utpsz 19:16 (pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan...
TRANSCRIPT
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KECENDERUNGAN PEMBELAJARAN KOPERATIF PELAJAR DANHUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DAN KEYAKINAN DIRIDALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4, FAKULTI PENDIDIKAN UTM.
SESI PENGAJIAN: 2009 / 2010
Saya, KITHA A/P MUNIANDY(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat -syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ()
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
__________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: Dr. Hee Jee Mei737 D, Jln Kuala Benut, Sg.Karangan, Nama Penyelia09410, Padang Serai,Kedah, Darulaman
Tarikh: 20 APRIL 2010 Tarikh: 20 APRIL 2010
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya krya ini
adalah memadai darisegi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup”
Tandatangan : ……………………………………..
Nama Penyelia : Dr. Hee Jee Mei
Tarikh :
i
KECENDERUNGAN PEMBELAJARAN KOPERATIF PELAJAR DAN
HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DAN KEYAKINAN
DIRI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4, FAKULTI PENDIDIKAN,
UTM
KITHA A/P MUNIANDY
Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2010
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kajian saya sendiri kecuali nulikan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………….
Nama Penulis : Kitha A/P Muniandy
Tarikh :
iii
“ Especially to my beloved parents Mr. Muniandy and Mrs.
Kaliammal, My brothers Mr. Loganathan, Mr. Murugesan
Pillay, Mr. Nantha, relatives and all my friends.
The undivided care and support that you given are very
precious to me…”
…THANK YOU….
iv
PENGHARGAAN
Saya bersyukur kepada tuhan dengan segala limpah dan kurniaNYA,
penyelidikan ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada
penyelia saya Dr.Hee Jee Mei yang sering memberi bimbingan dan nasihat
sepanjang proses menyempurnakan penyelidikan ini. Kerjasama yang telah
diberikan oleh beliau adalah amat dihargai.
Terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Ibu bapa yang
disanjungi dan adik beradik yang memberi sokongan dan dorongan sepanjang
tempoh pengajian di UTM. Saya sentiasa berterima kasih atas semangat dan
bantuan yang diberikan oleh mereka.
Rakaman terima kasih ditujukan kepada semua rakan-rakan saya yang
telah memberi bantuan dalam menyiapkan penyelidikan ini. Penghargaan juga
diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam membantu saya untuk menjayakan penyelidikan ini. Segala bantuan dan
jasa yang telah diberikan akan sentiasa dikenangi.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kecenderungan pembelajaran
koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan
diri. Responden kajian ini terdiri daripada 118 orang pelajar yang mengikuti
kursus Sains ( SPF,SPC, SPN) dan bukan Sains (SPL,SPI) di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen yang digunakan dalam
kajian ini adalah soal selidik. Data diproses dan dianalisis menggunakan
perisian SPSS versi 15.0 (Statistical Package for Social Science). Statistik yang
digunakan untuk menganalisis data ialah deskriptif iaitu min dan peratusan,
serta statistik inferensi iaitu korelasi dan ujian-t. Secara keseluruhannya, pelajar-
pelajar mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap pembelajaran koperatif
dan juga mereka mempunyai keyakinan yang tinggi. Dapatan kajian
menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara pencapaian
akademik dengan kecenderungan pembelajaran koperatif; tetapi terdapat
hubungan yang signifikan diantara keyakinan diri dengan kecenderungan
pembelajaran koperatif. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan dan juga antara pelajar
aliran Sains dan bukan Sains dalam kecenderungan pembelajaran koperatif.
vi
ABSTRACT
This study aimed to investigate students’ tendency towards cooperative
learning and its relationship with academic achievement and self-confidence.
