pembangunan perisian pengajaran dan … · kemahiran hidup tingkatan satu bertajuk asas...

25
PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU BERTAJUK ASAS ELEKTROMEKANIKAL NOORHADI BIN JAMIL Universiti Teknologi Malaysia

Upload: haphuc

Post on 03-Mar-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI MATA PELAJARAN

KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU

BERTAJUK ASAS ELEKTROMEKANIKAL

NOORHADI BIN JAMIL

Universiti Teknologi Malaysia

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER BAGI MATA PELAJARANKEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU BERTAJUK ASASELEKTROMEKANIKAL.

SESI PENGAJIAN: 2007/2008.

Saya NOORHADI BIN JAMIL(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHADDisahkan oleh

__________________________ __________________________(TANDATANGAN PENULIS). (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: DR YEO KEE JIARNO. 37, KAMPUNG RENGGOH,73100 JOHOL, Nama PenyeliaNEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

Tarikh: 28 APRIL 2008 Tarikh: 28 APRIL 2008

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”.

Tandatangan :………………………………………….

Nama Penyelia : DR YEO KEE JIAR

Tarikh : 28 APRIL 2008

PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI MATA PELAJARAN

KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU

BERTAJUK ASAS ELEKTROMEKANIKAL

NOORHADI BIN JAMIL

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah diperjelaskan sumbernya.”.

Tandatangan : ……………………………

Nama Penuh : NOORHADI BIN JAMIL

Tarikh : 28 APRIL 2008

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani .

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayahanda dan bonda tercinta serta saudara mara

Jamil bin Aman, Rokiah binti Hussin

Kesabaran dan pengorbanan serta iringan doamu sebagai penggerak kejayaan ini.

Buat adinda-adindaku

Noorazri, Noordiana, Noor Juliana, Noorasmah, Noor Rozaini, dan

Nooramirul Azmi

Kejayaan ini adalah sebagai pendorong dan pembakar semangat untuk kalian bagi

mencapai kejayaan di masa hadapan yang menanti.

Buat Pensyarah Pembimbing

Dr Yeo Kee Jiar

Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr, kerana telah banyak

membantu, membimbing, memberikan peluang, dan semangat dalam menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini.

Buat Rakan-Rakan

Segala nasihat dan sokongan kalian akan sentiasa ku kenang

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala yang telah

melimpahkan rahmat dan inayatNya, agar dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda

ini dengan sempurnanya, Insya Allah. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Dr Yeo Kee Jiar yang telah banyak

membantu, membimbing, menyelia, memberi nasihat yang bernas dan berguna dari

awal hingga akhir untuk menjayakan projek ini.

Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

di atas kebenaran membuat kajian di sekolah. Ucapan terima kasih ini juga diucapkan

kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Pengetua, guru-guru serta pelajar-pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Abdul Manap, Johol, Negeri Sembilan

yang telah memberi kerjasama sepenuhnya.

Akhir bicara sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya

kepada kedua-dua ibu bapa, saudara mara, rakan-rakan seperjuangan dan kenalan yang

secara tidak langsung telah memberikan nasihat, sokongan, dorongan serta motivasi

sepanjang pengajian di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim.

v

ABSTRAK

Penggunaan perisian multimedia interaktif sebagai bahan bantu mengajar

semakin meluas dalam pengajaran dan pembelajaran masa kini. Namun begitu,

perisian multimedia untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup sukar didapati di pasaran.

Penyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan satu perisian pengajaran pembelajaran

berbantukan komputer (PPBK) yang menggunakan multimedia interaktif dengan

gabungan teks, grafik, animasi dan bunyi bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu bertajuk “Asas Elektromekanikal”. Isi kandungan perisian disusun

berdasarkan sukatan pelajaran dan buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan

