – Pelatih Pusat Serenti Terhadap

Kepentingan Latihan Kemahiran Vokasional Yang Dijalani Di Pusat Serenti

Tampoi, Johor Bahru Dalam Menentukan Masa Depan Mereka.

3. Mengenalpasti Tahap Keyakinan Pelatih – Pelatih Pusat Serenti Terhadap Latihan

Kemahiran Vokasional Yang Dijalani Di Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru

Untuk Diaplikasikan Selepas Tamat Tempoh Latihan.

4. Mengenalpasti Tahap Faktor Suasana Pembelajaran Seperti Kemudahan

Peralatan, Tenaga Pengajar Dan Kaedah Pengajaran Mempengaruhi Prestasi

Pelatih – Pelatih Pusat Serenti Terhadap Latihan Kemahiran Vokasional Yang

Dijalani Di Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru.

1.5 Persoalan Kajian

Bagi menjawab pernyataan masalah yang dibangkitkan (Persepsi Pelatih - Pelatih

Pusat Serenti Terhadap Program Vokasional Di Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru)

penyelidik telah membina empat soalan kajian yang terdiri daripada :

9

Soalan Kajian 1 : Apakah Tahap Minat Pelatih – Pelatih Pusat Serenti Terhadap

Latihan Kemahiran Yang Diterapkan Di Pusat Serenti Tampoi,

Johor Bahru?

Soalan Kajian 2 : Apakah Tahap Kesedaran Pelatih – Pelatih Pusat Serenti Terhadap

Kepentingan Latihan Kemahiran Vokasional Yang Dijalani Di

Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru Dalam Menentukan Masa

Depan Mereka?

Soalan Kajian 3 : Apakah Tahap Keyakinan Pelatih – Pelatih Pusat Serenti Terhadap

Latihan Kemahiran Vokasional Yang Dijalani Di Pusat Serenti

Tampoi, Johor Bahru Untuk Diaplikasikan Selepas Tamat Tempoh

Latihan?

Soalan Kajian 4 : Apakah Tahap Faktor Suasana Pembelajaran Seperti Kemudahan

Peralatan, Tenaga Pengajar Dan Kaedah Pengajaran

Mempengaruhi Prestasi Pelatih – Pelatih Pusat Serenti Terhadap

Latihan Kemahiran Vokasional Yang Dijalani Di Pusat Serenti

Tampoi, Johor Bahru?