The respondents of the study were 118 students who are taking Science (SPF,
SPC, and SPN) and Arts (SPL, SPI) courses in Faculty of Education, University
Technology of Malaysia. The Instrument of this study was a set of
questionnaire. Data was processed and analyzed by using SPSS software
version 15.0 (Statistical Package for Social Science). The data was presented in
descriptive statistics that were mean and percentage, and also the inferential
statistic that were correlation and t-test. The result of the study shows overall,
students shows high tendency towards on cooperative learning and also they
have high self-confidence. The findings of the study show that there was no
significant correlation between students achievement and students’ tendency
towards cooperative learning but there was significant correlation between self-
confident and students’ tendency in cooperative learning. The findings also
show that there was no difference between male and female students and also
science and art students in their tendency towards cooperative learning.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN PENYELIA
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang kajian 3
1.2.1 Kaedah pemebelajaran koperatif 4
1.2.2 Prinsip pembelajaran koperatif 7
1.2.3 Ciri-ciri pembelajaran koperatif 8
1.3 Penyataan masalah 10
1.4 Objektif kajian 11
viii
1.5 Persoalan kajian 11
1.6 Hipotesis kajian 12
1.7 Kepentingan kajian 13
1.8 Skop & limitasi kajian 14
1.9 Definisi istilah 14
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Kajian terhadap pelaksanaan pembelajaran koperatif 18
2.3 Kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran koperatif 20
2.4 Keberkesanan pembelajaran koperatif 21
2.4.1 Kesan Pembelajaran koperatif ke atas pencapaian pelajar 24
2.4.2 Kesan pembelajaran koperatif ke atas keyakinan
diri pelajar 26
2.4.3 Kesan pembelajaran koperatif secara umum 28
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk kajian 32
3.3 Tempat kajian 32
3.4 Populasi dan sampel kajian 33
3.5 Instrumen kajian 34
3.5.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 35
3.5.2 Bahagian B: Persoalan kajian 35
3.6 Prosedur kajian 37
ix
3.7 Kajian Rintis 38
3.8 Kajian Sebenar 39
3.9 Kaedah analisis data 39
4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan 41
4.2 Analisis Data Bahagian A 42
4.2.1 Jantina Responden jantina 42
4.2.2 Bangsa Responden 42
4.2.3 Kursus Responden 43
4.2.4 CGPA Responden 45
4.3 Analisis Data Bahagian B 45
4.3.1 Tahap kecenderungan pembelajaran koperatif 46
4.3.2 Keyakinan diri pelajar 50
4.3.3 Hubungan kecenderungan diantara pembelajaran
koperatif pelajar dengan pencapaian akademik 53
4.3.4 Hubungan diantara kecenderungan pembelajaran
koperatif pelajar dengan keyakinan diri 54
4.3.5 Perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan
dalam kecenderungan pembelajaran koperatif 56
4.3.6 Perbezaan antara pelajar aliran Sains dengan pelajar
Bukan Sains dalam kecenderungan pembelajaran
Koperatif 57
x
5 CADANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Rumusan 59
5.3 Cadangan kajian pengkaji 61
5.4 Cadangan kajian lanjutan 62
5.5 Kesimpulan 63
RUJUKAN 64
LAMPIRAN 69
Lampiran A 70
Lampiran B 74
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 3.1 Taburan saiz populasi 34
Jadual 3.2 Taburan Soalan Mengikut Setiap Pembolehubah 36
Jadual 3.3 Skala Likert 40
Jadual 3.4 Analisis Skor Min 40
Jadual 3.5 Penentuan tahap peratusan 40
Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42
Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 43
Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 44
Jadual 4.4 Taburan responden mengikut CGPA 45
Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Peratus,
kekerapan dan min bagi kecenderungan
pelajar terhadap pembelajaran koperatif 49
Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Peratus,
kekerapan dan min bagi keyakinan diri pelajar 52
Jadual 4.7 Korelasi diantara kecenderungan pelajar terhadap
pembelajaran koperatif dengan pencapaian akademik 53
Jadual 4.8 Korelasi diantara kecenderungan pelajar
terhadap pembelajaran koperatif dengan keyakinan diri 55
Jadual 4.9 Perbezaan antara pelajar lelaki dan
perempuan dalam kecenderungan pembelajaran koperatif 56
Jadual 4.10 Perbezaan antara pelajar aliran Sains dan
Bukan Sains dalam kecenderungan pembelajaran koperatif 58
xii
SENARAI SINGKATAN
CGPA Cumulative Grad Point Average
PMR Peperiksaan Menengah Rendah
SPF Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Fizik
SPC Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Kimia
SPN Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains
SPI Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Islam
SPL Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan TESL
SPSS Statistical Package for Social Science
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
STAD Student Team Achievement Division
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
TAI Team Assisted Individualization
TGT Team Games Tournament
UKM Universiti Kebangsaan Malaysia
UPM Universiti Putra Malaysia
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 70
B Surat Pengesahan soal selidik 74
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Pada zaman yang berteknologi moden ini, kerajaan kita berusaha untuk
memperkembangkan sistem pendidikan di negara kita. Dengan ini proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dijalankan dengan lebih
sistemetik dan teratur bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa dan
harmoni. Kini, pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan untuk membentuk pelajar-
pelajar yang cemerlang darisegi jasmani, emosi, rohani dan juga intelek.