Satu. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Swishmax 2007 dan gabungan

beberapa perisian lain seperti Macromedia Flash, Adobe Photoshop CS, dan Sony

Sound Forge 8. Perisian ini disimpan dalam cakera padat dalam format autorun agar

bersifat mesra pengguna. Selain menjadi bahan bantu mengajar dalam proses

pengajaran, perisian ini dapat membantu pelajar memahami konsep asas sebelum

melakukan kerja amali. Perisian ini telah dinilai dari segi reka bentuk program

komputer menggunakan borang soal selidik. Analisis respons daripada soal selidik

menunjukkan bahawa perisian PPBK dalam kajian ini telah berjaya dibangunkan

mengikut keperluan dan menarik minat pelajar. Diharapkan perisian ini dapat

membantu pelajar dalam proses pembelajaran mereka dengan menggunakan elemen-

elemen multimedia interaktif yang dapat menarik minat serta menggalakkan mereka

terhadap pembelajaran secara kendiri.

vi

ABSTRACT

Interactive multimedia software as a teaching aid has been widely used in

teaching and learning now days. However the multimedia software for the subject of

Living Skill is less commonly available in market. This research intended to produce a

Computer Assisted Teaching and Learning (CATL) software for the topic of Basis

Electromechanical in the subject of Living Skill through a combination of text,

graphics, animation and sound. The contents of this courseware are based on syllabus

and text book of Integrated Living Skill for form one students. This software was

developed by using Swishmax 2007 with combination of several other software such as

Macromedia Flash, Adobe Photoshop CS, Swishmax and Sony Sound Forge 8. The

developed software is in the form of compact disc and formatted as autorun in order to

be user friendly. This software functions as teaching aid as well as enabling students to

understand better in developing a basic concept before doing practical work. The

software developed in this research was evaluated based on computer programme

design by using a set of questionnaire. The result showed that the CATL software has

been successfully developed according to the needs and interests of students. It is

hoped that this software could help students in the process of learning by using

interactive multimedia which could arouse their interest and encourage self access

learning.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN PENYELIDIK ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Rasional Kajian 5

1.5.1 Menarik dan Mudah Digunakan 6

1.5.2 Berorientasikan Pengguna 6

1.5.3 Berinteraktif dan Efektif 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

viii

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Definasi Istilah 8

1.8.1 Membangunkan Perisian 8

1.8.2 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer 8

1.8.3 Interaktif 9

1.8.4 Multimedia 9

1.8.5 Teks 10

1.8.6 Pengajaran 10

1.8.7 Pembelajaran 10

1.9 Penutup 11

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Sejarah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PPBK) 13

2.3 Sejarah Perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PPBK) di Malaysia 13

2.4 Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 15

2.5 Fungsi Media Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 16

2.5.1 Menjimatkan Masa Untuk Pembelajaran 18

2.5.2 Menerangkan Sesuatu Konsep 18

2.5.3 Melibatkan Pelajar Secara Aktif 19

2.5.4 Merangsang Minat Pelajar 19

2.5.5 Mempelbagaikan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 19

2.5.6 Mempertajamkan Deria Pelajar 19

2.6 Teori Pembelajaran 20

2.6.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 21

2.6.2 Teori Pembelajaran Tingkahlaku (Behavioris) 22

2.6.3 Teori Pembelajaran Kognitif 25

2.7 Model Reka Bentuk Bersistem Dalam Pembangunan

ix

Perisian PPBK 26

2.8 Model Assure 27

2.8.1 Analyze learners (menganalisa pelajar) 28

2.8.2 State objective (menyatakan objektif) 28

2.8.3 Slect methods, media and material (memilih

kaedah, media, dan bahan) 29

2.8.4 Utilize media and materials (menggunakan

bahan dan media) 30

2.8.5 Require learner’s participation (memerlukan

penglibatan pelajar) 31

2.8.6 Evaluation and revise (melakukan penilaian

dan pengubahsuaian) 31

2.9 Elemen Multimedia 32

2.9.1 Teks 32

2.9.2 Grafik 32

2.9.3 Animasi 33

2.9.4 Audio 33

2.9.5 Video 34

2.10 Pembinaan Perisian Multimedia Pendidikan 34

2.10.1 Analisa 35

2.10.2 Terhadap Pengguna dan Pelajar 35

2.10.2.1 Terhadap Persekitaran Pelajar 35

2.10.2.2 Terhadap Kandungan Pelajaran 35

2.10.2.3 Terhadap Matlamat Pengajaran 36

2.10.3 Reka bentuk 36

2.10.4 Pembangunan 36

2.10.5 Perlaksanaan 36

2.10.6 Penilaian 37

2.11 Perisian-Perisian Yang Digunakan Dalam Pembangunan

Perisian PPBK 38

2.12 Penutup 38

3 REKA BENTUK PERISIAN

x

3.1 Pengenalan 40

3.2 Model Reka Bentuk Perisian 40

3.2.1 Fasa Analisa 41

3.2.1.1 Mengenal Pasti Kumpulan Sasaran 41

3.2.1.1 Menentukan Isi Kandungan 41

3.2.2 Menentukan Objektif 42

3.2.3 Memilih Kaedah, Media, dan Bahan 42

3.2.3.1 Perkakasan Komputer Yang Akan Digunakan 43

3.2.3.2 Perisian Bahasa Pengarangan

Yang Akan Digunakan 43

3.2.4 Menggunakan Bahan dan Media 44

3.2.5 Penglibatan Pelajar 44

3.2.6 Penilaian dan Pengubahsuaian 44

3.3 Reka Bentuk Perisian 45

3.3.1 Cara Perlaksanaan 45

3.3.1.1 Reka Bentuk Skrin 45

3.3.1.2 Paparan Antara Muka 46

3.4 Carta Alir Reka Bentuk Perisian 46

3.5 Perancangan Pengujian 48

3.6 Penutup 49

4 HASIL REKA BENTUK PERISIAN

4.1 Pengenalan 50

4.2 Pakej Perisian 50

4.3 Perbincangan Perisian 51

4.3.1 Objektif dan Pengenalan 54

4.3.2 Pergerakan Mekanikal 55

4.3.3 Pergerakan Elektromekanikal 58

4.3.4 Perbezaan Pergerakan Mekanikal dan Pergerakan

xi

Elektromekanikal 59

4.3.5 Uji Minda 60

4.3.6 Keluar 61

4.4 Pengujian Perisian PPBK 62

4.4.1 Pemprosesan Data Pengujian 62

4.4.2 Dapatan Hasil Pengujian Perisian PPBK. 63

4.5 Penutup 67

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN, DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 68

5.2 Perbincangan 68

5.2.1 Perancangan Yang Sistematik 70

5.2.2 Kemahiran Mereka Bentuk Pengajaran dan Perisian 70

5.2.3 Kemahiran Yang Terhad Dalam Membangunkan Perisian 71

5.2.4 Masa Yang Terhad 71

5.2.5 Kos Pembangunan Perisian 72

5.3 Kelebihan dan Kelemahan Perisian Yang Dibangunkan 72

5.3.1 Kelebihan Perisian Yang Dibangunkan. 72

5.3.2 Kelemahan Perisian Yang Dibangunkan 73

5.4 Kesimpulan 73

5.5 Implikasi Kajian 74

5.6 Cadangan Lanjutan 75

5.7 Penutup 76

RUJUKAN 79

LAMPIRAN

Lampiran A – C 82 - 90

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

4.1 Skala Likert 5 Pemeringkatan

dan 3 Pemeringkatan 62

4.2 Taburan Analisis Item 63

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Carta Alir Peringkat Permulaan 46

3.2 Carta Alir Pembangunan Perisian 47

4.1 Paparan Daftar Pengguna 52

4.2 Paparan Ucapan Selamat Datang 52

4.3 Paparan Montaj 53

4.4 Paparan Menu Utama 53

4.5 Paparan Objektif 54

4.6 Paparan Pengenalan 54

4.7 Paparan Pergerakan Mekanikal 55

4.8 Paparan Konsep Pergerakan Mekanikal 56

4.9 Paparan Jenis Pergerakan Mekanikal 56

4.10 Paparan Takal dan Tali Sawat 57

4.11 Paparan Pengenalan Gear 57

4.12 Paparan Jenis Gear 58

4.13 Paparan Pergerakan Elektromekanikal 59

4.14 Paparan Perbezaan Pergerakan Mekanikal dan

Pergerakan Elektromekanikal 60

4.15 Paparan Uji Minda 61

4.16 Paparan Pengesahan Keluar 61

xiv

SENARAI SINGKATAN

BBM - Bahan Bantu Mengajar

CATS - Computer-Assisted Tutorial System

CBT - Computer Base Training

CD - Compact Disk

CD-R - Compact Disk Recordable

CD-ROM - Compact Disk Read Only Memory

CIE - Computer in Education

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

IBM - International Business Machine

ICT - Information and Communication Technology

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

LCD - Liquid Crystal Display

MB - Megabait

MCCE - Malaysian Council for Computers in Education

OHP - Over Head Projector

PBK - Pengajaran Berbantukan Komputer

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PPBK - Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