Di samping itu, bagi melaksanakan pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif
pelajar-pelajar perlu didedahkan kepada pelbagai kaedah pembelajaran. Menurut Khalid
(1993) dinyatakan dalam Shahzalina (2002), “pembelajaran berkesan bermakna satu usaha
yang teratur, bersistem, bertertib serta optimum yang menyatupadukan dan memanfaatkan
kesemua komponen pembelajaran untuk kejayaan yang paling maksimum”.
Sebagai pengajar yang sentiasa mengambil berat terhadap pelajar dalam
pembelajaran mereka seharusnya melaksanakan proses pembelajaran dengan pelbagai
gaya pengajaran bagi menarik perhatian dan minat pelajar. Guru perlu berhadapan dengan
pelajar yang berbeza darisegi kebolehan, dengan ini guru perlu memilih kaedah dan teknik
pembelajaran yang berlainan mengikut kebolehan dan kemampuan pelajar.
Sehubungan itu, guru perlu memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas dan mereka perlu mengaplikasikan kaedah yang berkesan kepada pelajar
mengikut tahap pencapaian pelajar. Proses pengajaran yang berpusatkan guru sahaja
sepatutnya perlu dielakkan supaya ia kurang efektif kepada pelajar. Dalam kajian Linda
Tiong (2004) beliau berpendapat bahawa berpusatkan guru sahaja membosankan pelajar.
Salah satu kaedah pembelajaran yang boleh diaplikasikan di sekolah untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dan memberi manfaat adalah melalui
pembelajaran koperatif. Menurut Kagan (1998), pembelajaran koperatif dikenali sejenis
proses yang melibatkan interaksi kumpulan antara satu sama lain dalam kalangan pelajar
semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan untuk mencapai matlamat yang
tertentu.
Pembelajaran koperatif merupakan kaedah pembelajaran yang terbaik kepada
pelajar yang mempunyai tahap kebolehan yang berbeza. Dengan menggunakan kaedah
ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam sesuatu topik. Ia membantu pelajar
untuk memperolehi pencapaian yang cemerlang darisegi akademik, sosial dan
psikologikal Sim (2002). Selain itu, seorang pelajar bukan sahaja mendapat pencapaian
yang tinggi dalam akademik, mereka juga mendapat peluang untuk meningkatkan
pengetahuan, kemahiran berfikir yang tinggi, interpersonal dan kemahiran
berkomunikasi, dan keyakinan diri ( Johnson, Johnson, & Smith, 1998).
1.2 Latar belakang kajian
Pembelajaran koperatif merujuk kepada salah satu kaedah pembelajaran yang
melibatkan murid yang pelbagai kebolehan untuk bekerjasama dan saling berinteraksi
dalam kumpulan yang kecil bagi mencapai matlamat yang sama
Melalui pembelajaran koperatif setiap pelajar bertanggungjawab dalam kumpulan
bukan sahaja untuk mempelajari apa yang telah disampaikan dalam pengajaran malah
dengan ini mereka membantu ahli kumpulan untuk meningkatkan pencapaian. Pelajar
bekerjasama dalam kumpulan bagi memastikan mereka berjaya dalam memahami dan
menyelesaikan sesuatu dalam kumpulan
Menurut Sim ( 2002), teknik-teknik dalam pembelajaran koperatif sangat sesuai
dilaksanakan sebab ia menggalakkan perasaan positif dalam kalangan pelajar dengan
saling menghargai, menyokong dan menghormati diantara pelajar. Beliau juga
berpendapat melalui pembelajaran koperatif pelajar-pelajar telah menunjukkan
peningkatan yang cemerlang dalam pencapaian akademik, sosial dan psikologikal
mereka.
Pembelajaran Koperatif merupakan kaedah yang terbaik dan sesuai untuk menarik
minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Burton (1987)
dinyatakan dalam Shahzalina (2002) pelajar–pelajar tidak begitu cenderung terhadap
pembelajaran secara traditional yang berpusatkan guru sahaja kerana jika berbanding
tahap pemahaman mereka lebih tinggi melalui pembelajaran koperatif. Menurut (Hamm
& Adams,1994) kebanyakkan guru lebih menggunakan kaedah “Chalk and Talk ” dalam
pengajaran dan mereka akan menjadi sumber maklumat yang utama kepada pelajar.
Proses pembelajaran ini mudah membosankan pelajar dan mereka kurang
berminat dalam pembelajaran Omardin (1999) dinyatakan dalam Zabidah ( 2002 ).
Pembelajaran berkumpulan ini membantu pelajar untuk mendapat pencapaian
yang cemerlang dalam ujian. Dapatan kajian Suhaida (2002) menunjukkan prestasi
pelajar pembelajaran koperatif lebih tinggi dan juga signifikan jika berbanding dengan
kumpulan traditional.
Kaedah pembelajaran koperatif ini memberi manfaat kepada pelajar dan mereka
juga menunjukkan minat dalam pembelajaran koperatif. Justeru itu, pengkaji akan
meninjau sejauh manakah kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran koperatif dan
hubungannya dalam pencapaian akademik dan keyakinan diri.
1.2.1 Kaedah Pembelajaran Koperatif
Terdapat enam kaedah pembelajaran koperatif yang dinyatakan oleh beberapa tokoh-
tokoh pendidikan. Antaranya ialah:
i) Penyiasatan berkelompok ( Group Investigation )
Menurut Sharan & Sharan, 1990 penyiasatan berkelompok ialah kaedah koperatif yang
membolehkan pelajar merancang melakukan satu kursus pembelajaran.Dengan ini,
pelajar ditugaskan utk mengkaji atau menyiasat topik diberi dengan terperinci dalam
kumpulan kecil yang melibatkan para pelajar bekerja secara koperatif sehingga proses
persembahan terakhir.Ini membantu pelajar untuk menguasai dan mahir dalam topik
kajian yang diberi
ii) TAI ( Team Assisted Individualization)
TAI dibentuk menggabungkan antara motivasi dan insentif kepada kumpulan. Program
yang diberikan mestilah bersesuaian dengan kemahiran yang dipunyai oleh setiap pelajar.
Pelajar dalam setiap kumpulan mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai
keupayaan yang berbeza-beza
iii) STAD ( Student Team Achievement Division )
STAD merupakan kaedah yang mudah dan praktikal dan ia berasal dari Hopkins.Dalam
kaedah STAD guru mengajar dan menguji pemahaman individu degan memberi ujian
individu. Setiap markah individu digabungkan mengikut kumpulan dan kumpulan yang
mendapat markah yang tinggi daripada ujian yang lepas sentiasa diberi sijil atau
penghargaan kejayaan. Di sebabkan markah kumpulan diperolehi berdasarkan
peningkatan ahli kumpulan, ahli kumpulan akan saling bekerjasama supaya mendapat
markah yang maksimum
iv) Belajar bersama ( Learning Together )
Belajar bersama bermaksud ahli kumpulan dalam kumpulan yang kecil yang pelbagai
bekerja secara koperatif untuk mencapai matlamat pembelajaran.Pelajar bekerja keras
dengan ahli kumpulan mereka untuk menyiapkan tugasan akademik dengan membuat
perancangan yang teratur (Johnson & Johnson , 1991).