PPSMI - Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris

P & P - Pengajaran & Pembelajaran

USM - Universiti Sains Malaysia

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A1 – A5 Borang Soal Selidik 82 - 86

B1 – B2 Surat dari Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan 87 - 88

C1 – C2 Surat dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 89 - 90

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembelajaran pada masa kini telah banyak mengalami perubahan berbanding

dengan suasana pembelajaran lama. Terdapat pelbagai kaedah dan pendekatan moden

telah digunakan oleh guru untuk menghasilkan suasana yang lebih baik kepada pelajar.

Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan semakin meluas dan berkembang pesat

sejajar dengan kemajuan teknologi komputer pada masa kini. Menyedari kepentingan

teknologi ini, kerajaan telah memikirkan satu kurikulum yang akan berupaya

menyediakan pelajar untuk perkembangan teknologi pada masa kini dan akan datang.

Kepentingan teknologi ini telah membawa kepada pelbagai perubahan dalam

pendidikan sama ada kepada pelajar ataupun kepada guru. Hari ini, guru mahu atau

tidak perlu menerima dan mempelajari serta memanfaatkan teknologi ini dengan baik.

Menurut Baharuddin et.al (2001), sama ada disedari mahupun tidak, manusia masa kini

sukar untuk meneruskan kehidupan mereka tanpa teknologi yang ada pada masa kini.

Perkembangan teknologi terutamanya teknologi maklumat yang semakin

berkembang pesat pada masa kini, penguasaan dalam bidang berkenaan juga telah

menjadi satu kemestian. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran telah berusaha

memperkenalkan program penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi atau

Information and Communication Technology (ICT) sejak di peringkat sekolah rendah

lagi. Pelaksanaan program ICT telah dilaksanakan melalui beberapa program utama

2

seperti Program Komputer Dalam Pendidikan, Program Sekolah Bestari, school-net dan

mulai tahun 2003 Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting, iaitu

pembelajaran tentang komputer, penggunaan komputer dalam memproses maklumat,

dan penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh

itu, aplikasi yang disebut Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan satu

cabang daripada penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan

pembelajaran. Kewujudan konsep PBK ini telah membawa kepada peranan pengajaran

yang melampaui bilik darjah biasa dan meningkatkan kualiti pengajaran kearah akses

kendiri, terarah pelajar, dan mengikut kadar pembelajaran individu.

Sehubungan dengan itu, kajian yang dijalankan ini adalah untuk menggunakan

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah perisian di dalam bilik

darjah atau di dalam makmal komputer. Penggunaan multimedia yang melibatkan

komputer sangat meluas digunakan pada masa kini kerana penggunaan pembelajaran

menggunakan komputer dapat mendatangkan minat serta kesan positif berbanding

dengan pembelajaran yang menggunakan kaedah tradisional. Penggunaan yang

melibatkan penggunaan perisian teknologi multimedia ini merupakan satu fenomena

yang baru dalam era pendidikan di Malaysia terutama di sekolah rendah mahupun

menengah. Program ini perlulah direncanakan dengan perancangan dan pelaksanaan

yang berterusan agar kaedah pembelajaran dapat dipelbagaikan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan merupakan bidang yang sentiasa mengalami perubahan sesuai

dengan perkembangan yang berlaku terhadap persekitarannya kerana apa-apa sahaja

perubahan yang berlaku akan memberikan kesan terhadap pendidikan terutamanya

aspek kurikulum. Para pendidik akan terabai jika tidak bergerak seiringan dengan

tuntutan perubahan dalam cara penyampaian ilmu sehinggalah tugas penyediaan isi

3

pelajaran dibiarkan dibuat oleh pihak lain dan pendidik seolah-olah sebagai pendita di

atas pentas yang hanya boleh bertindak sebagai pemerhati dan pengguna kepada

teknologi disekelilingnya. Inilah cabaran baru yang perlu ditangani oleh para pendidik

itu sendiri dalam usaha untuk menjadikan peranan pendidik itu lebih bermakna.