v) Jigsaw
Jigsaw merupakan satu kaedah koperatif yang menjadikan pelajar pakar dengan tahap
yang mereka pelajari. Dalam kaedah Jigsaw ini setiap pelajar dalam satu kumpulan
menguasai dalam topik-topik yang tertentu dan mereka bertanggungjawab berbincang
apa yang mereka pelajari dengan ahli kumpulan mereka
vi) TGT ( Team- Games Tournament )
TGT telah diperkenalkan oleh Robert Slavin. Ia disampaikan dalam dua konsep iaitu
pengajaran dan pertandingan.Guru melaksanakan proses pengajaran dalam bentuk
penyampaian, demonstrasi, dan pertujukan visual.Kemudian pelajar berbincang bahan
ynag disampaikan oleh guru.Dalam bentuk pertandingan pula pelajar-pelajar bermain
dalam kumpulan. Permainan disisipkan bersama-sama dalam kelompok dan menjelaskan
masalah tetapi ketika permainan berlangsung maka peserta bekerja secara individual
1.2.2 Prinsip Pembelajaran Koperatif
Terdapat lima prinsip dalam pembelajaran koperatif iaitu:
i) Saling kebergantungan positif
Saling pergantungan positif ialah bekerjasama diantara ahli kumpulan untuk mencapai
sesuatu matlamat. Dalam keadaan sebegini pelajar-pelajar berusaha untuk kumpulan
mereka berjaya.pelajar-pelajar juga bekerjasama untuk mencapai sesuatu sasaran yang
merupakan suatu ganjaran seperti hadiah, sijil kejayaan, dan pujian guru. Saling
bergantungan peranan secara positif pula merupakan situasi dimana setiap ahli
pertanggungjawabkan satu peranan dan mereka perlu bergantung pada peranan setiap ahli
untuk berjaya. Semua ahli kumpulan perlu mengambil berat tentang pembelajaran diri
sendiri dan juga pembelajaran rakan-rakan sekumpulan
ii) Kebertanggungjawaban individu
Setiap ahli dalam kumpulan bertanggungjawab untuk belajar dan menyumbang kepada
tugasan kumpulan demi kejayaan kumpulan masing-masing.Ahli-ahli dalam kumpulan
akan dipilih secara rawak untuk menjawab, menerang atau menghujah dan masig-masing
dikehendaki untuk menduduki ujian individu dan markah itu yang menentukan kejayaan
kumpulan.
iii) Penglibatan saksama
Dalam pembelajaran koperatif semua pelajar mesti melibatkan diri dan mereka akan
menjadi ahli kumpulan yang aktif dalam proses pembelajaran.
iv) Interaksi bersemuka
Pelajar-pelajar saling berkongsi pendapat dan pengetahuan, menyelesaikan masalah serta
berbincang dalam kumpulan antara satu sama lain untuk meningkatkan pemahaman
mereka dalam pembelajaran
vi) kemahiran sosial
Kemahiran-kemahiran yang terlibat dalam pembelajaran koperatif seperti mengikut
giliran, memberi galakan, mendengar, dan memberikan pertolongan. Agar pembelajaran
koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran sosial kepada pelajar. Kemahiran-
kemahiran tersebut merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina
kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik
1.2.3 Ciri-ciri pembelajaran koperatif
Menurut Johnson & Johnson (1994) Pembelajaran koperatif berkesan apabila
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
i) Matlamat kumpulan
Matlamat kumpulan ialah pelajar bekerjasama dalam kumpulan untuk menguasai sesuatu
topik yang diberikan dan mencapai matlamat yang ditetapkan
ii) Ganjaran kumpulan
Pelajar digalakkan dengan memberi ganjaran seperti hadiah apabila mereka berjaya tanpa
persaingan dengan kumpulan yang lain.Ini menjadikan pelajaran lebih bermotivasi dan
mereka gemar melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan
iii) Tanggungjawab individu
Pelajar-pelajar bertanggungjawab dan bekerjasama dalam kumpulan untuk mencapai
kejayaan kumpulan dan ia akan mendorong pelajar bertanggungjawab terhadap tugasan
yang diberikan.
iv) Peluang yang sama untuk berjaya
Ia merujuk kepada pencapaian pelajar diukur berdasarkan peningkatan prestasi masing-
masing. Oleh itu, semua pelajar berpeluang meningkatkan pencapaian kumpulan mereka
tanpa mengira tahap kebolehan masing-masing.
1.3 Penyataan Masalah
Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang sangat berkesan
kepada pelajar. Menurut Zuraihan (2008), pembelajaran koperatif membantu pelajar
untuk meningkatkan pemahaman, keyakinan diri dan pencapaian akademik mereka.
Dengan ini pengkaji ingin mengenalpasti adakah pembelajaran koperatif mempengaruhi
pencapaian akademik dan keyakinan diri pelajar. Pengkaji juga meninjau minat dan
komitmen pelajar dalam pembelajaran koperatif.
Banyak kajian tentang pembelajaran koperatif telah dijalankan di dalam dan di
luar Negara. Kebanyakkan kajian tersebut mengenai keberkesanan (Koh, Choi, Lai &
Khaw, Seah , 2008 ), dan pelaksanaan ( Sharan , 1990 ) terhadap pembelajaran koperatif
sahaja. Walaubagaimanapun, kajian terhadap kecenderungan pembelajaran koperatif
pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri masih tidak
lagi dikaji.
Selain daripada itu, pengkaji melaksanakan kajian di UTM kerana tiada kajian
yang telah meninjau kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran koperatif. Kajian-
kajian lepas yang telah dijalankan di UTM adalah mengenai pelaksanaan (Zabidah Binti
Yakob, 2002), keberkesanan, (Linda Tiong, 2004) amalan (Shahzalina Binti Ghazali,
2002) dan persepsi pelajar ( Suhairi, 1999) terhadap pembelajaran koperatif. Maka kajian
ini untuk meninjau kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran koperatif perlu dikaji
supaya mungkin dapatan kajian ini sebagai panduan bagi kajian yang akan datang dalam
bidang yang sama.
Justeru itu, pengkaji ingin mengkaji kecenderungan pelajar terhadap
pembelajaran koperatif dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan
diri dalam kalangan pelajar aliran Sains dan bukan Sains.
1.4 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah untuk meninjau:
i. Tahap kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran koperatif
ii. Hubungan kecenderungan pembelajaran koperatif pelajar dengan pencapaian
akademik mereka;
iii. Hubungan kecenderungan pembelajaran koperatif pelajar dengan keyakinan diri
(self-esteem) mereka;
iv. Perbezaan diantara pelajar lelaki dan perempuan dalam kecenderungan
pembelajaran koperatif;
v. Perbezaan diantara pelajar aliran Sains dan bukan Sains dalam kecenderungan
pembelajaran koperatif
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kecenderungan pelajar terhadap
pembelajaran koperatif dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan
diri. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada beberapa persoalan
yang berikut:
i. Sejauhmanakah tahap kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran koperatif?
ii. Adakah terdapat hubungan diantara kecenderungan pembelajaran koperatif
pelajar dengan pencapaian akademik mereka ?
iii. Adakah terdapat hubungan diantara kecenderungan pembelajaran koperatif
pelajar dengan keyakinan diri (self-esteem) ?
iv. Adakah terdapat perbezaan diantara perbezaan pelajar lelaki dan perempuan
dalam kecenderungan pembelajaran koperatif ?
v. Adakah terdapat perbezaan diantara pelajar aliran Sains dan bukan Sains dalam
kecenderungan pembelajaran koperatif ?