Hari ini, perubahan dalam teknologi maklumat akan memberikan cabaran besar

terhadap profesion keguruan. Guru perlu bersedia untuk meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran mereka untuk menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan

pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi

teknologi. Bagi menerajui pendidikan pada masa hadapan, semua guru perlu

memahirkan diri dengan penggunaan dan aplikasi teknologi maklumat.

Teknologi maklumat dalam pendidikan pada masa kini adalah amat penting

kerana perkembangan teknologi ini hendaklah selari dengan perkembangan teknologi

semasa agar bidang pendidikan tidak ketinggalan berbanding bidang-bidang lain.

Strategi meningkatkan penggunaan teknologi maklumat di sekolah bergantung kepada

kemampuan pengetua dan guru-guru menguruskannya. Justeru itu, semua guru mestilah

menguasai kemahiran teknologi maklumat. Ketrampilan dan penguasaan guru dalam

teknologi maklumat adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke-21.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup khususnya bertajuk Asas Elektromekanikal

diajarkan kepada semua pelajar tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah harian

biasa di Malaysia. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk

mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di negara kita masih lagi menggunakan

sistem pengajaran tradisional yang memfokuskan penggunaan hanya menggunakan

buku, kapur, model, dan papan hitam. Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup,

Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) dapat memberi gambaran yang jelas dan

tepat kepada pelajar untuk memahami sesuatu isi kandungan dengan bantuan teks,

grafik, audio, dan animasi yang terdapat dalam perisian PPBK. Menerusi bantuan

perisian PPBK guru tidak perlu lagi bergantung kepada kaedah tradisional, malahan

pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan.

4

Dengan perkembangan pendidikan pada masa kini, semua pendidik hendaklah

mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam bilik darjah, daripada kaedah tradisional

kepada kaedah moden iaitu penggunaan multimedia dalam pendidikan yakni semasa

proses pengajaran. Penggunaan kaedah pengajaran secara tradisional tidak membuatkan

semua pelajar terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran. Penggunaan multimedia

dalam bilik darjah pula, dilihat dapat menarik penglibatan pelajar secara aktif dan

berkesan.

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan perisian Pembelajaran Berbantukan

Komputer dalam bidang Kemahiran Hidup Pilihan 1 Kemahiran Teknikal bagi tajuk

kecil Asas Elektromekanikal untuk kegunaan guru-guru yang mengajar Kemahiran

Hidup Tingkatan Satu berdasarkan Sukatan Kurikulum Baru Sekolah Menengah

(KBSM) Tahun 2002.

Perisian multimedia interaktif ini boleh bertindak sebagai pembimbing dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Pakej perisian kursus multimedia interaktif ini

boleh digunakan dalam bentuk cakera padat, sistem rangkaian persendirian dan cakera

keras. Perisian interaktif multimedia ini juga diharapkan akan dapat menjadi media

pengajaran yang boleh digunakan oleh pelajar pada waktu pembelajaran anjal.

Bagi memastikan perisian multimedia yang dibangunkan ini dapat digunakan

dengan baik oleh guru dan pelajar, maka perisian ini akan melalui proses penilaian.

Penilaian ini bertujuan untuk mendapatkan komen, kritik dan maklum balas daripada

pengguna. Maklum balas yang diterima boleh digunakan untuk memperbaiki mutu

perisian multimedia dan seterusnya dapat memenuhi kehendak dan cita rasa pengguna

pada masa akan datang.

5

1.4 Objektik Kajian

Objektif utama pembangunan perisian berasaskan CD-ROM ini adalah untuk

menghasilkan satu perisian PPBK bagi kemahiran teknikal mengikut sukatan

Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Tingkatan Satu. Tajuk perisian ialah Asas

Elektromekanikal. Objektif kajian ini dilaksanakan adalah seperti berikut:

i. Membina satu perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PPBK) bagi tajuk kecil Asas Elektromekanikal dalam tajuk

Kemahiran Tenikal.

ii. Menghasilkan perisian PPBK yang mengandungi elemen-elemen kaedah

pembelajaran terarah kendiri.

iii. Menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dapat membantu guru

dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.5 Rasional Kajian

Perisian multimedia mengenai Asas Elektromekanikal yang dibina oleh pengkaji

dalam kajian ini adalah berdasarkan permasalahan dan keperluan semasa guru yang

didapati kurang mempunyai bahan dalam membantu pembelajaran mereka di sekolah.

Pembangunan perisian ini dapat membantu memudahkan pengajaran dan pembelajaran

dalam subjek tersebut, khususnya bagi pelajar tingkatan satu di sekolah-sekolah

menengah selain menjadikan pembelajaran lebih efektif, kreatif, dan berkesan. Secara

ringkasnya rasional kajian ini adalah seperti berikut :

6

1.5.1 Menarik dan Mudah Digunakan

Perisian multimedia PPBK yang dihasilkan boleh dimainkan berulang kali dan

hal ini dapat membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran sehingga dapat

memahaminya dengan baik. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu guru kerana

agak mustahil bagi guru untuk mengulangi sesuatu isi pelajaran yang sama sedangkan

banyak lagi sukatan yang perlu dihabiskan. Justeru itu, membolehkan guru menyelia

perkembangan pelajaran para pelajarnya dan merancang aktiviti pembelajaran mengikut

sukatan dan jadual waktu yang telah ditetapkan.

1.5.2 Berorientasikan Pengguna

Penggunaan perisian PPBK ini membolehkan pelajar diberikan peluang untuk

mempelajari isi kandungan pelajaran secara sendiri mengikut kemampuan masing-

masing. Hak ini penting kerana sebahagian pelajar tidak dapat mengikut pelajaran di

sekolah dengan baik. Faktor ini mungkin disebabkan kemampuan setiap pelajar adalah

berbeza. Dengan adanya bantuan pelbagai elemen media dalam perisian ini, pemahaman

pelajar dapat ditingkatkan dan memantapkan pembelajaran mereka berbanding dengan

proses pembelajaran biasa.

1.5.3 Berinteraktif dan Efektif

Aktiviti pembelajaran tentu menjadi lebih menarik dan berkesan dengan adanya

perisian yang berbentuk multimedia dan interaktif. Sebagai contoh, penerangan bagi

sesuatu konsep yang disusuli dengan animasi yang menjelaskan konsep tersebut sudah

tentu dapat meningkatkan kefahaman pelajar. Pelajar pada hari ini perlu didedahkan

kepada penggunaan teknologi ini memandangkan pada masa hadapan mereka perlu tahu

aplikasi teknologi seperti ini seiring dengan perubahan zaman.

7

1.6 Kepentingan Kajian

Pembangunan perisian ini mempunyai kepentingan kepada pelbagai pihak

supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif tertentu. Antara

kepentingan projek ini ialah:

i. Membuatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi lebih menarik

hasil daripada penggabungjalinan grafik, warna, dan bunyi.

ii. Membantu guru memberi penerangan yang jelas terhadap isi pelajaran.

iii. Membolehkan pelajar membuat ulang kaji sendiri walaupun tanpa bantuan guru.

iv. Membuatkan pelajar lebih berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan

pembelajaran yang disampaikan oleh guru.

1.7 Skop Kajian

Perisian multimedia ini dibina berdasarkan tajuk pelajaran Asas

Elektromekanikal bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Satu dalam bidang

Kemahiran Teknikal. Perisian Asas Elektromekanikal yang akan dihasilkan akan

meliputi seluruh isi pelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran tersebut. Isi

pelajaran dalam Asas Elektromekanikal ialah Pengenalan Pergerakan Mekanikal dan

Pengenalan Pergerakan Elektromekanikal.

Perisian yang dibina adalah berdasarkan huraian sukatan pelajaran Kemahiran

Hidup Tingkatan Satu yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada

Tahun 2002. Kumpulan sasaran utama perisian PPBK ini adalah pelajar tingkatan satu

yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam bidang kemahiran teknikal.